Kitab Ulangan

Kitab Ulangan, Deuteronomy atau Devarim (literally "things" or "words") ialah kitab kelima dalam Alkitab Ibrani, dan yang kelima daripada lima kitab Taurat. Kitab ini terdiri daripada tiga khutbah yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s., menceritakan hukum (yang dipercayai sebagai Buku Perjanjian yang ditemui dari zaman Yosia), dan bahan-bahan tambahan termasuk kisah kewafatan Nabi Musa.[1] Secara teologinya, kitab ini mengisahkan pembaharuan perjanjian antara YHWH, Tuhan Yahudi, dan "Bani Israel".

Biarpun dipercayai sebagai rakaman firman Tuhan yang disampaikan kepada Nabi Musa,[2] namun para ilmuwan Alkitab masa kini memandangnya sebagai karya ramai pengarang yang mungkin berasal daripada pembaharuan agama yang dilaksanakan atas perintah Raja Yosia.[3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Coogan, Michael D. A Brief Introduction to the Old Testament: The Hebrew Bible in Its Context. Oxford University Press, 2009. p. 148.
  2. ^ Ronald F. Youngblood, F. F. Bruce, R. K. Harrison and Thomas Nelson Publishers, Nelson's New Illustrated Bible Dictionary, Rev. Ed. of: Nelson's Illustrated Bible Dictionary.; Includes Index. (Nashville: T. Nelson, 1995).
  3. ^ Christopher Wright, Deuteronomy NIBC (Peabody, Massachusetts: Hendrickson, 1996): 6.
Arnab

Arnab (Tulisan Jawi: ارنب) atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal daripada bahasa Arab, iaitu arnab (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal daripada bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab". Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972. Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal daripada perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Babi

Babi ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah binatang maserba, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Bible dan Keganasan

Sejak dari zaman awalnya lagi, agama Kristian berhadapan dengan cabaran menyelaraskan keganasan dalam Bible dengan Tuhan yang Maha Penyayang. Ra'anan S. Boustan menegaskan bahawa "keganasan dapat ditemui di serata halaman-halaman Bible Ibrani (Perjanjian Lama) dan Perjanjian Baru." Philip Jenkins menggambarkan Bible sebagai penuh sesak dengan "teks-teks /ketakutan/kezaliman".Dalam menjawab tuduhan-tuduhan ini dalam kitab suci mereka, ramai ahli teologi dan pembela Kristian membalas bahawa "Tuhan dalam Perjanjian Lama" adalah tuhan yang ganas manakala "Tuhan dalam Perjanjian Baru" adalah tuhan yang tenang dan penyayang, satu takwil yang pertama kali dicadangkan oleh Marcion dari Sinope. Pendekatan ini dicabar oleh mereka yang menunjukkan bahawa terdapat juga petikan-petikan dalam Perjanjian Baru yang bertahan, membiarkan dan malah menggalakkan pengunaan keganasan. Misalnya, Terence Freitheim menggambarkan Perjanjian Lama sebagai sebuah "kitab yang penuh dengan ...keganasan Tuhan". Dia menegaskan bahawa sementara Perjanjian Baru tidak memiliki reputasi yang sama, ia juga "dipenuhi dengan kata-kata dan perbuatan ganas, dan Jesus serta Tuhan dalam Perjanjian Baru bersubahat dalam keganasan ini.John Hemer menegaskan bahawa dua pendekatan utama yang digunakan ajaran Kristian untuk berhadapan dengan "masalah keganasan dalam Perjanjian Lama" adalah:

Menumpukan lebih kepada banyak petikan yang menggambarkan Tuhan sebagai penyayang - sebahagian besar Isaiah, Hosea, Micah, Deuteronomy.

Menjelaskan bahawa idea Tuhan sebagai pembawa peperangan yang menghukum lagi ganas adalah sebahagian daripada pelaziman pengarang yang bersifat sejarah dan budaya dan bahawa kita dapat mengabaikannya dengan keimanan yang baik, terutamanya dengan pencerahan Perjanjian Baru.Dalam menentang dua pendekatan ini, Hemer berhujah bahawa tidak mengendahkan atau menjelaskan keganasan yang terdapat dalam Perjanjian Lama merupakan satu kesilapan. Dia menegaskan bahawa "Keganasan bukanlah perkara pinggiran dalam Bible, malah perkara teras, dalam banyak jalan ia adalah isunya, kerana suda tentu ia adalah masalah manusia." Dia menyimpulkan dengan mengatakan bahawa "Bible hakikatnya adalah kisah pelepasan diri yang perlahan, teliti dan kadang-kala terputus-putus daripada idea Tuhan yang ganas kepada Tuhan yang penyayang dan tidak terbabit langsung dengan keganasan."Gibson dan Matthews menegaskan bahawa banyak kajian tentang keganasan dalam Bible memfokuskan keganasan dalam Perjanjian Lama sambil tidak mengendahkan atau memberi sedikit perhatian kepada Perjanjian Baru. Malahan mereka mendapati lebih menyusahkan "kajian-kajian itu yang mengangkat Perjanjian Baru sebagai sesuatu yang entah kenapa mengandungi penawar bagi keganasan Perjanjian Lama."Pertentangan yang ketara ini dalam kita-kitab suci antara "Tuhan yang pendendam" dan "Tuhan yang penyayang" adalah asas bagi ketegangan antara kecenderungan irenik dan kecenderungan eristik agama Kristian yang berlanjutan hingga ke hari ini.

Daging babi

Daging babi atau daging khinzir merupakan daging yang diperoleh daripada babi bela jinak (Sus scrofa domesticus) dan merupakan jenis daging yang paling banyak digunakan di dunia dengan bukti sejarah penternakan babi seawal 5000 SM. Daging khinzir dimakan apabila baru masak atau diawet. Produk dagingnya diawet untuk memanjangkan jangka hayat penyimpanannya; antara produk yang dihasilkan melalui proses ini misalnya ham, daging salai, gammon, bakon dan sosej.

Daging ini adalah daging yang paling laris di Asia Timur dan Tenggara, malah juga didapati di dunia Barat, khususnya di Eropah Tengah. Ia sangat dihargai dalam masakan Asia kerana kandungan lemak dan teksturnya yang enak. Penggunaan daging babi diharamkan dalam hukum pemakanan Islam dan Yahudi sebagai pantang larang yang paling kuat atas beberapa sebab-musabab tertentu. Penjualan daging babi dihadkan di Israel dan diharamkan di sesetengah negara majoriti penganut Islam.

Kitab Henokh

Kitab Henokh ataupun Kitab Idris ialah judul yang diberikan kepada sejumlah karya yang dianggap ditulis oleh Enoch atau Henokh (Nabi Idris a.s.), nenek moyang Nabi Nuh a.s. dan anak Yared (Kitab Kejadian 5:18). Ada juga tiga orang lain dalam Alkitab yang bernama Henokh: anak Cain (Kejadian 4:17), anak Midian (Kejadian 25:4), dan anak Ruben (Kejadian 46:9; Keluaran 6:14). Dua nama yang terakhir dialihkan menjadi "Hanokh" dalam terjemahan moden, namun terjemahan LAI tetap menggunakan "Henokh", sedangkan dalam Al-Quran disebut "Idris".

Yang paling umum, ungkapan Kitab Henokh merujuk kepada 1 Henokh, yang sejauh diketahui bertahan utuh hanya dalam bahasa Amhara. Ada lagi dua kitab lain yang dinamai Henokh, yaitu 2 Henokh (yang bertahan hanya dalam bahasa Slavia Kuno, sekitar abad pertama; terj. bahasa Inggeris oleh R. H. Charles (1896) [1][2]) dan 3 Henokh (yang bertahan dalam bahasa Ibrani, sekitar abad ke-5 – abad ke-6[3].) Penomboran teks-teks ini diberikan oleh para ahli untuk membezakan teks-teks ini satu sama lainnya. Rencana ini selanjutnya hanya membahas Kitab 1 Henokh saja.

Meskipun banyak pakar menganggap Kitab 1 Henokh sebagai pseudoepigraf, berbagai kelompok, termasuk Gereja Ortodoks Habsyah dan kaum Esene, menganggap sebahagian atau seluruh isi 1 Henokh sebagai Kitab Suci yang diilhamkan. Teks-teks yang dikenal sekarang dari karya ini biasanya diperkirakan berasal dari masa Makabe (sekitar 160-an SM).

Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. (Ibrani: מֹשֶׁה Inggeris Mošé Tiberia Mōšeh; Arab: موسى, Mūsā; Ge'ez: ሙሴ Musse) merupakan seorang Nabi dan Rasul yang telah menerima Kitab Taurat.

Pandangan Kristian mengenai Isa

Pandangan Kristian mengenai Isa bervariasi di antara mazhab Kristian yang berlainan, tetapi hampir semua orang Kristian mengasaskan keyakinan mereka pada apa yang mereka yakini sebagai ajaran Isa, dan percaya bahawa Isa adalah sang Kristus (Masih), juruselamat manusia seperti yang dinubuatkan dalam Perjanjian Lama. Kebanyakan juga percaya bahawa Dia adalah Anak Tuhan, dan inkarnasi dari Tuhan sendiri.

Serangan terhadap Bani Quraizah

Serangan terhadap Bani Quraizah, berlaku pada bulan Februari dan Mac 627 M (5 AH).Bani Quraizah, sebuah suku kaum Yahudi di Madinah membentuk perjanjian dengan masyarakat Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak lama kemudian masyarakat ini dikepung oleh angkatan musyrik dari Makkah yang memerangi mereka. Mengikut perjanjian (Piagam Madinah) antara mereka, Bani Quraizah tidak akan mengambil bahagian dalam pertempuran menentang orang Makkah, akan tetapi mereka juga tidak akan menyerang Muslim di Madinah. Orang Muslim terselamat daripada kepungan musyrik akan tetapi dalam kempen tersebut, Bani Quraizah telah mengkhianati perjanjian mereka dengan membantu musuh.

Selanjutnya, Bani Quraizah dikepung selama 25 hari sehingga mereka menyerah diri dan diadili kerana pengkhianatan mereka. Seorang Sahabat, Sa'd bin Muaz RA, yang mengetuai suku yang bersekutu dengan Quraizah, dipilih (oleh Yahudi sendiri) untuk menghakimi pembicaraan. Beliau menjatuhakan hukuman, bahawa "orang lelaki harus dibunuh, harta dibahagi-bahagikan, dan para wanita dan kanak-kanak diambil sebagai hamba". Beberapa sumber menyatakan bahawa hukuman ini mengikut lunas-lunas agama Yahudi. Nabi Muhammad mempersetujui hukuman ini oleh sebab ia mengikut kehendak agama Yahudi itu sendiri. Mengikut Ibn Ishaq, Nabi Muhammad berkata kepada Sa'd : "Anda telah menjatuhkan hukuman Allah yang Maha Tinggi". Kesemua lelaki suku Quraizah yang baligh dihukum penggal kepala. Mengikut Daniel C. Peterson dan Martin Lings, hukuman ini menepati hukuman Moses seperti yang tercatat dalam Kitab Ulangan (Bible) 20:10-14. Ahli fikah, al-Tabari berkata bahawa seramai 600-900 orang dihukum bunuh. Hadis tidak menyatakan bilangan yang terbunuh, akan tetapi ada menyatakan bahawa kesemua orang lelaki dan seorang wanita (Sunan Abu Dawud) dibunuh. Mengikut sumber Muslim, baki para wanita dan kanak-kanak ditukar dengan senjata dan kuda.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.