Eropah Barat

Eropah Barat pada maksudnya yang paling umum bermaksud 'semua negara di Barat Eropah'. Konsep pada berlainan masa mempunyai berbagai makna, suatu masa termasuk pertimbangan politikal dan kebudayaan baik juga geografikal.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pautan luar

1930-an

Dekad 1930-an merupakan tahun-tahun dari 1930 hingga 1939, iaitu antara 30 Rejab 1348 hingga 19 Zulkaedah 1358.

Dekad ini diperihalkan sebagai peralihan mendadak gaya hidup kepada yang lebih radikal, semasa negara-negara berjuang untuk mencari penyelesaian terhadap Zaman Meleset yang melanda seluruh dunia.

Di Australia, dekad ini dikenali sebagai "30-an yang Kotor". Di Eropah Barat, Australia, dan Amerika Syarikat, pembaharuan yang lebih progresif berlaku, berbanding langkah-langkah yang keterlaluan di tempat-tempat lain.

Program "New Deal" yang dibawakan Roosevelt cuba menggunakan perbelanjaan kerajaan untuk memerangi pengangguran berskala besar dan pertumbuhan yang sangat negatif. Akhirnya, permulaan Perang Dunia II pada tahun 1939 adalah kejadian yang benar-benar menamatkan kemelesetan.

8 November

8 November merupakan hari ke-312 (hari ke-313 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 53 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari St. Demetrius (Gereja Qibti dan Gereja Ortodoks Serbia).

Asia Barat

Asia Barat, Barat Asia, Asia Barat Daya atau Barat Daya Asia adalah istilah yang memperincikan bahagian paling barat di benua Asia. Ia bersempadan dengan Timur Tengah - yang mana memperincikan kedudukan geografi dalam hubungan dengan Eropah Barat dan bukannya kedudukan di dalam Asia. Di sebabkan pemikiran Eurosentrisme, pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu, menggantikan Timur Tengah dan Timur Dekat dengan istilah Asia Barat. Kawasan ini dan benua Eropah secara kolektifnya dirujuk sebagai Eurasia Barat.

Bahasa Belanda

Bahasa Belanda ( Nederlands ) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).

Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.

Belgium

Belgium (Bahasa Belanda: België; Bahasa Perancis: Belgique; Bahasa Jerman: Belgien), ataupun nama rasminya Kerajaan Belgium, ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU); ibu pejabat EU terletak di Brussels, ibu negara Belgium. Selain itu, Belgium juga ahli NATO. Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk.

Belgium juga merupakan negara yang berbilang bahasa. Penduduk negara ini menutur kira-kira tiga bahasa iaitu, bahasa Belanda, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Majoriti masyarakat berketurunan Flemish menggunakan bahasa Belanda.

Eropah

Eropah (Tulisan Jawi: ايروڤه; bahasa Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10, 400, 000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666, 498, 000 (iaitu satu pertujuh populasi dunia). Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Eropah Timur

Eropah Timur masih samar ertinya, mungkin sekali merupakan suatu kawasan geopolitik yang dipengaruhi Perang Dingin dalam sejarah moden. Bagi sesetengah pihak, sempadannya ditentukan lebih melalui budaya berbanding geografi nyata. Sepanjang sejarah hingga masa kini, Eropah Timur dibezakan dari Eropah Barat dan rantau-rantau lain berasaskan faktor-faktor kebudayaan, keagamaan, ekonomi, dan sejarah. Meskipun diketengahkan ketika Perang Dingin, namun istilah Eropah Timur bertahan sehingga kini. Istilah ini sering digunakan dalam media dan kegunaan seharian di rantau "timur" dan rantau-rantau lain di Eropah.

Gaul

Gaul (bahasa Latin: Gallia, bahasa Greek: Galatia) ialah kawasan Eropah Barat yang kini diduduki oleh Itali utara, Perancis, Belgium, Switzerland barat, dan sebahagian Belanda dan Jerman di tebing barat Sungai Rhine.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan Gaul juga merujuk kepada penduduk Celt di kawasan itu pada zaman kuno, tetapi orang Gaul tersebar luas di Eropah sesampai masa Rom, dan bertutur dalam bahasa Gaul (bahasa terbitan daripada bahasa Celt yang awal). Selain daripada orang Gaul, terdapat juga orang-orang lain yang tinggal di wilayah yang kini merupakan Itali utara, umpamanya orang Lepontii yang menetap di lereng selatan Pergunungan Alp Itali, Raetia.

Orang-orang Gaul di bawah Brennus menjarah Rom pada sekitar 390 SM. Di dunia Aegia, satu penghijrahan yang besar termuncul di Thrace di utara Greece pada 281 SM. Brennus, satu lagi ketua Gaul yang mengetuai sepasukan tentera yang besar untuk mencemarkan Kuil Apollo, berpatah balik pada saat-saat terakhir — beliau dikatakan menjadi bimbang disebabkan petanda-petanda guruh dan kilat. Pada waktu yang sama, sekumpulan penghijrah Celt yang terdiri daripada lebih kurang 10,000 pejuang, bersama-sama dengan keluarga dan abdi mereka, melalui Thrace. Tiga puak Gaul menyeberangi dari Thrace ke Asia Minor atas jemputan Nicomedes I, raja Bithynia, yang memerlukan bantuan dalam perjuangan dinasti terhadap adiknya. Akhirnya, mereka menetap di Phrygia timur dan Cappadocia di Anatolia tengah, sebuah kawasan yang mulai dari saat itu dikenali sebagai Galatia.

Islam mengikut negara

Berikut merupakan senarai jumlah orang Muslim mengikut negara-negara (setakat tahun 2009).

Nota Penting: Pengiraan populasi berdasarkan afiliasi agama, seperti ciri-ciri demografik satu populasi, adalah berdasarkan sains statistik dan tertakluk kepada kesilapan pandangan dan secara teknikalnya dirujuk sebagai satu penganggaran. sepertinya juga, sebahagian juga boleh cuba melakukan kecenderungan penganggar. Peratus populasi Muslim bagi setiap negara telah diambil daripada buku International Religious Freedom Report keluaran Jabatan Negara AS [1], CIA World Factbook [2] dan Adherents.com [3]. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa kebanyakan rajah-rajah daripada penerbitan-penerbitan tersebut tidak mempunyai sumber yang betul. Dalam kes-kes yang mempunyai penganggaran konflik, purata penganggar paling rendah dan paling tinggi telah dikira. Jumlah populasi bagi setiap populasi telah diambil daripada penganggar 2007 di Census.gov [4].

Liechtenstein

Kerajaan Liechtenstein (/ˈlɪktənstaɪn/ (Bahasa Jerman: Fürstentum Liechtenstein, ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn , Principality of Liechtenstein) ialah sebuah negara kecil di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) dan jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Monaco

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah.

Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta negeri merdeka yang ketiga terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Perancis

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis (Bahasa Perancis: République française [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.

Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Rom kuno

Rom kuno merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil yang diasaskan di Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban Rom beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.

Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania, Gaul, dan Itali, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar timur yang diperintah dari Constantinople biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantine selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.

Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni, kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat mempengaruhi dunia pada hari ini.

Sweden

Sweden rasminya Kerajaan Beraja Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia, di Eropah Utara. Negara ini bersempadankan Norway di barat, Finland di timur laut, Skagerrak dan Kattegat di barat daya, dan Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Disebabkan penduduknya yang sedikit, Sweden terkenal dengan bentuk muka buminya yang aman dan kaya dengan hutan dan gunung ganang yang belum terusik oleh pembangunan.

Sweden menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1995. Ibu negaranya Stockholm.

Luas nya 449,964 km², merupakan negara ke-3 terbesar di Eropah Barat. Penduduknya sedikit dan 84 % tertumpu di bandar-bandar. Hanya 1.3 % mukabumi digunakan untuk petempatan. Gaya hidup di sana tinggi, moden, liberal, tersusun dan berbudaya kerjasama berbanding dengan negara Anglo-Saxon yang lain. Mereka sangat mengutamakan pemeliharaan alam sekitar, perlindungan hidupan liar dan penggunaan tenaga elektrik yang sistematik. Sweden secara tradisinya pengeluar besi, tembaga dan balak,

Sweden tergolong sebuah 'negara kebajikan' dalam Indek Pembangunan Kemanusiaan PBB (HDI). Sweden kaya dengan tenaga air.

Sweden moden dibentuk dari gabungan Kalmar Union pada 1397 oleh Raja Gustav Vasa abad ke-16. Abad ke-17 Sweden berkembang menjadi Empayar Sweden. Beberapa wilayah baru dijajah pada abad 18. Awal abad 19, Finland dan beberapa wilayah lain di Semenanjung Scandinavia telah hilang. Pada 1814 Sweden dan Norway membentuk pakatan sehingga 1905. Sejak 1814, Sweden aman damai, mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak ketika peperangan.

Switzerland

Switzerland [swit-zĕr-land] (Bahasa Jerman: die Schweiz, Bahasa Perancis: Suisse, Bahasa Itali: Svizzera, Bahasa Romansh: Svizra), secara rasminya Gabungan Switzerland (Confœderatio Helvetica dalam bahasa Latin, maka kod negaranya dalam ISO ialah CH), ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang.

Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadang-kadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri. Ibu negaranya Bern, manakala bandaraya terbesar ialah Zürich (yang dinobatkan sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun

2006 dan 2007.)

Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815). Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak mendirikan jabatan di Switzerland.

Gelaran-gelaran yang sering dipakai untuk menggelar Switzerland dalam bahasa Perancis ([Confédération suisse] ), bahasa Itali ([Confederazione Svizzera] ) dan bahasa Romansh ([Confederaziun svizra] ) diterjemah sebagai "Gabungan Switzerland" (bahasa Inggeris: Swiss Confederation). Schweizerische Eidgenossenschaft merupakan istilah bahasa Jermannya yang terdapat pada dokumen rasmi. Nama bahasa Latinnya "Confœderatio Helvetica" (Gabungan Helvetik) dan kod negaranya "ch" bagi Internet dan pelekat kereta berkaitan dengan Helvetii, segolongan kaum Celt kuno yang pernah menduduki banjaran Alp. Switzerland menandakan 1 Ogos 1291 sebagai hari kemerdekaannya; mengikut sejarah negara ini mula-mulanya merupakan satu gabungan, kemudian menjadi persekutuan sejak tahun 1848. 1 Ogos dijadikan cuti umum yang mana bank dan pejabat pos serta juga pejabat pentadbiran awam ditutup.

Waktu Eropah Barat

Templat:Zon waktu Eropa

Waktu Eropah Barat (Western European Time, disingkat WET) adalah nama zon waktu yang digunakan oleh kebanyakan negara-negara Eropah dan Afrika bahagian utara dan memiliki perbezaan waktu 0 terhadap UTC.

Negara-negara termasuk pada zon waktu ini antara lain:

Maghribi

Iceland

Mauritania

Mali

Senegal

Gambia

Guinea-Bissau

Guinea

Sierra Leone

Liberia

Ivory Coast

Ghana

Togo

Burkina Faso

Sao Tome dan PrincipeNegara-negara yang menggunakan Waktu Eropah Barat pada musim dingin, bermula pada jam 01:00 pada hari Minggu di akhir Oktober dan selesai pada jam 01:00 pada hari Minggu di akhir Maret:

United Kingdom, sejak 1847

Kepulauan Canary, sejak 1946

Republik Ireland, sejak 1916

Portugal, sejak 1911

Kepulauan Faroe, sejak 1908

Templat:Waktu-stub

Waktu Eropah Tengah

Waktu Eropah Tengah (CET) ialah salah satu nama bagi zon waktu yang 1 jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Ia digunakan lazimnya oleh negara-negara Eropah dan Afrika Utara.

Waktu ofsetnya lazimnya ialah UTC+1. Ketika Waktu musim panas, Waktu Musim Panas Eropah Tengah sebaliknya digunakan (UTC+2).

Waktu Musim Panas Eropah Tengah

Waktu Musim Panas Eropah Tengah (Bahasa Inggeris: Central European Summer Time, CEST) ialah salah satu nama bagi zon waktu UTC+2, yang 2 jam lebih awal daripada Waktu Semesta Berkoordinat. Ia digunakan sewaktu waktu jimat siang di musim panas di kebanyakan negara-negara Eropah dan Afrika Utara. Ketika musim sejuk pula, Waktu Eropah Tengah (UTC+1) digunakan.

Waktu Musim Panas Eropah Tengah ini pada beberapa ketika pernah dikenali dengan pelbagai nama, seperti Middle European Summer Time, Central European Daylight Time (CEDT) atau Bravo Time, sempena dengan huruf kedua dalam abjad fonetik.

Yunani Purba

Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Yunani yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.

Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.

"Yunani Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki (ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di pantai-pantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan Ukraine.

Kawasan dunia

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.