Dinasti

Charles I and James II
Charles I dari England dan anak lelaki beliau, James II

Dinasti (UK: /ˈdɪnəsti/, A.S.: /ˈdaɪnəsti/) merujuk pada satu turutan para pemerintah yang berasal daripada keluarga yang sama,[1] biasanya dalam konteks sebuah sistem feudal atau beraja tetapi kadang kala juga digunakan dalam sistem republik terpilih. Keluarga atau keturunan dinasti mungkin dikenali sebagai "kerabat";[2] yang mana digayakan dengan nama gelaran "raja", "putera", "count", dsb., berdasarkan ketua atau gelaran yang digunakan oleh para anggotanya. Para sejarawan mengumpulkan tempoh-tempoh kebanyakan negara-negara berdaulat seperti Mesir Purba, Empayar Caroling dan Maharaja China, menggunakan sistem dinasti pewarisan. Oleh itu, istilah "dinasti" mungkin digunakan untuk menghadkan era di mana sesebuah keluarga memerintah atau menggambarkan peristiwa, trend, dan artifak pada zaman tersebut (contohnya sebuah pasu "dinasti Ming"). Perkataan "dinasti" itu sendiri digugurkan daripada rujukan adjektif ("sebuah pasu Ming").

Lihat juga

  • Senarai dinasti dan empayar Muslim

Rujukan

  1. ^ Oxford English Dictionary, 1st ed. "dynasty, n." Oxford University Press (Oxford), 1897.
  2. ^ Oxford English Dictionary, 3rd ed. "house, n.¹ and int, 10. b." Oxford University Press (Oxford), 2011.
China

Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai Pulau Taiwan. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana Republik Rakyat China. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana Republik China di Taiwan.

China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. Sejarah China seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan pertukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.

Dinasti Han

Dinasti Han (Tulisan Cina Tradisional: 漢朝, pinyin: Han Chao) (206 SM - 220) adalah satu daripada tiga dinasti yang paling berpengaruh di China sepanjang sejarahnya. Dinasti ini meletakkan dasar-dasar kebangsaan China mewarisi penyatuan China dari dinasti sebelumnya, Dinasti Qin. Dinasti Han sendiri didirikan oleh Liu Bang, seorang petani yang memenangi perang saudara dengan saingannya, Xiang Yu. Dinasti Han merupakan salah satu dinasti terkuat di China, dan disebabkan pengaruhnya yang besar, etnik-etnik majoriti di China sekarang ini menyebut mereka orang Han (walaupun mungkin nenek moyang mereka bukan dari etnik Han).

Dinasti Ming

Dinasti Ming明朝(23/1/1368---1683)merupakan dinasti terakhir yang dperintah oleh orang Cina di China selepas Dinasti Song yang berkembang sebagai negara beraja mutlak yang maju selepas menggulingkan takhta Dinasti Yuan(Mongol) yang diasaskan oleh Genghis Khan.

Dinasti Qing

Dinasti Qing (Bahasa Cina: 清朝; pinyin: Qīng cháo; Bahasa Manchu: daicing gurun; bahasa Mongolia: Манж Чин Улс), juga dikenali sebagai Wangsa Manchu, ialah dinasti Manchu yang menjatuhkan kerajaan China Dinasti Ming dan memerintah dari tahun 1644 hingga 1911. Dinasti ini ditubuhkan oleh orang Manchu Aisin Gioro di tempat yang kini dikenali sebagai China timur laut (Manchuria). Sejak tahun 1644 Dinasti Qing berkembang ke China sebenar (kawasan yang diduduki bangsa Cina) dan wilayah sekelilingnya, lalu menubuhkan Empayar Qing Agung (Cina Ringkas: 大清国; Cina Tradisional: 大清國; pinyin: dàqīngguó). Dinasti Qing merupakan sebuah Kerajaan Koloni di China. Diisytiharkan sebagai Dinasti Jin Akhir pada tahun 1616, namanya ditukar kepada "Qing" yang bermaksud "jelas" atau "jernih", pada tahun 1636 dan menawan Beijing pada tahun 1644. Menjelang tahun 1646 dinasti ini memperoleh kuasanya di kebanyakan wilayah China masa ini, namun pendamaian semula di seluruh China tidak selesai sehingga tahun 1683.

Ketika pemerintahannya, Dinasti Qing banyak disepadukan dengan budaya Cina. Namun, kuasa ketenteraannya menjadi lemah pada abad ke-19, maka wangsa ini berhadapan dengan tekanan antarabangsa, pemberontakan besar-besaran dan juga kekalahan perang. Dinasti Qing merosot selepas pertengahan abad ke-19. Dinasti Qing digulingkan berikutan Revolusi Xinhai, apabila Maharani Balu Longyu turun takhta bagi pihak maharaja terakhir, Puyi, pada 12 Februari 1912.

Dinasti Song

Dinasti Song (Bahasa Cina: 宋朝; pinyin: Sòng Cháo; Wade-Giles: Sung Ch'ao) adalah satu dinasti pemerintahan di China antara tahun 960 sehingga 1279. Dinasti Song mengantikan Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan, dan kemudian digantikan oleh Dinasti Yuan. Dinasti Song merupakan kerajaan pertama di dunia yang mengeluarkan nota bank atau duit kertas,b[›] dan kerajaan China pertama yang mewujudkan pasukan tentera laut tetap.c[›] Dinasti ini juga menggunakan serbuk letupan buat pertama kali, selain menemui "utara sebenar" dengan menggunakan kompas.

Dinasti Tang

Dinasti Tang (Hanzi: 唐朝, hanyu pinyin: Tang Chao) (618 - 907) ialah sebuah dinasti besar di China yang terkenal dengan kekuatan tenteranya.

Dinasti Yuan

Dinasti Yuan (Bahasa Cina: 元朝; pinyin: Yuáncháo; Bahasa Mongolia: Dai Ön Ulus/Дай Юан Улс), atau Empayar Agung Yuan (Cina Ringkas: 大元帝国; Cina Tradisional: 大元帝國; pinyin: Dà Yuán Dìguó[petikan diperlukan]) adalah kesinambungan daripada Empayar Mongol dan negeri bersejarah Mongol yang wujud di Mongolia dan China, yang berlangsung secara rasmi bermula pada tahun 1271 sehingga 1368. Meskipun dinasti ini ditubuhkan oleh Kublai Khan, beliau meletakan datuknya Genghis Khan dalam rekod rasmi sebagai pengasas dinasti atau Taizu (Bahasa Cina: 太祖). Kublai Khan menuntut gelaran Khan Besar, iaitu kekuasaan mengatasi khan-khan Mongol (Khan Chagatai, Kawanan Emas, Ilkhanate); bagaimanapun tuntutan ini diakui oleh Il-Khanids, yang mana pada dasarnya memiliki pemerintahan sendiri. Meskipun begitu, maharaja-maharaja terkemudian dari Dinasti Yuan diakui oleh tiga khan yang secara bayangannya merupakan negara khan bebas dan berdaulat (pada nama sahaja), dan kekal membangunkan negara secara berasingan. Akan tetapi, dari segi keseluruhan Empayar Mongol kekal kuat dan bersatu. Yuan kadang kala dirujuk sebagai Empayar Besar Khan. Maharaja Mongol dari Dinasti Yuan memegang gelaran sebagai Khan Besar bagi kesemua Khan Mongol.

Firaun

Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam

Joseon

Dinasti Joseon, Chosŏn, Chosun, Choseon (Julai 1392 – Ogos 1910), merupakan sebuah negara berdaulat yang diasaskan oleh Yi Seong-gye, yang kini menjadi Korea. Dinasti Joseon berkuasa selama lebih daripada lima abad. Penubuhan Joseon terjadi setelah kejatuhan Dinasti Goryeo yang beribu kota di Gaeseong dan kemudian berpindah ke Hanyang. Wilayah Dinasti Joseon diperluas sehingga Sungai Yalu dan Duman di utara setelah berjaya menakluki bangsa Jurchen. Joseon merupakan dinasti penganut Konfusius yang paling lama memerintah di dunia. Setelah pengisytiharan Empayar Korea pada tahun tahun 1894, tempoh kekuasaan dinasti ini berakhir dengan pendudukan Jepun pada tahun 1910.

Pengasas wangsa Joseon ialah Yi Seong-gye yang dijulang sebagai Raja Taejo. Beliau merupakan seorang ahli puak Yi dari Jeonju yang melancarkan rampasan kuasa aman terhadap Raja Woo dari Goryeo. Yi Seong-gye terkenal sebagai pemimpin tentera yang cerdik dalam memimpin perang terhadap lanun Jepun yang mengganggu perairan Korea. Beliau memindahkan ibu kota dari Gaegyeong (kini Gaeseong) ke Hanseong lalu mendirikan istana Gyeongbok pada tahun 1394. Pewarisan takhta secara nasab bapa dari Raja Taejo tidak pernah terputus sampai akhirnya. Pemerintah terakhir, Sunjong, atau Empayar Yungheui yang digulingkan oleh tentera Jepun pada tahun 1910.

Sepanjang pemerintahannya, Joseon memimpin seluruh Korea, menganut fahaman Konfusianisme dan menerapkannya dalam masyarakat, mengimport dan memeluk kebudayaan Cina. Pada ketika inilah Korea mencapai kegemilangan dalam bidang budaya, sastera, dan sains. Namun demikian, Joseon mengalami kemerosotan besar pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17 akibat penjajahan Jepun dan serangan Dinasti Qing. Perkara itu menyebabkan Joseon mulai mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar sehingga mendapat gelaran Negara Pertapa. Joseon perlahan-lahan membuka pintunya pada abad ke-18, namun menghadapi perselisihan dalaman, tekanan kuasa asing, serta pemberontakan dalam negara sehingga menjelang akhir abad ke-19, Joseon mulai kehilangan kecekapannya. Pada tahun 1895, Joseon dipaksa menandatangani surat kemerdekaan dari Dinasti Qing setelah kemenangan Jepun dalam Perang Cina-Jepun Pertama serta Perjanjian Damai Shimonoseki. Pada tahun 1897-1910, Joseon secara umum dikenali sebagai Empayar Korea untuk menandakan bahwa Joseon tidak lagi berada dalam kekuasaan Dinasti Qing. Empayar Jepun mengakhiri zaman Dinasti Joseon pada tahun 1910 apabila Raja Gojong dipaksa menandatangani Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea.

Zaman Dinasti Joseon telah meninggalkan warisan yang sangat berpengaruh pada wajah Korea masa kini; etika dan norma-norma budaya, perilaku sosial, dan juga bahasa Korea moden dan loghat-loghtanya berakar-umbikan pola pemikiran tradisional pada zaman ini.

Kerajaan Bani Umaiyah

Kerajaan Bani Umayyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam, seperti Abu Sufyan, sebelum mereka memeluk Islam.

Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.

Korea

Korea (조선, Chosŏn atau 한국, Han-guk) ialah sebuah kawasan geografi, dan tamadun yang terdapat di Semenanjung Korea di Asia Timur, bersempadan dengan China di barat laut, dengan Rusia di timur laut, dan dengan Jepun di sebelah tenggara di seberang Selat Korea.

Korea merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia, dengan sejarah yang bermula sejak penubuhan Gojoseon pada 2333 SM, oleh Dangun Wanggeom. Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem tulisan Cina (dipanggil hanja dalam bahasa Korea), agama Buddha dan aspek-aspek budaya lain daripada China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea. Mereka kemudiannya mengeksport aspek budaya ini kepada Jepun, membantu negara itu untuk beralih ke sistem yang bertamadun.

Setelah penyatuan Tiga Kerajaan Korea ke sebuah Kerajaan Bersatu Silla pada 676, Korea diperintah oleh sebuah kerajaan yang tunggal dan memelihara kebebasan politik dan budayanya sehingga pelanggaran Mongol pada kurun ke-13. Tamadun Korea berada di puncaknya pada kurun ke-15, semasa pemerintahan Raja Sejong Agung, di mana aksara Korea, (hangul), dicipta pada masanya.

Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia mendapat nama gelaran "Kerajaan Pertapa". Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.

Pada 1945, tentera Soviet dan A.S. masing-masing mula menduduki kawasan utara dan selatan Korea. Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing. Perkara ini menyebabkan pembahagian Korea kepada dua; Korea Utara yang diperintah rejim komunis dan Korea Selatan, sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.

Mesir

Republik Arab Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Rantau Afrika Utara. Republik Arab Mesir bersempadan dengan Republik Arab Libbya Bersatu, Republik Arab Sudan, Semenanjung Gaza, negara Palestin, Israel, Laut Mediterranean serta Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km²), kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan sepanjang tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah.

Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Milenium ke-2 SM

Milenium ke-2 SM menandakan peralihan daripada Zaman Gangsa Pertengahan ke Zaman Gangsa Akhir. Separuh pertamanya dikuasai oleh Kemaharajaan Pertengahan Mesir dan Babylon. Kawasan Indo-Iran berkembang sehingga dataran Parsi dan subbenua India dan memperkenalkan rata ke kawasan-kawasan tersebut. Abjad diperkembangkan. Perang rata dan pergerakan-pergerakan penduduk mengakibatkan perubahan-perubahan yang hebat pada pertengahan milenium, dan suatu ketenteraman yang baru muncul dengan penguasaan Aegea oleh Yunani dan kebangkitan Empayar Hittite. Akhir milenium melihat peralihan ke Zaman Besi. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan mencapai 50 juta menjelang 1000 SM. Era ini juga merupakan masa apabila agama Yahudi dikatakan muncul.

Rouen

Rouen (sebutan /ʀuɑ̃/ dalam Bahasa Perancis, kadangkala juga /ʀwɑ̃/) merupakan ibu kota sejarah untuk Normandy, di barat laut Perancis di Sungai Seine, dan kini ibu kota région Haute-Normandie (Normandy Hulu). Pada seketikanya salah satu bandar yang terbesar dan terkaya di Eropah abad pertengahan, Rouen merupakan tempat duduk Exchequer Normandy pada Abad Pertengahan. Rouen merupakan salah satu ibu kota dinasti-dinasti Anglo-Norman, yang memerintah kedua-duanya England dan kebanyakan Perancis masa kini dari abad ke-11 hingga abad ke-15. Adalah di Rouen bahawa Joan of Arc dibakar sampai mati pada 1431. Orang-orang dari Rouen dipanggil Rouennais.

Bilangan penduduk kawasan metropolitan ini (dalam Bahasa Perancis: aire urbaine) dalam census 1999 ialah seramai 518,316 orang. Bandar sendiri (city proper) mempunyai penduduk seramai 106,592 orang.

Sejarah China

Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang wujud pada sekitar 1500 SM, mengikut pentarikhan karbon. Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar.

Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Konfusianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina.

Senarai Maharaja Bizantin

Ini merupakan daftar Maharaja Byzantine.

Nota: Ia amat sukar bagi menentukan dengan tepat bila Empayar Rom berakhir dan Empayar Byzantine bermula; Empayar Rom sebenarnya berpecah kepada bahagian timur dan barat untuk maksud pentadbiran oleh Diocletian pada 284. Calon bagi maharaja Byzantine pertama termasuk Konstantine I Empayar Rom (maharaja Kristian pertama, yang memindahkan ibunegara ke Konstantinople), Valens (Pertempuran Adrianople (378) merupakan salah satu cara tradisi memulakan tempoh medieval), Arcadius (sebagai Theodosius I sering dianggap maharaja terakhir Empayar Rom tunggal), dan Zeno I (kerana maharaja barat terakhir Romulus Augustus telah digulingkan ketika pemerintahannya). Yang lain menetapkan tarikh permulaan Empayar selewat Heraklius (yang menggantikan gelaran imperial Rom tradisi "Augustus" dengan "Basileus", perkataan Greek untuk "Maharaja", dan memberhentikan penggunaan bahasa Latin dengan menggunakan Greek sebagai bahasa rasmi). Anastasius I pada 498 menilai semula matawang, dengan menggunakan sistem nombor Greek. Dan juga, masyarakat Byzantine sendiri kekal menganggap empayar mereka sebagai Rom lebih dari satu millennium (seribu tahun).

Tulisan Cina Tradisional

Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional: 正體字/繁體字, Cina Ringkas: 正体字/繁体字, pinyin: zhèngtǐ zì/fántǐ zì) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.

Wangsa Qajar

Wangsa Qajar (Bahasa Parsi: سلسله قاجاریه atau دودمان قاجار - Qâjâr) adalah dinasti Parsi yang memerintah Iran dari 1781 hingga 1925. Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1781 oleh Agha Muhammad Khan yang merupakan suku Azerbaijan. Beliau berjaya menumpaskan raja terakhir dalam Dinasti Zand.

Wangsa Safawiyah

Safawiyah (Parsi: صفویان, Safawian) adalah dinasti Iran yang memerintah dari tahun 1501 hingga 1736. Ketika era inilah agama Islam Syiah menjadi agama rasmi Iran (sehingga ke hari ini.) Safawi berjaya menyatukan seluruh kawasan-kawasan bekas Empayar Parsi sekaligus membentuk semula identiti bangsa Parsi. Era ini juga menyaksikan Iran memasuki dunia moden.

Keluarga diraja di Eropah
Keluarga diraja Eropah
Yang memerintah kini
Yang dihapuskan

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.