Festival Filem Malaysia ke-24

Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) diadakan pada 16 hingga acara kemuncaknya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 November 2011. Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli bertindak sebagai pengarah FFM24. Astro menjadi penyiar rasmi FFM24.

42 filem dipertandingkan iaitu filem yang siap dihasilkan dari tempoh 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011.

Festival Filem Malaysia ke-24
FFM24logo01
Tarikh16 November - 20 November 2011
TempatPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
PengarahJurey Latiff Rosli
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikHikayat Merong Mahawangsa
Pengarah TerbaikSyamsul Yusof
Pelakon Lelaki TerbaikShaheizy Sam
Pelakon Wanita TerbaikEja
Liputan televisyen
RangkaianAstro Ria
Tempoh masa3 jam

Kategori

Terdapat 33 kategori. Kategori yang baru diwujudkan ialah:

  • Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu. Pemenang akan menerima wang tunai berjumlah RM20,000 serta trofi.
  • Pencapaian Sepanjang Hayat
  • Pilihan Penonton Astro.
  • Setiap pemenang 33 kategori itu akan mendapat trofi berserta wang tunai RM10,000
  • Filem Terbaik akan mendapat trofi dan wang tunai berjumlah RM25,000.

Senarai filem

Filem Syarikat Penerbitan
Hikayat Merong Mahawangsa KRU Studios
Karak KRU Studios
Karipap-Karipap Cinta Cinematic
Cun! Tayangan Unggul
Kongsi MIG
Tolong Awek Aku Pontianak Tayangan Unggul
Toyol Nakal Artistik Pictures
Senjakala Excellent Pictures
Penunggu Istana Grand Brilliance
Dilarang Masuk Cineworks
Seru Tayangan Unggul
Hanmania
Nur Kasih The Movie Grand Brilliance
Sumpahan Puaka Genius Parade
KL Gangster Skop Production
Khurafat Skop Production
...Dalam Botol Pengedaran J.A.S
Al-Hijab Empat Semudra Plantation
Rasuk White Merpati Entertainment
Momok Jangan Panggil Aku Galaksi Seni
Klip 3GP Grand Brilliance
Ratu The Movie Lineclear Motion Pictures
Raya Tak Jadi Lineclear Motion Pictures
Sekali Lagi MIG
Flat 3A MIG
3,2,1 Cinta MIG
Kembar Siang MIG
Libas MDAG Marketing
Sini Ada Hantu Astro Shaw
Double Vision
Hantu Kak Limah Balik Rumah Tayangan Unggul
Cuti-Cuti Cinta MIG
Damping Malam MIG
Senario Asam Garam MIG
Aku Masih Dara MIG
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 MIG
Aku Tak Bodoh Grand Brilliance
Janin Grand Brilliance
4 Madu Grand Brilliance
Mantra MIG
Ngangkung MIG
Bini-Biniku Gangster MIG
Hantu Bonceng Excellent Pictures
  • MIG Group menjadi syarikat filem yang paling banyak filem terbitanya bertanding pada pertandingan tahun ini, dengan 13 filem layak bertanding.

Acara

Dana daripada orang ramai akan disalurkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia dan Persatuan Wanita /Ibu Tunggal Global 1Malaysia.

Calon dan pemenang

Berikut ialah senarai calon yang bertanding[1] dan pemenang bagi setiap anugerah (ditebalkan dan berada di tangga atas setiap senarai):

Anugerah Perdana

Anugerah Perdana FFM24 dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC):

Filem Terbaik Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik
Penyunting Terbaik Sinematografi Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik Penataan Bunyi Terbaik
Pereka Kostum / Busana Terbaik Penataan Seni Terbaik

Anugerah Cipta

Acara

Anugerah Gemilang Cipta FFM24 diadakan di Panggung Anniversari pada malam Rabu, 16 November 2011, diacarakan oleh Linda Onn dan Halim Othman.[2] Malam penganugerahan tersebut diadakan di kawasan terbuka bagi menepati misi Merakyatkan Filem dengan Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana menjadi lokasi.

Persembahan pembukaan malam tersebut menarik perhatian dengan persembahan bercirikan 1Malaysia. Persembahan malam tersebut menampilkan penyanyi dari kaum Cina, India dan Melayu. Namun, persembahan tersebut menjadi kurang menarik apabila penyanyi wanita berbangsa India yang menyanyikan lagu dari filem Ali Setan, Wajah Rahsia Hati serta penyanyi Roy yang menyanyikan lagu ‘Khayalan’ terlupa lirik[3]. Persembahan pada malam tersebut diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah iringan Mirza Abdullah.

Kejutan

Pada malam penganugerahan tersebut, kejutan berlaku apabila calon pilihan, Khir Rahman, tewas pada Jurey Latiff Rosli untuk kategori Pengarah Harapan. Filem ...Dalam Botol, yang dikatakan terbaik akhirnya tewas pada malam tersebut. Rata - rata pemerhati filem berpendapat kekalahan filem tersebut kepada Libas besar kemungkinannya ada kaitan dengan cerita yang dipersembahkan iaitu mengenengahkan isu-isu sosial yang melibatkan penukaran jantina dan cinta sesama jenis[4].

Selain itu, filem bajet besar, Hikayat Merong Mahawangsa, berjaya menepati ramalan dengan menggondol 3 trofi pada malam tersebut[5].

Lagu Tema Terbaik Pengarah Harapan Terbaik
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Filem Animasi Terbaik
  • Altitude Alto  – Mushroomhead (Multimedia University)
    • Timun Mas - Tales of The Ages – Glue Studios
    • Perak Boy – triple Q Innovation Sdn. Bhd.
    • Siri Animasi Ke Zoo – Oscar Hallmark Sdn. Bhd.
    • Bawang Putih Bawang Merah – Glue Studios
Kesan Visual Terbaik[11] Poster Terbaik
Filem Pendek Terbaik Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
  • The Other One – Ng Ken Kin[12]
    • Bye-Bye Birdie – Akshdeep Singh al Hardial Singh
    • Hujan Panas – Wayang Works
    • Mayhem – Explosive Magic Sdn. Bhd.
    • Jacqueline And The Box – Gary Chong Khin Sin
  • Great Day – Woo Hoo Pictures Sdn. Bhd.[13]
    • Lelio Popo – At Films Sdn. Bhd.
    • The Loan Shark – Blackbox Pictures Sdn. Bhd
    • Homecoming – Double Vision Sdn. Bhd.
    • Nasi Lemak 2.0 – Prodigee Media Sdn. Bhd.

Jumlah Pencalonan & Kemenangan

  • Hikayat Merong Mahawangsa - 13 pencalonan, 8 kemenangan (termasuk Filem Terbaik)
  • Nur Kasih The Movie - 11 pencalonan
  • KL Gangster - 10 pencalonan, 6 kemenangan (termasuk Anugerah Khas Juri-Filem Box Office)
  • Cun! - 8 pencalonan, 2 kemenangan
  • Khurafat - 8 pencalonan
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah - 5 pencalonan
  • Kongsi - 4 pencalonan, 2 kemenangan (termasuk Anugerah Filem Pilihan Astro First)
  • Libas - 4 pencalonan, 2 kemenangan
  • Senjakala, ...Dalam Botol - 4 pencalonan
  • Janin - 3 pencalonan, 1 kemenangan
  • Sekali Lagi - 3 pencalonan, 1 kemenangan
  • Flat 3A - 3 pencalonan
  • Hantu Bonceng - 2 pencalonan, 1 kemenangan
  • Mantra, Bini-Biniku Gangster, Sumpahan Puaka, Karak, Al-Hijab - 2 pencalonan
  • Dilarang Masuk, Rasuk, Aku Bukan Tomboy, Damping Malam, Aku Tak Bodoh, Klip 3GP, Karipap-Karipap Cinta, Seru - 1 pencalonan

Kontroversi

Malam penganugerahan Malam Gemilang Cipta semalam, penerbit filem terkenal, Raja Azmi, secara tiba-tiba bangun dan meninggalkan acara dengan rasa tidak puas hati. Beliau seolah-olah tidak berpuas hati dengan kemenangan Jurey Latiff Rosli untuk kategori Pengarah Harapan pada malam tersebut. Dengan nada yang marah, beliau menyatakan bahawa beliau tidak faham dengan penjurian FFM 24 untuk kategori tersebut[14].

Bagi pemenang Pengarah Harapan FFM 24, Jurey Latiff Rosli, menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak terlibat dalam hal penjurian. Beliau hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai penganjur sahaja. Beliau menerima keputusan juri yang sebulat suara memilih pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan, termasuklah kategori yang beliau menangi itu[15].

Rujukan

  1. ^ http://yusufultraman.com/2011/11/senarai-penuh-finalis-ffm24-festival-filem-malaysia-ke-24/
  2. ^ Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24, Sensasi Selebriti, 16 November 2011. Dicapai pada 16 November 2011.
  3. ^ http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Corat_Coret_Malam_Anugerah_Gemilang_Cipta_FFM_24.html
  4. ^ http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Khir_Rahman_Tewas_Kejutan_Awal_FFM24.html
  5. ^ http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Ungguli_FFM_24.html
  6. ^ Sedetik Lebih oleh Anuar Zain di Youtube, Youtube
  7. ^ Psiko oleh One Nation Emcees, Youtube
  8. ^ Nur Kasih oleh Yasin & Tizz Zaqyah, Youtube
  9. ^ Cinta Itu Milik Kita oleh Dakmie, Youtube
  10. ^ Sini Ada Hantu oleh Chi Dr Kronik, Baki Zainal & Alvin Wong, Youtube
  11. ^ http://amyikram.blogspot.com/2011/11/10-anugerah-cipta-ffm24-2011-diumumkan.html
  12. ^ http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/11/keputusan-pemenang-anugerah-gemilang.html
  13. ^ http://amyikram.blogspot.com/2011/11/10-anugerah-cipta-ffm24-2011-diumumkan.html
  14. ^ http://diariartis.wordpress.com/2011/11/17/raja-azmi-berang-di-majlis-perasmian-ffm24-dan-bertindak-meninggalkan-majlis-tersebut/
  15. ^ http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Dosakah_Saya_Menang_Jurey_Latiff.html

Lihat

Pautan luar

Cun!

Cun! merupakan sebuah filem genre cinta, keluarga dan komedi yang diterbitkan pada 31 Mac 2011 di Malaysia.

Eja

Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja (dilahirkan pada 18 Januari 1972) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pengacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di RTM1 mengenai fesyen dan gaya hidup - Gaya, dan Ntv7 dalam rancangan You Asked For It, program maklumria (infotainment).

Fadzil Zahari

Fadzil Bahri bin Zahari (lahir 4 Ogos 1983) ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dan pemilik bersama syarikat Prokuya Studios.

Faezah Elai

Noor Faezah Md Elai (lebih dikenali dengan nama Faezah Elai; lahir 16 Ogos 1982) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berketurunan Punjab dan Thai, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang.

Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ianya merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ianya setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air. Festival Filem Malaysia ke-29 telah diadakan di Dewan Merdeka, PWTC pada 23 September 2017.

Hikayat Merong Mahawangsa (filem)

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia,Clash of the Empires untuk pasaran United Kingdom) ialah sebuah filem epik/sejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU). Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes, Datuk Haji Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

Filem ini merupakan filem tempatan kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang (RM 16.6 juta pada tahun 2004) dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja pada 25 Februari.Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-24 dengan 8 kemenangan dari 13 pencalonan (termasuk Filem Terbaik). Filem ini juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi di antara pemenang Filem Terbaik FFM iaitu sebanyak RM 6.50 Juta.

Intan Ladyana

Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).

KL Gangster

KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof (yang turut membintanginya). Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak, ia menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya, filem ini ditayangkan pada 9 Jun 2011.KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah setakat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017.

Khir Rahman

Khairulizam "Khir" Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1972) merupakan seorang pengarah, pelakon, penyanyi dan penulis skrip Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Azizah Mohamed. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol dan watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.

Klip 3GP

Klip 3GP merupakan sebuah filem aksi thriler seram misteri Malaysia 2011 arahan sulung Aidilfitri Mohamed Yunos terbitan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, MimiFly (One Nation Emcees), Tasha Shilla, dan Sara Ali dan dikeluarkan untuk tayangan umum pada 13 Oktober 2011. Filem ini membawa tema kegiatan masyarakat yang suka merakam aksi peribadi dalam telefon bimbit dan kegiatan peneyebaran video tersebut oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Kongsi (filem)

Kongsi merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2011 arahan Farid Kamil dan ditulis bersama oleh Farid dan adiknya Fadzil Zahari terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana Samsudin, ia menceritakan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak, yang datang ke Malaysia untuk mengucar-ngacirkan kumpulan kongsi gelap yang ada di Malaysia dan hubungan Tumulak dengan ASP Shariff. Filem ini ditayangkan pada 12 Mei 2011 dan telah mencipta rekod dengan mencatat kutipan RM 1.1 juta dalam masa 1 hari tayangan.

Nadiya Nisaa

Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin (dilahirkan pada 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie merupakan sebuah filem genre cereka yang mula ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2011 di Malaysia.

Sara Ali

Siti Sarah binti Hairi Ali atau lebih terkenal sebagai Sara Ali (lahir 11 Oktober 1990) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Batu Pahat, Johor. Sara telah membintangi beberapa drama TV termasuk Wasiat (2011), Bukan Bidadari (2012), Luluhnya Sebuah Ikrar (2013), Rubberband (2015) dan Split TV Series (2018) serta telah membintangi beberapa filem termasuk Penunggu Istana dan Songlap (2011), Sesuatu Yang Tertinggal (2012) dan Kami Histeria (2014).

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-14). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014), dan Polis EVO (2015-18). Selain berlakon filem, Sam telah muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Kasanova XXL (2009), Impak Maksima the Series (2009), Adnan Sempit the Series (2010-11), Kisah Cinta (2013), Aku Bukan Bimbo (2016) dan lain-lain lagi. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada 1998 dengan menganggotai kumpulan M.O.B sehingga pembubaran mereka.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, Sam telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Syamsul Yusof, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam televisyen, filem dan platform lain, termasuk dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan ke-23 (menerusi Evolusi KL Drift 2), serta memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, beliau turut memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Anugerah lain yang diraih oleh beliau termasuk Anugerah Shout!, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Lawak Warna. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Sidek Hussain

Sidek_Hussain merupakan pelakon drama (lebih 100 drama) dan filem di Malaysia dan sering diberi watak jahat . Sidek Hussain mula dikenali pada 1982 selepas membintangi filem Toyol sebagai pelakon utama yang melayakkannya bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM), diikuti filem Potret Maria, Rasuk, drama Berteduh di Pohon Rendang, Bagai Roda Pedati dan lain-lain. Filem lain ialah Kisah Seorang Biduan (1978), Potret Maria, Toyol (1982), Bintang Malam, Sumpah Semerah Padi dan Orang Minyak.

Pada 2011, Sidek menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 serta Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin. Tahun 1972 beliau berlakon drama Hujan Batu Di Rantau, arahan Roslee Jalil .

Teater pertama lakonannya ialah Anak Cucu Tamin pada 1976. Menerusi teater tersebut dia dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Pertandingan Drama Peringkat Wilayah Persekutuan. Sidek juga pernah menjadi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Teater Mati (1977) dan Raja Pengemis (1978). Teater terakhir lakonannya ialah Ronggeng Rokiah yang pernah dipentaskan di Istana Budaya.

Minatnya berlakon timbul apabila sering menonton filem-filem Tamil. Beliau akan pergi ke estet-estet untuk menonton filem Tamil. Filem Melayu hanya ditayang sebulan sekali di kawasan Hospital Kusta, Sungai Buloh. Dari situlah timbul minat berlakon. Beliau pernah belajar berlakon di Taman Budaya di bawah tunjuk ajar pengarah filem Othman Hafsham.

Sidek seangkatan dengan pelakon Abu Bakar Omar dan Razali Buyong. Skrip drama pertamanya, Lambaian diarah oleh Rashid Sibir.Beliau juga menulis skrip Luncai. Sidek juga pernah meminjamkan suaranya untuk alih suara siri kartun Ultraman di RTM (1972-1974). Sidek menjadi pelakon 100 buah drama dan pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada anugerah Sri Angkasa 1978 menerusi drama Menara Condong.

Sidek sibuk menguruskan perniagaan barangan antik dan terpakai di Memory Lane, Ipoh.

Soffi Jikan

Mohamad Shoffi bin Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

Zalif Sidek

Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek (lahir 1 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan lakonan di televisyen, filem dan iklan.

1980-an
1990-an
2000-an
2010-an

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.