Nadiya Nisaa

Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin (dilahirkan pada 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2][3]

Nadiya Nisaa
Nadiya Nisaa didalam filem Terbaik Dari Langit (2014)
Nadiya sebagai Sofia Jane di dalam filem Terbaik Dari Langit (2014).
KelahiranNadiyatul Nisaa binti Kamarudin
11 Julai 1985 (umur 34)
Gombak, Selangor, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Penyiaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–kini
PasanganSaiful Azman Mohd Kassim
AnakOmar Saiful Razman

Kehidupan awal

Nadiya Nisaa dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan. Nadiya mendalami dunia bidang lakonan sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Nadiya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Shah Alam.

Kerjaya

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.[4]

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul. Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[5]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Nadiya menjayakan peranan utama sebagai Yang Chik dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Filem biopik ini turut dijayakan oleh Ady Putra, Fattah Amin, Farid Amirul, A. Galak, Beto Kusyairy, Yayan Ruhiyan, Johan As'ari dan bintang baru, Ali Karimie.[6][7]

Kehidupan peribadi

Beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Saiful Razman Mohd Kassim yang merupakan seorang pelukis terkenal dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki; Omar.

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2009 Karaoke Anisah Chris Chung Filem pertama
2011 Cun! Manis Osman Ali
Ombak Rindu
2012 Jiwa Taiko Lara
2014 Gila Baby Jaja Kabir Bhatia
Terbaik Dari Langit[8] Sofia Jane Nik Amir Mustapha
2015 Romeo Kota Ain Dato' Aaron Aziz Pelakon undangan
Jejak Warriors Nadia Saw Teong Hin
Love, Supermoon Triz Wan Hasliza
2016 Redha Sasha Tunku Mona Riza
Interchange Sani Dain Iskandar Said
2018 Dukun Anak sulung Halimah Dain Said
Gol & Gincu Vol. 2 Uda Umi Salwana Omar Pelakon undangan
2019 Bu, Kasih Suci Aishah Jeany Amir
Mat Kilau dagger Yang Chik Syamsul Yusof Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Adam & Hawa Ain Hawani Astro Mustika HD
2013 Cinta Jangan Pergi Elyna TV9
2016 Aku Bukan Bimbo Elsuraya Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Ajaibnya Cinta Nilam TV3
2013 XOXO Dahnia TV9
Destinasi Cinta Sara Sara Astro Ria
Cinta Kamikaze TV9
Anugerah Dendam Yang Terindah Izatul Astro First Eksklusif
2014 Panik Astro First Eksklusif
Oh My English!: Villa Isabellaaa! Jojie Astro TVIQ
2015 Engkau Laksana Bulan TV1
Misi Adria Adria TV1
Aku, Dia dan Tong Gas Melati TV9
Kelap Kelip Aminah TVi
2016 Oh My Ganu! 2 Jojie Astro TVIQ
Fatin TV3
Kari Sanjana Linda TV3
2017 Burung Kertas TV2
Nota Silam Astro Citra
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus Astro Citra

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2004 Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour bersama Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Sazzy Falak

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Impiana Astro Prima Adaptasi dari majalah Impiana

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Cun! Pelakon Harapan Wanita Terbaik Menang
Cun! Anugerah Skrin 2011 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Menang
2012 Anugerah Skrin 2012 Jiwa Taiko Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Jiwa Taiko Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pengancam Perkahwinan Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) Dicalonkan
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Gila Baby Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Menang
Festival Filem Malaysia ke-27 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2015 Gila Baby Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Menang
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Percaturan Nadiya Nisaa
  2. ^ Nadiya Nisaa Ada Strategi Kekal Populariti
  3. ^ Nadiya Nisaa Panik! Anak Hilang di Jakarta.
  4. ^ "Maxis - Siti Fantasia Tour Promo". YouTube. Dicapai 2017-02-06.
  5. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Dicapai 15 Julai 2015.
  6. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018.
  7. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai 20 April 2018.
  8. ^ Bront Palarae & Nadiya Nisaa utama kualiti kerja

Pautan luar

Cun!

Cun! merupakan sebuah filem genre cinta, keluarga dan komedi yang diterbitkan pada 31 Mac 2011 di Malaysia.

Gila Baby (filem)

Gila Baby merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid dan Lan Pet Pet. Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.

Interchange

Interchange merupakan sebuah filem seram ngeri misteri Malaysia 2016 arahan Dain Said dengan skrip oleh Dain, Nandita Solomon, Redza Minhat dan June Tan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M. Nor. Filem ini mengisahkan kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra). Iva pula dalam perjalanan membebaskan jiwa suku kaumnya dari dalam plat kaca negatif pada masa lampau. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.

Jejak Warriors

Jejak Warriors merupakan sebuah filem sukan Malaysia 2015 arahan Saw Teong Hin. Filem ini dibintangi oleh Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus, Watie Elite, Husyairi Husain, Amir Raja Lawak, Shuk SYJ, Chew Kin Wah, serta barisan pemain The Red Warriors. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Ogos 2015.

Love, Supermoon

Love, Supermoon merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2015 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan Grand Brilliance Ia dibintangi Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini dan Anne Ngasri. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka. Ia memaparkan saat-saat penting kehidupan seperti cinta monyet zaman persekolahan, konvokesyen, kerja, alam berumah tangga dan seterusnya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Oktober 2015.

Panik (filem)

Panik merupakan sebuah filem ngeri / suspen yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo dan dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Zul Ariffin, Naomi Ivo, Dony Alamsyah, Mikee Luckok. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak ngeri / suspen. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 April 2014.Filem ini mula ditayangkan pada 10 April 2014 dan pengedarannya diuruskan oleh . Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Terbaik dari Langit

Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت; Bahasa Inggeris: Nova) merupakan sebuah filem kembara fantasi cereka sains dan komedi drama Malaysia 2014 arahan Nik Amir Mustapha terbitan bersama Astro Shaw dan Playground Films. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Datuk Aziz Satar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014. Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015. Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
1980an
1990an
2000an
2010an

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.