Harian Metro

Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Malaysia di bawah naungan The New Straits Press (Malaysia) Berhad.[1]

Harian Metro
Harian-metro new
Logo Harian Metro (2006-2013).
FormatTabloid
Diasaskan25 Mac 1991
Ibu pejabatLembah Klang
PemilikKumpulan New Straits Times Press
Laman sesawanghttp://www.hmetro.com.my/
sunting

Sejarah penubuhan

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.

Metro Ahad

Harian-ahad
Logo Harian Metro Ahad

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.

Matlamat

Akhbar Harian Metro
Akhbar Harian Metro

Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Rujukan

  1. ^ "Sidang Pengarang Harian Metro". 13 September 2014.

Pautan luar

Bandar Laguna Merbok

Bandar Laguna Merbok adalah bandar baharu di Sungai Petani, Kedah. Ia terletak kira-kira 6 km dari pusat bandar Sungai Petani.

Terdapat sebuah projek pembinaan masjid bernama Masjid Bandar Laguna Merbok.

Bella Nazari

Mas Nabiella "Bella" Nazari (lahir 11 Julai 1987) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim pertama. Beliau terkenal menerusi watak sebagai Tengku Amalin dalam drama Hati Perempuan dan sebagai Hajar dalam Tabir Zulaikha.

Chew Kin Wah

Chew Kin Wah (Cina ringkas: 周堅華; pinyin: Chow Kin-Wa; lahir 1965) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau telah berhijrah ke Indonesia pada tahun 2016 bagi memulakan kerjaya antarabangsanya dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa buah filem di sana. Beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 orang pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

E.M.A.S

E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.

Eyka Farhana

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011. Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.Beliau sebelum ini di bawah pengurusan A Klasse Management milik Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza, kini di bawah pengurusan Mind Order Talents.

Faizal Hussein

Faizal Hussein (dilahirkan pada 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip Malaysia. Beliau begitu menyerlah melalui filem arahannya bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja sebagai Roy. Ibunya pula ialah Mahyon Ismail. Selain itu, beliau juga ialah sepupu kepada Rosyam Nor. Beliau amat popular dengan gelaran "Roy" melalui sebuah filem yang pernah dibintanginya.Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor (walaupun kampung halamannya adalah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan juga Tanjung Karang, daerah Kuala Selangor di bahagian utara Selangor, asal sebelah ibu), seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang kesenian. Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), MX3 (2003), Pontianak Menjerit (2005) dan Bunohan (2012). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Fauziah Nawi

Fauziah Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi, dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keempat (2006) dan keenam (2008). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Jasmin Hamid

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 8 Disember 1972) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Laluan Persekutuan Malaysia 3

Jalan Persekutuan 3 merupakan sebatang jalan persekutuan utama di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia. Jalan persekutuan sepanjang 739 kilometer (459 mi) menghubungkan antara Rantau Panjang di Kelantan sehingga ke Johor Bahru di Johor. Keseluruhan laluan FT3 telah diwartakan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia laluan AH 18.Jalan Persekutuan 3 memperoleh reputasi sebagai salah satu lebuh raya pantai terbaik di Malaysia dan Asia berikutan pemandangan yang menarik di sepanjang laluannya, sebagai mana yang diperakui oleh National Geographic Society dan Harian Metro. Jalan Persekutuan 3 dinamakan sebagai salah satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia oleh National Geographic Society, sementara Harian Metro memperakui lebuh raya FT3 sebagai salah satu lebuh raya terbaik dan terindah di Malaysia.

Metro Ahad

Metro Ahad merupakan sebuah akhbar bahasa Melayu terbitan Kumpulan NSTP.

Metro Ahad merupakan akhbar yang kedua tertinggi pembacanya di Malaysia. Jumlah edarannya ialah sebanyak 263,649 naskhah sehari (berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation atau ringkasnya ABC, bagi tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006) dan dibaca oleh seramai 2,375,000 pembaca sehari (berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke-3 bagi 2005 hingga suku ke-3 bagi 2006). Ia merupakan edisi hari Ahad bagi akhbar Harian Metro.

New Straits Times Press

New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) ialah konglomerat penerbitan dan percetakan Malaysia dimiliki oleh Media Prima. NSTP menerbitkan beberapa akhbar, termasuk New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Normah Damanhuri

Normah Damanhuri (lahir 1 Januari 1952) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Puteri Balqis

Puteri Balqis binti Azizi (lahir 12 April 2007) merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia. Balqis membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi peranan pembantu dalam Gemilang (2011), sebelum meraih peranan utama dalam Bicara Hati (2012). Balqis telah membintangi beberapa drama TV terkenal termasuk Takdir Qismah (2012), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Akulah Balqis (2015) serta telah membintangi beberapa telefilem termasuk Aduh Sayang (2011) dan Pelarian (2012). Melalui drama Pelarian, Balqis telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri.Penampilan filem sulung Balqis ialah pada 2012 menerusi filem Strawberi Cinta (2012). Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang diiktiraf secara kritis termasuk 1 Lawan Satu (2013), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) dan KL Special Force (2018). Kejayaan beliau hadir pada 2014 apabila Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi telefilem Balqis lakonannya. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Rahim Razali

Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali (lahir 3 Julai 1939) merupakan seorang pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan filem-filem termasuk Dayang Suhana (1978), Matinya Seorang Patriot (1984), Abang 92 (1993), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Munafik (2016). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Sahmura

Sahmura merupakan album studio keenam Siti Nurhaliza, dilancarkan tepat pada pukul 00:00, 1 Januari 2000. Pelancaran dibuat di KLCC ketika majlis menyambut alaf baru. Sahmura merupakan album tradisional bagi menyambung tradisi Malaysia, dan motto bagi album ini ialah, "Permulaan Bagi Seribu Tahun Lagi". Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.

Sahmura memuatkan beberapa sentuhan dari komposer terkenal, Pak Ngah, S. Atan, To'Ki dan Rosli Selasih. Antara single yang menyerlah ialah "Balqis" dan "Ya Maulai".

Sheila Mambo

Sheila Mambo atau nama sebenarnya Rusilawati Binti Hasan ialah seorang pelakon komedi Malaysia yang mula diperkenalkan ke persada seni pada lewat 1980-an menerusi dunia seni suara. Kini, beliau aktif sebagai seorang pelakon.

Antara filem lakonan beliau ialah Idola, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali. Selain watak komedi, lakonan dramatik Sheila dalam drama Perempuan Seorang Sutradara pada tahun 2002 pernah mendapat pujian.

Beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH). Pada tahun 2003 beliau pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan berkesan dalam filem Diari Romeo. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Syamsul Yusof

Mohd Syamsul Mohd Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Man. Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 54.36 juta, filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift (2008), KL Gangster dan Aku Bukan Tomboy (2011) menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang menggalakkan, tawaran berlakon drama TV juga tetap diperolehinya, antara drama lakonannya ialah Cik Ah Cik Nin (2009), Ameera (2012) dan Gerak Khas (2015–2018).Sebagai penyanyi, beliau telah mengeluarkan tiga single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya, lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya, serta "Menangislah" yang menjadi lagu tema filem Munafik 2 arahannya. Beliau juga dilantik sebagai duta jenama motosikal, SYM Motors bersama peman bola sepak, Safee Sali.

Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya lakonan dan sinematografi, termasuk Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin ke-10 bagi Lakon Layar Terbaik, Anugerah Blokbuster 2012 bagi Tuan Direktor Terhebat dan Festival Filem Asia Pasifik ke-57 bagi Pengarah Terbaik. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Tash Yong

Nur Natasha Shazlia binti Rosli (lahir 17 November 1990) atau lebih terkenal sebagai Tash Yong (Jawi: تص يوڠ) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan anak kepada komposer muzik terkenal, Rosli Selasih. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Cinta Ibadah (2014), Memori Cinta Suraya (2015), Menantu Ting Tong (2016) dan Shhh... I Love You (2017). Sebagai pelakon filem, kerjaya filem Tash bermula dengan Kastil Tua (2015).

Zahiril Adzim

Mohd Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar (lahir 22 Januari 1984) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, TV dan teater. Beliau bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

Berbahasa Melayu
Berbahasa Inggeris
Berbahasa Cina
Berbahasa Tamil
Akhbar dalam talian
Lembaga pengarah
Ripple
Rangkaian Televisyen Media Prima
New Straits Times Press
Penerbitan dan pengedaran
Pengiklanan luar
Media Prima Digital

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.