Cyprus

Cyprus atau dalam bahasa tempatan Kypros (bahasa Greek) dan Kıbrıs (bahasa Turki) ialah sebuah pulau di laut Mediteranean yang terletak 113 kilometer di selatan Turki. Nama "Cyprus" diambil daripada perkataan kuprum dalam bahasa Greek yang telah dilatinkan memandangkan galian kuprum banyak dijumpai di Cyprus.

Κυπριακή Δημοκρατία  (Greek)
Kypriakí Dhimokratía
Kıbrıs Cumhuriyeti  (Turki)
Republik Cyprus
Flag of Cyprus (bordered) Coat of arms of Cyprus (old)
Bendera Jata
Cogan kata: tiada
Lagu kebangsaan: Ύμνος εις την Ελευθερίαν
Transliterasi: Imnos is tin Eleftherian
(Inggeris: Hymn to Freedom)
Cyprus in its region (de-facto)
Ibu negara
(dan bandar terbesar)
Nicosia
Bahasa rasmi Greek, Turki
Kerajaan
 –Presiden
Republik berpresiden
Nicos Anastasiades
Kemerdekaan
 – Tarikh
Dari United Kingdom
16 Ogos 1960
Kemasukan ke EU 1 Mei, 2004
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 9,251 km² (ke-167)
3,572 b psg
 tidak penting
Populasi
 – anggaran 2005
 – banci 2001
 – Kepadatan
 

835,000 (ke-157)
 689,565
90/km² (ke-105)
 233/b psg
KDNK (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$17.49 bilion (ke-115)
$21,232 (ke-32)
HDI (2011) 0.840 (tinggi) (ke-31)
Mata wang Pound Cyprus (CYP)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
EET (UTC+2)
EEST (UTC+3)
Kod panggilan
TLD Internet
+357
.cy
Cyprus lrg
Gambar satelit MODIS untuk Cyprus

Sejarah

Selepas 1945

Cyprus, ketika masih merupakan jajahan United Kingdom, akan diberikan kepada Greece. Tetapi minoriti Turki menolak. Akhirnya kompromi dipersetujui dan pada tahun 1959 ditubuhkan negara Cyprus merdeka. Tetapi kedua-dua belah pihak tidak puas dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kumpulan yang mahukan persatuan dengan Greece mengadakan rampasan kuasa yang dibalas dengan pencerobohan Turki. Semenjak itu Turki menduduki wilayah utara.

Anggota Kesatuan Eropah

Pada tarikh 1 Mei 2004, Cyprus menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi yang dibenarkan ikut hanya wilayah selatan saja, kecuali kalau kawasan utara juga ingin bersatu. Akhirnya penduduk wilayah utara menekan kerajaan mereka supaya bersatu dengan wilayah selatan. Pada 24 April 2004 wilayah utara (yang dipimpin Raouf Denktash) mengatakan "ya" kepada persatuan. Daerah selatan (yang dipimpin Tassos Papadopoulos) mengatakan "tidak" kepada persatuan. Jadi akhirnya hanya bahagian selatan saja yang menjadi ahli Kesatuan Eropah.

Ekonomi

Ekonomi Cyprus bergantung pada hasil eksport produk pertanian (jeruk, kentang, anggur, tembakau) dan penghasilan pelancongan. Sektor perikanan hampir tiada maksudnya; perairan di sekeliling pulau kurang ikan. Selain itu sektor perlombongan masih menguntungkan (tembaga, besi, marmar, dan gipsum). Perkataan tembaga dalam banyak bahasa Eropah merupakan derivasi dari perkataan Cyprus dalam bahasa Greek kupros, misalkan kata copper (bahasa Inggeris) atau koper (bahasa Belanda).

Lihat juga

  • Penyatuan Cyprus
  • Ketenteraan di Cyprus
  • Komunikasi di Cyprus
  • Hubungan Luar di Cyprus
  • Pengangkutan di Cyprus

Pautan luar

.cy

.cy adalah domain peringkat tinggi kod negara Internet untuk Cyprus.

15 November

15 November merupakan hari ke-319 (hari ke-320 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 46 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Republik di Brazil (1889)

Shichigosan di Jepun.

1 Oktober

1 Oktober merupakan hari ke-274 (hari ke-275 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 91 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kebangsaan di Republik Rakyat China (1949);

Hari Kemerdekaan di Cyprus dan Nigeria (1960), Tuvalu (1978) dan Palau (1994);

Hari Penyatuan di Cameroon (1961).

Akrotiri dan Dhekelia

Akrotiri dan Dhekelia merupakan dua kawasan di pulau Cyprus yang ditabdir oleh United Kingdom. Ia digunakan sebagai Pangkalan Tentera Berdaulat (Sovereign Base Areas). Kedua-dua kawasan ini didiami oleh 7,000 warganegara Cyprus dan 7,500 kakitangan tentera British dan keluarga mereka.

Bahasa Armenia

Bahasa Armenia (Հայերեն, Hayeren) adalah sebuah bahasa Indo-Eropah dan dituturkan di daerah pergunungan Kaukasus terutama sekali di Armenia dan diasporanya.

Bahasa Turki

Bahasa Turki (Türkçe) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Turkik yang dituturkan aslinya di Turki, Cyprus, Bulgaria, Greece dan negara-negara lain dari bekas Empayar Uthmaniyyah, baik juga oleh beberapa juta emigran dalam Kesatuan Eropah. Bilangan penutur asli adalah tidak pasti, berpunca terutamanya daripada kekurangan data bahasa minoriti dari Turki. Rajah dari 60 juta digunakan di sini menganggap bahawa Turki ialah bahasa ibunda kepada 80% populasi Turkish, dengan Kurdi sebagai yang terbanyak kepada yang selebihnya. Bagaimanapun, majoriti besar dari minoriti linguistik di Turki berdwibahasa, menuturkan Turki sebagai bahasa kedua.

Bahasa Yunani

Bahasa Yunani atau Bahasa Greek (Tulisan Jawi: بهاس يوناني) adalah bahasa Indo-Eropah dengan 3,500 tahun sejarah yang didokumentasikan. Bahasa ini juga dianggap sebagai salah satu bahasa tua yang masih bertahan hingga kini dengan jumlah kosa kata lebih kurang 600.000 kata. Kini, ia dituturkan oleh 15 juta orang di Yunani, Cyprus, bekas Yugoslavia, terutamanya pada bekas Yugoslav Makedonia Utara, Bulgaria, Albania, dan Turki. Terdapat juga banyak kaum emigran Yunani di seluruh dunia, seperti yang terdapat di Melbourne, Australia di mana populasi kaum tersebut merupakan kependudukan ketiga terbesar dari keseluruhan bandar-bandar di dunia selepas Athens dan Thessaloniki.

Bahasa Yunani ditulis menggunakan abjad khas yang dipanggil abjad Yunani, huruf betul yang pertama, sejak abad ke-9 S.M dan sebelum itu, dalam Linear B dan dalam ejaan sukuan Cypriot.

Kesusasteraan Yunani mempunyai tradisi yang panjang dan kaya.

Cyprus di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Cyprus akan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, pada 5 hingga 21 Ogos 2016.

Disney Channel Greece

Disney Channel Greece dilancarkan pada 7 November 2009 dan tersedia kepada pelanggan Conn-x TV dan Nova Greece di Greece dan di Cyprus terdapat dalam Cytavision, Cablenet san Nova Cyprus.

Di Greece, blok rancangan Playhouse Disney akan terus disiarkan oleh ERT kepunyaan negeri serta di Disney Channel.

Saluran ini berkejayaan besar di Yunani dan mempunyai terbanyak penonton saluran kanak-kanak Nova's.

Pada 1 Mei 2011, logonya ditukar.

Pada 1 Jun 2011, Playhouse Disney, blok ini dinamakan semula kepada Disney Junior.

Ibu negara

Ibu negara merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatu negara. Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebut parlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, ibu negara biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggil kedutaan besar.

Terdapat beberapa kekecualian:

Ibu negara Belanda ialah Amsterdam, tetapi pusat pemerintahannya ialah Den Haag yang menampung perwakilan daripada negara-negara asing.

Ibu negara Israel ialah Baitulmuqaddis tetapi negara-negara lain menganggapnya sebagai sebuah bandar antarabangsa atau tidak mengiktirafkan Baitumuqaddis Timur sebagai kepunyaan Israel, dan menempatkan kedutaan mereka di Israel di bandar Tel Aviv. (Kecuali beberapa negara)

Ibu negara Afrika Selatan ialah Pretoria (kerajaan), Cape Town (perundangan) dan Bloemfontein (kehakiman).

Ibu negara Republik China yang rasmi ialah Nanjing namun kerana kalah di tangan Komunis dalam perang saudara, maka Chiang Kai-shek memindahkan pemerintahannya ke ibu negara sementara di Taipei, Taiwan.

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur tetapi pusat badan eksekutifnya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Parlimen masih terletak di Kuala Lumpur.Kadang-kadang beberapa negara memindahkan ibu negara mereka atas alasan politik atau ekonomi. Beberapa negara yang pernah memindahkan ibu negara mereka ialah:

Amerika Syarikat, dari New York ke Philadelphia lalu ke Washington, D.C.;

Brazil dari Rio de Janeiro ke Brasilia;

Kazakhstan dari Almaty/Alma Ata ke Astana;

Turki dari Istanbul/Constantinople ke Ankara.Sering kali, ibu negara harus dipindahkan kerana diduduki atau dikuasai negara asing, dan ibu negara "tandingan" atau sementara harus diasaskan di bandar lain:

Lithuania antara tahun 1918 dan 1940 memindahkan ibu negaranya di Vilnius yang dikuasai oleh Poland ke Kaunas.

Republik Indonesia memindahkan ibu negaranya beberapa kali antara tahun 1945 dan 1950, iaitu dari Jakarta ke Yogyakarta, lalu ke Bukittinggi sebelum kembali ke Jakarta.

Perancis "Bebas" memindahkan ibu negaranya ke Vichy antara tahun 1940 dan 1944.Kadang-kadang ibu negara harus dibahagikan dengan negara lain kerana dikuasai oleh musuh:

Cyprus dengan ibu negaranya di Nikosia harus dibahagikan dengan Republik Turki Cyprus Utara sejak tahun 1974.

Berlin terbahagi antara Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) pada tempoh 1949 - 1990.

Islam di Cyprus

Islam di Cyprus telah dikenalkan apabila Uthman Khalifah ke-3 menakluki Cyprus pada 649. Orang Muslim concentrated di seluruh Cyprus tetapi setelah 1974 mereka concentrated di Cyprus Utara.

Hingga 1974, orang Turki Cyprus (masyarakat Muslim Cyprus) adalah 18% dari penduduk pulau. Ia ditafsirkan 264,172 orang Muslim di Cyprus lebih daripada 18% penduduk.

Laut Mediterranean

Laut Mediterranean atau Laut Tengah adalah laut antara-benua terletak antara Eropah di utara, Afrika di selatan dan Asia di timur, mencakupi wilayah seluas 2.5 juta km².

Laut ini dahulunya merupakan laluan laut yang sibuk lalu membolehkan perdagangan dan pertukaran budaya di antara masyarakat-masyarakat Mesir Purba, Yunani Purba, Rom Purba dan Timur Tengah. Pengkajian dan pendalaman mengenai laut ini untuk memahami asal-usul dan perkembangan Peradaban Barat.

N.F.-Board

N.F.-Board (Nouvelle Fédération-Board), merupakan persekutuan bola sepak yang telah ditubuhkan pada 12 Disember 2003. Persekutuan ini terdiri daripada pasukan bola sepak yang mewakili negara, negara di bawah jajahan, negara yang tidak diiktiraf, negara kecil serta negara-negara yang tidak bergabung dengan FIFA. Salah seorang pengasasnya ialah Luc Misson, seorang peguam yang dilantik oleh Jean-Marc Bosman, seorang pemain Belgium dalam kes di mahkamah yang membawa kepada Peraturan Bosman.

Tertubuhnya N.F.-Board adalah untuk memberi mesej bahawa semua orang mempunyai hak untuk menyertai kejohanan bola sepak. N.F.-Board juga menganjurkan Piala Dunia VIVA yang berlangsung buat pertama kali di Occitania pada bulan November 2006.

N.F.-Board menganjurkan edisi ke-5 Piala Dunia VIVA di Kurdistan sebagai tuan rumah. 9 buah pasukan telah menyertai kejohanan ini dengan pasukan Kurdistan berjaya mengalahkan pasukan Cyprus Utara dengan skor 2-1 di hadapan 22,000 orang penyokong. Edisi kali ini dianggap paling berjaya sejak kejohanan ini diadakan.

Nicosia

Nicosia, dikenali penduduk tempatan sebagai Lefkosia (Bahasa Yunani: Λευκωσία, Bahasa Turki: Lefkoşa), ialah ibu negara dan bandar terbesar Cyprus. Nicosia juga merupakan ibu kota Daerah Nicosia.

Bandar ini dibahagi menjadi dua: wilayah utara (dikuasai oleh Republik Turki Cyprus Utara) dan wilayah selatan (Cyprus).

Republik Turki Cyprus Utara

Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) (Turki: Kuzey Kıbrıs Türk Cumhuriyeti, Inggeris: Turkish Republic of Northern Cyprus) merupakan sebuah negara merdeka de facto di dalam Republik Cyprus. TRNC ditubuhkan selepas penyerangan Turki terhadap Cyprus pada 1974, lantaran rampasan kuasa di Cyprus oleh golongan nasionalis Greek.

TRNC memerintah bahagian utara pulau Cyprus. Ia tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia kecuali Turki.

Sejarah Cyprus

Pulau Cyprus mula diduduki pada Zaman Neolitik.

Senarai negara dengan pengiktirafan terhad

Senarai negara-negara dengan pengiktirafan terhad memberikan suatu gambaran mengenai entiti geopolitik masa kini, buat negara yang ingin diiktiraf sebagai negara berdaulat di bawah undang-undang antarabangsa namun tidak atau belum mendapatkan pengiktirafan diplomatik dunia secara penuh.

Timur Tengah

Timur Tengah ialah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan sebahagian benua Asia, atau Afrika-Eurasia. Pusat dwilayah ini ialah daratan di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang dari Anatolia, Semenanjung Arab dan Semenanjung Sinai. Kadangkala disebutkan juga kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utara di sebelah barat sampai dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasus dan/atau Asia Tengah di sebelah utara. Media dan beberapa pertubuhan antarabangsa (seperti PBB) umumnya menganggap wilayah Timur Tengah sebagai wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran) ditambah dengan Mesir.

Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis dan suku Turki. Bahasa utama iaitu: bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki.

Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) ke Mesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang berada di Asia umumnya dianggap sebagai sebahagian Timur Tengah, walaupun sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara.

Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategikan kawasan, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai bekalan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan pusat kerohanian agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Waktu Eropah Timur

Waktu Eropah Timur (bahasa Inggeris: Eastern European Time, EET) merupakan nama zon waktu yang banyak digunakan oleh negara-negara Eropah dan Afrika bahagian utara dan memiliki perbezaan waktu +2 terhadap UTC.

Negara-negara yang termasuk dalam zon waktu ini antara lain:

LibyaLalu negara-negara dan daerah berikut menggunakan Waktu Eropah Timur hanya pada musim sejuk, antara waktu 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir bulan Oktober sehingga hari Ahad terakhir bulan Mac:

Belarus

Bulgaria

Cyprus

Estonia

Finland

Israel

Jordan

Latvia

Lubnan

Lithuania

Mesir

Moldova

Palestin

Romania

Syria

Turki

Ukraine

Yunani

Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Asia
Mengikut negara
Mengikut benua
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Eropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.