Lembah Raja-raja

Lembah Raja-raja (Bahasa Arab: وادي الملوكWādī al Mulūk), kadang kala disebut Lembah Pintu Raja-raja (Arab: وادي ابواب الملوك Wādī Abwāb al Mulūk),[1] ialah sebuah lembah di Mesir di mana buat tempoh hampir 500 tahun dari abad ke-16 hingga ke-11 SM, makam-makam dibina untuk para Firaun dan para bangsawan Kerajaan Baharu (wangsa Kelapan belas hingga Kedua puluh) Mesir Purba.[2][3] Lembah terletak pada tebing barat Sungai Nil, berhadapan Thebes (Luxor moden), di dalam pusat Nekropolis Thebes.[4] Wadi terdiri daripada dua lembah, Lembah Timur (di mana terletaknya majoriti makam diraja) dan Lembah Barat.

Koordinat: 25°44′27″N 32°36′8″E / 25.74083°N 32.60222°E

Tutankhamen map Valle Re Nilo space STS026-041-058
Lokasi Lembah Raja-raja di Bukit Theban, di sebalah barat Sungai Nil, Oktober 1988 (anak panah berwarna merah menunjukkan lokasi)

Rujukan

  1. ^ Reeves and Wilkinson (1996), p.6
  2. ^ Maspero (1913), p.182
  3. ^ "Theban Mapping Project". Theban Mapping Project. Dicapai 2006-12-04.
  4. ^ Siliotti (1997), p.13
1090-an SM

Dekad 1090-an SM merupakan tahun-tahun dari 1099 SM hingga 1090 SM.

1330-an SM

Dekad 1330-an SM merupakan tahun-tahun dari 1339 SM hingga 1330 SM.

1530-an SM

Dekad 1530-an SM merupakan tahun-tahun dari 1539 SM hingga 1530 SM.

3 Januari

3 Januari merupakan hari ketiga dalam kalendar Gregory. Tinggal 362 hari (atau 363 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Ahmose–Nefertari

Ahmose-Nefertari merupakan isteri pada pengasas dinasti ke lapan belas, Kerajaan

Baru, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE).

Kehidupan Ahmose-Nefertari diketahui melalui pelbagai dokumen Kerajaan Baru dan

gambaran; terutamanya teks dari stela yang rosak yang dijumpai di Karnak yang

mengisahkan secara terperinci mengenai urusan rasminya antara Ahmose-Nefertari dan

Thutmose I.

Ahmose-Nefertari juga dipercayai menjadi pemerintah sementara/regent bagi anaknya

selepas kematian suaminya sebelum Amenhotpe I memerintah sendiri (memerintah

1545-1525 BCE). Ahmose-Nefertari masih hidup selepas pemerintahan anaknya dan

dipercayai memainkan peranan utama bagi pengganti pemerintah selepas anaknya,

Thutmose I. Ini kerana Thutmose I tidak mempunyai kaitan dengan keluarga yang

mengasaskan dinasti tersebut.

Ahmose-Nefertari mati semasa pemerintahan Thutmose I (sekitar 1525-1516 BCE). Kuil

pengebumian Ahmose-Nefertari terletak di tebing barat sungai Nil bertentangan

dengan Thebes; bagaimanapun ia hampir lenyap sepenuhnya. Makamnya kemungkinannya

tidak jauh dari Dra Abul Naga dan sarcophagus dan mumminya dijumpai tersorok dalam

himpunan peninggalan diraja di Deir el-Bahri.

Semasa beberapa kurun selepas kematiannya, Ahmose-Nefertari biasanya digambarkan

dalam lukisan bersama ahli lain keluarga diraja dalam Kerajaan Baru yang dikenali

sebagai Daftar Raja. Dia juga sering digambarkan bersama anaknya Amenhotpe I

kerana sanjungan ingatan oleh orang Mesir terhadap mereka di kawasan perkampungan

pekerja di Deir el-Medina, berhampiran Lembah Raja-raja. Kultus yang mendewakan

Amenhotpe I dan Ahmose-Nefertari amat penting di sini,

Ah’hotep, dinasti ke Tujuh Belas

Ah’hotep, (fl. Kurun ke-16 B.C.E.) merupakan wanita kerabat diraja Dinasti ke Tujuh belas. Dia merupakan pasangan bagi Sekenenre TA’O II (c. 1560 B.C.E.) dan ibu pada pengasas Kerajaan Baru, ’Ahmose (r. 1550–1525 B.C.E.).

Ah’hotep merupakan anak kepada Senakhtenre Ta’O Idan Ratu Tetisheri, Ah’hotep dibesarkan di Deir El-Baas, utara Thebes, semasa tempoh di mana Hyksos, atau orang Asia, memerintah jajahan utara. Dia kemudiannya berkahwin dengan Ta’o II dan Ah’hotep melahirkan dua orang anak, Kamose dan ’Ahmose, dan dua orang anak perempuan, ’Ahmose–Nefertari dan ’Ahmose -Hetempet.Ketika Ta’o II memulakan perperangan penyatuan Mesir, Ah’hotep bertindak sebagai penjaga takhta Theban. Apabila Ta’o II terbunuh, mayatnya dihantar kepada Ah’hotep yang kemudiannya menghantar anak sulongnya, Kamose, dalam perjuangan yang sama. Kamose terbunuh pada tahun 1550 B.C.E., dan ’Ahmose menjadi pemerintah baru. Ah’hotep bertindak sebagai penjaga kepada anak muda ini, menggahwinkannya dengan saudara perempuannya, ’Ahmose-Nefertari, yang kemungkinannya balu Kamose. Untuk selama 10 tahun, Ah’hotep memerintah jajahan Theban di selatan Mesir, mengekalkan perdamaian rapuh dengan Hyksos.

Apabila ’Ahmose memulakan kempen mengkagumkannya menentang Hyksos, Ah’hotep mengekalkan aturan dan membina lebih banyak unit tenteranya. Namanya dikaitkan dengan inskripsi ’Ahmose, seperti yang terdapat dalam perkubuan Buhen, di selatan Aswan sungai Nil.

Ah’hotep meninggal ketika berusia 90 tahun selepas Mesir disatukan dan dia diberikan klompleks pengkebumian yang luas di Thebes, dikebumikan berhampiran dengan Kamose. Persembahan yang mengkagumkan diberikan bagi pengkebumiannya, termasuk kapak istiadat (penghormatan tentera) dan bot emas yang dipasang pada pedati dengan roda gangsa. ’Ahmose memujinya pada stela di Karnak, menyatakan: “Dialah yang melakukan upacara dan penjagaan Mesir.” Keranda besar Ah’hotep dijumpai pada tahun 1881, digunakan bagi Pinudjem. Peninggalan mumminya dijumpai dalam makam kecil berhampiran dengan pintu masuk Lembah Raja-raja. Makam asalnya masih belum dapat dikenal pasti.

Amenhotpe I

Amenhotpe I (memerintah 1545-1525 BCE) merupakan raja kedua dalam dinasti ke lapan

belas, Kerajaan Baru Mesir. Sungguhpun dia dapat dipastikan sebagai anak raja

sebelumnya, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE) dan isterinya Ahmose–Nefertari,

hubungan Amenhotpe I dengan keluarga lainnya tidak begitu jelas direkodkan.

Hubungannya dengan Ahotpe II yang pernah dipercayai sebagai isteri & saudara, kini

dipercayai sebagai neneknya. Merit-Amun I kekal sebagai "Isteri Raja Agung" tetapi

jelas bukannya "Ibu Raja". Seorang lagi isteri, Sitkamose direkodkan di stelea

dinasti ke sembilan belas.

Amenhotpe I dipercayai tidak memiliki anak kandung. Isteri kepada Thutmose I,

Ahmose dipercayai sebagai saudara perempuan kepada Amenhotpe I, tetapi hal ini

dipertikaikan kerana Ahmose bukannya "Puteri Raja". Satu-satu hubungan Ahmose

adalah dengan Thutmose I, dan dia kemungkinannya merupakan saudara dan isteri

Thutmose I.

Amenhotpe I kemungkinannya telah mengukuh dan menyepadukan kejayaan bapanya tetapi

pemerintahannya kurang direkodkan. Sejarahwan Yunani-Mesir, Manetho (sekitar

305-285 BCE) menempatkan pemerintahannya sebagai dua puluh tahun dan tujuh bulan

yang menyamai dengan tempoh pemerintahannya 21 tahun. Tidak terdapat bukti kukuh

mengenai pemerintahan bersamannya dengan bapanya Ahmose atau dengan pemerintah

berikutnya Thutmose I.

Usaha pembinaan Amenhotpe I direkodkan dengan lebih baik. Di Karnak dia membina

kuil alabaster yang dikenali sebagai "Peringatan Berkekalan Amun". Di Deir

el-Bahri dan di Dra Abul naga dia membina logi balak di El-kab, terdapat kuil bagi

Nekhbet. Di Abydos dia menyiapkan kuil Ahmose. Di Kom Ombo, Elephantine, Shatt

el-Rigal, dan Gebel es-Silsila beberapa blok diukir dengan namanya masih kekal.

Amenhotpe I merupakan raja Mesir pertama yang mengasingkan makam dan kuil

pengebumiannya sebagai usaha mengelirukan perompak. Kuil pengebumiannya

kemungkinannya terletak di Deir el-Bahri di mana Rumah Amenhotpe di Taman terletak

dalam kuil peringatan Hatshepsut. Dua makan tidak bertanda di Lembah Raja-raja

telah dikaitkan dengan Amenhotpe I, tetapi tiada satupun menyerupai gambaran

makamnya yang direkod dalam Papyrus Abbott. Mumminya ditanam semula oleh paderi

dinasti dua puluh satu selepas makamnya dirompak. ia dijumpai bersama mummi diraja

lain di Deir el-Bahri.

Generasi Mesir berikutnya memuliakan Amenhotpe I di Deir el-Medina, di mana dia

disembah sebagai dewa tempatan, sebagaimana ibunya. Dia juga diketahui sebagai

sumber ramalan. Amenhotpe I diwakili dalam tiga bentuk: Amenhotpe Bandar;

Amenhotpe Kecintaan Amun; dan Amenhotpe Medan utama.

Dewi Meresger

Dewi Meresger merupakan dewi ular tedung di bandar mati necropolis Thebes, Pecinta Sepi.

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir purba telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

George Herbert, Earl Carnarvon ke-5

George Herbert, Earl Carnarvon ke-5 atau nama penuhnya, George Edward Stanhope Molyneux Herbert, Earl Carnarvon ke-5, DL (26 Jun 1866 – 5 April 1923), digelar Lord Porchester sehingga tahun 1890, ialah seorang bangsawan Inggeris yang paling terkenal sebagai pembiaya kewangan usaha mencari dan menggali makam Tutankhamun di Lembah Raja-raja di Mesir.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Hatshepsut

Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung) adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.

Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III). Baginda dianggap sebagai permaisuri yang memeirntah yang paling awal dikenali dalam sejarah dan perempuan kedua yang diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.

Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.

Howard Carter

Howard Carter (9 Mei 1874 – 2 Mac 1939) ialah seorang ahli arkeologi dan ahli kaji purba Mesir yang terkenal kerana menjumpai makam Firaun abad ke-14 SM, Tutankhamun.

KV62

KV62 ialah makam Tutankhamun di Lembah Raja-raja di Mesir yang menjadi masyhur kerana harta karun yang terkandung di dalamnya. Makam ini dijumpa dalam tahun 1922 oleh Howard Carter, terletak di bawah runtuhan pondok-pondok pekerja dalam Zaman Ramesses; ini menerangkan mengapa makam ini terselamat daripada kerosakan makam yang dilakukan semasa zaman itu. "KV" ialah singkatan buat Valley of the Kings (Lembah Raja-raja), disusuli nombor yang menetapkan makam-makam individu di Lembah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor

Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor (IATA: LXR, ICAO: HELX) adalah lapangan terbang utama di bandar Luxor, Mesir. Ia terletak empat batu (6 km) di timur bandar. Banyak syarikat penerbangan sewa menggunakan lapangan terbang ini kerana merupakan destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang melawat Sungai Nil dan Lembah Raja-raja.

Masakan Mesir Purba

Masakan Mesir Purba merangkumi tempoh lebih tiga ribu tahun, tetapi masih mengekalkan banyak ciri-ciri yang konsisten sehingga baik ke dalam zaman Yunani-Romawi. Makanan harian kedua-dua golongan miskin dan kaya Mesir adalah roti dan bir, sering disertai dengan bawang, sayur-sayuran lain, dan sedikit sebanyak daging, buruan dan ikan.

Nekropolis Thebes

Nekropolis Thebes atau Bandar Kematian Thebes merupakan kawasan tebing barat Nil, bersetentang dengan Thebes di Mesir. Ia digunakan untuk upacara pengebumian bagi kebanyakan zaman Firaun, terutama sekali Kerajaan Baru Mesir.

Senarai masakan sejarah

Senarai masakan sejarah ini menyenaraikan masakan dari sejarah baru-baru ini dan purba mengikut benua. Masakan semasa adalah subjek artikel lain.

Thutmose III

Thutmose III (kadangkala dibaca sebagai Thutmosis atau Tuthmosis III, Thothmes dalam tulisan sejarahwan terdahulu, dan bererti Thoth dilahirkan) merupakan Firaun keenam dari dinasti ke lapan belas Mesir. Semasa permulaan dua puluh dua tahun pemerintahan Thutmose dia merupakan pemerintah bersama dengan ibu tirinya, Hatshepsut, yang dinamakan sebagai firaun. Sungguhpun dia pertama dipaparkan pada peringatan yang terselamat, kedua mereka diberikan nama dan lambang diraja biasa dan keduanya tidak diberikan kelebihan berbanding yang lain. Dia bertindak sebagai ketua tenteranya.

Selepas kematian Hatshepsut dan kebangkitan Thutmose III berikutnya sebagai firaun kerajaan, beliau mencipta empayar terbesar Mesir yang pernah dilihat, tidak kurang dari tujuh belas kempen telah dijalankan, dan dia telah menguasai dari Niya di Syria Utara hingga ke Katarak Keempat bagi Nil di Nubia .

Secara rasmi, Thutmose III memerintah Mesir selama hampir lima puluh empat tahun, dan pemerintahannya biasanya bertarikh dari 24 April 1479 SM hingga 11 Mac 1425 SM, namun ini termasuk dua puluh dua tahun beliau bersama pemangku raja Hatshepsut-yang merupakan ibu tiri dan mak cik. Dalam tempoh dua tahun akhir pemerintahannya, beliau melantik anak dan penggantinya, Amenhotep II , sebagai junior bersama pemangku raja beliau. Apabila Thutmose III meninggal dunia, beliau telah dikebumikan di Lembah Raja-raja seperti juga raja-raja yang lain dari tempoh ini di Mesir.

Tutankhamun

Tutankhamun ialah seorang maharaja / firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba. Baginda memerintah dari 1333 SM - 1323 SM dalam Dinasti Kelapan Belas yang turut dikenali sebagai Tempoh Kerajaan Amarna.

Tutankhamun terkenal pada abad ke-20 apabila makamnya di Lembah Raja-raja ditemui yang oleh Howard Carter. Anehnya mumia / mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun . Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di Lembah Raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.

Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia hanya 9 tahun. Dalam tempoh 10 tahun memerintah, Tutankhamun banyak membina semula kuil-kuil yang baru bagi menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.