Linguistik

Linguistik ialah sebuah pengajian saintifik[1] bahasa.[2] Terdapat tiga aspek dalam pengajian ini: bentuk bahasa, makna bahasa dan bahasa dalam konteks.[3] Aktiviti terawal dalam huraian bahasa telah dikaitkan dengan Pāṇini, iaitu seorang pelajar awal linguistik[4](fl. abad ke-4 SM),[5] dengan analisisnya mengenai bahasa Sanskrit dalam Ashtadhyayi.[6]

Linguistik
Linguistik teori
Fonetik
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Semantik leksikal
Semantik statistik
Semantik struktur
Semantik prototaip
Stilistik
Preskripsi
Pragmatik
Linguistik gunaan
Pemerolehan bahasa
Psikolinguistik
Sosiolinguistik
Linguistik generatif
Linguistik kognitif
Linguistik pengiraan
Linguistik perihalan
Linguistik sejarah
Linguistik perbandingan
Etimologi
Sejarah linguistik
Senarai ahli linguistik
Masalah yang belum diatasi

Dikotomi dan bahasa ديکوتومي دان بهاس

Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di bawah:

  • Sinkronik lwn Diakronik: Linguistik sinkronik (huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu; sebaliknya, linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa.
  • Teori lwn Gunaan: Linguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat, manakala linguistik gunaan mempergunakan teori-teori ini untuk bidang-bidang yang lain.
  • Konteks lwn Autonomi: Linguistik konteks adalah berkenaan dengan tempatnya bahasa di dunia ini: fungsi sosialnya, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan dikesan. Linguistik autonomi atau bebas mengolahkan bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, selain daripada eksternaliti-eksternaliti yang berkait dengan sesebuah bahasa. Kekadangnya, istilah-istilah makrolinguistik dan mikrolinguistik dipergunakan untuk istilah masing-masing bagi dikotomi ini.

Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk kepada diri dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang pembatasan, cenderung melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang telah diakui sebagai teras disiplin ini.

Penyelidikan linguistik telah dikejar oleh berbagai-bagai jenis pakar yang mungkin tidak bersependapat; sebagaimana yang dikatakan oleh Russ Rymer dengan gaya yang ranggi:

"Linguistik dapat dipertahankan sebagai harta yang amat dipertikaikan dalam alam akademik. Ia direndam dengan darah para pemuisi, serta ahli teologi, falsafah, filologi, psikologi, biologi, antropologi, dan neurologi, bersama dengan apa-apa darah yang boleh diperah daripada ahli-ahli nahu." 1

Peringkat linguistik teori Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji dengan lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah diperakui secara meluas:

-Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.
-Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa.
-Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.
-Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa.
-Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna.
-Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.
-Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis.
-Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia.
-Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa.
-Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Bagaimanapun, kepentingan tersendiri bagi setiap bidang tidak diakui secara sejagat, dan hampir semua ahli linguistik bersetuju bahawa bahagian-bahagian ini amat bertindih. Walaupun demikian, setiap bidang mempunyai konsep-konsep teras yang menggalakkan penyelidikan dan penyiasatan cendekiawan yang penting.

Linguistik diakronik ليڠݢوءيستيک دياکرونيک

Sedangkan teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa, kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa.

Di dalam universiti-universiti di Amerika Syarikat, sudut pandangan bukan sejarah kelihatan lebih berkuasa. Sebagai contoh, banyak kelas linguistik permulaan hanya meliputi linguistik sejarah secara sepintas lalu. Peralihan dalam tumpuan ke sudut pandangan bukan sejarah bermula dengan Saussure dan menjadi berpengaruh dengan Noam Chomsky.

Secara nyata, sudut-sudut pandangan sejarah termasuk linguistik sejarah perbandingan dan etimologi.

Linguistik gunaan ليڠݢوءيستيک ݢوناءن

Sedangkan linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa, linguistik gunaan mengambil dapatan-dapatan ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain. Seringnya, linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain.

Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik pengiraan dalam penterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan bahasa sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasi-operasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat.

Linguistik konteks ليڠݢوءيستيک کونتيکﺱ

Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, lingusitik pengiraan, serta sains kognitif.

Preskripsi dan huraian ڤريسکريڤسي دان هوراين

Rencana utama: Preskripsi dan huraian.

Penyelidikan-penyelidikan yang kini dilakukan di bawah nama "linguistik" adalah deskriptif semata-mata; ahli-ahli linguistik cuba menjelaskan sifat bahasa tanpa membuat sebarang pertimbangan nilai atau mencuba mencartakan hala-hala bahasa masa depan. Walaupun demikian, terdapat banyak ahli profesional dan amatur yang juga mempreskripsikan atau menetapkan peraturan-peraturan bahasa sebagai piawai untuk diikuti oleh orang-orang lain.

Para preskriptivis cenderung didapati di kalangan pendidik bahasa dan wartawan, dan bukannya dalam lingkungan ahli linguistik akademik pada dirinya. Mereka mempunyai tanggapan-tanggapan yang jelas tentang apa yang betul dan apa yang salah, dan mungkin mempertanggungjawabkan diri untuk memastikan bahawa generasi yang berikut akan menggunakan jenis bahasa yang paling mungkin akan menyebabkan "kejayaan"; jenis bahasa itu seringnya merupakan akrolek sesuatu bahasa yang tertentu. Alasan-alasan untuk sikap mereka yang tidak bertoleransi terhadap "penggunaan salah" mungkin termasuk ketidakyakinan terhadap neon, hubungan-hubungan dengan loghat-loghat yang tidak dikenan secara sosial (iaitu basilek), atau hanya percanggahan dengan teori-teori kesayangan mereka. Versi keterlaluan preskriptivisme boleh didapati di kalangan penapis yang misi peribadi mereka adalah untuk menghapuskan perkataan-perkataan dan struktur-struktur yang dianggap mereka sebagai memusnahkan masyarakat.

Para deskriptivis sebaliknya tidak menerima tanggapan para preskriptivis tentang "penggunaan tidak betul". Mereka mungkin memerihalkan penggunaan-penggunaan orang itu sebagai "idiosinkratik" atau mereka mungkin mendapati sesuatu ketetapan (atau peraturan) yang dipatuhi oleh penggunaan-penggunaan tersebut (berbeza dengan andaian preskriptif yang lazim bahawa penggunaan "buruk" adalah tidak teratur). Dalam konteks kerja luar, linguistik huraian merujuk kepada kajian bahasa yang menggunakan pendekatan deskriptivis. Perkaedahan deskriptivis adalah lebih serupa dengan perkaedahan saintifi dalam bidang-bidang lain.

Pertuturan lawan penulisan ڤرتوتورن لاون ڤنوليسن

Kebanyakan ahli linguistik sezaman mengandaikan bahawa bahasa pertuturan adalah lebih asas dan oleh itu, adalah lebih penting daripada bahasa tulisan. Alasan-alasan untuk sudut pandangan ini termasuk:

  • Pertuturan nampaknya merupakan sejagat manusia, manakala terdapat banyak budaya dan komuniti pertuturan yang tidak mempunyai sebarang komunikasi tulisan;
  • Manusia belajar untuk bertutur dan memproses bahasa-bahasa pertuturan dengan lebih mudah dan lebih awal, berbanding dengan penulisan;
  • Sebilangan ahli sains kognitif memperdebatkan bahawa otak mempunyai "modul bahasa" yang semula jadi, dengan pengetahuan dianggap datangnya daripada mengkaji pertuturan lebih daripada mengkaji tulisan, khususnya kerana bahasa dalam bentuk pertuturan dianggap merupakan penyesuaian evolusi, manakala penulisan merupakan rekaan yang lebih terkini.

Sudah tentu, ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa kajian terhadap bahasa tulisan adalah berfaedah dan bernilai. Bagi penyelidikan linguistik yang menggunakan kaedah-kaedah linguistik korpus dan linguistik pengiraan, bahasa tulisan seringnya adalah lebih sesuai untuk memproses jumlah data linguistik yang besar. Korpus besar untuk bahasa pertuturan adalah susah untuk dicipta dan dicari, dan biasanya ditranskripsikan dan ditulis.

Walau bagaimanapun, kajian tentang sistem-sistem tulisan pada dirinya telah dianggap sebagai satu cabang linguistik tersendiri.

Tokoh-Tokoh Pengembang Linguistik dan Fikiran Pentingnya توکوه٢ ڤڠمبڠ ليڠݢوءيستيک دان فيکيرن ڤنتيڠڽ

Di India kuno, ahli nahu Sanskrit, Pāṇini (k.k. 520–460 SM), ialah ahli linguistik terawal yang diketahui dan sering diakui sebagai pengasas linguistik. Beliau termasyhur untuk merumuskan 3,959 peraturan morfologi Sanskrit dalam teksnya, Aṣṭādhyāyī, yang masih digunakan pada hari ini. Tatabahasa Sanskrit Pāṇini's adalah amat sistematik dan teknikal. Pendekatan analisisnya termasuk konsep-konsep fonem, morfem, dan kata dasar yang hanya dikenali oleh ahli-ahli linguistik barat sekitar dua milenium kemudian. Peraturan-peraturannya memerihalkan morfologi Sanskrit dengan penuh tanpa sebarang lebihan. Satu akibat tumpuannya terhadap keringkasan ialah struktur yang amat tidak intuitif yang mengingatkan kita tentang "bahasa mesin" sezaman (bertentangan dengan bahasa-bahasa atur cara "boleh dibaca manusia"). Peraturan-peraturan logis dan tekniknya yang canggih telah mempengaruhi ahli-ahli linguistik kuno dan moden secara meluas.

Tolkāppiyar (k.k. abad ke-3 SM), ahli linguistik India Selatan, menulis Tolkāppiyam, karya tatabahasa bahasa Tamil yang masih digunakan pada hari ini. Bhartrihari (k.k. 450510) merupakan lagi seorang penulis teori linguistik bahasa Indo-Arya yang penting. Beliau membina teori bahawa tindakan pertuturan mempunyai tiga peringkat: (1) pengkonsepan; (2) pelaksanaan pertuturan; dan (3) pemahaman oleh pentafsir. Kerja Pāṇini dan Bhartrihari mempunyai pengaruh yang amat penting dalam banyak gagasan asas yang dicadangkan oleh Ferdinand de Saussure, profesor bahasa Sanskrit, yang telah dianggap secara meluas sebagai bapa linguistik struktur moden.

Cendekiawan-cendekiawan linguistik awal yang lain termasuk:

  • Jakob Grimm yang mereka prinsip peralihan konsonan dalam penyebutan yang dikenali sebagai Hukum Grimm pada tahun 1822;
  • Karl Verner yang menemui Hukum Verner;
  • August Schleicher yang mencipta "Stammbaumtheorie";
  • Johannes Schmidt yang mengembangkan "Wellentheorie" ("model gelombang") pada tahun 1872;
  • Ferdinand de Saussure yang merupakan pengasas linguistik struktur moden;
  • Edward Sapir yang merupakan tokoh terkemuka dalam linguistik struktur Amerika. Beliau adalah salah seorang pertama yang memeriksa dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Perkaedahannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya.
  • Noam Chomsky yang tatabahasa transformasi generatifnya, model bahasa formal yang dikembangkan di bawah pengaruh gurunya, Zellig Harris, telah menjadi model yang utama sejak dekad 1960-an. Zellig Harris pula dipengaruhi oleh Leonard Bloomfield.

Ahli-ahli linguistik dan aliran pikiran penting yang lain termasuk:

  • Michael Halliday yang tatabahasa fungsian sistemiknya telah diikut secara meluas di United Kingdom, Kanada, Australia, China, dan Jepun;
  • Dell Hymes yang mengembangkan pendekatan pragmatik yang dipanggilnya "Etnografi Pertuturan";
  • George Lakoff, Leonard Talmy, dan Ronald Langacker yang merupakan perintis dalam bidang linguistik kognitif;
  • Charles Fillmore dan Adele Goldberg yang dikaitkan dengan tatabahasa binaan; dan
  • ahli-ahli linguistik, termasuk Leonard Talmy, Talmy Givon, dan Robert Van Valin, Jr., yang mengembangkan berbagai-bagai kelainan yang dipanggil mereka sebagai fungsionalisme.

Perwakilan pertuturan ڤرواکيلن ڤرتوتورن

Lihat juga ليهت جوݢ

  • Filologi, kajian mengenai teks dan bahasa kuno
  • Masalah-masalah linguistik yang belum diatasi
  • Sejarah linguistik
  • Senarai ahli linguistik
  • Senarai topik linguistik
  • Senarai topik linguistik asas, halaman yang direka bentuk untuk menyusun maklumat mengenai linguistik dalam Wikipedia
  • Strukturalisme

Rujukan روجوعن

  1. ^ Crystal, David (1990). Linguistics [Linguistik] (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books. ISBN 9780140135312.
  2. ^ Halliday, Michael A.K.; Jonathan Webster (2006). On Language and Linguistics [Di Bahasa dan Linguistik] (dalam bahasa Inggeris). Continuum International Publishing Group. m/s. vii. ISBN 0-8264-8824-2.
  3. ^ Martinet, André (1960). Elements of General Linguistics [Unsur-unsur Linguistik Am] (dalam bahasa Inggeris). Tr. Elisabeth Palmer Rubbert (Studies in General Linguistics, vol. i.). London: Faber. m/s. 15.
  4. ^ Rens Bod (2014). A New History of the Humanities: The Search for Principles and Patterns from Antiquity to the Present [Sebuah Sejarah Baru Kemanusiaan: Pencarian bagi Prinsip dan Corak daripada Purba hingga Kini] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 0199665214.
  5. ^ Sanskrit Literature The Imperial Gazetteer of India, v. 2 (1909), p. 263.
  6. ^ S.C. Vasu (Tr.) (1996). The Ashtadhyayi of Panini (2 Vols.) [Ashtadhyayi Panini (2 Jil.)] (dalam bahasa Inggeris). Vedic Books. ISBN 9788120804098.

Buku teks بوکو تيکﺱ

  • Aitchison, Jean (1995) Linguistics: An Introduction. London: Hodder & Stoughton; London: Hodder Headline, 1999, edisi ke-2.
  • Akmajian, Adrian et al (2001), Linguistics, edisi ke-5, Percetakan MIT. (ISBN 0-262-51123-1)
  • Hudson, G. (2000) Essential Introductory Linguistics. Oxford: Blackwell.
  • Lyons, John (1995), Linguistic Semantics, Percetakan Universiti Cambridge. (ISBN 0-521-43877-2)
  • Napoli, Donna J. (2003) Language Matters. A Guide to Everyday Questions about Language. Percetakan Universiti Oxford.
  • O'Grady, William D., Michael Dobrovolsky & Francis Katamba [ed.] (2001), Contemporary Linguistics, Longman. (ISBN 0-582-24691-1) - Peringkat Bawah
  • Taylor, John R. (2003), Cognitive Grammar, Percetakan Universiti Oxford. (ISBN 0-19-870033-4)
  • Trask, R. L. (1995) Language: The Basics. London: Routledge.
  • Ungerer, Friedrich & Hans-Jorg Schmid (1996), An Introduction to Cognitive Linguistics, Longman. (ISBN 0-582-23966-4)

Karya akademik کاريا اکاديميک

  • Fauconnier, Gilles
    • (1995), Mental Spaces, edisi ke-2, Percetakan Universiti Cambridge. (ISBN 0-521-44949-9)
    • (1997), Mappings in Thought and Language, Percetakan Universiti Cambridge. (ISBN 0-521-59953-9)
    • & Mark Turner (2003), The Way We Think, Basic Books. (ISBN 0-465-08786-8)
      • Rymer, m.s. 48, dipetik dalam Fauconnier dan Turner, m.s. 353
  • Sampson, Geoffrey (1982), Schools of Linguistics, Percetakan Universiti Stanford. (ISBN 0-8047-1125-9)
  • Sweetser, Eve (1992), From Etymology to Pragmatics, edisi cetak kembali, Percetakan Universiti Cambridge. (ISBN 0-521-42442-9)

Karya umum کاريا عموم

  • Bloomfield, Leonard. Language.
  • Burgess, Anthony
    • (1964), Language Made Plain
    • (1992), A Mouthful of Air
  • Deacon, Terrence (1998), The Symbolic Species, WW Norton & Co. (ISBN 0-393-31754-4)
  • Deutscher, Guy, Dr. (2005), The Unfolding of Language, Buku Metropolitan (ISBN 0-8050-7907-6) (ISBN 978-0-8050-7907-4)
  • Hayakawa, Alan R & S. I. (1990), Language in Thought and Action, Harvest. (ISBN 0-15-648240-1)
  • Pinker, Steven
    • (2000), The Language Instinct, edisi cetak kembali, Perennial. (ISBN 0-06-095833-2)
    • (2000), Words and Rules, Perennial. (ISBN 0-06-095840-5)
  • Rymer, Russ (1992), Annals of Science dalam "The New Yorker", 13 April
  • Sapir, Edward. Language.
  • Saussure, Ferdinand de. Cours de linguistique générale [Kursus dalam linguistik am].

Buku rujukan بوکو روجوعن

  • Aronoff, Mark & Janie Rees-Miller (Eds.) (2003) The Handbook of Linguistics. Penerbitan Blackwell. (ISBN 1-4051-0252-7)
  • Asher, R. (Ed.) (1993) Encyclopedia of Language and Linguistics. Oxford: Percetakan Pergamon. 10 jilid.
  • Bright, William (Ed) (1992) International Encyclopedia of Linguistics. Percetakan Universiti Oxford. 4 jilid.
  • Brown, Keith R. (Ed.) (2005) Encyclopedia of Language and Linguistics (edisi ke-2). Elsevier. 14 jilid.
  • Bussmann, H. (1996) Routledge Dictionary of Language and Linguistics. Routledge (diterjemahkan daripada bahasa Jerman).
  • Crystal, David
    • (1987) The Cambridge Encyclopaedia of Language. Percetakan Universiti Cambridge.
    • (1991) A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Blackwell. (ISBN 0-631-17871-6)
    • (1992) An Encyclopaedic Dictionary of Language and Languages. Oxford: Blackwell.
  • Frawley, William (Ed.) (2003) International Encyclopedia of Linguistics (edisi ke-2). Percetakan Universiti Oxford.
  • Malmkjaer, Kirsten (1991) The Linguistics Encyclopaedia. Routledge (ISBN 0-415-22210-9)
  • Trask, R. L.
    • (1993) A Dictionary of Grammatical Terms in Linguistics. Routledge. (ISBN 0-415-08628-0)
    • (1996) Dictionary of Phonetics and Phonology. Routledge.
    • (1997) A student's dictionary of language and linguistics.
    • (1999) Key Concepts in Language and Linguistics. London: Routledge.

Pautan luar ڤاءوتن لوار

Wikibooks
Wikiversity Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
Arya

Arya (Bahasa Sanskrit: आर्य, Bahasa Parsi: آریا) adalah bangsa awal yang mendominasi Iran dan India Utara.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bahasa

Bahasa (Tulisan Jawi: بهاس) adalah sistem yang terdiri daripada pembangunan, pengambilalihan, penyelenggaraan dan penggunaan sistem komunikasi yang kompleks, terutamanya keupayaan manusia untuk melakukannya; dan bahasa adalah contoh khusus sistem sedemikian.

Kajian saintifik bahasa dipanggil linguistik. Soalan mengenai falsafah bahasa, seperti apakah perkataan boleh mewakili pengalaman, telah dibahaskan sekurang-kurangnya sejak Gorgias dan Plato di Yunani Purba. Pemikir seperti Rousseau berpendapat bahawa bahasa berasal dari emosi sementara yang lain seperti Kant berpendapat bahawa ia berasal dari pemikiran rasional dan logik. Para ahli falsafah abad ke-20 seperti Wittgenstein berpendapat bahawa falsafah adalah benar-benar kajian bahasa. Tokoh-tokoh utama dalam linguistik termasuk Ferdinand de Saussure dan Noam Chomsky.

Anggaran bilangan bahasa manusia di dunia berbeza-beza antara 5,000 dan 7,000. Walau bagaimanapun, apa-apa anggaran yang tepat bergantung kepada perbezaan sebahagiannya sewenang-wenang antara bahasa dan dialek. Bahasa sejadi adalah ucapan atau bahasa bahasa isyarat, tetapi bahasa apa pun boleh dikodkan ke media sekunder menggunakan pendengaran, visual, atau perangsang stimuli contohnya, dalam bahasa bersiul, bahasa isyarat, atau braille. Ini kerana bahasa manusia modaliti - bebas. Bergantung kepada perspektif falsafah mengenai definisi bahasa dan makna, apabila digunakan sebagai konsep umum, "bahasa" boleh merujuk keupayaan kognitif untuk belajar dan menggunakan sistem komunikasi yang rumit, atau untuk menggambarkan set peraturan yang membentuk sistem ini, atau set ucapan yang boleh dihasilkan daripada peraturan tersebut. Semua bahasa bergantung pada proses semiosis untuk mengaitkan tanda-tanda kepada maksud tertentu. Bahasa lisan, bahasa isyarat dan bahasa sentuhan mengandungi sistem fonologi yang mengawal bagaimana simbol digunakan untuk membentuk urutan yang dikenali sebagai perkataan atau morfem, dan sistem sintaksis yang mentadbir bagaimana perkataan dan morfem digabungkan untuk membentuk frasa dan wacana.

Bahasa manusia mempunyai sifat-sifat produktiviti dan pemindahan, dan bergantung sepenuhnya pada konvensyen dan pembelajaran sosial. Strukturnya yang kompleks memberikan pelbagai ekspresi yang lebih luas daripada sistem komunikasi haiwan yang diketahui. Bahasa dianggap berasal dari awal hominin bermula secara beransur-ansur mengubah sistem komunikasi primata mereka, memperoleh keupayaan untuk membentuk teori minda lain dan kesengajaan dikongsi. Perkembangan ini kadang-kadang difikirkan telah bertepatan dengan peningkatan jumlah otak, dan banyak ahli bahasa melihat struktur bahasa sebagai berkembang untuk melayani fungsi komunikatif dan sosial tertentu. Bahasa diproses di banyak lokasi yang berlainan di dalam otak manusia, tetapi terutamanya di kawasan Broca dan kawasan Wernicke. Manusia memperoleh melalui interaksi sosial pada zaman kanak-kanak, dan kanak-kanak biasanya bercakap dengan lancar dengan kira-kira tiga tahun. Penggunaan bahasa sangat berakar dalam budaya manusia. Oleh itu, sebagai tambahan kepada penggunaannya secara tegas, bahasa juga mempunyai banyak kegunaan sosial dan budaya, seperti menandakan kumpulan identiti, stratifikasi sosial, serta dandanan sosial dan hiburan.

Perubahan bahasa berkembang dan mempelbagai dari masa ke masa, dan sejarah evolusi mereka boleh dibina semula oleh bahasa membandingkan bahasa moden untuk menentukan ciri-ciri nenek moyang mereka bahasa mestilah mempunyai supaya peringkat perkembangan kemudiannya berlaku. Sekumpulan bahasa yang berasal dari nenek moyang yang sama dikenali sebagai keluarga bahasa. Keluarga Indo-Eropah adalah bahasa yang paling banyak digunakan dan termasuk bahasa yang pelbagai seperti bahasa Inggeris, Rusia dan Hindi; keluarga Sino-Tibet termasuk Mandarin, Bodo dan bahasa Cina yang lain, dan bahasa Tibet; keluarga Afro-Asia termasuk Arab, Somali, dan Ibrani; bahasa bahasa Bantu termasuk Swahili, dan Zulu, dan ratusan bahasa lain yang dituturkan di seluruh Afrika; dan rumpun bahasa Melayu-Polinesia termasuk bahasa Indonesia, Melayu, Tagalog, dan ratusan bahasa lain yang digunakan di seluruh Pasifik. Bahasa-bahasa dari bahasa keluarga Dravidia, yang kebanyakannya ditutur di India Selatan, termasuk Tamil Telugu dan Kannada. Konsensus akademik berpendapat bahawa antara 50% dan 90% bahasa yang dituturkan pada awal abad ke-21 mungkin akan menjadi pupus pada tahun 2100.

Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa daripada beberapa segi. Contoh takrifan termasuk yang berikut:

satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.

satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain

satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka

satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.

satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)

satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.

pemikiranWalau bagaimanapun, bahasa manusia merupakan erti utama yang dikaitkan dengan "bahasa". Pengkajian tentang bahasa dipanggil linguistik, atau pakar bahasa.

Bahasa Inggeris British

Bahasa Inggeris British ialah bahasa Inggeris yang digunakan di United Kingdom dan juga negara-negara yang pernah menjadi salah satu jajahan Empayar British.

Bahasa Mandarin

Artikel ini berkenaan semua dialek bahasa Cina utara. Untuk merujuk kepada bahasa Cina piawai yang rasmi (Putonghua/Guoyu), lihat Bahasa Mandarin Baku.Mandarin atau Guanhua (Cina Tradisional: 官話, Cina Ringkas: 官话, pinyin: Guānhuà "pertuturan pegawai"), atau Beifanghua (北方方言; Pinyin: Běifāngfāngyán; "dialek utara") merupakan golongan dialek Cina saling berkaitan, yang ditutur di kebanyakan kawasan China utara dan barat daya. Jika dipandang sebagai bahasa tunggal, seperti yang sering dilakukan dalam kegunaan akademik, dialek-dialek Mandarin lebih ramai penutur asalnya berbanding mana-mana bahasa lain.

Perkataan Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan sama ada kepada semua dialek Mandarin atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan dialek Beijing. Bahasa Mandarin Baku berfungsi sebagai bahasa pertuturan rasmi Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan dan Singapura. "Bahasa Cina" — secara tepatnya, Bahasa Mandarin — merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling difahami daripada yang lain. Penggolongan ini didekatkan dan digunakan oleh pakar bahasa, dan tidak kerap digunakan di luar konteks akademik sebagai deskripsi tersendiri. Sebaliknya, apabila ditanya untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang dituturnya, seorang Cina itu yang bertutur dalam sebentuk bahasa Mandarin akan mengenal pasti variasi yang dituturnya, contohnya dialek Sichuan atau China utara, dan menganggapnya berbeza daripada "Bahasa Mandarin [Baku]"; mereka mungkin tidak menganggap bahawa bahasa itu sebenarnya digolongkan oleh pakar bahasa sebagai sebentuk bahasa "Mandarin" dalam erti yang lebih luas. Malah tiada juga identiti "Mandarin" umum berdasarkan bahasa; sebaliknya, terdapat identiti kawasan tersendiri yang kukuh, bertengahkan dialek Mandarin individu, disebabkan pengedaran geographi penuturnya yang amat meluas.

Bahasa rasmi

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Pemilihan bahasa rasmi (atau pemilihan tidak mempunyai bahasa rasmi) boleh menjadi isu yang menimbulkan perbalahan. Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki bahasa rasmi. Banyak negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi. Di negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi, lazimnya akan wujud bahasa de facto. Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi paling biasa, diiktiraf di 51 buah negara. Ini diikuti bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol.

Bangladesh

Bangladesh, secara rasmi digelarkan Republik Rakyat Bangladesh, ialah sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan.

Bangladesh bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur, dengan Myanmar di sebelah tenggara, dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.

Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pemecahan India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.

Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang tiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.

Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.

Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

Dunia Arab

Dunia Arab (bahasa Arab: العالم العربي) (al-`alam al-`arabi) merangkumi dari Lautan Atlantik hingga ke barat Teluk Parsi yang berada di timur, dan dari Laut Mediterranean yang berada di utara hingga ke Afrika Tengah dan hingga Lautan Hindi yang berada di selatan. Gabungan 23 buah negara dengan gabungan populasi penduduk, yang berjumlah 325 juta orang dan keluasan kepada dua bahagian, dan merupakan unit linguistik bumi yang terbesar di dunia selepas Rusia.

Fonem

Fonem (Tulisan Jawi: فونيم)sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.

Contohnya, dalam bahasa Melayu bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar". Tetapi dalam bahasa Arab, hal ini tidaklah begitu. Dalam bahasa Arab hanya ada fonem /k/.

Fonetik

Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.

Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini.

Fonologi

Fonologi (daripada Bahasa Yunani: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan buni bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.

Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

ISO 639-2

ISO 639-2 ialah bahagian kedua dalam piawai ISO 639 yang menyenaraikan kod-kod perwakilan nama bahasa. Kod tiga huruf yang diberi untuk setiap bahasa dalam bahagian piawai ini dirujuk sebagai kod-kod "Alfa-3". Terdapat 464 kod bahasa dalam senarai ini.

Kerja untuk piawai ISO 693-2 bermula pada tahun 1989 selepas piawai ISO 639-1 yang memberi kod dua huruf untuk bahasa tidak dapat menampung bilangan bahasa yang sedia ada. Piawai ISO 693-2 diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1998. Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat ialah pihak berkuasa pendaftaran untuk ISO 639-2 (dirujuk sebagai ISO 639-2/RA) dan adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan piawai ini dan untuk mengkaji semula sebarang cadangan terhadap tambahan atau perubahan.

Sedangkan kebanyakan bahasa diberi satu kod oleh piawai ini, 23 bahasa telah menerima dua kod tiga huruf, iaitu satu kod "bibliografi" (ISO 639-2/B) yang berasal daripada nama Inggeris dan merupakan ciri legasi, serta satu kod "istilah" (ISO 639-2/T) yang berasal daripada nama asli bahasa. Setiap bahasa daripada 23 bahasa ini juga termasuk dalam piawai ISO 639-1. Selain itu, kod-kod yang berikut adalah untuk keadaan khas:

mis disenaraikan sebagai "bahasa-bahasa lain" (bahasa Inggeris: miscellaneous)

mul (untuk bahasa berbilang; bahasa Inggeris: multiple) digunakan apabila terdapat banyak bahasa dan tidaklah praktik untuk menentukan kesemua kod bahasa yang berkenaan

Selang dari qaa hingga qtz telah dikhaskan dan tidak digunakan dalam piawai ini

und (untuk bahasa-bahasa yang tidak dapat ditentukan (bahasa Inggeris: undetermined)) digunakan untuk keadaan-keadaan yang memerlukan bahasa ditunjukkan tetapi bahasa itu tidak dapat ditentukan.

zxx disenaraikan sebagai "tiada kandungan linguistik" (ditambah pada 11 Januari 2006)

Morfologi (linguistik)

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa ( melayu ).

Nusantara

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.

Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.

Pengecaman pertuturan

Pengecaman pertuturan ialah satu proses menukar pertuturan kepada masukan yang boleh dibaca oleh mesin. Antara kegunaannya ialah pendailan suara, pemprosesan perkataan kepada teks, dan sebagainya.

Penjodoh bilangan

Kapal terbang

Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.

Penterjemahan

Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin.

Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Tatabahasa

Tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik.

Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.

Sains
Sains Tulen AstronomiBiologiFizikKimiaSains bumiSains KomputerPrirodneNauke
Sains sosial AntropologiEkonomiEkologiEtimologiKomunikasi • Linguistik • PsikologiSosiologiPendidikan
Falsafah sains

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.