Hari Easter

Hari Easter atau Paskah merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus dihidupkan kembali (atau "dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Ia lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur mengikut takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Jumaat Suci iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat, di mana tradisi ini sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku - telur melambangkan kesuburan.

Pautan luar

154

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 154. Bagi kegunaan lain, sila lihat 154 (nombor).

154 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.

155

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 155. Bagi kegunaan lain, sila lihat 155 (nombor).

155 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.

33

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 33. Bagi kegunaan lain, sila lihat 33 (nombor).

33 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.

Cuti umum di Australia

Cuti umum di Australia adalah diisytiharkan mengikut negeri dan wilayah.

Easter

Easter boleh merujuk kepada:-

Hari Easter dan tradisi berkaitannya

Pulau Easter

Ekonomi Mexico

Mexico mempunyai satu ekonomi pasaran bebas dan telah ditubuhkan dengan kukuh sebagai satu negara pendapatan sederhana atas dan ia adalah ekonomi yang terbesar ke-12 di dunia seperti yang diukur dalam Keluaran Dalam Negara Kasar dalam pariti kuasa beli. Selepas kegawatan ekonomi 1994, Mexico telah melalui proses pemulihan yang menarik dengan membina satu ekonomi yang moden dan berpelbagai. Para pentadbirnya yang baru telah juga memperbaiki infrastruktur dan membuka persaingan dalam sektor-sektor pelabuhan, sistem kereta api, telekomunikasi, penjanaan elektrik, pengedaran gas asli dan lapangan-lapangan terbang.

Sejak Perang Dunia Kedua, negara ini telah mengubah tumpuan dari ekonomi berdasarkan pertanian kepada ekonomi pengeluaran. Mexico kaya dengan pengeluaran petroleum dan pada satu ketika merupakan negara ke-10 terbesar pengeluar petroliam di dunia. Petroliam masih merupakan sumber terbesar pendapatan asing di Mexico. Disamping itu, negara ini merupakan pengeksport perak yang terpenting di dunia. Antara dekad 40-an dan 80-an negara ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat tetapi ia tersekat akibat pinjaman yang berlebihan.

Pada tahun 80-an, negara ini dilanda inflasi. Tetapi ia kembali pulih pada 1990, apabila Mexico menyertai NAFTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. Namun demikian, negara ini telah melalui pertumbuhan defisit perdagangan serta terlebih nilainya kadar pertukaran matawang asing pada 1994 yang dibiayai penjualan bon jangka pendek dan rizab pertukaran wang asing. Beberapa siri kejutan politik dan penurunan nilai peso baru pada akhir 1994 telah mengakibatkan panik dikalangan para pelabur. Akibatnya, inflasi meningkat secara mendadak, dan kerajaan Mexico terpaksa meminta campurtangan asing secara besar-besaran untuk menstabilkan keadaan ekonominya yang meruncing. Banyak kesan-kesan positif dalam pengurangan kemiskinan dan peningkatan dalam kuasa beli kelas menengah adalah dianggap berpunca daripada kestabilan ekonomi makro yang dikejar oleh pentadbiran terkini di Mexico di bawah parti PAN. Pertumbuhan purata tahunan KDNK untuk tempoh 1995–2002 adalah 5.1%. Kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat juga meninggalkan kesan yang sama di Mexico, yang mana pertumbuhannya pulih dengan pesatnya meningkat 4.1% pada 2005 dan 3% pada 2005. Inflasi telah menyentuh paras terendah iaitu 3.3% pada 2005, dan kadar faedah yang rendah, telah merangsang penggunaan kredit di kalangan rakyat kelas pertengahan. Pentadbiran Fox juga memberikan kestabilan kewangan: defisit belanjawan adalah lebih jauh dikurangkan dan hutang asing adalah berkurangan kepada bawah 20% KDNK. Di rantau Amerika Latin, Mexico telah diambilalih negara Chile sebagai negara berdaulat dengan kredit jangka panjang yang paling besar. Selanjutnya, kemiskinan di Mexico telah dikurangkan oleh kiriman-kiriman wang daripada warganegaranya yang bekerja di Amerika, yang mencecah ASD$20 bilion dolar setiap tahun dan adalah punca pendapatan asing kedua terbesar selepas eksport minyak. Kini, kerajaan Mexico yang baru telah mengalihkan tumpuan dari petroleum kepada industri ringan dan eksport pula.

Selain itu, sektor pelancongan telah menjadi sumber ekonomi yang semakin penting. Tarikan pelancongan yang paling utama adalah robohan Meso-American purba, dan resort-resort pantai popular. Iklim pantai dan budayanya yang unik – satu gabungan orang Eropah (terutamanya Sepanyol) dan Meso-American – juga membuat Mexico menarik. Musim-musim pelancong yang paling utama di Mexico adalah pada bulan Disember dan sepanjang Julai dan Ogos, dengan sepanjang minggu sebelum hari Easter dan berduyun-duyun sepanjang cuti Spring Break pada musim bunga kerana banyak pantai peranginan di sana menjadi tumpuan pelajar-pelajar universiti dari Amerika Syarikat yang sedang bercuti.

Menurut pengarah Bank Dunia bagi Colombia dan Mexico, peratusan penduduk Mexico yang termiskin telah berkurangan dari 24.2% hingga 17.6% secara umum dan dari 42% hingga 27.9% di kawasan luar bandar daripada 2000-2004. Meskipun begitu, ketidaksamaan pendapatan masih merupakan satu masalah, dan jurang-jurang besar tetap ada bukan sahaja antara kaya dan miskin tetapi juga di antara utara dan selatan, bandar dan kawasan luar bandar. Perbezaan yang tajam dalam pendapatan dan Pembangunan Manusia adalah juga satu masalah serius di Mexico. Indeks Pembangunan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu 2004 melaporkan Benito Juárez, salah satu daerah dalam Distrito Federal dan San Pedro Garza García dalam negeri Nuevo León, akan mempunyai satu tahap ekonomi, pendidikan dan pembangunan jangka hayat yang setara dengan negara maju seperti Jerman atau New Zealand, mana kala Metlatonoc dalam negeri Guerrero, akan mempunyai satu HDI serupa dengan negara paling mundur iaitu Malawi.

Ekuinoks

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.

Interkalasi (waktu)

Interkalasi merupakan penyisipan hari, minggu atau bulan 'lompat' ke dalam tahun takwim supaya takwim menurut musim atau fasa bulan. Kalendar qamari-suria mungkin memerlukan hari dan bulan lompat.

Jumaat Agung

Good Friday (juga dikenali sebagai Jumaat Agung) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary. Cuti ini disambut semasa Minggu Suci sebagai sebahagian daripada Paschal Triduum pada hari Jumaat sebelum Hari Easter pada hari Ahad, dan mungkin juga bertembung dengan hari Passover orang Yahudi.

Tarikh memperingati hari ini cenderung berubah dari hari ke hari mengikut peredaran dalam takwim Gregorius. Gereja-gereja Mazhab Timur dan Mazhab Barat saling bertelingkah mengenai perkiraan hari sambutan Easter, lebih-lebih lagi hari Good Friday. Hari ini dimaktubkan sebagai cuti am di beberapa negara Barat termasuk beberapa negeri dalam Amerika Syarikat. Malah, ada beberapa negara tertentu seperti Jerman mempunyai undang-undang yang mengharamkan kegiatan tertentu - misalnya tari-menari atau berlumba kuda - yang dianggap mecemar kesucian hari ini.

Kebangkitan Jesus

Templat:Kewafatan Jesus

Kebangkitan Jesus ialah kepercayaan Kristian bahawa Tuhan telah mengangkat Jesus dari wafat setelah penyalibannya. Dalam teologi Kristian, kewafatan dan kebangkitan Jesus ialah peristiwa yang terpenting, asas kepercayaan Kristian, dan diperingati dengan Hari Easter. Manakala bagi penganut Kristian kebangkitan itu berlaku sebagai kebangkitan yang fizikal, penjelmaan Jesus selalu dijelaskan sebagai pengalaman bayangan, yang memberi dorongan kepada kepercayaan kepada kegembiraan Jesus dan penyambungan kegiatan mubaligh para pengikut Jesus.

Kebebasan beragama di Malaysia

Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan".

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan (Perlembangaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Status kebebasan beragama di Malaysia ialah masalah berkontroversi. Pertanyaan termasuk sama ada Malaysia ialah sebuah negara Islam atau negara sekular tetap tidak dapat diselesaikan. Dalam beberapa keadaan, ada sejumlah isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berlainan di Malaysia.

Mexico

Negeri-negeri Mexico Bersatu atau Mexico (Bahasa Sepanyol: Estados Unidos Mexicanos atau México) adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat di utara, Guatemala dan Belize di tenggara dan Lautan Pasifik di barat serta Teluk Mexico dan Laut Caribbean di sebelah timur. Ia merupakan negara ketiga terbesar di Amerika Latin dan juga negara yang paling ramai sekali berbahasa Sepanyol.

Pemberontakan Easter

Pemberontakan Easter atau Kebangkitan Easter (Bahasa Ireland: Éirí Amach na Cásca), merupakan pemberontakan bersenjata yang berlangsung di Ireland sepanjang Minggu Easter pada bulan April tahun 1916. Pemberontakan tersebut diadakan golongan republikan Ireland untuk mengakhiri pemerintahan British di Ireland serta mewujudkan suatu Republik ketika United Kingdom masih lagi giat terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Ia merupakan pemberontakan yang paling penting di Ireland sejak 1798, dan ia merupakan tindakan bersenjata pertama ketika zaman revolusi Ireland.

Sebuah persatuan berahli tujuh orang iaitu Persaudaraan Republikan Ireland memulakan pemberontakan itu yang berlangsung selama enam hari pada Isnin Easter, 24 April 1916. Ahli Sukarelawan Ireland yang dipimpin oleh guru sekolah dan aktivis bahasa Ireland Patrick Pearse, bergabung dengan Tentera Warga Ireland yang lebih kecil diketuai James Connolly serta 200 wanita Cumann na mBan menyerbu lokasi-lokasi utama di Dublin dan mengisytiharkan tertubuhnya Republik Ireland. Tentera Darat British membawa masuk beribu-ribu tentera bantuan serta meriam dan kapal perang. Pertempuran jalanan sengit berlaku di pusat kota di mana para pemberontak giat melindungi benteng mereka memperlahankan kemaraan tentera British serta menyebabkan kerosakan berat. Pergaduhan di tempat-tempat lain di Dublin pula lebih tertumpu antara penembak hendap dan jarak jauh. Kedudukan utama pemberontak secara beransur-ansurnya dikepungi dan diserang. Ada terpencil tindakan di bahagian-bahagian lain Ireland, dengan serangan di barak Polis Diraja Ireland Ashbourne, County Meath, County Cork dan di County Galway, dan penawanan kota Enniscorthy, County Wexford. Jerman telah menghantar bekalan senjata untuk kegunaan pemberontak namun pihak British telah merampasnya sebelum Kebangkitan itu bermula lagi. Pemimpin Tentera Sukarelawan Eoin MacNeill telah mengeluarkan arahan pembatalan atas usaha menghentikan Kebangkitan tersebut, seterusnya mengurangkan bilangan pemberontak yang dikerahkan.

Tentera British yang lebih banyak angkatan mereka serta senjata berbahaya berjaya menumpaskan Pemberontakan tersebut. Pearse bersetuju untuk menyerah diri tanpa syarat pada Sabtu 29 April, walaupun sekali-sekala pertempuran terus sampai minggu, ketika kata mencapai lain kedudukan pemberontak. Selepas penyerahan diri tersebut berlaku, Ireland diperintahkan di bawah undang-undang tentera. Sebanyak kira-kira 3500 orang yang telah ditahan oleh British, ramai daripada mereka sendiri tiada kaitan dengan Kebangkitan tersebut dengan 1,800 orang daripada mereka telah dihantar ke kem-kem penahanan dan penjara di Britain. Kebanyakan pemimpin Kebangkitan tersebut telah dihukum mati dalam mahkamah tentera.

Kejadian ini membuakkan kembali gerakan republikanisme secara kekerasan dalam politik Ireland yang selama hampir 50 tahun lebih tertumpu kepada nasionalisme berperlembagaan. Tindak balas pihak British dalam keadaan ini juga sekaligus membawa kepada meningkatnya sokongan terhadap kemerdekaan Ireland. Pada Disember tahun 1918, golongan Republikan yang diwakili oleh parti Sinn Féin telah mendapat kemenangan besar di umum pilihan raya ke Parlimen British. Mereka tidak mengambil kerusi mereka tetapi sebaliknya mengadakan Dáil Pertama dan mengisytiharkan kemerdekaan Republik Ireland. Serangan hendap Soloheadbeg memulakan Perang Kemerdekaan tidak lama kemudian.

Sebanyak 485 orang terbunuh dalam Pemberontakan Easter: kira-kira 54% daripadanya merupakan warga awam akibat penggunaan meriam dan senjata berat atau tersilap sasaran, 30% adalah tentera British dan polisi manakala 16% daripadanya adalah dari pemberontak Irish. Lebih daripada 2600 orang yang cedera. Serangan api tersebut menyebabkan kawasan dalaman kota Dublin dalam keadaan binasa.

Penahanan anggota Royal Navy oleh Iran 2007

Pada 23 Mac 2007 seramai 15 tentera laut Diraja Britain di dalam bot HMS Cornwall telah dikepung, ditahan dan dirampas oleh Pengawal Revolusi Iran di perairan Iran dan Iraq. Setelah Britain membuat pernyataan maaf secara tertutup dan rundingan berterusan, mereka di bebaskan pada 4 April 2007 dan drama tebusan 13 hari berakhir.

Mereka terdiri dari 8 tentera laut dan 7 tentera marin diraja Britain telah menaiki bot pelampung secara 'tidak sengaja' menceroboh perairan negara Iran berhampiran Arvandrud/Shatt al-Arab. Mereka ditahan jam 10:30 pagi waktu Iraq (07:30 GMT, 11:00 pagi waktu Iran) .

Pada 6 April 2007, selepas dibebaskan 15 tentera marin itu menafikan mereka meminta maaf. Kerajaan Britain , Perdana Menteri Britain Tony Blair menafikan mereka telah meminta maaf.

Krisis ini tercetus ketika hubungan Iran-Britain cukup tegang berikutan Amerika Syarikat-Britain dan sekutu menjajah negara jirannya Iraq. Amerika telah mengetuk gendang perang terhadap Iran dan menuduh Iran memperkayakan bom nuklear.

Pengepungan Damsyik (634 M)

Pengepungan Damsyik (634 M) berlaku dari 21 Ogos hingga 19 September 634 Mb[›], sebelum kota itu jatuh ke tangan Khulafa al-Rasyidin. Damsyik merupakan bandar utama Empayar Byzantine yang pertama jatuh dalam kempen penaklukan Syria.

Perang Romawi-Parsi berakhir pada tahun 627 M, apabila Maharaja Heraclius menamatkan kempen yang berjaya terhadap orang Parsi di Mesopotamia. Pada waktu yang sama Nabi Muhammad SAW menyatukan orang Arab di bawah panji-panji Islam. Selepas kewafatan baginda Nabi pada tahun 632 M the same time, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengganti baginda sebagai khalifah pertama Khulafa al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar berjaya menamatkan beberapa pemberontakan dan mual mengembangkan Islam melewati Semenanjung Arab.

Table d'hôte

Di restoran, istilah menu table d'hôte adalah menu di mana sajian hidangan pelbagai dengan hanya beberapa pilihan yang berjumlah harga tetap. Menu sedemikian juga boleh dipanggil prix fixe ("harga tetap"). Istilah hidangan set dan menu set juga digunakan. Kutleri di atas meja mungkin juga sudah ditetapkan untuk semua hidangan.

Table d'hôte berbeza dengan "à la carte", di mana pelanggan boleh memesan mana-mana makanan daripada menu yang tersedia secara berasingan.

Takwim qamari-suria

Takwim qamari-suria (Bahasa Inggeris: Lunisolar calendar) merupakan sejenis takwim (kalendar) yang mana tarikhnya menandakan fasa bulan dan waktu dalam tahun suria sekali gus. Jika tahun suria bertakrifkan tahun tropika, maka takwim qamari-suria menandakan musim; jika bertakrifkan tahun najam, maka takwim meramalkan buruj yang dekat dengan waktu bulan purnama. Lazimnya terdapat satu keperluan tambahan yang mana setahun mesti terdiri daripada sejumlah bulan yang lengkap, iaitu kebanyakan tahun ada 12 bulan kecuali setiap tahun kedua atau ketiga yang berbulan 13.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.