Maleakhi

Maleakhi atau Mal'akhi (Bahasa Ibrani: מַלְאָכִי, Piawai Malʾaḫi Tiberias Malʾāḵî ; "Utusan/Malaikatku", lihat malakh) adalah seorang nabi dalam Alkitab, Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.

Maleakhi adalah nabi terakhir dalam nabi-nabi kecil, dan penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir dalam Perjanjian Lama (Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam kumpulan Nevi'im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.

Namun Ezra tidak menyebutkan namanya, dan ia tidak secara langsung disebutkan dalam pembangunan kembali Bait Allah. Para penyunting Jewish Encyclopedia the 1906 menyimpulkan bahawa ia bernubuat setelah Hagai dan Zakharia (Mal. 1:10; 3:1, 10) dan ia juga menduga bahawa ia menyampaikan pesanannya sekitar tahun 420 SM, setelah kembalinya Nehemia yang kedua kali dari Parsi (Neh. 13:6), atau kemungkinan sebelum kepulangannya, dengan membandingkan Mal. 2:8 with Neh. 13:15; Mal. 2:10-16 dengan Neh. 13:23).

Dalam Agama Yahudi rabbinik

Maleakhi diidentikkan dengan Mordekhai oleh Rav Nachman dan dengan Ezra oleh Joshua b. Karcha (Meg. 15a). Targum Jonathan ben Uzziel untuk kata-kata "Oleh tangan Maleakhi" (i. 1) memberikan penjelasan "Yang namanya disebut Ezra sang penulis." Menurut Soṭah 48b, ketika Maleakhi meninggal, Roh Kudus meninggalkan Israel. Menurut Rosh Hashanah 19b, ia adalah salah satu dari tiga nabi yang menurut tradisi, ikut menyusun kalender Yahudi.

Dalam agama Kristian

Tulisan-tulisan Kristian perdana

Hieronimus, dalam pengantarnya untuk tafsiran Maleakhi, menyebutkan bahawa pada masanya ada kepercayaan bahawa Maleakhi identik dengan Ezra ("Malachi Hebræi Esdram Existimant"). Sebuah tradisi yang dilestarikan dalam pseudo-Epifanius ("De Vitis Proph.") menceritakan bahawa Maleakhi berasal dari Zebulon, dan dilahirkan setelah Pembuangan. Menurut kisah apokrif yang sama, ia meninggal dalam usia muda, dan dimakamkan di negerinya sendiri bersama nenek moyangnya.

Liturgi Kristian

Dalam kalendar liturgi Gereja Ortodoks Timur, hari perayaannya adalah 3 Januari.

Dalam era kritikan Alkitab masa kini

Menurut para redaktor Easton's Bible Dictionary 1897, nama Maleakhi ini bukanlah "nomen proprium" (nama sebenarnya) dan diduga merupakan singkatan dari ("utusan Yahweh"), yang sesuai dengan Μαλαχίας dalam Septuaginta dan "Malachias" dalam Vulgata. Catatan pada namanya dalam Septuaginta mengatakan ὲν χειρὶ ἀγγήλου αὐτοῦ, (oleh tangan utusannya).

Wellhausen, Abraham Kuenen, dan Wilhelm Gustav Hermann Nowack menganggap ps. 1:1 sebagai suatu tambahan/tokok tambah di kemudian hari, sambil menunjuk pada Zakharia 9:1, 12:1. Carl Heinrich Cornill menyatakan bahawa Zakharia ps. 9-14 dan Maleakhi adalah karya anonim dan kerana itu diletakkan pada bahagian akhir kitab-kitab kenabian. Maleakhi 3:1 memperlihatkan hampir secara tegas bahawa istilahnya keliru dan sukar untuk difahami, dan bahawa nama yang sebenarnya berasal dari kesalahfahaman tentang kata itu. Berbagai pandangan nampaknya sepakat mengatakan bahawa kitab ini disusun diantara tahun 432-424 SM. Ini adalah masa antara kunjungan pertama dan kedua Nehemia ke Jerusalem.

Rujukan

  • Kemasukan ini memasukkan teks dari domain awam Kamus Injil Easton, asalnya diterbitkan pada 1897.
  • Rencana ini menggabungkan teks daripada rencana Jewish Encyclopedia 1901–1906, sebuah penerbitan yang kini berada di dalam domain awam.
  • (Inggeris) Rencana dari Catholic Encyclopedia
Hagai

Hagai (bahasa Ibrani: חַגַּי, Ḥaggai atau "Hag-i") adalah salah seorang dari dua belas nabi kecil dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Zakhariah, yang hidup sezaman dengannya, dan Maleakhi, yang hidup sekitar seratus tahun kemudian), yang hidup pada zaman sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari pembuangan di Babylon.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Ia mungkin adalah salah seorang dari mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Ia memulai pelayanannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang Samaria. Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan Zakhariah (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka dari kemalasan mereka, dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam kebijakan yang diambil oleh pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.

Nama Hagai, dengan berbagai variasi vokalisasinya, juga ditemukan dalam Kitab Ester, sebagai seorang hamba kasim dari ratu.

Dalam kalendar liturgi Gereja Ortodoks Timur, hari rayanya jatuh pada 16 Disember.

Kemasukan ini memasukkan teks dari domain awam Kamus Injil Easton, asalnya diterbitkan pada 1897.

Nevi'im

Templat:Books of Nevi'im

Nevi'im [נביאים] (juga ditulis Nebiim) atau Nabi-nabi adalah bahagian kedua dari tiga bahagian besar dalam Kitab Tanakh Yahudi (Alkitab Ibrani).

Perjanjian Lama

Agama Yahudi menggunakan istilah Tanakh untuk merujuk kepada peraturan-peraturan agamanya, yang kemudian diambil sebagai Perjanjian Lama dalam agama Kristian. Dalam akademik, istilah Bible Ibrani (Hebrew Bible) selalunya digunakan untuk merujuk kepada Tanakh atau Perjanjian Lama.

Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament atau OT) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.

Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.

Purgatorium

Purgatorium atau Penyuci menurut kepercayaan sesetengah mazhab agama Kristian ialah suatu keadaan perantara selepas kematian fizikal untuk membersihkan atau menebus segala dosa yang pernah dilakukan di alam fana; ada yang menerimanya terus seperti mazhab Katolik manakala ada juga yang menidakkan kewujudannya seperti sesetengah mazhab Barat, khususnya dalam Protestantisme. Beberapa konsep Gehenna dalam Judaisme turut dilihat serupa dengan konsep "perumah sementara" ini.

Gereja England yang menempatkan Golongan Anglikan, secara rasminya menidakkan kewujudan ini kerana ia dilihat sebagai "Doktrin dari Roma", namun mazhab-mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental, Methodist, dan sebahagian puak Anglikan dan Lutheran pula ada berpendapat bahawa adanya penyucian dosa selepas kematian serta pendoaan agar si mati aman bersemadi. Gereja-gereja Baharu turut mengajarkan bahawa mereka yang berlepas dihantar dari dosa mereka melalui proses pemuliaan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.