Gerila

Gerila (juga dikenali sebagai partisan) ialah istilah yang diserap daripada bahasa Sepanyol (daripada perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong dan Che Guevara. Walaupun "peperangan tidak bersimetri" merupakan istilah ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dirujuk secara hina sebagai "pengganas."

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

11 Oktober

11 Oktober merupakan hari ke-284 (hari ke-285 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 81 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Peringatan Jeneral Pulaski di Amerika Syarikat.

12 September

12 September merupakan hari ke-255 (hari ke-256 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 110 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Tanjung Verde.

14 Jun

14 Jun merupakan hari ke-165 (hari ke-166 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 200 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini merupakan ;

Hari Pembebasan di Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (1982).

Hari Bendera di Amerika Syarikat.

1 November

1 November merupakan hari ke-305 (hari ke-306 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 60 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kebangsaan di Algeria (1954)

Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981)

Hari Para Orang Kudus dalam Kristian Barat

[[Hari Vegan Sedunia]ă

Abdullah I dari Jordan

Abdullah I bin al-Hussein, Raja Jordan [‘Abd Allāh ibn al-Husayn] (Februari 1882 – 20 Julai 1951) (Arab) عبد الله الأول بن الحسين dilahirkan di Makkah, Empayar Uthmaniyyah, (hari ini di Arab Saudi) adalah anak kedua dari tiga anak lelaki kepada Sherif Hussein bin Ali, Sharif dan Emir dari Makkah dari isteri pertama beliau Abdiyya bint Abdullah (meninggal pada 1886). Beliau mendapat pendidikan di Constantinople (Istanbul), Turki dan Hijaz. Bermula pada tahun 1909 sehingga 1914, Abdullah berkhidmat dalam kerajaan Uthmaniyyah, sebagai timbalan bagi Makkah, tetapi bersekutu dengan Britain semasa Perang Dunia I. Antara tahun 1916 hingga 1918, bekerja dengan pemimpin gerila Britain T. E. Lawrence, beliau memainkan peranan penting sebagai arkitek dan perancang bagi Pemberontakkan Besar Arab menentang pemerintahan Uthmaniyyah, memimpin serangan gerila di perbatasan.

Algeria

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat. Nama Algeria di ambil dari nama ibunegaranya Algiers yang bermaksud kepulauan (al-jazā’ir, dalam bahasa Arab). Ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan Algiers. Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.

Barisan Pembebasan Islam Moro

Barisan Pembebasan Islam Moro atau (MILF) (Bahasa Arab: جبهة تحرير مورو الإسلامية, Jabhat Tahrir Mooroo al-Islamiyyah) adalah kumpulan pemberontak Muslim yang berkuasa di selatan Filipina. Kumpulan ini sangat aktif di bahagian wilayah Bangsamoro di Mindanao, yang termasuk di kawasan Kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan pulau-pulau jiran lain.

Charles de Gaulle

Charles André Joseph Marie de Gaulle (22 November 1890 – 9 November 1970), biasa di rujuk di Perancis sebagai Général de Gaulle, ialah pemimpin tentera dan negarawan Perancis.

Sebelum Perang Dunia II, de Gaulle lebih dikenali sebagai pakar taktik peperangan serta penyokong penggunaan kereta perisai dan tentera udara di dalam peperangan. Semasa Perang Dunia II, beliau merupakan ketua kerajaan buangan Perancis Bebas serta pemimpin gerila anti-Nazi. Antara tahun 1944 hingga 1946, selepas pembebasan Perancis daripada pendudukan Jerman, de Gaulle menjadi ketua kerajaan sementara Perancis.

Disuruh membentuk kerajaan pada tahun 1958, de Gaulle mengilhami sebuah perlembagaan baru1 dan menjadi presiden pertama untuk Republik Kelima. Beliau menyandang jawatan itu dari tahun 1958 hingga 1969. Ideologi politiknya yang dikenali sebagai Gaullisme telah menjadi pengaruh utama dalam politik Perancis yang menyusul.

Che Guevara

Ernesto Guevara (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) . Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20"

Darurat Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang berlaku di antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.

Dili

Dili merupakan ibu negara serta bandar terbesar Timor Leste. Dili terletak di utara Timor Leste dan merupakan pelabuhan utama serta pusat komersial Timor Leste. Penduduknya dianggar berjumlah 150,000.

Dili ditubuhkan pada 1530 oleh penjelajah Portugis dan dijadikan ibu kota Timor Portugis pada 1769. Semasa Perang Dunia Kedua, Dili telah dicerobohi oleh Jepun. Pada 28 November 1975, penduduk Timor Timur mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal. Sembilan hari kemudian, tentera Indonesia, dengan bantuan Amerika Syarikat telah memasuki Dili dalam "Operasi Seroja". Pada 17 Julai 1976, Timor Timur diilhakkan oleh Indonesia, dan dijadikan provinsi Indonesia yang ke-28.

Perang gerila antara tentera Indonesia dan gerakan kemerdekaan telah berlangsung sehingga 1999, dalam pada itu beribu-ribu penduduk Timor Timur telah dibunuh. Pada 1999, Timor Timur telah diletakkan di bawah pemerintahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 20 Mei 2002, Dili menjadi ibu negara Timor Leste yang baru merdeka.

Rusuhan yang berlaku pada bulan Mei 2006 akibat perselisihan faham dalam angkatan tentera telah mengakibatkan kemusnahan dan ketidakamanan di Dili. Ketenteraman hanya kembali selepas campur tangan kuasa asing.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.

Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Maoisme

Maoisme, dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong (Cina Tradisional: 毛澤東思想, Cina Ringkas: 毛泽东思想, pinyin: Máo Zédōng Sīxiǎng), ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong (Wade-Giles: "Mao Tse-tung"), yang digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) mulai kebangkitan Mao mengambil alih kepimpinan sehingga penerimaan Teori Deng Xiaoping dan pembaharuan ekonomi China pada tahun 1978. Maoisme juga digunakan di seluruh dunia pada zaman sekarang. Pertubuhan Maois wujud di Peru, India, dan terutama sekali, Nepal. Ajaran-ajaran asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.

Pada zaman pasca-revolusi, Fahaman Mao Zedong ditakrifkan dalam perlembagaan CPC sebagai "Marxisme-Leninisme yang digunakan dalam konteks China", disintesiskan oleh Mao Zedong dan pemimpin generasi pertama Republik Rakyat China. Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis". Ideologi ini kini masih wujud pada nama dalam Perlembagaan Parti Komunis; iaitu dihuraikan sebagai fahaman yang memandu pembentukan "China baru" dan konsep revolusi menentang imperialisme dan feudalisme.Maoisme secara amnya meragui rangka sosialis Kesatuan Soviet di bawah Nikita Khrushchev yang disangka berbentuk revisionisme Komunis. Mengikut tradisi, kebanyakan pengikut Maoisme menganggap Joseph Stalin sebagai pemimpin sosialis sejati yang terakhir di Kesatuan Soviet, namun penilaian Maois mengenai Stalin berbagai-bagai, sama ada amat positif atau bercampur-campur.

Parti Komunis Malaya

'Parti Komunis Malaya (b. Inggeris: Malayan Communist Party dan singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu Kerana ingin kan Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka untuk membalas dendam atas perang saudara china-jepun.

Persiaran Gurney

Persiaran Gurney ialah Esplanade baru pinggir laut popular di suburb utara George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Mengambil alih Esplanade Lama di Padang Kota Lama, Jalan ini juga merupakan antara tumpuan pelancong paling popular di Pulau Pinang, terkenal dengan makanan "gerai penjaja" yang sebelum ini terletak di sepanjang pinggir laut, dan kini dipindahkan ke suatu medan selera berdekatan. Sebelum ini dikenali dengan nama New Coast Road, ia siap dibina pada 1936 di tepi pantai yang ketika itu dikenali sebagai North Beach, dan dinamakan semula pada 1952 bersempena Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya (1950–1951), yang dibunuh gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu.Gurney Plaza dan kawasan ini merupakan kompleks beli-belah yang terkenal bagi George Town.

Sejarah

Gurney Drive terletak di atas tanah yang ditebus daripada Teluk Ayer Rajah, teluk yang pernah wujud antara George Town dan Tanjung Tokong. Hasrat untuk membina jalan pantai telah dirancang seawal tahun 1930 sebagai lanjutan Jalan Northam (kini Jalan Sultan Ahmad Shah). Gurney Drive 570 meter (470 m) yang pertama disiapkan pada tahun 1934, dan pada masa itu, ia hanya bernama "North Beach".

Gurney Drive pada mulanya dinamakan sebagai New Coast Road. Ia kemudian dinamakan Gurney Drive sebagai penghormatan kepada Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya yang dibunuh oleh gerila komunis di Pahang pada tahun 1951.

Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, satu perbahasan meletus mengenai penamaan semula Gurney Drive. Adalah dicadangkan bahawa, dengan kemerdekaan Malaya pada masa itu, Gurney Drive harus ditukar nama kepada Merdeka Drive. Untuk mengimbangi penamaan semula jalan itu, patung akhir Sir Henry Gurney akan dibina. Pesuruhjaya Perbandaran yang menentang pengubahsuaian Gurney Drive kemudian menulis terus kepada isteri Gurney, yang dikatakan telah mengambil 'perubahan yang sangat berani dan bahkan ditawarkan untuk menolong patung atau patung'. Seorang pemahat di London, David McFall, menawarkan untuk membuat dada untuk $ 4,500.

Apabila cadangan untuk penyediaan $ 6,000 untuk dada dinyatakan oleh Jawatankuasa Kewangan Majlis Perbandaran, ia akhirnya memutuskan bukan sahaja untuk menangguhkan penyediaan dada, tetapi juga pemacu itu harus terus dipanggil Gurney Drive.

Pada tahun 1962, satu bahagian Gurney Drive ditanam dengan pokok casuarina. Seorang ahli majlis kemudian mencadangkan supaya Majlis Bandaraya mempertimbangkan untuk menamakan semula Gurney Drive ke dalam "Casuarina Drive" atau "Pantai Casuarina". Cadangan itu tidak pernah dilaksanakan, dan hari ini, bahagian di mana pokok casuarina ditanam kekal sebagai bahagian yang berlainan dan berdaun di pesisir pantai.

Gurney Drive pernah menjadi pantai berpasir di mana orang boleh mengumpul kerang iaitu kuku siput atau kerang kecil yang banyak sekali. Air laut sangat bersih dan bebas pencemaran sehingga ia menjadi tempat perahu naga dari tahun 1960-an hingga 1980-an. Pada masa itu orang akan berenang di laut dan nelayan akan kembali ke pantai dengan tangkapan mereka, terutama untuk ikan dan ketam raja di sepanjang pantai.

Walau bagaimanapun, keseronokan peristiwa-peristiwa ini dan air yang jernih banyak hilang sekarang. Projek penambakan tanah Seri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong yang berhampiran membawa kepada pengumpulan lumpur dan lumpur di sepanjang Gurney Drive, sekali gus membolehkan pokok bakau tumbuh di sepanjang garis pantai. Sehingga baru-baru ini, ada cadangan bahawa kawasan ini, yang dahulu diperuntukkan untuk penambakan di bawah projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang yang digantung, akan dituntut semula untuk taman rekreasi atau dibenarkan dibangunkan menjadi hutan bakau.

Gurney Drive adalah rumah kepada banyak rumah pra-perang yang terkenal, banglo kolonial dan Kompleks Kolej Besar, yang pernah digunakan untuk melatih para imam Katolik di Thailand, India, China, Jepun dan Myanmar.

Selain itu, dua pusat membeli-belah terkenal - Gurney Plaza dan Gurney Paragon - serta banyak hotel dan kondominium tinggi, terletak di sepanjang Gurney Drive. Penambakan tanah juga sedang dijalankan di Gurney Drive untuk membuat Gurney Wharf, sebuah taman rekreasi awam yang dicadangkan termasuk kawasan makanan dan minuman (F & B), pantai buatan manusia dan taman air. Fasa pertama projek itu dijangka selesai menjelang 2018.

Rupiah Indonesia

Rupiah (Rp) adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang ISO 4217 IDR.

Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "rupia", bahasa mongolia yang bermakna perak,Memang sama dengan arti rupee, namun rupiah sendiri merupakan sebutan asli Indonesia kerana adanya penambahan huruf 'h' di akhir kata rupia, sangat khas sebagai sebutan orang-orang Jawa.Indonesia telah menggunakan mata wang guilder Belanda dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder Hindia Timur Belanda diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, Bank Jawa memperkenalkan mata wang rupiah Jawa sebagai pengganti. Mata wang guilder nica dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.

Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. Kepulauan Riau dan Irian Barat memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan Soeharto.

Wang rupiah digunakan di Indonesia dan Timor Leste.

S. Roomai Noor

Dato' Haji S. Roomai Noor (dilahirkan sebagai Muhammad Taib Bin Salleh; 22 Februari 1923 - 16 Mac 1994) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

Teuku Umar

Teuku Umar (Meulaboh, Aceh Barat, 1854 - 11 Februari 1899) ialah pemimpin sebuah gerila yang menentang Belanda di Aceh semasa Perang Aceh. Beliau jatuh ketika pasukan Belanda melancarkan serangan kejutan di Meulaboh. Tubuhnya dikebumikan di kawasan Mugo. Selepas kematian Teuku Umar, isterinya, Cut Nyak Dhien terus memimpin gerila menentang Belanda. Ia kemudian dijadikan Pahlawan Nasional Indonesia.

Việt Cộng

Việt Cộng ataupun secara penuhnya Viet Nam Cong San (Komunis Vietnam) adalah nama panggilan untuk seorang rakyat Vietnam yang menyokong Barisan Pembebasan Kebangsaan (National Liberation Front) di Vietnam Selatan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.