Internet Movie Database

Internet Movie Database (terjemahan: Pangkalan Data Filem Internet, singkatan: IMDb), sekarang dimiliki Amazon.com, ialah sebuah tapak web yang menyediakan penerangan mengenai filem dari seluruh dunia, termasuk orang-orang yang terlibat dengannya dari pelakon, sutradara, penulis hinggalah penata rias dan ahli muzik.

The Internet Movie Database (IMDb)
IMDB Logo 2016
Laman sesawangwww.imdb.com
Pengiklanan?Ya
Jenis lamanFilem, TV, dan pangkalan permainan video atas talian
PendaftaranPilihan
Boleh didapati dalamBahasa Inggeris, Bahasa Finland, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Hungary, Bahasa Itali, Polish, Bahasa Portugis, Bahasa Romania dan Bahasa Sepanyol
PemilikAmazon.com
Dicipta olehCol Needham
Dilancarkan padaOktober 17, 1990
Status terkiniAktif

Pautan luar

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Anugerah Akademi ke-62

Upacara Anugerah Akademi ke-62, yang disampaikan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), menghargai filem-filem terbaik 1989 dan berlangsung pada 26 Mac 1990, di Dorothy Chandler Pavilion di Los Angeles bermula jam 6.00 pagi petang PST / 9:00 petang EST. Semasa upacara tersebut, AMPAS menyampaikan Anugerah Akademi (biasanya disebut sebagai Oscar) dalam 23 kategori. Upacara, yang disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Jeff Margolis. Pelakon Billy Crystal menjadi hos buat kali pertama. Tiga minggu sebelum ini dalam upacara yang diadakan di The Beverly Hilton di Beverly Hills, California pada 3 Mac, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal disampaikan oleh Richard Dysart dan Diane Ladd.

Anugerah Akademi ke-66

Anugerah Akademi ke-66 ialah majlis anugerah perfileman di Amerika Syarikat yang diadakan pada tahun 1994.

Anugerah Akademi ke-67

Anugerah Akademi ke-67 ialah majlis anugerah perfileman di Amerika Syarikat yang diadakan pada tahun 1995.

Anugerah Akademi ke-68

Anugerah Akademi ke-68 ialah majlis anugerah perfileman di Amerika Syarikat yang diadakan pada tahun 1996.

Anugerah Golden Globe

Anugerah Golden Globe ialah sebuah anugerah Amerika Syarikat diberikan oleh 93 ahli Persatuan Media Asing Hollywood (HFPA) untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam filem dan televisyen dalam dan luar negara. Majlis tahunan anugerah ini adalah sebahagian daripada musim anugerah industri filem bersama-sama Anugerah Akademi.Anugerah Golden Globe ke-73 memberikan penghargaan kepada yang terbaik dalam filem dan televisyen pada tahun 2015, disiarkan secara langsung pada 10 Januari 2016. Ricky Gervais mengacarakan majlis ini buat kali keempat.

Burt Hummel

Burt Hummel ialah watak cereka dari siri drama muzikal Fox, Glee. Dilakonkan oleh Mike O'Malley dan pertama kali muncul di episod keempat musim pertama Glee, "Preggers". Burt dicipta oleh pencipta Glee Ryan Murphy, Brad Falchuk, dan Ian Brennan. Burt merupakan bapa Kurt Hummel (Chris Colfer), dan bekerja sebagai mekanik di Lima, Ohio, tempat latar siri ini berlokasi.

Casey Donovan (pelakon)

Casey Donovan (November 2, 1943 – Ogos 10, 1987) adalah seorang pelakon lucah lelaki Amerika tahun 1970-an dan 1980-an, muncul terutama dalam filem dewasa dan video melayani penonton lelaki gay.

Setelah kerjaya singkat sebagai guru dan bertugas sebagai model lelaki yang dibayar tinggi, Donovan muncul dalam filem yang akan semen statusnya sebagai ikon gay, Boys in the Sand, pada tahun 1971. Upaya untuk membina kemasyhuran untuk mencapai kejayaan crossover utama gagal, tetapi Donovan terus menjadi bintang bankable dalam industri dewasa untuk 15 tahun ke hadapan.

Charles King (pelakon)

Charles King (21 Februari 1895 – 7 Mei 1957) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang telah muncul dalam lebih daripada 400 buah filem dari tahun 1915 dan 1953. Menurut Internet Movie Database, The Birth of a Nation merupakan filem pertama lakonan beliau, namun tiada pengesahan dilakukan.

HanCinema

HanCinema ialah sebuah Pangkalan Data Filem dan Drama Korea Selatan dicipta oleh Cedric Collemine pada tahun 2003. Laman ini menyediakan maklumat berkaitan dengan filem, drama televisyen dan pelakon Korea Sekatan.

La Turbie

La Turbie (dalam bahasa Itali "Turbia" dari tropea, bahasa Latin untuk trofi) ialah komun di jabatan Alpes-Maritimes di Provence-Alpes-Côte d'Azur di tenggara Perancis.

Lauren Zizes

Lauren Zizes ialah watak cereka dari siri drama muzikal Amerika Syarikat Glee. Watak ini dilakonkan oleh Ashley Fink, dan telah muncul di Glee sejak episod "Wheels" (disiarkan pada 11 November 2009 di AS). Watak Lauren dibangunakn oleh pencipta Glee: Ryan Murphy, Brad Falchuk, dan Ian Brennan. Dia ialah ahli New Directions, kelab Glee di sekolah William McKinley High School di Lima, Ohio.

Legendary Pictures

Legendary Pictures, rasmi Legend Pictures, LLC (juga dirujuk sebagai Legendary Entertainment dan hanya Legendary di skrin) ialah syarikat produksi filem Amerika Syarikat berpangkalan di Burbank, California. Syarikat ini diasaskan oleh Thomas Tull pada tahun 2000 dan pada tahun 2005, syarikat ini mencapai perjanjian untuk menghasil dan membiaya filem bersama Warner Bros. Pada tahun 2014, Legendary memulakan perjanjian yang sama bersama Universal Studios.

Matthew Morrison

Matthew James Morrison (lahir 30 Oktober 1978) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Serikat. Beliau dikenali di beberapa penerbitan teater Broadway, seperti peranannya sebagai Link Larkin di Hairspray. Beliau juga menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Emmy untuk perannya sebagai Will Schuester di Glee, sebuah siri drama Fox.

Mrs. Jones Entertains

Mrs. Jones Entertains merupakan filem komedi senyap Amerika Syarikat 1909 yang diarahkan oleh D. W. Griffith. The Internet Movie Database menyenaraikan Mary Pickford sebagai salah seorang pelakon filem ini, walau bagaimanapun, Pickford hanya berlakon untuk Biograph pada penghujung April 1909.

Noah Puckerman

Noah "Puck" Puckerman ialah watak cereka dari siri drama muzikal Fox, Glee. Dilakonkan oleh Mark Salling, dan telah tampil di Glee sejak episod pertama "Pilot".Puck ialah teman baik Finn dan merupakan anggota pasukan futbol sekolah William McKinley High School di Lima, Ohio.

Rolanda Hooch

Rolanda Hooch atau lebih dikenali sebagai Puan Hooch merupakan watak rekaan J. K. Rowling bagi siri Harry Potter. Beliau merupakan seorang guru penerbangan dan ditugaskan menjadi pengadil dalam perlawanan Quidditch.

Puan Hooch diterangkan mempunyai rambut kelabu yang dipotong pendek dengan mata "kuning dan seperti helang". Puan Hooch belajar terbang di atas Panah Perak lama, yang tidak lagi dibuat kini. Ia dikatakan penyapu lumba yang asal.

Melalui novel, diketahui yang Puan Hooch hanya melibatkan diri dalam perlawanan Quiddich dan pengajaran penerbangan kepada pelajar tahun pertama di Hogwarts.

Seperti Profesor Quirrell, Puan Hooch tidak mempunyai nama rasmi. Permainan Kad Penukaran menamakannya sebagai Rolanda. Internet Movie Database menyenaraikan namanya sebagai Xiomara; walau bagaimanapun, Xiomara tidak lagi digunakan dan namanya hanya ditera sebagai Puan Hooch.

Walaupun jelas yang Puan Hooch cintakan penerbangan dan Quidditch, tiada apapun yang menjelaskan mengapa namanya begitu atau memberikan spekulasi yang J.K. Rowling tidak mengaitkan mana-mana satupun dengan namanya.

Puan Hooch dilakonkan Zoe Wanamaker dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Rujukan peranannya dalam filem pernah dibuat dalam siri televisyen BBC, My Family yang beliau memainkan watak Susan Harper, seorang ibu yang pelik dan tidak pandai memasak. Rujukan dilakukan apabila Nick, anak sulungnya, membuka paket bijirin dan membawa keluar kada dan berkata "Hey, lihat, Puan Hooch!". Satu lagi adalah episod Halloween "Friday The 31st" ketika Susan berpakaian seperti ahli sihir dan, pada satu ketika, suaminya Ben mengugutnya untuk "sangkutkan Nimbus 2000nya di tempat yang ahli sihir tidak terbang"

Babak Puan Hooch telah dipotong dari semua filem sambungan yang membuatkan Wanamaker hanya berlakon untuk satu filem Harry Potter sahaja iaitu yang pertama.

Senarai majlis Anugerah Akademi

Berikut ialah senarai majlis Anugerah Akademi.

The Deception (filem)

The Deception merupakan filem pendek senyap Amerika Syarikat 1909 yang diarahkan oleh D. W. Griffith. The Internet Movie Database menyenaraikan Mary Pickford sebagai pelakon dalam filem ini, namun, Pickford hanya berlakon bersama Biograph pada penghujung April 1909.

The Fascinating Mrs. Francis

The Fascinating Mrs. Francis merupakan filem komedi senyap Amerika Syarikat 1909 yang diarahkan oleh D. W. Griffith.. The Internet Movie Database menyenaraikan Mary Pickford sebagai pelakon filem ini, namun, Pickford hanya berlakon untuk Biograph pada penghujung April 1909.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.