Marxisme

Marxsime [mark-sis-me] merupakan aliran pemikiran yang turun daripada pemikiran Karl Marx. Marxisme adalah berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.

Pada dasarnya, golongan marxisme menganggap bahawa secara objektif, masyarakat manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri daripada golongan menindas dan golongan ditindas. Ketidakadilan ini menurut marxisme adalah berakar pada sistem sosial manusia sendiri secara objektif, dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif sperti moral dan budaya.

Gagasan Utama Marxisme

Gagasan utama marxisme adalah seperti berikut:

Kesusasteraan

  • Bourne, Peter G. (1986). Fidel: A Biography of Fidel Castro. New York: Dodd, Mead & Company. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Callinicos, Alex (2010) [1983]. The Revolutionary Ideas of Karl Marx. Bloomsbury, London: Bookmarks. ISBN 978-1-905192-68-7. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Castro, Fidel; Ramonet, Ignacio (interviewer) (2009). My Life: A Spoken Autobiography. New York: Scribner. ISBN 978-1-4165-6233-7. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Coltman, Leycester (2003). The Real Fidel Castro. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 978-0-300-10760-9. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Green, Sally (1981). Prehistorian: A Biography of V. Gordon Childe. Bradford-on-Avon, Wiltshire: Moonraker Press. ISBN 0-239-00206-7. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Lenin, Vladimir (1967) [1913]. Karl Marx: A Brief Biographical Sketch with an Exposition of Marxism. Peking: Foreign Languages Press. Dicapai 2014-06-17. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Marx, Karl (1849). Wage Labour and Capital. Germany: Neue Rheinische Zeitung. Dicapai 2014-06-17. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Trigger, Bruce G. (2007). A History of Archaeological Thought (edisi 2nd). New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-60049-1. Parameter |authorformat= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Avineri, Shlomo (1968). The Social and Political Thought of Karl Marx. Cambridge University Press.
  • Dahrendorf, Ralf (1959). Class and Class Conflict in Industrial Society. Stanford, CA: Stanford University Press.
  • Jon Elster, An Introduction to Karl Marx. Cambridge, England, 1986.
  • Michael Evans, Karl Marx. London, 1975.
  • Stefan Gandler, Critical Marxism in Mexico: Adolfo Sánchez Vázquez and Bolívar Echeverría, Leiden/Boston, Brill Academic Press, 2015. 467 pages. ISBN 978-90-04-22428-5.
  • Kołakowski, Leszek (1976). Main Currents of Marxism. Oxford University Press.
  • Parkes, Henry Bamford (1939). Marxism: An Autopsy. Boston: Houghton Mifflin.
  • Prychitko, David L. (2008). David R. Henderson (.), penyunting. Marxism. Concise Encyclopedia of Economics (edisi 2nd). Library of Economics and Liberty.
  • Robinson, Cedric J.: Black Marxism: The Making of the Black Radical Tradition, 1983, Reissue: Univ North Carolina Press, 2000
  • Rummel, R.J. (1977) Conflict In Perspective Chap. 5 Marxism, Class Conflict, and the Conflict Helix
  • Screpanti, E; S. Zamagna (1993). An Outline of the History of Economic Thought.
  • Shenfield, S.D. Vladislav Bugera: Portrait of a Post-Marxist Thinker
  • McLellan, David (2007). Marxism After Marx. Basingstoke: Palgrave Macmillan.

Pautan Luar

Barisan Pembebasan Rakyat Palestin

Barisan Pembebasan Popular Palestin (atau PFLP) (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) merupakan satu organisasi politik dan ketenteraan Palestin bersifat Marxisme-Leninisme, sekular dan nasionalisme yang ditubuhkan pada tahun 1967.

Benggala Barat

Bengal Barat (Bahasa Benggali: পশ্চিমবঙ্গ, Bahasa Nepal: पश्चिम बङ्गाल) ialah sebuah negeri di India timur. Bersama negara Bangladesh yang terletak di sempadan timur, negeri ini membentuk rantau etno-linguistik Benggala. Di timur lautnya terletaknya negeri-negeri Assam dan Sikkim serta negara Bhutan, manakala di barat dayanya terletaknya negeri Orissa. Begnal barat juga bersempadan dengan negeri Jharkhand dan Bihar di barat serta negara Nepal di barat laut.

Rantau yang kini bernama Bengal Barat pernah dijadikan jajahan sebilangan empayar dan kerajaan sepanjang dua ribu tahun yang dahulu. Syarikat Hindia Timur Inggeris merapatkan genggamannya pada rantau ini berikutan Pertempuran Plassey pada tahun 1757, dan kota Kolkata (Calcutta) berperanan sebagai ibu kota India British selama bertahun-tahun. Benggala sebagai sebuah sarang gerakan kemerdekaan India sepanjang abad ke-20 ini dipecahkan menjadi dua entiti berasingan pada tahun 1947, iaitu: Bengal Barat - sebuah negeri India, dan Pakistan Timur (kini Bangladesh) yang ketika itu terlingkung dalam negara baru bernama Pakistan.

Semenjak kemerdekaan India pada tahun 1947, kancah ekonomi dan politik Bengal Barat didominasi selama berdekad-dekad oleh Marxisme intelektual, pergerakan Naxalite dan gerakan kesatuan sekerja. Sejak akhir 1990-an, ekonomi diberikan nafas baru lalu mencetuskan peningkatan dalam ekonomi dan industri negeri. Meskipun Bengal Barat selaku negeri yang bergantung kepada hasil pertanian cuma menduduki 2.7% kawasan daratan India, namun negeri ini mampu menampung lebih 7.8% penduduk India, maka menjadi negeri ayng paling padat penduduknya di India. Selama tiga dekad, Bengal Barat diperintah oleh Barisan Kiri pimpinan Parti Komunis India (Marxis), menjadikannya kerajaan komunis dipilih secara demokratik yang paling lama bertahan di dunia. Ramai penyair, pengarang, artis dan penghibur terkenal berasal dari Bengal Barat.

Che Guevara

Ernesto Guevara (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) . Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20"

Demokrasi sosial

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur-unsur kapitalisme yang dianggap sesuai. Ideologi ini juga ditakrifkan sebagai bentuk demokrasi yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kapitalisme.

Fahaman ini asalnya mendokong peralihan yang aman dan beransur daripada sistem kapitalisme kepada sosialisme menggunakan kaedah politik yang seida ada berbanding peralihan cara mendadak (melalui sosialisme berevolusi) yang dikaitkan dengan Marxisme ortodoks.Demokrasi sosial moden bercirikan suatu komitmen kepada polisi-polisi menghindari ketidaksamaan, penindasan of kelompok yang kurang berpeluang dan miskin, termasuk menyokong perkhidmatan awam yang boleh digunakan orang ramai penjagaan warga tua dan kanak-kanak, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pampasan untuk pekerja.

Friedrich Engels

Friedrich Engels (Barmen, Wuppertal, Jerman, 28 November 1820 - London, 5 Ogos 1895) adalah sahabat karib Karl Marx. Mereka berdua sering disebut "Bapa Pendiri Komunisme". Ia menulis buku Situasi Kelas Buruh di England (1845) di mana beberapa idea yang berhubungan dengan Marxisme sudah kelihatan. Bersama Karl Marx dia menulis Manifesto Parti Komunis (1848). Setelah Karl Marx meninggal, ialah yang menerbitkan jilid-jilid lanjutan bukunya yang terpenting Das Kapital.

Jean-Paul Sartre

Jean-Paul Charles Aymard Sartre (Sebutan bahasa Perancis: [saʁtʁ], Bahasa Inggeris: /ˈsɑrtrə/; 21 Jun 1905 – 15 April 1980) merupakan seorang ahli falsafah eksistensialis, penulis drama, novelis, penulis skrip lakon layar, aktivis politik, penulis biografi, dan pengkritik sastera Perancis. Beliau merupakan salah seorang figura utama dalam falsafah Perancis abad ke-20, terutamanya Marxisme, dan merupakan salah seorang figura penting dalam sastera dan eksistensialisme falsafah. Karyanya terus mempengaruhi bidang seperti falsafah Marxist, sosiologi, teori kritikal dan pengajian sastera.

Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1964 tetapi menolaknya aatas kebiasaannya menolah anugerah rasmi serta beranggapan bahawa "seorang penulis tidak patut membiarkan dirinya dijadikan suatu institusi".

Jose Maria Sison

José María Canlás Sison (lahir 8 Februari 1939) adalah seorang penulis dan aktivis Filipina yang mengasaskan Parti Komunis Filipina dan menambah unsur-unsur Maoisme kepada falsafahnya. Dia menggunakan teori Marxisme-Leninisme-Maoisme mengenai sejarah Filipina dan keadaan semasa.Sejak Ogos 2002, beliau telah dikelaskan sebagai "orang yang menyokong keganasan" oleh Amerika Syarikat. Mahkamah tertinggi kedua Eropah memutuskan pada bulan September 2009 untuk menyekatnya sebagai "orang yang menyokong keganasan" dan membalikkan keputusan oleh kerajaan anggota untuk membekukan aset. Beliau adalah pelarian politik yang diiktiraf di Belanda dan menikmati perlindungan Konvensyen Pelarian dan Artikel 3 Konvensyen Eropah tentang Hak Asasi Manusia.

Juche

Juche ([ju-cé], Bahasa Korea: 주체; Sebutan bahasa Korea: [tɕutɕʰe]) ialah ideologi rasmi Korea Utara yang digambarkan pemerintah negara tersebut sebagai "sumbangan" Kim Il-sung "yang asal, cemerlang dan baharu terhadap pemikiran negara dan antrabangsa". Pemikiran ini mengandaikan "manusia sebagai tuan nasibnya sendiri", yakni masyarakat Korea Utara dipertanggungjawabkan bertindak "mengepalai revolusi dan pembinaan" lalu sifat berdikari dan kekuatan itu dapatlah sebuah negara mencapai sosialisme yang sebenar.Ideologi ini dibangunkan sebagai suatu cabang Marxisme–Leninisme sehingga ia lebih bersifat "keKoreaan" dengan tersendirinya sambil memberi penekanan buta kepada aspek-aspek individu, negara bangsa dan kedaulatan. Fahaman ini dijadikan suatu pokok kepada penerapan dasar-dasar yang diamalkan sejak tahun 1950an.

Amalan ideologi ini telah dikritik oleh banyak cendekiawan dan pemerhati sebagai suatu cara rejim Korea Utara untuk mengekalkan pemerintahan kuku besinyaTemplat:Full citation needed serta membenarkan dasar pemencilan dan penindasan yang berat terhadap rakyatnya. Ia juga digambarkan sebagai asas kepada kultus individu keluarga Kim yang dianggap sebagai penyelamat "bangsa Korea".

Karl Marx

Karl Heinrich Marx (5 May 1818 – 14 March 1883) adalah ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, dia paling dikenali kerana analisa sejarahnya dari segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan pekerja bergaji bersetentangan sesama sendiri."[1] Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis.

Komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Leon Trotsky

Rencana ini berkenaan dengan biografi Leon Trotsky. Untuk tafsiran moden dan teori Trotski, sila lihat Trotskyisme.

Leon Davidovich Trotsky (bahasa Rusia: Лев Давидович Троцкий; transliterasi: Leo, Lev, Trotskii, Trotski, Trotskij, Trockij dan Trotzky; 7 November 1879 – 21 Ogos 1940) yang dilahirkan dengan nama Lev Davidovich Bronstein (Лев Давидович Бронштейн) ialah seorang revolusioner Bolshevik, serta ahli teori Marxisme. Beliau adalah ahli politik yang berpengaruh pada peringkat awal Kesatuan Soviet, mula-mulanya sebagai Komisar Rakyat Hal-ehwal Luar Negeri, dan kemudiannya sebagai pengasas serta komander Tentera Merah dan Komisar Perang Rakyat. Trotsky juga merupakan salah satu ahli pengasas Politburo.

Menyusul rebutan kuasa dengan Joseph Stalin pada dekad 1920-an, Trotsky dipecat daripada Parti Komunis dan diusir dari Kesatuan Soviet. Beliau kemudian dibunuh di Mexico oleh Ramon Mercader, seorang ejen perisik, dengan sebilah beliung ais. Idea-idea Trotsky merupakan dasar Trotskyisme yang masih merupakan salah satu aliran fikiran utama dalam pemikiran Marxisme yang bertentangan dengan Stalinisme dan Maoisme secara teori.

Mao Zedong

Mao Zedong (26 Disember 1893 – 9 September 1976) (juga dieja sebagai Mao Tse-Tung dalam transliterasi Wade-Giles) ialah seorang ahli teori Marxisme, askar, dan negarawan Cina, yang mengetuai revolusi komunis China selepas pendudukan asing dan perang saudara selama berdekad-dekad pada abad ke-20. Selepas kemenangan tentera Parti Komunis China terhadap Kuomintang nasionalis dalam Perang Saudara Cina, Mao mengumumkan pengasasan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 di Dataran Tiananmen, Beijing.

Mao mengejar cita-cita untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang kukuh dan makmur, dan

berusaha untuk membina sebuah negara perindustrian yang moden serta untuk mengurangkan kemiskinan petani-petani yang merupakan sebahagian besar bilangan penduduk China. Bagaimanapun, keputusan rancangan-rancangan sosio-politik Mao yang utama membawa kecelakaan yang melumpuhkan perkembangan China dan menyebabkan kesusahan ekonomi, kerusuhan sosial dan kebuluran yang meluas. Antara rancangan-rancangan tersebut termasuk Kempen Anti Puak Kanan, Lompatan Agung ke Depan, dan Revolusi Kebudayaan.

Sehingga kematiannya, Mao mengekalkan kawalan Politburo Parti Komunis China serta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China melalui kepintaran dalam politik dan pujaan tokoh yang memberikan beliau nama gelaran sebagai Jurumudi Agung dan Penyelamat China.

Maoisme

Maoisme, dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong (Cina Tradisional: 毛澤東思想, Cina Ringkas: 毛泽东思想, pinyin: Máo Zédōng Sīxiǎng), ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong (Wade-Giles: "Mao Tse-tung"), yang digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) mulai kebangkitan Mao mengambil alih kepimpinan sehingga penerimaan Teori Deng Xiaoping dan pembaharuan ekonomi China pada tahun 1978. Maoisme juga digunakan di seluruh dunia pada zaman sekarang. Pertubuhan Maois wujud di Peru, India, dan terutama sekali, Nepal. Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.

Pada zaman pasca-revolusi, Fahaman Mao Zedong ditakrifkan dalam perlembagaan CPC sebagai "Marxisme-Leninisme yang digunakan dalam konteks China", disintesiskan oleh Mao Zedong dan pemimpin generasi pertama Republik Rakyat China. Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis". Ideologi ini kini masih wujud pada nama dalam Perlembagaan Parti Komunis; iaitu dihuraikan sebagai fahaman yang memandu pembentukan "China baru" dan konsep revolusi menentang imperialisme dan feudalisme.Maoisme secara amnya meragui rangka sosialis Kesatuan Soviet di bawah Nikita Khrushchev yang disangka berbentuk revisionisme Komunis. Mengikut tradisi, kebanyakan pengikut Maoisme menganggap Joseph Stalin sebagai pemimpin sosialis sejati yang terakhir di Kesatuan Soviet, namun penilaian Maois mengenai Stalin berbagai-bagai, sama ada amat positif atau bercampur-campur.

Marxisme–Leninisme

Marxisme–Leninisme ialah ideologi yang menggabungkan teori sosioekonomi Marxisme dan amalan politik Leninisme; ideologi ini diamalkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR), Communist International, dan parti-parti politik berfahaman Stalinis. Ia bertujuan merubah serta membangun sesebuah negara kapitalis yang disasarkan secara beransur kepada negara sosialis dengan kepimpinan sebuah parti pelopor yang didrikan revolusioner dalam kalangane kelas pekerja (proletariat); Perubahan kepada sesebuah negara yang sosialist ini dicapai dengan kediktatoran proletariat yang menetukan poliis-polisi pemerintah tertentu melalui sentralisme demokratik - dengan perbicangan yang pelbagai namun diambil tindakan secara berpusat.Menurut sejarawan G. Lisichkin, fahaman ini dilihat adalah sebagai ideologi yang terpisah yang dikompilasi oleh Josef Stalin dalam bukunya "Pertanyaan dari Leninisme" - selama tempoh Stalin memerintah pemerintah Soviet, Marxisme–Leninisme dinyatakan sebagai ideologi resmi negara. Istilah "Marxisme-Leninisme" sering juga digunakan oleh mereka yang percaya bahwa warisan Lenin berhasil dibawa ke depan oleh (Stalinis). Namun, juga digunakan oleh beberapa orang yang menolak aspek represif Stalinisme, seperti pendukung Nikita Khrushchev.

Parti Demokrat Sosial Jerman

Parti Demokrat Sosial Jerman (Bahasa Jerman: Die Sozialdemokratische Partei Deutschlands, SPD) adalah satu sebuah parti politik yang mengamalkan fahaman Marxisme dan mewakili kelas pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja di Jerman. Parti ini merupakan parti paling lama di Jerman dan yang paling banyak mempunyai keahlian. Program parti ini pada hari ini menuntut pemodenan ekonomi negara bagi memenuhi tuntutan dan cabaran globalisasi. Namun, mereka turut menekankan peri pentingnya kehendak sosial golongan pekerja dan golongan kurang upaya.SPD ketika ini diketuai oleh Kurt Beck yang juga merupakan Ketua Menteri negeri Rheinland-Pfal. SPD turut menyertai kerajaan campuran yang memerintah Jerman pada hari ini. Parti ini turut bersekutu di peringkat Kesatuan Eropah dengan Parti Sosialis Eropah (SPE) dan juga merupakan ahli Sosialis Antarabangsa (SI) yang beribu pejabat di Zurich.

Politik haluan kiri

Politik haluan kiri atau politik sayap kiri melalui pemahaman politik merupakan pihak yang mengutamakan kesamaan sosial sebagai matlamat politik, berbanding dengan sayap kanan yang memandang fahaman sayap kiri itu sebagai ancaman kepada kebebasan (khususnya kebebasan masyarakt sivil) dan/atau tradisi-tradisi sedia ada.

Di Dunia Barat, istilah "sayap kiri" selalu dikaitkan dengan demokrasi sosial dan liberalisme sosial (tetapi bukan liberalisme klasik), serta juga (khususnya di Eropah Barat) negara kebajikan dan sosialisme demokratik. Di Eropah Timur, Asia, Amerika Selatan, dan Afrika, istilah itu sering dikaitkan dengan Marxisme-Leninisme dan/atau Maoisme, serta isu-isu seperti anti-imperialisme dan pengagihan semula tanah.

Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk Popularisme, Komunitarianisme, Syndikalisme, gerakan kesatuan sekerja, Anarkisme, Libertarianisme kiri, Sosialisme, serta Komunisme di Kiri Jauh.

Proletariat

Golongan pekerja atau proletariat (daripada perkataan Latin prollees yang bermaksud "anak") adalah istilah yang digunakan untuk kelas sosial rendah. Asalnya ia merujuk kepada mereka yang tidak ada harta selain dari anak lelaki mereka. Istilah ini pada mulanya dipandang hina sehinggalah Karl Marx menggunakannya sebagai merujuk kepada golongan pekerja.

Stalinisme

Stalinisme merujuk kepada cara memerintah yang dibangunkan antara tahun-tahun 1927 hingga 1953 oleh Josef Stalin (1878–1953) serta polisi-polisi yang berkaitan dengannya di Kesatuan Soviet. Polisi-polisi ini termasuk industrialisasi pesat, teori sosialisme dalam sebuah negara, pemerintahan yang totalitarian, pengumpulan kerja pertanian, kultus individu serta keakuran atau ketundukan parti-parti komunis asing kepada kepentingan Parti Komunis Kesatuan Soviet yang dianggap sebagai parti pelopor revolusi komunis pada ketika itu.Fahaman ini menggalakan konflik kelas melalui penggunaan kekerasan pemerintah untuk menyingkirkan borjuis masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pencapaian suatu revolusi komunis yang lengkap. Polisi ini menyebabkan kepada terdorongnya keganasan politik dan penindasan kepada golongan dan individu tertentu yang dianggap sebagai ancaman sebegini. bukan sahaja dalan kalangan borjuis tetapi, juga kelas pekerja dengan rasa sentimen yang menentang revolusioner.

Trotskyisme

Trotskyisme ialah teori Marxisme yang didokong Leon Trotsky.

Pihak yang berpegang kepada fahaman ini sangat menentang konsep Stalinisme atas ketidaksetujuan mereka terhadap teori "sosialisme dalam sebuah negara" bawaan Josef Stalin dan melebihi teori revolusi kekal (permanent revolution) bawaan Trotsky. Mereka turut mengkritik birokrasi yang wujud dalam Kesatuan Soviet sewaktu ia diperintah di bawah Stalin.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.