Endemik

Endemik, "endemisme" atau lazimnyanya dipanggil "kebiasaan" ialah tahap ekologi sesuatu hidupan yang menjadi unik untuk sesetengah lokasi geografi, seperti pulau tertentu, jenis habitat, negara atau zon-zon lain yang tertentu. Menjadi endemik untuk sesuatu tempat bermakna ia hanya dijumpai di kawasan itu di dunia ini dan tiada di tempat lain. Contohnya, banyak spesies Lemur adalah endemik atau biasa di Pulau Madagaskar. Faktor fizikal, iklim dan biologi boleh menyumbang kepada endemik. Contohnya, Burung Matahari-Berdada Jingga endemik di Fynbos, bermakna ia hanya dapat ditemui di kawasan tumbuhan Fynbos di barat daya Afrika Selatan.

Terdapat dua subkategori bagi endemik - paleoendemisme dan neoendemisme. Paleoendemisme merujuk kepada spesies yang pada suatu ketika dahulunya membiak secara meluas tetapi sekarang hanya terhad di kawasan yang lebih kecil. Neoendemisme pula merujuk kepada spesies yang baru-baru ini meningkat pembiakannya seperti spesies yang tersebar dan manjadikannya terasing dalam pembiakan, ataupun yang telah dikacukkan dan sekarang telah dikira sebagai spesies yang berbeza. Ini adalah proses yang biasa dalam tumbuh-tumbuhan.

Orange-breasted Sunbird (Nectarinia violacea)
Burung Nectarinia violacea cuma dapat dijumpai di tumbuhan Fynbos
12 Jamadilakhir

12 Jamadilakhir merupakan hari ke-162 dalam kalendar Hijriah.

Borophaginae

Subkeluarga Borophaginae ialah satu kelompok canid pupus yang dipanggil "anjing penghancur tulang" yang endemik di Amerika Utara semasa Oligosen hingga Pliosen dan hidup kira-kira selama 36—2.5 juta tahun lalu dan wujud selama sekitar 33.5 juta tahun.

Borophagini

Borophagini ialah satu klad atau suku subkeluarga Borophaginae. Ini merupakan satu kelompok canid darat pupus yang endemik dan meluas di seluruh Amerika Utara dan Amerika Tengah yang hidup semasa peringkat Gering bagi epok Oligosen hingga zaman Zanclean bagi Awal Pliosen hidup pada 30.8—3.6 jtl dan wujud selama hampir-hampir 27.2 juta tahun.

Caninae

Caninae merupakan satu-satunya subkeluarga Canidae yang masih hidup. Kebanyakan spesies Caninae yang pupus endemik di Amerika Utara, hidup dari 34 jtl—11,000 tahun lalu. Sesetengah ahli kanin Amerika Utara endemik hidup hingga kini. Subkeluarga ini dikaji semula baru-baru ini oleh Tedford, Wang, dan Taylor (2009). Canid lebih basal ditempatkan dalam subkeluarga Hesperocyoninae dan Borophaginae.

Caninae basal kini termasuk:

Genus Otocyon (mungkin vulpin yang dekat dengan Urocyon)

Rubah bertelinga kelawar, Otocyon megalotis

Genus Nyctereutes

Anjing rakun, Nyctereutes procyonoides

Genus Cuon

Anjing hutan, Cuon alpinus

Chelydridae

Chelydridae ialah keluarga kura-kura yang dikenali sebagai Kura-kura Sentap, iaitu genus Chelydra dan Macrochelys. Kedua-dua genus ini ialah endemik (berasal) dari hemisfera barat dunia. Terdapat tujuh genus lain yang telah pupus iaitu Acherontemys, Chelydrops, Chelydropsis, Emarginachelys, Macrocephalochelys, Planiplastron, dan Protochelydra.

Cyclanorbinae

Cyclanorbinae ialah subkeluarga labi-labi dari keluarga Trionychidae. Subkeluarga ini adalah endemik (berasal) dari Afrika dan Asia.

Elusor macrurus

Elusor macrurus atau Kura-kura Sungai Mary ialah kura-kura leher sisi yang endemik dan boleh ditemui di Sungai Mary di tenggara Queensland, Australia.

Endemik (epidemiologi)

Di dalam epidemiologi, jangkitan dikatakan sebagai endemik (dari Bahasa Greek) di dalam suatu populasi apabila jangkitan itu kekal di dalam populasi itu tanpa memerlukan kemasukan luar. Contohnya, Cacar air adalah endemik (keadaan yang stabil) di UK, tetapi Malaria tidak.

Untuk menjadikan sesuatu penyakit itu endemik, setiap pesakit yang dijangkiti sesuatu penyakit mesti mewariskan kepada orang lain yang sebaya.

Erymnochelys madagascariensis

Erymnochelys madagascariensis atau Kura-kura Kepala Besar Madagascar ialah kura-kura yang endemik dan boleh ditemui di kawasan berair seperti sungai dan tasik di barat Madagascar. Kura-kura ini dianggap sebagai haiwan terancam genting dan disenaraikan sebagai kura-kura paling terancam di dunia pada tahun 2018. Meskipun hampir mencapai kepupusan, kura-kura ini masih lagi dijadikan makanan eksotik dan dieksport keluar dari Madagascar ke negara-negara Asia bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan tradisional. Program pembiakan semula telah dimulakan bagi mengelakkan spesies ini pupus. Sebuah badan antarabangsa, The Turtle Conservation Fund (TCF) telah memohon dana kewangan sebanyak $5.6 juta bagi membiayai 'Pelan Tindakan Glonal' selama lima tahun merangkumi projek pemuliharaan dan pembiakan, kawalan perdagangan, pembinaan pusat-pusat bantuan, pelan pemuliharaan tempatan, dan program pendidikan.

Flaviemys purvisi

Flaviemys purvisi juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Sungai Manning ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini adalah endemik (asli) dari Australia.

Graptemys

Graptemys ialah genus kura-kura akuatik yang dikenali sebagai Kura-kura Peta, dan endemik (berasal) dari Amerika Utara .

Kura-kura Kolam Hitam

Kura-kura Kolam Hitam (Geoclemys hamiltonii ), merupakan kura-kura air tawar, endemik di Asia Selatan. Ia tergolong dalam genus monotypik Geoclemys.

Madagaskar

Madagaskar, secara rasmi dipanggil sebagai Republik Madagaskar, ialah sebuah negara pulau di Lautan India yang berhampiran dengan pantai timur Afrika.

Pulau utama negara ini yang juga dinamakan "Madagaskar" merupakan pulau yang empat terbesar di dunia serta tempat tinggal semula jadi bagi 5% daripada spesies-spesies tumbuhan dan haiwan di dunia. 80% daripada spesies ini adalah unik di dunia ini. Antara contoh kepelbagaian biologi di Masdagaskar yang paling ketara ialah:

famili lemur dalam order primat

fosa karnivor

tiga famili burung yang endemik

enam spesies pokok baobab yang endemik.Bahasa utama yang dituturkan di Madagaskar ialah bahasa Malagasi. Imbangan semula jadi negara ini amat diancam, akibat kehilangan kebanyakan hutan dan kepupusan sekurang-kurang 15 spesies lemur.

Malaria

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria.

Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.

Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.

Podocnemis erythrocephala

Podocnemis erythrocephala atau dikenali sebagai Kura-kura Kepala Merah Sungai Amazon, ialah spesies kura-kura dari keluarga Podocnemididae. Ia endemik dan boleh dijumpai di lembangan Sungai Amazon di Brazil, Colombia, dan Venezuela.

Rubah beruban

Rubah beruban (Lycalopex vetulus) ialah satu spesies rubah "palsu" yang endemik di Brazil. Tidak seperti banyak rubah lain, ia terutamanya memakan invertebrat kecil seperti serangga.

Serigala Armbruster

Serigala Armbruster (Canis armbrusteri) ialah satu spesies canid pupus yang endemik di Amerika Utara dan hidup semasa tahap Irvingtonian zaman Pleistosen 1.8 jtl—300,000 tahun lalu, wujud selama hampir-hampir 1.5 juta tahun.

Sternotherus

Sternotherus ialah genus kura-kura akuatik yang dikenali sebagai Kura-kura Kesturi. Haiwan ini berasal (endemik) dari Amerika Utara. Genus ini hampir sama dengan genus Kinosternon. Spesies Sternotherus yang sering dijumpai di Amerika Utara ialah Sternotherus odoratus, iaitu Kura-kura Kesturi Biasa.

Trachemys

Trachemys ialah genus kura-kura daripada keluarga Emydidae. Mereka adalah endemik atau berasal dari benua Amerika, iaitu sepanjang Amerika Syarikat hinggalah ke utara Argentina dan umumnya dipanggil sebagai slider atau peluncur. Istilah peluncur merujuk kepada perlakuan kura-kura ini yang terus meluncur ke dalam air apabila mengesan tardapatnya bahaya atau pemangsa berhampiran.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.