Ferrari

Ferrari S.p.A. ialah pengeluar kereta sport Itali yang dihasilkan di Maranello, Itali. Ferrari diasaskan Enzo Ferrari pada 1929, sebagai Scuderia Ferrari, syarikat ini menaja pemandu kereta dan pengilang kereta lumba sebelum berpindah kepada penghasilan kenderaan jalanan yang sah sebagai Ferrari S.p.A. pada 1947.Sepanjang sejarahnya, syarikat ini telah terkenal dengan penyertaan berterusan dalam perlumbaan, terutamanya dalam Formula Satu, di mana ia telah mencapai kejayaan besar.Kereta Ferrari umumnya dilihat sebagai satu simbol kemewahan dan kekayaan.

Ferrari S.p.A.
Anak syarikat
IndustriAutomotif
Ditubuhkan13 September 1939; 77 tahun lalu di Modena, Italy
PengasasEnzo Ferrari
Ibu pejabatMaranello, Itali
Perancang utama
Luca di Montezemolo
Pengerusi
Piero Ferrari
Naib Pengerusi
Amedeo Felisa
CEO
KeluaranKereta sport
Hasil€3.105 billion (2016)
€595 million (2016)
€399 million (2016)
PemilikExor N.V. (22.91%)

Piero Ferrari (10.00%)

general public (67.09%)
Bilangan pekerja
3,115 (2016)
IndukFiat S.p.A.
Anak syarikatFerrari S.p.A. https://en.wikipedia.org/wiki/Scuderia_Ferrari
Laman sesawangFerrari.com

Sejarah

Enzo Ferrari pada mulanya tidak berminat dalam idea penghasilan kenderaan jalanan semasa beliau membentuk Scuderia Ferrari pada 1928. Scuderia Ferrari ditubuhkan unyuk menaja pemandu amatur dan beribu pejabat di Modena.

Ferrari 166MM Barchetta
166MM Barchetta 212/225

Kereta jalanan Ferrari pertama adalah 1947 125 S, dikuasakan oleh enjin 1.5 L V12.Enzo Ferrari dengan berat hati membina dan menjual kereta beliau untuk membiayai Scuderia Ferrari.Pada tahun 1988, sebelum meninggal dunia Enzo Ferrari telah melihat perlancaran F40 Ferrari,boleh dikatakan salah satu daripada supercars paling terkenal yang pernah dibuat.Dari 2002 hingga 2004, Ferrari memperkenalkan Enzo. Enzo adalah model Ferrari terpantas pada masa itu dan dinamakan Enzo sebagai penghormatan kepada pengasasnya, Enzo Ferrari.Ia pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan setia dan berulang, setiap dari sejumlah 399 yang dibuat (tolak 400 yang telah didermakan kepada Vatican untuk kebajikan) mempunyai tag harga $ 650.000 seunit.

Sukan Permotoran

LaudaNiki19760731Ferrari312T2
Ferrari 312T2 Formula One car driven by Niki Lauda

Sejak permulaan syarikat, Ferrari telah terlibat dalam sukan permotoran, bersaing dalam pelbagai kategori termasuk Formula Satu dan lain-lain acara sukan permotoran melalui Scuderia Ferrari.Mereka juga membekalkan kereta dan enjin kepada pasukan lain. AAC 1940 815 adalah kereta lumba pertama direka oleh Enzo Ferrari, walaupun ia tidak dilencanakan sebagai model Ferrari

Kenderaan Jalanan

Model Semasa

Ferrari 166 Inter Coupé Touring 1949
Ferrari 166 Inter Coupe Touring
California 458 Italia F12 Berlinetta FF
  • Grand tourer
  • V8 engine
  • Sports car
  • Mid engine V8
  • Grand tourer
  • V12 engine
  • Grand tourer
  • 4WD V12 shooting-brake
Ferrari California1 Ferrari 458 Italia in London 2012-03-07 Motorshow Geneva 4309 2011-03-04 Autosalon Genf 1369

Model kereta pertama Ferari ialah , Ferrari 125 S.Pada tahun 1949, Ferrari 166 Inter, langkah pertama syarikat ke dalam pasaran tur besar, yang terus membuat sebahagian besar jualan Ferrari hingga ke hari ini.

Supercars

Ferrari 250 GTO (1962) boleh dianggap yang pertama dalam baris model supercar Ferari, yang dilanjutkan kepada model Enzo dan model FXX.

Hal ehwal korporat

Perkongsian Teknikal

Ferrari mempunyai hubungan yang sudah lama terjalin dengan Shell.Ia adalah perkongsian teknikal dengan Ferrari dan Ducati untuk menguji serta bekalan bahan api dan minyak untuk Formula Satu, MotoGP dan pasukan perlumbaan Superbike Dunia. Sebagai contoh, Shell V-Power bahan api petrol premium telah dibangunkan dengan bertahun-tahun kepakaran teknikal di antara Shell dan Ferrari. Ferrari telah mempunyai perjanjian untuk membekalkan enjin Formula Satu beberapa pasukan lain selama bertahun-tahun, dan kini membekalkan untuk Scuderia Toro Rosso dan Sauber F1 Team

Sejarah Jualan

Jumlah anggaran Ferrari yang dibina dan dijual dalam sejarah syarikat keseluruhannya adalah kira-kira 130 000[1].

Year Sales to end customers (number of type-approved vehicles)
1 2 3 4 5 6 7
1999[2] 3,775  
2000[3] 4,070  
2001[4] 4,289  
2002[5] 4,236  
2003[6] 4,238  
2004[7] 4,975  
2005[8] 5,409  
2006[9] 5,671  
2007[10] 6,465  
2008[11] 6,587  
2009[12] 6,250  

Rujukan

  1. ^ http://www.ferraris-online.com/pages/article.php?reqart=SCM_200804_SS
  2. ^ Fiat Group 1999 Annual Report (PDF)
  3. ^ Fiat Group 2000 Annual Report (PDF)
  4. ^ Fiat Group 2001 Annual Report (PDF)
  5. ^ Fiat Group 2002 Annual Report (PDF)
  6. ^ Fiat Group 2003 Annual Report (PDF)
  7. ^ Fiat Group 2004 Annual Report (PDF)
  8. ^ Fiat Group 2005 Annual Report (PDF)
  9. ^ Fiat Group 2006 Annual Report (PDF)
  10. ^ Fiat Group 2007 Annual Report (PDF)
  11. ^ Fiat Group 2008 Annual Report (PDF)
  12. ^ Fiat Group 2009 Annual Report (PDF)
Felipe Massa

Felipe Massa (lahir 25 April 1981) ialah seorang pemandu Formula Satu Brazil, yang kini memandu untuk Ferrari. Massa memulakan kerjayanya dalam sukan go-kart pada umur lapan tahun dan bersaing dalam kejuaraan kebangsaan dan serantau selama tujuh tahun. Beliau kemudiannya bertanding dalam Formula Chevrolet dan memenangi kejuaraan tersebut. Beliau bertanding dalam kejuaraan Italian Formula Renault pada tahun 2000 dan memenangi gelaran tersebut bersama-sama dengan kejuaraan Eropah. Massa menyertai kejuaraan Euro Formula 3000 dan juga memenangi kejuaraan tersebut.

Massa memulakan kerjayanya dalam Formula Satu bersama pasukan Sauber, sebelum menyertai Ferrari sebagai pemandu ujian pada tahun 2003. Beliau kembali bersama Sauber, dan berlumba untuk mereka pada tahun 2004 dan 2005, sebelum menyertai Ferrari semula pada tahun 2006, di mana beliau memenangi dua perlumbaan, termasuk perlumbaan tuan rumahnya dan menjadi pemandu Brazil yang pertama sejak Ayrton Senna untuk memenangi Grand Prix Brazil. Massa memenangi tiga perlumbaan pada tahun 2007 dan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pemandu. Beliau mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Pemandu Dunia 2008 selepas bertarung dengan Lewis Hamilton untuk gelaran tersebut. Di Grand Prix Hungary 2009, Massa mengalami kecederaan selepas terkena spring ampaian dari kereta Brawn GP milik Rubens Barrichello. Massa gagal untuk berlumba dalam baki perlumbaan tahun tersebut, tetapi kembali semula pada tahun 2010. Prestasi Massa merudung pada tahun 2011 selepas gagal menaiki podium, tetapi terus konsisten dengan mengutip mata kejuaraan. Massa juga membantu Ferrari memenangi Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2007 dan 2008 dan beliau akan kekal bersama Scuderia Ferrari sehingga akhir musim 2013. Pada 10 September 2013, Massa mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Ferrari selepas tamatnya kejuaraan musim 2013.

Fernando Alonso

Fernando Alonso Díaz (lahir 29 Julai 1981 di Oviedo, Asturias, Sepanyol) ialah seorang pemandu Formula Satu dari Sepanyol, dan merupakan Juara Dunia sebanyak dua kali yang kini memandu untuk Scuderia Ferrari.

Alonso memulakan kerjayanya dalam sukan kart dari umur 3 tahun. Beliau memenangi tiga kejuaraan kart berturut-turut di Sepanyol dari tahun 1994 hingga 1997, dan menjadi juara dunia kart pada tahun 1996. Alonso membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada musim 2001 bersama Minardi, dan kemudiannya menyertai Renault sebagai pemandu ujian pada tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2003, Alonso menjadi pemandu pasukan tersebut. Pada 25 September 2005, beliau memenangi Kejuaraan Dunia Formula Satu pada usia 24 tahun dan 58 hari, dan pada masa itu beliau merupakan juara dunia yang paling muda dalam Formula Satu. Selepas mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2006, Alonso menjadi juara dunia sebanyak dua kali yang paling muda. Beliau menyertai McLaren pada 2007 sebelum menyertai semula Renault bagi musim 2008 dan 2009, dan pada tahun 2010, beliau menyertai Scuderia Ferrari.Alonso digelar sebagai El Nano, iaitu nama samaran yang biasa bagi Fernando di Asturias, iaitu tempat kelahirannya. Alonso juga menjadi Duta Muhibah untuk UNICEF. Alonso juga telah menjadi pemandu yang termuda untuk memenangi perlumbaan dari petak pertama dan Grand Prix, masing-masing di Grand Prix Malaysia 2003 dan Grand Prix Hungary 2003, sebelum kedua-dua rekod tersebut telah dipecahkan oleh Sebastian Vettel di Grand Prix Itali 2008.

Formula Satu musim 2002

Formula Satu musim 2002 merupakan musim Formula Satu FIA yang ke-53, dan musim ini dimenangi oleh Michael Schumacher, yang memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia ketiganya berturut-turut bersama Ferrari.

Formula Satu musim 2007

Formula Satu musim 2007 adalah kejohanan kereta lumba Formula Satu, dan merupakan musim Formula Satu yang ke-58. Ia bermula pada 18 Mac dan berakhir pada 21 Oktober selepas 17 perlumbaan. Kejohanan Pemandu tahun ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen. Beliau memenangi kejuaraan ini di Grand Prix Brazil dengan hanya satu mata lebih daripada pesaing utamanya, Lewis Hamilton. Räikkönen menjadi pemandu ketiga dari negara Finland untuk memenangi kejuaraan ini.

Grand Prix Australia 2007 merupakan perlumbaan yang pertama sejak Grand Prix Brazil 1986 di mana tiada pengeluar mengunakan enjin Cosworth.

Giancarlo Fisichella

Giancarlo Fisichella (lahir 14 Januari 1973 di Rom, Itali), juga dikenali sebagai Fisico, Giano atau Fisi, ialah seorang pemandu kereta lumba dari Itali. Beliau dahulunya bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Minardi, Jordan, Benetton, Sauber, Renault, Force India dan Ferrari. Kini beliau memandu untuk pasukan AF Corse dalam GT2 untuk pasukan Ferrari dalam pelbagai acara sukan bermotor. Beliau juga merupakan pemandu simpanan untuk pasukan Ferrari bagi musim 2010.

Fisichella mempunyai tiga orang anak, Carlotta, Christopher, dan Carolina. Beliau berkahwin dengan Luna Castellani. Mereka berkahwin pada 10 Oktober 2009.

Grand Prix Amerika Syarikat 2006

Grand Prix Amerika Syarikat 2006 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Indianapolis Motor Speedway di Indiana, Amerika Syarikat, pada 2 Julai 2006. Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 73 pusingan ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Michael Schumacher.

Grand Prix Bahrain 2007

Grand Prix Bahrain 2007 (nama rasmi: 2007 Gulf Air Bahrain Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 13 hingga 15 April. Ia merupakan perlumbaan ketiga bagi musim 2007. Perlumbaan ini diadakan di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir, Bahrain. Felipe Massa memenangi perlumbaan ini untuk Ferrari. Lewis Hamilton mencipta sejarah apabila beliau menamatkan ketiga-tiga perlumbaan pertamanya di atas podium.

Grand Prix China 2008

Grand Prix China 2008 adalah perlumbaan ke-17 Formula Satu musim 2008. Ia akan diadakan dari Oktober 17 hingga Oktober 19 di Litar Antarabangsa Shanghai, Shanghai

Grand Prix Eropah 2008

Grand Prix Eropah 2008 adalah perlumbaan ke-12 Formula Satu musim 2008. Ia akan diadakan dari Ogos 22 hingga Ogos 24 di Litar Jalan Valencia,Valencia.

Grand Prix Itali 2010

Grand Prix Itali 2010 (nama rasmi: LXXXI Gran Premio Santander d'Italia) ialah pusingan ke-14 Formula Satu musim 2010 yang diadakan di Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali pada 12 September 2010. Fernando Alonso dari pasukan Ferrari memenangi perlumbaan ini dari petak pertama untuk menggondol kemenangan pertama Ferrari di negara asalnya sejak tahun 2006.

Grand Prix Perancis 2007

Grand Prix Perancis 2007 (nama rasmi: XCIII Grand Prix de France) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 1 Julai 2007, di Circuit de Nevers Magny-Cours, Magny-Cours, Perancis. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 70 pusingan, dan merupakan perlumbaan kelapan dalam kalendar Formula Satu musim 2007, telah dimenangi oleh Kimi Räikkönen dari pasukan Ferrari. Rakan sepasukan Räikkönen, Felipe Massa, yang bermula dari petak pertama, mendapat tempat kedua manakala Lewis Hamilton, dari pasukan McLaren, mendapat tempat ketiga.

Grand Prix Perancis 2008

Grand Prix Perancis 2008 adalah perlumbaan ke-8 Formula Satu musim 2008. Ia akan diadakan dari 20 Jun hingga 22 Jun di Magny-Cours.

Grand Prix San Marino 2006

Grand Prix San Marino 2006 (nama rasmi: XXVI Gran Premio Foster's di San Marino) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Autodromo Enzo e Dino Ferrari di Imola, Itali pada 23 April 2006. Perlumbaan ini dipertandingkan sebanyak 62 pusingan, dan merupakan pusingan keempat dalam kejuaraan Formula Satu musim 2006, dan juga merupakan Grand Prix San Marino yang ke-26. Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Michael Schumacher, yang bermula dari petak pertama. Fernando Alonso mendapat tempat kedua untuk pasukan Renault, manakala Juan Pablo Montoya mendapat tempat ketiga untuk pasukan McLaren.

Ini merupakan kemenangan ketujuh Schumacher di Grand Prix San Marino. Sehingga kini, ini merupakan Grand Prix San Marino yang terakhir untuk diadakan dalam kalendar Formula Satu.

Grand Prix Sepanyol 2008

Grand Prix Sepanyol 2008 ialah perlumbaan keempat Formula Satu musim 2008. Ia diadakan pada 25 April hingga 27 April di Circuit de Catalunya, Barcelona.

Kimi Räikkönen

Kimi Matias Räikkönen (lahir 17 Oktober 1979) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Finland. Beliau kini bertanding dalam Formula Satu untuk Lotus. Selepas bertanding dalam Formula Satu untuk sembilan musim, di mana beliau memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 2007, beliau bertanding dalam Kejuaraan Rali Dunia pada tahun 2010-2011. Dahulunya, Räikkönen bertanding untuk pasukan Formula Satu Sauber, McLaren, dan Ferrari.

Michael Schumacher

Michael Schumacher (Tulisan Jawi: مايكل شوماخر; lahir 3 Januari 1969) ialah seorang bekas pemandu Formula Satu dari Jerman. Schumacher ialah Juara Dunia Formula Satu sebanyak tujuh kali dan dianggap sebagai salah seorang pemandu F1 yang terhebat. Beliau memegang pelbagai rekod dalam Formula Satu, termasuk kejuaraan terbanyak, pusingan terpantas, petak pertama, mata yang diperoleh dalam satu musim, dan kemenangan dalam satu musim, iaitu 13 buah kemenangan pada tahun 2004. Pada tahun 2002, beliau mendapat podium untuk kesemua perlumbaan, dan kemudiannya memecahkan rekod untuk podium terbanyak berturut-turut. Menurut laman sesawang rasmi Formula Satu, beliau "secara statistiknya merupakan pemandu terhebat dalam sukan yang pernah dilihat".Selepas bermula dalam sukan kart, Schumacher memenangi kejuaraan pemandu Jerman dalam Formula König dan Formula Three, sebelum menyertai Mercedes dalam World Sportscar Championship. Selepas berlumba dalam satu perlumbaan untuk pasukan Formula Satu Jordan, beliau menyertai Benetton Formula pada tahun 1991. Selepas memenangi dua kejuaraan berturut-turut bersama Benetton pada tahun 1994/5, Schumacher menyertai Ferrari pada tahun 1996 dan memenangi lima gelaran pemandu berturut-turut bersama mereka, dari tahun 2000 hingga 2004. Schumacher bersara dari Formula Satu pada tahun 2006 dan kekal bersama mereka sebagai penasihat. Schumacher bersetuju untuk kembali bersama Ferrari pada pertengahan musim 2009 sebagai pengganti Felipe Massa yang mengalami kecederaan yang teruk, tetapi tidak dapat melakukan demikian kerana mengalami kecederaan leher. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk memandu bersama pasukan Mercedes GP yang baru, bermula pada tahun 2010.Kerjaya Schumacher tidak asing lagi daripada kontroversi. Beliau terlibat dalam dua kemalangan pada perlumbaan akhir musim yang menentukan keputusan kejuaraan dunia, dengan Damon Hill pada tahun 1994 di Adelaide, dan dengan Jacques Villeneuve pada tahun 1997 di Jerez. Schumacher merupakan duta dan jurucakap bagi UNESCO untuk keselamatan pemandu di jalan raya. Beliau juga menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada badan amal. Michael dan adiknya, Ralf Schumacher, ialah satu-satunya adik beradik dalam Formula Satu untuk memenangi sebuah perlumbaan dalam Formula Satu, dan mereka adalah adik beradik yang pertama untuk mendapat keputusan 1-2 dalam perlumbaan yang sama, di Montreal pada tahun 2001. Kedua-dua adik-beradik ini mengulangi pencapaian ini empat kali lagi (Grand Prix Perancis 2001, Grand Prix Brazil 2002, Grand Prix Kanada 2003 dan Grand Prix Jepun 2004).

Sauber

Sauber F1 Team merupakan sebuah pasukan Formula Satu yang bertanding sejak tahun 1993.

Scuderia Ferrari

Scuderia Ferrari ialah sebuah adalah pasukan Formula Satu. Pasukan ini kini hanya bersaing dalam Formula Satu tetapi telah bersaing dalam pelbagai sukan permotoran yang lain sejak penubuhannya pada tahun 1929, termasuk kereta lumba sport.

Pasukan ini ditubuhkan oleh Enzo Ferrari. Ferrari adalah pasukan yang tertua yang masih bersaing dalam perlumbaan Grand Prix. Ferraru bersaing sejak tahun 1932 dan merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Formula Satu. Ferrari memegang 15 rekod Kejuaraan Pemandu dan 16 Kejuaraan Pengeluar

Alberto Ascari, Juan Manuel Fangio, Mike Hawthorn, Phil Hill, John Surtees, Niki Lauda, Jody Scheckter, Michael Schumacher dan Kimi Räikkönen telah memenangi kejuaraan pemandu dengan berlumba dengan Ferrari. Pemandu semasa pasukan ialah Fernando Alonso and Felipe Massa.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.