Gaza

Gaza (/ˈɡɑːzə/;[4] Bahasa Arab: غزةĠazzah, IPA: [ˈɣazza]; Azzah; Yunani Kuno: Γάζα), juga dikenali sebagai Kota Gaza, ialah kota Palestin yang terletak di Genting Gaza, dengan jumlah penduduk seramai 515,556 orang, sekali gus menjadikannya bandar terbesar dalam Negara Palestin. Diduduki manusia semenjak sekurang-kurangnya abd ke-15 SM,[5] Gaza dikuasai beberapa bangsa dan empayar sepanjang sejarahnya. Orang Philistine menjadikannya sebahagian daripada pentapolis mereka selepas pemerintahan orang Mesir Kuno selama 350 tahun.

Gaza
Transkripsi Other
 • Bahasa Arabغزة
 • Juga diejaGhazzah (rasmi)
Kota Gaza (tidak rasmi)
latar langit Gaza, 2007
latar langit Gaza, 2007
Logo rasmi Gaza

Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari takrif peta lokasi yang diperincikan: "Modul:Peta lokasi/data/wilayah-wilayah Palestin" tidak wujud.
Koordinat: 31°31′N 34°27′E / 31.517°N 34.450°E
GovernorateGaza
DiasaskanAbad ke-15 SM
Kerajaan
 • JenisKota (from 1994[1])
 • Ketua PerbandaranNizar Hijazi
Keluasan
 • KuasaTemplat:Infobox settlement/dunam
Penduduk
(2012)[3]
 • Kuasa515,556
Laman webwww.gaza-city.org

Rujukan

  1. ^ Palestine Facts Timeline Palestinian Academic Society for the Study of International Affairs
  2. ^ "Gaza City". Gaza Municipality. Diarkibkan daripada asal pada June 20, 2008. Dicapai 2009-02-16.
  3. ^ "Localities in Gaza Governorate by Type of Locality and Population Estimates, 2007-2016". Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS). Dicapai 2013-10-20.
  4. ^ The New Oxford Dictionary of English (1998), ISBN 0-19-861263-X, p. 761 "Gaza Strip /'gɑːzə/ a strip of territory in Palestine, on the SE Mediterranean coast including the town of Gaza...".
  5. ^ Gaza (Gaza Strip). International Dictionary of Historic Places. Fitzroy Dearborn Publishers. 1996. m/s. 287–290.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

17 Jamadilakhir

17 Jamadilakhir merupakan hari ke-167 dalam kalendar Hijriah.

18 Muharam

18 Muharam merupakan hari kelapan belas dalam kalendar Hijriah.

20 Muharam

20 Muharam merupakan hari ke dua puluh dalam kalendar Hijriah.

27 Disember

27 Disember merupakan hari ke-361 (hari ke-362 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 4 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini merupakan Hari St. Stephen dalam Kristian Timur.

29 Zulhijah

29 Zulhijah merupakan hari ke-359 dalam kalendar Hijriah.

6 Muharam

6 Muharam merupakan hari keenam dalam kalendar Hijriah.

Genting Gaza

Genting Gaza juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza (Bahasa Arab: قطاع غزة‎ Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, Bahasa Ibrani: רצועת עזה‎ Retzu'at 'Azza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Mediterranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).

Hamas

Hamas (bahasa Arab: حماس, singkatan حركة المقاومة الاسلامية Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin . Berikutan pilihanraya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.

Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.

Ismail Haniyeh

Ismail Haniyeh (kadang-kadang dieja Ismail Haniya), lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية) adalah pemimpin politik utama kumpulan / parti Hamas dan Perdana Menteri Semenanjung Gaza yang terkini dan pertama.

Konflik Israel-Palestin

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Hal ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Konflik Israel–Gaza 2008–2009

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (Bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה‎, Mivtza Oferet Yetzuka, Bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب‎ atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (Bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab..

Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006. Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mahmoud Abbas

Mahmoud Abbas (Bahasa Arab: محمود عباس‎, dikenali secara popular sebagai Abu Mazen, ابو مازن; lahir 26 Mac 1935) merupakan Presiden Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) sejak 15 Januari 2005.

Abbas adalah pemimpin politik utama dalam Fatah. Dia bermula sebagai Perdana Menteri Palestin pada Mac hingga Oktober 2003. Kemudian dia meletak jawatan kerana dituduh berkomplot dengan Israel dan Amerika Syarikat, dan Amerika Syarikat sendiri tidak memberi bantuan kepada kerajaan Palestin yang baru ditubuhkan.

Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin, beliau mengetuai Jabatan Perundingan PLO. Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh Hamas lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan Israel dan kuasa Barat.

Pada 15 Januari 2006 dia mengistihar bahawa walaupun Gaza tidak aman, dia tidak akan menukar tarikh pilihan raya (25 Januari), kecuali jika Israel memutuskan untuk menghalang rakyat Palestin di Jerusalem Timur dari mengundi .

Hamas memenangi majoriti undi dalam Majlis Perundangan Palestin dalam pilihan raya ini .

Abbas kemudiannya cuba merampas kuasa dengan memaksa Hamas menyerahkan senjata dan menangkap beberapa orang pemimpin Hamas. Hamas kemudiannya membuat kejutan dengan membuat serangan balas.

Pada 14 Julai 2007, Abbas telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan kabinetnya selepas Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza melalui serangan bersenjata. Beliau melantik Salam Fayyad (bebas) sebagai Perdana Menteri baru. Berikutan tindakan itu, Amerika Syarikat telah menghentikan sekatan bantuan kepada penduduk Palestin.

Kini Tebing Barat Palestin dikuasai Fatah melalui Pihak Berkuasa Palestin manakala Jalur Gaza dipegang oleh Hamas.

Mesir

Republik Arab Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Rantau Afrika Utara. Republik Arab Mesir bersempadan dengan Republik Arab Libbya Bersatu, Republik Arab Sudan, Semenanjung Gaza, negara Palestin, Israel, Laut Mediterranean serta Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km²), kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan sepanjang tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah.

Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Negara Palestin

Negara Palestin (Bahasa Arab: دولة فلسطين , Dawlat filastin), atau hanya Palestin ( فلسطين , filastin) ialah sebuah negara di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan. Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC, Liga Arab, NAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin. Deklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Dewan Negara (PNC) Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). .

Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 menunjuk PLO sebagai "wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang mendesak." PLO telah mempunyai status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sebagai "entiti non-negara" sejak 22 November 1974, yang memberikan hak untuk bercakap di Perhimpunan umum PBB tetapi tidak mempunyai hak suara. Selepas Deklarasi Kemerdekaan, Majelis Umum PBB secara rasmi "mengakui" proklamasi dan memilih untuk menggunakan sebutan "Palestin" bukan "Organisasi Pembebasan Palestin" ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara Palestin. Sejak tahun 1998, PLO diatur untuk duduk di Majelis Umum PBB segera setelah negara non-ahli dan sebelum semua pemerhati lain.

Pada tahun 1993, dalam Persetujuan Oslo, Israel mengakui pasukan perundingan PLO sebagai "mewakili rakyat Palestin", dengan ganjaran PLO mengakui hak Israel untuk wujud dalam damai, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap "kekerasan dan keganasan". Sementara Israel menduduki wilayah Palestin, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara: Pihak Berkuasa Palestin (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagian Tebing Barat dan Jalur Gaza . Pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Hamas membahagikan wilayah Palestin secara politik, dengan Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa Palestin rasmi, sementara Hamas telah menjamin kekuasaannya atas Jalur Gaza . Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih terbengkalai.

Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara Palestin. Banyak negara yang tidak mengakui Negara Palestin tetap mengakui PLO sebagai "wakil rakyat Palestin". Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara Palestin

Palestin

Palestin atau Negara Palestin (Bahasa Arab: فلسطين Falasṭīn, Bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria serta Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Wilayah Tebing Barat.

Di dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.

Pihak Berkuasa Palestin

Pihak Berkuasa Palestin (PBP atau PA; Bahasa Arab: السلطة الوطنية الفلسطينية‎ Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah) adalah sebuah badan sementara yang ditubuhkan untuk mentadbir Tebing Barat dan Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. PNA berkongsi kuasa dengan kerajaan Israel yang telah menawan Tebing Barat dan Genting Gaza semasa Perang Enam Hari 1967. Pada 2005, Israel telah berundur dari Genting Gaza dan memberi penguasaan penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994, menurut Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kerajaan Israel, sebagai satu badan sementara lima tahun, bagi menanti status akhir rundingan antara kedua pihak tersebut. Namun sehingga kini (2011), lebih 16 tahun selepas penubuhannya, status akhir masih berlum tercapai. Menurut Perjanjian Oslo, PBP diberikan kuasa terhadap isu berkaitan keselamatan dan orang awam di kawasan bandar (dirujuk sebagai "Kawasan A"), dan cuma kawalan orang awam di kawasan luar bandar ("Kawasan B"). Kawasan selebihnya di Palestin, termasuk petempatan Israel, kawasan lembah Jordan, dan jalan pirau di antara masyarakat Palestin, kekal berada dalam kawasan mutlak Israel ("Kawasan C"). Baitulmuqaddis Timur tidak termasuk dalam perjanjian ini.

Rampasan armada Gaza

Peristiwa rampasan armada Gaza, diberi nama kod Operasi Sea Breeze oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF), merupakan tindakan memecah masuk dan merampas enam kapal yang menganggotai Flotila Pembebasan Gaza pada 2010. Flotila yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dari Turki, cuma memecah masuk kepungan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan serta mengumpul bekalan ke dalam Genting Gaza. Enam kapal tersebut berkumpul dekat Cyprus, lalu bertolak pada 30 Mei 2010 dengan mengangkut 663 orang dari 37 negara. Pasukan komando Israel merampas kapal-kapal tersebut dalam kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean setelah flotila tersebut mengingkari tuntuan Israel agar barang muatannya diperiksa di pelabuhan Ashdod agar barang-barang yang dibenarkan oleh Israel dihantar melalui jalan darat.Para aktivis di atas kapal terbesar dalam armada ini, iaitu MV Mavi Marmara, bersemuka dengan angkatan khas Shayetet 13 yang menakik turun ke geladak kapal. Sembilan orang ahli IHH dibunuh oleh komando Israel, puluhan lagi cedera, dan ratusan yang lain ditahan. Sekurang-kurangnya tujuh komando turut tercedera. Askar Israel berkata mereka hanya mengacukan senjata sebaik sahaja nyawa mereka terancam, tetapi aktivis pula mendakwa bahawa IDF mula menembak ke arah kapal sebelum menaikinya.Peristiwa ini mencetuskan pelbagai reaksi antarabangsa, termasuk kecaman dari lembaga-lembaga supranasional dan NGO, dan juga tunjuk perasaan dan rusuhan di seluruh dunia. Majlis Keselamatan PBB mengutuk "tindakan-tindakan yang mengakibatkan kematian orang awam" itu, serta menyeru agar siasatan tanpa berat sebelah dijalankan terhadap serbuan itu, dan orang-orang awam dalam tahan Israel dibebaskan segera. Israel kemudian membalas hasratnya untuk membebaskan tahanan bukan rakyat Israel lalu menghantar mereka pulang ke negara masing-masing. Peristiwa ini turut mengeruhkan lagi hubungan antara Turki dan Israel yang sudah tegang.Isral menolak seruan PBB untuk siasatan antarabangsa terhadap kejadian ini. Sebaliknya, Israel telah membentuk sebuah suruhanjaya siasatan tempatan untuk menyiasat rampasan ini, diketuai oleh hakim Mahkamah Agung bersara Jacob Turkel dan disertai dua pemerhati antarabangsa yang tidak mengundi.

Syria

Syria (Bahasa Arab: سوريا‎ Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arab:الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk, kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi. Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.

Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden. Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria. nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.

Tebing Barat

Tebing Barat (bahasa Arab: الضفة الغربية, al-Ḍiffaṯ al-Gharbīyyaṯ, bahasa Ibrani: הגדה המערבית‎, Hagadah Hamaaravit) merupakan sebuah daerah tanpa pantai di kawasan Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.

Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.

Di sinilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.