Munafik 2

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016[2][3] dan yang kedua dalam trilogi Munafik yang dirancang. Ia juga merupakan filem ke-40 terbitan Skop Productions[4] dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.[5] Ia mengisahkan perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat di perkampungan yang sangat terpencil, yang diketuai oleh Abuja dan menyelamatkan seorang ibu tunggal (Sakinah) dari kejahatan Abuja.[6]

Penggambaran dijalankan pada Mac 2017 di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Perak dan Pahang dan berakhir pada Mei 2017, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018 dan di Indonesia pada 26 September 2018.[7][8][9] Munafik 2 menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM43 juta dalam tempoh sebulan di seluruh negara,[10] sekaligus menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2018.[11][12] Kesinambungan ketiga filem ini sedang dalam perancangan dengan Syamsul kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.[13]

Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Munafik 2 sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[14]

Munafik 2
PengarahSyamsul Yusof
PenerbitDatuk Yusof Haslam
PenulisSyamsul Yusof
Lakon layar olehSyamsul Yusof
Dibintangi oleh
Muzik olehSky Productions
Extreme Music
SinematografiRahimi Mahidin
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Pengedar
  • President Productions (Malaysia)
  • CBI Pictures (Indonesia)
Mula ditayangkan
  • 30 Ogos 2018 (Malaysia)
  • 26 September 2018 (Indonesia)
Tempoh tayangan
99 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM2.8 juta
Pecah panggungRM37.78 juta[1]

Sinopsis

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas diselubungi dengan kematian isteri dan anaknya. Dia kini menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat di kampung halamannya. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri (Weni Panca) yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina (Nur Zara Sofia).

Sakinah terpaksa menjaga bapanya, Imam Malik yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abuja (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abuja mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abuja.

Abuja menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abuja. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abuja yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Pelakon

Penerbitan

Pembangunan

SyamsulYusofBersamaTrofiFFM
Syamsul Yusof (gambar pada 2011) kembali menjayakan watak Ustaz Adam, menulis skrip dan mengarahkan Munafik 2.

Pada April 2016, Skop Productions dan Syamsul Yusof mengumumkan akan menerbitkan kesinambungan filem Munafik dan penggambarannya dijadualkan bermula pada akhir 2016 atau selewat-lewatnya pada awal 2017.[2] Majlis pelancaran filem Munafik 2 diadakan pada 9 Mac 2017 di Dataran Karyawan FINAS dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ketika itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak.[15] Pada Mac 2017, Nabila Huda yang memegang watak Maria dalam filem pertama mengumumkan menarik diri dari terlibat dalam filem ini kerana kesibukan jadual kerjanya;[16][17][18][19][20] Maya Karin dilaporkan telah dipilih untuk menjayakan peranan utama, bagi menggantikan Nabila.[21][22][23][24] Bagaimanapun, Syamsul mengesahkan secara rasmi yang Maya akan menjayakan Munafik 2.[25] Pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo, yang terkenal dengan filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) dilaporkan bakal membintangi filem ini bagi pasaran Indonesia.[26] Bagaimanapun, bagi mempromosikan filem ini di Indonesia, Syamsul memilih Weni Panca sebagai pelakon pembantu filem ini, memegang watak sebagai wanita iblis.[27] Syamsul berkata, beliau difahamkan yang Dian tidak lagi berlakon. Beliau juga pernah cuba dapatkan Syahrini tapi dia juga menolak.[28]

Draf pertama skrip ini disiapkan pada Ogos 2016,[29] namun Syamsul terpaksa merombak semula skrip kerana merasakan ia tidak menepati apa yang beliau mahukan.[30] Nasir Bilal Khan yang sebelum ini bekerja dengan Syamsul menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) telah menandatangani untuk menjayakan filem ini.[31] Menurut Syamsul, bapanya mencadangkan Nasir untuk menjayakan watak sebagai Abu Jar.[6] Fauzi Nawawi yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem, memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar; untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[32] Bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi yang sebelum ini berduet dengan Syamsul menerusi lagu "Kalah Dalam Menang" dan "Bukan Propaganda", menyertai barisan pelakon Munafik 2.[33] Untuk filem ini, Mawi menaiki bot untuk berlayar merentasi Tasik Chini, beliau mengakui tidak pernah menaiki bot dan terpaksa melakukannya bagi memenuhi permintaan Syamsul.[34]

Bagi mendapatkan inspirasi untuk Munafik 2, Syamsul berkurung dalam bilik hotel selama sebulan.[35][36] Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM2.8 juta berbanding filem sebelumnya yang hanya menelan belanja sebanyak RM1.6 juta.[37] Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 9 Julai 2018, Syamsul berkata: "Ketika melakukan proses suntingan, saya menangis sebab jalan cerita filem ini. Apatah lagi, unsur dakwah yang diketengahkan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas. Jadi, menerusi filem ini saya nak penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi beberapa watak sedia ada dan karakter baru diperkenalkan,".[37]

Treler rasmi filem ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Syamsul berkata mengenai treler Munafik 2: "Saya mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan treler ini tapi ayah saya kata masa tersebut terlalu lama sebab orang lain buat dalam masa 2 hingga 3 hari saja."[38] Poster Munafik 2 direkabentuk oleh Kukubesi yang sebelum ini pernah merekabentuk poster filem Mat Moto dan Desolasi (2016); Abang Long Fadil 2 (2017) dan KL Special Force (2018).

Penggambaran

Penggambaran dijalankan selama 72 hari bermula 20 Mac 2017[6][39] di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang;[6] lokasi penggambaran juga termasuk Istana Kellie dan Lembah Kinta, Perak serta Tasik Chini dan Kuantan, Pahang;[6] Bagaimanapun, penggambaran dihentikan seketika bagi membolehkan Syamsul membuat persiapan menghadapi malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.[40] Penggambaran dimuktamadkan pada 30 Mei 2017.[41][42]

Gaya dan tema

Munafik 2 menggabungkan unsur-unsur islamik dan seram, sepertimana dalam filem pertama. Hampir setiap dialog dalam filem ini dimuatkan dengan ilmu fiqh, aqidah, al-Quran dan Sunnah secara lisan. Menurut Syamsul, Munafik ialah sebuah filem seram yang diisi dengan unsur keagamaan dan bukanlah sebuah filem ‘hantu’ semata-mata.[43][44] Menurut Ifqdar Rahman dari Utusan Malaysia, Syamsul mengetengahkan kisah-kisah nabi sebagai sumber rujukan utama untuk menjadikan Munafik 2 lebih realistik dalam bentuk visual dan diterap dengan kepelbagaian elemen untuk mewujudkan pelbagai rasa.[45]

Aidil Rusli dari The Malay Mail berpendapat Munafik 2 merupakan bukti betapa "banyak pemikiran yang menjadi penyusun dan pementasan".[46] Syamsul turut menyatakan bahawa filem ini menjadi "saham" akhirat beliau.[47] Azura Abas, menulis untuk New Straits Times berhujah bahawa filem ini menyelitkan unsur realisme dan berpendapat kepercayaan dan agama lain turut mempunyai pandangan tentang sifat munafik.[48]

Surah yang digunakan

Terdapat 10 surah di dalam Al-Quran digunakan dalam Munafik 2 yang mana ia digunakan sebagai ayat pendinding bagi mengelakkan sihir dan gangguan makhluk halus. Surah-surah tersebut ialah:[49]

  • Al-Baqarah, ayat 148
  • Al-Hijr, ayat 35
  • An-Nuur, ayat 21
  • Aaraf, ayat 117-123
  • Al-Isra, ayat 82
  • Asy-Syuraa, ayat 80
  • Taha, ayat 68-70
  • Yunus, ayat 81-84
  • Ayatul Kursi
  • Al-Hasyr, ayat 21

Keluaran

Munafik 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018, iaitu sehari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-61.[50] Poster rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun Instagram rasmi Syamsul pada 10 Julai 2018.[51][52] Treler rasmi filem ini dimuat naik di saluran YouTube rasmi Syamsul pada 23 Julai 2018[53] dan mencatat jumlah tontonan lebih 2 juta di Facebook dan YouTube selepas dimuat naik dalam tempoh lebih kurang 24 jam.[54][55][56][57][58] Ia turut mendapat sambutan di luar negara termasuk Indonesia.[59] Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk Astro Ria dan Astro Citra bermula 19 Ogos 2018.[60]

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 28 Ogos 2018 di E-Curve, Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah. Munafik 2 menerima keluaran tayangan perdana rasmi di Indonesia, iaitu pada 26 September 2018 dan diedarkan untuk pasaran Indonesia oleh CBI Pictures.[61][62][63] Filem ini juga bakal menembusi pasaran Thailand, Kemboja dan Vietnam.[64][65]

Munafik 2 telah mencipta sejarah tersendiri apabila diberi slot tayangan khas, iaitu selang 15 minit berikutan permintaan tinggi yang diterima.[66][67][68] Semasa tayangannya, satu insiden berlaku apabila dikatakan terdapat segelintir penonton yang diserang 'histeria' sewaktu menonton filem ini di pawagam.[69]

Sambutan

Kutipan

Pada hari pembukaan rasmi, Munafik 2 meraih jumlah kutipan slot tayangan awal sebanyak RM2.05 juta, sekaligus mengatasi Hantu Kak Limah 3 arahan Mamat Khalid yang hanya mengumpul RM650,000.[70][71] Filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya.[72] Munafik 2 berjaya menduduki tangga teratas di carta filem GSC sekaligus mengatasi lima lagi filem lain termasuk The Equalizer 2, Crazy Rich Asians dan Hantu Kak Limah 3.[73][74] Filem ini berjaya mencipta sejarah yang tersendiri dalam industri perfileman Melayu apabila berjaya meraih kutipan RM 21.6 juta dalam masa empat hari tayangan.[75][76][77][78][79] Munafik 2 berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan, berbanding filem terdahulu yang meraih kutipan RM17.04 juta.[80][81][82]

Sehingga 10 September 2018, Munafik 2 berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM35 juta, menjadikannya sebagai filem Malaysia paling laris 2018 bersama-sama Hantu Kak Limah.[83] Syamsul dipetik oleh mStar Online sebagai berkata: "Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Alhamdulillah dan terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,".[84] Buat pertama kali dalam sejarah industri perfilaman Malaysia, Munafik 2 mengumpul kutipan pecah panggung paling tinggi, iaitu sebanyak RM37 juta sekaligus mengatasi kutipan filem Hantu Kak Limah yang meraih kutipan sebanyak RM36 juta.[11] Syamsul meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap filem arahannya. Beliau dipetik sebagai berkata: "Mencecah kutipan RM 37 juta hanya dalam 17 hari tayangan. Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Bukan mudah untuk filem Melayu capai ke tahap ini. Tsunami filem Melayu. Alhamdulillah & terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,".[85] Sehingga Oktober 2018, Munafik 2 telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM37.78 juta.[86]

Media melaporkan bahawa Munafik 2 bakal ditayangkan di beberapa negara Asia termasuk Hong Kong dan Vietnam berikutan sambutan yang positif.[87][88]

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritk filem. Mumtaj Begum dari Star2 menulis: "Munafik 2 boleh menjadi sebuah filem yang lebih baik jika hanya sedikit kehalusan yang dibuat dan aksi penjahat tidak begitu stereotaip.[89] Dalam erti kata lain, Yuzir Harafi dari Astro Awani menyatakan filem ini membawa mesej yang berbeza dan mampu menginsafkan, beliau berkata: "Mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini agak berat tetapi jalan ceritanya boleh difahami penonton kerana ia diceritakan dengan sangat baik apabila ia disulam dengan plot dan elemen agama dengan ‘padu’ kerana banyak pengajaran yang boleh diperolehi."[90] Menulis untuk Sinar Harian, Aqmar Mustaza menyifatkan filem ini lebih baik dari prekuelnya.[91]

Arina Azlan, menulis untuk Kosmo! berkata: "Secara keseluruhannya, Munafik 2 adalah sebuah filem seram dakwah yang mampu membangkitkan keinsafan dalam diri. Ia juga naskhah wajib ditonton buat peminat yang mahukan kelainan dalam kisah hantu Melayu yang kebiasaannya sekadar berlandaskan plot cinta, cemburu dan iri hati.".[92] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menakrifkan filem ini sebagai "lebih berat, berani dan terus cemerlang".[93] Bissme S. dari The Sun memuji Syamsul atas usahanya mencipta "suasana ngeri" dalam filem ini dan berkata, "Namun, filem itu jauh dari sempurna. Sebagai permulaan, saya perhatikan watak-watak itu seolah-olah menjerit dialog mereka seolah-olah bersaing untuk melihat siapa yang boleh menjerit paling kuat...".[94]

Mawi diberi pujian dalam beberapa cabang media dan pelakon-pelakon terkenal bagi lakonannya sebagai Azhar.[95] Astro Awani memuji Mawi kerana keberkesanannya menjayakan watak Ustaz Azhar yang dikatakan memberi kesan mendalam pada penonton.[96]

Tayangan media

Munafik 2 telah dipertontonkan buat pertama kalinya di televisyen bermula 15 November 2018 di mana pelanggan Astro boleh melanggannya di Astro First.

Bermula 1 Mei 2019, filem ini dipertontonkan buat kali pertama di Netflix.[97][98] Tayangan perdana Munafik 2 bermula pada 9 Jun 2019 di Astro Ria.

Kontroversi

Sebulan selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam, pengarah filem ini, Syamsul memberi amaran keras kepada individu yang cuba memuat naik video filem itu di media sosial sebelum pihaknya mengambil tindakan. Menurutnya, beliau bagi pihak Skop Productions tidak akan ragu-ragu menghantar surat guaman kepada individu yang dikesan berbuat demikian meskipun sudah diberi amaran.[99][100]

Pada 12 Oktober 2018, Skop Productions mengadakan satu sidang akhbar yang diadakan di Finas bagi mengambil tindakan undang-undang sivil dan jenayah terhadap seorang kakitangan syarikat rekaan grafik yang didapati melanggar hak cipta Munafik 2. Menurut penerbitnya, Yusof Haslam, "Pihak kami berjaya mengesan beberapa individu yang melakukan pelanggaran hak cipta tetapi selepas diberi amaran, mereka meminta maaf dan memadamkannya daripada capaian Internet,".[101][102]

Pada 14 November 2018, Syamsul menang kes saman terhadap pemuat naik Munafik 2 di media sosial[103] sementara pelakunya, Muhammad Izwan Shah yang menggunakan nama Sasuke Kun diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions oleh mahkamah.[104]

Muzik

Lagu tema bagi Munafik 2 ialah "Menangislah" dicipta oleh Syamsul manakala liriknya ditulis bersama sepupunya, Dr. Anwar Fazal dan dipersembahkan oleh Syamsul dan Mawi.[105] Ini merupakan kali ketiga mereka bekerjasama selepas dua lagu terdahulu, "Kalah Dalam Menang" (Munafik) dan "Bukan Propaganda" (Desolasi).[50] "Menangislah" juga boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes.[106]

Anugerah

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Munafik 2 Anugerah Filem Box Office Menang
Viper Studios Kesan Khas Terbaik Dicalonkan
Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Dicalonkan
Maya Karin Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era 2019 Munafik 2 Filem MeleTOP Menang

Kesinambungan

Dalam satu laporan media, Syamsul berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan mengarahkan siri ketiga Munafik dan berhasrat untuk menjadikannya sebagai sebuah francais media.[107][108] Beliau berkata dalam temubual bersama Utusan Malaysia: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[109] Beliau kemudian mengesahkan bahawa Munafik 3 akan menjalani penggambaran selewat-lewatnya pada 2019.[110]

Rujukan

  1. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE" Finas. Dicapai pada 23 Ogos 2019.
  2. ^ a b "Filem seram kaut RM18j, Syamsul mahu terbitkan 'Munafik 2'". The Malay Mail. 10 April 2016. Dicapai 14 April 2016.
  3. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai 16 Ogos 2018.
  4. ^ Tahir Alhamzah (28 Ogos 2018). "#Showbiz: Yusof Haslam confident with Munafik 2's success at box office". New Straits Times. Dicapai 18 September 2018.
  5. ^ Amzar Anizam (21 Mac 2017). "Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, and Mawi Join Munafik 2". Kr8tifexpress. Dicapai 27 Jun 2018.
  6. ^ a b c d e Dennis Chua (20 Julai 2018). "#Showbiz: Ustaz Adam battles a deadly cult". New Straits Times. Dicapai 21 Julai 2018.
  7. ^ "Syamsul Yusof tak akan tergesa-gesa siapkan "Munafik 2"". Cinema.com.my. 14 Mac 2018. Dicapai 11 Mei 2018.
  8. ^ "Syamsul Yusof is moving ahead with "Munafik 2"". Yahoo! News. 11 April 2016. Dicapai 27 Jun 2018.
  9. ^ "Ketakutan kepada yang Maha Kuasa: Syamsul Yusof". Sinar Harian. 28 Julai 2018. Dicapai 29 Julai 2018.
  10. ^ Hanis Zainal (19 November 2018). "Record box office numbers prove renewed interest in Malaysian flicks". The Star Online. Dicapai 26 November 2018.
  11. ^ a b Gordon Kho (16 September 2018). "'Munafik 2' crowned top-earning local film of all time". Star2. Dicapai 16 September 2018.
  12. ^ Norhafiza Musa (16 September 2018). "Munafik 2 terus pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai 16 September 2018.
  13. ^ Norhana Fariza (4 September 2018). "Nantikan Munafik 3 dua tahun lagi". Sinar Harian. Dicapai 6 September 2018.
  14. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai 24 Disember 2018.
  15. ^ "Filem 'Munafik 2' dilancarkan YB Menteri KKMM". FINAS. 10 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  16. ^ "Nabila Huda tolak tawaran filem Munafik 2". TV14. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  17. ^ "Nabila Huda tolak berlakon Munafik 2". Media Hiburan. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  18. ^ "Nabila Huda tolak berlakon Munafik 2". Berita RTM. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  19. ^ "Munafik 2 bakal terbit tanpa Nabila Huda". Utara News. 8 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  20. ^ "Nabila Huda Tolak Tawaran Syamsul Yusof Bintangi Munafik 2". Iluminasi. 8 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  21. ^ Nadia Azam (12 Mac 2017). "Maya Karin bintangi Munafik 2 bukan demi anugerah". Malaysiakini. Dicapai 14 March 2017.
  22. ^ Aleya Amri (8 March 2017). "Maya Karin Watak Utama Filem Munafik 2". Malaysiakini. Dicapai 14 March 2017.
  23. ^ "'Giliran saya sahut cabaran'". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai 20 Mac 2017.
  24. ^ Dennis Chua (15 Mac 2017). "Maya Karin wants action roles". New Straits Times. Dicapai 20 Mac 2017.
  25. ^ "Syamsul Yusof confirms Maya Karin as lead in Munafik 2". Astro Awani. 19 Mac 2017. Dicapai 20 Mac 2017.
  26. ^ Farhana Fuad (21 November 2016). "Dian Sastrowardoyo Bakal Berlakon Dalam Filem Munafik 2?". EH!. Dicapai 25 April 2017.
  27. ^ Anita K. Wardhani (7 April 2017). Akting Weni Panca Diakui di Malaysia, Perannya Jadi Wanita Iblis Bawa Film Ini Tembus Box Office TribunNews. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  28. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 Mac 2017). Syamsul teruja kesudian Maya Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2017.
  29. ^ Angelin Yeoh (22 Ogos 2016). "Director Syamsul Yusof ripped the first draft of Munafik 2". Star2. Dicapai 25 April 2017.
  30. ^ Angelin Yeoh (5 Ogos 2016). "Syamsul Yusof Tulis Semula Skrip 'Munafik 2'". Perak Today. Dicapai 25 April 2017.
  31. ^ Nadia Azam (5 Ogos 2016). "Munafik 2: Naskhah Islamik tambat Nasir Bilal Khan". Malaysiakini. Dicapai 27 Jun 2018.
  32. ^ Farhana Ab. Rahman (29 Ogos 2018). "Fauzi minta nasihat ibu berlakon Munafik 2". Berita Harian. Dicapai 31 Ogos 2018.
  33. ^ Farhana Ab Rahman (8 Jun 2017). "Mawi serius dalam Munafik 2". Berita Harian. Dicapai 27 Jun 2018.
  34. ^ Mumtaj Begum (20 Ogos 2018). "Mawi had to steer a boat in the dark in 'Munafik 2'". Star2. Dicapai 7 September 2018.
  35. ^ Nadia Azam (28 Ogos 2018). "Kerana Munafik 2 Syamsul 'berkhalwat' sebulan". Malaysiakini. Dicapai 28 Ogos 2018.
  36. ^ Dennis Chua (6 September 2018). "#Showbiz: Syamsul shuts himself in room, suffers nightmares when making 'Munafik 2'". New Straits Times. Dicapai 7 September 2018.
  37. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (9 Julai 2018). "Munafik 2 bukan seram semata-mata..." Harian Metro. Dicapai 10 Julai 2018.
  38. ^ "Peminat kata trailer filem Munafik 2 hebat tapi Syamsul Yusof percaya ada kekurangan diri". Astro Awani. 25 Julai 2018. Dicapai 26 Julai 2018.
  39. ^ Intan Suhana Che Omar (13 Mac 2017). "Munafik 2 Menemui Peminat Awal Tahun Hadapan". Youth Bernama. Dicapai 27 Jun 2018.
  40. ^ "Produksi Munafik 2 beri laluan ABPBH 3.0". Berita Harian. 14 Mei 2017. Dicapai 25 Mei 2017.
  41. ^ "'Munafik 2' begins shooting on March 20". The Malay Mail. 16 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017.
  42. ^ "'Munafik 2' to start shooting by end-2016". The Malay Mail. 11 April 2016. Dicapai 25 April 2017.
  43. ^ Haryati Karim (28 Ogos 2018). "Syamsul dera Maya dalam Munafik 2". Kosmo!. Dicapai 6 September 2018.
  44. ^ "Munafik 2 Mendidik Di Balik Unsur Seram". Suria FM. 29 Ogos 2018. Dicapai 6 September 2018.
  45. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Munafik 2 sarat variasi elemen". Utusan Malaysia. Dicapai 8 September 2018.
  46. ^ Aidil Rusli (14 September 2018). "Munafik 2, One Two Jaga or Rise: Ini Kalilah". The Malay Mail. Dicapai 17 September 2018.
  47. ^ "Naskhah ini, 'saham' akhirat saya - Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. 9 September 2018. Dicapai 18 September 2018.
  48. ^ Azura Abas (14 Oktober 2018). "Beware of the 'Munafik'". New Straits Times. Dicapai 16 Oktober 2018.
  49. ^ "Terlampau keras, 10 ayat-ayat pendinding yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam Munafik 2". Oh My Media. 31 Ogos 2018. Dicapai 15 September 2018.
  50. ^ a b Zulqarnain Abu Hassan (10 Julai 2018). "Syamsul Yusof umum tayangan filem Munafik 2". Sinar Harian. Dicapai 11 Julai 2018.
  51. ^ Khaleeda Rashikin (10 Julai 2018). "Syamsul Yusof 'share' poster filem Munafik 2, ramai tak sabar". Berita Harian. Dicapai 10 Julai 2018.
  52. ^ "Baru Keluar Gambar Poster Munafik 2, Selebriti Pun Masing-Masing Dah Tak Sabar!". Astro Gempak. 11 Julai 2018. Dicapai 15 Ogos 2018.
  53. ^ Chandra Wulan (10 Julai 2018). "Masih Ingat Seramnya Film 'Munafik'? Film Keduanya Akan Segera Tayang!". Grid. Dicapai 24 Julai 2018.
  54. ^ Amirul Haswendy Ashari (23 Julai 2018). "Sebak trailer Munafik 2 dapat sambutan". Harian Metro. Dicapai 25 Julai 2018.
  55. ^ Angelin Yeoh (25 Julai 2018). "'Munafik 2' trailer promises more terror". Star2. Dicapai 25 Julai 2018.
  56. ^ Melanie Chalil (25 Julai 2018). "'Munafik 2' trailer hits 2 million views in less than 24 hours of its release (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai 25 Julai 2018.
  57. ^ Mumtaj Begum (26 Julai 2018). "Munafik 2 teaser is out and already a hit". The Star Online. Dicapai 26 Julai 2018.
  58. ^ "Belum masuk panggung... treler 'Munafik 2' dah meletup!". Berita Harian Singapura. 28 Julai 2018. Dicapai 11 Ogos 2018.
  59. ^ "Munafik 2: Sambutan hebat hingga ke Indonesia". Astro Awani. 25 Julai 2018. Dicapai 26 Julai 2018.
  60. ^ "Di Belakang Tabir Munafik 2". YouTube. 20 Ogos 2018. Dicapai 25 Ogos 2018.
  61. ^ Panditio Rayendra (21 Ogos 2018). "Munafik 2, Film Horor Malaysia Segera Tayang di Indonesia". Tabloid Bintang. Dicapai 24 Ogos 2018.
  62. ^ Najiy Jefri (30 September 2018). Munafik 2 meletup di Indonesia Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  63. ^ Qarami Hashim (27 September 2018). "Orang Indonesia menangis tonton 'Munafik 2'". mStar Online. Dicapai 26 Oktober 2018.
  64. ^ Muhamad Fairoz Azizan (29 Ogos 2018). "Munafik 2 cuba pasaran Thailand, Kemboja dan Vietnam". Berita Harian. Dicapai 29 Ogos 2018.
  65. ^ Dennis Chua (17 September 2018). "#Showbiz: 'Munafik 2' collects RM40mil, off to HK and Vietnam". New Straits Times. Dicapai 17 September 2018.
  66. ^ Izwan Mohd Isa (31 Ogos 2018). "Filem Munafik 2 ditayangkan selang 15 minit". Kosmo!. Dicapai 4 September 2018.
  67. ^ Ifqdar Rahman (31 Ogos 2018). "Permintaan tinggi, Munafik 2 ditayang setiap 15 minit". Utusan Malaysia. Dicapai 4 September 2018.
  68. ^ Amirul Haswendy Ashari (31 Ogos 2018). "'Hilang kata-kata'". Harian Metro. Dicapai 4 September 2018.
  69. ^ "Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?". Astro Awani. 8 September 2018. Dicapai 8 September 2018.
  70. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Ogos 2018). "Munafik 2 atasi HKL". Harian Metro. Dicapai 30 Ogos 2018.
  71. ^ Ifqdar Rahman (30 Ogos 2018). "Tayangan awal Munafik 2 lebur rekod Hantu Kak Limah". Utusan Malaysia. Dicapai 30 Ogos 2018.
  72. ^ Ifqdar Rahman (31 Ogos 2018). "Hari pertama tayangan, Munafik 2 kutip RM3.6 juta". Utusan Malaysia. Dicapai 1 September 2018.
  73. ^ "Munafik 2 dominasi carta GSC". Astro Awani. 31 Ogos 2018. Dicapai 1 September 2018.
  74. ^ Norhafiza Musa (31 Ogos 2018). "Munafik 2 berjaya dominasi carta GSC". Sinar Harian. Dicapai 1 September 2018.
  75. ^ "Empat hari tayangan Munafik 2 kutip RM 21.6 juta". Sinar Harian. 3 September 2018. Dicapai 3 September 2018.
  76. ^ Mumtaj Begum (3 September 2018). "Munafik 2 earns RM21.6 million in just four days". Star2. Dicapai 3 September 2018.
  77. ^ Nor Eryani Yusop (3 September 2018). "Empat hari tayang, Munafik 2 catat lebih RM21 juta kutipan". Kosmo!. Dicapai 5 September 2018.
  78. ^ Nor Eryani Yusop (4 September 2018). ""Munafik 2" Earns RM21.6 Million In 4 Days, Set To Surpass "Hantu Kak Limah's" Record". Hype. Dicapai 5 September 2018.
  79. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Dicapai 5 September 2018.
  80. ^ "10 hari tayangan, Munafik 2 kutip RM30 juta". Astro Awani. 8 September 2018. Dicapai 8 September 2018.
  81. ^ Feride Hikmet Atak (8 September 2018). "10 hari kutip RM30 juta". Berita Harian. Dicapai 8 September 2018.
  82. ^ Ifqdar Rahman (8 September 2018). "10 hari tayangan, Munafik 2 cecah RM30 juta". Utusan Malaysia. Dicapai 8 September 2018.
  83. ^ Norhayati Nordin (10 September 2018). "Munafik 2 buat Syamsul demam". Harian Metro. Dicapai 11 September 2018.
  84. ^ Kemalia Othman (8 September 2018). "Fenomena 'Munafik 2' pecah rekod RM30 juta". mStar Online. Dicapai 11 September 2018.
  85. ^ Kemalia Othman (16 September 2018). "'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta". mSTAR Online. Dicapai 16 September 2018.
  86. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE" Finas. Dicapai pada 23 Ogos 2019.
  87. ^ Feride Hikmet Atak (17 September 2018). "Raih RM40 juta, 'Munafik 2' ke Hong Kong dan Vietnam". Berita Harian. Dicapai 18 September 2018.
  88. ^ Feride Hikmet Atak (17 September 2018). "#Showbiz: 'Munafik 2' collects RM40 million, off to HK and Vietnam". Berita Harian. Dicapai 18 September 2018.
  89. ^ Mumtaj Begum (30 Ogos 2018). "'Munafik 2': Not as impactful as the first film - Movie review". Star 2. Dicapai 30 Ogos 2018.
  90. ^ Yuzir Harafi (31 Ogos 2018). "Munafik 2 bawa mesej berbeza, mampu menginsafkan". Astro Awani. Dicapai 1 September 2018.
  91. ^ Aqmar Mustaza (2 September 2018). "Munafik 2 lebih baik dari filem pertama". Sinar Harian. Dicapai 2 September 2018.
  92. ^ Arina Azlan (3 September 2018). "Kuasa fenomena, keinsafan Munafik 2". Kosmo!. Dicapai 4 September 2018.
  93. ^ Shazryn Mohd Faizal (5 September 2018). "'Munafik 2' lebih berat, berani dan terus cemerlang". mStar Online. Dicapai 6 September 2018.
  94. ^ Bissme S. (7 September 2018). "Movie review: Munafik 2". The Sun. Dicapai 7 September 2018.
  95. ^ Elrafaei Sapi (4 September 2018). "Lakonan Mawi dapat pujian pelakon hebat, dialog Ustaz Azhar bukan mudah". Astro Awani. Dicapai 22 September 2018.
  96. ^ Elrafaei Sapi (8 September 2018). "Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?". Astro Awani. Dicapai 22 September 2018.
  97. ^ Joe Lee (17 April 2019). "All-time top grossing local movie 'Munafik 2' on Netflix from May 1 (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai 7 Mei 2019.
  98. ^ John Serba (1 Mei 2019). "Stream It Or Skip It: 'Munafik 2' on Netflix, a Malaysian Horror Flick Pitting a Muslim Healer Against Satan Worshippers". Decider. Dicapai 7 Mei 2019.
  99. ^ Georgie Joseph (19 September 2018). "Syamsul Yusof bagi amaran". Harian Metro. Dicapai 22 September 2018.
  100. ^ "Sila padam video Munafik 2: Syamsul Yusof". Sinar Harian. 20 September 2018. Dicapai 22 September 2018.
  101. ^ Ifqdar Rahman (12 Oktober 2018). "Pekerja syarikat grafik disaman ciplak filem Munafik 2". Utusan Malaysia. Dicapai 13 Oktober 2018.
  102. ^ Dennis Chua (12 Oktober 2018). "#Showbiz: 'No more playing nice... now I'm suing'". New Straits Times. Dicapai 13 Oktober 2018.
  103. ^ Mumtaj Begum (14 November 2018). "Director Syamsul Yusof wins case against 'Munafik 2' uploader". The Star Online. Dicapai 21 November 2018.
  104. ^ "Tiada kompromi – Yusof Haslam". Kosmo!. 18 November 2018. Dicapai 21 November 2018.
  105. ^ Menangislah taruhan terbaru Syamsul Yusof Suria FM (4 September 2018). Dicapai pada 12 September 2018.
  106. ^ "Menangislah (From "Munafik 2") - Single". iTunes Store (MY). Apple. 14 September 2018. Dicapai 17 September 2018.
  107. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Ogos 2018). "Lakar sejarah, Syamsul rancang sambungan Munafik 2". Berita Harian. Dicapai 2 September 2018.
  108. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai 3 September 2018.
  109. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Dicapai 4 September 2018.
  110. ^ Melanie Chalil (4 September 2018). "Syamsul Yusof confirms Munafik 3 filming to start 2019". The Malay Mail. Dicapai 12 September 2018.

Pautan luar

Dian Sastrowardoyo

Diandra Paramitha Sastrowardoyo (lahir 16 Mac 1982) ialah seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Indonesia. Pada usia 14 tahun pada 1996, beliau memenangi pertandingan Gadis Sampul anjuran majalah remaja Indonesia, Gadis.

Dian kemudiannya menjadi terkenal untuk hasil kerjanya di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC), sebuah filem Indonesia pada 2002, di rantau nusantara. Beliau juga muncul untuk penampilan istimewa di dalam filem epik Puteri Gunung Ledang (2004) di Malaysia memainkan watak gadis Melaka. Beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Deauville untuk peranannya dalam filem Pasir Berbisik (2002). Dian merupakan salah seorang pelakon wanita yang paling berjaya dan berpengaruh di Indonesia. Beliau telah menjadi duta L’Oreal Paris Indonesia sejak 2010.

Fauzi Nawawi

Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas. Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi memulakan kerjaya pengarahan menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.

Festival Filem Malaysia ke-30

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor. Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Fizz Fairuz

Dato' Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin atau dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016). Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara. Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata.

Ku Faridah

Ku Fridah binti Ku Shafie atau lebih dikenali sebagai Ku Faridah merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Mawi

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Mawi memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Ina . Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Ina tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Menangislah

"Menangislah" merupakan lagu nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi yang dikeluarkan pada 14 September 2018. Ia merupakan kolaborasi ketiga mereka selepas lagu "Kalah Dalam Menang" dan "Bukan Propaganda" yang kedua-duanya dikeluarkan pada 2016. Ia juga merupakan lagu tema filem Munafik 2 arahan dan lakonan Syamsul.

Munafik (filem)

Munafik (Jawi: منافق) merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof serta menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) serta filem pertama dalam trilogi Munafik yang dirancang. Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris pada tahun 2016. Filem ini telah memenangi lima daripada sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 ditayangkan pada 30 Ogos 2018.

Munafik (siri filem)

Munafik ialah siri filem seram Malaysia yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof dengan Yusof Haslam berkhidmat sebagai penerbit. Siri ini terdiri daripada tiga trilogi: Munafik (2016), Munafik 2 (2018) dan Munafik 3 (2020) yang kini dalam pembangunan. Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, meraih kutipan RM17.04 juta. Manakala filem kedua menjadi kejayaan dari segi kewangan, sekaligus menjadikannya sebagai filem Malaysia terlaris bagi tahun 2018.

Munafik 3

Munafik 3 merupakan filem seram Malaysia yang akan datang arahan dan lakonlayar oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Ia merupakan kesinambungan daripada Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018) serta filem ketiga dalam trilogi Munafik. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 2020.

Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy daripada kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan yang tidak dikreditkan dalam Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamatisme (2014).Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Nasir Bilal Khan

Nasir Bilal Khan (lahir 1 Julai 1960) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Salleh dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur (2011-16) dan paling baru-baru ini, sebagai Abu Jar dalam Munafik 2 (2018).

PASKAL (filem)

PASKAL (dipasarkan sebagai PASKAL The Movie) merupakan sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin. Filem ini berdasarkan dari kisah benar, ia mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Kuala Lumpur dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan kepada umum pada 27 September 2018. PASKAL menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM30 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara, menjadikannya sebagai salah satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia, mengikuti Hantu Kak Limah 3 dan Munafik 2. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Paskal sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.

Rahim Razali

Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali (lahir 3 Julai 1939) merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Matinya Seorang Patriot (1984), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Munafik (2016). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Roslan Saleh

Roslan bin Salleh atau biasa dikenali sebagai Roslan Saleh ialah pelakon lelaki Malaysia.Pada 2017, Roslan telah mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran iklan dan drama.Roslan menghidap beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering yang menyebabkan dia terpaksa berhenti berlakon.

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan

Berikut ialah senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Senarai filem terbitan Skop Productions

Ini merupakan senarai filem terbitan Skop Productions termasuk filem hasil terbitan bersama

Syamsul Yusof

Mohd Syamsul Mohd Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Man. Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 54.36 juta, filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift (2008), KL Gangster dan Aku Bukan Tomboy (2011) menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang menggalakkan, tawaran berlakon drama TV juga tetap diperolehinya, antara drama lakonannya ialah Cik Ah Cik Nin (2009), Ameera (2012) dan Gerak Khas (2015–2018).Sebagai penyanyi, beliau telah mengeluarkan tiga single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya, lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya, serta "Menangislah" yang menjadi lagu tema filem Munafik 2 arahannya. Beliau juga dilantik sebagai duta jenama motosikal, SYM Motors bersama peman bola sepak, Safee Sali.

Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya lakonan dan sinematografi, termasuk Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin ke-10 bagi Lakon Layar Terbaik, Anugerah Blokbuster 2012 bagi Tuan Direktor Terhebat dan Festival Filem Asia Pasifik ke-57 bagi Pengarah Terbaik. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Filem arahan Syamsul Yusof
Karya oleh Yusof Haslam
Pengarah
Penerbit
Filem
Televisyen
Rencana berkaitan
Filem
Muzik
Tenaga kerja
Syarikat penerbitan

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.