Kepercayaan

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.

Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

20 April

20 April merupakan hari ke-110 (hari ke-111 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 255 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Ridván yang bermula ketika matahari terbenam untuk Kepercayaan Bahá'í.

2 Mac

2 Mac merupakan hari ke-61 (hari ke-62 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 304 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Maghribi 1956)

Hari pertama Puasa 19 Hari (Kepercayaan Bahá'í).

Agama

Agama (Tulisan Jawi: اڬام) pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.

Pernyataan seperti jampi,mantera dan kalimat suci.

Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)

Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Agama Yahudi

Teras kepercayaan penganut Agama Yahudi/Judais ialah wujudnya Tuhan yang Maha Esa (YHWH), pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang YHWH (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat. Agama Yahudi merupakan agama monoteisme yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu dan tunggal, dan merupakan salah satu agama dari keluarga agama samawi.

Penganut Yahudi percaya YHWH telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada YHWH. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yaakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yaakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan YHWH. YHWH kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintahmelalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

Sinagog merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

Animisme

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.

Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.

Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7,5 juta orang Dayak yang tergolong pemeluk animisme.

Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

Bahá'í

Bahai ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850M).

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu (?), walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Falsafah Islam

Templat:Rewrite

Falsafah Islam adalah suatu cabang pengajian Islam, dan adalah suatu percubaan yang berlarutan untuk mencipta harmoni di antara falsafah (alasan) dan ajaran Islam (kepercayaan).

Hari Akhirat

Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.

Hadis Muhammad yang bermaksud:

- Hadis riwayat Imam Muslim.

Ideologi

Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.

Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.

Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana. Berikut adalah sebahagian pengertian ideologi:

Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).

Machiavelli:Ideologi adalah sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh penguasa.

Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya.

Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama dalam masyarakat.

Muhammad Muhammad Ismail: Ideologi (Mabda’) adalah pemikiran mendasar yang sama sekali tidak dibangun (disandarkan) di atas pemikiran pemikiran yang lain.

Manakala fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman iaitu “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara”. Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi.

Perbezaan antara fahaman dan ideologi adalah fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat. Manakala, ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia

Konfusianisme

Konfusianisme (pinjaman kata Bahasa Inggeris: Confucianisme daripada nama "Confucius") bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

Asas sistem pemikiran ini didirikan oleh Kongzi yang lahir di negara China pada tahun 551 SM; ajarannya dinamakan daripada nama diberikannya kepadanua dalam bahasa Latin iaitu "Confucius". Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Kongzi banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

Ajaran ini mempunyai beberapa titik muncul yang utama:

Pementingan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.

Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.

Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.Beliau tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.

Ia dikembangkan oleh muridnya Mengzi ke seluruh tanah China dengan beberapa perubahan ketara. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Kongzi telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

Kristian

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע, Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahweh Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

Lambang negara Indonesia

Garuda Pancasila merupakan lambang negara Indonesia. Lambang ini dicipta oleh Panitia yang diketuai oleh Sultan Hamid II dari Pontianak, yang kemudian disempurnakan oleh Presiden Sukarno. Sedangkan Pancasila itu sendiri merupakan dasar falsafah negara Indonesia, kata "Pancasila" terdiri daripada dua patah perkataan bahasa Sanskrit, iaitu pañca yang bermaksud "lima" dan śīla yang bermaksud "prinsip" atau "asas".

Mitos

Mitos (daripada bahasa Greek μύϑος mythos) menurut pengertian Kamus Dewan, ialah "cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya)."

Mitos juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan.

Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara.

Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Suku Jawa

Suku Jawa (bahasa Jawa ngoko: ꦮꦺꦴꦁꦗꦮ/ wong Jawa, krama: ꦠꦶꦪꦁꦗꦮꦶ/ tiyang Jawi) adalah suku yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 112 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah Yogyakarta serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.

Syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam.

Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

Teks bahasa Arab:

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Transliterasi:

LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.

Terjemahan ke bahasa Melayu

Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab, pengucapan perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim.

Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Tauhid

Tauhid (bahasa Arab: توحيد) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". Lawan untuk Tauhid ialah "mengelak daripada membuat", dan dalam bahasa Arab bermaksud "pembahagian" dan merujuk kepada "penyembahan berhala".

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:

"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

Persoalan ‘Apa itu tauhid?’ seringkali dijawab dengan ayat-ayat yang bermaksud bahawa puncak kenyataan tauhid adalah ucapan kalimah syahadah, dan sering juga berlaku apabila jawapan itu diungkap tanpa sedikit pun mengetahui makna ucapan itu. Jika yang ditanya mempunyai lebih pengetahuan, maka padanya, Tuhan itu ialah yang menciptakan sendiri kerajaan-Nya, dan jawapan yang diberi akan berkait rapat dengan tauhid rububiyah sahaja.

Kalimah ‘laa ilaha illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, dimana selepas kita berusaha, tetap kita perlu kepada Allah.

Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata.

Allah berfirman

“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)Dan Allah berfirman lagi

“Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)Ayat-ayat begini banyak dalam Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.

Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.

Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya. Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.

Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:

"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."

Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang memerihalkan Tuhan sebagai tiga makhluk.

Teologi

Teologi merupakan taakulan dan perbincangan mengenai Tuhan atau dewa-dewi, ataupun secara meluasnya berkaitan dengan agama, kepercayaan dan kerohanian. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Greek, iaitu θεός, theos (Tuhan) dan λόγος, logos (kata).

Alhi teologi menggunakan analisis serta taakulan (falsafah, etnografi dan sejarah) untuk mengkaji, menerangkan atau memberi pandangan terhadap isu-isu berkaitan dengan keagamaan. Dahulunya kajian ini hanya terhad kepada agama Kristian tetapi kini telah diperluas kepada agama dan kepercayaan lain, meskipun dalam sedikit kontrversi. Terdapat juga sedikit kajian mengenai isu

Perbandingan Perspektif Antara Aliran Teologi

Teologi agama Islam juga dipanggil kalam.Antara tokoh Islam yang mempelajari bidang teologi ialah Ibn al-Nafis..

Wilayah Adana

Wilayah Adana adalah sebuah wilayah yang terletak di tenggara Turki. Nama Adana diperkirakan berasal dari perkataan Adanus, putera Uranus (Dewa langit dalam kepercayaan Yunani kuno).

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.