Karbonat

Dalam kimia, karbonat ialah garam asid karbonik yang dicirikan dengan kewujudan ion karbonat, CO2−
3
. Namanya juga boleh membawa maksud ester kepada asid karbonik, iaitu sebatian organik yang mengandungi kumpulan karbonat C(=O)(O-)2.

Istilah ini juga digunakan sebagai kata kerja untuk menerangkan pengkarbonatan: proses meningkatkan kepekatan ion karbonat dan bikarbonat dalam air untuk menghasilkan air berkarbonat dan minuman berkarbonat yang lain, sama ada dengan cara penambahan gas karbon dioksida bertekanan, atau dengan melarut garam karbonat atau bikarbonat dalam air.

Dalam geologi dan mineralogi, istilah "karbonat" boleh merujuk kepada mineral karbonat dan batu karbonat (yang terbentuk terutamanya daripada mineral karbonat), dan kedua-duanya mengandungi banyak ion karbonat, CO2−
3
. Terdapat berbagai-bagai jenis mineral karbonat dan ia melata dalam batuan endapan yang dimendak secara kimia. Mineral karbonat yang paling biasa ialah kalsit atau kalsium karbonat, CaCO3, komponen utama batu kapur, cangkerang moluska dan batu karang; dolomit, sejenis karbonat kalsium-magnesium, CaMg(CO3)2; dan siderit, atau ferum(II) karbonat, FeCO3, bijih besi yang penting. Natrium karbonat (soda) dan kalium karbonat (potasy) telah digunakan sejak dahulu lagi untuk kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan, serta dalam penghasilan kaca. Karbonat banyak digunakan dalam industri, misalnya untuk melebur besi, sebagai bahan mentah untuk pengeluaran simen Portland dan kapur, dalam komposisi saduran seramik, dan sebagainya.

Karbonat
Sifat
CO2−
3
Jisim molar 60.01 g mol-1
Kecuali di mana yang dinyatakan, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan standardnya (pada 25 °C, 100 kPa)
Rujukan infobox

Struktur dan pengikatan

Ion karbonat ialah anion oksokarbon yang paling ringkas. Ia terdiri daripada satu atom karbon dan dikelilingi tiga atom oksigen dalam susunan pelan trigonal dengan simetri molekul D3h. Ia mempunyai jisim molekul 60.01 dalton dan membawa cas formal negatif dua. Ia adalah bes konjugat ion hidrogen karbonat (bikarbonat), HCO
3
, yang merupakan bes konjugat bagi asid karbonik, H2CO3.

Struktur Lewis bagi ion karbonat mempunyai dua ikatan tunggal (panjang) kepada atom-atom oksigen bercas negatif, dan satu satu ikatan ganda dua ke atom oksigen neutral.

Struktur Lewis yang ringkas dan disetempatkan bagi ion karbonat

Struktur Lewis yang ringkas dan disetempatkan bagi ion karbonat

Struktur ini tidak sepadan dengan simetri yang telah diperhatikan bagi ion ini yang menyatakan bahawa ketiga-tiga ikatan sama panjangnya dan ketiga-tiga atom oksigen adalah serupa. Seperti mana keadaan ion nitrat yang isoelektronik dengan ion karbonat, simetri ini boleh dicapai dengan resonans antara tiga struktur:

Struktur resonans ion karbonat

Struktur resonans ion karbonat

Resonans ini boleh diringkaskan oleh model dengan ikatan pecahan dan cas yang dinyahsetempatkan:

Penyahsetempatan dan cas separa ion karbonat
Model mengisi ruang ion karbonat

Penyahsetempatan dan cas separa ion karbonat
Model mengisi ruang ion karbonat

Ciri-ciri kimia

Karbonat logam biasanya mereput apabila dipanaskan, dan membebaskan karbon dioksida daripada kitaran karbon jangka panjang kepada kitaran karbon jangka pendek dan meninggalkan oksida logam itu. Proses ini dinamakan pengkalsinan, daripada perkatan Latin calcinare (bakar kapur) kerana kegunaan utama proses ini adalah untuk mereputkan batu kapur untuk menghasilkan simen.

Garam karbonat terbentuk apabila ion bercas positif, M+, terikat dengan atom oksigen bercas negatif ion karbonat, dan membentuk sebatian ion:

2 M+ + CO2−
3
→ M2CO3
M2+ + CO2−
3
→ MCO3
2 M3+ + 3 CO2−
3
→ M2(CO3)3

Kebanyakan garam karbonat tidak boleh larut dalam air pada suhu dan tekanan piawai, dengan pemalar keterlarutan kurang daripada 1 × 10-8. Pengecualian bagi ini ialah karbonat litium, natrium, kalium dan ammonium, serta kebanyakan karbonat uranium.

Dalam larutan akua, karbonat, bikarbonat, karbon dioksida dan asid karbonik wujud bersama-sama dalam keseimbangan dinamik. Dalam keadaan yang sangat bes, ion karbonat wujud paling banyak, manakala dalam keadaan bes lemah, ion bikarbonat didapati secara lazim. Dalam keadaan yang lebih berasid, karbon dioksida akua, CO2 (aq), ialah bentuk utama yang, dengan air, H2O, berada dalam keseimbangan dengan asid karbonik - keseimbangannya lebih ke arah karbon dioksida. Oleh itu, natrium karbonat bersifat bes, natrium bikarbonat bersifat bes lemah, manakala karbon dioksida sendiri adalah asid lemah. Perhatikan yang walaupun garam karbonat kebanyakan logam tidak boleh larut dalam air, garam bikarbonat boleh larut dalam air. Keseimbangan antara karbonat, bikarbonat, karbon dioksida dan asid karbonik dalam air, di bawah keadaan suhu dan tekanan yang berubah-ubah serta dengan kehadiran ion logam dengan karbonat tidak boleh larut, boleh membawa kepada pembentukan sebatian tidak boleh larut. Ini yang menyebabkan pembentukan keladak dalam paip yang disebabkan oleh air liat.

Lihat juga

  • Oksalat
  • Natrium perkarbonat
  • Peroksokarbonat
Asid karbonik

Asid karbonik (nama lama bagi asid udara) mempunyai formula H2CO3. Ia juga merupakan suatu nama yang kadangkala diberik kepada larutan Karbon dioksida dalam air, yang mana mengandungi butiran kecil H2CO3. Garam-garam asid karbonik dipanggil bikarbonat (atau hidrogen karbonat) dan karbonat. Ia merupakan asid lemah. Asid karbonik seharusnya tidak dikelirukan dengan asid karbolik, nama lama bagi fenol.

Barium

Barium (sebutan bahasa Inggeris: /ˈ/ ( dengar) BAIR-ee-əm) merupakan unsur kimia dengan simbol Ba dan nombor atom 56. Barium merupakan unsur kelima dalam Kumpulan 2, logam alkali bumi dan bersifat lembut keperakan. Barium tidak terdapat secara semula jadi dalam bentuk tulen kerana ia bertindak balas dengan aktif dengan udara Bumi. Barium oksida dalam sejarah dikenali sebagai baryta tetapi ia bertindak balas dengan air dan karbon dioksida dan tidak terdapat dalam bentuk galian. Bentuk semula jadi galian paling sering didapati adalah dalam bentuk ion barium sulfat tidak larut, BaSO4, dan barium karbonat, BaCO3. Nama barium berasal dari bahasa Greek barys (βαρύς), bererti "berat", menggambarkan ketumpatan tinggi sesetengah bijih mengandungi barium biasa.

Barium memiliki sedikit kegunaan industri, tetapi logam ini telah digunakan bagi menghapus udara dalam tiub vakum. Sebatian barium memberikan warna hijau pada nyalaan api dan digunakan bagi menghasilkan bunga api. Barium sulfat digunakan bagi ketumpatannya, ketidaklarutannya, dan dalam bentuk tulen, sebagai optik sinar-X. Ia digunakan sebagai pes seperti lumpur berat tidak larut bagi menggali telaga minyak, dan jika dalam bentuk tulen, barium digunakan sebagai agen radiokontras bagi pengimbasan saluran penghadaman manusia (gastrointestinal tract). Sebatian barium larut adalah beracun disebabkan pembebasan ion barium yang boleh larut, dan telah digunakan sebagai racun tikus. Kegunaan baru bagi barium dikaji secara berterusan. Ia merupakan sebatian bagi sesetengah superkonduktor bersuhu tinggi dan elektroseramik.

Batu kapur

Batu kapur (bahasa inggris: limestone) (CaCO3) merupakan sejenis batuan enapan yang terdiri daripada mineral kalsit dan aragonit, yang merupakan dua varian yang berbeza daripada CaCO3 (kalsium karbonat). Sumber utama dari kalsit ialah organisma laut. Organisma ini mengeluarkan rangka yang keluar ke air dan terdeposit di dasar lautan sebagai kelodak pelagik (lihat lsoklin untuk maklumat tentang dissolusi kalsit).

Kalsit sekunder juga dapat didepositkan oleh air meteorik tersupersaturasi (air tanah yang mengendapkan material di gua). Ini menghasilkan speleothem seperti stalagmit dan stalaktit. Bentuk yang lebih jauh terbentuk dari Oolite (batu kapur Oolitik) dan dapat dikenali dengan penampilannya yang granular. Batu kapur membentuk 10% dari seluruh isipadu batuan sedimen.

Batu pasir

Batu pasir (kadangkala dikenali sebagai arenit) ialah sejenis batuan enapan klasik. Ia adalah sejenis batu yang terhasil daripada pasir mampat yang "digam" bersama dengan kalsium karbonat. Batu ini terdiri daripada mineral bersaiz pasir ataupun bijian batu. Seperti pasir, warna batu pasir tidak tentu, namun yang paling biasa ialah sawo matang, perang, kuning, merah, kelabu dan putih.

Batu pasir tahan luluhawa, dan digunakan untuk membina bangunan di banyak negara. Apabila batu pasir dipanaskan ia bertukar ke warna hitam. Ia boleh digunakan untuk menghias rumah. Sebagai contoh, jubin jalan dibuat daripada batu pasir.

Ceres (planet kerdil)

Ceres (nama planet minor: 1 Ceres) ialah sebuah planet kerdil yang terletak di lingkaran asteroid Sistem Suria di antara orbit Marikh dan Musytari.. Ceres ditemui pada 1 Januari 1801 oleh Giuseppe Piazzi. Apabila ditemui Ceres dikelaskan sebagai sebuah planet, namun setengah abad kemudian dan selama 150 tahun selanjutnya, Ceres dikelaskan sebagai sebuah asteroid. Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memutuskan untuk mengubah status Ceres menjadi "planet kerdil".

Ceres mempunyai jisim sebesar 9.45 ± 0.04 × 1020 kg. Dengan diameter sekitar 950 km, Ceres adalah benda angkasa terbesar di lingkaran asteroid utama dan planet kerdil terkecil yang diketahui setakat ini. Ia memiliki kira-kira satu pertiga jisim agregat seluruh lingkaran asteroid. Ia dinamakan bersempena Dewi Rom Ceres.

Permukaan Ceres berkemungkinan terdiri daripada campuran ais air dan pelbagai galian hidrat seperti karbonat dan mineral lempung. Ia kelihatan boleh dibezakan kepada teras batu dan mantel ais, dan mungkin menyembunyikan lautan air di bawah permukaannya. Dari Bumi, magnitud ketara Ceres berjulat daripada 6.7 hingga 9.3, dan oleh itu amat malap untuk dilihat dengan mata kasar kecuali langit sangat gelap.Pada 22 Januari 2014, ahli sains ESA melaporkan pengesanan pengeluaran wap air dari beberapa kawasan latitud-tengah setempat Ceres. Pengesanan muktamad pertama ini dibuat menggunakan keupayaan inframerah jauh Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel. Penemuan ini tidak dijangka kerana walaupun komet lazim mengeluarkan "kepulan dan jet", asteroid secara umumnya tidak.

Cincau

Cincau (bahasa Inggeris: grass jelly atau leaf jelly; (bahasa Cina: 涼粉 liáng fěn or 燒仙草 shāo xiān cǎo; bahasa Hokkien: 仙草 sian-chháu; bahasa Indonesia: cincau hitam) ialah sejenis makanan bak agar-agar yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pembasuh mulut serta juga dalam minuman. Dikatakan bersifat diuretik, cincau dijual dalam bentuk tin atau bungkusan di pusat-pusat membeli-belah di Asia.

Cincau dibuat dengan merebus rumput atau daun pudina (khususnya Pokok Cincau, Mesona chinensis) bersama-sama kalium karbonat dan kemudiannya mendinginkan cecairnya sehingga menjadi seolah-olah agar-agar. Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap untuk menghasilkan sejenis minuman yang dianggap mempunyai sifat yin yang dapat menyejukkan badan. Warnanya minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit merupai iodin. Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia juga boleh dicampurkan dengan air kacang soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson" di Asia Tenggara dan Oakland (sila lihat laman web Kafe Uncle Lim). Di Asia Tenggara, cincau juga dicampurkan ke dalam berbagai-bagai pembasuh mulut, seperti ais kacang dan cendol.

Cincau telah dikilangkan di Indonesia sebagai sejenis serbuk segera seperti dengan serbuk agar-agar yang lain. Serbuknya yang lebih mudah digunakan diperbuat daripada daun Mesona palustris. Dua jenis tumbuhan yang lain yang juga dipergunakan ialah:

Pokok Cincau Perdu (Melastoma polyanthum); dan

Pokok Cincau Hijau (Cyclea barbata, Miers). [1]

Formula kimia

Formula kimia ialah simbol atau simbol-simbol unsur yang digabungkan dan ditulis bersama untuk mewakili suatu sebatian kimia. Ia bertujuan untuk menerangkan maklumat mengenai hubungan atom dalam sebatian kimia.

Daripada formula kimia, kita boleh mendapat maklumat tentang :

Jenis atom yang hadir

Nisbah gabungan atomTerdapat dua jenis formula kimia iaitu :

Formula empirik

Formula molekul

Kalsium

Kalsium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang bersimbolkan Ca dan mempunyai nombor atom 20. Ia adalah unsur kelima paling berlimpah dalam kerak Bumi. Kalsium amatlah penting bagi organisma hidup, terutamanya dalam fisiologi sel, dan merupakan unsur paling biasa dalam kebanyakan haiwan.

Kalsium bikarbonat

Kalsium bikarbonat (Tulisan Jawi: كلسيوم بيكربونات), juga dikenali sebagai kalsium hidrogen karbonat, mempunyai rumus kimia Ca(HCO3)2. Istilah ini tidaklah merujuk kepada sebatian pepejal yang biasa; ia wujud hanya dalam bentuk larutan akueus yang mengandungi ion kalsium (Ca2+), bikarbonat (HCO3–), dan karbonat (CO32–), bersama karbon dioksida (CO2) terlarut. Kepekatan relatif bagi spesis berkarbon ini bergantung kepada pH, bikarbonat menyerlah dalam julat 6.36-10.25 di dalam air tawar.

Semua air yang bersemuka dengan atmosfera akan menyerap karbon dioksida, dan apabila air ini berhubungan dengan batu dan enapan, ia akan menerima ion logam, lazimnya kalsium dan magnesium, maka kebanyakan air asli daripada jeram, tasik dan terutama sekali mata air, boleh dikatakan larutan cair bikarbonat. Air liat ini cenderung untuk membentuk salutan karbonat di dalam paip dan dandang dan bertindak dengan sabum lalu membentuk kekat atau buih kotor.

Cubaan untuk menyediakan sebatian seperti kalsium bikarbonat dengan menyejatkan larutannya sehingga kering hanya akan menghasilkan pepejal karbonat: Ca(HCO3)2(ak) → CO2(g) + H2O(c) + CaCO3(p). Hanya sedikit sahaja pepejal bikarbonat yang wujud selain logam alkali dan ion ammonium.

Tindakbalas di atas amatlah penting untuk pembentukan stalaktit, stalagmit, tiang, dan speleothem di dalam gua dan, bagi kes ini, dalam pembentukan gua itu sendiri. Apabila air yang mempunyai karbon dioksida (termasuk CO2 tambahan daripada organisme tanah) melalui celah batu kapur atau kalsium karbonat lain yang mengandungi galian, ia akan melarutkan sebahagian kalcium karbonat dan menjadi kaya dengan bikarbonat. Apabila air bawah tanah memasuki gua, karbon dioksida lebihan akan dilepaskan daripada larutan bikarbonat, menyebabkan kalsium karbonat yang lebih sukar melarut akan dihasilkan.

Karbon dioksida terlarut (CO2) dalam air hujan (H2O) bertindak balas dengan batu kapur, kalsium karbonat (CaCO3) untuk membentuk kalsium bikarbonat (Ca(HCO3)2) terlarut. Sebatian terlarut ini kemudiannya dibasuh dengan air hujan. Bentuk cuaca ini dinamakan 'Pengkarbonatan'.

Kalsium karbonat

Kalsium karbonat ialah satu sebatian kimia dengan formula CaCO3. Sebatian ini merupakan bahan am dijumpai pada batu di semua bahagian dunia, dan merupakan komponen utama cangkerang organisma laut, siput, bebola arang, mutiara, dan kulit telur. Kalsium karbonat ialah ramuan giat di dalam kapur pertanian, dan tercipta apabila ion Ca di dalam air liat bertindak balas dengan ion karbonat mencipta limescale. Ini biasanya digunakan dalam perubatan sebagai tambahan kalsium atau sebagai antasid, tetapi pemakanan berlebihan boleh berbahaya.

Karbon

Karbon merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol C dan nombor atom 6. Unsur ini merupakan unsur bukan logam dengan tetravalen yang banyak.

Karbon terdapat dalam kesemua kehidupan karbon dan merupakan asas kimia organik. Bahan bukan logam juga mempunyai ciri kimia menarik iaitu mampu mengikat sesama sendiri dan banyak unsur lain, membentuk hampir 10 juta sebatian yang diketahui. Apabila bergabung dengan oksigen ia membentuk karbon dioksida yang amat penting bagi pertumbuhan pokok. Apabila bergabung dengan hidrogen, ia membentuk pelbagai sebatian dikenali sebagai hidrokarbon yang amat penting bagi pengilangan sebagai bahan api fosil. Apabila bergabung dengan oksigen dan hidrogen ia mampu membentuk kebanyakan kumpulan sebatian termasuk asid lemak, yang penting kepada kehidupan, dan ester, yang memberikan perisa kepada kebanyakan buah-buahan. Isotop karbon-14 biasa digunakan dalam penentuan tarikh radioaktif.

Karbon dioksida

Karbon dioksida adalah gas atmosphera yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen. Karbon dioksida merupakan sebatian kimia yang dikenali ramai, ia biasanya dikenali dengan formulanya CO2.

Karbon dioksida terhasil daripada pembakaran bahan organik sekiranya cukup oksigen hadir. Ia juga dihasilkan oleh pelbagai mikroorganisma hasil penapaian dan pernafasan selular. Tumbuhan menggunakan karbon dioksida semasa fotosintesis, menggunakan kedua-dua karbon karbon dioksida dan oksigen untuk membina karbohidrat. Tambahan lagi, tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosphera di mana ia akhirnya digunakan untuk pernafasan oleh organisma heterotrophik, membentuk kitaran. Kehadirannya di atmosfera Bumi pada kepekatan rendah dan bertindak sebagai gas rumah hijau. Ia merupakan komponen utama kitaran karbon.

Kedalaman pampasan karbonat

Kedalaman pampasan kalsit (CCD) ialah kedalaman di dalam lautan di bawah yang kadar bekalan kalsitnya (kalsium karbonat) jatuh membelakangi kadar pensolvatan, supaya tiada kalsit dipulihara. Kedalaman pampasan aragonit (ACD) menggambarkan tingkah laku sama dalam rujukan karbonat aragonit.

Kalsium karbonat tidak boleh larut secara perlu di perairan permukaan laut kini. Cangkerang plankton berkapur mati tenggelam ke perairan lebih dalam boleh dikatakan tidak terubah sehingga mencapai lisoklin tempat keterlarutan meningkat secara mendadak. Menjelang masa CCD dicapai kesemua kalsium karbonat telah terlarut menurut persamaan ini:

Plankton berkapur dan zarah enapan boleh dijumpai di turus air di atas CCD. Sekiranya dasar laut berada di atas CCD, enapan dasar boleh mengandungi enapan berkapur dipanggil ooz berkapur yang pada dasarnya merupakan sejenis batu kapur atau kapur. Sekiranya dasar laut terdedah di bawah CCD cangkerang halus CaCO3 akan larut sebelum mencapai paras ini, mencegah pemendapan enapan karbonat, melainkan dasar laut berada di atas CCD, contohnya di sepanjang sebatang permatang tengah laut. Apabila dasar laut tersebar pengecutan terma plat mungkin membawa lapisan karbonat di bawah CCD; lapisan karbonat mungkin dicegah daripada bersaling tindak dengan air laut secara kimia dengan mengatasi enapan seperti lapisan ooz bersilika atau lempung abis memendap di atas lapisan karbonat.

Kuprum(II) karbonat

Kuprum(II) karbonat ialah sebatian kimia biru kehijauan (formula kimia CuCO3) yang membentuk kebanyakan patina pada loyang, gangsa, dan tembaga yang telah terluluhawa. Warnanya boleh berubah-ubah daripada biru terang kepada hijau, yang disebabkan campuran kedua-dua kuprum karbonat dan kuprum karbonat bes dalam pelbagai peringkat penghidratan. Ia dahulunya digunakan sebagai pigmen, dan masih digunakan untuk pewarna pelukis.

Ia juga digunakan dalam beberapa jenis mekap atau alat solek, seperti gincu, sungguhpun boleh menjadi beracun kepada manusia. Ia juga sudah lama digunakan sebagai racun alga yang berkesan dalam kolam ternakan dan operasi akuakultur.

Kuprum karbonat mengurai pada suhu-suhu tinggi, menghasilkan karbon dioksida dan meninggalkan baki kuprum(II) oksida.

CuCO3(p) ---> CuO(p) + CO2(g)

Kuprum(II) karbonat bes wujud secara semula jadi dalam bentuk malakit (CuCO3.Cu(OH)2) dan azurit (Cu3(CO3)2(OH)2).

Litium karbonat

Litium karbonat ialah satu sebatian tidak organik, garam litium bagi karbonat dengan formula Li2CO3. Garam putih ini digunakan secara meluas dalam pemprosesan logam oksida dan menerima perhatian untuk perawatan gangguan dwikutub. Sebatian ini wujud sebagai galian jarang zabuyelit.

Mutiara

Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas.

Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai conchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali, indung mutiara (mother-of-pearl). Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya. Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.

Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!

Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi. Orang Jepun misalnya, memasukkan sejenis bahan asing ke dalam tiram. Mereka mahu tiram membiak dengan menghasilkan banyak mutiara di sekelilingnya.

Natrium karbonat

Natrium karbonat, Na2CO3, (juga dikenali sebagai soda basuh, abu soda dan kristal soda, dan dalam bentuk monohidrat sebagai karbonat kristal) adalah garam natrium larut air asid karbonik.

Ia biasanya berlaku sebagai dekahidrat kristal, yang mudah digunakan untuk membentuk serbuk putih, monohidrat. Natrium karbonat tulen adalah serbuk putih tanpa bau yang bersifat higroskopik (menyerap kelembapan dari udara). Ia mempunyai rasa yang sangat beralkali, dan membentuk larutan sederhana dalam air. Natrium karbonat terkenal di dalam negara untuk kegunaan hariannya sebagai pelembut air. Secara historis ia diekstrak dari abu tumbuhan yang tumbuh di tanah kaya natrium, seperti tumbuh-tumbuhan dari Timur Tengah, kelp dari Scotland dan rumpai laut dari Sepanyol. Oleh sebab abu tumbuhan kaya natrium ini berbeza dari abu kayu (digunakan untuk membuat potash), mereka dikenali sebagai "abu soda". Ia dihasilkan secara sintetik dalam kuantiti yang banyak daripada garam (natrium klorida) dan batu kapur dengan kaedah yang dikenali sebagai proses Solvay.

Pembuatan kaca adalah salah satu kegunaan utama natrium karbonat. Natrium karbonat bertindak sebagai Fluks untuk silika, menurunkan titik lebur campuran ke sesuatu yang boleh dicapai tanpa bahan khas. Ini "kaca soda" sedikit larut air, jadi beberapa kalsium karbonat ditambah ke campuran cair untuk membuat kaca dihasilkan tidak larut. Kaca jenis ini dikenali sebagai soda limau kaca: "soda" untuk natrium karbonat dan "kapur" untuk kalsium karbonat. Soda kaca kapur telah menjadi bentuk kaca yang paling biasa selama berabad-abad.

Natrium karbonat juga digunakan sebagai asas yang agak kuat dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, ia digunakan sebagai pengawal selia pH untuk mengekalkan keadaan alkali yang stabil yang diperlukan untuk tindakan majoriti filem fotografi yang membangunkan ejen. Ia bertindak sebagai alkali kerana apabila dibubarkan di dalam air, ia memisahkan ke asid karbonat asid lemah dan natrium hidroksida alkali yang kuat. Ini memberikan natrium karbonat dalam larutan keupayaan untuk menyerang logam seperti aluminium dengan pelepasan gas hidrogen.Ia adalah bahan tambahan yang biasa di kolam renang yang digunakan untuk menaikkan pH yang boleh diturunkan oleh tablet klorin dan aditif lain yang mengandungi asid.

Dalam memasak, ia kadang-kadang digunakan di tempat natrium hidroksida untuk pelunturan, terutamanya dengan pretzels Jerman dan gulungan-gulungan ling. Hidangan ini dirawat dengan larutan bahan alkali untuk mengubah pH permukaan makanan dan memperbaiki keratan.

Dalam taksidermi, natrium karbonat yang ditambahkan kepada air mendidih akan mengeluarkan daging dari tulang bangkai haiwan untuk pemasangan trofi atau paparan pendidikan.

Dalam kimia, ia sering digunakan sebagai elektrolit. Elektrolit biasanya berasaskan garam, dan natrium karbonat berfungsi sebagai konduktor yang sangat baik dalam proses elektrolisis. Di samping itu, tidak seperti ion klorida, yang membentuk gas klorin, ion karbonat tidak menghakis kepada anod. Ia juga digunakan sebagai piawai utama untuk titrations asid kerana ia adalah pepejal dan udara stabil, menjadikannya mudah untuk menimbang dengan tepat.

Rubidium karbonat

Rubidium karbonat ialah sebuah sebatian karbonat bagi rubidium dengan formula Rb2CO3.

Sebatian organik

Suatu sebatian organik adalah apa-apa ahli dari kalangan kelas gas, cecair, atau pepejal yang mana molekul mengandungi karbon. Bagi alasan sejarah yang dibincangkan di bawah, terdapat beberapa jenis sebatian yang mengandungi karbon seperti karbida, karbonat, karbon oxida yang mudah dan sianida, begitu juga dengan alotrop-alotrop karbon seperti intan dan grafit, dipanggil sebagai inorganik. Perbezaan di antara sebatian karbon "organik" dan "inorganik", manakala "useful in organizing the vast subject of chemistry... is somewhat arbitrary".Kimia organik adalah sains mengenai semua aspek sebatian organik. Sintesis organik adalah kaedah penyedian sebatian ini.

Oksokarbon
Oksida biasa
Oksida eksotik
Polimer
Sebatian daripada oksida

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.