Genre

Genre (sebutan Melayu: génré[1]; sebutan asal: /ˈʒɑːnrə/ atau /ˈdʒɑːnrə/) ialah satu set kriteria yang longgar untuk karangan kesusasteran; ia juga digunakan untuk menentukan bentuk seni atau ujaran.

Dalam mana-mana seni, genre adalah satu bentuk kategori yang agak kabur, tanpa sempadan yang jelas. Genre dibentuk oleh satu set konvensi dan kekadang melintasi sempadan berganda.

Skop genre terbatas untuk karya seni dan budaya terutama sekali karya kesusasteraan.

Karya kesusasteraan

Genre dalam kesusasteraan termasuklah epik, lirik, dramatik, sandiwara, ejekan, sindiran, satira dan lain-lain. Selain itu terdapat juga puisi, prosa, tragikomedi, cereka sains dan banyak lagi.

Seni lukis

Genre dalam seni lukis termasuklah lukisan sejarah, lukisan potret, lukisan pemadangan, lukisan alam benda dan lain-lain.

Rujukan

  1. ^ Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8339-0.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Anime

Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak.

Biografi

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Biografi (daripada perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") adala genre penulisan dan bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Bertentangan dengan profil atau curriculum vitae, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi. Biografi bukan setakat senarai fakta seperti tarikh lahir, pendidikan, kerjaya, hubungan, dan kematian. Ia juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain yang membawa berbagai-bagai makna (atau pelajaran) kepada seseorang dan masyarakatnya.

Cereka sains

Cereka sains atau fiksyen sains (Bahasa Inggeris: science fiction, dipendekkan sebagai SF atau sci-fi) merupakan satu genre cereka luas yang sering melibatkan spekulasi berdasarkan sains dan teknologi sekarang dan masa hadapan. Cereka sains sering mengetengahkan kesan teknologi kepada individu manusia, masyarakat, negara dan dunia. Boleh dijumpai dalam buku, seni, televisyen, filem, permainan video, teater dan media lain.

Dalam konteks organisasi atau pemasaran, cereka sains boleh sinonim dengan makna yang lleih luas bagi cereka spekulatif, melingkungi karya kreatif yang mengandungi unsur imaginatif yang tidak ditemui dalam realiti kontemporari; ini termasuklah fantasi dan seram.

Drama

Drama (Yunani Purba δράμα) ialah satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan (mimesis). Ia berasal daripada perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan" (Greek Klasik: δρᾶμα, drama), yang berasal daripada kata kerja "membuat" atau "melakukan" (Greek Klasik: δράω, draō).

Gambar dua topeng yang dikaitkan dengan drama mewakili pembahagian genre tradisional antara komedi dan tragedi. Ia merupakan simbol Dewi Kesenian Yunani, Thalia dan Melpomene. Thalia ialah Dewi Seni komedi (muka ketawa), manakala Melpomene ialah Dewi Seni tragedi (muka menangis).

Penggunaan kata "drama" dalam erti kata yang khusus pada hari ini merujuk pada lakonan pentas sejak abad ke-19.

Drama lipur lara

Drama lipur lara merupakan karya drama atau sandiwara rekaan bersiri yang tersiar baik dalam wahana televisyen ataupun radio. Tempoh siri drama lipur lara biasanya panjang, kadang-kadang boleh menjangkau ratusan episod.

Fantasi

Templat:Speculative fiction

Fantasy merupakan sebuah genre daripada fiksyen spekulatif yang ditetapkan dalam dunia fiksyen, sering tanpa sebarang lokasi, peristiwa, atau orang yang merujuk dunia sebenar. Akarnya dalam tradisi lisan, yang kemudian menjadi kesusasteraan dan drama. Dari abad kedua puluh, ia terus berkembang ke pelbagai media, termasuk filem, televisyen, novel grafik dan permainan video.

Fantasi adalah subgenre dari fiksyen spekulatif dan dibezakan daripada genre fiksyen sains dan kengerian oleh ketiadaan tema saintifik atau mengerikan, walaupun genre ini bertindih. Dalam budaya popular, genre fantasi adalah sebahagian besar daripada bentuk zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, dalam erti kata yang luas, fantasi terdiri daripada karya oleh banyak penulis, artis, pembuat filem, dan pemuzik dari mitos dan legenda purba kepada banyak karya terkini dan popular.

Filem komedi

Filem komedi ialah satu genre filem yang mempunyai jenaka sebagai unsur utama. Filem-filem ini direka untuk mengetawakan penonton. Komedi secara umumnya drama riang dan dibuat untuk menghibur penonton. Genre komedi kerap sekali melebih-lebihkan keadaan, cara pertuturan, atau aksi dan watak dengan jenaka.

Genre muzik

Genre muzik ialah binaan kategori dan tipologi yang mengenal pasti bunyi-bunyi muzik sebagai tergolong dalam sesuatu kategori dan jenis muzik yang dapat dibezakan daripada jenis muzik yang lain.

Terdapat banyak pendekatan terhadap genre. Dalam bukunya, Form in Tonal Music (Bentuk dalam Muzik Tonal), Douglass M. Green menyenaraikan madrigal, motet, kanzona, ricercar, dan tarian sebagai contoh genre daripada Zaman Pembaharuan Eropah. Menurutnya, "Op. 61 Beethoven dan Op. 64 Mendelssohn tergolong dalam genre yang sama — kedua-duanya merupakan konserto — tetapi memiliki bentuk yang berbeza. Sebaliknya, kedua-dua Rondo untuk Piano, K. 511, dan Agnus Dei daripada Mass, K. 317 Mozart agak berbeza genrenya tetapi kebetulan mempunyai bentuk yang sama".Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas". Sebaliknya, ada juga yang menyatakan bahawa "genre" dan "gaya" merupakan dua buah istilah yang berbeza, dengan ciri sekunder seperti kandungan juga dapat membezakan genre. Sesuatu genre (atau subgenre) muzik juga dapat ditentukan menerusi teknik, gaya, konteks, dan temanya (kandungan, semangat). Asal geografi kekadang juga dapat dipergunakan untuk menentukan genre muzik, walaupun setiap kategori geografi tunggal biasanya merangkumi berbagai-bagai subgenre.

Dalam eseinya yang berjudul "Genres, Subgenres, Sub-Subgenres and More" (Genre, Subgenre, Sub-Subgenre dan Lanjut", Kembrew McLeod mencadangkan bahawa dalam bidang muzik elektronik:

"pemberian nama subgenre baharu dapat dikaitkan kepada pelbagai pengaruh, seperti sifat muzik yang berkembang dengan pesat dan budaya pengguna terpecut, serta juga sinergi yang dibentuk oleh kedua-dua strategi pemasaran syarikat rakaman dan gembar-gembur majalah muzik. Pengambilan muzik kelompok minoriti secara langsung oleh kelas menengah atas dan kelas menengah orang putih di Amerika Syarikat dan Great Britain juga memainkan sebahagian peranan, dengan proses pemberian nama yang pesat dan berterusan dalam subbudaya muzik elektronik/tarian juga bertindak sebagai mekanisme penjaga pintu."

Genre permainan video

Setiap judul permainan video dikategorikan kepada genre masing-masing berdasarkan kaedah permainan mereka. Di atas kekurangan genre umum yang dipersetujui ataupun kriteria-kriteria terhadap penggunaan dan maksud genre-genre tersebut, klasifikasi judul-judul permainan video tidak konsisten atau sistemetik. Di sebalik kajian permainan video terdapat sebuah kekurangan konsensus dalam mencapai persetujuan rasmi terhadap maksud sebenar genre-genre permainan video, sesetengah daripadanya adalah lebih popular daripada yang lain. Misalnya, beberapa skim adalah semiotik, manakala yang lain bergantung lebih kuat lagi terhadap corak-corak konfiguratif antara-muka dan mekanikal.

K-pop

K-pop atau Pop Korea (کي-ڤوڤ atau ڤوڤ کوريا) (Inggeris: Korean Pop) ialah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakkan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-Pop ini mengandungi campuran genre hip-hop, elektro, pop, rock dan R&B. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.

Melalui kehadiran halaman peminat Facebook, ketersediaan iTunes, profil Twitter dan video muzik di YouTube, kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat dicapai melalui Internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini. Budaya popular Korea Selatan pada hari ini merupakan pemacu utama budaya belia di seluruh Lingkungan Pasifik terutamanya di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Vietnam. Genre ini sedang mengembangkan pengaruhnya di rantau ini, sama seperti muzik Amerika di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Komedi

Komedi [ko-mé-di] lazimnya difahamkan sebagai penceritaan atau karya yang menimbulkan rasa lucu atau menggelikan hati lalu mencetuskan tawaan melalui penyampaian kelakuan atau lakonan.

Kebanyakan unsur komedi mempunyai ragaman terhadap unsur-unsur seperti kejutan, ketidaksesuaian, pertelingkahan, perulangan, dan kesan jangkaan-jangkaan bertentangan, meskipun terdapat banyak genre terkenal dalam komedi.

Muzik pop

Muzik Pop ialah sejenis genre yang penting dalam muzik popular yang dibezakan daripada muzik klasikal atau muzik seni, serta daripada muzik rakyat. Istilah ini menunjukkan sifat-sifat stilistik yang khusus, tetapi genre ini juga merangkumi seniman-seniman yang menggunakan banyak gaya, seperti rock, hip hop, ritma dan blues (R&B), dan lagu rakyat Amerika. Oleh itu, "muzik pop" bolehlah dikatakan satu kategori yang fleksibel. Selain itu, istilah "muzik pop" juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rock lembut atau pop/rock.

Muzik rock

Rock ialah sejenis muzik popular yang menonjolkan nyanyian (sering dengan keharmonian vokal), gitar elektrik, gitar bes, serta rentak genap yang kuat. Alat muzik yang lain, seperti keyboard (organ, piano, pensintesis, dan hon (saksofon, trompet, trombon) biasa juga digunakan dalam sesetengah gaya, tetapi hon tidak lagi digunakan dalam subgenre muzik rock yang lebih baru sejak 1990-an. Bilangan genre rock adalah banyak, dan sempadannya ditakrifkan secara kurang tepat, dengan genre-genre yang tidak begitu berkaitan, seperti muzik soul, kekadang juga dimasukkan.

Satu pengaruh pembentukan rock yang utama ialah rock 'n' roll, sehingga kedua-dua istilah kekadang digunakan dengan saling boleh tukar. Pada awal 1960-an ketika rock 'n' roll tidak menjadi fesyen lagi, permulaan rock British telah menyebabkan desakan untuk menggunakan istilah muzik rock. Dengan "Penaklukan British" itu, gaya muzik yang dicergaskan semula ini tersebar kembali ke Amerika Syarikat, dan menjadi fenomena kebudayaaan antarabangsa yang berpanjangan dengan kesan sosial kepada dunia. Tuntutan-tuntutan yang bersaingan telah menghargai muzik ini kerana menamatkan perang-perang dan menyebabkan keamanan dan toleransi, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa muzik rock tidak berakhlak dan merosakkan moral, termasuk juga persetubuhan secara rambang. Rock kini telah menjadi popular di kebanyakan negara di seluruh dunia, dan telah berkembang dengan banyak gaya yang amat berbeza.

Permainan video

Permainan video merupakan permainan elektronik yang melibatkan tindak balas dengan antara muka pengguna (user interface) untuk menghasilkan maklum balas visual di sebuah peranti video. Perkataan video dalam permainan video secara tradisinya menggambarkan sesebuah peranti paparan bitmap atau raster, tetapi berikutan istilah "permainan video" atau "video game" menjadi semakin terkenal, ia juga boleh digambarkan dengan apa-apa jenis peranti paparan yang lain. Sistem elektronik yang digunakan untuk memainkan permainan video dikenali sebagai platform; contohnya ialah PC dan konsol permainan video. Platform ini merangkaikan dari sebesar-besar komputer mainframe hingga sekecil-kecil peranti mudah alih. Permainan video yang khusus seperti permainan arked sebelum ini biasa dimainkan, kini kurang digunakan.

Peranti input yang digunakan untuk mengawal permainan video dipanggil pengawal permainan atau lebih dikenali dengan istilah Inggeris game controller, dan berbeza mengikut platform. Contohnya, sesebuah game controller boleh mempunyai satu butang dan sebuah kayu ria, manakala yang lain boleh mempunyai sedozen butang dan satu atau lebih kayu ria. Permainan PC yang lama selalunya memerlukan sebuah papan kekunci untuk permainan, atau lebih lazim, memerlukan pengguna untuk membeli kayu ria yang berasingan dengan sekurang-kurangnya satu butang. Banyak permainan komputer moden membolehkan atau memerlukan pemain menggunakan papan kekunci dan tetikus serentak.

Permainan video biasanya menggunakan cara-cara tambahan untuk menyediakan interaktiviti dan informasi kepada pemain. Salah satunya ialah audio dengan menggunakan peranti input audio seperti pembesar suara dan fon kepala.

Pop rock

Pop rock merupakan genre muzik gabungan dari muzik Pop dan Rock.

Rhythm and blues

Rhythm and blues (sebutan: ri-dhəm en blus, IPA: /ˈɹɪ.ð(ə)m ænd bluːz/) (juga dieja rhythm 'n' blues), (bahasa Melayu: Ritma dan blues), atau R&B (juga ditulis R & B atau RnB kerana bunyinya sama), ialah sejenis genre Amerika pada 1940-an dan 1950-an. Muzik ini menggabungkan pengaruh gospel, blues dan jazz.

Rock alternatif

Rock alternatif (bahasa Inggeris: Alternative rock, juga dikenali sebagai muzik alternatif, rock indie, indie atau hanya alternatif) merupakan sebuah genre muzik rock yang terbit pada 1980-an dan popular secara meluas pada 1990-an. Nama "alternatif" dicipta pada tahun 1980 untuk menerangkan kugiran-kugiran punk rock yang tidak sesuai dengan genre punk rock pada masanya. Sebagai jenis muzik yang spesifik, rock alternatif mempunyai sub-aliran yang bervariasi, daripada muzik indie yang bermula pada tahun 1980 dan menjadi popular pada tahun 1990; seperti indie rock, grunge, gothic rock, dan college rock. Genre-genre tersebut diperkukuh dengan ciri khasnya masing-masing.

Walaupun muzik alternatif dikategorikan sebagai genre rock, tetapi beberapa sub-genrenya terpengaruh oleh muzik rakyat, reggae, musik elektronik, dan jazz. Pada masa tertentu, istilah rock alternatif digunakan untuk mennggelar muzik rock daripada kugiran bawah tanah pada tahun 1980-an, punk rock (termasuk punk), dan untuk muzik rock itu sendiri pada tahun 1990-an dan 2000-an.

Di Malaysia, tahun 2008 dikatakan sebagai kebangkitan muzik ini. Kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi menjadi popular pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kugiran seperti OAG telah lebih awal menjadi popular sejak akhir 1990-an.Istilah "alternatif" telah diberi bagi menjelaskan kugiran rock punk yang bebas dan tidak tergolong dalam genre muzik aliran utama masa itu. Sebagai sebuah genre muzik, rock alternatif mengandungi pelbagai subgenre yang muncul daripada arena muzik bebas pada 1980-an, seperti Grunge, Britpop, rock gothic, dan pop indie.

Senarai penyanyi Malaysia

Penyanyi adalah mereka yang menyampaikan lagu atau nyanyian dengan diiringi muzik. Terdapat beberapa jenis muzik daripada jenis tradisional, klasik, rock and roll, pop, alternatif, dan nasyid. Penyanyi boleh menyanyi secara solo ataupun secara berkumpulan.

Pada kebiasaannya, penyanyi di Malaysia akan bernaung di bawah beberapa syarikat penerbit rekod Malaysia untuk tujuan penerbitan dan pemasaran rekod yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, kebangkitan penyanyi and pemuzik bebas ('independent' atau 'indie') yang menggubah, menerbit dan memasarkan rekod mereka sendiri, sebagai alternatif daripada bernaung dengan kontrak syarikat rekod, semakin popular.

Seni Islam

Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah Islam. Ia termasuk bidang-bidang yang berbeza, antaranya seni bina, seni khat, lukisan, dan tembikar.

Biasanya tetapi bukan pada keseluruhannya, seni Islam menumpukan penggambaran corak dan seni khat Arab kerana ketakutan banyak orang Muslim bahawa penggambaran bentuk orang merupakan penyembahan berhala yang diharamkan di dalam al-Qur'an dan justera itu, melakukan dosa kepada Allah.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.