Laksamana Madya

Laksamana Madya (singkatan Laksdya) ialah sebahagian dari susunan pegawai tinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai-pegawai tertinggi TLDM digelar Pegawai Berbendera kerana mereka layak mengibarkan bendera tersendiri ketika memerintah armada atau flotilla. Pegawai Berbendera dalam TLDM bermula dari Laksamana Pertama, Laksamana Muda, Laksamana Madya, Laksamana dan yang tertinggi, Laksamana Armada. Laksamana Madya berkedudukan lebih kanan dari Laksamana Muda tetapi lebih muda dari Laksamana, justeru bertaraf tiga bintang. Laksamana Madya juga setaraf dengan pegawai tiga bintang dari perkhidmatan lain iaitu Leftenan Jeneral dan Leftenan Jeneral TUDM.

Pangkat Laksamana Madya juga digunakan dalam perkhidmatan Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut. Dalam Tentera Laut Diraja British dan juga kebanyakan tentera laut asing pula pangkat Vice Admiral dianggap setaraf dengan Laksamana Madya. Ini menyebabkan terjemahan ini sering digunakan bagi merujuk pegawai berpangkat Vice Admiral dalam penulisan bahasa Melayu.

Angkatan Tentera Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Insignia

Epolet atau lencana bahu Laksamana Madya mempamerkan susunan tiga bintang beserta mahkota di samping sauh dalam kalungan padi. Manakala pakaian jaket musim sejuk mempunyai insignia di pergelangan baju, satu baris tebal beserta dua baris sederhana.

2viceadmiralnew00
Laksamana Madya
C2-cuffvadm
Pergelangan baju Laksamana Madya
Admiralti

Admiralti (Jawatankuasa Laksamana) ialah pihak berkuasa yang bertanggungjawab memimpin Tentera Laut Diraja dalam Kerajaan England, dan kemudian dalam Kerajaan Great Britain dan sehingga tahun 1964 dalam United Kingdom. Pada asalnya ia ditadbir oleh seorang pemerintah, iaitu Lord High Admiral (Laksamana Tertinggi), Admiralti dari awal kurun ke18 seterusnya kerap "digunakan" dan diurus oleh Komisioner Admiralti, yang duduk dalam Lembaga Admiralti.

Pada tahun 1964, fungsi-fungsi Admiralti telah dipindahkan ke sebuah Lembaga Admiralti yang baru, di mana sebuah jawatankuasa tiga perkhidmatan Majlis Pertahanan United Kingdom dan sebahagian Kementerian Pertahanan. Lembaga Admiralti yang baru hanya bermesyuarat dua kali setahun, dan tugas harian Tentera Laut Diraja dikawal oleh Lembaga Tentera Laut. Menjadi perkara biasa bagi beberapa pihak yang sekarang menguasai Tentera Laut Diraja dipanggil sebagai Admiralti.

Gelaran Lord High Admiral United Kingdom telah disandang oleh Baginda Ratu dari tahun 1964 hingga 2011. Gelaran tersebut dianugerahkan kepada Putera Philip, Duke Edinburgh oleh Ratu pada harijadinya yang ke90 tahun. Terdapat juga gelaran Laksamana Madya United Kingdom dan Laksamana Muda United Kingdom, kedua-duanya jawatan kehormat.

Armada Gabungan

Untuk "Pasukan Petugas Kapal Induk Penyerang", lihat Kido Butai.Armada Gabungan atau Combined Fleet (聯合艦隊, Rengō Kantai) ialah komponen laut lepas utama Tentera Laut Imperial Jepun. Sehingga tahun 1933, Armada Gabungan bukanlah sebuah pasukan yang tetap,tetapi berupa sementara yang dibentuk untuk satu-satu tempoh konflik atau manuver utama tentera laut dari pelbagai unit biasanya dibawah arahan yang berasingan dalam masa aman.

General der Flieger

General der Flieger (bm: Jeneral Juruterbang atau Jeneral Penerbang) adalah pangkat Jeneral pasukan cawangan Deutsche Luftwaffe (bm: Tentera Udara Jerman) dalam Jerman Nazi. Sehingga akhir Perang Dunia II pada tahun 1945, pegawai jeneral khusus ini yang berpangkat tiga bintang (OF-8) adalah setaraf dengan Leftenan Jeneral AS.

Pangkat-pangkat Jeneral pasukan cawangan Luftwaffe disusun seperti berikut pada 1945:

Jeneral pasukan payung terjun

Jeneral artileri anti pesawat

General der Flieger / Jeneral penerbang

Jeneral pasukan semboyan udara

Jeneral tentera udaraPangkat tersebut setaraf dengan Jeneral pasukan cawangan Heer (Tentera Darat) yang disusun seperti berikut:

Heer

Jeneral artileri

Jeneral pasukan gunung

Jeneral infantri

Jeneral kavalri

Jeneral pasukan semboyan

Jeneral pasukan panzer (armor)

Jeneral jurutera

Jeneral pasukan perubatan

Jeneral pasukan veterinarPerkhidmatan tentera lain

Pangkat tersebut juga setara dengan pangkat tiga bintang Jerman:

Admiral Kriegsmarine, setaraf dengan (Laksamana Madya) AS dan

SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS dalam Waffen-SS.

Horatio Nelson

Horatio Nelson, 1st Viscount Nelson Panglima tentera laut British yang agung, Nelson (Lahir tahun 1758-Mati tahun 1805,umurnya 47 tahun)

Laksamana Madya (Vice Admiral) Horatio Nelson, Viscount Pertama Nelson, KB (29 September 1758 – 21 Oktober 1805) merupakan laksamana British yang terkenal dengan pembabitannya dalam Perperangan Napoleon, terutamanya dalam Pertempuran Trafalgar, kemenangan mutlak British dalam perperangan di mana dia terbunuh. Nelson dikenali kerana keupayaannya bagi memberi semangat dan menghasilkan yang terbaik bagi orang-orangnya, sehingga pada tahap ia diberi nama: "Sentuhan Nelson". Tindakannya semasa perperangan Laut ini bererti dia dihormati sebelum dan selepas kematiannya sebagaimana sebilangan tokoh tentera sepanjang sejarah British.

Kadet

Kadet atau Pegawai Kadet ialah gelaran yang digunakan untuk pelatih di maktab atau di pusat latihan polis atau tentera. Istilah kadet mungkin berbeza bagi setiap negara.

Kempen Borneo (1945)

Kempen Borneo merupakan kempen terakhir tentera Kuasa Bersekutu dalam kawasan barat daya sewaktu Perang Dunia Kedua. Dalam satu siri serangan amfibi antara 1 Mei dan 21 Julai 1945, Kor Pertama (Australia) di bawah perintah Jeneral Leslie Morshead, menyerang tentera Empayar Jepun yang menakluk pulau itu. Angkatan laut dan udara Bersekutu yang berpusat pada Armada Ke-7 AS di bawah Laksamana Thomas Kinkaid, Tentera Udara Taktikal Pertama (Australia) dan Tentera Udara Ke-13 (AS) juga memainkan peranan penting dalam kempen tersebut. Mereka ditentang Tentera Laut dan Tentera Darat Jepun di selatan dan timur Borneo, di bawah Laksamana Madya Michiaki Kamada, dan di utara dan barat oleh Tentera Darat Ke-37 Jepun yang dipimpin Leftenan Jeneral Baba Masao.

Rencana serangan Bersekutu dikenali sebagai Operation Oboe (Operasi Obo). Serangan terhadap Borneo merupakan tahap kedua Operation Montclair, yang bertujuan memusnahkan angkatan Jepun di dalam, dan menakluk semula, Hindia Timur Belanda, selatan Filipina, Sarawak dan Borneo Utara. Khususnya, Borneo dianggap strategik kerana minyaknya.

Kempen Borneo dikritik di Australia pada waktu itu dan juga waktu berikutnya, kerana dilihat sebagai sia-sia dan "membuang" nyawa anggota tentera. Para sejarawan moden seperti Max Hastings mengatakan bahawa menyerang tentera Jepun di Borneo yang sudahpun terputus hubungan dengan Jepun, merupakan pembaziran sumber.

Beberapa hujah menyatakan bahawa kempen ini dapat mencapai beberapa objektif, seperti mengasingkan angkatan perang Jepun yang menakluk bahagian utama Hindia Timur Belanda dan tidak sedikit bilangannya, menawan bekalan minyak dan membebaskan tawanan perang Bersekutu yang tinggal dalam keadaan yang semakin teruk (lihat Kawad Maut Sandakan dan Kem Batu Lintang.[petikan diperlukan]

Ketua Turus Bersama

Ketua Turus Bersama atau Joint Chiefs of Staff (JCS) ialah sebuah badan pemimpin kanan tentera di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menasihati Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Tanah Air, Majlis Keselamatan Negara dan Presiden Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan. Komposisi Ketua Turus Bersama ditentukan oleh kuasa statut dan mengandungi Pengerusi Ketua Turus Bersama (CJCS), Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama (VCJCS), dan para Panglima Perkhidmatan Tentera dari Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, Kor Marin, dan Ketua Biro Pengawal Kebangsaan, kesemuanya dilantik oleh Presiden selepas diluluskan Senat. Setiap individu Panglima Perkhidmatan Tentera, selain daripada tugas-tugas wajip Ketua Turus Bersama, bekerja secara langsung untuk Setiausaha Jabatan Tentera yang berkenaan, iaitu Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, dan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat.

Selepas Akta Goldwater-Nichols diluluskan pada tahun 1986, Ketua Turus Bersama tidak mempunyai kuasa pemerintahan beroperasi, tidak secara individu ataupun secara kolektif, kerana rantaian pemerintah bermula dari Presiden ke Setiausaha Pertahanan, dan dari Setiausaha Pertahanan ke Para Panglima Markas Medan. Goldwater-Nichols juga mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi, dan kini Pengerusi dinamakan sebagai penasihat utama ketenteraan kepada Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Tanah Air, Majlis Keselamatan Negara dan kepada Presiden.

Staf Bersama atau Joint Staff (JS) ialah sebuah markas staf di Pentagon, mengandungi anggota-anggota dari setiap empat cabang perkhidmatan bersenjata Jabatan Pertahanan, yang membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan diuruskan oleh Pengarah Staf Bersama (DJS) yang berpangkat Leftenan Jeneral atau Laksamana Madya.

Komandan Pengawal Pantai

Komandan Pengawal Pantai Amerika Syarikat atau Commandant of the United States Coast Guard ialah anggota Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang berpangkat tertinggi. Komandan satu-satunya berpangkat Laksamana empat bintang dalam Pengawal Pantai dan dilantik untuk tempoh empat tahun oleh Presiden Amerika Syarikat selepas pengesahan Senat Amerika Syarikat. Komandan dibantu oleh seorang Timbalan Komandan, dua orang Asisten Komandan/Komander Kawasan dan seorang Ketua Staf, yang kesemuanya adalah Laksamana Madya tiga bintang.

Tidak seperti ketua-ketua cabang perkhidmatan lain Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Komandan Pengawal Pantai bukanlah anggota Ketua Turus Bersama, beliau adalah, bagaimanapun, berhak menerima gaji tambahan yang sama seperti Ketua Bersama, setiap 37 USC § 414 (a) (5) ($ 4000 setahun pada tahun 2009), dan diberikan keistimewaan ahli-ahli dewan di bawah Peraturan XXIII (1) Senat sebagai anggota de facto JCS semasa ucapan Presiden. Tambahan pula, berbeza dengan Ketua Bersama yang tidak berada dalam rantaian pemerintah operasi tentera, Komandan Pengawal Pantai memerintah terus pasukannya. Beliau melapor kepada Presiden, melalui Setiausaha Keselamatan Tanah Air. Sebelum kewujudan Jabatan Keselamatan Tanah Air pada tahun 2003, Komandan melapor kepada Setiausaha Pengangkutan dari tahun 1966 hingga 2003. Sebelum kewujudan Jabatan Pengangkutan pada tahun 1966, Komandan dan rakan-rakan sebelum ini telah melapor kepada Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat sejak tahun 1790.

Laksamana

Laksamana (singkatan Laks) ialah pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia bertaraf empat bintang dan setara dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat dan Jeneral TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana disusun lebih rendah dari Laksamana Armada tetapi lebih tinggi dari Laksamana Madya. Di samping TLDM, Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut, (TNI-AL) juga menggunakan pangkat Laksamana dalam perkhidmatan mereka. Dalam struktur tentera laut, Laksamana dianggap setara dengan pangkat Admiral dan perkataan "Laksamana" sering digunakan dalam penulisan bahasa Melayu bagi merujuk pegawai tentera laut asing yang berpangkat Admiral. Di dalam TLDM, seorang laksamana biasanya memegang jawatan Panglima Tentera Laut atau Panglima Angkatan Tentera.

Laksamana Muda

Laksamana Muda (singkatan Laksda) ialah pangkat pegawai kanan atau pegawai berbendera dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia setara dengan pangkat Rear Admiral tentera laut asing (Ia juga setaraf dengan Rear Admiral Upper Half atau "Laksamana Muda Kanan" Tentera Laut Amerika dan Tentera Laut Singapura) dan mempunyai insignia dua bintang. Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda setara dengan Mejar Jeneral Tentera Darat dan Mejar Jeneral TUDM.

Leftenan

Leftenan (singkatan Lt atau Left.) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah kedua terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera. Perkataan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.

Leftenan Kolonel

Leftenan Kolonel (singkatan Lt.Kol.) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah didalam kebanyakkan angkatan tentera, ia biasanya berada diatas Mejar dan dibawah Kolonel. Struktur ketiga-tiga pangkat ini dipanggil pegawai medan. Leftenan Kolonel selalunya dipendekkan kepada "kolonel" didalam perbualan biasa dan didalam surat-menyurat tidak rasmi. Seorang leftenan kolonel biasanya memerintah sebuah Batalion atau Rejimen.

Leftenan Muda

Leftenan Muda (singkatan Lt M) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.

Mat Rabi Abu Samah

Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah pernah bertugas dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dengan pangkat Laksamana Madya. Semasa di TLDM, beliau terlibat dalam penganjuran 'Pameran Defence Services Asia' pada 21-24 April 2008. Beliau adalah pemilik syarikat 'Integrated Maritime Resources Sdn Bhd'.

Mejar

Mejar (singkatan Mej.) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah didalam kebanyakkan angkatan tentera. Istilah pangkat ini dirujuk sebagai lebih atas dari Kapten dalam tentera darat atau tentera udara dan hanya dibawah pangkat Leftenan Kolonel. Ia dianggap paling muda dalam struktur pangkat pegawai medan dan biasanya memerintah sebuah Batalion atau Kompeni.

Panglima Tentera Laut

Panglima Tentera Laut (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا لاوت; singkatan: PTL) ialah ketua bagi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak selepas Merdeka hingga kini kita telah mempunyai 15 orang panglima. Pada mulanya Panglima Tentera Laut terdiri dari pegawai-pegawai dari Tentera Laut Diraja British dan Tentera Laut Diraja Australia. Hanya pada tahun 1967, Komodor (Commodore) Dato' K.Thanabalasingam, anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.

Pertempuran Jutland

Pertempuran Jutland, dikenali di Jerman sebagai Pertempuran Skagerrak (Skagerrakschlacht), adalah pertempuran laut terbesar Perang Dunia I, dan peperangan kapal tempur sepenuhnya. Ia berlaku pada 31 Mei–1 Jun 1916, di Laut Utara berhampiran Jutland. Yang terlibat adalah Armada Laut Lepas (High Seas Fleet) Tentera Laut Imperial, diperintah oleh Laksamana Madya Reinhard Scheer, dan Armada Besar (Grand Fleet) Tentera Laut Diraja, diperintah oleh Laksamana John Jellicoe.

Pihak Jerman merancang untuk menggunakan pasukan peninjau Laksamana Madya Franz von Hipper untuk mengumpan skuardon kruiser perang (battlecruiser) Laksamana Madya Sir David Beatty kelaluan angkatan perang Jerman utama dan dengan itu memusnahkannya. Tetapi pihak British mengetahui dari isyarat yang dipintas bahawa operasi angkatan utama sedang dirancang dan pada 30 Mei Jellicoe berlayar dengan Grand Fleet untuk bersemuka dengan Beatty.

Pada petang 31 Mei, Beatty dan Hipper bertembung, dan dalam pergerakan pertempuran ke selatan, Hipper mengumpan kapal British ketengah Armada Laut Lepas - (High Seas Fleet). Beatty berpusing dan lari kearah (Grand Fleet) dan dari 18:30 sehingga malam sekitar 20:30 kedua angkatan besar — 250 ships — bertempur sengit. Empat belas kapal British dan sebelas kapal Jerman ditenggelamkan dengan jumlah kehilangan jiwa yang besar. Jellicoe cuba untuk mengadang pihak Jerman dari pengkalan mereka dangan harapan untuk terus bertempur pada waktu pagi, tetapi dengan berselindung kegelapan malam Scheer melintas dibelakang angkatan British dan terlepas lari.

Kedua pihak mendakwa kemenangan dipihak masing-masing. Pihak British kehilangan lebih banyak kapal dan kelasi, tetapi rancangan Scheer untuk memusnahkan skuadron Beatty gagal. Untuk baki perang berikutnya, kecuali pertempuran ringan (brief sorties) pada Ogos 1916 dan April 1918, Armada Laut Lepas - High Seas Fleet kekal dilimbungan. Mereka kekal menjadi ancaman yang memerlukan pihak British untuk mengekalkan kapal perang mereka bertumpu di Laut Utara, tetapi ia tidak lagi bertanding pengawalan laut. Sebaliknya, pihak Navy Jerman menumpukan usaha dan sumber kepada perperangan kapal selam tidak terhad.

Tentera Laut Imperial Jepun

Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) (Kyūjitai: 大日本帝國海軍 Shinjitai: 大日本帝国海軍 Dai-Nippon Teikoku Kaigun or 日本海軍 Nippon Kaigun, atau secara harfiahnya Tentera Laut Empayar Jepun Raya) ialah tentera laut dalam Empayar Jepun dari tahun 1869 sehingga 1945, apabila ia dibubarkan selepas kekalahan dan penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (JMSDF) telah dibentuk selepas pembubaran IJN.

Tentera Laut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua merupakan angkatan laut ketiga terbesar di dunia dan yang kedua terkuat dalam Perang Pasifik. Armada IJN menguasai Lautan Pasifik pada awal peperangan tetapi akibat beberapa kekalahan, ia hilang kuasa di Pasifik Barat dan musnah pada penghujung Perang. Ia dikawal oleh Kementerian Tentera Laut Jepun dan Ketua Turus Am Tentera Laut Imperial Jepun. Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun merupakan satu daripada angkatan udara terkuat sebelum musnah dalam Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua kapal IJN ditenggelamkan pada penghujung Perang.

Vizeadmiral

Vizeadmiral, ringkas VAdm dalam senarai VADM, (bm: Laksamana Madya) adalah pangkat pegawai berbendera kanan dalam Tentera Laut Jerman. Ia setaraf dengan Generalleutnant dalam Heer dan Luftwaffe atau dengan Admiraloberstabsarzt dan/atau Generaloberstabsarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.

Di dalam Tentera Laut Jerman Vizeadmiral merupakan, seperti kebanyakan tentera laut, sejenis pangkat tiga bintang dengan kod NATO OF-8. Namun, dalam angkatan laut lain yang bertutur bahasa Jerman, misalnya Kaiserliche Marine, Kriegsmarine, Volksmarine, dan K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary, Vizeadmiral adalah pangkat pegawai berbendera dua bintang OF-7.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.