Jerman Nazi

Jerman Nazi atau Reich Ketiga khusus merujuk tahun-tahun 1933 hingga 1945, sewaktu Adolf Hitler memimpin negara Jerman sebagai Diktator yang menyebarkan ideologi nasionalisme-sosialisme (Nationalsozialismus). Dalam zaman tersebut, Jerman telah bangkit daripada negara yang tewas dalam perang (Perang Dunia Pertama) sehingga menjadi suatu kuasa ketenteraan yang digeruni. Pada masa yang sama, bangkit juga politik perkauman atau rasis yang mengagungkan bangsa Aryan dan menghina ras lain, terutamanya orang-orang Yahudi yang telah "dikumpulkan dan dibunuh secara terancang di beberapa buah kem tahanan". Jerman Nazi akhirnya ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet pada tahun 1945. Kerana itu, Jerman telah terbahagi kepada dua blok: Republik Konfederasi Jerman di barat (yang berfahaman kapitalis) dan Republik Demokratik Jerman di sebelah timur (yang berfahaman komunis-sosialis)

Reich Jerman Raya

Großdeutsches Reich
1933–1945
Flag of Jerman
Lambang negara of Jerman
Flag Lambang negara
Cogan kata: Ein Volk, ein Reich, ein Führer "Satu Rakyat, Satu Reich, Satu Pemimpin"
Lagu kebangsaan: [Das Lied der Deutschen] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (rasmi)

Stanza pertama
[Das Lied der Deutschen] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
diikuti dengan [Horst-Wessel-Lied] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
wilayah Jerman Nazi semasa kemuncaknya pada sekitar tahun 1942, ditindahkan di atas sempadan pada zaman moden.
wilayah Jerman Nazi semasa kemuncaknya pada sekitar tahun 1942, ditindahkan di atas sempadan pada zaman moden.
Ibu kotaBerlin
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa lazimJerman
PemerintahanTotalitarian diktator, negara satu parti
Presiden 
• 1933–1934
Paul von Hindenburg
• 1934–1945
Adolf Hitler 1
• 1945
Karl Donitz
Canselor 
• 1933–1945
Adolf Hitler
• 1945
Joseph Goebbels
• 1945
Lutz Graf Schwerin von Krosigk 2
• Majlis Negara
Reichsrat 3
Era sejarahZaman Antara Perang/Perang Dunia II
• Machtergreifung[1]Machtergreifung[1]
30 Januari 1933
27 Februari 1933
• Anschluss
13 Mac 1938
1 September 1939
30 April 1945
Penyerahan Kalah Jerman
Keluasan
1941 (Großdeutschland)[2]696,265 km2 (268,829 bt2)
Populasi
• 1941 (Großdeutschland)
90030775
Mata wangReichsmark (ℛℳ)
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Weimar
Saar (Liga Negara)
Republik Austria Pertama
Republik Czechoslovakia
Wilayah Klaipėda
Bandar Bebas Danzig
Republik Poland Kedua
Kerajaan Beraja Itali
Eupen-Malmedy
Luxembourg
Alsace-Lorraine
Drava Banovina
Pendudukan Pihak Berikat di Jerman
Pendudukan Pihak Berikat di Austria
Republik Czechoslovakia Ketiga
Republik Poland
Alsace-Lorraine
Eupen-Malmedy
Luxembourg
Republik Sosial Itali
Kesatuan Soviet
Pelindung Saar
Persekutuan Demokratik Yugoslavia
Elten dan Selfkant
Hari ini sebahagian daripada Austria
 Belarus
 Belgium
 Czech Republic
 France
 Germany
 Italy
 Lithuania
 Luxembourg
 Netherlands
 Poland
 Russia
 Slovenia
 Ukraine
1: Jawatan secara rasminya kosong. Adolf Hitler melantik diri sendiri sebagai Führer und Reichskanzler bermula pada bulan Ogos 1934.[3]

2: Lutz Graf Schwerin von Krosigk menggunakan gelaran Menteri Utama.


3: Melalui Akta Pengkuasaan 1933, kerajaan Jerman diberikan kuasa perundangan, walau bagaimanapun Reichstag secara rasminya masih terus wujud sebagai badan penggubal undang-undang.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Pilihanraya Jerman, 1933
  2. ^ pada tahun 1939, sebelum Jerman mendapat kawalan ke atas dua wilayah terakhir yang mana berada di bawah kawalannya sebelum Perjanjian Versailles, Alsace-Lorraine, Danzig dan sebahagian Prusia Barat yang dikenali sebagai "Koridor Poland", dengan kawasan seluas 633786 km persegi, Statistisches Bundesamt (Federal Statistical Office), Statistisches Jahrbuch 2006 für die Bundesrepublik Deutschland, p. 34.
  3. ^ Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs, 1 August 1934:
    "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."

Pautan luar

Alfred Keller

Alfred Keller (19 September 1882 – 11 Februari 1974) adalah seorang Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua yang memerintah Luftflotte 1. Kerjayanya dalam Tentera Imperial Jerman bermula pada tahun 1897; beliau menjadi salah seorang jeneral Luftwaffe yang paling banyak menerima pingat.

Generalfeldmarschall

Generalfeldmarschall (Bahasa Melayu: jeneral fil marsyal, fil marsyal jeneral, atau Fil Marsyal; listen ; disingkatkan pada Feldmarschall) adalah sejenis pangkat dalam tentera darat beberapa negeri Jerman dan Empayar Suci Rom; didalam Monarki Habsburg, Empayar Austria dan Austria-Hungary, pangkat Feldmarschall ini telah digunakan. Pangkat ini setaraf dengan Grossadmiral (Bahasa Melayu: Laksamana Besar) dalam Kaiserliche Marine dan Kriegsmarine, sejenis pangkat lima bintang, setanding dengan OF-10 dalam tentera laut NATO hari ini.

Hans-Valentin Hube

Hans-Valentin Hube (29 Oktober 1890 – 21 April 1944) adalah seorang panglima perang Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah beberapa divisyen panzer semasa pencerobohan Poland, Perancis dan Soviet Union. Beliau merupakan salah seorang daripada 27 penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian, iaitu anugerah ketenteraan tertinggi Jerman Nazi. Hube terkorban dalam satu nahas udara pada 21 April 1944.

Hubert Weise

Hubert Weise (22 Disember 1884 – 14 Februari 1950) adalah seorang Jeneral (Generaloberst) Jerman dalam Luftwaffe semasa Perang Dunia II yang telah menjadi Panglima Tentera Udara Tengah (Luftwaffen-Befehlshaber Mitte) dari Januari 1941 hingga Januari 1944. Beliau merupakan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross Jerman Nazi. Weise menyerah diri kepada askar Bersekutu pada Mei 1945 dan telah dibebaskan pada 1947.

Kabinet Hitler

Kabinet Hitler (de jure) membentuk kerajaan Jerman Nazi antara 30 Januari 1933 dan 30 April 1945 diatas pelantikan Adolf Hitler sebagai Canselor Reich Jerman oleh presiden Paul von Hindenburg – dicipta oleh ahli politik konservatif nasional Franz von Papen, yang mencadangkan jawatan Naib Canselor untuk dirinya. Pada asalnya kabinet pertama Hitler dipanggil "Kabinet Reich penyelamat nasional", yang merupakan gabungan Parti Nazi Hitler dan Parti Rakyat Kebangsaan Jerman (DNVP) konservatif nasional, ia menjadi kabinet Nazi secara eksklusif setelah DNVP diancam sehingga membubarkan dirinya sendiri.

Akta Pengkuasaan 1933, diluluskan dua bulan selepas Hitler mengambil alih jawatan, memberikan kabinet kuasa untuk membuat undang-undang tanpa persetujuan legislatif selama empat tahun. Sebenarnya, kuasa ini diberikan pada Hitler, dan untuk semua niat dan tujuannya, Hitler menjadi diktator. Selepas pelulusan Rang Undang-Undang, perbincangan yang serius akan berakhir pada mesyuarat kabinet. Ia hanya bertemu sekali-sekala selepas tahun 1934, dan kali terakhir bertemu pada 4 Februari 1938. Bagaimanapun, saiznya semakin berkembang di atas kertas, disebabkan penambahan para panglima perkhidmatan tentera dan beberapa menteri tanpa portfolio.

Kementerian Reich bagi Hal Ehwal Gereja

Kementerian Reich bagi Hal Ehwal Gereja (Bahasa Jerman: Reichsministerium für die Kirchlichen Angelegenheiten), singkatan Kementerian Gereja Reich (Bahasa Jerman: Reichskirchenministerium),

adalah sebuah agensi kementerian kerajaan Jerman Nazi dari tahun 1935 hingga 1945 yang dipimpin oleh Reichsminister Hanns Kerrl sehingga kematiannya pada Disember 1941 dan telah digantikan oleh Staatssekretär Hermann Muhs sebagai Pemangku Menteri (kemudian Menteri penuh).

Kementerian Reich bagi Persenjataan dan Pengeluaran Perang

Kementerian Reich bagi Senjata dan Amunisi (Bahasa Jerman: Reichsministerium für Bewaffnung und Munition) telah ditubuhkan atas arahan Hitler pada 17 Mac 1940, kemudian dinamakan semula pada 2 September 1943 sebagai Kementerian Reich bagi Persenjataan dan Pengeluaran Perang (Bahasa Jerman: Reichsministerium für Rüstung und Kriegsproduktion),

adalah sebuah agensi kementerian kerajaan Jerman Nazi dari tahun 1940 hingga 1945 yang tugasnya meningkatkan bekalan senjata dan bahan peluru untuk Wehrmacht serta memimpin ekonomi perang tentera Jerman. Kementerian ini mempunyai kira-kira 1.4 juta orang pekerja menjelang tahun 1944 (kebanyakannya adalah tawanan perang dan buruh paksa).

Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur

Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur (Bahasa Jerman: Reichsministerium für die besetzten Ostgebiete atau RMfdbO) telah diwujudkan oleh Adolf Hitler pada Julai 1941 dan dikepalai oleh pakar teori Nazi dari keturunan Baltik Jerman, Alfred Rosenberg. Alfred Meyer berkhidmat sebagai timbalan Rosenberg. Kementerian ini ditubuhkan untuk mengawal kawasan luas yang dijajah oleh Jerman di Eropah Timur dan Rusia. Ia juga memainkan peranan dalam menyokong kumpulan anti-Soviet di Asia Tengah.

Pada Februari 1942, dibawah rancangan Rosenberg, pihak Kementerian cuba mencanangkan satu program reformasi tanah di wilayah-wilayah taklukan di KRSS yang termasuk janji-janji dekolektivisasi melalui pemansuhan kolkhozes dan pengagihan semula tanah kepada para petani untuk perladangan individu.

Jerman mendirikan dua Reichskommissariat, untuk Ostland dan Ukraine, dan merancang dua lagi, untuk Moscow dan untuk Caucasus. Pihak Wehrmacht tidak pernah mendirikan institusi yang kukuh di kawasan-kawasan yang ditetapkan untuk dua Reichskommissariat yang terakhir, jadi kawalan orang awam Jerman tidak pernah berkembang disana.

Pada praktiknya, pelantikan Erich Koch untuk mentadbir Reichskommissariat Ukraine secara substantial menjejaskan kuasa Rosenberg. Hitler mengarahkan Koch agar mengambil pendekatan yang keras dan kejam; Rosenberg ingin menggambarkan orang Jerman sebagai pembebas Ukraine dari cengkaman Soviet, tetapi kekejaman Koch mendorong sekutu Ukraine yang berpotensi kembali menyokong Soviet. Tambahan lagi, kementerian Rosenberg tidak diberi kuasa ke atas tentera dan formasi keselamatan lain didalam wilayah yang diduduki. Reich Commissar yang lain, Hinrich Lohse (Ostland) telah teruk disisihkan. Pihak SS mengisi kekosongan kuasa yang terhasil, bertindak mengikut apa yang mereka inginkan.

Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich

Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich (Bahasa Jerman: Reichsministerium für Wissenschaft, Erziehung und Volksbildung, juga secara tidak rasmi sebagai "Kementerian Pelajaran Reich" (Bahasa Jerman: Reichserziehungsministerium), atau "REM") wujud dari tahun 1934 sehingga 1945 dibawah kepimpinan Bernhard Rust dan bertanggungjawab bagi menyatukan sistem pendidikan Jerman Nazi dan menyelaraskannya dengan matlamat kepimpinan Nazi.

Kerajaan Prusia

Kerajaan Prusia (Bahasa Jerman: Königreich Preußen) merupakan kerajaan di Jerman dari tahun 1701 sehingga tahun 1918 dan, dari 1871, merupakan negara pemimpin Empayar Jerman, terdiri hampir 2/3 wilayah jajahan. Nama kerajaan ini berasal dari wilayah Prusia, walaupun asas kekuatannya adalah Brandenburg. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, Kerajaan Prusia dibubarkan dan di-reformasikan sebagai Negeri Bebas Prusia di tahun 1918. Prusia akhirnya dilenyapkan dari peta negeri Jerman secara sah selepas Jerman Nazi tewas dalam Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pembubaran mutlak entiti Prusia oleh pihak Bersekutu bagi mengelakkan kembalinya ideologi kententeraan dan imperialisme Prusia, yang lingkupi masyarakat Jerman di zaman itu.

Pemimpin SS dan Polis

Gelaran Pemimpin SS dan Polis ( SS- und Polizeiführer) telah diguna untuk menunjukkan seseorang pegawai kanan Nazi yang memerintah unit-unit besar SS, Gestapo dan polis beruniform Jerman (Ordnungspolizei), sebelum dan semasa Perang Dunia II.

Tiga peringkat subordinat telah diwujudkan untuk pembawa gelaran ini:

Pemimpin SS dan Polis (SS- und Polizeiführer), SSPF

Pemimpin Kanan SS dan Polis (Höherer SS- und Polizeiführer, HSSPF, HSS-PF, HSSuPF)

Pemimpin Tertinggi SS dan Polis (Höchster SS- und Polizeiführer, HöSSPF)

Perang Lapland

Perang Lapland (Bahasa Finland: Lapin sota; Bahasa Sweden: Lapplandskriget; Bahasa Jerman: Lapplandkrieg) ialah nama yang diberikan bagi peperangan antara Finland dan Jerman Nazi antara September 1944 dan April 1945 di utara Finland.

Ia dinamakan sedemikian disebabkan pertempuran berlaku di bahagian paling utara Finland, Lapland.

Seawal musim panas 1943, pemerintah tertinggi Jerman memulakan perancangan bahawa Finland akan membuat perjanjian damai berasingan dengan Kesatuan Soviet. Pihak Jerman merancang untuk mengundurkan tentera mereka ke utara bagi melindungi sumber nikelFinland berhampiran Petsamo. Semasa musim sejuk 1943-1944, pihak Jerman membaikpulih jalan dari utara Norway ke utara Finland dengan penggunaan tawanan perang secara meluas (kebanyakannya ditawan di selatan Eropah dan masih mengenakan pakaian musim panas; kematian adalah tinggi), dan mereka mengumpul bekalan di kawasan itu.

Dengan itu pihak Jerman telah bersedia pada September 1944, apabila Finland berdamai dengan Kesatuan Soviet.

Ketika tentera darat Jerman berundur ke utara, tentera laut Jerman memasang periuk api pada laluan laut ke Finland dan dengan Operasi Tanne Ost cuba menawan Pulau ''Suursaari'' di Teluk Finland. Walaupun sebahagian Wehrmacht dan pegawai tentera Finland cuba mengatur pengunduran aman, pertempuran meletus antara tentera Jerman dan Finland walaupun sebelum perjanjian perdamaian awal Soviet-Finland ditandatangani. Pertempuran semakin sengit apabila Finland cuba memenuhi tuntutan Kesatuan Soviet agar semua tentera Jerman dikeluarkan dari Finland.

Dengan itu Finland berada dalam kedudukan sama seperti Itali dan Romania, yang selepas menyerah pada pihak Berikat, terpaksa bertempur untuk membebaskan tanah mereka dari tentera Jerman. Tugas Finland semakin sukar dengan tuntutan Soviet agar sebahagian besar tentera Finland dibubarkan pada masa yang sama, walaupun ketika kempen menentang Jerman

Jeneral Finland Hjalmar Siilasvuo, wira Perang Suomussalmi, telah mengetuai operasi menentang tentera Jerman dan pada November 1944 berjaya mengusir mereka dari sebelah paling utara Finland. Tentera Jerman di bawah Jeneral Lothar Rendulic, bagaimanapun, memusnahkan sebahagian besar kawasan tersebut dengan taktik bumi hangus. Lebih dari satu-pertiga tempat kediaman di kawasan tersebut dimusnahkan, dan ibu kota jajahan Rovaniemi diratakan. Tambahan kepada kehilangan harta, dianggarkan bersamaan ASD$ 300 juta (menurut nilaian ASD$ 1945), sekitar 100,000 penduduk menjadi pelarian, situasi yang ditambah kepada masalah selepas pembangunan semula perang. (Selepas perang pihak berikat mengesahkan kesalahan jenayah perang Rendulic , dan menghukumnya selama 20 tahun penjara.) Tentera Jerman akhirnya disingkirkan pada April 1945.

Kematian tentera agak terhad: 1,000 tentera Finland mati sementara 2,000 bagi Jerman.

Perbicaraan Nuremberg

Perbicaraan Nuremberg ialah siri tribunal tentera yang dilaksanakan tentera Bersekutu selepas Perang Dunia Kedua. Perbicaraan Nuremberg terkenal kerana pendakwaan terhadap ahli-ahli utama dalam kepimpinan politik, tentera dan ekonomi Jerman Nazi. Perbicaraan diadakan di bandar Jerman, Nuremberg.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Reichsmarschall

Reichsmarschall (terjemahan harfiah: Marsyal Empayar) adalah pangkat tertinggi dalam angkatan tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Nama penuhnya ialah Reichsmarschall des Grossdeutschen Reiches atau Marsyal Empayar Negara Jerman Raya.

Pangkat Reichsmarschall pada asalnya dicipta sebelum kurun ke12, semasa zaman Empayar Suci Rom. Mengikut sejarah, memegang pangkat Reichsmarschall adalah tidak unik dan tidak berprestij tetapi sebaliknya berlaku ketika Perang Dunia II. Semasa zaman Empayar Jerman dan Perang Dunia I, tiada seorangpun dalam angkatan tentera Jerman memegang pangkat ini.

Semasa Perang Dunia II, Hermann Goering satu-satunya orang yang memegang pangkat Reichsmarschall, telahpun dinaikkan pangkat pada 19 Julai 1940 oleh Adolf Hitler. Goring, selaku Panglima Tertinggi Luftwaffe, memegang banyak jawatan berprestij yang lain, seperti Ketua Pemburu Reich dan Pesuruhjaya Penuh Rancangan Empat Tahun.

Hitler melantik Goring ke pangkat Reichsmarschall terutamanya untuk menunjukkan beliau lebih kanan daripada para panglima Wehrmacht lain yang dinaikkan pangkat ke Generalfeldmarschall pada hari yang sama (termasuk pangkat Grossadmiral). Hitler telah memilih Goring sebagai penggantinya dalam barisan kepimpinan Reich; dan satu sebab kenaikkan pangkat Goring ialah sekiranya Hitler mati, satu garis panduan yang jelas mengenai penggantian dari tentera telahpun wujud. Bagaimanapun pada April 1945, susulan dari sekeping telegram Goring yang memohon kebenaran Hitler bagi mengambil alih pemerintahan Reich, Hitler memecat Goring dari semua jawatan dan menamakan seorang pengganti baru. Orang itu ialah Grossadmiral Karl Donitz, yang sebenarnya dilantik sebagai pengganti oleh Hitler pada atau sebelum 30 April 1945. Bagaimanapun Donitz hanya diberitahu pelantikkannya sebagai pengganti Hitler pada 1 Mei 1945 oleh Martin Bormann dan Joseph Goebbels.

Republik Rakyat Poland

Republik Rakyat Poland (bahasa Poland: Polska Rzeczpospolita Ludowa), merujuk kepada negara komunis yang ada di Poland dari tahun 1944 sehingga 1989. Pada masa ini Poland merupakan negara yang mendapat sokongan Kesatuan Soviet, menjadikannya anggota blok Timur dan Pakatan Warsaw.

Nama Republik Rakyat Poland baru dipakai sejak 1952.

Republik Sosial Itali

Republik Sosial Itali (Itali:Repubblica Sociale Italiana atau RSI) secara rasmi dikenali sebagai Republik Salò adalah negara boneka dari Jerman Nazi semasa lewat Perang Dunia Kedua (dari tahun 1943 hingga tahun 1945). Ia adalah penjelmaan kedua dan terakhir Fasis negeri Itali dan ia diketuai oleh Duce Benito Mussolini serta beliau memperbaharui Parti Fasis Republikan. Negeri yang diisytiharkan Rom sebagai modal, tetapi de facto tertumpu Salo (itu nama basahan itu), sebuah bandar kecil di Tasik Garda, di mana Mussolini dan Kementerian Luar Negeri adalah beribu pejabat. RSI menjalankan kedaulatan nominal di utara Itali, tetapi sebahagian besarnya bergantung kepada tentera Jerman untuk mengekalkan kawalan.

Pada bulan Julai 1943, selepas Pihak Berikat telah menolak Itali dari Afrika Utara dan kemudiannya menyerang Sicily, Majlis Tertinggi Fasis, dengan sokongan Raja Victor Emmanuel III, telah digulingkan dan ditangkap Mussolini. Kerajaan baru memulakan perundingan damai dengan Kuasa Bersekutu rahsia. Apabila gencatan senjata telah diumumkan pada bulan September, Jerman telah disediakan dan cepat campur tangan. Jerman merampas kuasa utara Itali, dibebaskan Mussolini dan membawanya ke kawasan yang diduduki Jerman untuk menubuhkan rejim boneka.

RSI telah diisytiharkan pada 23 September 1943. Walaupun RSI yang dituntut kebanyakan tanah Itali sebagai berhak milik syarikat, jadi RSI diadakan kawalan politik ke atas sebahagian krisis kehilangan Itali. RSI hanya menerima pengiktirafan diplomatik dari Jerman Nazi, Empayar Jepun dan negara-negara boneka mereka.

Sekitar 25 April 1945, republik Mussolini berakhir. Di Itali, hari itu dikenali sebagai Hari Pembebasan. Pada hari itu umum dengan pemberontakan partisan di samping usaha-usaha kuasa-kuasa Berikat, semasa mereka serangan akhir di Itali, berjaya menggulingkan orang Jerman dari Itali hampir keseluruhannya. Pada ketika pengakhiran, RSI telah wujud selama lebih sedikit daripada sembilan belas bulan. Pada 27 April, Mussolini dan perempuan simpanannya (Clara Petacci), beberapa menteri RSI, dan beberapa Fasis Itali yang lain telah ditangkap oleh partisan ketika cuba melarikan diri. Pada 28 April, Mussolini dan kebanyakan orang-orang tawanan yang lain ditembak oleh partisan. Menteri Pertahanan RSI, Rodolfo Graziani, diserahkan apa yang tinggal dari RSI pada 2 Mei, apabila tentera Jerman di Itali menyerah, meletakkan akhir muktamad kepada Republik Sosial Itali.

Senarai menteri pos Jerman

Laman ini menyenaraikan Menteri-Menteri Pos Jerman. lihat juga senarai penyandang.

Senarai pesawat paling banyak dikeluarkan

Berikut merupakan senarai pesawat dengan jumlah pengeluaran melebihi 5,000 buah. Jumlah di dalam senarai adalah berdasarkan jumlah dalam rencana pesawat.

Stabschef

Untuk kegunaan lain istilah "Stabschef" sila rujuk kepada Ketua Staf

Stabschef (Ketua Turus) ialah satu jawatan dan pangkat dalam separa tentera Sturmabteilung (SA), pasukan penggempur separa tentera ini berkait dengan pergerakan Nazi. Pangkat ini setaraf dengan pangkat Generaloberst dalam Tentera Darat Jerman dan dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat AS.

Posisi Stabschef-SA, belum lagi bergelar pangkat, telah diwujudkan pada tahun 1929 bagi membantu Oberster SA-Führer (Pemimpin Agong SA) dalam mentadbir organisasi yang sedang membesar ini. Otto Wagener menyandang jawatan tersebut semasa dibawah Oberste SA-Führer Franz Pfeffer von Salomon dari tahun 1928-1930, dan secara efektif memimpin SA dari masa Hitler mengambil alih jawatan Oberste SA-Führer pada bulan Ogos sehingga Ernst Röhm menggantikan beliau pada Januari 1931.

Pangkat Stabschef-SA yang sebenar telah diwujudkan oleh Röhm untuk dirinya sendiri pada tahun 1933 selepas Hitler menjadi Canselor. Walaupun Hitler merupakan pemerintah tertinggi pasukan penggempur, tugas harian organisasi ini telah diberikan kepada Ketua Turus, dan orang yang menyandang pangkat Stabschef secara tipikalnya merupakan pemimpin sebenar SA.

Pangkat Stabschef telah disandang oleh tiga orang yang berlainan antara tahun 1931 dan 1945 dan telah, setiap kali penggantian, mewarisinya akibat kematian orang-orang yang terdahulu. Berikut ialah pegawai-pegawai Nazi yang memegang pangkat Stabschef:

Ernst Röhm (1931 – 1934) Dihukum bunuh

Viktor Lutze (1934 – 1943) Kemalangan maut

Wilhelm Schepmann (1943 – 1945) Kejatuhan SA, kekalahan Jerman NaziInsignia awal bagi Stabschef ialah pelapik satu daun oak yang dipakai pada kolar uniform pasukan penggempur. Bukti bergambar menunjukkan Ernst Röhm memakai insignia tersebut pada hari pertama sebagai Ketua Turus SA. Apabila kuasa Rohm semakin bertambah, insignia beliau juga berubah dan menjelang pertengahan tahun 1931 bukti bergambar menunjukkan beliau memakai pelapik dua daun oak dan kemudian tiga daun oak.

Selepas tahun 1933, insignia bagi Stabschef mengandungi satu paten "tombak bersilang", yang dikelilingi oleh separuh bulatan daun oak. Selepas tahun 1934, insignia ini telah berubah kepada paten satu kalungan tiga kerajang daun oak yang serupa dengan insignia pangkat Reichsführer-SS. Dengan kejatuhan Jerman Nazi, Sturmabteilung tidak lagi wujud begitu juga Stabschefnya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.