Kongzi

Kongzi (Cina Tradisional: 孔子; pinyin: Kǒngzǐ), Kongfuzi atau Kong Hu Cu (Cina Tradisional: 孔夫子; pinyin: Kǒng Fūzǐ); 551 SM - 479 SM) merupakan seorang ahli fikir serta filsuf masyarakat yang termasyhur di China.

Falsafah beliau menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Kongzi telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada dunia Barat oleh seorang mubaligh Jesuit bernama Matteo Ricci; dia juga merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama bahasa Latin kepada beliau iaitu Confucius (disebut [kon-fu-ki-us] atau [kon-fiu-syĕs]).

Perbincangan dengan pengikut-pengikutnya yang menggambarkan keseluruhan ajarannya dihimpunkan setelah kematian beliau dalam suatu buku khas berjudul Lúnyǔ.

Kongzi
frames
Nama Leluhur (姓) Kong (子)  (Pinyin: Zǐ)
Nama Keluarga (氏) Kong (孔)  (Pinyin: Kǒng)
Nama Berian (名) Qiu (丘)  (Pinyin: Qiū)
Nama Zi (字) Zhongni (仲尼)
(Pinyin: Zhòngní)
Gelaran Anumerta
(謚)
Pendeta Kong
孔子,孔夫子)
(Pinyin: Kǒngzǐ, Kǒngfūzǐ;)
Pendeta Terunggul Purba
(至聖先師)
(Pinyin:Zhìshèng Xiānshī)
Wade-Giles K'ung-tzu, K'ung Fu-tzu
Confucius 02

Biografi

Awal hidup

Meninjau usia 15 ku teringin belajar; (十五向學)

Meninjau usia 30 ku terdiri teguh; (三十而立)

Meninjau usia 40 ku terhilang keraguan; (四十而不惑)

Meninjau usia 50 ku tererti takdir; (五十而知天命)

Meninjau usia 60 ku terdengar nasihat; (六十而耳順)

Meninjau usia 70 ku termampu kehendak hatiku tanpa terlewati batasan (七十而從心欲,不踰矩)

— [1]

Beliau dilahirkan di Zhou (kini Wilayah Shandong) yang terletak di negeri Lu pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (春秋時代). Ayahnya merupakan seorang komander negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu Kongzi berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidaklah kaya. Kematian ayahandanya meninggalkan mereka dalam kemiskinan. Kongzi berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Kongzi sanggup melakukan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 SM, beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru.

Kerjaya perguruan

Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang tinggal berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Kongzi mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik orang ramai supaya mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta terdahulu. Beliau membuat penegasan ajaran-ajaran pendeta terdahulu dalam kelasnya.

Selepas beberapa tahun, ajaran serta teorinya disebarkan luas ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang mengamalkannya.

Kerjaya dalam kerajaan

Kongzi yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir terhapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehinggakan beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Kongzi meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.

Senja hidup

Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan meniggal dunia 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M. Selepas beliau meninggal dunia, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan sebuah taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.

Walaupun Kongzi telah meninggal dunia tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokongnya di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Kongzi serta ajarannya yang semakin hilang.

Pemikiran

Politik

Legasi

Peringatan

Tokong yang pertama dikhusukan untuk beliau di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Kongzi Chung Hwa School di Pulau Pinang.[petikan diperlukan] Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang Tionghua di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Kongzi sebelum memulakan persekolahan awal mereka.

Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Kongzi juga didirikan untuk memperingati jasa Kongzi dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Kongzi pada hari jadi Kongzi iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).

Rujukan

Nota kaki

  1. ^ Analects, translation by Charles Muller The Analects 479 BCE - 221 BCE, II.2, 4

Pautan luar

Bahasa Cina Lama

Bahasa Cina Lama (Bahasa Cina Kuno atau Bahasa Cina Purba, Cina Ringkas: 上古汉语; Cina Tradisional: 上古漢語; pinyin: shànggǔ hànyǔ) merupakan bahasa Cina yang ditutur sejak Dinasti Shang (Zaman Gangsa China, berakhir abad ke-11 SM), sehingga Dinasti Han Awal (206 SM hingga 9 M). Istilah ini, di samping Bahasa Cina Pertengahan dan Bahasa Cina Moden, sering dipakai dalam bidang kaji selidik fonologi Cina bersejarah, yang bertujuan membina semula sistem sebutan bahasa Cina lama.

Oleh sebab bahasa Cina lama adalah bahasa yang ditutur oleh masyarakat Cina ketika karya-karya klasik seperti Lun Yu (Bunga Rampai Kongzi), Kitab Mengzi dan Tao Te Ching dikarang, serta mengambil peranan sebagai bahasa rasmi empayar Dinasti Qin dan Dinasti Han, maka bahasa Cina lama diabadikan selama dua ribu tahun seterusnya dalam bentuk Bahasa Cina Klasik, iaitu gaya penulisan bahasa Cina yang mencontohi nahu dan kosa kata Bahasa Cina Lama seperti yang dipaparkan dalam karya-karya tersebut. Ketika itu, Bahasa Cina Klasik merupakan bahasa yang lazim digunakan untuk urusan rasmi di China, Korea, Jepun, dan Vietnam. Walau bagaimanapun, besar bezanya yang dilihat antara penulisan Cina Klasik dari zaman purba dan penulisan Cina Klasik dari pada zaman-zaman selanjutnya, lebih-lebih lagi yang ditemui di luar China, yang pasti sukar difahami sesiapa dari zaman Confucius.

Etika

Etika (Tulisan Jawi: ايتيكا; melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya

.

Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Karya Klasik Cina

Teks-teks klasik Cina, atau teks-teks kanun Cina, (Bahasa Cina: 典籍; pinyin: diǎnjí) pada hari kerap merujuk pada teks-teks Cina pra-Qin, terutamanya karya-karya aliran Neo-Confucianisme Four Books and Five Classics (四書五經), satu pilihan buku-buku dan bab-bab pendek dari himpunan berjilid besar yang dipanggil Thirteen Classics. Semua teks-teks pra-Qin ini ditulis dalam bahasa Cina klasik. Sebagai kanun karya-karya itu dirujuk serentak sebagai jing (經).Dalam pengertian yang lebih luas, teks-teks klasik Cina mungkin merujuk pada teks-teks yang ditulis dalam bahasa Cina vernakular atau bahasa Cina klasik yang wujud sebelum tahun 1912, apabila dinasti terakhir empayar China, Dinasti Qing jatuh.

Ini termasuklah shi (史, karya sejarah), zi (子, karya-karya falsafah yang tergolong dalam aliran-aliran pemikiran selain Confucianisme, tetapi juga karya-karya pertanian, perubatan, matematik, astronomi, wahyu, seni kritikan, dan semua jenis penulisan pelbagai) dan ji (集, karya sastera) serta jing.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Four Books and Five Classics menjadi subjek pengajian wajib bagi sarjana Confucianisme yang ingin menjadi pegawai kerajaan. Sebarang perbincangan politik penuh dengan rujukan pada karya-karya ini, dan seseorang tidak akan menjadi sarjana atau pegawai tentera sekalipun tanpa memiliki pengetahuan tentang karya-karya ini. Pada umumnya, kanak-kanak pada awalnya mempelajari aksara Cina dengan menghafaz Three Character Classic dan Hundred Family Surnames, kemudian menghafaz karya-karya klasik yang lain untuk meningkatkan status diri dalam hierarki sosial.

Kesarjanaan mengenai teks-teks ini biasanya terbahagi kepada dua tempoh masa, sebelum dan selepas "Api Qin", apabila banyak teks-teks asal, terutamanya yang berkaitan dengan Confucianisme terbakar dalam satu pembersihan politik.

Kitab Mengzi

Kitab Mengzi (Bahasa Cina: 孟子; pinyin: Mèngzǐ; bahasa Cina Kuno: *mˤraŋ-s tsəʔ, Bahasa Inggeris: Mencius) merupakan himpunan anekdot dan penulisan Mengzi berkaitan falsafah-falsafah moral dan politik sepertimana yang dibincangkan antara beliau dengan para penguasa Tionghua ketika negeri-negeri mereka saling berperang, para pelajar Mengzi serta pemikir kontemporari.Kitab ini merupakan antara penulisan berkaitan Konfusianisme paling penting serta dilihat sebagai penyambung dan penerang lanjut ajaran yang diungkapkan dalam kitab Lúnyǔ (論語) oleh Kongzi.

Konfusianisme

Konfusianisme (pinjaman kata Bahasa Inggeris: Confucianisme daripada nama "Confucius") bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

Asas sistem pemikiran ini didirikan oleh Kongzi yang lahir di negara China pada tahun 551 SM; ajarannya dinamakan daripada nama diberikannya kepadanua dalam bahasa Latin iaitu "Confucius". Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Kongzi banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

Ajaran ini mempunyai beberapa titik muncul yang utama:

Pementingan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.

Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.

Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.Beliau tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.

Ia dikembangkan oleh muridnya Mengzi ke seluruh tanah China dengan beberapa perubahan ketara. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Kongzi telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

Liu Zhi (sarjana)

Liu Zhi (sekitar 1660 - sekitar 1739) ialah seorang sarjana Islam Cina di zaman Dinasti Qing yang berasal dari Nanjing.

Lúnyǔ

Lúnyǔ (Aksara Cina: 論語 ; bahasa Cina Lama: *[r]u[n] ŋ(r)aʔ; "Rampai Sari", "Kata Mutiara" atau "Analek" - nama bahasa Inggeris: Analects atau Analects of Confucius) ialah suatu buku yang menghimpunkan kata dan buah fikiran yang dipetik hasil perbualan Kongzi, seorang pemikir bangsa Tionghua serta rakan sefahaman pada zamannya. Pembukuan kandungan buku ini dipercayai berlaku pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (475–221 SM) sehingga dimutakhirkan pada pertengahan zaman dinasti Han (206 SM–220 TM).

Semasa lewat Dinasti Song (960-1279), karya ini semakin dilihat sebagai suatu mahakarya falsafah, dan ia diiktiraf sebagai salah satu "Empat Kitab" yang penting dalam ajaran bawaan Kongzi dan para pelajarnya. Buku ini telah menjadi salah satu buku pemikiran yang paling banyak dibaca dan dipelajari di China selama 2,000 tahun yang lalu, dan terus mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran dan nilai-nilai Cina dan Asia Timur pada hari ini.

Mahjung

Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai Bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.

Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.

Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.

Mengzi

Mengzi (孟子 Mèngzǐ, 372 SM - 289 SM), atau turut dikenali dengan nama bahasa Latinnya Mencius [mén-si-us], ialah seorang pemikir didikan Kongzi yang mengembangkan beberapa aspek ajaran beliau ke seluruh tanah besar China.

Pengagungan beliau terhadap Kongzi yang luar biasa telah mengakibatkan falsafah bawaan Kongzi berubah bentuk dari sekadar aliran pemikiran menjadi sebuah anutan melalui adanya amalan dan perayaan tertentu yang khusus sebagai tanda mengenang kehidupan dan ajaran beliau - tokoh tersebut sendirinya menjadi dilayan suatu dewa sepertimana kelaziman kepercayaan animisme atau roh nenek moyang anutan masyarakat Cina.

Nama kesopanan

Nama ihsan, juga dikenali sebagai nama gaya, ialah nama yang diberikan kepada seseorang pada masa dewasa sebagai tambahan kepada nama seseorang. Amalan ini adalah tradisi dalam Sinosfera, termasuk China, Jepun, Korea, dan Vietnam.Di China sebelum zaman moden, zi akan menggantikan nama lelaki apabila dia berumur dua puluh tahun, sebagai simbol dewasa dan menghormati. Ia boleh diberikan sama ada oleh ibu bapa atau oleh guru peribadi pertama pada hari pertama sekolah keluarga. Wanita mungkin mengamalkan zi sebagai ganti nama mereka semasa perkahwinan. Juga boleh menggunakan nama kesopanan yang dipilih sendiri.

Di China, kepopularan adat telah merosot sejak Pergerakan 4 Mei pada tahun 1919.

Nama hormat tidak boleh dikelirukan dengan nama seni (hào), satu lagi istilah yang sering disebut untuk nama alternatif dalam konteks berasaskan budaya Asia. Nama seni biasanya dikaitkan dengan seni dan lebih banyak nama pena atau nama samaran yang lebih spontan berbanding dengan nama hormat.

Sima Qian

Sima Qian (Cina Tradisional: 司馬遷, Cina Ringkas: 司马迁 sekitar 145 SM –90 SM) ialah seorang Pengawas Jurutulis Agung (太史令) Dinasti Han. Beliau dianggap sebagai bapa historiografi Cina kerana karya beliau yang disanjung tinggi, iaitu Shiji (史記 - "Catatan Sejarawan Agung"), yang membawa gambaran keseluruhan sejarah China yang meliputi lebih dua ribu tahun mulai dari zaman pemerintahan Maharaja Kuning hingga Maharaja Han Wudi (漢武帝). Karya tetap beliau menyediakan asas kepada historiografi Cina zaman-zaman seterusnya.

Yangban

Yangban (Bahasa Korea: 양반, 兩班) ialah kelas sosial tertinggi dalam sistem kasta Korea selepas raja, terutamanya selepas Dinasti Joseon. Kelompok ini ini terdiri daripada golongan bangsawan serta pegawai kerajaan yang dianggap melambangkan tanggapan seorang "pegawai berilmu" menurut fahaman Konfusianisme setempat. Ia merupakan kesinambungan kepada orang-orang kaya kerajaan Goryeo yang terpelajar dalam ilmu Buddha dan Kongzi.

Keanggotaan pegawai kerajaan dalam masyarakat Joseon ditentukan berdasarkan keputusan peperiksaan awam kerajaan khas iaitu gwageo (과거, 科擧) yang meliputi pengetahuan karya sastera Konfusianisme dan sejarah, di mana peperiksaan tersebut bisa dijalankan beberapa kali.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.