Khuzestan

Khūzestān (Bahasa Parsi: خوزستان) adalah wilayah Iran di barat daya negara ini. Ia bersempadan dengan Iraq dan Teluk Parsi. Wilayah ini menyimpan banyak tinggalan sejarah Iran. Kota Susa, ibu kota tamadun Elam terletak di wilayah ini. Oleh itu, kota ini menjadi "tempat kelahiran Iran". Khuzestan juga pernah menjadi rebutan antara Iraq dan Iran yang akhirnya menjadi punca tercetusnya Perang Iran Iraq ketika 1980 an.

Wilayah Khuzestan
استان خوزستان
Lokasi
Peta Iran dengan Khuzestan diterangkan
Statistik
Ibu kota:
 • Koordinat:
Ahvaz
 • 31.3273° N 48.6940° E
Kawasan : 64,055 km²
Populasi (2005):
 • Kepadatan :
4,345,607
 • 67.8/km²
Daerah(Shahrestan): 18
Zon waktu: UTC+3:30
Bahasa utama: Bahasa Parsi
Bahasa Bakhtiari
Bahasa Arab
Bahasa Luri
Bahasa Qashqai
Ahvaz

Ahvaz (Bahasa Iran: اهواز, terjemah; Ahvāz atau Ahwaz, Arab: احواز, terjemah; Aḥwāz) adalah sebuah bandar di barat daya Iran dan ibu kota wilayah Khuzestan. Penduduk Ahwaz adalah kira-kira 1,300,000 dan kawasan binaannya dengan bandar Sheybani terdekatnya adalah berpenduduk sebanyak 1.136.989 orang. Ia adalah rumah kepada orang Parsi, Arab, Lurs (Bakhtiaris), Dezfulis, Shushtaris, dan sebagainya. Dan bahasa yang berbeza diucapkan di dalamnya, seperti Parsi, Arab, dialek Parsi Luri (Bakhtiari), Dezfuli, Shushtari, dan lain-lain.

Sungai Iran yang hanya dilayari, Karun, yang dilalui oleh pertengahan bandar. Ia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman Achaemenid. Pada zaman purba, ia menjadi salah satu pusat utama bagi Akademi Gondishapur. Ahvaz sering jadi lokasi serangan kumpulan pemisah Arab yang giat aktif di barat negara Iran. Terbaru serangan ketika kawat tentera yang mengorbankan 29 nyawa.

Bahasa Arab

Bahasa Arab (Tulisan Jawi: بهاس عرب; Arab: العربية السعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai al-‘Arabīyyah), atau secara mudahnya Arab (Arab: عربي سعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai ‘Arabī), merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah negara Arab Saudi. Bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aramia. Bahasa Arab Moden telah dikelaskan sebagai satu makrobahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 639-3. Bahasa-bahasa ini dituturkan di seluruh Dunia Arab, manakala Bahasa Arab Piawai diketahui di seluruh Dunia Islam.

Bahasa Arab Moden berasal daripada Bahasa Arab Klasik yang telah menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak sekitar abad ke-6. Skrip Arab ditulis dari kanan ke kiri.

Bahasa Arab telah memberi banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Zaman Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata daripadanya.

Bahasa Gujarat

Bahasa Gujarat (ગુજરાતી Gujǎrātī) merupakan sebuah bahasa Indo-Arya yang merupakan bahasa tempatan Gujarat di India. Terdapat kira-kira 46 juta orang penutur Bahasa Gujarat di dunia, menjadi bahasa yang ke-26 terbanyak dituturkan di dunia. Bersama dengan Bahasa Romani dan Bahasa Sindh, Bahasa Gujarat merupakan bahasa yang paling barat di kalangan bahasa-bahasa Indo-Aryan. Bahasa Gujarat merupakan bahasa pertama bagi Mohandas K. Gandhi, "bapa kemerdekaan India", Mohammed Ali Jinnah, "bapa kemerdekaan Pakistan", dan Sardar Vallabhbhai Patel, "orang besi India".

Bahasa Indo-Arya

Bahasa Indo-Arya (termasuk juga Indik dalam konteks kajian Indo-Eropah) ialah salah satu cabang daripada keluarga bahasa Indo-Eropah.

Mengikut anggarannya pada tahun 2005, SIL International menghitung sejumlah 209 kelainan bahasa Indo-Arya, dengan jumlah penutur aslinya sebanyak 900 juta. Bahasa Indo-Arya merupakan salah satu subkumpulan bahasa Indo-Iran yang terdiri daripada dua kumpulan bahasa, iaitu kumpulan bahasa Iran dan kumpulan bahasa Nuristani. Bahasa-bahasa Indo-Arya yang terutama daripada segi bilangan penutur asli ialah:

Bahasa Hindustan (Hindi dan Urdu): kira-kira 540 juta;

Bahasa Parsi

Parsi (dikenali pelbagainya sebagai: فارسی Fārsi nama tempatan di Iran, Afghanistan dan Tajikistan, Tajik, dialek Asia Tengah, atau Dari, satu lagi nama di Tajikistan dan Afghanistan) adalah bahasa yang dituturkan di Iran, Tajikistan, Afghanistan, Uzbekistan, Bahrain, Iraq, Azerbaijan, Armenia, Selatan Russia, negara jiran, dan di tempat lain. Sebelum kolonisasi British, Parsi juga meluas digunakan sebagai bahasa kedua di Asia Selatan; ia diambil kemasyhuran sebagai bahasa budaya dan pendidikan di beberapa makhamah Muslim di subbenua sepanjang Zaman Pertengahan dan menjadi bahasa rasmi makhamah dibawah maharaja Mughal. Bukti bekas kedudukannya di kawasan masih boleh dilihat oleh takat pengaruhnya pada Hindi dan Urdu, baik juga laksana populariti kesusasteraan Parsi demikian masih dinikmati di kawasan. Parsi dan dialeknya mempunyai status bahasa-rasmi di negara Iran, Afghanistan, dan Tajikistan. Menurut Bukufakta Dunia CIA, terdapat 61 juta penutur asli Parsi di Iran [1], Afghanistan [2], Tajikistan [3] dan Uzbekistan [4]. Ia tergolong kepada keluarga bahasa Indo-Eropah, dan adalah dari jenis Subject Object Verb. Sejak 200 juta orang tutur dalam Parsi seluruh dunia, UNESCO telah ditanya untuk pilih Parsi sebagai salah satu dari bahasanya pada 2006. [5]

Banjir di Iran 2019

Dari pertengahan Mac hingga April 2019, banjir kilat yang meluas telah melanda hampir keseluruhan Iran, paling teruk di Golestan, Fars, Khuzestan, Lorestan, dan wilayah-wilayah lain. Iran telah dilanda tiga gelombang hujan dan banjir besar selama dua mingguyang membawa kepada banjir di sekurang-kurangnya 26 daripada 31 wilayah Iran. dan sekurang-kurangnya 70 orang meninggal dunia di seluruh negara setakat 6 April, mengikut sumber rasmiBerlaku semasa cuti kebangsaan Iran, Nowruz, gelombang pertama bermula pada 17 Mac, yang membawa kepada banjir di dua wilayah utara, Golestan dan Mazandaran dengan bekas wilayah menerima sebanyak 70 peratus daripada purata hujan tahunan dalam satu hari. Beberapa empangan besar telah melimpah, terutamanya di Khuzestan dan Golestan, sehingga banyak kampung dan beberapa bandar telah dipindahkan. Menurut pegawai Iran, disebabkan rekod hujan, lebih daripada 140 sungai telah melimpah dan kira-kira 409 tanah runtuh berlaku di negara ini. Kira-kira 1,900 bandar raya dan kampung-kampung di seluruh negara telah rosak akibat banjir yang teruk serta beratus-ratus juta ringgit kerosakan terhadap infrastruktur air dan pertanian. 78 jalan telah dihalang dan 84 jambatan di kawasan yang terjejas akibat banjir. Di banyak kawasan, rumah dan tanah telah sebahagiannya atau sepenuhnya tenggelam selama beberapa hari. Kesan banjir semakin meningkat kerana percutian Nowruz; ramai orang Iran yang melakukan perjalanan dan banyak kematian akibat banjir kilat di jalan raya dan lebuh raya.

Pada 23 Mac, pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, memerintahkan Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran untuk mengambil bahagian dalam usaha bantuan. Awam dan angkatan bersenjata telah digerakkan sejak 24 Mac dan Eshaq Jahangiri bersama beberapa menteri serta komander tentera telah mengembara ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir. Menurut Palang Merah Iran, beberapa ribu khemah, selimut, pemanas, set kesihatan serta air mineral dan makanan telah diedarkan di kalangan mereka yang terkena banjir. Bagaimanapun kekurangan bantuan kerajaan pada minggu pertama dan tindak balas yang lambat dengan cepat meningkatkan ketegangan politik di seluruh negara. Ramai rakyat Iran termasuk ahli politik menggunakan platform media sosial untuk mengkritik penanganan banjir oleh kerajaan, khususnya Hassan Rouhani.

Borujerd

Borujerd (Bahasa Parsi: بروجرد‎, dsebut eja sebagivūriyerd dalam dialek Borujerdi dan turut disebut sebagai vorūgerd atau borūgerd dalam bahasa Lurish) (kelainan nama lain yang telah direkodkan: Boroujerd, Borudjerd, Boroojerd, Brujerd, Burujird, Borugerd) adalah sebuah bandar di wilayah Lorestan di barat Iran. Bandar Borujerd adalah pusat bandar Shahrestan-e Borujerd (Kaunti Borujerd) dan mempunyai penduduk seramai kira-kira 231,000 orang. Di antara bandar-bandar moden yang ada di Iran, Borujerd adalah salah satu kota yang tertua yang dilaporkan telah wujud setidaknya sejak abad ke-9 Masihi. Ketika dalam era Sasan Borujerd adalah sebuah bandar kecil dan kawasan berjiranan Nihavand. Mendapat lebih banyak perhatian selama berada dalam era Seljuk dari abad ke-9 hingga abad ke-10 Masihi, Borujerd telah berdiri sebagai sebuah bandar industri, perdagangan dan bandar geostrategik terletak di wilayah Zagros hingga abad ke-20. Di masa keemasannya, Borujerd terpilih sebagai pusat wilayah bagi daerah Luristan dan Khuzestan selama era Qajar dari kurun ke-18 hingga kurun ke-19 Masihi.

Hari ini, Borujerd adalah bandar kedua terbesar di wilayah Lorestan; kerana itu ia merupakan pusat bagi industri besar, pusat pelancongan dan budaya daerah. Bandar ini memiliki binaan seni bina lama yang tetap dan gaya hidup sebahagian besar senibinanya dapat ditonjolnya melalui hiasan dan binaan masjid-masjid, pasar dan rumah-rumah yang dibina di era Qajar.

Elam

Elam (Bahasa Parsi: تمدن ایلام) adalah tamadun bertulis pertama di Iran. Ia merupakan antara tamadun bertulis tertua di dunia. Kerajaan Elam berpusat di kawasan Barat dan Barat Daya Iran, terletak dari tebing timur Tigris dari Kuwait moden yakni disepanjang pesisir pantai Teluk Parsi (sekitar Wilayah Ilam dan Wilayah Khuzestan). Kerajaan ini wujud dari tahun 2700 hingga 539 sebelum Masihi.

Tradisinya, empayar ketamadunan ini tercapai kurang dari jirannya yang lebih maju, dan telah banyak mengambil banyak perkara melebihi apa yang diperlukan, termasuklah hasil tulisan dari Sumer dan seni reka dari Babylon.

Geografi Iran

Iran terletak di Asia Barat Daya, bersempadan dengan Teluk Oman, Teluk Parsi dan Laut Kaspia di antara Iraq dan Pakistan. Ia adalah antara negara yang paling bergunung ganang. Sifat geografi ini telah membentuk sejarah politik dan ekonominya untuk beberapa abad lamanya. Gunug-gunung ini membentuk beberapa lembangan yang menjadi pusat penempatan dan pertanian. Mempunyai keluasan 1,648,000 km per segi, iran merupakan negara ke 16 terbesar dunia, iaitu satu per lima saiz Amerika Syarikat. Tujuh puluh peratus daripada keluasannya dipenuhi dengan medium air.

Ilam

Īlām (ejaan lainnya ialah Elam (ایلام)), adalah wilayah Iran yang terletak di kawasan barat daya. Ia bersempada dengan Iraq, Wilayah Khuzestan, Wilayah Lurestan dan Wilayah Kermanshah. Pusat pentadbirannya ialah Ilam yang terletak ditengah-tengah wilayah ini.

Iran

Iran, (ايران, Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايران, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq (Kurdistan wilayah) di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.

Liga Juara-Juara AFC 2017

Liga Juara-Juara AFC 2017 akan menjadi edisi ke-36 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-15 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.

Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2017 akan layak sebagai wakil AFC ke Piala Kelab Dunia FIFA 2017 yang akan diadakan Emiriah Arab Bersatu. Jika satu pasukan dari kelab Emiriah Arab Bersatu menjuarai Liga Juara-Juara AFC, naib juara juga akan layak (bagi menggantikan pemenang Liga-Pro UAE 2016-17).

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Iran

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Iran, juga dikenali sebagai Iran B-23 atau Pasukan Olimpik Iran; mewakili Iran di pertandingan bola sepak antarabangsa di Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Piala Asia B-23 AFC, serta lain-lain kejohanan bola sepak bawah-23. Ia dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Iran.

Perang Iran-Iraq

Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran di Iran, dan Qadisiyyah Saddam (قادسيّة صدّام, Qādisiyyat Saddām) di Iraq, adalah perang di antara Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988. Umumnya, perang ini dikenali sebagai Perang Teluk Parsi sehinggalah Konflik Iraq-Kuwait tercetus pada awal 1990-an, dan untuk beberapa ketika dikenali sebagai Perang Teluk Parsi Pertama.

Peperangan ini bermula apabila Iraq menceroboh sempadan Iran pada 22 September 1980 berikutan perbalahan sempadan yang berterusan dan juga desakan penggulingan rejim Saddam Hussein. Walaupun kerajaan Iraq tidak mengeluarkan sebarang amaran rasmi perang, tenteranya gagal dalam kemaraan mereka di Iran dan akhirnya serangan mereka berjaya ditangkis Iran. Sungguhpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru untuk gencatan senjata, pertempuran tetap berterusan sehingga 20 Ogos 1988. Manakala, tawanan perang terakhir ditukar pada tahun 2003.

Kesan peperangan mengubah politik serantau dan dunia. Ia juga turut menyaksikan penggunaan senjata kimia oleh tentera Saddam ke atas pasukan Iran dan juga etnik Kurdish Iran.

Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2017

Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2017 akan dimainkan dari 20 Februari hingga 10 mei 2017. Sebanyak 32 pasukan bersaing di peringkat kumpulan untuk menentukan 16 tempat dalam peringkat kalah mati daripada Liga Juara-Juara AFC 2017.

Peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC 2017

Peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC 2017 akan dimainkan dari 22 Mei hingga 25 November 2017. Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam peringkat kalah mati untuk menentukan juara Liga Juara-Juara AFC 2017.

Pokok kurma

Pokok kurma atau tamar (Bahasa Arab: نخلة التمر‎, Nakhlah al-Tamr; nama sains Phoenix dactylifera) ialah sejenis pokok palma dalam genus Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh sebab sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal di suatu tempat di wahah gurun di Afrika Utara, dan mungkin juga Asia Barat Daya. Ia merupakan pokok bersaiz sedang, tinggi 15–25 meter, sering terkumpul dengan beberapa pokok daripada suatu sistem akar tunggal, tetapi juga sering tumbuh secara tunggal. Daunnya adalah pinat, panjang 3–5 m, dengan durinya di petiol dan mempunyai sekitar 150 daun kecil; dedaun kecilnya sepanjang 30 sm dan selebar 2 sm. Bidang penuh pada silara berjulat daripada 6 hingga ke 10 m.

Shushtar

Shûshtar (Parsi: شوشتر) adalah sebuah kota kubu yang terletak di wilayah Khuzestan, barat daya Iran. Kedudukannya adalah kira-kira 92 km dari Ahvaz, pusat wilayah ini. Ia didiami penduduk seramai 89,255 pada tahun 2005. [1]

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.