Felidae

Felidae ialah famili biologi kucing; ahlinya digelar felid. Semua felid merupakan karnivor dalam order Carnivora. Felid yang paling biasa ialah kucing biasa, ahli lain ialah termasuklah semua kucing liar termasuk kucing besar.

Felid[1]
Julat zaman: Akhir Oligosen hingga Kini
Tiger-zoologie.de0001 22
Harimau (Panthera tigris)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
G. Fischer de Waldheim, 1817
Subfamili

Felinae
Pantherinae
†Machairodontinae
†Proailurinae[2]

Rujukan

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 532–548. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  2. ^ McKenna, Malcolm C. (2000-02-15). Classification of Mammals. Columbia University Press. m/s. 631. ISBN 978-0231110136. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
Caniformia

Caniformia, atau Canoidea (secara harfiah "keanjiangan"), ialah suborder dalam order Carnivora. Haiwan ini biasanya mempunyai muncung panjang dan kuku tidak boleh sentut (tidak seperti karnivor kekucingan, Feliformia).

Canis

Canis atau genus anjing ialah satu genus yang mengandungi tujuh hingga 10 spesies ekstan, termasuk anjing bela jinak, serigala, koyote, dan jakal, dan banyak spesies pupus.

Carnivora

Order Carnivora (dari bahasa Latin: carō (kata dasar carn-) "daging", + vorāre "melahap") merangkumi lebih 260 spesies mamalia plasenta. Spesies-spesies yang menganggotai order ini secara tepatnya dipanggil karnivora, manakala istilah "karnivor" sebenarnya memaksudkan mana-mana haiwan yang maging (pemakan daging), termasuk bukan mamalia. Karnivora ialah order yang paling berbagai-bagai saiznya, dari Wesel Kecil (Mustela nivalis) yang sekecil 25 gram (0.88 oz) dan 11 sentimeter (4.3 in), hingga Beruang Kutub (Ursus maritimus) yang seberat 1,000 kilogram (2,200 lb), hingga ke Anjing Laut Gajah Selatan (Mirounga leonina) yang dewasa jantannya mencapai berat 5,000 kilogram (11,000 lb) dan panjang 6.9 meter (23 ka).

Hampir semua karnivora menjadikan daging sebagai makanan utama. Sesetengah famili seperti kucing, anjing, dan wesel hanya memakan daging, manakala famili lain seperti rakun dan beruang lebih cenderung kepada omnivor, bergantung pada persekitaran habitatnya. Panda Gergasi hampir herbivor sepenuhnya tetapi sekali-sekala memakan ikan, telur dan serangga, jauh berlawanan dengan Beruang Kutub yang hanya memakan daging kerana habitatnya ketandusan tumbuh-tumbuhan. Karnivora memiliki gigi, cakar, dan penglihatan dwimata yang sesuai untuk menangkap dan memakan haiwan lain. Sebilangan besar spesies karnivor memburu secara berkumpulan agar mudah mengatasi mangsa yang lebih besar.

Karnivora dipercayai mula berevolusi dari famili Miacidae di Amerika Utara kira-kira 42 juta tahun dahulu, kemudian berpecah menjadi dua kelompok iaitu seakan kucing (Feliformia) dan seakan anjing (Caniformia).

Citah

Citah (Acinonyx jubatus) ialah haiwan daripada keluarga kucing besar yang hidup di Afrika. Citah ialah haiwan darat terpantas dan dapat berlari antara 112 sehingga 120 kilometer per jam dalam jarak 460 m. Tidak seperti kucing lain, citah tidak berapa pandai memanjat.

Distemper anjing

Distemper kanin ialah penyakit virus yang menjejaskan haiwan dalam keluarga Canidae, Mustelidae, Mephitidae, Hyaenidae, Ailuridae, Procyonidae, Pinnipedia, sesetengah Viverridae dan Felidae (tidak termasuk kucing bela jinak; distemper felin atau panleukopenia ialah satu virus berlainan eksklusif terhadap kucing).

Feliformia

Feliformia (juga Feloidea) ialah nama bagi satu suborder dalam order Carnivora yang terdiri daripada karnivoran "kekucingan", termasuk kucing (besar dan kecil), dubuk, cerpelai, musang, dan takson-takson berkaitan. Feliformia berlawanan dengan suborder lagi satu dalam Carnivora, iaitu Caniformia (karnivoran "keanjingan").

Pemisahan Carnivora kepada kelompok-kelompok luas feliform dan caniform diterima secara meluas, seperti pentakrifan Feliformia dan Caniformia sebagai suborder (kadang-kadang superkeluarga). Pengelasan feliform sebagai sebahagian daripada suborder Feliformia atau di bawah kelompok terpisah terus mengalami evolusi.

Pengelasan sistematik yang menguruskan hanya takson ekstan menyertakan semua feliform ke dalam suborder Feliformia, walaupun variasi wujud dalam pentakrifan dan pengelompokan keluarga dan genus. Filogeni molekul mencadangkan bahawa semua Feliformia ekstan adalah monofiletik.Keluarga-keluarga ektan seperti yang tercermin dalam carta takson di sebelah kanan dan perbincangan dalam rencana ini mencerminkan pandangan paling terkini dan tersokong dengan baik (sewaktu penulisan rencana).

Pengelasan sistematik yang menguruskan kedua-dua takson ekstan dan pupus lebih berbeza-beza dengan meluas. Sesetengah memisahkan feliform (ekstan dan pupus) seperti berikut: Aeluroidea (superkeluarga) dan Feliformia (suborder). Yang lain pula menyertakan semua feliform (ekstan, pupus, dan "leluhur mungkin") ke dalam suborder Feliformia. Kajian-kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa penyertaan "leluhur mungkin" ke dalam Feliformia (atau juga Carnivora) mungkin palsu. Keluarga-keluarga yang pupus (†) seperti yang tercermin dalam carta takson merupakan yang paling kurang bermasalah dari segi hubungan dengan feliform ekstan (yang paling bermasalah merupakan Nimravidae).

Felinae

Felinae atau subkeluarga kucing ialah satu subkeluarga keluarga Felidae, yang termasuk genus dan spesies tersenarai di bawah. Kebanyakannya ialah kucing bersaiz kecil hingga sederhana, tetapi kumpulan ini juga menyertakan sesetengah haiwan lebih besar, seperti kugar dan citah. Rekod terawal Felinae dianggap sebagai Felis attica dari hujung Miosen, 9 juta tahun lalu (Mya), dari Eurasia barat.

Felis

Felis atau genus kucing ialah satu genus kucing dalam keluarga Felidae, termasuk kucing bela jinak biasa dan kerabat liar terdekatnya. Spesies liarnya tertabur secara meluas di seluruh Eropah, Asia selatan dan tengah, dan Afrika; kucing bela jinak telah diperkenalkan di seluruh dunia.

Harimau Bintang

Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.

Harimau dahan

Harimau Dahan atau harimau akar (bahasa Inggeris:Clouded leopard), nama saintifiknya Neofelis nebulosa, adalah sejenis kucing besar dijumpai dari kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara hingga ke China, dan diklasifikasikan sebagai terancam pada 2008 oleh IUCN. Jumlah saiz populasinya mungkin kurang daripada 10,000 individu matang, dengan trend populasi yang menurun dan tiada satu populasi berjumlah lebih daripada 1,000 dewasa.

Kucing Geoffroy

Kucing Geoffroy atau nama saintifiknya Oncifelis geoffroyi merupakan sejenis haiwan yang terdapat di Asia Tenggara.

Di Malaysia ia merupakan sejenis haiwan yang dilindungi di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808.

Kucing pasir

Kucing pasir (Felis margarita), juga dikenali sebagai sand cat dan sand dune cat, merupakan satu-satunya felidae yang sebahagian besarnya dijumpai di padang pasir. Kucing ini mempunyai taburan yang meluas dan dipisahkan oleh padang pasir Afrika Utara, Asia Barat, dan Asia Tengah. Sejak 2002, kucing yang bersaiz kecil telah disenaraikan dalam kategori Hampir terancam oleh IUCN berikutan kebimbangan atas saiz populasinya yang rendah dan semakin menurun.

Musang buah

Musang buah, lingsang, atau coreng (di Pattani; Prionodon) ialah satu genus yang merangkumi dua spesies yang asli di Asia Tenggara: musang buah berjalur (Prionodon linsang) dan musang buah berbintik (Prionodon pardicolor). Prionodon dianggap basal kepada Feliformia dan sebagai satu takson saudara bagi Felidae.

Panthera

Panthera ialah satu genus dalam famili Felidae (kucing), yang merangkumi empat spesies hidup yang dikenali ramai, iaitu harimau, singa, jaguar, dan harimau bintang. Genus ini meliputi separuh daripada subfamili Pantherinae, iaitu kucing besar.

Menurut kamus American Heritage Dictionary, asal usul perkataan Panthera tidak jelas lagi. Ramai yang percaya bahawa istilah itu berasal dari bahasa Yunani, iaitu awalan pan- ("segala") digabungkan dengan perkataan thēr ("makhluk pemangsa") kerana haiwan-haiwan berkenaan dikatakan boleh memburu dan membunuh apa-apa sahaja. Istilah Yunani πάνθηρ, pánthēr, bermaksud segala haiwan Felidae yang berbunga secara amnya. Ada juga yang percaya bahawa panthera berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu bererti "haiwan kekuningan" atau "kuning keputihan".

Puma

Puma, kugar atau singa gunung adalah sejenis haiwan menyerupai singa betina atau kucing, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor pan­jang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan. Nama saintifiknya ialah Puma concolor.

Serval

Serval, Leptailurus serval, ialah kucing liar Afrika bersaiz sederhana. Analisis DNA molekul moden menunjukkan bahawa serval mengekalkan keturunan uniknya tersendiri diwarisi daripada nenek moyang keluarga kucing seperti singa, dan walaupun serval berkongsi ciri-ciri dengan citah, sebenarnya citah yang mungkin berasal daripada serval purba. Kajian DNA sama telah menunjukkan Kucing Tulap Afrika dan caracal adalah bersaudara dekat dengan serval.

Singa

Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10–14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh. Singa dalam tawanan mampu hidup menjangkau 20 tahun. Singa lazimnya hidup di kawasan savana dan padang rumput, bahkan juga di belukar dan hutan. Singa jauh lebih gemar bersosial (hidup berkawanan) berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada betina-betina bersaudara dan anak-anak serta segelintir jantan dewasa. Singa betina sering memburu secara berkumpulan, rata-ratanya memangsakan haiwan maun ungulat. Singa bukan sahaja merupakan pemangsa terulung, bahkan juga mahir sebagai pebangkai yang memperoleh 50 peratus bekalan makanan dengan mencari bangkai sebaik peluang yang ada. Diketahui bahawa singa memburu manusia tetapi itu bukan tabii. Singa merupakan haiwan nokturnal yang gemar tidur pada waktu siang dan bergiat pada waktu malam, lebih-lebih lagi waktu senja (krepuskul).Singa jantan menonjol sekali rupanya dengan surai yang lebat, bahkan wajah singa jantan adalah simbol haiwan yang paling umum dikenali dalam budaya manusia, Wujudnya gambaran singa mulai usia Paleolitik Akhir dengan ukiran dan lukisan dari gua-gua Lascaux dan Chauvet di Perancis sejak 17,000 tahun dahulu, melalui hampir semua budaya zaman kuno dan pertengahan yang pernah mengenali singa. Singa digambarkan secara meluas dalam bentuk arca, lukisan, bendera, mahupun filem dan sastera moden. Singa dibela dalam kurungan sejak zaman Empayar Rom, malah dijadikan spesies yang "wajib" dipamerkan di zoo seluruh dunia sejak akhir abad ke-18. Taman-taman haiwan seluruh dunia bekerjasama mengadakan program pembiakan untuk singa Asia yang terancam.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.