Ensiklopedia Falsafah Stanford


Ensiklopedia Falsafah Stanford (Stanford Encyclopedia of Philosophy (SEP)) ialah sebuah ensiklopedia falsafah dalam talian yang diselenggara Universiti Stanford. Setiap entri ditulis dan diselenggara seorang pakar dalam bidangnya, termasuk professor daripada lebih 65 institusi akademik di seluruh dunia. Para penulis yang menyumbang kepada Ensiklopedia memberi kebenaran kepada Universiti Stanford untuk menerbit artikel, tetapi memegang hak cipta artikel. [1] Sehingga 20 Januari 2011, SEP megandungi 1260 artikel yang diterbitkan. Selain status dalam taliannya, ensiklopedia ini juga menggunakan pendekatan akademik tradisional yang digunakan kebanyakkan ensiklopedia dan jurnal akademik bagi menentukan mutu penulisan melalui:

  • penulis pakar yang dipilih oleh penyunting atau jawatankuasa penyunting yang cekap (tidak semestinya pakar) dalam bidang yang terkandung dalam ensiklopedia; dan
  • kajian semula setara.

Ensiklopedia ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Edward N. Zalta, dengan tujuan tak tersirat bagi menyediakan ensiklopedia dinamik yang sering dikemaskini, supaya tidak menjadi lapuk seperti ensiklopedia cetak. Piagam ensiklopedia ini membenarkan penerbitan artikel-artikel saingan tentang sesuatu topik bagi mencerminkan percanggahan hujah berdasarkan logik dalam kalangan para sarjana. SEP telah dibangunkan pada mulanya dengan dana awam Amerika Syarikat daripada NEH dan NSF. Pelan jangka panjang mengutip dana bagi mengekalkan akses terbuka kepada Ensiklopedia disokong banyak perpustakan universiti dan konsortium perpustakaan. Institusi-institusi ini menyumbang di bawah pelan yang direka SEP secara usaha sama dengan Scholarly Publishing and Academic Resources Coalition (SPARC), International Coalition of Library Consortia (ICOLC) dan Southeastern Library Network (SOLINET), dengan dana padanan daripada NEH.

Lihat juga

  • Internet Encyclopedia of Philosophy
  • Routledge Encyclopedia of Philosophy
  • Senarai ensiklopeida dalam talian

Rujukan

  1. ^ Stanford Encyclopedia of Philosophy Copyright Information

Pautan luar

                                                                       :

Templat:Stanford University

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Alan Turing

Alan Mathison Turing (23 Jun 1912 – 7 Jun 1954) ialah ahli matematik, ahli logik, dan ahli kriptografi British. Beliau telah dianggap sebagai bapa sains komputer moden.

Melalui Ujian Turing, Turing memberikan sumbangan yang penting dan provokatif kepada perdebatan kecerdasan buatan: sama ada mesin mempunyai kesedaran dan dapat memikir atau tidak. Beliau membekalkan pemformalan yang terpengaruh kepada konsep algoritma dan pengiraan melalui Mesin Turingnya, dan merumuskan versi "Turing" untuk tesis Church-Turing yang kini diterima secara meluas, iaitu mana-mana satu model pengiraan yang praktikal akan mempunyai keupayaan mesin Turing yang sama ataupun sebahagian daripadanya.

Semasa Perang Dunia II, Turing bertugas di Bletchley Park yang merupakan pusat pemecahan tulisan rahsia dan untuk sejangka masa, juga merupakan ketua Hut 8, iaitu bahagian yang bertanggungjawab kepada pemecahan tulisan rahsia tentera laut Jerman. Beliau mereka beberapa teknik untuk memecah tulisan rahsia Jerman, termasuknya kaedah bombe, melalui sebuah mesin elektromekanik yang dapat mencari pengesetan mesin Enigma.

Selepas peperangan, Turing telah bertugas di Makmal Fizik Negara ("National Physical Laboratory") dan mereka mesin ACE, yang merupakan salah satu rekaan-rekaan awal untuk komputer yang dapat menyimpan atur cara. Pada tahun 1948, Turing menyertai Makmal Komputeran Max Newman di Victoria Universiti Manchester, di mana beliau membantu membina komputer Manchester dan mula berminat di dalam bidang biologi matematik. Dia telah menulis satu tesis yang bertumpu kepada kimia asas morfogenesis dan meramalkan reaksi kimia ayunan seperti reaksi Belousov–Zhabotinsky, yang pertama kali diperhatikan pada tahun 1960-an.

Pada tahun 1952, Turing telah didakwa atas kesalahan homoseksual, yang pada ketika itu dianggap sebagai perlakuan jenayah. Beliau menerima hukuman pengasian secara kimia, sebagai pilihan alternatif kepada hukuman penjara. Turing meninggal dunia pada tahun 1954, 16 hari sebelum hari jadinya, dari keracunan sianida. Sebuah inkues mendapati bahawa kematian beliau merupakan tindakan bunuh diri berdasarkan bukti yang dijumpai (selaras dengan kematian keracunan secara tidak sengaja). Pada tahun 2009, berikutan satu kempen internet, Perdana Menteri Britiain, Gordon Brown membuat kenyataan maaf secara terbuka bagi pihak kerajaan British atas layanan mereka terhadap Turing pada masa itu. Raja Permaisuri England II telah menganugerahkan keampunan kepada beliau pada tahun 2013, setelah beberapa dekad kematiannya.

Bunuh diri

Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dengan cara fizikal luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.

Contoh cara luaran iaitu membakar diri sendiri atau cara dalaman dengan menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Penyebab penamatan nyawa ini biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.

Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitab Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri adalah satu dosa besar.

Galileo Galilei

Galileo Galilei (15 Februari, 1564 – 8 Januari, 1642) merupakan ahli nujum, ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait rapat dengan revolusi sains.

Dilahirkan kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya telah membantunya mengkaji tompok matahari dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana pencapaian-pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

Kerja uji kajinya telah dianggap sebagai pelengkap kepada karya-karya Francis Bacon dalam pengasasan kaedah sains moden. Kerjaya Galileo berbetulan dengan kerjaya Johannes Kepler. Kerjayanya juga dianggapi sebagai penyimpangan daripada kerjaya Aristotle. Percanggahannya dengan Gereja Roman Katolik telah diambil sebagai contoh awal yang utama bagi konflik antara kuasa dengan kebebasan pemikiran, khususnya dalam bidang sains di masyarakat Barat.

Globalisasi

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk

modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:

Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)

Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)

Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)

Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Immanuel Kant

Immanuel Kant (22 April 1724 – 12 Februari 1804) ialah seorang ahli falsafah Jerman yang dianggap sebagai salah satu daripada pemikir Eropah moden yang terpengaruh, serta ahli falsafah terutama yang terakhir dalam Zaman Pencerahan.

Jerman

Jerman atau secara rasminya Republik Persekutuan Jerman (Bahasa Jerman: Bundesrepublik Deutschland , IPA: [ˈbʊndəsʁepuˌbliːk ˈdɔʏtʃlant]), ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Negara ini bersempadankan Laut Utara, Denmark dan Laut Baltik di utara; Poland dan Republik Czech di timur; Austria dan Switzerland di selatan; dan Perancis, Luxembourg, Belgium dan Belanda di barat. Negara ini memiliki keluasan sekitar 357,021 km² dan mengalami iklim sederhana bermusim. Dengan lebih 82 juta penduduk, jumlah ini merupakan yang terbesar di dalam Kesatuan Eropah selain kumpulan pendatang antarabangsa ketiga terbesar.Rekod tentang Germania, iaitu sebuah kawasan yang dihuni oleh orang-orang Jermanik telah dicatatkan sebelum tahun 100 M. Bermula pada abad ke-10 pula, wilayah-wilayah Jerman telah membentuk tulang belakang Empayar Suci Rom yang bertahan sehingga tahun 1806. Ketika abad ke-16, kawasan di utara Jerman menjadi pusat pergerakan Reformasi Protestan. Sebagai sebuah negara bangsa zaman moden, ia kemudiannya disatukan ketika Perang Perancis-Prusia pada tahun 1871. Selepas Perang Dunia II, negara ini telah dipecahkan pula oleh kuasa-kuasa Barat. Akhirnya pada tahun 1990, Jerman Timur dan Jerman Barat telah disatukan semula.

Jerman Barat ialah negara pengasas Komuniti Eropah pada tahun 1957, yang kemudiannya menjadi Kesatuan Eropah pada tahun 1993. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan tanpa sempadan Schengen dan mula menggunakan matawang bersama Eropah, Euro pada tahun 1999. Jerman ialah sebuah republik persekutuan berparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu. Ibu negara dan kota raya terbesar ialah Berlin. Jerman turut menganggotai PBB, NATO, G8 dan telah menandatangani Protokol Kyoto. Ia merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia mengikut KDNK dan pengeksport barang dagangan terbesar pada tahun 2007. Berdasarkan nilai mutlak, Jerman memperuntukkan bantuan pembangunan kedua terbesar di dunia, manakala perbelanjaan ketenteraannya berada di kedudukan keenam. Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Ia memegang kedudukan penting dalam hal-ehwal Eropah dan mengekalkan kerjasama erat pelbagai peringkat di pentas dunia. Di samping itu, Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Kebahagiaan

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.

René Descartes

René Descartes (31 Mac 1596 – 11 Februari 1650), juga dikenali sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah dihormati dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai sempena namanya.

Descartes sering membandingkan pandangannya dengan pandangan pendahulu-pendahulunya. Dalam bahagian permulaan karyanya, Keghairahan Jiwa, beliau sanggup menegaskan bahawa beliau akan menulis tentang topik ini "seolah-olah tiada orang yang pernah menulis tentang perkara ini dahulu". Bagaimanapun, banyak daripada unsur-unsur falsafahnya mempunyai duluan dalam lewat Aristotelianisme, Stoisisme abad ke-16 yang dihidupkan semula, atau oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Augustine. Dalam falsafah semula jadinya, pandangan beliau berbeza dengan skolastisisme dalam dua aspek yang utama: pertama sekali, beliau menolak analisis bahan zahir untuk jirim dan bentuk; kedua, beliau menolak sebarang pengharapan terhadap teleologi untuk menjelaskan fenomena alam semula jadi. Dalam teologinya, beliau menegaskan kebebasan mutlak terhadap penciptaan Tuhan.

Descartes merupakan tokoh utama dalam aliran fikiran rasionalisme Eropah abad ke-17 yang kemudian disokong oleh Baruch Spinoza serta Gottfried Leibniz, tetapi ditentang oleh aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, dan David Hume. Kesemua Leibniz, Spinoza dan Descartes adalah mahir dalam matematik serta juga falsafah, dan Descartes dan Leibniz juga telah banyak menyumbang kepada bidang sains. Sebagai pereka sistem koordinat Cartes, Descartes mengasaskan geometri analisis, satu penghubung antara algebra dan geometri yang amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis. Pemikiran-pemikiran Descartes tentang minda dan mekanisme memulakan kelainan pemikiran barat yang lama kemudian, selepas didorong oleh rekaan komputer elektronik dan kemungkinan kecerdasan mesin, berkembang menjadi, umpamanya, ujian Turing. Kenyataanya yang termasyhur ialah Cogito ergo sum (bahasa Perancis: Je pense, donc je suis) atau dalam bahasa Melayu: Saya fikir, oleh itu saya merupakan, yang didapati di §7 dalam Prinsip-prinsip Falsafah (bahasa Latin) dan bahagian IV dalam Huraian Mengenai Kaedah (bahasa Perancis). Maksudnya adalah "saya menjadi apa yang saya memikirkan".

Republik (Plato)

Untuk karya-karya lain yang digelarkan "Republik", sila lihat: Republik (nyahkekaburan).Republik ialah sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, di sekitar 390 SM, mahakarya ini adalah berkenaan dengan "falsafah benda-benda kemanusiaan" ("philosophia peri ta anthropina") dan merangkumi bidang-bidang

ontologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, ethika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi.

Kesemua bidang-bidang itu telah diperiksa semata-mata untuk menemui sifat keadilan; sudah tentu, pokok dialognya ialah soalan: "Apakah itu keadilan?" Dengan tumpuan terhadap pandangan ini, Plato (melalui Socrates) membina sebuah "bandar dalam bentuk pertuturan" yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan yang sempurna. Bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil yang dapat dibayangkan, tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang harus hidup. Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas, iaitu, "soalan sejagat lawan tertentu".

Tajuk karya yang asalnya ialah politeia (perkataan Yunani). "Republik" yang merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional ialah nama yang tidak kena. Nama ini diperoleh daripada bahasa Latin Cicero; tajuk yang lebih tepat ialah "Rejim".

Sains dan teknologi di Jerman

Pencapaian sains dan teknologi di Jerman adalah penting dan usaha penyelidikan dan pembangunan merupakan satu bahagian penting ekonomi negara ini.

Jerman telah melahirkan ramai pengkaji terkemuka di dalam pelbagai bidang sains dan teknologi. Hadiah Nobel telah dianugerahkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari negara ini. Hasil kerja Albert Einstein dan Max Planck menjadi asas kepada ilmu fizik moden, yang kemudiannya dibangunkan oleh Werner Heisenberg dan Max Born. Mereka ini didahului oleh ahli-ahli fizik seperti Hermann von Helmholtz, Joseph von Fraunhofer dan Gabriel Daniel Fahrenheit. Wilhelm Conrad Röntgen telah menemui Sinar-X yang dipanggil Röntgenstrahlen (Bahasa Melayu: Sinar Röntgen) di dalam bahasa Jerman dan beberapa bahasa lain. Penemuannya ini menjadikannya penerima pertama Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1901. Werner von Braun telah membangunkan roket angkasa lepas pertama (roket pertama melepasi 100 km sempadan ke angkasa lepas) dan kemudiannya menjadi anggota terkemuka NASA dan membangunkan roket bulan Saturn V, yang membawa kepada kejayaan Amerika Syarikat melalui Rancangan Apollo. Hasil kerja Heinrich Rudolf Hertz di dalam bidang sinaran elektomagnet adalah penting dalam pembangunan teknologi telekomunikasi moden. Melalui pembinaan makmal pertama di Universiti Leipzig pada tahun 1879, Wilhelm Wundt dianggap sebagai pengasas bidang psikologi sebagai sains empirik bebas. Sumbangan Alexander von Humboldt sebagai ahli sains semula jadi dan peneroka pula kemudiannya menjadi asas kepada biogeografi.

Beberapa ahli matematik terkemuka juga telah dilahirkan di Jerman, termasuklah Carl Friedrich Gauss, David Hilbert, Bernhard Riemann, Gottfried Leibniz, Karl Weierstrass dan Hermann Weyl. Jerman juga merupakan tempat kediaman banyak pereka dan jurutera terkenal seperti Johannes Gutenberg, yang mencipta mesin pencetak boleh gerak; Hans Geiger, pereka pembilang Geiger; dan Konrad Zuse, yang mula-mula mencipta komputer digital automatik. Pereka, pencipta, jurutera dan usahawan seperti Ferdinand von Zeppelin, Otto Lilienthal, Gottlieb Daimler, Rudolf Diesel, Hugo Junkers dan Karl Benz telah membantu membentuk sistem kenderaan dan pengangkutan udara moden.Institusi-institusi kajian sains yang penting di Jerman ialah Persatuan Max Planck, Masyarakat-Helmholtz dan Persatuan Fraunhofer. Mereka mempunyai hubungan samada secara bebas atau luaran dengan sistem universiti dan menyumbang dalam jumlah yang agak besar terhadap usaha-usaha saintifik di negara ini. Anugerah berprestij Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz dianugerahkan kepada sepuluh orang ahli sains dan akademik pada setiap tahun. Dengan hadiah maksimum €2.5 juta bagi setiap anugerah, ia merupakan salah satu hadiah kajian tertiinggi di dunia.

Thomas Hobbes

Thomas Hobbes ([hɒbz]; 5 April 1588 – 4 Julai 1679), atau dalam beberapa catatan lamanya Thomas Hobbes dari Malmesbury, ialah seorang filsuf Inggeris yang dianggap sebagai salah satu pengasas falsafah politik moden. Hobbes begitu dikenali atas karyanya tahun 1651 bernama Leviathan yang menubuhkan teori kontrak sosial yang telah disampaikan sebagai asas kepada falsafah politik Barat yang paling terkemudian. Selain falsafah politik, Hobbes juga telah menyumbang kepada pelbagai bidang-bidang lain termasuk sejarah, perundangan, geometri, fizik gas, teologi, etika, dan falsafah umum.

Walaupun Hobbes dengan rasionalnya memihak kuat kepada faham kemutlakan pemerintah, Hobbes juga mengembangkan beberapa asas pemikiran liberalisme Eropah: hak individu; kesamaan semula jadi semua manusia; sifat buatan perintah politik (yang membawa kemudiannya kepada perbezaan antara masyarakat awam dan negeri); pandangan bahawa semua kuasa politik yang sah mesti "berwakil" dan berdasarkan persetujuan orang ramai; dan satu tafisran bebas terhadap undang-undang yang meninggalkan orang-orang bebas untuk melakukan apa sahaja yang tidak jelas dilarang oleh undang-undang. Pemahamannya mengenai manusia sebagai jisim dan gerakan yang mematuhi undang-undang fizikal yang sama seperti jisim dan gerakan yang lain kekal berpengaruh; danpendapatnya mengenai naluri manusia sebagai suatu kerjasama berkepentingan diri, dan komuniti politik berdasarkan "kontrak sosial" menjadi salah satu topik utama falsafah politik.

Undang-undang

Undang-undang (Tulisan Jawi: اوندڠ-اوندڠ; Bahasa Inggeris: Law) dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.

Utilitarianisme

Utilitarianisme merujuk kepada idea atau fahaman etika normatif yang menilai sesuatu tindakan berasaskan tujuan untuk memaksimumkan tahap kegunaan, yang ditakrifkan sebagai peningkatan kebahagian dan pengurangan penderitaan. Utilitarianisme klasik sebagaiman yang diperjuangkan Jeremy Bentham dan John Stuart Mill berasaskan hedonisme. Kini utilitarianisme secara amnya ditakrif sebagai sejenis unsur konsequentialisme, walaupun ketika Anscombe mula menggunakan terma tersebut untuk membezakan antara "utilitarianisme lama" dan konsequentialisme. Berdasarkan utilitarianisme nilai moral sesuatu tindakan hanya ditentukan melalui akibat atau kesan yang terhasil, walaupun terdapat pandangan berbeza tentang pertimbangan yang harus diutarakan pada kesan sebenar, kesan jangkaan dan kesan yang ditujukan. Dalam Cebisan sesebuah kerajaan (A Fragment on Government), Bentham berkata, "kebahagian untuk semua pada tahap tertinggi ialah ukur untuk menilai baik atau buruk" dan menghuraikan tarikfan ini sebagai axiom.

Dengan prinsip kegunaan dimaksudkan prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai tolok ukur pokok untuk menilai dan mengambil keputusan apakah suatu tindakan itu secara moral dapat dibenarkan atau tidak. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu tindakan dinilai berguna kalau akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dengan memperhitungkan semua phak yang terlibat dan tanpa membezakan, membawa akibat baik berupa kegembiraan atau kebahagiaaan yang semakin besar bagi semakin banyak orang.

Warna

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.