Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh (lahir 6 Disember 1985) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam musim ketiga Akademi Fantasia, dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my.

Marsha berketurunan Kadazan-Dusun dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil. Marsha pernah memberitahu media Utusan bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan.

Marsha Milan Londoh
YosriMarshalondoh
Penampilan laman web peribadi Marsha pada 6 November 2007
KelahiranMarsha Milan Londoh
6 Disember 1985 (umur 33)
Michigan, Amerika Syarikat
Tamparuli Sabah, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Pekerjaanpenyanyi, pengacara, pelakon
Tahun aktif2005–kini
PasanganMohamed Shaiful Nizam Ismail (k. 2015)
SaudaraLinda Nanuwil

Akademi Fantasia (Musim 3)

Konsert Lagu Penyanyi Asal
Minggu 1 "Awan Yang Terpilu" Ning Baizura
Minggu 2 "Ingin Bersamamu" Syafinaz Selamat
Minggu 3 "Lelaki Idaman" Melly Goeslaw
Minggu 4 "Tunggu Sekejap" P. Ramlee
Minggu 5 "Bossanova" Saloma
Minggu 6 "Destiny" Jim Brickman
Minggu 7 "Jambatan Tamparuli" Justin Lusah
Minggu 8 "Cobalah Untuk Setia" Krisdayanti
Minggu 9 "Ku Pendam Sebuah Duka" Khadijah Ibrahim
Minggu 10

(Akhir)

"Manusia"

"Untuk Terakhir Kali"

Saloma

Marsha

AF Megastar 2017

Konsert Lagu Penyanyi Asal
Konsert Homecoming 1 "Untuk Terakhir Kali" Marsha
Konsert 3 "Asmara" Anneke Gronloh
Konsert 4 "Salam Untuk Kekasih" Nadia
Konsert 5 "Terlalu Istimewa" Adibah Noor
Konsert 6

(Suku Akhir)

"Akhirnya Kini Pasti" /

"Seksis"

Anita Sarawak
Konsert 7

(Separuh Akhir)

"Lay Me Down"

(duet Jaclyn Victor)

"Menahan Rindu"

Sam Smith

Wany Hasrita

Konsert 8

(Akhir)

"Pilihlah Aku"

"Hilang"

Krisdayanti

Marsha

Diskografi

Album Studio

Single Lain

  • Untuk Terakhir Kali
  • Yang Terbaik
  • Ruang Kedua duet bersama Julian Cely
  • Bersama Kita(drama K.I.T.A soundtrack)
  • Bila
  • Bebaskan (2013) Disney's Frozen OST
  • Biarlah (OST Kum-kum)
  • Selalu Milikmu (duet bersama Randy Pangalila)
  • Jujur Bilang Cinta
  • Cinta Sesungguhnya (duet bersama Sabhi Saddi)
  • Hanya Untuk Mu (OST Street Vendetta)
  • Ku Tinggalkan Cinta (OST Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa)
  • Satu Rasa (duet bersama Zarul Umbrella)
  • Tentang Cinta
  • Sudah Ku Temui
  • Hilang (single AFmegastar 2017)
  • Sumandak Sabah (duet bersama Velvet Lawrence Aduk)
  • Bimbang (2019)

Filemografi

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Misi:1511 Filem pertama
2008 Saus Kacang Filem Indonesia
2009 Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Zuraidah
2010 Magika Puteri Santubong
4 Madu Zarra
2011 Cun! Siti Senjakala
2012 Kahwin 5 Mimi
2013 Bola Kampung The Movie Amanda Filem Animasi
Frozen Princess Amanda Elsa Alih suara (Bahasa Melayu)
2014 Laga Ayu
2015 Jwanita Nona
2017 Pak Pong Suri
2018 7ujuh Suri

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Kerana Karina Karina Gua.com.my Web drama
Kirana Kirana TV1
2009 Korban 44 Astro Citra
Berita Hangit TV9
2010 Mega Sekeping Hati TV2
K.I.T.A. Ilma Astro Ria
Dottie
Asmara Zira TV3
Seribu Kali Cinta Huda
Hotel Mania Mar
2011 Asmara 2 Zira TV3
Kum Kum The Series Kum Kum Astro Ria
Dunia Kita Astro Ria
Awan Dania (Musim 3) Astro Ria
2012 24 Hari Sebelum Jatuh Cinta TV1
Bicara Hati Linda Astro Prima
2013 Duri Di Hati TV3
Benci Vs Cinta Astro Ria
2015 Keluarga Pontimau Elvira TV3 Slot Aksi
2017 Oh My Pondok Astro Oasis Sitkom
3 Dara Kg.Com Awa Astro Warna
My Coffee Prince Teman Wanita Raykal Astro Ria Kemunculan khas
2018 Bimbi & Bonni Misi 007 Bonni Astro Warna

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2005 Begitulah Raya Marsha Astro
Rumah Terbuka AF3
2008 Besan vs Madu
5 Saat
2009 Beautiful Maria
Cinta Meriam Buluh
Marah-Marah Sayang
Pun Pun
2010 Takdir
2011 Kum Kum Kum Kum Astro Ria
Ekspress Dania Astro Ria
Hantu Susu Kum Kum Astro Ria
Pontianak Kampung Batu Astro Ria
2012 Bimbi & Bonni Bonni Astro Ria
Pelangi I Love You
Getaran Jiwa Amy TV1
2014 Cikgu Sally TV2
2015 Aku Nak Kahwin Raya Ni Julia Astro Ria
2016 Lagu Hidup TV1
Ratu Kaamatan TV2
2017 Cinta Bae Kicap Suhaila Astro Warna
2018 Cinta Elevator Astro Citra

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi [1] Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar

  1. ^ Pilih selebriti paling ‘stailo’
7ujuh

7ujuh merupakan sebuah filem seram seram ngeri Malaysia 2018 arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin terbitan bersama Grand Brilliance. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 8 November 2018.

Akademi Fantasia Musim 3

Akademi Fantasia Musim 3 yang mula bersiaran pada 4 Jun, 2005 merupakan musim ketiga bagi rancangan Akademi Fantasia yang disiarkan di saluran Astro Ria. Sebanyak 20 peserta akan dipilih sebelum ditapis menjadi 12 pelajar yang dipilih menerusi konsert prelude.

Walaupun demikian, pada konsert pertama musim ini, lapan pelajar yang tersingkir ketika konsert prelude diberi peluang untuk berentap pada konsert pertama untuk menentukan pelajar yang akan diserap masuk sekaligus mengisi kekosongan pelajar ketiga belas dan keempat belas. Musim ini juga meneruskan format asal rancangan yang mana tiada penyingkiran pelajar pada konsert pertama.

Pelajar yang berusia 23 tahun iaitu Asmawi Ani, dari Kulai, Johor muncul sebagai juara.

Bicara Hati (drama)

Bicara Hati merupakan sebuah drama bersiri di Malaysia yang bersiaran melalui Astro Prima. Drama ini diambil daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Selain itu, drama ini berunsur romantik.

Bola Kampung The Movie

Bola Kampung The Movie ialah sebuah filem animasi daripada Animasia Studios yang ditayangkan pada 21 Mac 2013 di Malaysia dan pada April 2013 di Indonesia.

Cun!

Cun! merupakan sebuah filem genre cinta, keluarga dan komedi yang diterbitkan pada 31 Mac 2011 di Malaysia.

Jwanita

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Keluarga Pontimau

Drama Keluarga Pontimau ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Aksi TV3. Drama ini mengisahkan tentang sebuah keluarga hasil perkahwinan campuran Pontianak dan Harimau Jadian. Dibintangi oleh Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Sean Lje, dan Amelia Henderson. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Kabir Bhatia.

Kerana Karina

Kerana Karina ialah drama bersiri Internet buatan Malaysia yang pertama, ditayangkan di gua.com.my. Siri drama ini yang setiap episodnya tidak lebih lima minit ini dibintangi Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Elaine Daly, Tunku Tiara Yasmin Sofia dan Roslan Aziz.

Pada 11 Disember 2007, Kerana Karina telah menerima pengiktirafan sah dari Malaysia Book of Records sebagai Drama Online Malaysia Yang Pertama. Di samping itu, Kerana Karina sudah dibikin dua musim sehingga kini.

Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Drama ini Menariknya sesi penggambaran untuk drama ini hampir 50 peratus dilakukan di Okinawa, Jepun. Diselitkan juga seni bela diri karate sebagai warna penceritaan utama.

Laga (filem)

Laga merupakan sebuah filem Jenayah yang diarahkan oleh Ismail Yaacob dan dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifli, Tyas Mirasih. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Jenayah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 23 Januari 2014.

Filem ini mula ditayangkan pada 23 Januari 2014 dan penerbitannya diuruskan oleh Business Leader Film Production. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu.Film ini adalah remake tidak rasmi film Aadukalam.

Lagu Misha Omar di Akademi Fantasia

Saban musim lagu nyanyian asal Misha Omar diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.

Ketika minggu ke 9 Akademi Fantasia 2 Misha dijemput sebagai pengkritik jemputan sekaligus menjadikan beliau sebagai pengkritik paling muda yang pernah diundang Akademi Fantasia (22 tahun).

Setakat ini belum ada peserta AF yang mendapat 100% kritikan positif apabila mendendangkan lagu-lagu Misha. Berikut adalah senarai peserta AF yang pernah mendapat lagu-lagu Misha. 19 peserta pernah menyanyikan 11 lagu Misha dan yang menariknya 14 daripada mereka bergelar finalis AF.

Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik

Lagu Pop Etnik Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penulis lagu dan lirik bergenre pop tradisional dan etnik terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memastikan kelangsungan penerbitan lagu mengukut genre ekoran kemerosotan penerbitan album penuh secara bergenre. AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Pak Pong

Pak Pong merupakan sebuah filem drama fantasi Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi terbitan 9 Country Creativity. Di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah, Fauzi turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Ia menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Amber Chia, Marsha Milan Londoh, Eizlan Yusof dan Saiful Apek. Filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2017. Penerbit filem ini, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia pada 12 Julai 2017, lima bulan selepas Pak Pong ditayangkan.

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (AIM)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik adalah salah satu kategori penting diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penyanyi rakaman berkumpulan yang menerbitkan lagu dan album di dalam radar industri muzik Malaysia. Ia diberikan secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Anugerah ini setara dengan anugerah Persembahan Vokal Lelaki Terbaik yang diberikan kepada penyanyi lelaki dan anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik yang diberikan kepada penyanyi wanita.

Pada penganjuran untuk edisi 2007, suatu yang mengejutkan berlaku apabila kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album tiada di dalam senarai yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah Ernst & Young. Mulai 2013, kategori ini dipecahkan kepada dua iaitu bagi persembahan vokal secara berkumpulan dan persembahan lagu secara kolaborasi vokal.

Randy Pangalila

Randy Dionisius Pangalila (lahir 19 Oktober 1990 di Surabaya, Indonesia) atau lebih dikenali sebagai Randy Pangalila merupakan seorang pelakon Indonesia. Randy mula dikenali setelah berlakon dalam sinetron Cinta Fitri. Sebelum berlakon dalam drama cereka, Randy memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai seorang model. Randy memiliki darah berketurunan Belanda, Manado, dan Jawa.

Slot Lestary

Lestary ialah sebuah slot di TV3 yang menyiarkan drama-drama bersiri tempatan yang memaparkan kisah-kisah percintaan dan persahabatan. Slot ini diperkenalkan pada 30 November 2004 dengan drama pertama Natasha dan bersiaran di TV3 pada setiap Selasa jam 9.00 malam. Pada Januari 2014, waktu penyiaran berubah ke hari Khamis, pada waktu yang sama dan kemudiannya ditambah hari Rabu. Pada tahun 2016, slot ini jugdisiarkan pada hari Jumaat. Slot Lestary berselang seli dengan slot Zehra.

Velvet Lawrence Aduk

Velvet Lawrence Aduk atau lebih dikenali sebagai Velvet (lahir 14 Februari 1987) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Penampang, Sabah.

Beliau meminati penyanyi Nora, Jaclyn Victor, dan Mariah Carey. Pelakon kegemarannya pula ialah Devon Sawa, , Brad Pitt, Saiful Apek, Hans Issac, Drew Barrymore, Julia Robert, Maya Karin, dan Erra Fazira. Bekerja sebagai tukang masak pada waktu siang dan menyanyi pada waktu malam, gadis gipsi ini menyukai gaya nyanyian Nora.

Musim
Pengetua
Pengacara
Pengkritik tetap
Juara
Naib juara
Alumni popular
Lagu juara

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.