Genus

Lihat genus matematik untuk istilah dalam matematik.
Pengelasan biologi
Domain
Alam
Filum (haiwan)
Divisi (tumbuhan)
Subfilum (haiwan)
Subdivisi (tumbuhan)
Superkelas
Kelas
Subkelas
Order
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Spesies
Subspesies

Dalam biologi, genus (atau genera) merupakan kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi.

Dalam tatanama binomial (binomial nomenclature) biasa, nama organisma terdiri daripada genusnya (Huruf besar) dan penentu spesies. Sebagai contoh Homo sapiens, nama untuk spesies manusia yang tergolong dalam genus Homo.

Lihat pengelasan saintifik untuk butiran terperinci sistem ini.

Genus jenis "Type Genus" untuk taxon merupakan genus pertama diberi nama dan digambarkan. Keluarga dan, dalam tumbuhan, semua taxa sehingga ke pembahagian biologi dinamakan menurut genus jenis. Genus dan taxa ini diwakili oleh spesimen yang menunjukkan ciri-ciri khusus genus tersebut. Specimen yang digunakan untuk spesies ini disimpan sebagai holotype dalam muzium zoologikal atau herbarium untuk penyelidikan lanjut.

Nama genus dalam satu alam boleh sama dengan genus atau nama taxon lain dalam alam lain. Sebagai contoh, Anura merupakan genus tumbuhan dan juga aturan katak; Aotus merupakan kacang dan monyet. Ia bagaimanapun tidak membenarkan dua genera dalam alam yang sama untuk berkongsi nama; ini menjelaskan kenapa platypus dipanggil Ornithorhynchus--"platypus" merupakan pilihan asal, tetapi nama tersebut telahpun diberikan kepada invertebrata jarang (invertebrata dalam alam yang sama, Haiwan, seperti platypus).

Lihat juga

  • Taksonomi Linnaean
  • Kladistik
Acanthochelys

Acanthochelys ialah genus kura-kura rawa, dari keluarga Chelidae, subkeluarga Chelinae, yang boleh ditemui di Amerika Selatan. Sehingga kini, spesies dari genus ini dianggap sebagai ahli dari genus Platemys, tetapi kemudiannya dipindahkan semula ke dalam genus asalnya oleh Gray (1873) berdasarkan jenis spesies monotipikal Acanthochelys spixii.

Astrochelys

Astrochelys ialah genus kura-kura dalam keluarga Testudinidae. Dua spesies telah direkodkan di Madagascar, dan diklasifikasikan sebagai haiwan terancam.

Chelidae

Chelidae adalah salah satu daripada tiga keluarga kura-kura dari suborder Pleurodira. Mereka dikenali sebagai kura-kura leher sisi Austro-Amerika Selatan, kerana kesemua kura-kura ini mendiami kebanyakan kawasan hemisfera selatan bumi merangkumi Australia, New Guinea, sebahagian Indonesia, dan sepanjang benua Amerika Selatan. Semua kura-kura ini berasal dari zaman Cretaceous dan mendiami benua Gondwana pada masa dahulu.

Chitra (genus)

Chitra ialah genus labi-labi dari keluarga Trionychidae. Taburan habitat asli mereka merangkumi sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara, seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Spesies Chitra chitra yang ditemui di Malaysia dikenali sebagai Labi-labi Bintang.

Clemmys

Clemmys ialah genus kura-kura. Ia terdiri daripada satu-satunya spesies dari Amerika Utara iaitu kura-kura Bintik (C. guttata).

Sebelum ini, genus Clemmys terdiri daripada empat spesies, iaitu Kura-kura Rawa, Kura-kura Bintik, Kura-kura Kolam Barat, dan Kura-kura Kayu. Bagaimanapun, analisis genetik terkini mengesahkan bahawa Kura-kura Bintik mempunyai perbezaan berbanding ketiga-tiga spesies tersebut. Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu dipindahkan ke genus Glyptemys manakala Kura-kura Kolam Barat pula dialihkan di bawah genus Actinemys. Menjadikan kura-kura Bintik satu-satunya spesies dalam genus Clemmys.Populasi Kura-kura Bintik semakin menurun di Amerika Utara disebabkan pemburuan dan pemusnahan habitat.

Elseya

Elseya ialah genus kura-kura leher sisi, yang dikenali sebagai Kura-kura Sentap Australia, dari keluarga Chelidae. Spesies dari genus Elseya biasanya ditemui di kawasan sungai utara Australia dan sepanjang laluan sungai New Guinea. They are identified by the presence of alveolar ridges on the triturating surfaces of the mouth and the presence of a complex bridge strut.Mereka bersifat maun, dengan struktur mulutnya digunakan untuk mengunyah buah-buahan. Walau bagaimanapun, mereka juga menjadikan haiwan lain sebagai makanan. Kini, populasi haiwan ini semakin berkurangan dan ada yang dikelaskan sebagai haiwan terancam

Emydura

Emydura, ialah genus kura-kura dari keluarga Chelidae. Kura-kura ini berasal dari sungai-sungai sekitar Australia, New Guinea dan sebahagian Indonesia. Ia parafiletik dengan genus Elseya. Kemudian diasingkan oleh Thomson & Georges, 2009 dari dua genus, Elseya dan Myuchelys.

Haiwan ini boleh membesar sehingga 30cm atau lebih dan hidup sekitar 20–30 tahun. Mereka tidak berhibernasi kerana cuaca yang sentiasa hangat sepanjang tahun, serta menghabiskan banyak masa di dalam air.

Hydromedusa

Bagi hydrozoa Cnidaria yang dipanggil "Hydromedusa" atau "Hydromedusae", sila lihat Anthomedusae.

Hydromedusa ialah genus kura-kura dari keluarga Chelidae, yang dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Amerika Selatan. Kura-kura ini adalah berleher sisi. Mereka mempunyai hubungan rapat dengan Kura-kura Paya leher sisi Amerika Selatan (Acanthochelys) dan kura-kura berleher ular dari wilayah Australia-Melanesia, (Chelodina). Namun spesies ini berbeza berbanding kura-kura sungai dari Amerika Selatan, (Podocnemididae) yang dianggap leluhur Pleurodira yang lebih moden.

Keluarga (biologi)

Dalam pengelasan biologi, famili (bahasa Latin: familia, kata jamak familiae) merupakan

aras taxonomi yang terletak di antara order dan genus

satu takson dalam aras ituContoh: "Walnut dan Hikori tergolong dalam famili Walnut" merupakan cara ringkas untuk mengatakan: Walnut (genus Juglans) dan Hikori (genus Carya) tergolong dalam famili Walnut (famili Juglandaceae).Aras "famili" terletak antara susunan yang kurang khusus dan genus yang lebih khusus; oleh itu, satu susunan mengandungi satu atau lebih famili, dan satu famili mempunyai satu atau lebih genus.

Hanya melainkan spesies dan genus, famili ialah aras yang terpenting dalam taksonomi. Perincian tepat untuk tatanama formal bergantung kepada Kod Tatanama yang berkenaan. Sila lihat pengelasan saintifik dan:

Aras (botani)

Rank (zoologi)

Pengelasan virus.

Kumbang harimau

Kumbang harimau ialah kumpulan besar kumbang yang dikenali dengan tabiat pemangsa dan kelajuan lariannya. Spesies kumbang harimau paling laju dapat berlari pada kelajuan 9 km/j (5.6 bpj), iaitu, berbanding dengan panjang badannya, ialah kira-kira 22 kali kelajuan bekas pelari pecut Olimpik, Michael Johnson.Banyak genus telah dikenal pasti oleh ahli entomologi Jerman Walther Horn. Genus kumbang harimau termasuklah:

Ambalia Jeannel, 1946

Amblycheila Say, 1829

Aniara Hope, 1838

Abroscelis Hope, 1838

Callytron

Calomera

Cicindela Linné, 1758

Cephalota Dokhtouroff, 1883

Cenothyla

Chaetodera

Chiloxia Guerin

Chilonycha

Collyris

Cosmodela

Ctenostoma Klug

Cylindera Westwood, 1831

Doromica

Eucallia

Habrodera

Heptodonta

Hipparidium

Homodela Rivalier, 1950

Hypaetha LeConte, 1860

Iresia Dejean

Lophyridia

Lophyra

Manticora Fabricius, 1781

Megacephala Latreille, 1802

Myriochile Motschulsky, 1858

Naviauxella

Neocollyris

Odontochila Castelnau

Omus Eschscholtz, 1829

Oxychila Dejean

Oxygonia Mannerheim

Pentacomia

Phaeoxantha Chaudoir

Physodeutera Lacordaire

Picnochila

Platychila

Pogonostoma

Pometon

Pronyssa

Pronyssiformia

Prothymia

Prothymidia

Pseudoxychila Guerin

RopaloteresGuerin-Meneville, 1849

Tetracha Hope, 1838

Therates

Tricondyla Kebanyakan genus hasil daripada pemisahan genus besar Cicindela.

Kura-kura Katup Asia

Kura-kura Katup Asia adalah kura-kura genus Cuora dari keluarga Geoemydidae. Terdapat 12 spesies. Genus Cuora ini menyebar dari China hingga Indonesia dan Filipina, sepanjang Asia Tenggara hinggalah utara India dan Bhutan.

Nama botani

Nama botani ialah nama formal yang mematuhi aturan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Walaupun nama botani juga digelarkan sebagai "nama saintifik", istilah "nama saintifik" mempunyai maksud yang lebih meluas dan merangkumi nama zoologi, nama bakteriologi, dan nama virus.

Nama botani adalah tetap, tetapi kumpulan taksonominya tidak. Dengan kata yang lain, sesuatu nama botani boleh merujuk kepada beberapa kumpulan yang mempunyai saiz, pembatasan, dan peletakan taksonomi yang berbeza-beza. Ini bergantung kepada sudut pandangan taksonomi atau sistem taksonominya. Kebanyakan pengarang menganggap famili Pentaphylacaceae sebagai terdiri daripada satu spesies sahaja, tetapi sebuah terbitan baru-baru ini memasukkan 342 spesies. Nama botani pada dirinya ditetapkan oleh jenis, sedangkan sifat takson yang diliputi ditentukan oleh ahli taksonomi.

Bergantung kepada aras, nama-nama botani boleh mempunyai satu bahagian (genus dan aras yang lebih tinggi), dua bahagian (spesies dan aras yang lebih tinggi, tetapi lebih rendah daripada aras genus), atau tiga bahagian (aras-aras di bawah aras spesies):

dalam satu bahagian

Plantae (tumbuhan-tumbuhan)

Hepaticae (lumut hati)

Magnoliopsida (kelas, termasuk famili Magnoliaceae)

Liliidae (subkelas, termasuk famili Liliaceae)

Coniferae (pokok konifer)

Fagaceae (famili pokok oak)

Leguminosae (famili kacang pea atau kekacang)

Betula (genus pokok bic)dalam dua bahagian

Acacia subg. Phyllodineae (pial)

Gossypium barbadense (kapas Mesir)dalam tiga bahagian

Theobroma cacao subsp. koko (coklat kriolo)Satu nama dalam tiga bahagian, iaitu nama untuk takson infraspesies (di bawah aras spesies) memerlukan "istilah penghubung" untuk menunjukkan arasnya. Dalam contoh Theobroam di atas, istilan penghubungnya ialah "subsp." (untuk subspesies). Dalam bidang botani, terdapat banyak aras di bawah aras spesies (dalam bidang zoologi, terdapat hanya satu aras, iaitu subspesies dan oleh itu, "istilah penghubung" tidak diperlukan). Nama untuk "subdivisi genus" juga memerlukan istilah penghubung (dalam contoh Acacia di atas, istilah penghubungnya ialah "subg.", subgenus). Istilah penghubung tidak merupakan sebahagian nama botani.

Sesuatu nama takson boleh mengambil bentuk melebihi tiga bahagian: "Saxifraga aizoon var. aizoon subvar. brevifolia f. multicaulis subf. surculosa Engl. & Irmsch." tetapi ini merupakan pengelasan, bukan nama botaninya yang formal. Nama botaninya ialah Saxifraga aizoon subf. surculosa Engl. & Irmsch. (ICBN, Perkara 24, Ex 1)

Nama-nama botani bercetak sering ditulis dengan huruf condong. Gaya yang diberikan oleh ICBN ialah untuk menggunakan huruf condong untuk semua nama botani. Bagaimanapun, secara amalan, banyak gaya dalaman yang berbeza-beza telah digunakan untuk mengatur huruf nama botani, dan banyak terbitan tidak menggunakan huruf condong untuk nama-nama aras yang lebih tinggi daripada genus.

Pengelasan biologi

Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).

Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.

Pyxis (genus)

Pyxis ialah genus kura-kura dalam keluarga Testudinidae.

Ia mengandungi spesies berikut:

Pyxis arachnoides (Bell, 1827) — Kura-kura Sawang

Pyxis planicauda (Grandidier, 1867) — Kura-kura Sawang Punggung Rata

Rheodytes

Rheodytes ialah genus kura-kura dari keluarga Chelidae yang boleh ditemui di Australia.

Mengandungi beberapa spesies, iaitu:

Rheodytes leukops (Legler, 1980) – Kura-kura Sungai Fitzroy

† Rheodytes devisi (Thomson, 2000) (Pleistosen)

Shorea

Shorea ialah sejenis genus yang terdiri daripada 196 spesies, khususnya pokok-pokok hutan hujan dalam famili Dipterocarpaceae. Genus ini berasal daripada Asia Tenggara, iaitu daripada India Utara ke Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Spesies

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama.

Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis.

Tatanama binomial

=== CIREBON PLAYER ===

CIREBON PLAYER

Sistem formal untuk menamai spesies boleh digelar:

tatanama binomial, khususnya dalam lingkungan ahli zoologi;

tatanama perduaan, khususnya dalam lingkungan ahli botani; atau

sistem pengelasan binomial.Yang penting adalah bahawa setiap nama spesies ditulis dalam bahasa Latin (saintifik moden) dan mengandungi dua bahagian. Oleh itu, ia umumnya dikenali sebagai "nama Latin" spesies, akan tetapi istilah itu dielakkan oleh para ahli biologi dan ahli filologi yang lebih suka akan istilah "nama saintifik".

Karl von Linne ialah ahli botani Sweden yang mereka sistem tatanama binomial yang moden. Beliau cuba memerikan seluruh alam semula jadi yang diketahui ketika itu dan memberikan nama dua bahagian kepada setiap spesies (mineral, tumbuhan, atau haiwan). Bagaimanapun, tatanama bionomial bukan sesuatu gagasan yang baharu dan pernah wujud dalam pelbagai bentuk sebelum Linne serta pernah digunakan oleh keluarga Bauhin yang hidup sekitar 200 tahun sebelum Linne. Bagi sistem rekaannya, Linne hanya menggunakan:

nama genus; dan

nama khusus atau nama julukan;untuk membentuk nama spesies. Misalnya, manusia tergolong dalam genus Homo dan nama khususnya ialah sapiens. Justera, manusia sebagai spesies diklasifikasikan sebagai Homo sapiens. Huruf pangkal untuk bahagian nama pertama (genus) selalu ditulis dengan huruf besar, manakala huruf pangkal untuk bahagian nama kedua tidak, walau jika ia berasal daripada nama khas seperti nama orang atau tempat. Sebagai kelaziman, semua nama genus dan takson yang lebih rendah kedudukannya sentiasa ditulis dengan huruf italik, manakala nama famili dan takson yang lebih tinggi dicetak dalam teks biasa. Spesies boleh dibahagikan lagi kepada kedudukan taksonomi, dan menghasilkan nama trinomial atau trinomen untuk subspesies.

Testudo (genus)

Testudo ialah genus kura-kura yang dijumpai di Utara Afrika, Asia Barat dan Eropah.

Kura-kura ini bersaiz antara 7.0 to 35 cm dan berat sekitar 0.7 to 7.0 kg.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.