International Standard Book Number

International Standard Book Number (ISBN, "Nombor Buku Piawai Antarabangsa" dalam bahasa Melayu) merupakan pengenal pasti buku berangka. Ia memberikan nombor siri 13 digit yang unik kepada setiap buku diterbit.[1][2]

Format ISBN 10 digit dicipta oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dan diterbitkan pada tahun 1970 sebagai ISO 2108.[3] Sejak 2007, ISBN mula menggunakan 13 digit.[4]

Sejak 1 Januari 2007, ISBN telah mengandungi 13 digit, sebuah format yang serasi dengan Bookland EAN-13s.

International Standard Serial Number (ISSN) digunakan untuk mengenal pasti penerbitan berkala seperti majalah.

EAN-13-ISBN-13
ISBN 13-digit, 978-3-16-148410-0, beserta dengan kod bar EAN-13nya

Rujukan

  1. ^ Kadangkala, penerbit silap memberikan ISBN kepada lebih daripada satu buku — edisi pertama The Ultimate Alphabet dan The Ultimate Alphabet Workbook memiliki ISBN sama, 0-8050-0076-3. Sebaliknya, buku sama boleh diterbitkan dengan beberapa ISBN: Edisi kedua Jerman Emil und die Detektive diberi ISBN 87-23-90157-8 (Denmark), 0-8219-1069-8 (Amerika Syarikat), 91-21-15628-X (Sweden), 0-85048-548-7 (England) dan 3-12-675495-3 (Jerman).
  2. ^ Dalam sesetengah kes, buku yang dijual dalam set berkongsi ISBN. Contohnya Vance Integral Edition menggunakan cuma 2 ISBN untuk 44 buku.
  3. ^ Sejarah ISBN
  4. ^ Lihat Frequently Asked Questions about the new ISBN standard dari ISO

Pautan luar

Agensi negara dan antarabangsa
Alat-alat
Bahasa Temiar

Bahasa Temiar ialah sebuah bahasa Tengah Asli (Mon–Khmer) yang ditutur di Barat Malaysia oleh orang Temiar. Orang Temiar merupakan salah satu daripada kaum yang memiliki ramai penutur bahasa Asli, kira-kira 30,000 pada tahun 2017, kesemuanya masih menuturi bahasa mereka.

International Standard Serial Number

International Standard Serial Number (ISSN) ialah nombor lapan digit unik yang digunakan untuk mengenal pasti suatu terbitan berkala bercetak atau elektronik. Sistem ISSN telah digunakan sebagai piawai antarabangsa ISO 3297 pada 1975[petikan diperlukan]. Subjawatankuasa ISO TC 46/SC 9 bertanggungjawab ke atas piawai ini.

Pengawalan Bibliografik Nasional

Pengawalan Bibliografik Nasional atau National Bibliographic Control (NBC) merupakan proses yang merangkumi pengumpulan dan pengkatalogan bahan yang mempunyai unsur nasional. Proses ini telah dijalankan ke atas seluruh negara di dunia ini.

Rujukan

Secara umumnya, satu rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Hubungan berkenaan seperti ini mungkin wujud dalam pelbagai domain, termasuklah logik, sains komputer, masa, sastera dan biasiswa.

Walaupun objek-objek dimana terma rujukan berkait mungkin berbeza dari sudut karakternya yakni berkisar dari contoh-contoh konkrit seperti rujukan kerja dimana termasuk titik-titik dan simbol-simbol.

Sungguhpun objek di mana istilah rujukan digunakan mungkin wujud dalam pelbagai ciri dari contoh konkrit seperti kerja rujukan di mana termasuk petunjuk atau symbol. Sifat rujukan sebagai peranan dalam bahasa dan pemikiran telah ada sejak Kurun ke-19. Masa ini, penggunaannya merupakan topic perbincangan penting. Objek yang dirujuk sebagai rujukan (di mana rujukan mengarah) dikenali sebagai referent.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.