Kepulauan Ryukyu

Kepulauan Ryukyu (琉球諸島 Ryūkyū-shotō), juga dikenali sebagai Kepulauan Nansei (南西諸島 Nansei-shotō, Kepulauan Barat Daya),[1] ialah gugusan kepulauan di bahagian barat Lautan Pasifik, bahagian timur Laut China Timur hingga ke barat daya pulau Kyūshū di Jepun. Sejak tahun 1829 hingga pertengahan abad ke-20, kepulauan ini dikenali sebagai Luchu, Loochoo atau Lewchew sempena sebutan kepada bahasa Mandarin iaitu Liúqiú. Kepulauan Ryukyu terbentang ke arah barat daya dari pulau Kyūshū ke jarak 120 kilometer (75 mi) dari pulau Taiwan.

Dari segi pentadbiran, kepulauan ini dibahagi kepada Kepulauan Satsunan di utara yang tergolong dalam Wilayah Kagoshima dan Ryūkyū Shotō di selatan yang tergolong dalam Wilayah Okinawa, Jepun. Pulau Yoron ialah pulau paling selatan di kalangan Kepulauan Satsunan manakala Yonaguni adalah yang paling selatan dalam seluruh kepulauan Ryukyu. Pulau Ryukyu yang terbesar ialah Pulau Okinawa.

Kepulauan ini beriklim subtropika dan mengalami musim sejuk yang dingin dan musim panas yang hangat. Kerpasannya amat tinggi dan dipengaruhi oleh musim tengkujuh dan taufan.

East China Sea Map
Kedudukan Kepulauan Ryukyu

Nama Ryukyu

Dalam bahasa Jepun, takrifan Ryūkyū Shotō (琉球諸島)[2] memaksudkan bahagian Kepulauan Nansei yang terletak dalam Wilayah Okinawa (separuh selatan), berbanding pulau-pulau segugusan yang tergolong dalam Wilayah Kagoshima (separuh selatan). Dewasa ini, penggunaan istilah Ryūkyū (琉球) dalam bahasa Jepun memberi laluan kepada nama Okinawa (沖縄) yang dianggap sebagai sinonimnya.[3]

Sejarah

Lama dahulu, kepulauan ini diperintah oleh sebuah negara berdaulat iaitu Kerajaan Ryukyu, yang taklukannya dari Pulau Yonaguni di barat daya hingga Amami Ōshima di utara. Pada tahun 1372, Kerajaan Ryukyu menjadi negeri ufti Dinasti Ming.

Pada tahun 1609, Shimazu Tadatsune, Pemerintah Satsuma, menyerang Kerajaan Ryūkyū dengan armada 13 buah kapal jong dan 2,500 orang samurai, lalu mewujudkan pemerintahan pertuanan terhadap kepulauan itu. Pihak Shimazu tidak banyak menerima tentangan penduduk Ryukyu yang kekurangan keupayaan tentera lalu dititah oleh Raja Shō Nei agar menyerah kalah secara aman daripada menderita akibat kehilangan nyawa yang tersayang.[4] Semenjak itu, raja-raja Ryukyu menunaikan ufti kepada shogun Jepun dan juga maharaja China.

Pada tahun 1879, kerajaan Meiji mengumumkan pengilhakan kepulauan Ryukyu dalam empayar Jepun. Penghantar utusan raja Ryukyu pernah melutut di hadapan Zongli Yamen, pejabat hal-ehwal luar negara China di Beijing, selama tiga hari, untuk merayu agar pulau mereka tidak dipisahkan dari negara China. Negara China yang dilumpuhkan akibat korupsi dalaman dan pendudukan penjajah, terpaksa mengetepikan permohonan untuk perlindungan ketenteraan. Sebaliknya, China melakukan bantahan diplomatik dan meminta bekas Presiden Amerika Syarikat Ulysses S. Grant untuk menimbang tara kedudukan Ryukyu. Keputusan Grant menyebelahi Jepun atas alasan bahawa tuntutan Jepun kepada pulau itu adalah lebih kukuh, tanpa menghiraukan tuntuan penduduk asli Ryukyu kepada pulau ini.

Ketika Ryukyu diilhakkan, tentera Jepun membunuh para pentadbir dan orang awam Ryukyu yang menentang pengambilalihan Jepun. Wilayah Kerajaan Ryukyu kemudian diserap ke dalam Wilayah Satsuma di utara. Kemudian, dari kepulauan Ryukyu dan Satsuma, terbentuknya wilayah baru iaitu Okinawa Prefecture, setelah pembahagian pentadbiran Jepun dirombak semula. Pendidikan Jepun diwajibkan kepada anak-anak Ryukyu yang menetapkan agar mereka diajar berbahasa Jepun, mengamalkan budaya dan identiti Jepun, serta dilarang bertutur dalam bahasa asli mereka.

Kegiatan ketenteraan di pulau ini sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, khususnya Pertempuran Okinawa, meninggalkan natijah yang dahsyat kepada warga Okinawa. Kehilangan nyawa ramai orang awam menyebabkan mereka berasa tertindas oleh tentera Jepun dan Amerika. Okinawa kekal sebagai wilayah termiskin di Jepun sehingga kini.

Pihak Amerika Syarikat diberikan kuasa pentadbiran Kepulauan Ryukyu dari selatan garis lintang 29°N bersama kepulauan Pasifik yang lain, mengikut Perjanjian Damai San Francisco antara Pihak Berikat dan Jepun. Penguasaan tentera AS di Okinawa bermula dengan penubuhan Majlis Penasihat Okinawa pada tahun 1945. Pertubuhan tersebut lambat-laun menjadi kerajaan Kepulauan Ryukyu yang wujud dari tahun 1952 hingga 1972, apabila kedaulatannya diserahkan kepada Jepun.

Kini, timbulnya beberapa isu mengenai sejarah Ryukyu. Sesetengah orang Ryukyu dan orang Jepun berpendapat bahawa warga Ryukyu adalah berbeza dari golongan majoriti Yamato. Sesetengah penduduk asli Ryukyu mendakwa bahawa kerajaan pusat mendiskriminasi mereka dengan membenarkan begitu ramai askar Amerika berpangkalan di Okinawa padahal kehadiran tentera asing itu jarang sekali di tanah besar. Lebih-lebih lagi, ada yang bercadang agar Ryukyu berpisah dari Jepun.

Walau apapun, kepulauan Ryukyu terkenal sebagai tempat kelahiran sebilangan seniman terkenal, seperti kugiran Begin dan Orange Range, penyanyi Namie Amuro dan Gackt, dan juga kumpulan Da Pump.

Ekologi

Hutan malar hijau subtropika Nansei

Kepulauan Ryukyu diiktiraf oleh para ahli ekologi sebagai sebuah ekokawasan hutan daun lebar lembap tropika tersendiri. Sebagai sebahagian ekozon Indomalaya, flora dan fauna di kepulauan ini banyak persamaannya dengan Taiwan, Filipina, dan Asia Tenggara.

Terumbu karang

Terumbu karang di pesisir Ryukyu ditentukan sebagai salah sebuah ekokawasan Global 200 oleh Tabung Alam Sedunia. Terumbu tersebut diancam oleh pemendapan dan pengeutrofikatan yang kebanyakannya berpunca dari kegiatan pertanian, tidak lupa juga kerosakan dari kegiatan perikanan.

Pulau utama

Location of the Ryukyu Islands
Peta pulau-pulau utama Ryūkyū

Senarai ini berasaskan nama geografi Jepun masa kini:

  • Kepulauan Nansei
    • Kepulauan Satsunan (Separuh Utara)
      • Kepulauan Ōsumi dengan:
        • Tanegashima, Yakushima, Kuchinoerabujima, Mageshima di kelompok Timur Laut,
        • Takeshima, Iojima, Kuroshima di kelompok Barat Laut.
      • Kepulauan Tokara (Shichi-tō): Kuchinoshima, Nakanoshima, Gajajima, Suwanosejima, Akusekijima, Tairajima, Kodakarajima, Takarajima
      • Kepulauan Amami: Amami Ōshima, Kikaigashima, Kakeromajima, Yoroshima, Ukeshima, Tokunoshima, Okinoerabujima, Yoronjima
Lastsunsetjapan
Matahari terbenam terakhir sehari di Jepun dipandang dari Pulau Yonaguni.
    • Ryūkyū Shotō (Separuh Selatan)
      • Kepulauan Okinawa (Kelompok Tengah atau Ryukyu sebenar): Pulau Okinawa (aka. tanah besar Okinawa, Okinawa hontō), Kumejima, Iheyajima, Izenajima, Agunijima, Iejima, Iwo Tori Shima (Iōtorishima) [1]
        • Kepulauan Kerama: Tokashikijima, Zamamijima, Akajima, Gerumajima
        • Kepulauan Daitō: Kita daitō, Minami daitō, Oki daitō
      • Kepulauan Sakishima ("Further Isles")
        • Kepulauan Miyako: Miyakojima, Ikema, Ogami, Irabu, Shimoji, Kurima, Minna, Tarama
        • Kepulauan Yaeyama: Iriomote, Ishigaki, Taketomi, Kohama, Kuroshima, Aragusuku, Hatoma, Yubujima, Hateruma, Yonaguni
        • Kepulauan Senkaku (dituntut oleh RRC dan ROC): Uotsurijima, Kuba Jima, Taisho Jima, Kita Kojima, Minami Kojima

Lihat juga

Portal Jepun
  • Pechin (Samurai Ryukyu/Okinawa)
  • Orang Ryukyu
  • Sejarah Kepulauan Ryukyu
  • Agama Ryukyu
  • Muzik Ryukyu
  • Gerakan kemerdekaan Ryukyu
  • Kelab Kariyushi (Bekas Parti Kemerdekaan Ryukyu)

Rujukan

  1. ^ Tsuneyoshi, Ukita (1993). Nihon-dai-chizuchō (Grand Atlas Japan). Heibonsha. ISBN 4-582-43402-9.
  2. ^ "Ryūkyū Shotō (りゅうきゅう‐しょとう【琉球諸島】)". Daijisen dictionary / Yahoo Japan. Diarkibkan daripada asal pada 2012-07-09. Dicapai 2007-05-04.
  3. ^ "Ryūkyū (りゅうきゅう〔リウキウ〕【琉球】)". Daijisen dictionary / Yahoo Japan. Diarkibkan daripada asal pada 2012-07-22. Dicapai 2007-05-06.
  4. ^ Kerr, George H. (2000). Okinawa: the History of an Island People. (revised ed.) Boston: Tuttle Publishing.

Sumber tambahan

  • This article incorporates text from the 1878 edition of the Globe Encyclopaedia of Universal Information, a work in the public domain

Pautan luar

Koordinat: 26°19′58″N 127°44′56″E / 26.33278°N 127.74889°E

15 Mei

15 Mei merupakan hari ke-135 (hari ke-136 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 230 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Paraguay (1811)

Hari Guru di Korea Selatan dan Mexico

Hari Nakba di Palestin.

Agama Ryukyu

Agama Ryukyu, Ryukyu Shinto (琉球神道), Nirai Kanai Shinkou (ニライカナイ信仰), atau Utaki Shinkou (御嶽信仰) merupakan sistem kepercayaan masyarakat asli Kepulauan Ryukyu. Walaupun legenda dan tradisi tertentu yang berbeza dari tempat ke tempat dan pulau ke pulau, agama Ryukyu secara umumnya bercirikan penyembahan nenek moyang (lebih tepat memberi :penghormatan kepada nenek moyang") dan menghormati hubungan antara yang hidup, mati, dewa dan semangat alam semula jadi. Sebahagian daripada kepercayaannya, seperti yang berkaitan dengan semangat genius loci dan makhluk lain yang diklasifikasikan antara dewa-dewa dan manusia, menandakan akar animistik purba, seperti kebimbangannya terhadap mabui (まぶい?), atau intipati hidup.

Lama kelamaan, agama Ryukyu telah dipengaruhi dengan agama China (Taoisme, Konfusianisme, and kepercayaan rakyat), Buddhisme dan Shinto. Salah satu kepercayaan kuno ialah kepercayaan onarigami (おなり神), keunggulan semangat wanita yang datang dari Amamikyu, yang membenarkan pembinaan sistem noro.

Bahasa-bahasa Japonik

Bahasa-bahasa Japonik ialah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti anggota bahasa Jepun yang mana rata-rata bahasa-bahasa dipertuturkan di Kepulauan Jepun dan bahasa Ryukyu dipertuturkan di Kepulauan Ryukyu. Istilah ini diterima baik sebagai istilah linguistik yang dicatat oleh Leon Serafim."Japonik" atau "bahasa Jepun-Ryukyu" ialah keluarga bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa Jepun dan Ryukyu. Bahasa turun-temurun ini juga dikenali sebagai "Proto-Japonik".Para cendekiawan bahasa telah membincangkan asal-usul bahasa Japonik yang wujud pada hari ini sebagai gabungan isu berkaitan yang tidak dapat diselesaikan. Hubungan yang paling jelas setakat ini menunjukkan bahasa Japonik mempunyai persamaan toponim di Korea Selatan yang barangkali boleh didapati dalam bahasa Gaya (Kara) atau bahasa lain yang jarang dibuktikan keberadaannya.

Bahasa Ryukyu

Bahasa Ryukyu (sebelum ini dieja "Luchu) dituturkan di Kepulauan Ryukyu dan terangkum sebagai sebuah subkumpulan kecil dalam Rumpun bahasa Japonik. Ia juga secara kontroversinya ialah subkumpulan Bahasa Altai.

Bahasa-bahasa Ryukyu dan bahasa Jepun menyimpang "tidak lama sebelum bukti-bukti bertulis yang pertama dari Jepun muncul iaitu dikatakan pada satu ketika sebelum abad ke-7".

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Geografi Jepun

Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama Jepun, dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.

73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun.

Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Gempa Bumi Agung Hanshin yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.

Kepulauan Senkaku

Kepulauan Senkaku (尖閣諸島, Senkaku Shotō), juga dikenal dengan sebutan Kepulauan Diaoyutai (Cina Tradisional: 釣魚台群島, Cina Ringkas: 钓鱼台群 岛, pinyin: Diàoyútái Qúndǎo, arti harfiah: "kepulauan berplatform miring" ), atau Kepulauan Pinnacle, adalah sekelompok pulau tidak berpenghuni yang dipertikaikan yang pada masa ini dalam pengawasan Jepun, tetapi juga dituntut oleh Republik China sebagai bahagian dari Provinsi Taiwan, kota Toucheng di Kabupaten Yilan. Kepulauan ini terletak di sebelah timur laut Taiwan , di sebelah barat Okinawa, dan sebelah utara dari ujung barat daya Kepulauan Ryukyu di Laut China Timur.

Status kepulauan tersebut telah muncul sebagai isu utama dalam hubungan luar negeri antara Republik Rakyat China dan Jepun serta antara Jepun dan Republik China. Pemerintah Jepun menganggap pulau tersebut sebagai bahagian dari Prefektur Okinawa. Sementara itu meskipun kompleksitas hubungan RRC-Taiwan telah mempengaruhi upaya untuk menunjukkan kedaulatan China atas kepulauan tersebut, kedua pemerintah sepakat bahwa pulau-pulau tersebut adalah bahagian dari Taiwan, yang pada masa ini dikelola oleh Republik China.

Kerajaan Ryukyu

Kerajaan Ryukyu (bahasa Ryukyu: 琉球國 rūchū-kuku; bahasa Jepun: 琉球王国 ryūkyū-ō-koku; bahasa Cina: 琉球國 liúqiúguó) merupakan negara di Kepulauan Ryukyu yang wujud dari tahun 1429 sehingga 11 Mac 1879.

Laut Filipina

Laut Filipina merupakan sebuah laut kecil yang terletak di bahagian timur dan utara Filipina. Ia dianggarkan mempunyai keluasan 2 Juta m² (5 Juta km²) di bahagian barat Lautan Pasifik Utara. Ia disempadani oleh pulau-pulau Filipina, Samar, Leyte dan Mindanao) di barat daya, Palau, Yap, dan Ulithi (dari Carolines) di bahagian tenggara, Kepulauan Mariana termasuk Guam, Saipan, dan Tinian di bahagian timur, Bonin dan Iwo Jima di timur laut, pulau-pulau Jepun Honshu Shikoku, dan Kyushu di utara; Kepulauan Ryukyu ( Okinawa, Miyako, dan Yaeyama) di bahagian barat laut, dan Taiwan di hujung baratnya.

Lantainya berbentuk lembangan berstruktur yang disebabkan oleh pelbagai siri perubahan geologi dan zon rekahan. Pembentukan lengkokan pulau akibat gunung berapi disebabkan oleh aktiviti pergerakan tektonik di kawasan tersebut dan menjadikan Laut Filipina menghampiri bahagian utara, timur dan selatan. Ciri-ciri lain yang menonjol adalah adanya jurang laut yang dalam, di antaranya adalah Jurang Filipina dan Jurang Mariana, iaitu kawasan terdalam di dunia.

Laut pinggir

Istilah laut pinggir biasanya mempunyai dua erti berlainan.

Sebagai istilah oseanografi, laut pinggir menyatakan laut separa tertutup bersebelahan dengan atau luas terbuka terhadap lautan lepas di permukaan, tetapi disempadani oleh permatang sublaut di atas dasar laut.Sebagai istilah geopolitik, laut pinggir adalah bersamaan dengan perairan wilayah. Pentakrifkan penggolongan wilayah laut di bawah bidang kuasa sesebuah negeri sebagai "laut pinggir" adalah penting dalam penentuan sumber laut yang boleh dieksploitasi oleh negeri itu.

Orang Ryukyu

Orang Ryukyu atau Orang Lewchew (琉球民族, Ryūkyū minzoku, Bahasa Okinawa: Ruuchuu minzuku) adalah penduduk pribumi bagi kepulauan Ryukyu yang terletak diantara pulau Kyūshū dan pulau Taiwan. Kumpulan Ryukyu yang umumnya diiktiraf adalah Amami, Okinawa, Miyako, Yaeyama, dan Yonaguni. Secara geografi, mereka hidup di dalam sama ada Okinawa atau Kagoshima. Bahasa mereka, seperti Uchinaaguchi, emebentuk rumpun bahasa Ryukyu, satu daripada dua cabang rumpun bahasa Jepun, yang lain merupakan Jepun dan dialek-dialek nya.

Orang Yamato

Orang Yamato (大和民族, Yamato-minzoku) adalah nama bagi kumpulan etnik peribumi di Jepun. Ia adalah satu istilah yang telah digunakan sekitar akhir abad ke-19 untuk membezakan penduduk tanah besar Jepun daripada kumpulan-kumpulan minoriti etnik lain yang tinggal di kawasan pinggir Jepun, seperti Ainu, orang Ryukyu, Nivkh, Ulta, serta orang Korea, orang Taiwan, dan kaum asli Taiwan yang telah dimasukkan ke dalam Empayar Jepun dalam awal abad ke-20. Nama "Yamato" berasal dari dinasti Yamato yang wujud di Jepun pada kurun ke-4. Ia pada asalnya nama rantau tersebut yang mana orang-orang Yamato mula menetap di Wilayah Nara.

Pada kurun ke-6, rakyat satu Yamato puak-puak yang banyak, asal-usul pelbagai, yang telah menjajah Jepun dalam prasejarah— mengasaskan sebuah negara negara yang bermodelkan negeri Cina Sui dan Tang, pusat pengaruh politik Asia pada masa itu. Apabila pengaruh Yamato berkembang, bahasa Jepun kuno mereke menjadi bahasa pertuturan yang biasa. Bahasa Ryukyu, bahasa kepulauan Ryukyu, berpecah dari bahasa Jepun kuno diantara kurun ke-3 dan ke-5.

Terdapat, bagaimanapun, perselisihan pendapat sama ada untuk memasukkan yang orang Ryukyu kedalam Yamato, atau mengenal pasti mereka sebagai kumpulan etnik bebas, atau sebagai kumpulan kecil yang merupakan etnik Jepun bersama-sama dengan Yamato kerana persamaan rapat yang disyorkan oleh genetik dan linguistik.Shinobu Orikuchi (折口信夫, Orikuchi Shinobu) menjelaskan orang Ryukyu adalah "orang Jepun awal" (原日本人, gen nippon jin), dimana Kunio Yanagita mencadangkan mereka adalah kumpulan kecil yang menetap dalam Kepulauan Ryukyu manakala gelombang migrasi utama bergerak ke utara untuk menyelesaikan kepulauan Jepun dan menjadi orang Yamato.

Konsep "darah tulen" sebagai satu kriteria untuk keunikan Yamato minzoku mula beredar di sekitar 1880 di Jepun, pada sekitar masa beberapa ahli-ahli sains Jepun telah memulakan siasatan ke atas egenitka (優生学 yūseigaku).Dalam Jepun hari ini, istilah Yamato-minzoku boleh dilihat sebagai kuno untuk melambangkan gagasan kaum yang telah dibuang dalam banyak lingkaran sejak kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II. "Orang Jepun" atau "Orang Jepun di Jepun" sering digunakan untuk sebagai ganti, walaupun istilah-istilah ini juga mempunyai komplikasi yang terhutang kepada pengadunan samar-samar antara etnik dan kewarganegaraan. Professor Mark Levin mencadangkan mengguna pakai kepada penggunaan umum istilah "wajin" / 和人, telah digunakan dalam wacana untuk membezakan orang Jepun bukan Ainu daripada orang Ainu, sebagai istilah global sesuai untuk etnik orang-orang Jepun di Jepun hari ini.

Papilio polytes

Papilio polytes ialah satu spesies kupu-kupu ekor layang-layang butterfly yang tertabur luas di merata Asia. Kupu-kupu ini terkenal dengan sifat kemimikan yang diperlihatkan oleh yang betina dengan memimik kupu-kupu lain yang tidak boleh dimakan seperti Pachliopta aristolochiae dan Pachliopta hector. Ia mempunyai lebar sayap sekitar 70–85 mm.Kupu-kupu ini tertabur di negara-negara Pakistan, India, Nepal, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, China barat dan selatan (termasuk Hainan), Taiwan, Hong Kong, Jepun (Kepulauan Ryukyu), Vietnam, Laos, Kampuchea, Andaman,Nicobar, Malaysia Barat dan Timur, Brunei, Indonesia (kecuali Maluku dan Papua), Filipina, dan Kepulauan Mariana Utara (Saipan).

Penaklukan Jepun ke atas Taiwan (1874)

Ekspedisi punitif Jepun ke Taiwan pada tahun 1874, yang dirujuk di Jepun sebagai Ekspedisi Taiwan (bahasa Jepun: 台湾出兵, Romaji: Taiwan Shuppei) dan di Taiwan dan tanah besar China sebagai peristiwa Mudan (Bahasa Cina: 牡丹社事件), ialah ekspedisi penghukum yang dilancarkan oleh Jepun sebagai pembalasan atas pembunuhan 54 pelaut Ryukyu oleh orang asli Paiwan berhampiran hujung barat daya Taiwan pada Disember 1871. Kejayaan ekspedisi, yang menandakan pengangkatan tentera darat pertama di Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun, mendedahkan kerapuhan penahanan dinasti Qing di Taiwan dan menggalakkan pengembaraan Jepun lebih lanjut. Secara diplomatik, penggabungan Jepun dengan China pada 1874 akhirnya diselesaikan oleh arbitras British di mana Qing China bersetuju untuk mengimbangi Jepun untuk kerosakan harta benda. Beberapa perkataan yang samar-samar dalam istilah yang dipersetujui kemudiannya diperdebatkan oleh Jepun untuk mengesahkan penolakan Cina terhadap kekuasaan di Kepulauan Ryukyu, membuka jalan untuk penggabungan Jepun Ryukyu secara de facto pada tahun 1879.

Pulau Okinawa

Pulau Okinawa terletak di utara Jepun. Ia merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu dan lokasi terletaknya bandar Naha, ibu Wilayah Okinawa. Luasnya 1,201.03 km2. Menurut banci penduduk September 2009, 1,384,762 orang tinggal di pulau itu. Bahasa Uchinaguchi menjadi bahasa harian penduduk.

Seni bela diri Karate dicipta dan dibangunkan di pulau ini. Pada Februari 2010 gempa bumi berlaku di pulau itu,

Taufan Goni 2015

Taufan Goni, di kenali di Filipina sebagai Taufan Ineng, kini merupakan sebuah pusaran taufan tropika yang membadai Laut jepun, kini sedang memberi kesan kepada Kepulauan Ryukyu dan Kyushu. Terdapat 15 nama ribut dalam siri Musin taufan Pasifik 2015, Goni mula muncul sebagai ganguan tropika lemah, yang terbentuk oleh kepulan awan lemah beberapa batu nautika dari timur tenggara Guam. Namun sistem siklon ini bertambah kuat menjadi suatu bentuk tekanan atmosfera pada 13 Ogos, dan berubah menjadi ribut pada keesokan harinya. Sama seperti kesan yang berlaku akibat taufan tropika yang terjadi lebih awal pada awal bulan Ogos 2015, iaitu Taufan Soudelor (2015), Goni dilihat memberi impak kepada Kepulauan Mariana sebelum kekuatannya bertambah dan menjadi taufan kuat yang keenam.

Tiga Kerajaan (nyahkekaburan)

Tiga Kerajaan ialah ungkapan untuk:

China: Tiga Kerajaan, iaitu Wei, Shu, dan Wu

Rekod Tiga Kerajaan, daftar karya sejarah

Hikayat Tiga Kerajaan, novel bersejarah

Jepun: Tiga kerajaan Kepulauan Ryukyu: Hokuzan, Chūzan, dan Nanzan, yang sejarah mereka bersama-sama dikenali sebagai Zaman Sanzan (三山, sanzan, Tiga Gunung)

Korea: Tiga Kerajaan Korea, iaitu Goguryeo, Baekje, dan Silla.

United Kingdom: Kerajaan England, Scotland, dan Ireland pada zaman sebelum pembentukan United Kingdom. Umpamanya, istilah ini didapati dalam karya-karya Jonathan Swift dan lebih terkini, dalam Perang-perang Tiga Kerajaan, suatu siri pertempuran antara Britain dengan Ireland (1639-51) yang merangkumi pertempuran yang dikenali sebagai "Perang Saudara Inggeris".

Trimeresurus flavoviridis

Trimeresurus flavoviridis merupakan satu spesies ular kapak berbisa yang endemik di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Nama tempatannya ialah habu.

Di pulau Okinawa, spesies ini diburu ramai-ramai terutamanya untuk membuat sejenis arak yang memiliki sifat perubatan dan bernama awamori. Arak ini dibuat dengan menapai ular dan menjual hasil araknya dalam botol yang kadang-kadang juga berisi bangkai ular itu.

Wilayah Okinawa

Prefektur Okinawa (沖縄県, Okinawa-ken) atau Uchinā dalam bahasa Okinawa adalah wilayah Jepun yang terletak paling selatan, dan terdiri daripada 169 pulau yang dikenali sebagai Kepulauan Ryukyu, di gugusan kepulauan sepanjang 1000 km, dari barat daya Kyushu hingga ke Taiwan, walaupun pulau-pulau di sebelah utara merupakan bahagian Wilayah Kagoshima.

Ibu kota Okinawa, Naha, terletak di bahagian selatan pulau terbesar dan yang paling padat, Pulau Okinawa, sekitar setengah perjalanan antara Kyushu dan Taiwan. Kepulauan Senkaku juga diperintah sebagai bahagian dari wilayah Okinawa.

Zhejiang

29°0′N 120°0′E

Zhejiang (Bahasa Cina: 浙江; pinyin: Zhèjiāng dahulunya dieja Chehkiang atau Chekiang) ialah sebauh wilayah di pantai timur Republik Rakyat China. Nama Zhejiang (sungai bengkok) merupakan nama lama bagi Sungai Qiantang yang melintasi bandaraya Hangzhou, ibu wilayah berkenaan. Nama wilayah ini sering disingkatkan menjadi "Zhe".

Zhejiang bersempadan dengan wilayah Jiangsu dan kawasan perbandaran Shanghai di utara, wilayah Anhui di barat laut, wilayah Jiangxi di barat, dand wilayah Fujian di selatan; di sebelah timurnya ialah Laut China Selatan, di mana terletaknya Kepulauan Ryukyu Jepun di seberang.

Flag of Japan (bordered).svg Pembahagian pentadbiran dan kawasan di Jepun Go-shichi no kiri crest 2.svg
Kawasan
Wilayah

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.