Kitab Keluaran

Kitab Keluaran (Bahasa Ibrani: שְׁמוֹתShemot, Bahasa Yunani: ἔξοδος, translit. éxodos "keluaran", "berlepas"[1] - Bahasa Inggeris: Exodus) adalah kitab kedua di dalam Bible dipegang agama-agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam kitab Taurat. Kitab ini dinamakan daripada cerita utama yang dikhabarkan dalamnya iaitu peristiwa keluarnya Bani Israel dari Mesir menyelamatkan diri daripada diperhambakan oleh Firaun. Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa/Moses, orang yang dipilih Tuhan[2] untuk memimpin umatnya keluar. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi sepuluh perintah khusus diturunkan Tuhan.

Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Torah Moses ditulis oleh Moses pada penghujung abad kedua sebelum Masihi. Pengkaji Bible moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.

Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak menjumpai apa-apa bukti bagi mengesahkan isi yang terkandung di dalam kitab Keluaran [3], namun hasil galian uji kaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang sama dengan isi kitab Kejadian, ini mungkin telah berlaku pada penghujung Dinasti yang ke-13 Mesir [4].

Struktur and isi

Penghambaan dan pembebasan

Kitab Keluaran fasal 1-18 mengisahkan tentang penghambaan bangsa Israel di Mesir dan pembebasan mereka daripada perhambaan oleh Musa/Moses, serta perjalanan mereka dari Mesir hingga ke Gunung Sinai.

Hukum Tuhan dan perjanjian

Kitab Keluaran fasal 19-24 mengisahkan perjanjian diantara Tuhan yang Esa dengan umat-Nya di Gunung Sinai dimana perjanjian itu memberikan bangsa Israel dasar hukum agama Yahudi, sivil, dan moral mereka.

Tempat ibadat dan peraturan ibadat

Kitab Keluaran fasal 25-40 mengisahkan pembinaan tempat ibadat khusus (Haikal Sulaiman) bagi Yahudi, peraturan untuk para rabai, dan cara bagaimana beribadat kepada Tuhan.

Senarai kandungan penuh dalam kitab

Riwayat Musa
  • Orang Israel ditindas di Mesir (1:1–22)
  • Musa lahir dan diselamatkan (2:1–10)
  • Musa membela bangsanya ─ Ia lari ke tanah Midian (2:11–22)
  • Musa diutus Tuhan (2:23–4:17)
  • Musa kembali ke Mesir (4:18–31)
  • Musa menghadap Firaun - bangsa Israel makin ditindas (5:1–24)
  • Pengutusan Musa (6:1–12)
  • Nenek moyang Musa dan Harun (6:13–26)
Sepuluh tulah
  • Musa menghadap Firaun (6:27–7:13)
  • Tulah pertama: air menjadi darah (7:14–24)
  • Tulah kedua: katak (8:1–15)
  • Tulah ketiga: nyamuk (8:16–19)
  • Tulah keempat: lalat pikat (8:20–32)
  • Tulah kelima: penyakit sampar pada ternak (9:1–7)
  • Tulah keenam: barah (9:8–12)
  • Tulah ketujuh: hujan es (9:13–35)
  • Tulah kedelapan: belalang (10:1–20)
  • Tulah kesembilan: gelap gulita (10:21–29)
  • Tulah kesepuluh diberitahukan (11:1–10)
  • Tentang perayaan Paskah (12:1–28)
  • Tulah kesepuluh: anak sulung mati ─ Orang Israel keluar dari Mesir (12:29–42)
Keluar dari Mesir
  • Ketetapan lebih lanjut mengenai Paskah (12:43–51)
  • Ketetapan tentang anak sulung ─ Hari raya Roti Tidak Beragi (13:1–16)
  • Allah menuntun umatNya (13:17–22)
  • Firaun bertindak untuk penghabisan kali (14:1–14)
  • Menyeberangi Laut Teberau (14:15–36)
  • Nyanyian Musa dan Israel (15:1–21)
  • Di Mara dan di Elim (15:22–27)
  • Manna, Sabat (16:1–36)
  • Di Masa dan Meriba (17:1–7)
  • Kemenangan orang Israel melawan orang Amalek (17:8–16)
  • Yitro mengunjungi Musa (18:1–12)
  • Pengangkatan hakim-hakim (18:13–27)
Peraturan-peraturan
  • TUHAN menampakkan diri di gunung Sinai (19:1–25)
  • Kesepuluh firman (20:1–17)
  • Peraturan tentang kebaktian (20:22–26)
  • Tentang hak budak Ibrani (21:1–11)
  • Peraturan tentang jaminan nyawa sesama manusia (21:12–36)
  • Peraturan tentang jaminan harta sesama manusia (22:1–17)
  • Peraturan tentang dosa yang keji (22:18–20)
  • Peraturan tentang orang-orang yang tidak mampu (22:21–27)
  • Berbagai-bagai peraturan (22:28–31)
  • Peraturan tentang hak-hak manusia (23:1–13)
  • Peraturan tentang kebaktian dan hari-hari raya (23:14–19)
  • Janji dan tegoran kepada Israel (23:20–33)
  • Upacara pengikatan perjanjian antara Tuhan dengan bangsa Israel (24:1–11)
  • Musa di gunung Sinai (24:12–18)
  • Petunjuk untuk mendirikan Kemah Suci ─ Mengenai persembahan khusus (25:1–9)
  • Mengenai tabut perjanjian (25:10–22)
  • Mengenai meja roti sajian (25:23–30)
  • Mengenai kandil (25:31–40)
  • Mengenai Kemah Suci (26:1–37)
  • Mengenai mezbah korban bakaran (27:1–8)
  • Mengenai pelataran (27:9–19)
  • Mengenai minyak untuk lampu (27:20–21)
  • Mengenai pakaian imam (28:1–43)
  • Mengenai pentahbisan Harun dan anak-anaknya (29:1–37)
  • Mengenai korban pagi dan korban petang (29:38–46)
  • Mengenai mezbah pembakaran ukupan (30:1–10)
  • Mengenai persembahan khusus pada waktu pendaftaran orang Israel (30:11–16)
  • Mengenai bejana pembasuhan (30:17–21)
  • Mengenai minyak urapan yang kudus (30:22–33)
  • Mengenai ukupan yang kudus (30:34–38)
  • Bezaleel dan Aholiab ditunjuk (31:1–11)
  • Peringatan untuk menguduskan hari Sabat (31:12–17)
  • Musa menerima kedua loh hukum (31:18)
Pelaksanaan peraturan-peraturan
  • Anak lembu emas (32:1–35)
  • Musa meminta penyertaan Tuhan di gurun (33:1–23)
  • Dua loh batu yang baru (34:1–35)
  • Peringatan untuk menguduskan hari Sabat (35:1–3)
  • Persembahan khusus untuk mendirikan Kemah Suci dan untuk kebaktian di dalamnya (35:4–29)
  • Pengangkatan Bezaleel dan Aholiab (35:30–36:7)
  • Membuat Kemah Suci (36:8–38)
  • Membuat tabut perjanjian (37:1–9)
  • Membuat meja roti sajian (37:10–16)
  • Membuat kandil (37:17–24)
  • Membuat mezbah pembakaran ukupan (37:25–28)
  • Membuat minyak urapan dan ukupan dari wangi-wangian (37:29)
  • Membuat mezbah korban bakaran (38:1–7)
  • Membuat bejana pembasuhan (38:8)
  • Membuat pelataran (38:9–20)
  • Biaya untuk mendirikan Kemah Suci (38:21–31)
  • Membuat pakaian imam (39:1–31)
  • Pekerjaan itu diterima baik oleh Musa (39:32–43)
  • Musa mendirikan Kemah Suci (40:1–33)
  • Kemuliaan Tuhan memenuhi Kemah Suci (40:34–38)

Rujukan

  1. ^ Istilah Yunani #1841: Leksikon Yunani Strongs
  2. ^ Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut
  3. ^ Harris, Stephen L. (2007), Understanding the Bible, Boston, Mass.: McGraw-Hill, ISBN 0072965487
  4. ^ Bietak, M. (1991), "Egypt and Canaan during the Middle Bronze Age", Bulletin of the American Schools of Oriental Research, 281: 27–72, doi:10.2307/1357163

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Amir Hamzah

Tengku Amir Hamzah Pangeran Indera Putera (Tulisan Jawi: تڠكو أمير حمزه ڤڠيرن ايندرا ڤوترا; 28 Februari 1911 – 20 Mac 1946), lebih dikenali sebagai Amir Hamzah, ialah seorang pemuisi dan juga seorang Pahlawan Kebangsaan Indonesia. Beliau dilahirkan di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Timur. Anak kelahiran sebuah keluarga bangsawan Kesultanan Langkat di Sumatera Utara, beliau mendapat pendidikan di Sumatera dan Pulau Jawa. Amir terlibat dengan pergerakan nasionalis Indonesia semasa beliau belajar di sekolah menengah atas di Surakarta sekitar tahun 1930-an. Beliau jatuh cinta dengan rakan sekolah berbangsa Jawa, Ilik Sundari. Kedua-dua rakan ini kekal rapat mahupun selepas Amir menamatkan pendidikannya di sekolah perundangan di Betawi (sekarang Jakarta). Mereka hanya berpisah dalam tahun 1937 apabila Amir dipanggil pulang ke Sumatera untuk mengahwini puteri Sultan dan menggalas tugas dan tanggungjawab di istana – Amir tetap menjalankan tugasnya mahupun tidak berasa gembira dengan perkahwinannya. Beliau bertugas sebagai wakil pemerintah di Langkat selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1945. Beliau terbunuh dalam tahun berikutnya semasa sebuah revolusi sosial yang diketuai Parti Komunis Indonesia dan disemadikan di dalam kubur ramai.

Amir mula menulis puisi pada usia belasan tahun: mahupun karya-karyanya tidak bertarikh, dipercayai karyanya yang paling awal ditulis semasa beliau mula-mula berkunjung ke pulau Jawa. Dengan berbekalkan pengaruh kebudayaan Melayu dan Islamnya, dan juga pengaruh Kristian dan kesusasteraan Timur, Amir menghasilkan 50 buah puisi, 18 buah prosa lirik, dan pelbagai karya lain, termasuk beberapa buah terjemahan. Dalam tahun 1932, beliau menjadi pengasas bersama majalah sastera Poedjangga Baroe. Beliau berhenti berkarya selepas pulang ke Sumatera. Kebanyakan puisinya diterbitkan dalam dua himpunan, Nyanyi Sunyi (1937) dan Buah Rindu (1941), mula-mula dalam majalah Poedjangga Baroe dan kemudiannya sebagai buku berasingan.

Puisi-puisi yang dikaryakan Amir berkaitan dengan tema-tema kasih dan agama, dan puisinya sering membayangkan konflik dalaman yang amat sangat. Diksinya, dengan penggunaan perkataan bahasa-bahasa Melayu dan Jawa di samping pengembangan struktur-struktur tradisional, dipengaruhi keperluan untuk memuatkan irama dan matra, dan juga simbolisme yang terkait dengan perkataan-perkataan tertentu. Karya-karya awalnya berkaitan dengan perasaan rindu dan juga cinta unggul dan erotik, sementara karya terkemudian memiliki maksud agama yang lebih mendalam. Antara dua himpunan karyanya, Nyanyi Sunyi dianggap sebagai lebih terbina. Amir diberi gelaran "Raja Pemuisi era Poedjangga Baroe" dan beliau satu-satunya pemuisi Indonesia bertaraf antarabangsa sebelum Revolusi Kemerdekaan Indonesia.

Anak lembu emas

Anak lembu emas (עגל הזהב Egel haZahav) merupakan berhala yang dibuat oleh bangsa Israel ketika Musa (Moses) naik ke Gunung Sinai. Kejadian ini juga dikisahkan dalam Al-Qu'ran, dalam Surah Taha (Surah 20). Menurut kitab Keluaran (buku 'Exodus' dalam Kitab Bible), anak lembu emas ini dibuat oleh Harun (Aaron) untuk menuruti keinginan bangsa Israel, sedangkan al-Quran menyebutkan pembuatnya bernama Samiri (Samaritan).

Pemujaan lembu jantan dilakukan dalam banyak budaya. Di Mesir, dari mana datangnya Bani Israel mengikut pengisahan Exodus, berhala lembu jantan Apis merupakan berhala pujaan yang agak sama; ini membawa kepada pendirian beberapa pihak bahawa kaum Ibrani menghidupkan kembali pemujaan lembu. Beberapa pihak lain pula mempercayai Tuhan bani Israel (Elohim) dikaitkan dengan imej dewa anak lembu/lembu jantan melalui proses asimilasi agama dan sinkretisme. Lembu jantan liar (auroch atau urus) dipuja sebagai tuhan atau makhluk ciptaan tuhan El di kalangan jiran bangsa Ibrani di wilayah bedekatan Laut Aegea dan Timur Dekat purba.

Dalam Bahasa Ibrani, kejadian ini dikenali sebagai "Chet ha'Egel" (חטא העגל) atau "Dosa Anak Lembu".

Bahtera Nabi Nuh

Dalam Agama samawi, Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.

Sejumlah besar penganut Yahudi Ortodoks dan Kristian berdasarkan Perjanjian Lama dan umat Muslim berdasarkan Al-Quran mempercayai bahawa kisah ini benar-benar terjadi. Namun sebahagian lain penganut Yahudi Ortodoks dan Kristian yang memegang kepercayaan hipotesis terhadap dokumen saintifik, menyatakan bahawa kisah yang dikisahkan dalam Kitab Kejadian ini mungkin terdiri dari sejumlah sumber yang sesetengahnya bersifat berkecuali (independents), dan proses penyusunannya yang berlangsung selama beberapa abad dapat menolong menjelaskan kekacauan dan pengulangan yang tampak di dalam teksnya. Walaupunbegitu, sebahagian umat Yahudi Ortodoks dan Kristian yang mempercayai kisah ini menyatakan bahawa kekacauan itu dapat dijelaskan secara rasional.

Mitos Sumeria juga menceritakan kisah seperti ini, namun ia agak berbeza dengan agama Abrahamik, kerana tokoh dalam kisah Sumeria tidak bernama Nuh tetapi Ziusudra. Kisah Sumeria mengisahkan bagaimana Ziusudra diperingatkan oleh para dewa untuk membangun sebuah kapal untuk menyelamatkan diri dari banjir yang akan menghancurkan umat manusia. Tidak hanya dalam agama Ibrahamik dan Sumeria, kisah hampir serupa juga ditemukan di banyak kebudayaan di seluruh dunia. Memang kisah tentang banjir ini adalah salah satu cerita rakyat yang paling umum terkenal di seluruh dunia.

Kisah Bahtera ini telah diuraikan secara panjang lebar di dalam berbagai teks Agama samawi, yang mencampurkan solusi-solusi teoretis dengan masalah-masalah praktis semisal bagaimana cara Nuh membuang kotoran-kotoran binatang, atau dengan penafsiran-penafsiran alegoris yang mengajak manusia menuju kejalan lurus dan benar dengan mematuhi perintah Tuhan.

Pada awal abad ke-18, perkembangan geologi dan biogeografi sebagai ilmu pengetahuan telah membuat sedikit sejarawan alam yang merasa mampu membenarkan penafsiran yang harafah keatas kisah Bahtera ini. Namun demikian, para pakar kitab terus meneliti gunung dimana kapal tersebut berlabuh. Alkitab menyatakan bahawa kapal/Bahtera itu mendarat di sekitar kawasan Pergunungan Ararat Turki dan Al-Quran berpendapat bahawa kapal itu mendarat di kawasan sekitar Pergunungan Judi, Cizre di sempadan Iraq-Turki.

Delima

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari. Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran. sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.

Elohim

Elohim (אֱלֹהִים) adalah kata nama tatabahasa yang tunggal atau jamak bagi "Tuhan" dalam kedua-dua bahasa Ibrani moden dan kuno. When used with singular verbs and adjectives Elohim is usually singular, "God" or especially, the God. When used with plural verbs and adjectives Elohim is usually plural, "gods" or "powers" Secara umumnya berpendapat bahawa kata Elohim adalah pembentukan dari kata Eloah, yang terakhir merupakan bentuk berkembang daripada bahasa Semitik Barat Laut dari kata nama il (אֵל, ʾ el).Dalam bahasa Ibrani, kata Elohim disebut dengan berbagai kata:

Adonai, Tuan atau Tuanku atau Elohim yang Perkasa

El, Elohim yang Kuat

Elohim, Sang Pencipta yang Maha Kuasa

Elyon, Elohim yang Maha Tinggi

Elohe Yisrael, Elohim Israel

El Olam, Elohim yang Kekal

El Roi, Elohim yang Melihat

El Shaddai, Elohim yang Maha Perkasa

Immanuel, Elohim bersama kitaNama pribadi Elohim dalam Bahasa Ibrani terdiri dari 4 huruf: YHWH, seperti yang diberikan kepada Musa sewaktu Musa menanyakan siapa nama-Nya di dalam Kitab Keluaran. Nama ini yang sangat suci untuk disebut oleh orang Ibrani sehingga mereka hanya menggunakan kata Adonai (=tuan, tuanku) saat membaca tulisan YHWH (Yahweh) di kitab suci.

Kitab Bilangan

Kitab Bilangan (dari Yunani Ἀριθμοί, Arithmoi; Bahasa Ibrani: במדבר‎, Bəmidbar, "Di gurun...") merupakan kitab keempat dalam Alkitab Ibrani dan juga yang keempat daripada lima kitab Taurat.Kitab Bilangan bermula di Gunung Sinai, di mana Bani Israel atau kaum Ibrani menerima hukum dan perjanjian dari Tuhan, dan Tuhan menemani mereka di perlindungan itu. Kaum Ibrani ditugaskan untuk mengambil alih Negeri Kanaan. Maka mereka dibilang sementara persiapan dibuat untuk menyambung perarakan mereka. Maka kaum Ibrani memulakan perjalanan, tetapi dengan serta-merta mereka "bersungut" akan kesusah-payahan perjalanan mereka. Mereka tiba di sempadan Kanaan dan menghantar perisik ke negeri itu, tetapi setelah mendengar khabar perisik itu, kaum Ibrani enggan merampas Kanaan, maka Tuhan menghukum mereka mati di keliaran hingga keturunan baru membesar untuk melaksanakan tugas itu. Kitab ini berakhir dengan keturunan baru Ibrani di dataran Moab yang bersiap sedia untuk menyeberangi Sungai Jordan.Kitab Bilangan merupakan kemuncak kisah pembebasan Bani Israel dari penindasan di Mesir dan perjalanan mereka untuk menguasai tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada bapa-bapa mereka. Oleh itu, kitab ini mengakhiri tema-tema yang diperkenalkan dalam Kitab Kejadian lalu dikembangkan dalam Kitab Keluaran dan Imamat, bahawa Tuhan telah berjanji kepada Bani Israel bahawa mereka bakal menjadi sebuah bangsa yang hebat, dan mereka akan menjalin hubungan yang istimewa dengan tuhan mereka iaitu Yahweh, dan mereka akan memiliki tanah Kanaan. Oleh yang demikian, Kitab Bilangan juga menekankan kepentingan kesucian, kewarakan dan kepercayaan: biarpun dalam kehadiran Tuhan dan para pendetanya, bangsa Israel kekurangan kepercayaan maka pemilikan tanah itu terserah kepada keturunan yang seterusnya. Kitab ini lama dan rumit sejarahnya, tetapi bentuknya yang muktamad mungkin adalah hasil daripada suntingan oleh paderi ke atas catatan asli Yahwis pada sekitar awal zaman Parsi (abad ke-5 SM).

Kitab Imamat

Kitab Imamat (Leviticus, Bahasa Yunani: Λευιτικός, "berkenaan orang Lewi") atau Wayiqra (Bahasa Ibrani: ויקרא‎, "maka dipanggil-Nya", Ibrani Moden: Vayikra) ialah jilid ketiga Kitab Ibrani, dan yang ketiga daripada lima jilid kitab Taurat.

Kitab Imamat mengandungi hukum-hukum dan upacara kepaderian, tetapi secara amnya memperincikan perjanjian Tuhan dengan Israel seperti yang diceritakan dalam Kitab Kejadian dan Kitab Keluaran—yang dijelaskan dalam Taurat sebagai kesan-kesan daripada menjalin hubungan istimewa dengan Tuhan (Yahweh). Kesan-kesan ini dinyatakan dari segi hubungan dan tingkah laku masyarakat.

16 bab pertama dan satu bab terakhirnya membentuk Hukum Kepaderian yang menetapkan hukum-hukum kebersihan upacara, penyembahan dosa, dan Hari Penebusan, termasuk Bab 12 yang mewajibkan kaum lelaki berkhatan. Bab 17–26 mengandungi Hukum Kesucian yang merangkumi peringatan dalam bab 19 supaya "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Rukun Besar). Kitab ini banyak membincangkan "kekejian", khususnya larangan pemakanan dan seks. Umumnya, hukum-hukum ini diajukan kepada kaum Ibrani, kecuali beberapa larangan yang dikenakan sama rata kepada "orang-orang asing yang tinggal di tengah-tengah Israel."

Mengikut tradisi Yahudi dan Kristian, Tuhan mengimlakkan Kitab Imamat kepada Nabi Musa a.s. bersama jilid-jilid Alkitab yang lain. Para cendekiawan moden memandangnya sebagai hasil sumber Kepaderian dari abad ke-5 SM.

Laut Merah

Laut Merah (atau Laut Kulzum dalam sastera lama) ialah sebuah teluk di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Yang berada di utaranya ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez. Laut Merah bertemu dengan Mesir, Sudan dan Eritrea di sebelah barat, manakala di sebelah timurnya ialah Arab Saudi dan Yaman. Laut Merah dikategorikan sebagai sebuah kawasan ekologi dalam senarai Global 200 oleh Tabung Alam Sedunia.

Laut Merah bertempat di Lembah Rengkahan Besar. Luasnya sekitar 438,000 km2. Panjangnya 2250 km dan lebarnya 355 km. Kedalaman laut mencapai 3,040 m di Jurang Suakin di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 490m.

Terdapat pelbagai hidupan laut di dalamnya. Antaranya 1000 jenis invertebrata, 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin bertaraf keasinan antara 3.6 hingga 3.8%.

Minggu tujuh hari

Minggu tujuh hari digunakan oleh majoriti warga dunia dan merupakan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh ISO 8601.

Nabi Musa menyeberangi Laut Merah

Nabi Musa menyeberangi Laut Merah ada diceritakan dalam Kitab Keluaran 13:17-14:29 . Kisah ini juga disebutkan dalam Al-Quran Surah 26: Al-Shu'ara ayat 60-67. Ketika itu Bani Israel meninggalkan Mesir dan mengembara ke padang gurun . Allah memerintahkan Nabi Musa dan Bani Israel keluar dari perhambaan di Mesir dan pergi ke tanah Kanaan / Palestin yang telah dijanjikan kepada mereka . Allah memerintahkan mereka keluar pada waktu malam . Mulanya Firaun membenarkan mereka keluar kerana kumpulan ini kecil sahaja. Sungguhpun begitu Bani Israel mendatangkan kemarahan Firaun.

Tetapi kemudian, ketika matahari terbit, Firaun mengejar Bani Israel ini dengan kereta hingga ke Laut Merah. Pengikut Nabi Musa berasa sangsi kerana Firaun mengejar mereka dari belakang dan pastilah mereka akan ditawan. Namun Nabi Musa menyatakan bahawa sesungguhnya Allah bersamaku dan memberi petunjuk kepadaku.

Lalu Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut. Terjadilah ombak besar seperti gunung. Air Laut Merah melambung tinggi, terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut itu dengan selamat. Raja Firaun dan bala tenteranya menyusul dari belakang tetapi terperangkap kerana air laut kembali bertaut. Firaun dan tenteranya terbunuh akibat lemas.

Namun dalam Al-Quran, Allah menjanjikan mayat Firaun kekal hingga kini untuk djadikan bahan pedoman bagi manusia yang tinggal di bumi kini. Perkataan dari Al-Quran ternyata benar, suatu aktiviti arkeologi yang dianggotai pakar kaji purba dan penduduk Mesir telah menjumpai mayatnya, dimumiakan, dikebumikan dan kini dipamerkan di Muzium Mesir. (Al Quran:26:60-67).Namun jika dilihat pada logiknya, mayat Firaun yang tenggelam di dalam laut, tidak akan ditemui.

Paederus

Paederus, dikenali dengan timangan tomcat, ialah satu genus kumbang kecil dalam famili Staphylinidae ("kumbang rayau"). Oleh sebab kebanyakan spesies dalam genus ini mengandungi toksin dalam hemolimfanya, ia meminjam namanya kepada paederus dermatitis, sejenis kerengsaan kulit yang berlaku apabila kulit terpijak serangga ini. Satu kertas kerja ilmuwan terbitan 2002 berhujah bahawa beberapa daripada Sepuluh Wabak Mesir yang diperikan dalam Kitab Keluaran dalam Kitab Injil adalah berpunca daripada suatu spesies Paederus .

Pembunuhan beramai-ramai di Munich

Jam 4.00 pagi, 5 September 1972 , 8 ahli kumpulan Black September menyerbu perkampungan atlet Israel di Munich , Jerman dan membunuh 11 atlet Israel.

Esoknya 6 September 1972 Sukan Olimpik dimulakan. Rusia johan dengan memenangi 50 emas dan kedua Amerika dengan 33 emas.

The Prince of Egypt

The Prince of Egypt (Bahasa Melayu: Putera Mesir) ialah sebuah filem animasi Amerika 1998 arahan bersama Brenda Chapman, Simon Wells dan Steve Hickner untuk studio DreamWorks, ia merupakan filem animasi pertama keluaran studio tersebut. Cerita ini mengikuti riwayat Hidup Nabi Musa menurut sudut pandang agama Kristian dari kelahirannya, melalui zaman kanak-kanaknya sebagai seorang putera firaun] Mesir dan akhirnya takdirnya untuk mengetuai hamba Ibrani keluar dari Mesir. Filem ini berasaskan buku kedua dalam Lima Buku Musa iaitu Kitab Keluaran.

Filem ini menampilkan runut bunyi ditulis Stephen Schwartz dan skor gubahan Hans Zimmer. Peranan wataknya banyak yang disuarakan pelakon Hollywood, manakala penyanyi profesional menggantikan mereka dalam lagu. Bagaimanapun, Michelle Pfeiffer, Ralph Fiennes, Steve Martin dan Martin Short menyanyikan sendiri bahagian mereka. Filem initelah memenangi Anugerah Akademi dalam kategori Lag pada Academy Awards 1999 untuk lagu "When You Believe". Versi pop lagu ini telah dinyanyikan pada acara Academy Awards ini oleh Whitney Houston dan Mariah Carey. Lagu ini, sebahagian ditulis oleh Stephen Schwartz, Hans Zimmer dan Babyface, juga dinobatkan Best Original Song (Motion Picture) pada Golden Globes 1999, dan juga sebagai Outstanding Performance of a Song for a Feature Film di acara ALMA Awards. Cerita ini telah mengaut keuntungan $218,613,188 di seluruh dunia.

The Ten Commandments (filem 1956)

The Ten Commandments ("Sepuluh Rukun") ialah sebuah filem sejarah agama berbahasa Inggeris tahun 1956 arahan Cecil B. DeMille untuk produksi Paramount Pictures. Ia merupakan filem yang menggambarkan riwayat hidup Nabi Musa menurut kepercayaan agama Kristian didasarkan kepada penceritaan dalam Kitab Keluaran serta juga beberapa buku lain termasuk Prince of Egypt karya Dorothy Clarke Wilson, Pillar of Fire karya J.H. Ingraham dan On Eagle's Wings karya A.E. Southon; ia sendiri merupakan pembikinan semula filem berjudul sama diarahkan beliau pada tahun 1923.

Filem ini dibikin menggunakan teknologi VistaVision (dengan pewarnaan sistem Technicolor. Ia merupakan karya terakhir dan terkenal Cecil DeMille. Ia merupakan filem termahal dibuat pada ketika itu dengan latar paling besar pernah dibina untuk pembikinannya.

Ṣaffūrah

Ṣaffūrah atau Zipporah atau Tzipora (Bahasa Ibrani: צִפּוֹרָה, Piawai Tsippora Tiberias Ṣippôrā ; Bahasa Yunani: Σεπφώρα Sephora; Bahasa Arab: صِفُّورَةَ, صوانة‎ Ṣaffūrah atau Safrawa; bermaksud "burung") seperti yang tersebut dalam Kitab Keluaran dalam versi Injil Kristian dan beberapa pandangan ilmuan Islam menyatakan bahawa ia merupakan isteri kepada Nabi Musa a.s.[1] dan ialah anak perempuan Nabi Syu'aib a.s.[2], Nabi Syu'aib ialah Nabi dan Rasul bagi kaum Madyan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.