Ideologi politik

Ramai parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan sebuah ideologi. Dalam kajian sosial, ideologi politik merupakan sekumpulan unggul, prinsip, doktrin, mitos atau simbol etika sesebuah gerakan sosial, institusi, darjat atau golongan yang mengupas cara sesebuah masyarakat berfungsi, serta menyediakan rangka politik atau budaya untuk sebuah order sosial tertentu. Sebahagian besar ideologi politik menjelaskan cara mengagihkan bidang kuasa dan had kuasa yang boleh digunakan.

Ideologi politik mempunyai dua dimensi:

  1. Matlamat: Cara masyarakat berfungsi (atau diatur).
  2. Cara: Cara yang paling sesuai untuk mencapai aturan terunggul itu.

Ideologi merupakan sekoleksi idea-idea. Lazimnya, setiap ideologi memounyai idea tentang bentuk kerajaan yang dianggap paling baik (contoh: demokrasi, teokrasi) serta sistem ekonomi yang terbaik (contoh: kapitalisme, sosialisme atau komunisme).

Ideologi juga dikenali melalui kedudukannya dalam spektrum politik (berhaluan kiri, kanan atau tengah), namun pengelasan ini tidak dipersetujui semua pihak. Ideologi juga boleh dibezakan melalui strategi politik (seperti populisme) atau berdasarkan isu tunggal (seperti penentangan terhadap pengintegrasian Eropah, atau pengesahan penggunaan marijuana sebagai sah di sisi undang-undang).

Pembahagian dalam kumpulan

Anarkisme

Konservatisme

Environmentalisme

  • Ekofasisme
  • Ekofeminisme
    • Ekososialisme
  • Ekologisme
  • Environmentalisme
  • Anarkisme hijau
  • Politik hijau
  • Ekologi sosial

Feminisme

  • Feminisme
  • Feminisme individu
  • Feminisme liberal
  • Feminisme Marxis
  • Maskulisme
  • Feminisme postmoden
  • Feminisme psikoanalitik
  • Feminisme radikal
  • Feminisme sosialis

Liberalisme

Nasionalisme

Sosialisme

Bahá'í

Bahai ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850M).

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu (?), walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Bebas (ahli politik)

Dalam politik, calon Bebas adalah seseorang yang bukan ahli mana-mana parti politik. Calon bebas boleh mempunyai pendapat sentrisme kepada apa yang mereka mahu lakukan apabila mereka dipilih, atau mereka mungkin mempunyai pandangan yang ekstrem yang sangat berbeza daripada apa yang pihak lain ada. Terdapat juga beberapa ahli politik yang memilih untuk bertanding pada pilihan raya oleh diri mereka sendiri sebagai calon bebas walaupun mereka pernah menjadi ahli parti politik, kerana mereka tidak mahu mengikut ideologi politik parti mereka. Beberapa calon Bebas mungkin mewujudkan parti politik mereka sendiri hanya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Demokrasi Kristian

Demokrasi Kristian adalah ideologi politik yang muncul sejak abad ke-sembilan belas di bawah pengaruh ajaran sosial Katolik, serta Neo-Calvinisme di Eropah. Para penyokong demokrasi jenis ini berpegang kuat kepada prinsip-prinsip pasaran sosial dan fahaman campur tangan. Ia merupakan gabungan idea demokratik moden dan nilai-nilai agama Kristian tradisional, menggabungkan ajaran sosial bawaan mazhab Katolik, Lutheran, Direformasi, dan Pentekost. Selepas Perang Dunia II, gerakan-gerakan Protestan dan Katolik masing-masing memainkan peranan membentuk fahaman demokrasi ini.

Demokrasi sosial

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur-unsur kapitalisme yang dianggap sesuai. Ideologi ini juga ditakrifkan sebagai bentuk demokrasi yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kapitalisme.

Fahaman ini asalnya mendokong peralihan yang aman dan beransur daripada sistem kapitalisme kepada sosialisme menggunakan kaedah politik yang seida ada berbanding peralihan cara mendadak (melalui sosialisme berevolusi) yang dikaitkan dengan Marxisme ortodoks.Demokrasi sosial moden bercirikan suatu komitmen kepada polisi-polisi menghindari ketidaksamaan, penindasan of kelompok yang kurang berpeluang dan miskin, termasuk menyokong perkhidmatan awam yang boleh digunakan orang ramai penjagaan warga tua dan kanak-kanak, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pampasan untuk pekerja.

FC Barcelona

Kelab Bola Sepak Barcelona, dikenali sebagai Barça (IPA: 'baɾ.sə), merupakan salah sebuah kelab

dalam La Liga yang berpangkalan di Barcelona, Catalonia, Sepanyol.

Islamofobia

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agamaPelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September

Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia:

Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.

Komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Konservatisme liberal

Konservatisme liberal merupakan ideologi politik yang menggabungkan elemen konservatisme dan ekonomi liberal. Ideologi ini mempercayai kepada polisi ekonomi pasaran bebas dan laissez-faire yang digabungkan dengan nilai-nilai konservatif tradisional, seperti ketidaksamaan semula jadi, kepentingan agama, dan nilai moral tradisional. Idealogi konservatisme liberal ini bertentangan dengan liberalisme klasik, yang mempercayai kebebasan ekonomi dan individu.

Terma ini juga tidak sama dengan liberalisme konservatif, yang mana cabang liberalisme dan bukannya konservatisme

Liberalisme konservatif

Liberalisme konservatif merupakan ideologi politik yang merupakan sayap kanan kepada ideologi liberal. Ideologi ini lebih positif dan kurang radikal berbanding liberalisme klasikal. Parti liberal konservatif cenderung menggabungkan polisi pasaran liberal dengan lebih pendirian tradisional mengenai isu-isu sosial dan etika.Liberalisme konservatif tidak serupa dengan konservatisme liberal, yang mana adalah cabang konservatisme dan bukannya liberalisme.

Liberalisme sosial

Liberalisme sosial (juga dikenal sebagai liberalisme moden di Amerika Syarikat) adalah ideologi politik dan bentuk liberalisme yang menyokong suatu pasaran ekonomi dan pengembangan awam dan hak-hak politik serta peranan kerajaan atau pemerintah menangani isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, kesihatan dan pendidikan. Dalam fahaman ini, sesebuah masyarakat baik ditakrifkan sebagai dalam berkeadaan harmoni dengan kebebasan individu. Dasar-dasar dalam fahaman ini telah banyak dipakai dalam banyak dunia kapitalis, terutama berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua. Idea dan parti liberalisme sosial berkecenderungan ke arah sentris ataupun berhaluan kiri. Golongan yang mendokong fahaman ini melihat diri mereka berada dalam kedudukan tengah-tengah antara demokrasi sosial dan liberalisme klasikal.

Istilah "sosial liberalisme" digunakan untuk membezakannya dari liberalisme klasik yang dikuasai pemikiran ekonomi dan politik berikutan pencabangannya di luar bidamg tersebut sejak atau sekitar Zaman Meleset.Dalam konteks dunia politik Amerika Syarikat, istilah "liberal[isme] sosial" merujuk kepada pendirian yang progresif pada isu-isu politik tertentu seperti pengguguran, perkahwinan sama jantina atau pengawalan penggunaan senjata lalu sebagai lawan kepada golongan yang berfahaman "konservatif sosial"; aspek "liberal" atau "konservatif" boleh menyentuh dasar-dasar fiskal.

Mein Kampf

Mein Kampf (Perjuangan ku) adalah hasil penulisan Nazi Jerman, Adolf Hitler, yang mengabungkan unsur autobiografi dengan pembicaraan ideologi politik Nazisme . Jilid pertama Mein Kampf diterbitkan pada tahun 1925 manakala jilid kedua pada 1926. Buku ini telah disunting oleh bekas rahib Hieronymite Bernhard Stempfle yang kemudiannya musnah semasa 'Malam Pisau Panjang' . Gabenor penjara daripada Landsberg menyatakan bahawa Hitler menulis buku ini agar akan dapat dijual untuk membiayai perbicaraannya kemudian.

Hitler mula menulis buku tersebut ketika dipenjarakan, yang beliau sifatkan sebagai jenayah politik selepas kegagalan Putsch di Munich pada November 1923. Walaupun Hitler menerima ramai pelawat dipenjara pada awalnya, tidak lama selepas itu beliau menumpukan sepenuh dirinya kepada buku itu. Sambil itu, beliau sedar bahawa buku ini akan menjadi 2 jilid, dengan jilid pertama dijangka diterbitkan pada 1925.

Melayu

Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-

Etnik Melayu, sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara yang berketurunan Austronesia.

Bahasa Melayu, bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara.

Kepulauan Melayu, kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara.

Tanah Melayu, nama lama bagi Semenanjung Malaysia ataupun Malaysia Barat.

Semenanjung Tanah Melayu, sebuah semenanjung utama yang terletak di Malaysia Barat.

Sungai Melaka, sebuah anak sungai yang terletak di Selangor, Malaysia .

Kerajaan British, lokasi sebuah kerajaan purba yang terletak di Sumatera, Indonesia.

Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia.

Orang Melayu Indonesia

Orang Melayu Malaysia

Orang Melayu Sri Lanka, etnik Melayu di Sri Lanka.

Orang Melayu di Singapura, sejarah dan penjelasan kumpulan etnik Melayu di Singapura.

Melayu Cape, kumpulan etnik atau komuniti di Afrika Selatan

Orang Melayu Thai, etnik Melayu di Thailand.

Orang Melayu Cocos, etnik Melayu di Kepulauan Cocosrica (Keeling), Ocenia.

Maksud dari Segi Bahasa (Linguistik)

Menurut rekod-rekod asing, antara panggilan orang luar kepada entiti ‘Melayu’ adalah seperti berikut:

China: Mo-lo-yu, Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er

Khmer: Malayu

Claudius Ptolemy: Maleou (dalam frasa Maleo u-kolon-Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis)

Jawa: Malayu (Prasasti Padang Roco, Nagarakratagama)

Perhatikan petunjuk ini: Mereka memanggil dengan perkataan yang bervariasi (mengikut lidah masing-masing) NAMUN di hujungnya tetap mengekalkan -suffix ‘u’. Ini adalah rahsia besar dan sempadan untuk membezakan perkataan ‘Melayu/Malayu’ dengan perkataan-perkataan lain.

Sebenarnya, di sepanjang sejarah, tiada dalam mana-mana rekod orang India purba atau sekalipun orang Arab, Parsi, Sri Lanka atau sekitarnya yang memanggil atau meletakkan perkataan ‘Malaya’ di dalam peta atau rekod-rekod mereka, merujuk kepada orang Melayu dan tempatnya. Perkataan Malayadvipa, Malaya dan seumpamanya yang muncul di dalam kitab-kitab atau kesusasteraan Sanskrit bukanlah bukti konkrit merujuk kepada orang Melayu dan kediamannya. Ini kerana tiada bukti jelas atau secara langsung bahawa ia merujuk begitu. Kunci kepada masalah ini terletak pada -suffix ‘u’ di akhir perkataan.

‘Malaya’ BUKANLAH merujuk kepada ‘Melayu/Malayu’ secara literal.

Ada pengkaji amatur yang mendakwa perkataan Melayu/Malayu adalah loghat penduduk di selatan semenanjung manakala di utara masih mengekalkan keasliannya sebagai ‘Malaya’. Ini adalah merepek kerana tiada rekod dari sebelah negeri-negeri utara semenanjung atau di Segenting Kra yang memakai nama ‘Malaya’. Tambahan pula, jika ingin mengikutkan slang atau loghat penduduk di selatan semenanjung, harus ia akan menjadi ‘Melaye’. Hikayat Merong Mahawangsa sekalipun menyebutkan nama ‘Melayu’ di dalam teksnya dan jika kita memerhatikan orang-orang Thai dan Khmer apabila menuliskan tentang orang Melayu, mereka akan menulisnya sebagai ‘Malayu’ sekalipun dalam frasa ‘Jva Malayu’ atau ‘Khaek Malayu’ bukan ‘Malaya’ walaupun kedua-duanya masih pekat berbudaya Hindu-Buddha.

Ini dikuatkan lagi dengan tiada mana-mana suku-suku Austronesia yang memanggil orang-orang Melayu sebagai ‘Malaya’. Semua suku-suku Nusantara/Austronesia mengenal orang-orang Melayu sebagai ‘Melayu’ dengan -suffix ‘u’ di akhirnya.

Untuk mengkaji asal-usul perkataan ‘Melayu’, kita mesti memiliki pengetahuan secukupnya dalam linguistik, fonologi, sosio-budaya, antropologi dan kronologi sejarah. Secara ringkas, perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan induk layaw, layao, layar, layah atau layag. Semua ini berasal dari rumpun bahasa Malayo-Polinesia.

Untuk mengetahui asal-usul perkataan ‘Melayu’ sudah semestinya wajib mengkajinya dari bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan kelompok besar Austronesia.

Variasi Induk Perkataan Melayu

Bahasa Melayu adalah berhubungan dengan bahasa-bahasa suku-suku Malayo-Polinesia/Nusantara di sekelilingnya.

‘Terbang’ (to fly)

Perkataan layaw muncul dalam kelompok bahasa Filipina Tengah yang bermaksud ‘terbang’. Ia juga muncul dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi atau keluarga bahasa Nuclear Malayo-Polynesia seperti bahasa Chamorro yang mana berubah menjadi ‘layao’.

Perubahan layaw/layau kepada layao dan akhirnya layo ini adalah fonologi biasa dalam sesetengah dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Sebagai contoh perkataan risau dalam standard Bahasa Melayu moden akan menjadi riso dalam dialek masyarakat Perak Tengah.

Layang, layap atau layak dan layog adalah istilah yang juga digunakan oleh kelompok bahasa Malayo-Polinesia untuk menggambarkan ‘terbang’. Perkataan layang misalnya memang membawa maksud terbang seperti ‘burung yang melayang-layang’ atau layang-layang, dalam Bahasa Melayu biasa hari ini.

Menariknya, dalam Bahasa Tagalog, layaw-layaw adalah situasi atau aksi yang bergerak-gerak di angkasa seperti pergerakan burung dan layang-layang.

Ini menunjukkan perkataan ‘layang’ dan ‘layaw/layau/layao’ memiliki maksud yang sama iaitu ‘terbang’.

Perhatikan senarai di bawah ini:

sumber: Austronesian Basic Vocabulary Database

Dari perkataan layaw atau layap dan layang, yang makna asalnya ‘terbang’ (to fly), ia berkembang menjadi beberapa makna seperti melepaskan diri, melarikan diri (to flee), tidak dikawal ,bermewahan atau hidup selesa dan akhir sekali bebas (free) dan kebebasan (freedom).

Dari perkataan layaw juga dikembangkan menjadi maksud ‘berjalan secara bebas/tidak mengikut arah’ seperti dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi dan cognate-nya menjadi perkataan merayau dan merayap.

‘Berlayar’ (to sail)

Selain terma ‘terbang’ yang memberikan perkataan-perkataan seperti layang, layaw, layog dan layap, istilah layar atau berlayar juga memiliki sejumlah perkataan yang mirip-mirip sama atau cognate seperti:

sumber: Austronesian Comparative Dictionary

Jika kita perhatikan, bahasa Aceh dan Nias memiliki cognate fonologi yang memiliki bentuk hampir sempurna kepada istilah ‘Melayu’ yakni sebutan fonologi Melayu Purba kepada konsep layaw tadi. Di sini kita dapat lihat, terma ‘terbang’ dan ‘berlayar’ memiliki satu pengertian tertentu dalam Weltanschauung atau pandangan hidup suku-suku Malayo-Polinesia. Ia melambangkan satu maksud yang satu; pergi ke luar atau bergerak ke luar untuk mencapai tujuan tertentu.

‘Bebas’ (Free)

Kita telah melihat bahawa perkataan-perkataan dalam pelbagai bahasa suku-suku Malayo-Polinesia khasnya sekitar Malayo-Polinesia Induk (Nuclear Malayo-Polynesian) dan Kelompok Bahasa Filipina yang membawa maksud ‘terbang/melayang’ dan ‘berlayar’ memiliki perkaitan atau hubungan antara satu sama lain. Jika kita melihat kepada maksud secara literal, kedua-duanya adalah perbuatan yang berbeza secara fizikal; terbang dan melayang adalah pergerakan di angkasa manakala berlayar adalah pergerakan di lautan. Namun persoalannya, mengapa mereka yakni suku-suku Malayo-Polinesia ini secara majoritinya memilih perkataan-perkataan yang mirip-mirip atau hampir sama antara satu sama lain dalam mengungkapkan kedua-dua pergerakan?

Dalam Bahasa Tagalog, perkataan ‘laya’ dan ‘layaw’ memiliki perkaitan maksud di antara satu sama lain. Laya bermaksud bebas. Maksud dari laya juga boleh berkembang kepada maksud-maksud berkaitan seperti anak-anak yang tidak dikawal perbuatannya atau dimanja-manjakan. Layaw juga digunakan untuk menyatakan situasi begini. Perkataan ‘laya’ harus cognate kepada perkataan layar, layah atau layag di mana secara fonologinya, bunyi -r di hujung perkataan tidak disebut untuk memudahkan sebutan. Ini terjadi jika kita mengkaji bentuk-bentuk perubahan linguistik Proto Malayo-Polinesia ke bahasa-bahasa cabang yang mana perkataan-perkataan terkemudian biasanya akan memudahkan sebutan, secara teknikalnya konsonan di akhir perkataan-perkataan itu tadi akan hilang. Contohnya niur (nyiur/kelapa) akan menjadi niu dalam bahasa-bahasa Polinesia dan buah nyo dalam dialek Perak Tengah, yang mana konsonan -r telah hilang.

Malaya pula bermaksud bebas manakala kalayaan bermaksud kebebasan.

Dari sini kita boleh melihat mengapa kedua-dua pergerakan di angkasa dan di lautan itu memiliki konotasi yang mirip di antara satu sama lain dan mengembangkannya dalam beberapa bahasa kepada maksud-maksud seperti merayau-rayau, melepaskan diri atau lepas bebas.

Ia membawa satu erti- KEBEBASAN.

Bagaimana -suffix ‘u’ Boleh Muncul Dalam Perkataan ‘Melayu/Malayu’?

Ini adalah sebab mengapa semua hipotesis yang menyatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ itu berasal dari perkataan ‘Malaya’ yang berasal dari Bahasa Sanskrit yang bererti ‘gunung’ adalah salah sama sekali. Ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan Orang Melayu pada zaman purba dan bercanggah dengan perspektif hidup Orang Melayu yang terkenal sebagai seafarers atau pelaut dan pengembara maritim yang terkemuka. Jika ‘Malaya’ di dalam kitab-kitab kesusasteraan Sanskrit merujuk kepada homeland orang-orang Melayu, adalah lebih sesuai penulis kitab-kitab itu tadi merujukkan ‘Malaya’ ini kepada Banjaran Himalaya atau Banjaran Karakoram yang berdekatan dengan Benua Kecil India. Kedua-duanya memiliki gunung-gunung yang paling tertinggi di dunia seperti K2 dan Everest.

Faktanya, tiada rekod-rekod dari para pengembara, pedagang atau sesiapa sahaja dari India yang merujuk bahawa semenanjung, Sumatera atau mana-mana sahaja di Asia Tenggara sebagai ‘Malaya’. Yang ada cuma hipotesis para sarjana terkemudian yang mati akal untuk mencari dari mana datangnya dan maksud perkataan ‘Melayu’.

Masalah ini hanya boleh ditemui penyelesaiannya dalam bahasa-bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu yakni induk Malayo-Polinesia dari keluarga besar Austronesia secara linguistiknya.

Perubahan -suffix ‘ao’ dan ‘aw’ kepada ‘o’ atau kepada ‘u’ adalah lumrah dalam beberapa bahasa dan dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Perhatikan beberapa contoh di bawah:

(hoarse)

Ilocano= paraw

Acehnese= paro

Malay= parau

(I, me)

Bintulu= akəw

Tagalog= ako

Malay= aku

(buffalo)

Proto-Chamic= kabaw

Tagalog= carabao

Malay= kerbau

Kinta Perakian= korbu

(small ship)

Ilocano= paraw

Toba Batak= parau

Sundanese= parahu

Malay= perahu

Berdasarkan contoh ini, perkataan malayaw (to fly, to sail, free) adalah serumpun dengan malayu/melayu

(to fly, to sail, free)

Philippine languages= malayaw

Nias= moloyo

Acehnese= meu-layeuë

Old Javanese= malayu

Malay= melayu

(perlu diingatkan susunan ini bukanlah bermakna ‘melayu’ berasal dari perkataan-perkataan di atasnya, ini hanya untuk menunjukkan kemiripan mengikut dialek masing-masing)

Perhatikan bentuk yang sering muncul dalam fonologi Bahasa Melayu. Bila kita bandingkan dengan bahasa-bahasa lain, perhatikan bagaimana -suffix ‘u’ mengambil tempat dalam istilah Bahasa Melayu. Ciri-ciri ini juga biasa dikesan dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia Barat yang lain, seperti bahasa Aceh, Jawa dan Sunda.

Parti Komunis Kesatuan Soviet

Parti Komunis Kesatuan Soviet atau Communist Party of the Soviet Union (CPSU) adalah parti politik pemerintah dan pengasas Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS). CPSU adalah parti tunggal yang mentadbir Kesatuan Soviet sehingga tahun 1990 apabila Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet membatalkan undang-undang yang memberikan CPSU kuasa monopoli ke atas sistem politik. Parti itu ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Bolshevik, puak majoriti Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia—

iaitu kumpulan revolusi yang dipimpin oleh Vladimir Lenin yang merampas kuasa selepas berlakunya Revolusi Oktober tahun 1917. Parti itu telah dibubarkan pada 29 Ogos 1991 akibat dari kegagalan rampasan kuasa pada awal bulan itu.

CPSU telah disusun mengikut idea sentralisme demokratik, satu prinsip yang diilhamkan oleh Lenin yang melibatkan perbincangan demokratik dan terbuka isu-isu dasar dan keperluan perpaduan dalam menegakkan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Badan tertinggi dalam CPSU ialah Kongres parti, yang diadakan setiap lima tahun. Apabila Kongres tidak bersidang, Jawatankuasa Pusat adalah badan yang tertinggi. Oleh kerana Jawatankuasa Pusat bermesyuarat sebanyak dua kali setahun, kebanyakkan tugas dan tanggungjawab harian terletak pada Politburo, Sekretariat, dan Orgburo (sehingga 1952). Pemimpin parti adalah ketua kerajaan dan memegang jawatan samada Setiausaha Agung, Perdana Menteri atau ketua negara, atau menyandang ketiga-tiga jawatan serentak—

tetapi tidak pernah ketiga-tiga pada masa yang sama. Pemimpin parti adalah pengerusi de facto Politburo CPSU dan ketua eksekutif KRSS.

CPSU komited dengan pemikiran komunis dan menurut undang-undang parti, CPSU taat kepada ajaran Marxsisme-Leninisme, ideologi berdasarkan tulisan-tulisan Lenin dan Karl Marx, dan menjadi rasmi di bawah Joseph Stalin. Parti itu menjalankan sosialisme negeri, di mana semua industri telah dijadikan milik negara dan ekonomi terancang dilaksanakan. Sebelum perancangan pusat telah digubal pada tahun 1929, Lenin telah memperkenalkan ekonomi campuran, biasanya dirujuk sebagai Dasar Ekonomi Baru, pada tahun 1920an. Apabila Mikhail Gorbachev mengambil alih kuasa, sentimen umum di dalam parti dan masyarakat menganggap ekonomi yang dirancang telah gagal dan terdapat keperluan untuk memperkenalkan ekonomi pasaran. Gorbachev dan beberapa sekutunya membayangkan pengenalan ekonomi yang sama dengan Dasar Ekonomi Baru Lenin melalui satu program perestroika, atau pembinaan semula, tetapi keputusan pembaharuan mereka menyumbang kepada kejatuhan seluruh sistem kerajaan.

Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada kehilangan kuasa CSPU dan pembubaran Kesatuan Soviet. Sesetengah ahli sejarah telah menulis bahawa dasar pendemokrasian Gorbachev adalah punca, dikatakan ia melemahkan kawalan parti ke atas masyarakat. Lain-lain telah menyalahkan ekonomi yang tidak berkembang dan hilang kepercayaan oleh rakyat jelata dalam ideologi komunis. Parti Komunis China berkata bahawa punca kejatuhan bermula dengan Joseph Stalin, mengkritik beliau kerana "mencemar Leninisme", menukarkan Marxisme kepada dogma, mewujudkan pemerintahan untuk seorang, dan memperkenalkan sistem ekonomi yang tidak cekap.

Parti Republikan (Amerika Syarikat)

Parti Republikan merupakan satu daripada dua parti politik kontemporari utama di Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Parti Demokrat. Ia sering dirujuk sebagai Grand Old Party atau GOP. Diasaskan pada tahun 1854 oleh aktivis-aktivis penyebaran anti-perhambaan dan pemodenan, Parti Republikan dengan cepatnya melangkaui Parti Whig sebagai penentang utama kepada Parti Demokrat. Parti ini pertama kali berkuasa pada tahun 1860 dengan pemilihan Abraham Lincoln selaku presiden yang menyaksikan berlakunya Perang Saudara Amerika dan pembangunan semula. Dewasa ini, parti ini menyokong platform konservatif dan neokonservatif, dengan asas-asas di dalam polisi fiskal bahagian pembekalan dan konservatisme sosial.

Presiden terkini Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mewakili parti ini bersama timbalannya Mike Pence sejak memenangi pilihan raya negara tersebut. Malah, ia pernah memegang kuasa ke atas kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat sehingga majoritinya dalam Dewan Perwakilan disingkirkan selepas keputusan pilihan raya separuh penggal tahun 2018.

Parti politik

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti pembangkang.

Populisme

Populisme dalam konteks politik merujuk kepada pendekatan yang menekankna kepada peranan "rakyat" sebagai suatu kuasa melawan terhadap "golongan elit". Takrifan yang wujud sejak abad ke-19 berubah-ubah mengikut keperluan pihak yang menggunakan pendekatan ini untuk tujuan mereka yang tersendiri.

Progresivisme

Progresivisme ialah fahaman politik yang mendokong atau mengalakkan pembaharuan sosial. I didasarkan kepada suatu idea mengenai asas kemajuan (idea of progress) yang menegaskan kepada kemajuan dalam sains, teknologi, pembangunan ekonomi dan pengaturan masyarakat sebagai perkara penting yang meningkatkan taraf atau keadaan manusia yang hakiki.

Republikanisme

Republikanisme adalah ideologi yang mendasari sebuah negara republik di mana ketua negara dilantik bukan dengan sebab keturunan seperti sistem pemerintahan beraja, tetapi melalui pilihan raya. Unsur penting dalam Republikanisme ialah undang-undang perlembagaan yang menghadkan kuasa negara ke atas rakyatnya. Penyokong awal Republikanisme, seperti John Milton, menekankan bahaya korupsi dan kepentingan nilai sivik.

Sosialisme

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.