Nama-nama Baitulmuqaddis

Artikel ini ialah mengenai kepelbagaian nama-nama Baitulmuqaddis dan sebagainya. Sekiranya ingin mencari maklumat tentang keadaan politik dan sejarah Baitulmuqaddis, artikel Baitulmuqaddis ialah artikel yang paling sesuai untuk dibaca.


Sepanjang kewujudannya, terdapat banyak nama Baitulmuqaddis di dalam bahasa yang berbeza.

Nama

Salem

  • Ibrani שלם š-l-m "ruang", "siap".
  • Akkadia (Uru) Salim
  • Assyria (Ur) Salimmu
  • Greek Σαλημ Salēm, Σολυμα Solyma
  • Latin Salem
  • Arab ساليم Sālīm
  • Ibrani שָׁלֵם Šālēm
  • Ibrani שָׁלֵם Šalem

Salem juga merupakan nama pendek bagi Jerusalem.

Moriah

  • Ibrani מוריה m-w-r-y-h.
  • Greek Μωριας Mōrias
  • Latin Moria
  • Arab مريّا Muriyyā or Murayyā (?)
  • Ibrani מוֹרִיָּה Môriyyāh
  • Ibrani מוֹרִיָּה Moriyya

Jebus

Jerusalem

  • Ibrani ירושלם y-r-w-š-l-m.
  • Aramaik יְרוּשְׁלֶם Yərûšəlem
  • Greek Ιερουσαλημ Hierousalēm, Ierousalēm, Ιεροσολυμα Hierosolyma, Ierosolyma
  • Latin Hierusalem
  • Arab أور سالم Ūrsālim, Ūrsālam
  • Ibrani יְרוּשָׁלַםִ / יְרוּשָׁלָםִ Yərûšāláim / Yərûšālāim
  • Ibrani יְרוּשָׁלַיִם Yərušaláyim
  • Viking Jorsala

Jerusalem ialah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara ini menggunakan istilah ini sebagai istilah utama.

Zion

Ariel

  • Ibrani אריאל ʼ-r-y-ʼ-l
  • Greek Αριηλ Ariēl
  • Arab اريئيل Arīʼīl
  • Ibrani אֲרִיאֵל ʼĂrîʼēl
  • Ibrani אֲרִיאֵל Ariʼel

Ariel ialah nama puisi Baitulmuqaddis.

Aelia Capitolina

  • Latin Aelia Capitolina
  • Arab إيلياء, ʼĪlyāʼ
  • Ibrani אֵילִיָּה קַפִּיטוֹלִינָה ʼÊliyyāh Qappîṭôlînāh
  • Ibrani אֵילִיָּה קַפִּיטוֹלִינָה Eliyya Qappitolina

Aelia Capitolina ialah nama yang diberi oleh Rom terhadap Baitulmuqaddis selepas semua Yahudi diusir keluar daripada situ. Nama arabnya, ʼĪlyāʼ kadangkala digunakan dalam Hadith (Bukhari 1:6, 4:191; Muwatta 20:26), seperti Baitulmuqaddis (lihat bawah.)

Al-Quds

  • Arab القدس al-Quds "Tempat yang suci", القدس الشريف al-Quds aš-Šarīf "Tempat yang paling suci"
  • Turki Kudüs
  • Ibrani הַקֹּדֶשׁ haqQōḏeš "Yang suci"
  • Ibrani הַקֹּדֶשׁ haQódeš

Al-Quds ialah nama yang biasa digunakan oleh orang Arab untuk Baitulmuqaddis (juga digunakan oleh tamadun yang dipengaruhi oleh Islam). Perkataan al-Quds aš-Šarīf juga digunakan terutamanya oleh Empayar Turki Uthmaniyyah.

Baitulmuqaddis

  • Arab بيت المقدس Bayt ul-Maqdis, Bayt ul-Muqaddas, Baitulmuqaddis, Baitulmaqdis "Rumah Suci"
  • Bahasa Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ, Beit HaMikdash ; "Rumah Suci"

Baitulmuqaddis atau Baitulmaqdis ialah nama yang jarang digunakan oleh masyarakat Arab. Perkataan ini paling banyak digunakan di Malaysia dan beberapa negara lain.

al-Balat

  • Arab البلاط al-Balāṭ
Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai Baitulmaqdis (tulisan Arab/Jawi: بيت المقدس) atau Jerusalem (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם (audio) Yerushaláyim, bahasa Arab: القدس atau أورسالم (audio) al-Quds atau, Ūrsālim; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan Ibukota dan Bandar raya terbesar bagi Negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Agama Kristian, dan juga Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.