Kota Lama Baitulmuqaddis

Kota Lama Jerusalem ataupun Kota Lama Baitulmuqaddis (Bahasa Arab: البلدة القديمة‎, al-Baldatul-Qadimah; Bahasa Ibrani: העיר העתיקה‎, HaIr HaAtika; Inggeris: The Old City of Jerusalem; Bahasa Armenia: Հին Քաղաք, Hin K'aghak) ialah kota tua seluas 0.9 kilometer persegi yang dikelilingi oleh tembok yang berada dalam kawasan Jerusalem Timur, di kota Baitulmuqaddis. Daerah kota tua Jerusalem terbahagi dalam empat wilayah iaitu Perkampungan Muslim, Perkampungan Yahudi, Perkampungan Kristian dan Perkampungan Armenia (kebanyakannya beragama Kristian).

Di dalam Kota Lama ini terdapat banyak tapak-tapak suci peninggalan sejarah umat Islam, Kristian (Nasrani) dan Yahudi. Di sudut tenggara Jerusalem Lama ini terdapat pula Kompleks Al Haram Al Sharif yang di dalamnya terdapat Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa dan pada satu sudut masjid tersebut terdapat Tembok Meratap. Di sebelah barat pula terdapat Gereja Makam Suci .

Abdullah ibn Umar, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, ahli hadis dan hukum fiqh mengatakan:

"Baitulmuqaddis adalah tempat para Nabi dan berkumpulnya mereka untuk beribadah. Tidak ada sejengkalpun tanah di tempat itu yang tidak dipakai untuk bersembahyang oleh para Nabi, Rasul atau para Malaikat".
Kota Lama Jerusalem dan Temboknya[1]
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
HPIM0368
Maklumat am
Koordinat31°46′36″N 35°14′03″E / 31.776666666667°N 35.234166666667°E
Kriteriaii, iii, vi
Rujukan148
Inskripsi1981 (sesi ke-5)
Dalam bahaya1982-
Kota Lama Baitulmuqaddis is located in Bumi
Kota Lama Baitulmuqaddis
Kota Lama Baitulmuqaddis (Bumi)

Rujukan

  1. ^ Old City of Jerusalem and its Walls. UNESCO World Heritage Centre.
12 Mac

12 Mac merupakan hari ke-71 (hari ke-72 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 294 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Mauritius (1968)

Hari Punjung di China.

18 Oktober

18 Oktober merupakan hari ke-291 (hari ke-292 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 74 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Alaska (1867)

Hari Perayaan Santo Lukas.

Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai Baitulmaqdis (tulisan Arab/Jawi: بيت المقدس) atau Jerusalem (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם (audio) Yerushaláyim, bahasa Arab: القدس atau أورسالم (audio) al-Quds atau, Ūrsālim; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan Ibukota dan Bandar raya terbesar bagi Negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Agama Kristian, dan juga Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Baitulmuqaddis Timur

Baitulmuqaddis Timur merujuk kepada bahagian-bahagian Baitulmuqaddis yang direbut Jordan dalam Perang Arab-Israel 1948 dan kemudian oleh Israel dalam Perang Enam Hari 1967. Wilayah ini mencakupi Kota Lama Baitulmuqaddis dan sebahagian tempat-tempat suci agama Yahudi, Kristian, dan Islam, seperti Al Haram Al Sharif, Tembok Barat, Masjid Al-Aqsa, dan Gereja Makam Suci. Istilah "Baitulmuqaddis Timur" dapat mengacu pada kawasan yang dikuasai Jordan antara tahun 1949 dan 1967 yang dimasukkan dalam perbandaran Baitulmuqaddis setelah tahun 1967, yang seluas sekitar 70 km2 (27 bt2) atau kawasan perbandaran Baitulmuqaddis pra-1967 yang seluas 6.4 km2 (2 bt2).

Setelah Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis dibahagi kepada dua bahagian – wilayah barat, ramai dihuni oleh orang Yahudi dan berada di bawah kekuasaan Israel, sementara wilayah timur, dihuni terutama oleh orang Arab dan berada di bawah kekuasaan Jordan. Pemukiman Arab di Baitulmuqaddis barat seperti Katamon atau Malha dipaksa dikosongkan oleh para penduduknya di wilayah itu; hal yang sama juga menimpa orang Yahudi di wilayah timur termasuk Kota Lama dan Silwan. Satu-satunya wilayah timur yang masih dikuasai Israel di sepanjang 19 tahun kekuasaan Jordan adalah Gunung Scopus, di mana terletak Universiti Ibrani, yang membentuk enklaf selama tempoh itu dan kerananya tidak dianggap sebahagian Baitulmuqaddis Timur. Setelah Perang Enam Hari 1967, bahagian timur Baitulmuqaddis berada di bawah kekuasaan Israel dan digabungkan dengan pemukiman barat bersamaan dengan beberapa desa-desa tetangga di Tebing Barat. Pada bulan November 1967 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 diluluskan, menyeru Israel untuk menarik diri "dari wilayah yang diduduki dalam konflik baru-baru ini". Pada tahun 1980, Knesset meluluskan Undang-Undang Baitulmuqaddis yang menyatakan "Baitulmuqaddis, lengkap dan bersatu, ialah ibu negara Israel", namun tanpa menetapkan sebarang batas. Pengisytiharan ini dinyatakan "batal dan tidak sah" oleh Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478.

Gereja Makam Suci

Gereja Makam Suci (bahasa Inggeris: Church of the Holy Sepulchre, bahasa Latin: Sanctum Sepulchrum), juga dikenali sebagai Gereja Kebangkitan (bahasa Arab: كنيسة القيامة‎, Kanīsat al-Qiyāma, bahasa Yunani: Ναός της Αναστάσεως, Naos tis Anastaseos) merupakan sebuah gereja Kristian di Baitulmuqaddis. Tempat ini dipercayai penganut Kristian sebagai tapak Yesus Kristus menjalani hukuman penyaliban sehingga mati serta tempat pengebumian mayatnya.

Kompleks luas yang mengelilingi gereja ini sejak berabad-abad lamanya telah dijadikan sebagai pusat Patriark Ortodoks Yunani Baitulmuqaddis, manakala bangunan gereja sendirinya ditadbir bersama antara beberapa mazhab Kristian dan entiti sekular yang tidak berubah sejak lebih 160 tahun atau lebih awal lagi. Mazhab-mazhab utama yang memegang hak ke atas gereja ini antaranya Gereja Ortodoks Yunani, Gereja Apostolik Armenia dan Gereja Katolik Rom, namun mazhab lain seperti Gereja Ortodoks Qibti, Gereja Ortodoks Suryani dan Gereja Ortodoks Tewahedo Habsyi turut mendapat bahagian mereka dalam pemilikan gereja.

Pntu utama gereja yang berukiran kayu ini tidak dikawal sesiapapun. Pada 1192, Salahuddin al-Ayyubi mengamanahkan tanggungjawab memegang kunci gereja ini kepada keluarga Nuseibeh yang beragama Islam. Keluarga Joudeh Al-Goudia turut diamanahkan beliau sebagai pemegang kunci Gereja pada tahun 1187.

Masjid Al-Aqsa

Masjid al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى al-Masjid al-Aqṣā, IPA: [ʔælˈmæsdʒɪd ælˈʔɑqsˤɑ] ( dengar), "Masjid Terjauh") atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur). Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau "tanah suci yang mulia" dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci, yang dipercayai di mana Kuli Pertama dan Kuil Kedua pernah terletak.Menurut kepercayaan para Muslim, Nabi Muhammad dibawa dari Masjid al-Haram di Makkah ke masjid ini sebelum diangkat ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha) dalam peristiwa Israk Mikraj. Kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa Muhammad mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan. Setelah, wahyu diturunkan (Surah al-Baqarah ayat 148), kiblat tersebut dihadapkan ke Masjid al-Haram sehinggalah sekarang.Pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Israk dan Mikraj dalam Al-Quran (Surah Al-Israk ayat 1) meliputi seluruh kawasan Al-Haram Asy-Syarif.

Hari ini, Kota Lama di Baitulmuqaddis adalah di bawah penguasaan Israel, tetapi masjid kekal di bawah pentadbiran Waqaf Islam Jordan/Palestin yang dipimpin.

Sejarah Baitulmuqaddis

Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap; Zaman Kuno, Zaman Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Mandat British, dan Zaman Pendudukan Israel.

Senarai tapak Warisan Dunia di Negara Palestin

Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ialah tempat yang penting bagi warisan budaya atau warisan semula jadi seperti yang diperihalkan dalam Konvensyen Waisan Dunia UNESCO, diwujudkan pada tahun 1972. Palestin telah menerima konvensyen berkenaan pada 8 Disember 2011, menjadikan tapak bersejarahnya layak untuk dimasukkan ke dalam senarai. Sehingga tahun 2017, terdapat tiga tapak Warisan Dunia di Palestin, kesemuanya tapak budaya.Tapak pertama Palestin, Tempat Kelahiran Jesus: Gereja Kelahiran dan Laluan Ziarah, Bethlehem, telah ditulis dalam senarai di sesi ke-36 Jawatankuasa Warisan Dunia, diadakan di Saint Petersburg, Rusia pada tahun 2012.Sehingga tahun 2019, ketiga-tiga tapak Warisan Dunia Palestin diletakkan dalam Senarai Warisan Dunia dalam Bahaya UNESCO.Kota Lama Baitulmuqaddis dan dindingnya juga tersenarai oleh UNESCO sebagai tapak Warisan Dunia. Ia diusulkan sebagai tapak oleh Jordan. Tapak berkenaan tidak diperuntuk ke status dalam senarai UNESCO. Pada tahun 2011, UNESCO menyatakan "Kota Lama Baitulmuqaddis tertera pada Senarai Warisan Dunia dan Senarai Warisan Dunia dalam Bahaya. UNESCO sambung bekerja untuk memastikan hormat untuk nilai warisan budaya sejagat yang luar biasa Kota Lama Baitulmuqaddis. Kedudukan ini dicerminkan pada laman web rasmi UNESCO (www.unesco.org). Sebaris dengan ketetapan PBB yang relevan, Baituluqaddis Timur kekal sebahagian wilayah Palestin diduduli dan status Baitulmuqaddis mesti diselesaikan dalam perundingan status kekal."

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.