Jepun

Jepun (Tulisan Jawi: جيڤون; bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 Nipponkoku/Nihonkoku  dengarkan ) ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.

Jepun terdiri daripada 6,852 pulau[16] yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.

Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, syogun, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.

Sebagai kuasa ekonomi utama,[8] Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK nominal[17] mahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.[18] Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

Koordinat: 35°N 136°E / 35°N 136°E

Jepun (جڤون)

日本国
Nippon-koku
Nihon-koku
Flag of Jepun
Imperial Seal of Jepun
Bendera Imperial Seal
Lagu kebangsaan: 

"Pemerintahan Duli Tuanku"[2][3]
Mohor Kerajaan Jepun
  • Seal of the Office of the Prime Minister and the Government of Japan
  • Go-Shichi no Kiri (五七桐)
Lokasi Jepun di Asia
Lokasi Jepun di Asia
Ibu kotaTokyo [4]
35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E
Bandar terbesarcapital
Bahasa rasmiBahasa Jepun[5]
Diiktiraf bahasa serantau
Bahasa Kebangsaan

Tulisan kebangsaan


Bahasa Jepun[7]

Kanji
Hiragana
Katakana
Kumpulan etnik
(2011[8])
Agama
DemonimJepun
PemerintahanNegara kesatuan berdemokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan
• Maharaja
Naruhito
Abe Shinzo
• Timbalan Perdana Menteri
Taro Aso
PerundanganKokkai
Dewan Kaunselor
Dewan Perwakilan
Pembentukan
11 Februari 660 SM[10]
29 November 1890
3 Mei 1947
28 April 1952
• Akta Bendera dan LaguKebangsaan Negara
13 Ogos 1999
Keluasan
• Jumlah
377,972 km2 (145,936 bt2)[11] (ke-62)
• Air (%)
0.8
Populasi
• Bancian 2017
126,730,000[12] (ke-11)
• Kepadatan
336/km2 (870.2/sq mi) (ke-36)
KDNK (PPP)Anggaran 2017 
• Total
$5.420 trillion[13] (ke-4)
• Per kapita
$42,860[13] (ke-27)
KDNK (nominal)Anggaran 2017 
• Jumlah
$4.841 trilion[13] (ke-3)
• Per kapita
$38,281[13] (ke-20)
Gini (2008)37.6[14]
rendah · ke-76
HDI (2015) 0.903[15]
sangat tinggi · ke-17
Mata wang¥ atau - disebut (Yen) (JPY)
Zon masaUTC+9 (JST)
• Musim panas (DST)
UTC+9 (tidak diamalkan)
Format tarikh
  • yyyy-mm-dd
  • yyyy年m月d日
  • Zaman yy年m月d日 (CE−1988)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+81
Kod ISO 3166JP
Internet TLD.jp
Laman sesawang
www.japan.go.jp
Jepun
Maksud harfiah: State of Japan
Nama Jepun
Kanji: 日本国
Kana: ニッポンコク
ニホンコク
Hiragana: にっぽんこく
にほんこく
Kyūjitai: 日本國

Nelvi

Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun; kedua-duanya ditulis dengan aksara kanji yang sama, iaitu 日本 ("punca matahari"). Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, termasuk nama negara dalam duit yen Jepun, setem, dan pertandingan sukan antarabangsa. Sementara itu, sebutan Nihon digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti pembicaraan seharian.

Istilah Nippon dan Nihon sama-sama bererti "negara matahari terbit". Nama ini disebut dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagai Yamato (大和).[19] Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun dikenali sebagai negara Wa () atau Wagoku (倭国).[20]

Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah "Jepang" (kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) yang dipinjam daripada suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah. Nama Jepun julung kali dicatatkan dalam bahasa Inggeris dieja Giapan dalam sepucuk surat bertarikh tahun 1565[21]; nama Jepun dalam bahasa Inggeris kini dieja Japan. Nama Jepun dalam bahasa Melayu masa kini mungkin berasal daripada bahasa Hokkien, iaitu "Ji̍t-pún'. ataupun ia dipanggil japanese atau japang dalam bahasa Indonesia

Sejarah

Prasejarah

Jomon vessel 3000-2000BC
Sebuah kapal zaman Jomon Pertengahan (3000-2000 SM).

Kajian arkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah diduduki oleh manusia purba setidaknya 50,000 tahun yang lalu, pada zaman Paleolitik Akhir. Setelah melalui beberapa zaman air batu jutaan tahun lalu, Jepun beberapa kali terhubung dengan daratan Asia melalui jambatan darat (dengan Sakhalin di utara, dan mungkin sekali Kyushu di selatan), sehingga memungkinkan perpindahan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini merupakan wilayah Republik Rakyat China dan Korea. Zaman Paleolitik Jepun menghasilkan alat-alatan buatan batu-batan tergilap yang pertama di dunia, sekitar tahun 30000 SM.

Dengan berakhirnya zaman air batu terakhir dan datangnya zaman yang lebih panas, kebudayaan Jomon muncul sekitar 11000 SM, yang bercirikan gaya hidup pemburu-pengumpul separa sedentari zaman Mesolitik hingga Neolitik dan pembuatan hasil tembikar terawal di dunia. Dipercayai bahawa penduduk Jomon merupakan nenek moyang suku Proto-Jepun dan suku Ainu masa kini.

Dimulainya zaman Yayoi pada sekitar 300 SM menandakan kemunculan teknologi-teknologi baru seperti bercucuk tanam padi di sawah yang dilengkapi sistem pengairan dan teknik pembuatan perkakas daripada besi dan gangsa yang dibawa masuk oleh pendatang dari dari China atau Korea.

Dalam sejarah China, bangsa Jepun pertama kali disebut dalam catatan sejarah klasik, Buku Han yang ditulis tahun 111. Zaman Yayoi kemudian diganti oleh zaman Kofun sekitar tahun 250 M, yang terdiri daripada negeri-negeri yang dilengkapi kekuatan tenteranya. Menurut Catatan Tiga Kerajaan, negeri paling berjaya di kepulauan Jepun waktu itu ialah Yamataikoku.

Zaman Klasik

Dalam sejarah Jepun tertinggalnya catatan bertulis seawal abad ke-5 dan abad ke-6 Masihi, ketika unsur-unsur kebudayaan Cina seperti tulisan Cina, agama Buddha, dan dibawa masuk ke Jepun dari Kerajaan Baekje di Semenanjung Korea.

Mōko Shūrai Ekotoba
Jepun pernah dua kali menangkis serangan Mongol terhadap Jepun (1274 dan 1281)

Perkembangan agama Buddha di Jepun dan seni ukir patung banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dari China.[22] Walaupun pihak pemerintah yang menganut agama Shinto mula-mulanya menentang keras kedatangan agama Buddha, namun lama-kelamaan akhirnya memeluk dan memajukan agama Buddha di Jepun, sehingga menjadi agama yang ramai penganut di Jepun sejak zaman Asuka.[23]

Dalam Pembaharuan Taika yang dijalankan pada tahun 645, Jepun menyusun semula sistem pemerintahannya dengan mencontohi China, sekaligus membuka jalan untuk fahaman Konfusianisme Cina memperluaskan pengaruh di Jepun sehingga abad ke-19.

Zaman Nara pada abad ke-8 ditandai oleh pemusatan semula kuasa pemerintahan sebuah negeri Jepun, dengan terbinanya ibu kota dan istana maharaja di Heijo-kyo (kini Nara). Pada zaman Nara, Jepun secara terus-menerus mengamalkan pentadbiran kerajaan seperti China. Salah satu pencapaian terbesar sastera Jepun pada zaman Nara ialah lengkapnya buku sejarah Jepun yang disebut Kojiki (712) dan Nihon Shoki (720).[24]

TodaijiDaibutsu0224
Patung Buddha di Todaiji, Nara, yang dibuat pada tahun 752.

Pada tahun 784, Maharaja Kammu memindahkan ibu kota ke Nagaoka-kyō, dan mentadbir di sana untuk 10 tahun sahaja. Selepas itu, ibu kota dipindahkan ke Heian-kyō (kini Kyoto). Pemindahan ibu kota ke Heian-kyō memulakan zaman Heian yang merupakan masa keemasan kebudayaan klasik asli Jepun, terutamanya dalam bidang kesenian, puisi dan kesasteraan Jepun. Hikayat Genji karya Murasaki Shikibu dan lirik lagu kebangsaan Jepun Kimi ga Yo berasal dari zaman Heian.[25]

Zaman Pertengahan

NanbanGroup
Pendatang Portugis pada zaman Nanban, abad ke-17.

Zaman pertengahan di Jepun merupakan zaman feudalisme yang ditandai oleh perebutan kuasa antara golongan pemerintah yang terdiri dari padakesatria yang bergelar samurai. Pada tahun 1185, setelah menghancurkan puak Taira yang menyaingi puak Minamoto, Minamoto no Yoritomo dijulang sebagai shogun, lalu mengambil peranan sebagai pemimpin tentera yang berbagi kekuasaan dengan Maharaja. Pemerintahan tentera yang didirikan Minamoto no Yoritomo disebut Keshogunan Kamakura kerana pusat pemerintahan berada di Kamakura (di selatan Yokohama masa kini). Setelah Yoritomo meninggal dunia, puak Hōjō membantu keshogunan sebagai shikken, iaitu bagaikan adipati kepada para syogun. Kesyogunan Kamakura berjaya menangkis serangan Mongol dari wilayah China yang ketika itu dijajah oleh kaum Mongol pada tahun 1274 dan 1281. Meskipun secara politik terbilang stabil, Keshogunan Kamakura akhirnya digulingkan oleh Maharaja Go-Daigo yang mengembalikan kuasa di tangan maharaja. Maharaja Go-Daigo akhirnya digulingkan oleh Ashikaga Takauji pada tahun 1336.[26] Keshogunan Ashikaga gagal membendung kekuatan penguasa tentera dan tuan tanah feudal (daimyo), maka terletusnya perang saudara pada tahun 1467 (Perang Ōnin) yang memulakan masa satu abad yang ditandakan oleh peperangan antara paksi yang disebut masa negeri-negeri saling berperang atau zaman Sengoku.[27]

Pada abad ke-16, para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang berarti kaum gasar dari selatan.

RedSealShip
Salah sebuah kapal mohor merah Jepun (1634) yang dipakai oleh para saudagar di Asia.

Oda Nobunaga menaklukkan daimyo-daimyo lain dengan memanfaatkan teknologi dan senjata api dari Eropah. Nobunaga hampir berjaya menyatukan Jepun sebelum dibunuh dalam Peristiwa Honnōji 1582. Toyotomi Hideyoshi menggantikan Nobunaga, lalu memainkan peranan sebagai penyatu Jepun pada tahun 1590. Hideyoshi berazam untuk menguasai Korea, dan dua kali cuba menyerang Korea, namun gagal setelah kalah dalam pertempuran melawan pasukan Korea yang dibantu kekuatan Dinasti Ming. Setelah Hideyoshi meninggal dunia, bala tenteranya berundur dari Semenanjung Korea pada tahun 1598.[28]

Sepeninggal Hideyoshi, putera Hideyoshi yang bernama Toyotomi Hideyori mewarisi kekuasaan sang ayah. Tokugawa Ieyasu memanfaatkan posisinya sebagai adipati bagi Hideyori untuk meraih sokongan politik dan tentera daripada daimyo-daimyo lain. Setelah mengalahkan puak-puak penyokong Hideyori dalam Pertempuran Sekigahara tahun 1600, Ieyasu diangkat sebagai shogun pada tahun 1603. Pemerintahan tentera yang didirikan oleh Ieyasu di Edo (kini Tokyo) dipanggil Keshogunan Tokugawa. Keshogunan Tokugawa curiga terhadap kegiatan mubaligh Katolik, oleh itu melarang segala hubungan dengan orang-orang Eropah. Hubungan perdagangan antarabangsa hanya terhad kepada pedagang Belanda di Pulau Dejima, Nagasaki. Pemerintah Tokugawa juga mengamalkan pelbagai dasar lain seperti undang-undang buke shohatto untuk mengendalikan daimyo di seluruh daerah. Pada tahun 1639, Keshogunan Tokugawa mula menguatkuasakan dasar sakoku ("negara tertutup") yang berlangsung selama dua setengah abad yang disebut zaman Edo. Walaupun pada zaman pemencilan, orang Jepun masih dapat mempelajari ilmu dari Dunia Barat. Di Jepun, ilmu daripada buku-buku Barat dipanggil rangaku (ilmu Belanda) ihsan hubungan orang Jepun dengan penduduk berbangsa Belanda di Dejima, Nagasaki. Pada zaman Edo, orang Jepun juga mula mengkaji negara Jepun lalu memberi istilah kokugaku kepada kajian negara Jepun.[29]

Zaman Moden

Japanese Empire2
Empayar Jepun menakluki sebahagian besar Asia Timur dan Tenggara pada tahun 1942.

Pada 31 Mac 1854, ketibaan Komodor Matthew Perry dan "Kapal Hitam" Angkatan Laut Amerika Syarikat memaksa Jepun untuk membuka diri terhadap Dunia Barat melalui Persetujuan Kanagawa. Persetujuan-persetujuan selanjutnya dengan negara-negara Barat pada masa Bakumatsu menimbulkan krisis ekonomi dan politik di Jepun. Golongan samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga tercetusnya Perang Boshin dari tahun 1867 hingga 1868. Setelah Keshogunan Tokugawa digulingkan, kekuasaan dikembalikan ke tangan maharaja (Pemulihan Meiji) dan sistem domain dimansuhkan. Semasa Pemulihan Meiji, Jepun mengamalkan sistem politik, undang-undang, dan ketenteraan dari Dunia Barat. Kabinet Jepun menubuhkan Dewan Penasihat Maharaja, menyusun Perlembagaan Meiji, dan membentuk Parlimen Diraja. Pemulihan Meiji mengubah Empayar Jepun menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuat tentera secukup-cukupnya sehingga menimbulkan konflik ketenteraan ketika berusaha memperluas liputan wilayahnya di Asia. Setelah mengalahkan China dalam Perang China-Jepun Pertama dan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun, Jepun menguasai Taiwan, separuh Sakhalin, dan Korea.[30]

Pada awal abad ke-20, Jepun mengalami "pendemokrasian Taisho" yang dibayangkan oleh kebangkitan perluasan wilayah dan penguatan tentera Jepun. Semasa Perang Dunia I, Jepun berada di pihak Sekutu yang memenangi seluruh peperangan, sehingga Jepun dapat memperluas pengaruh dan wilayah kekuasaan. Jepun terus menjalankan politik ekspansionis dengan menduduki Manchuria pada tahun 1931. Dua tahun kemudian, Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa-Bangsa setelah menyambut kecaman antarabangsa mengenai pendudukan Manchuria. Pada tahun 1936, Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern dengan Jerman Nazi, lalu bergabung bersama Jerman dan Itali untuk membentuk Paksi pada tahun 1941[31]

Pada tahun 1937, serangan Jepun terhadap Manchuria mencetuskan Perang China-Jepun Kedua (1937-1945) yang menyebabakan Jepun dikenakan sekatan minyak oleh Amerika Syarikat[32] Pada 7 Desember 1941, Jepun menyerang pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, dan menyatakan perang terhadap Amerika Syarikat, British, dan Belanda. Serangan Pearl Harbor mengheret AS ke kancah Perang Dunia Kedua. Setelah kempen tentera yang berlarutan di Lautan Pasifik, Jepun banyak kehilangan wilayah-wilayah yang dikuasainya sejak awal peperangan. Amerika Syarikat melakukan pengeboman strategis terhadap Tokyo, Osaka dan kota-kota besar yang lain. Setelah AS menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak berikat pada 15 Ogos 1945 (Hari Kemenangan atas Jepun).[33]

Peperangan banyak membawa penderitaan bagi rakyat Jepun dan juga di wilayah-wilayah jajahan Jepun. Berjuta-juta orang terkorban di negara-negara Asia yang diduduki oleh Jepun yang melaung-laungkan slogan Kemakmuran Bersama Asia. Hampir semua industri dan infrastruktur di Jepun hancur akibat perang. Pihak Sekutu melakukan repatriasi besar-besaran etnik Jepun dari negara-negara Asia yang pernah diduduki Jepun.[34] Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh yang diselenggarakan oleh pihak Sekutu mulai 3 Mei 1946 berakhir dengan dijatuhkannya hukuman bagi sejumlah pemimpin Jepun yang terbukti bersalah melakukan kezaliman perang.

Skyscrapers Shinjuku 2007 rev
Pencakar langit di Shinjuku, Tokyo

Pada tahun 1947, Jepun menerima Perlembagaan yang baru, yang mana Jepun ditetapkan sebagai negara yang menganut fahaman pasifisme lalu mengamalkan demokrasi liberal. Pendudukan AS terhadap Jepun secara rasmi berakhir pada tahun 1952 dengan menandatangani Perjanjian San Francisco.[35] Walaupun demikian, pasukan AS tetap mempertahankan pangkalan-pangkalan penting di Jepun, khususnya di Okinawa. Perserikatan Bangsa-Bangsa secara secara rasmi menerima Jepun sebagai anggota pada tahun 1956.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan menempatkan Jepun sebagai kekuatan ekonomi terbesar nombor dua di dunia, dengan pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar lebih kurang 10% setahun selama empat dekad. Kepesatan pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun 1990-an setelah pecahnya gelembung ekonominya.[36]

Politik

Parlimen

Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan yang amat mengehadkan kuasa Maharaja Jepun. Sebagai ketua negara istiadat, kedudukan Maharaja Jepun diatur dalam perlembagaan sebagai "lambang kenegaraan dan penyatu rakyat". Kuasa pemerintah terletak di tangan Perdana Menteri Jepun dan anggota terpilih Parlimen Jepun, sementara kedaulatan sepenuhnya berada di tangan rakyat Jepun.[37]

Parlimen Jepun merupakan parlimen dwidewan yang terbentuk berasaskan sistem England. Parlimen Jepun terdiri daripada sebuah Dewan Perwakilan dan sebuah Dewan Kaunselor. Dewan Perwakilan Jepun terdiri daripada 480 ahli yang diundi secara langsung oleh rakyat sekali dalam empat tahun atau setelah majlis rendah dibubarkan. Dewan Kaunselor Jepun pula terdiri daripada 242 ahli yang memiliki masa jabatan 6 tahun, dan juga diundi secara langsung oleh rakyat. Warganegara Jepun berusia 20 tahun ke atas berhak mengundi.[38]

Perdana Menteri Jepun ialah ketua kerajaan yang dilantik melalui undian daripada kalangan ahli-ahli Parlimen.[39] Apabila Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor masing-masing memiliki calon perdana menteri, maka calon daripada Dewan Perwakilan yang diutamakan. Pada praktiknya, perdana menteri berasal daripada parti majoriti di parlimen. Menteri-menteri kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan Parlimen Jepun, dan memberi perkenan atas pelantikan menteri-menteri kabinet.[40] Perdana Menteri memerlukan sokongan dan kepercayaan daripada anggota Dewan Perwakilan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Kerabat diraja

Famille royale japonaise
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko (tengah), serta Putera Naruhito dan isterinya (di sebelah kanan)

Maharaja Akihito ialah Maharaja Jepun masa kini yang naik takhta sebagai maharaja ke-125 setelah ayahandanya, Maharaja Hirohito mangkat pada 7 Januari 1989. Upacara pertabalan Maharaja Akihito dilangsungkan pada 12 November 1990.[41] Putera Raja Naruhito, beristerikan Puteri Raja Masako yang berasal daripada golongan rakyat jelata, dan dikurniakan seorang puteri bernama Aiko (Puteri Toshi). Adinda kepada Naruhito, iaitu Putera Akishino, turut mempermaisurikan seorang rakyat biasa yang bernama Kiko Kawashima, lalu dikurniakan dua orang puteri (Puteri Mako dan Puteri Kako), serta seorang putera bernama Putera Hisahito.

Hubungan luar negara dan tentera

JMSDF DDH 181 Hyuga
Kapal pengangkut helikopter kelas Hyuga milik Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun

Jepun memiliki hubungan ekonomi dan ketenteraan yang erat dengan Amerika Syarikat, serta mengamalkan dasar luar negara berteraskan pakatan keamanan Amerika Syarikat - Jepun.[42] Sejak diterima menjadi anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 1956, Jepun telah sepuluh kali menjadi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB, termasuk pada tahun 2009-2010.[43] Jepun ialah salah sebuah negara G4 yang sedang mengusulkan perluasan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.[44] Sebagai negara anggota G8, APEC, ASEAN Plus 3, dan peserta Persidangan Kemuncak Asia Timur, Jepun banyak bergiat dalam hubungan antarabangsa dan mengeratkan persahabatan Jepun dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Pakatan pertahanan dengan Australia ditandatangani pada Mac 2007,[45] dan dengan India pada Oktober 2008.[46] Pada tahun 2007, Jepun ialah negara penyumbang Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) kelima terbesar di dunia.[47] Negara penerima bantuan ODA terbesar daripada Jepun ialah Indonesia, dengan jumlah bantuan melebihi AS$29.5 juta dari tahun 1960 hingga 2006.[48]

Jepun bertikai dengan Rusia mengenai Kepulauan Kuril[49] dan dengan Korea Selatan mengenai Batu Liancourt[50]. Pentadbiran Jepun di Kepulauan Senkaku turut dicabar oleh Republik Rakyat China dan Taiwan.[51]

Perkara 9 Perlembagaan Jepun menyatakan bahawa Jepun menolak peperangan dan penggunaan kekuatan angkatan bersenjata untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. Pasal 9 Ayat 2 melarang Jepun daripada memiliki angkatan tentera bersenjata dan melibatkan diri dalam peperangan.[52][53] Sebaliknya, Jepun memiliki sebuah Pasukan Pertahanan Diri yang terletak di bawah pengawasan Kementerian Pertahanan, dan terdiri daripada Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF), Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (JMSDF), dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF). Pada tahun 1991, kapal penyapu ranjau Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun turut membersihkan periuk api laut di Teluk Parsi (berhampiran pantai Kuwait) bersama kapal penyapu ranjau dari lapan buah negara lain.[54][55] Atas permintaan Kerajaan Sementara PBB di Kemboja (1992-1993), Jepun menghantar khidmat pemerhati gencatan senjata, pemantau pilihanraya, polisi sipil, dan sokongan logistik seperti pembaikpulihan jalan dan jambatan.[56] Di Iraq, pasukan bukan tempur Jepun membantu dalam misi kemanusiaan dan kegiatan pembinaan semula prasarana sejak Desember 2003 hingga Februari 2009.[57][58][59]

Geografi

Jepun memiliki lebih daripada 3.000 pulau yang terletak di pesisir Lautan Pasifik di timur benua Asia. Istilah Kepulauan Jepun merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan, Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu, serta Kepulauan Ryukyu yang berada di selatan Kyushu. Sekitar 70% hingga 80% daripada wilayah Jepun terdiri daripada kawasan pergunungan yang berhutan-hutan,[60][61] oleh itu sesuai untuk kegiatan pertanian, industri, serta penempatan kediaman. Daerah yang curam berbahaya untuk dihuni kerana risiko tanah runtuh akibat gempa bumi, keadaan tanah yang tidak kukuh, dan hujan lebat. Oleh sebab itu, kebanyakan kawasan penempatan tertumpu pada kawasan pesisir pantai. Jepun ialah salah sebuah negara yang terpadat penduduknya di dunia.[62]

Jepun sering mengalami gempa bumi yang lemah atau sederhana dan adakalanya letusan gunung berapi sering kerana terletak di atas Lingkaran Api Pasifik di pertemuan tiga plat tektonik. Gempa bumi yang kuat pula boleh menyebabkan tsunami. Setiap abad, di Jepun terjadinya beberapa kali tsunami.[63] Kejadian gempa bumi terbesar yang terjadi sehingga kini di Jepun berlaku di perlautan pantai timur berdekatan Sendai yang menyebabkan tsunami pada tahun 2011. Keadaan geografi menyebabkan Jepun memiliki banyak sumber mata air panas, dan sebahagian besarnya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.[64]

Jepun berada di kawasan beriklim sederhana dengan bermusim empat. Walaupun demikian, terdapat perbezaan iklim yang ketara di antara bahagian utara dan bahagian selatan Jepun.[65] Pada musim dingin, kawasan utara Jepun seperti Hokkaido dihujani salji, manakala di selatan pula beriklim subtropika. Iklimnya juga dipengaruhi tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim dingin, dan sebaliknya pada musim panas.

Iklim Jepun terbagi atas enam zon iklim:

  • Hokkaido: Kawasan paling utara beriklim sedang dengan musim dingin yang panjang dan membekukan, serta musim panas yang sejuk. Kerpasannya tidak besar, namun salji banyak turun ketika musim dingin.
  • Laut Jepun: Di pantai barat Pulau Honshu, tiupan angin dari barat laut membawa salji yang sangat lebat. Pada musim panas, kawasan ini lebih sejuk dibandingkan kawasan Pasifik. Walaupun demikian, suhu di kawasan ini adakalanya dapat menjadi sangat tinggi akibat fenomena angin fohn.
  • Tanah Tinggi Pusat: Wilayah ini beriklim pedalaman dengan perbezaan suhu purata antara musim panas dan musim dingin yang amat ketara. Perbezaan suhu antara waktu malam dan siang juga agak ketara.
  • Laut Pedalaman Seto: Barisan pegunungan di kawasan Chugoku dan Shikoku menghalangi jalur tiupan angin musim, sehingga kawasan ini sepanjang tahun beriklim sedang.
  • Lautan Pasifik: Kawasan pesisiran pantai timur Jepun mengalami musim dingin yang sangat dingin, namun tidak banyak turun salji. Sebaliknya, musim panas menjadi begitu lembap akibat tiupan angin musim dari tenggara.
  • Kepulauan Ryukyu: Kepulauan di barat daya Jepun termasuk Kepulauan Ryukyu beriklim subtropika, panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas. Kerpasan sangat tinggi, terutama selama musim hujan, di samping sering mengalami ribut taufan.

Suhu tertinggi yang pernah tercatat di Jepun ialah 40.9 °C (105.6 °F) pada 16 Ogos 2007.[66]

Musim hujan bermula lebih awal di Okinawa, lebih kurang mulai awal bulan Mei. Garis depan musim hujan bergerak ke utara, sehingga hampir mencapai Hokkaido. Di sebahagian besar wilayah Honshu, musim hujan bermula pada tengah bulan Jun selama enam minggu. Taufan sering terjadi sepanjang bulan September dan Oktober, disebabkan tekanan tropika di khatulistiwa yang bergerak dari barat daya ke timur laut, oleh itu sering membawa hujan yang sangat lebat.[65]

Pembahagian pentadbiran

Rencana utama: Wilayah di Jepun

Jepun dibahagikan kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah wilayah yang ditadbir bebas daripada kuasa kerajaan pusat. Sila klik pada wilayah yang terdapat di peta untuk maklumat lanjut.

Ekonomi

Tokyo stock exchange
Bursa Saham Tokyo, bursa saham kedua terbesar di dunia.

Sejak zaman Meiji (1868-1912), Jepun mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan kapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih daripada 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.[67] Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang menjadi zaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.[67]

Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar "keajaiban ekonomi Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-an.[67] Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang mengakibatkan konflik perdagangan. Setelah ditandatanganinya Perjanjian Plaza 1985, dolar AS mengalami penyusutan nilai berbanding yen. Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan nilai yen. Akibatnya, terjadi surplus kecairan dan penciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan harga saham dan harta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkan gelembung harga aset. Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah tidak akan jatuh.[36] Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan pengetatan dasar kewangan oleh Bank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun rasmi menjadi 6%.[36] Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta. Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh 1990.[36] Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat oleh kelesuan ekonomi global pada tahun 2000.[68]

Jepun merupakan ekonomi negara ketiga terbesar di dunia mengekori Amerika Syarikat dan China, dari segi KDNK nominal (sekitar US$5 trilion) mahupun pariti kuasa beli.[69][70] Kegiatan industri terbesar Jepun terletak dalam sektor perbankan, insurans, hartanah, peruncitan, pengangkutan, telekomunikasi, dan pembinaan.[71] Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam bidang automotif, elektronik, permesinan, keluli dan logam bukan besi, perkapalan, kimia, tekstil, dan pemprosesan makanan.[68] Sebesar tiga perempat daripada produk domestik bruto Jepun berasal daripada sektor jasa.

Yokohama MinatoMirai21
Daerah Minato Mirai 21 di Yokohama. Ekonomi Jepun amat bergantung kepada sektor perkhidmatan.

Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang.[72] Kadar pengangguran di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19 yang paling produktif tenaga kerjanya.[73] Menurut Indeks Big Mac, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji sejam yang tertinggi di dunia. Toyota Motor, Mitsubishi UFJ Financial, Nintendo, NTT DoCoMo, Nippon Telegraph & Telephone, Canon, Matsushita Electric Industrial, Honda, Mitsubishi Corporation, dan Sumitomo Mitsui Financial merupakan sepuluh syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.[74] Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam Forbes Global 2000 atau 16.3% daripada 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun 2006).[75] Bursa Saham Tokyo memiliki jumlah permodalan pasaran kedua terbesar di dunia. Indeks daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo dipanggil Nikkei 225.[76]

Dalam Indeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi salah sebuah negara maju dengan birokrasi paling sederhana. Kapitalisme ala Jepun menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa. Keiretsu ialah sekelompok perusahaan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan saham. Rundingan gaji (shuntō) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal musim semi. Budaya perniagaan Jepun mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti Sistem Nenkō, nemawashi, salaryman, dan office lady. Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan jaminan pekerjaan seumur hidup.[77][78] Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin diabaikan.[79][80] Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti The Toyota Way. Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.[81] Dalam Indeks Kebebasan Ekonomi, Jepun merupakan negara kelima paling besar laissez-faire di kalangan 41 negara Asia Pasifik.[82]

Toyota Prius side
Kereta hibrid Toyota Prius. Keluaran automotif dan elektronik merupakan barangan eksport utama Jepun.

Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 ialah AS$4,210 per kapita. Pasaran eksport terbesar Jepun tahun 2006 ialah Amerika Syarikat 22,8%, Kesatuan Eropah 14,5%, China 14,3%, Korea Selatan 7,8%, Taiwan 6,8%, dan Hong Kong 5,6%. Keluaran eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan, kenderaan bermotor, elektronik, mesin-mesin elektrik, dan bahan kimia.[68] Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006 ialah China 20,5%, AS 12,0%, Kesatuan Eropah 10,3%, Arab Saudi 6,4%, Emiriah Arab Bersatu 5,5%, Australia 4,8%, Korea Selatan 4,7%, dan Indonesia 4,2%. Import utama Jepun merupakan jentera dan peralatan, minyak, bahan makanan, tekstil, dan bahan mentah untuk perindustrian.[68]

Jepun ialah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta).[83] Jepun berada di tangga ke-6 selepas China, Peru, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Chile, dengan jumlah hasil tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.[84][85]

Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[86] Pada Februari 2007 terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang daripada 21.2% atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian.[87] Sebahagian besar tenaga kerja pertanian sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak berkurangan.[88][89]

Demografi

Shibuya night
Pemandangan perempatan Shibuya pada waktu malam. Persimpangan jalan Shibuya dikenali kerana kesesakan pelintasnya.

Bangsa

Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang (perangkaan 1 Februari 2009).[90] Masyarakat Jepun adalah homogen dari segi etnik, budaya dan bahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di kalangan penduduk minoriti yang kecil di Jepun, terdapat orang Korea Zainichi,[91] Cina Zainichi, orang Filipina, Brazil[92] dan Peru.[93] Pada 2003, terdapat 136,000 warga negara barat yang menjadi ekspatriat di Jepun.[94]

Kewarganegaraan Jepun diberikan kepada bayi yang dilahirkan daripada ayah atau ibu berkewarganegaraan Jepun, ayah berkewarganegaraan Jepun yang meninggal sebelum kelahirannya, atau bayi yang lahir di Jepun dengan ayah/ibu yang tidak diketahui/tidak memiliki kewarganegaraan.[95] Suku kaum yang paling dominan ialah penduduk asli yang bergelar orang Yamato dan kelompok minoriti utama yang terdiri daripada penduduk asli Ainu[96] dan Ryukyu, ditambah kelompok minoriti sosial yang dipanggil burakumin.[97]

Pada tahun 2006, kadar jangka hayat di Jepun ialah 81.25 tahun, iaitu antara yang tertinggi di dunia.[98] Namun usia purata penduduk Jepun semakin meningkat kesan ledakan kelahiran pascaperang diikuti penurunan kadar kelahiran. Pada tahun 2004, sekitar 19.5% daripada populasi Jepun sudah berusia atas 65 tahun.[99]

Perubahan dalam struktur demografi menimbulkan beberapa masalah sosial, terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial seperti pencen. Masalah lain termasuk semakin ramai golongan muda yang memilih untuk tidak berkahwin atau mendirikan rumah tangga ketika mencapai usia dewasa.[100] Bilangan penduduk Jepun dikhuatiri akan merosot menjadi 100 juta pada tahun 2050, dan 64 juta pada tahun 2100.[99] Pakar demografi dan jabatan kerajaan kini berbincang mengenai cara menangani masalah penurunan jumlah penduduk.[100] Imigrasi dan insentif wang untuk kelahiran bayi sering kali diusulkan sebagai penyelesaian masalah penduduk Jepun yang semakin menua.[101][102]

Agama

Itsukushima torii distance
Kuil Shinto Itsukushima ialah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Perangkaan tertinggi jumlah penganut agama Buddha dan Shinto sekaligus ialah 84-96% yang menunjukkan betapa besarnya jumlah penganut sinkretisme daripada kedua-dua agama tersebut.[38][104] Walaupun demikian, perkiraan tersebut hanya berdasarkan jumlah warga yang didapati ada hubungan dengan pihak kuil, dan bukan jumlah penduduk yang sungguh-sungguh menganut kedua-dua agama tersebut.[105] Professor Robert Kisala (dari Universiti Nanzan) menganggarkan hanya 30% daripada penduduk Jepun yang mengaku menganut suatu agama.[105]

Fahaman Taoisme dan Konfusianisme dari China juga mempengaruhi kepercayaan dan tradisi Jepun. Agama di Jepun cenderung bersifat sinkretisme dengan melahirkan berbagai-bagai tradisi, seperti orang tua membawa anak-anak ke upacara Shinto, pelajar sekolah berhajat kelulusan ujian di kuil Shinto, perkahwinan ala Barat di gereja Kristian, dan penyemadian mayat mengikut laras agama Buddha. Penduduk beragama Kristian hanya berjumlah 2,595,397 atau 2.04% seluruh penduduk Jepun.[106] Kebanyakan orang Jepun mengambil sikap tidak peduli terhadap agama dan melihat agama sebagai budaya dan tradisi semata-mata. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragama Buddha hanya kerana nenek moyang mereka menganut suatu mazhab agama Buddha. Selain itu, di Jepun sejak pertengahan abad ke-19 lahirnya pelbagai mazhab agama baru (Shinshūkyō) seperti Tenrikyo dan Aum Shinrikyo.

Bahasa

Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalam bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda.[90] Bahasa Jepun ialah bahasa aglutinatif yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun. Pemilihan kata kerja dan kosa kata mencerminkan taraf penutur dan pendengar. Menurut kamus bahasa Jepun iaitu Shinsen-kokugojiten, kosa kata daripada bahasa Cina berjumlah sekitar 49.1% daripada seluruh kosa kata Jepun, manakala kata-kata asli Jepun hanya 33.8% dan kata pinjaman bahasa lain pula sekitar 8.8%.[107] Bahasa Jepun menggunakan tulisan kanji, hiragana, dan katakana. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisan Rumi yang dikenali sebagai Romaji. Nombor-nombor Arab turut digunakan. Bahasa Ryukyu yang juga tergolong dalam keluarga bahasa Japonik ditutur oleh penduduk Okinawa, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.[108] Bahasa Ainu kian pupus dengan hanya beberapa orang penutur asli yang sudah lanjut usia di Hokkaido.[109] Para pelajar sekolah kerajaan dan swasta di Jepun hanya diwajibkan mempelajari bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.[110]

Pendidikan

Yasuda Auditorium, Tokyo University - Nov 2005
Auditorium Yasuda di Universiti Tokyo

Pendidikan rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi diperkenalkan di Jepun pada tahun 1872 hasil usaha Pemulihan Meiji.[111] Sejak tahun 1947, rancangan pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara bersekolah selama 9 tahun di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah (dari usia 6 hingga 15 tahun). Dalam kalangan penduduk berusia 15 tahun ke atas, kadar celik huruf mencapai 99% secara sama rata antara lelaki dan wanita (2002).[112]

Hampir semua pelajar sekolah berjaya ke sekolah menengah tinggi dan menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Jepun (MEXT), lebih kurang 75.9% lepasan sekolah menengah tinggi pada tahun 2005 melanjutkan pelajaran ke universiti, akademi, politeknik, atau insititusi pendidikan tinggi seumpamanya.[113] Pendidikan di Jepun amat kompetitif,[114] khususnya dalam ujian kemasukan perguruan tinggi. Universiti Tokyo dan Universiti Keio merupakan dua universiti terunggul di Jepun.[115] Mengikut carta kedudukan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang disusun oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tangga keenam terbaik di dunia.[116]

Kebudayaan

Sumo
Perlawanan sumo

Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Pada mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Yunani dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia II.

Breakfast at Tamahan Ryokan, Kyoto
Sarapan tradisional Jepun

Jepun turut mengembangkan budaya yang asli dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali.

Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.

Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.

Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan Jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "National Flag and National Anthem". Dicapai 29 Januari 2017. The Rising Sun Flag and "Kimi Ga Yo" are respectively the national flag and anthem of Japan. This was formalized in 1999 with the Law Regarding the National Flag and National Anthem.
  2. ^ "Explore Japan National Flag and National Anthem". Dicapai 29 Januari 2017.
  3. ^ "National Symbols". Dicapai 29 Januari 2017.
  4. ^ "History of Tokyo". Dicapai 29 Januari 2017. The Edo Period lasted for nearly 260 years until the Meiji Restoration in 1868, when the Tokugawa Shogunate ended and imperial rule was restored. The Emperor moved to Edo, which was renamed Tokyo. Thus, Tokyo became the capital of Japan
  5. ^ 法制執務コラム集「法律と国語・日本語」 (dalam bahasa Japanese). Legislative Bureau of the House of Councillors. Dicapai 19 Januari 2009.
  6. ^ "Japan Languages" (dalam bahasa English). Dicapai 29 Januari 2017.
  7. ^ "Literacy and Language Classes in Community Centers, Country Profile: Japan". Dicapai 29 Januari 2017.
  8. ^ a b "World Factbook: Japan". CIA. Dicapai 15 Januari 2011.
  9. ^ (Jepun) "世界60カ国価値観データブック" [Sixty Countries' Values Databook]. Dentsu Communication Institute, Japan Research Center. 2000. Dicapai 16 Jun 2017.
  10. ^ Mengikut legenda, pada tarikh inilah Jepun diasaskan oleh Maharaja Jimmu, maharaja pertama Jepun.
  11. ^ (Inggeris) "Facts about Japan, General Information". Dicapai 29 Januari 2017.
  12. ^ "最新結果一覧 政府統計の総合窓口 GL08020101". Statistics Bureau of Japan. Dicapai 27 April 2016.
  13. ^ a b c d (Inggeris) "World Economic Outlook Database,April 2017 – Report for Selected Countries and Subjects". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai 21 April 2016.
  14. ^ (Inggeris) "World Factbook: Gini Index". CIA. Dicapai 11 Mei 2011.
  15. ^ (Inggeris) "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai 23 Mac 2017.
  16. ^ "Facts and Figures of Japan 2007 01: Land" (PDF). Foreign Press Center Japan. Dicapai 2009-07-04.
  17. ^ Inman, James (21 January 2011). "China confirmed as World's Second Largest Economy". The Guardian. Dicapai 21 Januari 2011.
  18. ^ United Nations World Population Propsects: 2006 revision – Table A.17 for 2005-2010
  19. ^ Teach Yourself Japanese Message Board
  20. ^ Joan, R. Piggott (1997). The emergence of Japanese kingship. Stanford University Press. m/s. 143–144. ISBN 0-804-72832-1.
  21. ^ Luīs Fróis, "Of the Ilande of Giapan" (19 Feb 1565), diterbit dalam Richard Willes, "The History of Travayle in the West and East Indies" (London 1577), dipetik dalam "Travel Narratives from the Age of Discovery", oleh Peter C. Mancall, ms. 156–57.
  22. ^ Delmer M. Brown (ed.), penyunting (1993). The Cambridge History of Japan. Cambridge University Press. m/s. 140–149.
  23. ^ William Gerald Beasley (1999). The Japanese Experience: A Short History of Japan. University of California Press. m/s. 42. ISBN 0520225600. Dicapai 2007-03-27.
  24. ^ Conrad Totman (2002). A History of Japan. Blackwell. m/s. 64–79. ISBN 978-1405123594.
  25. ^ Conrad Totman (2002). A History of Japan. Blackwell. m/s. 122–123. ISBN 978-1405123594.
  26. ^ George Sansom (1961). A History of Japan: 1334–1615. Stanford. m/s. 42. ISBN 0-8047-0525-9.
  27. ^ George Sansom (1961). A History of Japan: 1334–1615. Stanford. m/s. 217. ISBN 0-8047-0525-9.
  28. ^ Stephen Turnbull (2002). Samurai Invasion: Japan's Korean War. Cassel. m/s. 227. ISBN 978-0304359486.
  29. ^ Hooker, Richard (1999-07-14). "Japan Glossary; Kokugaku". Washington State University. Dicapai 2006-12-28.
  30. ^ Jesse Arnold. "Japan: The Making of a World Superpower (Imperial Japan)". vt.edu/users/jearnol2. Dicapai 2007-03-27.
  31. ^ Kelley L. Ross. "The Pearl Harbor Strike Force". friesian.com. Dicapai 2007-03-27.
  32. ^ Roland H. Worth, Jr. (1995). No Choice But War: the United States Embargo Against Japan and the Eruption of War in the Pacific. McFarland. ISBN 0-7864-0141-9.
  33. ^ "Japanese Instrument of Surrender". educationworld.net. Dicapai 2006-12-28.
  34. ^ When Empire Comes Home : Repatriation and Reintegration in Postwar Japan by Lori Watt, Harvard University Press
  35. ^ Joseph Coleman (2006-03-06). "'52 coup plot bid to rearm Japan: CIA". The Japan Times. Diarkibkan daripada asal pada 2012-07-17. Dicapai 2007-04-03.
  36. ^ a b c d Kobayashi, Kayo (2005). 日本の経済: Japanese Economy, The. IBC Publishing. ISBN 4-8968-4147-6.
  37. ^ "The Constitution of Japan". House of Councillors of the National Diet of Japan. 1946-11-03. Dicapai 2007-03-10.
  38. ^ a b "World Factbook; Japan". CIA. 2007-03-15. Dicapai 2007-03-27.
  39. ^ http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s5 Perlembagaan Jepun Pasal 5, Kabinet (第5章 内閣)
  40. ^ http://www.houko.com/00/01/S21/000.HTM#s1 Perlembagaan Jepun Bab 1 Pasal 6, Maharaja (第1章 天皇)
  41. ^ http://www.kunaicho.go.jp/02/d02-01.html Tennō kōgō ryōheika no goryakureki (天皇皇后両陛下のご略歴). Diakses pada 7 Maret 2009
  42. ^ Michael Green. "Japan Is Back: Why Tokyo's New Assertiveness Is Good for Washington". Real Clear Politics. Dicapai 2009-03-08.
  43. ^ "Japan: non-permanent member of the Security Council". United Nations. Dicapai 2009-03-10.
  44. ^ Nile Gardiner, Ph.D. and Brett D. Schaefer. "U.N. Security Council Expansion Is Not in the U.S. Interest". Heritage Foundation. Dicapai 2009-03-10.
  45. ^ Japan-Australia Joint Declaration on Security Cooperation
  46. ^ Joint Declaration on Security Cooperation between Japan and India
  47. ^ "Debt Relief is down: Other ODA rises slightly". Organisation for Economic Co-Operation and Development. Dicapai 2009-03-10.
  48. ^ "Sejarah Bantuan ODA Jepang di Indonesia". Situs Bantuan ODA Jepang di Indonesia. Dicapai 2009-03-10.
  49. ^ "Japan's island row with Russia". BBC News. 2006-08-16. Dicapai 2009-03-10.
  50. ^ "Seoul and Tokyo hold island talks". BBC News. 2006-04-20. Dicapai 2009-03-10.
  51. ^ "The Basic View on the Sovereignty over the Senkaku Islands". Kementerian Luar Negeri Jepun. Dicapai 2009-03-10.
  52. ^ "The Constitution of Japan". Dicapai 2009-03-12.
  53. ^ Kosechi, Soseki. "Mengkaji Kembali Revisi Perlembagaan Jepun". Dicapai 2009-03-12.
  54. ^ "Section 3. Japan's Response to the Post-Gulf Crisis Problems". Diplomatic Bluebook 1991: Japan's Diplomatic Activities. Kementerian Luar Negeri Jepun. Dicapai 2009-03-10.
  55. ^ "航空自衛隊イラク復興支援派遣撤収業務隊による撤収業務の終結に関する命令の発出について". Kementerian Pertahanan. 2009-02-10. Dicapai 2009-03-10.
  56. ^ "Japan's Participation in UN Peacekeeping Operations: International Peace Cooperation Assignment in Cambodia". Secretariat of the International Peace Cooperation Headquarters, Cabinet Office. 2009-02-10. Dicapai 2009-03-10.
  57. ^ "Prime Minister Encourages Japan Air Self-Defense Force (JASDF) to be Dispatched to Iraq". Kantor Perdana Menteri Jepun. 2003-12-24. Dicapai 2009-03-10.
  58. ^ "航空自衛隊イラク復興支援派遣撤収業務隊による撤収業務の終結に関する命令の発出について". Kementerian Pertahanan. 2009-02-10. Dicapai 2009-03-10.
  59. ^ "2009年2月16日付防衛省人事発令" (PDF). Kementerian Pertahanan. 2009-02-16. Dicapai 2009-03-10.
  60. ^ ""Japan"". Microsoft Encarta Online Encyclopedia. 2006. Dicapai 2006-12-28.
  61. ^ "Japan Information—Page 1". WorldInfoZone.com. Dicapai 2006-12-28.
  62. ^ "World Population Prospects". UN Department of Economic and Social Affairs. Dicapai 2007-03-27.
  63. ^ "Tectonics and Volcanoes of Japan". Oregon State University. Dicapai 2007-03-27.
  64. ^ "Attractions: Hot Springs". JNTO. Dicapai 2007-04-01.
  65. ^ a b "Essential Info: Climate". JNTO. Dicapai 2007-04-01.
  66. ^ "Gifu Prefecture sees highest temperature ever recorded in Japan - 40.9". Japan News Review Society. 2007-08-16. Dicapai 2007-08-16.
  67. ^ a b c "Japan: Patterns of Development". country-data.com. Januari 1994. Dicapai 2006-12-28.
  68. ^ a b c d "World Factbook; Japan—Economy". CIA. 2006-12-19. Dicapai 2006-12-28.
  69. ^ "World Economic Outlook Database; country comparisons". IMF. 6 Oktober 2010. Dicapai 5 Januari 2011.
  70. ^ "World Factbook: Country Comparison :: GDP (purchasing power parity)". CIA. Dicapai 16 Januari 2011.
  71. ^ er 6 Manufacturing and Construction, Statistical Handbook of Japan, Ministry of Internal Affairs and Communications
  72. ^ http://www.prcdc.org/summaries/japan/japan.html
  73. ^ Groningen Growth and Development Centre (GGDC)
  74. ^ Japan 500 2008, Financial Times Dicapai pada 8 Mac 2009]
  75. ^ [http://www.forbes.com/lists/2006/18/06f2000_The-Forbes-2000_Rank.html The Forbes 2000
  76. ^ Market data. New York Stock Exchange (2006-01-31). Diakses pada 2007-08-11.
  77. ^ "Japan's Economy: Free at last". The Economist. 2006-07-20. Dicapai 2007-03-29.
  78. ^ "The State and Change in the "Lifetime Employment" in Japan: From the End of War Through 1995". Research Institute of Economy, Trade and Industry (RIETI). November 2004. Dicapai 2007-03-29.
  79. ^ Sonobe, Jun. "Life-time Employment (終身雇用)". exBuzzWords. Dicapai 2007-03-28.
  80. ^ The Economist: Going hybrid
  81. ^ Activist shareholders swarm in Japan, The Economist
  82. ^ Japan, Index of Economic Freedom
  83. ^ "The State of World Fisheries and Aquaculture 2006" (PDF). FAO Fisheries and Aquaculture Department FAO. 2007. ISBN 978-92-5-105568-7. Dicapai 2009-03-02.
  84. ^ "Yearbooks of Fishery Statistics: World fisheries production, by capture and aquaculture, by country (2006)" (PDF). Fisheries and Aquaculture Department FAO. Januari 2006. Dicapai 2009-03-08.
  85. ^ The World Almanac and book of facts 2008. World Almanac Books. 2008. m/s. 94. ISBN 1-60057-072-0.
  86. ^ "Employed person by occupation and sex (労働力調査 長期時系列データ 職業別就業者数)". Statistics Bureau, Director General for Policy Planning (Statistical Standards) 総務省統計局. Dicapai 2009-03-09.
  87. ^ Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai, 財団法人矢野恒太記念会 (2008). m/s. 134 Tabel 13-6 dan catatan kaki. "Takrifan keluarga petani komersil (hambai nōka) ialah keluarga dengan luas tanah lebih dari 3,000 m² atau pendapatan kasar lebih daripada \500,000 per tahun; takrifan keluarga petani pengusaha (shugyō nōka) ialah keluarga yang berpenghasilan utama dari pertanian, dan memiliki kepala keluarga berumur di bawah 65 tahun yang bekerja di lahan pertanian lebih dari 60 hari per tahun."
  88. ^ Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai 財団法人矢野恒太記念会 (2008) m/s. 136 Tabel 13-8. Report of Survey on Movement of Agriculture Structure.
  89. ^ Pada tahun 1990, keluarga petani komersil yang memiliki ketua keluarga berusia lebih 65 tahun mencapai 19.5%. Angka ini bertambah menjadi 32.4% pada tahun 2007. "Main Indicators Relating to Agriculture, Forestry and Fisheries (農林水 産業関連主要指標(1)土地と人口 Land and population)". Kementerian Pertanian, Kehutanan dan Perikanan Jepun (MAFF). Dicapai 2009-03-09.
  90. ^ a b "人口推計月報". Biro Statistik Jepun. Februari 2009. Dicapai 2009-08-08.
  91. ^ Japan-born Koreans live in limbo. The New York Times. 2 April 2005.
  92. ^ An Enclave of Brazilians Is Testing Insular Japan. The New York Times. 1 November 2008.
  93. ^ 'Home' is where the heartbreak is for Japanese-Peruvians. Asia Times. 16 Oktober 1999.
  94. ^ Registered Foreigners in Japan by Nationality. Stat.go.jp.
  95. ^ "国籍Q&A". 民事局. Dicapai 2009-08-08.
  96. ^ Fogarty, Philippa (2008-06-06). "Recognition at last for Japan's Ainu". BBC News. BBC. Dicapai 2008-06-07.
  97. ^ The Invisible Race. Time. 8 Januari 1973.
  98. ^ "The World Factbook: Rank order—Life expectancy at birth". CIA. 2006-12-19. Dicapai 2006-12-28.
  99. ^ a b "Statistical Handbook of Japan: Chapter 2—Population". Japan Ministry of Internal Affairs and Communications. Dicapai 2006-12-28.
  100. ^ a b Ogawa, Naohiro."Demographic Trends and Their Implications for Japan's Future" The Ministry of Foreign Affairs of Japan. Transkrip wawancara pada 7 Mac 1997. Dicapai pada 14 Mei 2006.
  101. ^ Hidenori Sakanaka (2005-10-05). "Japan Immigration Policy Institute: Director's message". Japan Immigration Policy Institute. Dicapai 2007-01-05.
  102. ^ French, Howard."Insular Japan Needs, but Resists, Immigration". "The New York Times" (2003-07-24). Diakses pada 2007-02-21.
  103. ^ Ministry of Internal Affairs and Communications
  104. ^ Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (2006-09-15). "International Religious Freedom Report 2006". U.S. Department of State. Dicapai 2007-12-04.
  105. ^ a b Kisala, Robert (2005). Robert Wargo, penyunting. The Logic Of Nothingness: A Study of Nishida Kitarō. University of Hawaii Press. m/s. 3–4. ISBN 0824822846.
  106. ^ [http://www.bunka.go.jp/english/pdf/chapter_10.pdf Religious Juridical Persons and Administration of Religious Affairs, Agency for Cultural Affairs. Diakses pada 25 Ogos 2008]
  107. ^ Shinsen-kokugojiten (新選国語辞典), Kyōsuke Kindaichi, Shogakukan, 2001, ISBN 4-09-501407-5
  108. ^ 言語学大辞典セレクション:日本列島の言語 (Selection from the Encyclopædia of Linguistics: The Languages of the Japanese Archipelago). "琉球列島の言語" (The Languages of the Ryukyu Islands). 三省堂 1997
  109. ^ "15 families keep ancient language alive in Japan". UN. Diarkibkan daripada asal pada 2008-01-06. Dicapai 2007-03-27.
  110. ^ Lucien Ellington (2005-09-01). "Japan Digest: Japanese Education". Indiana University. Diarkibkan daripada asal pada 2006-04-27. Dicapai 2006-04-27.
  111. ^ Lucien Ellington (2003-12-01). "Beyond the Rhetoric: Essential Questions About Japanese Education". Foreign Policy Research Institute. Dicapai 2007-04-01.
  112. ^ CIA World Factbook: Literacy
  113. ^ "School Education" (PDF). MEXT. Dicapai 2007-03-10.
  114. ^ Kate Rossmanith (2007-02-05). "Rethinking Japanese education". The University of Sydney. Dicapai 2007-04-01.
  115. ^ "The World University Rankings".
  116. ^ OECD’s PISA survey shows some countries making significant gains in learning outcomes, OECD, 04/12/2007. Range of rank on the PISA 2006 science scale

Pautan luar

Rasmi

Lain-lain

Anime

Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak.

Bahasa Jepun

Bahasa Jepun (日本語, Nihon-go) ialah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.

Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii) dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang dipanggil nisei (二世, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.

Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語), pertuturan baku, dan Kyoutsugo (共通語), pertuturan umum. Hyoujungo ialah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.

Tatabahasa Jepun amat berlainan dengan kebanyakan bahasa lain, kerana ia ialah bahasa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja selalunya berada di hujung suatu ayat.

Bahasa Korea

Bahasa Korea (한국어/조선말, lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina.

Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.

Bandar utama di Jepun

Bandar Utama (Bahasa Jepun: 中核市, Chūkakushi?) merupakan kelas bandar Jepun yang telah dicipta pada klausa pertama Rencana 252, dibawah Seksyen 22 Undang-Undang Autonomi Tempatan. Bandar utama mempunyai fungsi yang sama dalam pembahagian pentadbiran seperti kerajaan wilayah akan tetapi tugasnya lebih sedikit daripada apa yang dibuat pihak bandar terancang. Untuk mendapat kelayakan status bandar utama, setiap bandar haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:

Mempunyai kapasiti penduduk melebihi 300,000 orang.Permintaan untuk menjadi bandar utama haruslah dibuat oleh bandar itu sendiri dengan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak iaitu badan kerajaan bandar serta badan kerajaan wilayah.

Bhinneka Tunggal Ika

Bhinneka Tunggal Ika ialah moto atau slogan negara Indonesia. Frasa ini bermaksud 'Berbeda-beda tapi Tetap Satu juga' . Bhinneka bermaksud 'beraneka'. Tunggal bermaksud 'satu'. Ika bermaksud 'itu'.

Moto ini mula diperkenalkan semasa Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas berjuang melalui 'buluh runcing' daripada Belanda dan Jepun. Sultan Abdul Hamid II dari Pontianak, Kalimantan memperkenalkannya dan disokong oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno.

Moto ini dicatat pada logo Garuda Pancasila iaitu logo negara Indonesia. Istilah ini digunakan kerana mahu menunjukkan kelainan dan bangsa Indonesia yang rencam dan ratusan pulau tetapi dapat disatukan melalui satu negara yang unik, Indonesia.

Bukit Besi

Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur.

Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah). Ia juga terletak dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor. Di Bukit Besi, Kuala Terengganu ini juga terdapat bukti kewujudan penempatan Zaman Paleolitik Akhir/Hoabinhian Awal dan berterusan sehingga Zaman Neolitik, dengan jumpaan beberapa alat batu berupa kapak batu licin di tapak terbuka juga ditemui secara tidak sengaja.

J-pop

J-Pop (ジェイポップ, jeipoppu) merupakan kata singkatan untuk Pop Jepun. Perkataan ini merujuk kepada artis-artis popular Jepun, dan mula-mula digunakan oleh media Jepun untuk membezakan artis Jepun daripada artis luar negara.

Laut China Selatan

Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik, meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3.500.000 km ².

Ia terletak di:

Selatan Tanah Besar China dan pulau Taiwan,

Barat Filipina,

Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei,

Utara Indonesia,

Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura, serta

Timur Vietnam.Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal laut China, Arab dan Belanda turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar laut.

Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu.

Manga

Manga (漫画) ialah perkataan Jepun untuk komik (bukan berbentuk animasi, merujuk kepada kartun yang dicetak); di luar Jepun, ia merujuk khas kepada komik Jepun. Manga dihasilkan daripada gabungan ukiyo-e dan gaya lukisan barat. Biasanya manga dilukis dalam bentuk hitam putih (kecuali kulitnya).

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (サッカー日本代表, Soccer Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Javier Aguirre.

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (サッカー日本代表), Nippon Daihyō (日本代表), atau Daihyō (代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (岡田ジャパン, Okada Jepun). Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (ザッケローニジャパン, Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (ザックジャパン, Zakku Jepun) sebagai singkatan.

Pekan di Jepun

Pekan (Bahasa Jepun: 町; chō atau machi) merupakan sebuah unit pentadbiran tempatan di Jepun. Pekan juga membawa maksud yang sama seperti "bandar" tetapi lebih kecil daripada bandar. Ianya adalah satu badan awam bersama-sama dengan wilayah, bandar dan kampung di Jepun. Secara geografinya, pekan terletak dalam lingkungan wilayah Jepun.

Perhatian kepada nama yang digunakan iaitu (町; machi atau chō) adalah nama yang sama digunakan dalam kawasan-kawasan yang lebih kecil, selalunya sebahagian daripada wad di sesuatu bandar.

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua (atau Perang Dunia Ke-2) ialah peperangan global dari tahun 1939 hingga 1945. Perang ini mengakibatkan paling banyak kerosakan dan kematian dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 70 hingga 85 juta nyawa termasuk pembunuhan beramai-ramai, Holokus, pengeboman strategik, kematian daripada kebuluran dan penyakit, dan penggunaan senjata nuklear terhadap Jepun. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara pembesar berempat: Komanwel, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman Nazi , Itali, dan Jepun). Ketika Perang Dunia Kedua ini, berlakunya Peperangan Eropah di Medan Eropah di medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik pula berlaku di medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur. Terdapat juga peperangan yang berlaku di Benua Afrika.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Slim, Perak

Pekan Slim merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Batang Padang.

Pekan Slim berhampiran dengan Kampung Slim dan bandar Slim River, di negeri Perak, Malaysia.

Slim dan Slim River berasal dari ladang-ladang getah pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Ramai buruh ladang dibawa masuk dari Sri Lanka dan selatan India untuk menjadi buruh ladang - menebang hutan, menanam pokok getah dan menoreh getah apabila pokok getah telah matang.

Baiknya peladang-peladang British ini, mereka telah membina rumah-rumah ladang lengkap dengan bilik dua buah, air, elektrik , jalan raya, kuil, masjid, klinik, sekolah dan lain-lain. Ladang-ladang ini telah berkembang menjadi pekan dan bandar seperti Slim River, Behrang, dan Bidor.

Pada kemaraan tentera Jepun dari utara Semenanjung Malaysia ke selatan menuju Singapura, jambatan Slim River menjadi medan pertempuran utama antara tentera British dengan tentera Jepun. Bagi melambatkan kemaraan tentera Jepun, jambatan Slim River yang penting di Sungai Slim telah diletupkan oleh tentera British.

Tokyo

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to), ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.

Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London. Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008 serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.

Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

Waktu Piawai Jepun

Waktu Piawai Jepun (日本標準時, Nihon hyōjunji) (bahasa Inggeris: Japan Standard Time, disingkat JST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh Jepun, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+9:00. Nama rasminya adalah "Waktu Piawai Bahagian Tengah" (Chūō hyōjunji). Tidak ada waktu musim panas (DST) di Jepun, walaupun pengenalannya telah diperdebatkan beberapa kali.

Waktu piawai Jepun didasarkan pada jam atom milik Badan Nasional Teknologi Informasi dan Komunikasi (Jōhō Tsūshin Kenkyū Kikō). Sebelumnya, Waktu Piawai Jepun dihitung berdasarkan waktu matahari rata-rata setempat di Planetarium Perbandaran Akashi yang terletak di kota Akashi, Wilayah Hyōgo. Planetarium Akashi dilewati longitud 135° T dan pernah memiliki jam besar yang menunjukkan Waktu Piawai Jepun. Akibat gempa bumi Kobe 1995 tahun 1995, jam tersebut rosak dan sekarang menjadi barang pameran di Universiti Kobe Gakuin. Jam besar yang sekarang terpasang di atas menara Planetarium Perbandaran Akashi merupakan hadiah dari syarikat jam Seiko.

Waktu musim panas (DST) pernah berlaku di Jepun antara tahun 1948 hingga tahun 1951. Pada tahun-tahun tersebut, waktu musim panas dimulai Sabtu minggu pertama bulan Mei hingga Sabtu minggu kedua bulan September, dengan pengecualian waktu musim panas tahun 1949 yang dimulai bulan April.

Wilayah Kanagawa

Wilayah Kanagawa (神奈川県, Kanagawa-ken) ialah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kawasan Kantō di Honshū, Jepun. Ibu kotanya ialah Yokohama. Kanagawa tergolong dalam kawasan metropolitan Tokyo Raya.

Wilayah Shizuoka

Wilayah Shizuoka (静岡県, Shizuoka-ken) ialah sebuah wilayah di Jepun yang terletak di kawasan Chūbu di pulau Honshū. The capital is the city of Shizuoka.

Wilayah di Jepun

Jepun terdiri daripada 47 wilayah (prefektur), iaitu sebuah "metropolis" (都, to, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" (道, dō, iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur (府, fu, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa (県, ken). Di Jepun, kesemua wilayah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai todōfuken (都道府県) iaitu gabungan kesemua wilayah (to-dō-fu-ken). Wilayah merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.

Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (知事, chiji). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.

Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah (市, shi) dan daerah (郡, gun). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan (町, chō / machi) dan kampung (村, son / mura). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (支庁, shichō) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.

Transliterasi
- Romaji: Nippon-koku
Nihon-koku
- Hepburn (semakan): Nippon-koku
Nihon-koku
Flag of Japan.svg Pembahagian pentadbiran dan kawasan di Jepun Go-shichi no kiri crest 2.svg
Kawasan
Wilayah
Negara dan wilayah di Asia Timur
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Asia
Mengikut benua
Mengikut negara
Mengikut jenis
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)
AustraliaBrunei DarussalamKanadaChileRepublik Rakyat ChinaHong KongIndonesia • Jepun • Republik KoreaMalaysiaMexicoNew ZealandPapua New GuineaPeruFilipinaRussiaSingapuraTaiwanThailandAmerika SyarikatVietnamLogo of APEC

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.