Islamofobia

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim[1] Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an[2] tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.[3] Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama[4]

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September,[5] sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat[6]. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September[7] Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia: [8]

Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.

Sebahagian daripada siri berkaitan

Allah-green

Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Nota kaki

  1. ^
    • Sandra Fredman, Discrimination and Human Rights, Oxford University Press, ISBN 0-19-924603-3, ms.121.
    • Yvonne Yazbeck Haddad, Muslims in the West: From Sojourners to Citizens, Oxford University Press, ISBN 0-19-514806-1, ms.19
    • Islamophobia: A Challenge for Us All, Badan Amanah Runnymede, 1997, ms. 1, disebut dalam Quraishi, Muzammil. Muslims and Crime: A Comparative Study, Ashgate Publishing Ltd., 2005, ms. 60. ISBN 0-7546-4233-X. Pada awal 1997, satu suruhanjaya mengenai Muslim British dan Islamofobia, pada masa itu sebahagian dari Runnymede Trust, mengeluarkan satu dokumen mengenai Islamofobia di bawah pengerusian Professor Gordon Conway, Timbalan Chancelor University of Sussex. Dalam laporan terakhir, Islamophobia: A Challenge for Us All, dilancarkan pada November 1997 oleh [[Setiausaha Luar Britain] Jack Straw
  2. ^ Islamophobia: A Challenge for Us All, Runnymede Trust, 1997, ms. 1, disebut dalam Quraishi, Muzammil. Muslims and Crime: A Comparative Study, Ashgate Publishing Ltd., 2005, ms. 60; Annan, Kofi. "Secretary-General, addressing headquarters seminar on confronting Islamophobia", siaran akhbar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 7 Disember 2004.
  3. ^
    • Casciani, Dominic. "Islamophobia pervades UK - report", BBC News, 2 Jun 2004.
    • Rima Berns McGowan menulis dalam Muslims in the Diaspora (University of Toronto Press, 1991, ms. 268) yang istilah "Islamophobia" pertama digunakan dalam satu terbitan berkala Amerika pada tahun 1991.
  4. ^ Runnymede 1997, ms. 5, disebut dalam Quraishi 2005, ms. 60.
  5. ^ Benn, Jawad (2004) ms. 111
  6. ^ Steven Vertovec, "Islamophobia and Muslim Recognition in Britain"; dalam Haddad (2002) ms. 32-33
  7. ^ Lihat:
    • Greaves (2004) ms. 133
    • Allen, Chris; Nielsen, Jorgen S.; Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001 (Mei 2002), EUMC.
  8. ^ The Stockholm International Forum Conferences (2000–2004)
Ahli Sunah Waljamaah

Ahli Sunah Wajama'ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة‎) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة‎) atau Sunni. Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 10% pula menganut aliran Syiah.

Ahlul Bait

Dalam tradisi Islam, Ahlul Bait (Bahasa Arab: أهل البيت‎; harfiah: "Orang Rumah"; ertinya: keluarga) ialah istilah yang mengarah kepada keluarga Muhammad.

Terjadi perbezaan dalam penafsiran baik Muslim Syiah mahupun Ahli Sunah Waljamaah. Ahli Sunah Waljamaah berpendapat bahawa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam erti luas, meliputi isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucunya. Sementara golongan Syiah berpendapat bahawa Ahlul Bait mencakup lima orang iaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah az-Zahra, Hasan dan Husain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping baginda sendiri).

Cabang dan mazhab Islam

Teks suci Islam, al-Quran, menyuruh umatnya supaya tidak berpecah-pecah kepada bahagian atau puak tertentu tetapi sebaliknya bersatu-padu di bawah satu agama dan satu Tuhan - Allah.[Quran 3:103] Kegagalan berbuat demikian merupakan dosa dan orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka akan dibalas oleh Allah pada Hari Akhirat nanti.[6:159] Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., telah muncul perbezaan dari segi aliran pemikiran, tradisi dan fiqh, namun tidak akidah.

Al-Qur'an juga memerintahkan umat Islam "taat kepada Allah, taat kepada Rasul (Nabi Muhammad), orang-orang yang berkuasa dari kalangan Muslim", menekankan kepentingan mematuhi suruhan Allah di dalam al-Qur'an, dan mengikuti semua ajaran Nabi, dan mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin;[4:59] melabelkan mereka yang bersetuju sebagai Muslim[22:78] dan sebahagian daripada "sebaik-baik umat yang dilahirkan".[3:110] Bagaimanapun, ada hadis yang menyebut akan terdapat 73 golongan seperti yang diriwayatkan dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Daud,

Dakwah

Dakwah biasanya bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak", dijadikan participle aktif suatu verb bermakna secara pelbagai "memanggil, menjemput" (yang akar trikonsonantal adalah د ع و). Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i, jamak du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan agama dengan suatu mubaligh.

Garis masa sejarah Islam

Ada lebih banyak lagi pada sejarah Islam dariapda aspek-aspek sejarah dan politiknya; kronologi yang terutama ini adalah hampir keseluruhannya adalah bersifat ketenteraan dan politik. (Lihat pula: Sejarah Islam)

Hari Akhirat

Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.

Hadis Muhammad yang bermaksud:

- Hadis riwayat Imam Muslim.

Islam dan haiwan

Rencana ini adalah berkaitan haiwan dalam pandangan Islam.

Al-Quran meletakkan haiwan di kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme. Ia walau bagaimanapun menyuruh Muslim memperlakukan haiwan dengan belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan, beserta dengan semua makhluk lain, dipercayai sentiasa memuji Tuhan akan tetapi anjing dianggap haiwan haram walaupun anjing dianggap kawan rapat manusia oleh pemikiran barat, anjing yg bersifat taat setia kepada tuannya,anjing amat tidak disukai oleh Nabi Mohammad s.a.w, oleh itu seluruh umat Islam patut mematuhi suruhan nabi. walaupun pujian ini tidak dinyatakan mengikut bahasa manusia (contohnya, lihat Quran 17:44).

Islam di Papua New Guinea

Islam di Papua New Guinea adalah sebuah agama minoriti; jabatan negara AS menganggar bahawa ada sekitar 2000 umat Islam di negara ini.Sehingga kini dipercayai populasi Islam meningkat ke 5 000 hingga 10 000 orang.Perkembangan pesat islam berlaku di kawasan pedalaman serta kawasan yang bersempadan dengan Papua,Indonesia.

Kitab

Kitab (Bahasa Arab: کتاب‎) salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:

Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa

Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud

Injil: diturunkan kepada Nabi Isa

Al-Quran: diturunkan kepada Nabi MuhammadOrang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Kota tersuci Islam

Makkah - Kota paling suci dalam Islam. Terdapatnya Kaabah. Menjadi tumpuan ketika Haji.

Madinah - Tempat kedua paling suci dalam Islam. Masjid al-Nabawi yang mana Nabi Muhammad s.a.w. disemadikan.

Baitulmuqaddis - Tempat suci Islam ketiga. Terdapatnya Kubah Emas dan Masjid Al Aqsa. Tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj dan qiblat pertama Muslim.Di samping kota-kota di atas terdapat juga kota-kota yang suci kepada pengikut Syiah.

Najaf - Tapak makam Imam Ali di Masjid Imam Ali. Anak saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Juga tapak Tanah Perkuburan Wadi-us-Salaam.

Karbala - makam Saidina Hussein di Mashad al-Husain.

Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab ini telah diasaskan oleh Imam Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini dikenali sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan di kalangan orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab ini juga merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut.

Mujathid Mazhab Hanafi; Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani lebih dikenali sebagai Imam Muhammad, Abu Ja’far Al-Warraq Ath-Thahawi lebih dikenali sebagai Imam Tahawi, Imam Abu Mansur Al-Maturidi pengasas Mazhab Aqidah Matrudi dan lain-lain.

Mazhab Hanbali

Mazhab Hanbali (bahasa Arab: حنبلى) atau juga dieja Mazahab Hambali adalah satu daripada empat mazhab fiqah dalam aliran ahli sunnah wal jamaah (tiga lagi adalah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Syafie). Mazhab ini kebanyakannya diikuti oleh ilmuwan yang beraqidah Athariyyah sejak kurun ketiga. Dasar-dasarnya yang utamanya adalah berpegang kepada :

Al-Qur'an

Hadis marfu'

Fatwa sahabat dan mereka yang lebih dekat dengan al-Quran dan hadis, di antara fatwa yang berlawanan

Hadis mursal

QiyasMazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab terutamanya Hijaz seperti Mekah dan Madinah, di pedalaman Oman dan beberapa tempat sepanjang Teluk Parsi dan beberapa bandar di Asia Tengah.

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki (Arab: مالكية) adalah satu dari empat mazhab fiqh atau hukum Islam dalam Sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afrika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim.

Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain.

Mazhab ini berpegang kepada:

Al-Quran

Hadis Rasulullah yang dikategorikan sah

Ijmak' ahlul Madinah. Kadangkala menolak hadis yang bertentangan atau yang tidak diamalkan oleh ulama Madinah

Qiyas

IstilahMazhab ini menjadi panduan hukum Arab Saudi.

Sunnah

Sunnah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."

Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Muhammad yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Muhammad untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Muhammad.

Surah Al-Fiil

Surah al-Fiil (سورة الفيل) adalah surah ke-105 dalam Al-Quran. Ia adalah surah Makkiyah yang terdiri dari 5 ayat. Ia menghuraikan kejadian Tahun Gajah, tahun apabila Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan.

Surah Al-Qiamah

Surah Al-Qiamah (سورة القيامة) adalah surat ke-75 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 40 ayat, termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Qari’ah. Perkataan Al-Qiamah (hari kiamat) diambil dari perkataan Al-Qiamah yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Surah Nuh

Surah Nuh (Bahasa Arab: سورة نوح‎) ialah surah ke-71 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 28 ayat. Dinamakan dengan surat Nuh kerana surah ini seluruhnya menjelaskan dakwah dan doa Nabi Nuh a.s.

Surau

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.

Wanita dalam Islam

Kajian wanita dalam Islam menyiasat kedudukan pernan wanita dalam agama Islam . Hubungan rumit di antara wanita dan Islam ditakrifkan oleh taks Islam dan sejarah dan budaya dunia Islam.Syariat Islam (hukum Islam) memberikan perbezaan di antara peranan wanita dan lelaki, hak, dan tanggung jawab. Kebanyakan negara Islam memberikan wanita pellbagai peringkat hak berkaitan dengan perkahwinan, cerai, hak sivil, kedudukan legal, peraturan pakaian, dan pendidikan berasaskan pada berlainan terjemahan. PAra cendekiawan dan pengulas lain berlainan pada sama ada mereka adalah adil dan sama ada mereka adalah terjemahan benar imperatif keagaam. Ahli konservatif mendebatkan perbezaan di antara lelaki dan wanita adalah pada kedudukan berlainan dan tanggung jawab yang ditugaskan dalam al-Quran, sementara umat Islam liberal, ahli feminisme Islam, dan yang lain berdebatkan terjemahan yang kurang ortodoks. Sebilangan kecil wanita telah mencapai jawatan politik tinggi dalam negara-negara yang kebanyakannya penduduk Islam.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.