Ekonomi

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

  • ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
  • ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peranan pemerintah).

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Sains ekonomi

Sains ekonomi adalah pengetahuan ilmiah yang mempelajari tentang hubungan moral dengan manusia. Hubungan ini wujud dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya berupa aktiviti hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengedaran pendapatan. Pertanyaan klasik sampai saat ini belum dijawab oleh umat manusia adalah pertanyaan tentang dari mana datangnya keperluan manusia sehingga muncul apa yang disebut pertukaran dalam bentuk perdagangan?

Memang ekonomi merupakan salah satu misteri terbesar di dunia ini, kerana banyaknya kejadian-kejadian ekonomi yang luput dari kawalan para saintis. Satu hukum ekonomi yang ditemukan belum tentu boleh menjawab permasalahan yang muncul di masa akan datang. Jawapan yang selalu diusahakan oleh para saintis untuk mencuba menjawab pertanyaan tersebut adalah dengan menilik kepada konsepsi hakikat manusia.

Siapakah manusia itu? Hal ini merupakan pertanyaan asas sekaligus fundamental dalam mempelajari gejala-gejala ekonomi. Semua teori ekonomi membutuhkan gagasan dasar tentang manusia. Memang belum ada saintis yang mampu mengetahui dirinya sendiri secara sempurna sehingga dapat dijadikan patokan dalam merumuskan hakikat manusia.

Sebagai contoh Adam Smith sebagai pelopor bangkitnya ilmu ekonomi punya tanggapan tentang hakikat manusia yang berbeda dengan Aristotele dalam membangun teori ekonominya. Sains ekonomi juga sering disebut ilmu tentang moral karana ia muncul dari keperhatinan moral para ahli falsafah seperti Adam Smith, Karl Marx, F.A. Hayek, J.M. Keynes.

Lihat juga

Belanda

Belanda atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden (bermaksud "Kerajaan Tanah-Tanah Rendah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat. Nama "Belanda" berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda.

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan dike (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai The Hague sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan The Hague pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.

Bukit Selambau

Bukit Selambau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Merbok. Bukit Selambau jugak terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani dan terletak dalam daerah Kuala Muda.

Ekonomi di Bukit Selambau adalah berasaskan perladangan dan pertanian.

Ekonomi Selangor

Ekonomi Selangor ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur iaitu sekitar 37,851 Ringgit Malaysia pada tahun 2016. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

England

England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.

England dinamakan sempena nama Angles, sebuah puak Jerman. England bersama-sama dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Kampung Tenang, Segamat

Kampung Tenang ialah sebuah kampung yang terletak di negeri Johor. Ia terletak di daerah Segamat. Ianya mempunyai keluasan 10.47km

Keluaran dalam negara kasar

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import.

Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi. Contohnya, negara yang mempunyai KNDK tertinggi di benua Amerika ialah Amerika Syarikat, Jerman di Eropah, Nigeria di Afrika dan China di Asia.

Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah (Bahasa Inggeris: European Union, EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya.

Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.

Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.

Kod INSEE

Kod INSEE ialah kod pengindeksan berangka yang digunakan oleh Institut Kebangsaan Statistik dan Kajian Ekonomi Perancis (INSEE) untuk mengenalpasti pelbagai perkara, termasuklah komun dan département. Kod ini juga digunakan sebagai nombor pengenalan kebangsaan yang diberikan kepada rakyat.

Komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Los Angeles

Bandar Raya/Kota Los Angeles - seringkali disingkatkan kepada L.A. - adalah bandar besar di barat Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua terpadat di Amerika Syarikat (selepas Bandaraya New York) dan merupakan bandaraya terbesar di California. Para penjelajah Sepanyol menamai sebuah sungai yang indah dalam bahasa Sepanyol: El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles del Río de Porciúncula, dalam bahasa Melayu: "Desa Ibunda Kita Ratu dari para Malaikat di Sungai Porciuncula". Pada 4 September 1781, para penduduk dari Misi San Gabriel mendirikan bandar dan menamainya sesuai dengan nama sungai itu, namun dalam bentuk yang lebih singkat. Nama rasminya adalah El Pueblo de la Reina de los Ángeles, atau "Bandar Ratu dari para Malaikat."

Los Angeles dirasmikan sebagai bandarraya pada 4 April 1850. Penduduknya adalah 3,694,820 penduduk pada bancian 2000. Bancian pada 1 Julai 2004 menunjukkan bahawa penduduknya berjumlah 3,847,400 untuk Bandaraya Los Angeles. Metropolitan Los Angeles jumlah penduduknya lebih dari 12 juta, dan jika ditambah dengan Orange County, sebuah wilayah yang bersempadan di sebelah tenggara, jumlah penduduk mencapai lebih dari 15 juta orang.

Ekonomi Los Angeles didorong oleh sektor pertanian, minyak, perfileman, angkasawan, dan perdagangan luar negeri. Los Angeles adalah pusat masuk terbesar bagi para pendatang di Amerika Syarikat. Los Angeles telah dua kali mengendalikan Olimpik musim panas, dan merupakan pusat bagi institusi ilmiah dan kebudayaan yang terkenal.

Merchang

Merchang merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim yang mempunyai nama yang sama di daerah Marang, Terengganu, Malaysia. Perikanan (termasuk perusahaan tiram) dan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Merchang. Penduduknya 97% ialah orang Melayu.

Sektor ekonomi di Merchang agak mundur dan amat memerlukan kemudahan infrastuktur kerana kedudukannya yang amat jauh dari bandar-bandar utama seperti Kuala Terengganu (40 km), Kuala Dungun (25 km). Rata-rata penduduk di Merchang beragama Islam.

Poland

Poland (Bahasa Poland: Polska) atau secara rasminya, Republik Poland (Bahasa Poland: Rzeczpospolita Polska) merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang menghadap ke Laut Baltik di utara. Poland bersempadan dengan negara Jerman di barat, Republik Czech dan Slovakia di selatan, Ukraine dan Belarus di timur dan Laut Baltik, Kaliningrad dan Lithuania di sebelah utara. Keluasan negara Poland ialah 312,696 kilometer persegi (120,733 bt2) menjadikan ia negara ke-69 terbesar di dunia dan kesembilan terbesar di Eropah. Dengan jumlah populasi kira-kira 38.5 juta orang, Poland merupakan negara ke-34 terpadat di dunia dan kelapan terpadat di Eropah. Poland juga merupakan sebuah negara kesatuan yang dibahagikan kepada 16 pentadbiran subbahagian.

Penubuhan negeri-negeri Poland dapat diimbas pada tahun 966 apabila Raja Mieszko I memerintah negara moden Poland dan memeluk agama Kristian. Kerajaan Poland telah ditubuhkan pada tahun 1025 dan pada tahun 1569, Poland mengeratkan hubungan politik dengan Duchi Agung Lithuania selepas menandatangani Perjanjian Lublin. Kedua-dua negara ini kemudian membentuk Komanwel Poland–Lithuania, salah satu kerajaan terbesar dan terpadat pada abad ke-16 dan ke-17 di Eropah. Komanwel kedua-dua negara ini berakhir pada tahun 1772-1785 apabila wilayah-wilayah Komanwel dibahagikan oleh Prusia, Rusia dan Austria. Poland mendapatkan semula kedaulatannya (sebagai Republik Poland Kedua) pada penghujung Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Pada September 1939, Perang Dunia Kedua meletus selepas pencerobohan Poland oleh Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet. Lebih enam juta warga Poland terkorban ketika perang. Pada 1944, Soviet membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Poland dan selepas referendrum palsu pada 1947, Soviet mengambil alih kuasa dan Poland menjadi sebuah komunis dengan nama Republik Rakyat Poland. Ketika Revolusi 1989, kerajaan komunis Poland menjadi lumpuh dan Poland mendapat perlembagaan baru bagi Soviet. Walaupun Poland melalui banyak kemusnahan semasa Perang Dunia Kedua, Poland tetap memelihara dan mengekalkan kekayaan budayanya. Terdapat 14 Tapak Warisan Dunia yang diwartakan oleh UNESCO di Poland dan 54 monumen-monumen bersejarah dan banyak lagi objek-objek warisan kebudayaan di Poland.

Sejak peralihan awal ekonomi terutamanya berasaskan pasaran yang berlaku pada awal tahun 1990an, Poland memperoleh kedudukan "sangat tinggi" dalam Indeks Pembangunan Manusia dan juga secara beransur-ansur meningkatkan kebebasan ekonomi. Poland merupakan sebuah negara demokratik bersama ekonomi berpendapatan tinggi, taraf dan kualiti hidup sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, negara ini dilawati kira-kira 16 juta pelancong setiap tahun (2013), menjadikan Poland antara negara paling popuular di kalangan pelancong. Poland menduduki tempat keenam dalam Kesatuan Eropah dari segi perkembangan ekonomi dan antara negara memiliki kepesatan ekonomi di dunia. Tambahan lagi, menurut Indeks Keamanan Global pada 2014, Poland merupakan salah satu negara paling selamat untuk didiami.

Pulau Songsong

Pulau Songsong terletak di perairan daerah Yan, negeri Kedah, utara Malaysia. Pulau tidak berpenghuni ini sesuai untuk aktiviti menyelam dan mengail. Pulau lain yang berhampiran ialah Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Bidan.

Pada 30 Januari 2010, Kerajaan Kedah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia M. Manikumar menyatakan rundingan masih diteruskan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN). Lima syarikat swasta telah mengemukakan kertas cadangan. Sebuah jambatan akan menghubungan pulau itu dengan tanah besar.

Semenyih

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Sepanyol

Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Kepulauan Canaria di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.

Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Bahasa Inggeris: Northern Corridor Economic Region, NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.

Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumat mengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunan modal insan bagi wilayah utara Semenanjung.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara.

Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi pengerusi NCER bersama dengan Menteri-menteri Besar Kedah, Perlis dan Perak serta Ketua Menteri Pulau Pinang.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.