Jwanita

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida[3] dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Jwanita
Poster filem Jwanita.jpeg
Poster keluaran tayangan
PengarahOsman Ali
Dibintangi olehMaya Karin
Bront Palarae
Cristina Suzanne Stockstill
Datin Umie Aida
Marsha Milan Londoh
Syarikat
penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Ehsan Production
PengedarEmpire Film Solution
Mula ditayangkan
24 September 2015
Tempoh tayangan
1 jam 40 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.5 Juta[1]
Pecah panggungRM 1.5 [2]

Plot

Jwanita (Maya Karin) yang mengalami masalah mental akibat pernah didera secara mental dan fizikal akibat ibu/dukun (Datin Umie Aida) dan bapa angkatnya (Radin Intan), yang mengamalkan ilmu hitam. Jwanita kemudiannya bertemu denga Farhan (Bront Palarae) yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya dalam satu kejadian penuh tragis. Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) yang terpisah daripadanya sejak kecil. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula dengan perwatakannya yang jauh berbeza.

Jwanita mula menggoda Dr. Farhan, untuk berlaku curang terhadap Julaika dan menghasut anak-anak buahnya. Nona, pembantu rumah (Marsha Milan Londoh) telah diugut untuk tidak menganggu perancangannya selepas Nona ternampak Jwanita melakukan pemujaan. Namun, sebelum Nona sempat memberitahu majikannya mengenai kelakuan pelik Jwanita, dia telah dibunuh. Jwanita kemudiannya menghidupkan semula mayat Nona. Mayat Nona telah digunakan oleh Jwanita untuk mengganggu dua orang pekerja Dr. Farhan, sebelum mereka berdua turut dibunuh. Mayatt ketiga-tiga orang ini kemudiannya digunakan untuk menganggu pula hidup Julaika.

Julaika mulai menjauhkan anaknya dari Jwanita. Ketika Jwanita membawa anak-anak buahnya berjalan-jalan, Julaika menjumpai tempat pemujaan Jwanita. Jwanita marah apabila mengetahui Julaika telah menjumpai tempat pemujaannya. Jwanita mengejar dan cuba membunuh Julaika dan anak-anak buahnya. Jwanita hampir membunuh Julaika sebelum membawa lari anak-anak buahnya. Dr. Farhan kemudian mengejar Jwanita dan berjaya menghalang Jwanita dari membunuh anak-anaknya.

Dr. Farhan dan Julaika hampir selamat namun Jwanita sempat mencederekan Dr. Farhan. Jwanita kemudiannya membunuh diri bersama dengan membakar dirinya bersama-sama Dr. Farhan. Julaika dan anak-anaknya, walau bagaimanapun, selamat.

Pelakon

Umie Aida (Jwanita 2015)
Dukun (Datin Umie Aida) ketika sedang ketawa.

Penerbitan

Pengarah filem, Osman Ali ini mengulas bahawa dia mendapat ilham untuk menghasilkan filem ini dari hasil pembacaannya mengenai kes-kes pembunuhan di akhbar. Filem ini ialah filem seram kedua arahannya selepas Puaka Tebing Biru yang ditayangkan pada 2007.[4] Watak Jwanita telah ditulis khas untuk Maya Karin[1] manakala watak Dukun pula dicipta khas untuk Datin Umie Aida yang pernah membintangi filem Dukun (2007). Filem ini juga merupakan filem seram pertama bagi Bront Palarae.[5] Sebanyak 10 tong dram darah sintetik telah diimport dari Thailand untuk digunakan sepanjang penggambaran filem ini.[6]

Sepanjang penggambaran, Maya Karin terlalu menjiwai watak Jwanita sehinggakan pengarah, Osman Ali dan Bront Palarae tidak berani mendekati dia ketika di set pengembaraan.[1][7] Filem ini telah menjalani pengambaraan di Kijal dan Kemaman Terengganu, Kuala Lumpur dan Kuala Kubu Baru.[1] Proses pengambaraan mengambil masa sebanyak sebulan, iaitu yang terpendek untuk Osman Ali.[1][8] Terdapat babak dimana Marsha digantung dan dihentak ke dinding berulang kali. Babak ini menyebabkan Marsha mengalami lebam di seluruh babak.[9] Walau bagaimanapun, proses pasca produksi telah menyebabkan filem ini memerlukan sebanyak tiga tahun sebelum dapat ditayangkan.[1]

Sambutan

Filem ini menjadi mahsyur di media sosial sejak filem ini ditayangkan kepada umum.[10][11]

Tayangan

Trailer bagi filem ini telah dimuatnaik ke YouTube pada 10 Julai 2015.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Nu Sentral pada 8 September 2015.Terdapat beberapa orang dilaporkan termuntah dan tidak dapat meneruskan menonton kerana terlalu seram.[12] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015 di 57 pawagam.[13] Filem ini telah diberikan klasifikasi 18 oleh FINAS,[14] selepas 30 peratus dari babak ngeri dipotong oleh pengarah.[7] Selepas lima hari ditayangkan, filem ini berjaya mengumpul RM 600 ribu.[15] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini mengutip kutipan sebanyak RM 1.5 Juta.

Ulasan

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah bercampur.Kebanyakan pujian memuji lakonan Maya Karin serta elemen seram di dalam filem ini manakal kritikan dituju terhadap susunan polt yang serabut. Mohd Al Qayum Azizi dari mStar memuji arahan Osman Ali serta lakonan memberangsangkan dari Umie Aida, Marsha Milan Londoh dan Maya Karin. Dia juga tidak akan terkejut sekirannya Maya mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia (FFM). [16]

Deric Ect dari portal perfileman Dailyseni.com pula mengkritik filem ini sebagai "baik tetapi bukan terbaik". Dia mengulas "masalah dengan filem ini ialah Osman Ali." dan walaupun dengan persembahan memberangsangkan dari Maya Karin, plot cerita yang lintang pukang serta arahan pengarah merencatkan filem ini.[17]Dia turut menyatakan mungkin filem ini akan menyebabkan kejatuhan Maya Karin di dalam industri perfileman.

Runut bunyi

"Dendam Cinta"
Alyah -Dendam Cinta.jpeg
Single oleh Alyah
Dikeluarkan pada2015
Dirakam pada2015
GenreBalada
Panjang3:35 minit
PenulisNurzaidi Abdul Rahman
PenerbitNuansa Sdn Bhd

Lagu OST untuk filem ini ialah Dendam Cinta oleh Alyah.[18] Lagu ini telah dilancarkan di Hulu Kelang pada 18 Ogos 2015.[19]

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah MeleTOP Era 2016 Bintang Filem MeleTOP Maya Karin Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Cristina Suzanne Dicalonkan
Skor Muzik Asal Terbaik Nur Zaidi Abdul Rahman Dicalonkan
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Cristina Suzanne Dicalonkan

Kesinambungan

Pengarah filem ini, Osman Ali merancang untuk membuat sekuel bagi filem ini pada tahun 2016. Beliau turut menambah, untuk filem seterusnya, aspek pemasaran dan promosi akan lebih dilipatgandakan.[20]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f Mohamad Ishak, Noor Ainulyakin (8 Ogos 2015). "Jwanita, filem seram kedua taruhan Osman Ali". Sinar Harian.
  2. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai 2016-01-01.
  3. ^ Mohd Faizal, Shazryn (24 Julai 2015). "'Jwanita' filem seram kedua puluh lima Osman Ali selepas lapan tahun menanam anggur". The Rakyat Post. Dicapai 1 Januari 2016.
  4. ^ "Jwanita filem seram kedua Osman Ali". Sinar FM. 22 September 2015. Dicapai 2016-01-01.
  5. ^ "Kerana 'Jwanita', Bront Palarae Jauhi Maya Karin". extra Tonton. 15 September 2015. Dicapai 2016-01-01.
  6. ^ "Jwanita Buat Maya Karin Jadi Gila Meroyan, Kejam & Psiko". Murai.com.my. 22 September 2015. Dicapai 2016-01-01.
  7. ^ a b (Inggeris)"Osman Ali cuts 30pc of 'Jwanita' scenes". The Malay Mail. 10 Ogos 2015. Dicapai 31 Disember 2015.
  8. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (23 September 2015). "Maya Karin is the black magic woman in Jwanita". The Star. Dicapai 31 Disember 2015.
  9. ^ Syed Mahdi, Syed Musaddad (13 September 2015). "Jwanita uji Bront, Marsha". Utusan Malaysia. Dicapai 1 Januari 2016.
  10. ^ Shuib, Syafique (29 September 2015). "'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita". Astro Awani. Dicapai 31 Disember 2015.
  11. ^ "Non-Stop Menjerit! – Reaksi Netizen Bila Tonton Jwanita Yang Cukup Menyeramkan & 'Psycho' Tahap Menggigil". Ohbulan.com. 29 September 2015. Dicapai 2016-01-01.
  12. ^ "Filem Paling Seram, Jwanita Bakal Hantui Hidup Anda". Rotikaya.com. 25 September 2015. Dicapai 2016-01-01.
  13. ^ (Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015. Dicapai 31 Disember 2015.
  14. ^ (Inggeris)"Osman Ali happy with 18 rating for 'Jwanita'". The Malay Mail. 11 September 2015. Dicapai 31 Disember 2015.
  15. ^ (Inggeris)"Polis Evo, Jwanita continues performing strongly at the box office". Astro Awani. 6 Oktober 2015. Dicapai 31 Disember 2015.
  16. ^ Azizi, Al Qayum (28 September 2015). "'Jwanita' Sukar Dijangka, Bukan Sekadar Filem Seram". mStar. Dicapai 31 Disember 2015.
  17. ^ (Inggeris)Ect, Deric (22 September 2015). "THERE'S SOMETHING WRONG WITH 'JWANITA'". Dailyseni.com. Dicapai 2015-12-31.
  18. ^ Mohamad, Zaidi (4 Ogos 2015). "Osman Ali kembali dengan genre seram, pertaruh Jwanita". Berita Harian. Dicapai 1 Januari 2016.
  19. ^ Azam, Nadia (19 Ogos 2015). "Jwanita filem seram bebas tapisan". Malaysiakini. Dicapai 1 Januari 2016.
  20. ^ Ashari, Amirul Haswendy (27 Disember 2015). "Osman optimis Langit Cinta pergi jauh". Harian Metro. Dicapai 1 Januari 2016.

Pautan luar

Alyah (penyanyi)

Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

Anugerah MeleTOP Era

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM yang merupakan kesinambungan kepada Anugerah Era yang tidak dianjurkan sejak 2008. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini diilhamkan daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP".[1] Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi android.

Kategori baru bakal diperkenalkan pada Anugerah MeleTop Era 2017 iaitu Si Cilik MeleTop yang akan melibatkan anak-anak selebriti tanah air. Anugerah ini dijangka berlangsung pada 23 April 2017.

Bront Palarae

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Cristina Suzanne (pelakon)

Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Festival Filem Malaysia ke-28

Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang berlangsung pada 3 September 2016 di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada malam kemuncak, Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bertindak sebagai pengacara bersama. Acara ini telah disiarkan pada pukul 9 malam melalui saluran Astro Ria dan Ria HD.

Filem Munafik memenangi 5 anugerah daripada 10 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.

Filem Malaysia tahun 2010-an

Berikut merupakan senarai filem yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 2010-an.

Filem Malaysia tahun 2015

Berikut ialah senarai filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2015. Kebanyakan filem diterbitkan dalam Bahasa Melayu, tetapi juga terdapat filem dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

Firdaus Nadxaman

Firdaus Nadxaman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem di Malaysia. Beliau bermula kerjaya seninya sebagai pelakon pada 2015, dan kini melebarkan sayapnya mencuba nasib sebagai penerbit menerusi filem Langsuir (2018).

Firdaus yang terkenal melalui lakonannya dalam drama Melakonlia juga memiliki syarikat penerbitnya sendiri, Guam Temawork. Beliau cenderung untuk menerbitkan filem genre komedi seram, dan filem Langsuir adalah projek pertamanya selaku penerbit eksekutif kerana sebelum ini syarikat itu lebih kepada bisnes pembinaan dan hartanah.Projek filem ini turut mendapat kerja sama dari Osman Ali selaku pengarah filem itu, dan juga khidmat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty sebagai tenaga pengajar sebelum penggambaran bermula.

Firdaus sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa filem arahan Osman Ali seperti filem Jiwa Taiko, Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hatiku, Jwanita dan Sinaran.

Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh (lahir 6 Disember 1985) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam musim ketiga Akademi Fantasia, dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my.

Marsha berketurunan Kadazan-Dusun dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil. Marsha pernah memberitahu media Utusan bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Osman Ali

Osman Ali merupakan seorang pengarah filem Malaysia, berasal dari Langkawi, Kedah. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1999, beliau mengarahkan filem cetera pertamanya, Puaka Tebing Biru yang dikeluarkan lapan tahun kemudian. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filemnya yang diiktiraf oleh pengkritis, termasuk Anak Halal, Ombak Rindu dan Sinaran. Beliau juga merupakan pengasas syarikat penerbitan filem milik beliau, Nuansa Sdn. Bhd.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan sokongan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang diberikan kepada pelakon lelaki.

Pelakon Wanita Terbaik (FFM)

Pelakon Wanita Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) yang diberikan kepada pelakon lelaki.

Umie Aida

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah tiga kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem "Embun" (2002) dan "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) . Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik . Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama epik, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.

Filem arahan Osman Ali

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.