Negara (politik)

Rencana ini mengenai penglihatan konsep negara dari aspek politik. Untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.

Siri Politik
  • Politik mengikut negara
  • Sains politik
  • Sejarah politik
  • Ahli sains politik
  • Perbandingan kerajaan
  • Hubungan antarabangsa
  • Politik ekonomi
  • Falsafah politik
  • Psikologi politik
  • Bentuk kerajaan
  • Kedaulatan
  • Pentadbiran awam
  • Persetujuan oleh rakyat
  • Teori tingkah laku politik
Subsiri Politik

Negara ialah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.[1]

Tidak diperlukan sesebuah negara mempunyai satu kerajaan yang tersusun. Dalam sejarah sendiri terdapat banyak kisah negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, sebuah kerajaan tidak diperlukan untuk pembentukan satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.

Pengenalan

Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state (negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state Melaka dan Turki Uthmaniyah . Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.[2]

Max Weber dalam buku "Politik sebagai vokasi" (Politics as a vocation) (1918) memberi definasi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, "Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep 'negara' tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama 'anarki' akan timbul. Maka, negara adalah "satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan." Dalam definisi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguakuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: "Negara adalah satu-satunya sumber 'hak' menggunakan kekerasan".[3][4][5][6][7]

Definasi yang diberi Weber adalah penting kerana dia memperkenalkan usul yang negaralah satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini. (Lihat seminal Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985).

Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan mempertikaikan kuasa negara. Errico Malatesta, satu ahli anarki terkenal, menulis "Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan "Negara" untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini"

Lainnya mengritik atribusi lain negara moden seperti autonominya atau kedaulatannya. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentasi kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. Lihat Kenichi Omahe, The end of the nation state, 1996).

Nama dan istilah

  • Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujuk kepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan.
  • Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country, nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah:
    • country adalah kawasan geografi.
    • nation adalah budaya atau bangsa (tetapi national dan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)
    • state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalam undang-undang antarabangsa.
    • Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.
  • Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia. Lihat Negara gagal.
  • Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Etimologi

Dalam Bahasa Inggeris perkataan "state" berasal daripada konsep state atau takhta zaman silam dimana head of state (ketua negara) secara biasanya seorang raja, akan bersantai.[8] Dengan proses metonimi, perkataan state merujuk kepada raja berkenaan dan kuasa yang dimilikinya, miskipun penggunaan pertama tidak lagi digunapakai. Satu bentuk sama adalah konsep kebolehan bangunan kerajaan mempunyai kebolehan mempunyai kuasa, seperti "The White House today released a statement..." ("Rumah Putih pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar...")

Pembentukan sesebuah negara

Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.

Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.

Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Namun, para pemerintah Timur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.

Negara kota Yunani Purba merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. (Lihat demokrasi Athens)

Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para orang Yunani dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rom pula.

Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karekter politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniturnya menjadi tiga kerajaan kecil dengan termeterainya Perjanjian Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.

Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.

Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.

Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun 1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.

Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Barat di abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.

Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasi kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformasi Protestan memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, antara kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestan.

Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tiga Puluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Perjanjian Westfalen yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westfalen dan sebelumnya di Perjanjian Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.

Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil birokrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.

Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. Lihat sistem politik dan sistem ekonomi.

Peringkat antarabangsa

Kriteria untuk kenegaraan tidak ketara. Selalunya keadaan politik melepasi definasi undang-undang. Tetapi, satu dokumen yang definasinya sering digunakan adalah Konvensyen Montevideo daripada tahun 1933, dengan artikel utama mengatakan:

Satu negara adalah satu orang undang-undang antarabangsa yang mempunyai kriteria berikut: (a) penduduk tetap; (b) kawasan pentadbiran yang didefinasi; (c) kerajaan; dan (d) kebolehan membuat perjanjian dengan negara lain.

Juga di artikel 3 adalah ketara bahawa kenegaraan adalah bebas daripada pengiktirafan negara lain. Inilah teori pengistiharan kenegaraan. Walaupun Konvensyen Montevideo merupakan perjanjian kawasan benua Amerika dan tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang di luar benua berkenaan, sesetengah orang melihatnya sebagai kenyataan tepat adat undang-undang antarabangsa.

Pada belah yang satu lagi pula, artikel 3 diserang para pemikir yang mendukung teori konstruktif kenegaraan, di mana satu negara hanya wujud jika ia diiktiraf negara-negara lain. Satu contoh dalam amalan adalah ketika kerajaan Somalia runtuh pada tahun 1990an, konvensyen Montevideo akan menakrifkannya sebagai tidak lagi wujud dan pengistiharan republik Somaliland selepasnya akan dapat pengiktirafan sah negara. Tetapi republik ini tidak iiktiraf negara lain dan satu sebab ini adalah harga integriti wilayah di persada antarabangsa. Pengiktirafan kerajaan tidak sama dengan pengiktirafan negara. Negara-negara lain tidak pernah berhenti mengiktiraf Somalia tetapi sebaliknya memilih untuk mengiktiraf dua negara berlainan, Somalia dan Eritrea.

Artikel 1 konvensyen juga diserang oleh mereka yang berpendapat bahawa ia gagal mengambil kira situasi kompleks pendudukan tentera, pemberian wilayah, dan kerajaan yang dibuang negara. Richard W. Hartzell adalah seseorang yang berpendapat sedemikian dengan mengatakan bahawa keempat kriteria diatas harus dikembangkan kepada sembilan. Lihat Konvensyen Montevideo dan Pendudukan Tentera.

Peringkat kebangsaan

Dilihat daripada sudut negara individu, ia boleh dikatakan sebagai satu pemusatan organisasi. Mereka yang menkaji dari sudut ini menekankan hubungan antara satu negara dengan rakyatnya. Ahli falsafah politik Thomas Hobbes mengemukakan argumentasi bahawa untuk menggelakkan peperangan diantara pelbagai pihak, kita memerlukan satu "Leviathan", satu pemusatan kuasa dan organisasi dalam satu negara. Akan tetapi, ramai institusi yang dipanggil "negara" tidak mencapai definasi ini. Sebagai contoh, di negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo, peperangan saudara yang sering berlaku di dalam mereka ini dengan satunya dipanggi "kerajaan pusat" lebih ganas daripada apa yang berlaku sebelum pembentukan sesuatu negara. Kes-kes sebegini dirujuk sebagai "negara gagal".

Sesetengah negara lagi pula mempunyai kuasa yang besar terhadap rakyat mereka, keadaan yang dipanggil totalitarianisme dengan kes pembunuhan beramai-ramai rakyatnya sendiri pun ada (contoh:Pol-Pot di Kemboja). Negara-negara ini dipanggi "negara-negara pemburu" (Benjamin Polak dan Boaz Moselle (2001), Model Satu Negara Pemburu (A Model of a Predatory State), Journal of Law, Economics and Organisation. pp. 1-33)

Daripada segi ekonomi, satu sifat dasar negara moden adalah regulasi hak milik tanah, pelaburan, perdagangan dan pasaran komoditi (dalam hal-hal makanan, minyak, dll.) dengan menggunakan mata wangnya sendiri. Walaupun ramai negara memberi kuasa ini atas kehendak sendiri kepada blok-blok perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan Kesatuan Eropah ia sentiasa menjadi langkah yang menimbulkan kontroversi dan membuka persoalan sama adalah blok-blok ini sebenarnya merupakan negara-negara yang lebih besar. Kajian ekonomi politik yang berevolusi menjadi kajian ekonomi secara sendirinya dalam zaman moden, menjawab persoalan sebegini dengan lebih mendalam.

Tetapi, walaupun negara dipengaruhi dalam membuat keputusan dan tidak lagi mempunyai pentadbiran mutlak dalam hal-ehwal dalaman, hakikatnya mereka lebih kuat dalam konteks hubungan antarabangsa daripada subdivisi lebih rendah seperti negeri. Tetapi, anjakan sekarang adalah berhaluan ke pemerintahan supernegara dan keadaan ini kelihatan akan terus berlaku. Ramai pada zaman kini, terutama yang mendukung teori konstutisif undang-undang antarabangsa melihat konsep kedaulatan sebagai ketinggalan zaman dan negara hanyalah subdivisi utama dunia. Lihat kerajaan dunia.

Falsafah negara

Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik.

Terdapat empat teori mengenai asas dan justifikasi negara, iaitu:

  • Kuasa alam - Dalam maksud ini, negara dianggap diberikan oleh satu kuasa yang lebih besar seperti Tuhan untuk "Hak daripada Tuhan untuk Raja" atau wujud secara semulajadi daripada keperluan untuk kuasa tingga atau stabiliti.
  • Hak semulajadi - Mengikut teori ini, manusia mempunyai sesetengah hak yang "semulajadi" (implikasi penggunaan perkataan ini adalah pelbagai) dan negara wujud untuk melindungi hak-hak itu.
  • Kontrak sosial - Idea ini mengatakan bahawa negara wujud kerana persetujuan rakyat, iaitu yang diperintah, untuk memberi kepada pelbagai keperluan kolektif yang tidak dapat dipenuhi oleh individu seperti pertahanan, jalan raya, pendidikan, "penjagaan am" dll.
  • Konflik - Yang paling mudah antara keempat-empat teori adalah teori mengenai konflik, iaitu mengatakan bahawa negara wujud bukan disebabkan satu pilihan, tetapi sebaliknya disebabkan konflik yang ganas. Pelbagai pihak berperang antara satu sama lain untuk mengawal tanah atau sumber alam yang lain, dan pihak yang menang menguatkuasaan pemerintahan keatas pihak yang kalah.

Keempat-empat teori ini boleh membawa kesemua pendapat politik yang wujud. Dalam pengamalan pula, kebanyakan orang dan falsafah politik menerima kombinasi dua atau lebih keempat-empat teori diatas, dengan megemukakan argumentasi bahawa negara lain mempunyai pengasas lain. Teori konfik pula adalah penggunaan teori yang tidak dipersetujui dengan teori yang dipersetujui untuk membandingkan negara yang sah daripada negara yang tidak sah.

Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme, konservatisme dan anarkisme.

Kontrakarianisme berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai.

Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua "hak" wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi.

Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal "Perjanjian Baru" (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan para libertarianis yang mahukan negara "minima". Kenaikan dominasi koperat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam.

Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik - secara spesifiknya idea konflik kelas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh kelas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli kelas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi kelas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriarki dan etnik.

Tambahan pula dalam teori Marxis, para kelas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berklas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur "hilang" semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, orde baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya.

Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki klas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima kelas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan "semulajadi". Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini.

Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan. Inilah teori konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihampuskan. Masalahnya dengan ini adalah "apakah" cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara klas.

Teori-teori terkini mengenai negara

Satu cara berguna untuk memahami debat-debat terkini dalam sains politik adalah mengikuti kata Stephen Krasner (1984). Mengikut katanya, para saintis politik selalunya mengaji empat konsep negara, iaitu:

  • 1. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya. Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana kumpulan individu ini berinterkasi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan mereka sendiri. (i.e. Kenneth Waltz, Theory of International Politics, 1979)
  • 2. Negara adalah bureaukrasi awam dan orde undang-undang yang diinstitusikan. Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling berpewakilan. (i.e. Robert Dahl, Who Governs?, 1961)
  • 3. Negara adalah kelas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak kelas pemerintah dengan menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia. (i.e. Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State)
  • 4. Negara adalah orde norma (Teori simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial. (i.e. Clifford Geertz, Negara: The Theater State in Nineteenth Century Bali, 1980)

Pendekatan-pendekatan ini menekankan pelbagai fungsi berlainan dan atribusi negara dan hatta, memberikan pelbagai penjelasan untuk hasil politik. Walau bagaimanapun, pada hakikat amnya, sains politik kontemporari mengaji negara sebagai masalah pemerintahan kuasa dan bukan masalah pembahagiannya (pluralisme). Cara paling baik untuk mengaji negara adalah melalui institusinya, yang menjadi amalan majoriti saintis politik. (institusisme, institisisme bersejarah, institusisme baru). ((Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985)).

Semenjak itu, teori kritikal dalam politik geografi dan perhubungan antarabangsa mewujudkan teori 'pos-moden' mengenai negara. Ini mengemukakan argumentasi bahawa, dalam satu dunia globalisasi, negara diambil kuasanya oleh aktor antarabangsa seperti NGO, IGO, TNC dan pelbagai aktor masyarakat sivil. Satu pandangan extrem berdasarkan teori ini diperkenalkan Kenichi Ohmae yang menulis buku-buku yang bertajuk Pengakhiran kewujudan Negara Bangsa:Kenaikan Ekonomi Kawasan (The End of the Nation States:Rise of Regional Economies) (Ohmae, Kenichi, Harper Collins, 1995). Satu lagi versi yang lebih serderhana melihat negara sabagai telah bersatu dalam perhubungan, dimana sesetengah kedaulatan dan kawalan telah diberikan kepada badan koperat, organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan seperti Oxfam yang kini terlibat dalam 'pengawalan' sesetengah kawasan. (Derek Gregory merujuk negara sebagai rangkaian dalam bahagian 1 daripada bukunya mengenai Perang keatas Keganasan yang dipanggil The Colonial Present, 2004, Blackwell Press).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ <Please add first missing authors to populate metadata.> (1995). "state". Concise Oxford English Dictionary (edisi 9th). Oxford University Press. 3 (also State) a an organized political community under one government; a commonwealth; a nation. b such a community forming part of a federal republic, esp the United States of America
  2. ^ Earle, Timothy (1997). "state, state systems". dalam Barfield, Thomas. The dictionary of anthropology. Wiley-Blackwell. m/s. 445. ISBN 978-1-57718-057-9.
  3. ^ Dubreuil, Benoít (2010). Human Evolution and the Origins of Hierarchies: The State of Nature. Cambridge University Press. m/s. 189. ISBN 978-0-521-76948-8.
  4. ^ Gordon, Scott (2002). Controlling the State: Constitutionalism from Ancient Athens to Today. Harvard University Press. m/s. 4. ISBN 978-0-674-00977-6.
  5. ^ Hay, Colin (2001). Routledge Encyclopedia of International Political Economy. New York, NY: Routledge. m/s. 1469–1474. ISBN 0-415-14532-5.
  6. ^ Donovan, John C. (1993). People, power, and politics: an introduction to political science. Rowman & Littlefield. m/s. 20. ISBN 978-0-8226-3025-8.
  7. ^ Shaw, Martin (2003). War and genocide: organized killing in modern society. Wiley-Blackwell. m/s. 59. ISBN 978-0-7456-1907-1.
  8. ^ Hay, 2001: p. 1469
Beijing

Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; sebutan ), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai, dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar, dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni . Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya. Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara. Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia", dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

China

Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai Pulau Taiwan. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana Republik Rakyat China. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana Republik China di Taiwan.

China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. Sejarah China seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan pertukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.

Empayar Rom

Empayar Rom (Tulisan Jawi: ايمڤاير روم) merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai "Augustus") menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi "Empayar Rom".

"Empayar Rom" boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud "wilayah"; "Empayar Rom" merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.

Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Lebih mengelirukan lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian ialah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.

Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.

Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasi Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.

Kerajaan Merina

Kerajaan Merina(sekitar 1540-1897) adalah negeri tenggara Afrika pra-penjajahan yang menguasai paling banyak apa yang kini dikenali Madagascar. Ia tersebar keluar dari Imerina, kawasan tanah tinggi pusat terutamanya yang didiami oleh kumpulan etnik Merina dengan modal politik moden dan bersejarah di Antananarivo dan rohani dan bekas modal politik di Ambohimanga dan sebuah ibu negara politik 24 kilometer (15 mi) barat di Antananarivo, kini tempat duduk kerajaan untuk neagra demokrasi Madagascar. Raja-raja dan ratu-ratu Merina yang memerintah Madagascar pada abad ke-19 adalah keturunan barisan panjang kerabat diraja Merina turun-kemurun, menjangkau kembali dalam tradisi lisan kepada sumber-sumber seperti penduduk pertama manusia pulau atau anak tuhan sendiri.

Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe

Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (کساتوان کبڠساٴن افريکا زيمبابوي, kependekannya ialah ZANU) adalah sebuah organisasi militan yang menentang kerajaan minoriti kulit putih di Rhodesia, terbentuk sebagai pecahan daripada Kesatuan Rakyat Afrika Zimbabwe (ZAPU). ZANU memenangi pilihan raya tahun 1980 di bawah pimpinan Robert Mugabe. Tujuh tahun kemudian ia bergabung pula dengan ahli ZAPU, Joshua Nkomo untuk membentuk ZANU-PF yang merupakan parti semasa yang mentadbir negara.

Manusia

Templat:Speces box

Adlin (Tulisan Jawi: مأنسي; taksonomi, Homo sapiens) adalah satu-satunya ahli Hominina. Mereka dicirikan dengan sikap tegak dan pergerakan bipedal; ketangkasan manual yang tinggi dan penggunaan alat berat berbanding haiwan lain; penggunaan bahasa terbuka dan kompleks berbanding komunikasi haiwan lain; dan trend umum ke arah otak yang lebih besar dan masyarakat yang lebih kompleks.Hominin awal-terutama australopithecine, yang otak dan anatomi dalam banyak hal lebih mirip dengan kera bukan manusia manusia-kurang sering dirujuk sebagai "manusia" daripada hominin genus Homo. Beberapa hominin ini menggunakan api, menduduki sebahagian besar Eurasia, dan menimbulkan Homo sapiens moden secara anatomis di Afrika kira-kira 315,000 tahun lalu. Mereka mula menunjukkan bukti tentang kemodenan tingkah laku sekitar 50,000 tahun yang lalu, dan dalam beberapa gelombang penghijrahan, mereka menceburkan diri dari Afrika dan penduduk kebanyakan dunia.Penyebaran manusia dan penduduknya yang besar dan meningkat telah memberi impak yang mendalam terhadap kawasan persekitaran yang besar dan berjuta-juta spesies asli di seluruh dunia. Kelebihan yang menjelaskan kejayaan evolusi ini termasuk otak yang lebih besar dengan neocortex yang sangat maju, korteks prefrontal dan cuping temporal, yang membolehkan tahap penalaran, bahasa, penyelesaian masalah, sosial dan budaya yang tinggi melalui pembelajaran sosial. Manusia menggunakan alat untuk tahap yang lebih tinggi daripada haiwan lain, adalah satu-satunya spesies yang masih ada yang diketahui membina kebakaran dan memasak makanan mereka, dan merupakan satu-satunya spesies yang ada untuk memakai pakaian dan membuat dan menggunakan banyak teknologi dan seni lain.

Manusia adalah unik mahir menggunakan sistem komunikasi simbolik (seperti bahasa dan seni) untuk ekspresi diri dan pertukaran idea, dan untuk mengatur diri mereka ke dalam kumpulan yang bertujuan. Manusia membentuk struktur sosial yang rumit yang terdiri daripada banyak kumpulan yang bekerjasama dan bersaing, dari keluarga dan rangkaian kekeluargaan ke negara-negara politik. Interaksi sosial antara manusia telah membentuk pelbagai nilai, norma sosial, dan ritual, yang bersama-sama membentuk asas masyarakat manusia. Keingintahuan dan keinginan manusia untuk memahami dan mempengaruhi alam sekitar dan untuk menjelaskan dan memanipulasi fenomena (atau peristiwa) telah memberikan asas untuk membangunkan sains, falsafah, mitologi, agama, antropologi, dan pelbagai bidang ilmu.

Walaupun sebahagian besar kewujudan manusia telah dikekalkan dengan memburu dan berkumpul dalam masyarakat band, peningkatan jumlah masyarakat manusia mula berlatih pertanian tidak aktif kira-kira sekitar 10,000 tahun yang lalu, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menanam, sehingga memungkinkan pertumbuhan peradaban . Masyarakat manusia kemudiannya berkembang dalam saiz, membentuk pelbagai bentuk pemerintahan, agama, dan budaya di seluruh dunia, menyatukan orang dalam kawasan untuk membentuk negara dan empayar. Kemajuan pesat pemahaman saintifik dan perubatan pada abad ke-19 dan ke-20 telah membawa kepada pembangunan teknologi berasaskan bahan bakar dan peningkatan lifespans, menyebabkan penduduk manusia meningkat dengan pesat. Hari ini, populasi manusia global dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi hampir 7.7 bilion.Manusia (Jawi: ماءنسي) atau nama saintifiknya Homo sapiens atau Homo sapiens sapiens ialah satu-satunya spesis Homo yang tergolong dalam Famili Hominidae yang masih hidup. Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

Negara

Negara (Jawi: نݢارا) adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain.

Kini terdapat 193 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Negara (budaya)

Rencana ini menerangkan tentang rujukan satu negara dari aspek bangsa dan budaya, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.

Negara (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis: Nation) adalah salah satu daripada doktrin yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ia berdasarkan kepada konsep bahawa semua manusia dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan berasingan. Ia adalah dotrin etika dan falsafah dalam sendirinya, dan adalah titik permulaan ideologi nasionalisme. Para rakyat (nationals) adalah ahli "negara" (nation) dan dibezakan dengan satu identiti dan moyang, ibubapa atau warisan yang sama. Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan (dari segi paras rupa dll.) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan berkenaan. Kriteria-kriteria yang digunakan adalah banyak sekali, dengan pengaplikasiannya juga berbeza. Perbezaan kecil dalam sebutan satu dialek pun cukup untuk membezakan dan menkatagorikan seseorang sebagai satu ahli negara lain. Pada sebelah satu lagi pula, dua orang mungkin mempunyai berbezaan personaliti, agama, lokasi geografi, masa dan juga bahasa pertuturan, tetapi masih dilihat orang lain serta melihat diri-sendiri mereka sebagai satu ahli negara yang sama. Ahli negara dikatakan mempunyai ciri-ciri dan norma-norma sendiri tertentu, dan tanggungjawab istimewa kepada orang sesama negara.

Negara wujud sejak sekian lamanya daripada generasi-generasi terdahulunya lagi, dan yang telah meninggal pun dianggap ahli. Generasi masa depan juga dikira sebagai ahli. Tiada sesiapa yang meletakkan garisan masanya, tetapi satu negara secara biasanya beberapa abad lamanya wujud. Sebagai contoh, negara China telah dikatakan wujud selama 5,000 tahun. Perkara yang berlaku pada zaman silam juga diadili dalam konteks ini, contohnya dengan merujuk kepada "tentera kita" dalam konflik yang berlaku pada jauh di masa terdahulu.

Perkataan negara seringkali menjadi sinonim kepada kumpulan etnik seperti bangsa dan budaya, kendatipun etnik adalah satu aspek penting identiti budaya atau identiti sosial untuk ahli kebanyakan negara, orang yang mempunyai asas etnik yang sama mungkin hidup di negara bangsa yang lain dan diperlakukan sebagai ahli negara lain oleh sebab ini. Identiti kebangsaan adalah pada lazimnya dipertikai, sehingga ke individu.

Satu negara politik yang yang mengatakan dirinya sebagai ibu kepada sebuah kelompok ahli negara adalah satu negara bangsa, dan kebanyakan negara politik menjadi sebahagian daripada katagori ini, walaupun adanya pertikaian ganas mengenasi legitimasi mereka. Dalam penggunaan harian, perkataan seperti rujukan negara sebagai satu kumpulan bangsa, atau negara politik, atau satu istilah geografi, serta penggunaan perkataan tanah mempunyai maksud yang hampir sama. Sebagai contoh, satu wilayah dibawah satu kerajaan berdaulat atau penduduk wilayah itu, atau kerajaan itu sendiri, dalam maksud lainnya, satu negara de jure atau de facto.

Dalam maksud yang lebih tepat pula, perkataan seperti negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari aspek budaya atau bangsa, aspek politik atau aspek sesuatu kawasan geografi. Aspek-aspek ini lebih jelas dalam bahasa Inggeris dimana tiga perkataan berbeza, nation, state dan country wujud untuk setiap aspek ini.

Rupert Emerson menakrifkan satu negara serta satu wilayah yang definatif sebagai berasaskan satu rakyat dengan satu bahasa yang sama dan budaya warisan yang sama. Kendatipun banyak negara tidak termasuk dalam kriteria ini, ia tetap boleh digunakan sebagai titik permulaan untuk negara yang baru mengikutinya.

Negara (geografi)

Rencana ini mengenai penglihatan negara dari aspek geografi, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara

Negara (Tulisan Jawi: نڬارا; Bahasa Inggeris: Country; Bahasa Perancis: Pays) adalah satu istilah politik antarabangsa serta geografi politik yang merujuk kepada satu wilayah geografi yang didefinasikan. Ia boleh menjadi satu wilayah yang diperintah oleh satu kerajaan negara politik, tetapi tidak semestinya. Sebagai contoh, terdapat terdapat ramai wilayah lain yang dikatakan merupakan satu negara tetapi tidak diperintah oleh satu kerajaan negara politik, seperti Antartika. Negara politik sendiripun mempunyai penggantungan seberang laut, dengan wilayah dan rakyat yang asing daripada wilayah dan rakyat negara sendiri (sebagai contoh pegangan Perancis, Suriname). Ia juga boleh merujuk kepada negara budaya dengan syarat mereka berada di satu kawasan geografi definitif.

Negara kota

Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang berbentuk kota atau bandar yang memiliki wilayah, memiliki rakyat, dan pemerintahan berdaulat penuh. Negara kota biasanya memiliki wilayah yang kecil yang memiliki luas sebesar kota pada umumnya. Oleh itu, negara kota boleh dilihat sebagai sebuah manifestasi awal negara.

Menurut Aristotle pula, pembentukan sesebuah masyarakat yang sempurna lahir daripada gabungan tiga institusi, iaitu keluarga, bandar dan gabungan beberapa buah kampung yang membentuk sebuah negara kota. Namun begitu, setiap negara kota mempunyai ciri dan bentuk yang berbeza-beza.

Contoh negara kota terkini yang berdaulat ialah Singapura, Monaco dan Kota Vatican.

Negeri bersekutu

Negeri bersekutu (Jawi: نڬري برسكوتو) (yang juga boleh dirujuk sebagai negeri, wilayah, prefektur, dll.) ialah wilayah dan komuniti perlembagaan yang menjadi sebahagian daripada persekutuan. Negeri itu berbeza sepenuhnya dari negeri berdaulat, bahawa mereka telah memindahkan sebahagian daripada kuasa kedaulatan mereka kepada kerajaan persekutuan. Yang penting, apabila negeri memilih untuk bersekutu, mereka kehilangan kedudukan mereka sebagai individu dalam undang-undang antarabangsa. Sebaliknya, kesatuan persekutuan sebagai satu entiti menjadi negara berdaulat untuk tujuan undang-undang antarabangsa. Sebuah negeri bersekutu memegang bidang kuasa pentadbiran ke atas wilayah geografi yang telah ditetapkan sahaja dan adalah satu bentuk kerajaan serantau.

Dalam beberapa kes, persekutuan dicipta dari kesatuan entiti politik, yang sama ada bebas, atau wilayah bergantung satu lagi entiti berdaulat (paling biasa kuasa penjajah). Dalam kes lain, negara persekutuan telah diwujudkan daripada kawasan sebelum ini negeri satuan. Apabila perlembagaan persekutuan dibentuk, kaedah-kaedah yang mengawal hubungan antara kuasa persekutuan dan serantau menjadi sebahagian daripada undang-undang perlembagaan negara dan bukan undang-undang antarabangsa.

Di negara-negara dengan perlembagaan persekutuan, terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri-negeri komponen. Entiti-entiti ini - negeri, wilayah, kanton, Länder, dll. - adalah sebahagiannya kerajaan sendiri dan diberikan tahap perlembagaan autonomi terjamin yang berbeza dengan ketara antara sebuah persekutuan dengan persekutuan yang lain. Bergantung kepada bentuk desentralisasi kuasa yang berlaku, kuasa perundangan negeri bersekutu mungkin atau tidak mungkin boleh diatasi atau diveto oleh kerajaan persekutuan. Undang-undang yang mengawal hubungan antara kuasa persekutuan dan serantau boleh dipinda melalui Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.

Pembahagian pentadbiran negara
Pentadbiran
Autonomi
Banci
Sivil
Kaunti
Persekutuan
Tempatan
Metropolitan
Negara
Empayar
Kawasan
Kaw. Luar Bandar
Perumahan
Khas
Kaw. Dalam Bandar

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.