Fernando II dari Aragón

Ferdinand II dari Aragon atau Ferdinand Si Katolik [1] (10 Mac 1452 – 23 Januari 1516) adalah Raja Aragon (1479–1516, sebagai Ferdinand II), Sicily (1468–1516), Naples (1504–1516), Valencia, Sardinia, dan Navarre, Count Barcelona, jure uxoris Raja bagi Castile (1474-1504, sebagai Ferdinand V) dan pemangku raja bagi negara bermula pada 1508 sehingga kematian beliau, bagi pihak anak perempuan beliau yang kurang siuman Joanna Si Gila.

Ferdinand II & V
Michel Sittow 004
Raja Aragon, Sicily, Naples, dan Valencia
Pemerintahan20 Januari 1479 - 23 Januari 1516
Didahului olehJohn II
Diikuti olehJoanna dan Charles I
Raja Castile dan Léon
Pemerintahan1474 - 1504
Didahului olehHenry IV
Diikuti olehJoanna dan Philip I
Raja bersamaIsabella I
PemakamanCapilla Real, Granada, Sepanyol
PasanganIsabella I dari Castile
Germaine dari Foix
AnakandaIsabella, Ratu Portugal
John, Putera Asturias
Joanna dari Castile
Maria, Ratu Portugal
Catherine, Ratu England
KerabatKerabat Trastámara
AyahandaJohn II dari Aragon
BondaJuana Enríquez
Tandatangan
Tandatangan Ferdinand II & V

Rujukan

  1. ^ Bahasa Sepanyol: Fernando II de Aragón y V de "el Católico", Bahasa Catalan: Ferran II d'Aragó "el Catòlic", Bahasa Aragon: Ferrando II d'Aragón "lo Catolico"

Pautan luar

Fernando II dari Aragón
Kerabat Trastámara
Tarikh keputeraan: 10 Mac 1452 Tarikh kemangkatan: 23 Jun 1516
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
John II
Raja Aragon, Valencia, dan Majorca,
Count Barcelona

1479–1516
Diikuti oleh:
Joanna Si Gila dan
Maharaja Charles V
Raja Sicily
1468–1516
Didahului oleh
Louis XII dari Perancis
Raja Naples
1504–1516
Didahului oleh
Catherine dan John III
Raja Navarre Hulu
1474-1504
Bergabung dalam Kemahkotaan Castile
Didahului oleh
Henry IV
Raja Castile dan León
1474–1504
bersama Isabella I
Diikuti oleh:
Joanna dan Philip I
Gelaran dakwaan
Didahului oleh
Andreas Palaiologos
* TIDAK MEMERINTAH *
Maharaja Byzantine
dengan Isabella I

(1502-1516)
* Alasan untuk Kegagalan Pewarisan: *
Kejatuhan Constantinople membawa kepada
penaklukkan Uthmaniyyah ke atas Empayar Byzantine 
Diikuti oleh:
Charles V, Maharaja Suci Rom

Templat:Infantes of Aragon

19 Oktober

19 Oktober merupakan hari ke-292 (hari ke-293 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 73 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Perlembagaan di Niue (1974)

Hari Ibu Teresa di Albania.

Alfonso de Albuquerque

Alfonso de Albuquerque, juga dikenali sebagai Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453–16 Disember 1515), ialah seorang laksamana tentera laut, penjajah, negarawan dan pengembang Empayar Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.

Alfonso meneruskan rancangan Portugis iaitu menentang Islam, menyebarkan agama Kristian, dan merampas perdagangan rempah dengan mentadbirkan kuasa Portugis di Asia. Antara beberapa perkara yang beliau pernah lakukan ialah: beliau pernah menakluk pulau Goa, merupakan orang Eropah dari Zaman Pembaharuan pertama yang menjarah Teluk Parsi, dan beliau mengetuai pelayaran Eropah pertama ke Laut Merah. Kerja-kerja ketenteraan dan pentadbiran beliau memainkan peranan penting dalam pengasasan dan pengukuhan Empayar Portugis di Asia Timur, Asia Barat, dan haluan rempah di Oceania timur.Alfonso amat mahir dalam bidang perang dan pembentukan perancangan perang—beliau pernah cuba untuk menutup semua haluan laut dari Lautan Hindi ke Lautan Atlantik, Laut Merah, Teluk Parsi, dan Lautan Teduh, yang membentuk sebuah mare clausum (laut tertutup) di bawah kawalan Portugis untuk menentang Empayar Uthmaniyah, puak Islam dan juga puak Hindu. Semasa mengembangkan Empayar Portugal, Alfonso cetuskan sebuah pertempuran yang dinamakan Perang Uthmaniyah–Portugal, yang berlangsung selama bertahun-tahun. Banyak pertikaian dan pertengkaran Uthmaniyah–Portugal terjadi di Lautan Hindi, di Teluk Parsi untuk dapat kawalan haluan perdagangan rempah, dan di persisiran India. Kehebatan beliau dalam bidang perang dan kempen-kempen menentang Kerajaan Uthmaniyah dan lain-lain menyebabkan Portugal menjadi empayar raya pertama di dunia. Beliau pernah mengalahkan tentera darat dan laut yang lebih hebat daripada beliau. Contohnya, penaklukan Hormuz pada tahun 1507 menentang pihak Parsi berjaya dengan tujuh buah kapal armada. Beliau juga merupakan individu utama dalam peristiwa penaklukan Goa pada tahun 1510 dan penaklukan Melaka pada tahun 1511. Beliau dilantik sebagai laksamana Lautan Hindi, dan ketua "pelayaran laut Arab dan Parsi" pada 1506.Dalam lima tahun terakhir hayatnya beliau bertugas dalam bidang pentadbiran, dan sebagai gabenor kedua India Portugis, beliau memanjangkan hayat empayar Portugis. Beliau mengetuai perdagangan antara Eropah dengan China Ming bersama utusan Rafael Perestrello, dengan Siam bersama utusan Duarte Fernandes, dan dengan Timor, menerusi Malaysia dan Indonesia dalam pelayaran yang diketuai oleh António de Abreu dan Francisco Serrão. Beliau juga bantu dalam hubungan diplomatik dengan Habsyah dengan mengutuskan paderi João Gomes dan João Sanches, dan mentadbirkan hubungan diplomatik dengan Parsi, semasa Wangsa Safawiyah.Beliau digelari sebagai "yang Keji", "yang Agung", "Kaisar Timur", "Singa Samudera", dan "Dewa Perang Portugal". Kini, beliau dipandang benci oleh masyarakat Melayu dan Islam atas pendalangan beliau dalam kejatuhan Kesultanan Melaka, cubaan mengambil jasad Nabi Muhammad sebagai tebusan dan banyak lagi.

Isabel I dari Castilla

Isabel I dari Castilla, juga dikenali sebagai Isabella I dari Castile (22 April 1451 di Ávila – 26 November 1504 di Valladolid) adalah Ratu Castile dan León. Suaminya adalah Fernando II dari Aragón (Ferdinand II dari Aragon) yang dinikahinya pada 19 Oktober 1469. Pernikahan ini menandakan bersatunya Takhta Castile dan Aragon, mengawali penyatuan Sepanyol secara politik kelak oleh cucu mereka Carlos I dari Sepanyol (juga Maharaja Rom Suci), serta mengawali masa keemasan Sepanyol.

Paus Alexander VI memberikan gelaran "Raja Katolik" (Sepanyol: los Reyes Católicos) kepada Fernando dan Isabel, dan menyebabkan beliau juga dikenali sebagai Isabel la Católica atau "Isabel si Katolik".

Kejadian-kejadian penting dalam masa pemerintahannya adalah dengan menyelesaikan Reconquista dengan mengalahkan Sultan Granada Muhammad XII (Sultan Boabdil), penjelajahan Christopher Columbus, serta pengusiran umat Islam dan Yahudi dari Sepanyol (lihat Pasitan Sepanyol). Ketiga-tiga peristiwa ini terjadi pada tahun 1492.

Monarki Sepanyol

Monarki Sepanyol (Bahasa Bahasa Sepanyol: Monarquía de España, dikenali juga sebagai la Corona atau Monarquía Hispánica, adalah sejenis institusi berperlembagaan bagi negara Sepanyol.

Pemberontakan Alpujarras (1499-1501)

Pemberontakan Alpujarras (1499-1501) merupakan siri-siri pemberontakan oleh penduduk Muslim di Kerajaan Granada, Kemahkotaan Castilla terhadap penguasa Katolik mereka. Pemberontakan ini bermula pada tahun 1499 di bandar Granada sebagai tindak balas kepada pemaksaan agama Katolik kepada mereka. Pemaksaan ini dianggap sebagai pelanggaran Perjanjian Granada (1491).. Pemberontakan di bandar itu segera tamat, tetapi diikuti oleh pemberontakan yang lebih serius di wilayah pergunungan Alpujarra. Tentera Katolik, dalam beberapa kesempatan dipimpin langsung oleh Raja Fernando II, berhasil mematahkan pemberontakan dan memberi hukuman berat terhadap penduduk Muslim.Penguasa Katolik menggunakan pemberontakan ini sebagai justifikasi untuk menghapuskan Perjanjian Granada dan hak-hak umat Islam yang dijamin oleh perjanjian itu. Semua umat Islam di Granada kemudiannya dikehendaki untuk beralih kepada agama Katolik atau diusir.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.