China

Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai Pulau Taiwan. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana Republik Rakyat China. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana Republik China di Taiwan.

ROC PRC comparison eng
Peta China yang dilukis merangkumi Republik China dan Republik Rakyat China.

China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. Sejarah China seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan pertukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.

Nama

"Zhongguo"

Belvedere of the God of Literature, Summer Palace
Istana Musim Panas atau Yihe Yuan di Beijing, China.

China dipanggil Zhongguo dalam Bahasa China Mandarin (Ringkas: 中国, Tradisional: 中國; juga dirumikan sebagai Jhongguo atau Chung-kuo), yang biasanya diterjemahkan sebagai "Negara Tengah", tetapi juga boleh diterjemah sebagai "Negeri Pusat" atau "Negara Pusat". Zhong (中) bermaksud "tengah" atau "pusat" manakala guo (国 atau 國) bermaksud "negara" atau "negeri", merujuk kepada dakwaan yang China merupakan negara yang berada ditengah "kawasan yang diketahui dunia" dan dikelilingi oleh negara-negara yang berstatus rendah lain yang memberi penghormatan bunga emas.

Gelaran ini tidak digunapakai disepanjang sejarah kewujudan China, dan membawa beberapa takrifan yang positif serta negatif terhadap penggunaannya, merangkumi ideologi, politik dan budaya. Negeri-negeri pada awal sejarah China tidak dipanggil "Zhongguo". Semasa Waktu Musim Bunga dan Musim Luruh, ia hanya digunakan untuk merujuk negeri-negeri yang berketurunan daripada Dinasti Zhou Barat di lembah sungai Huang He dan tidak termasuk negeri-negeri lain yang wujud pada ketika itu juga, seperti negeri Qin dan Chu. Orang Cina dengan ini menanggap negara mereka sebagai suatu yang berasingan dari segi budaya dan politik daripada negara-negara sekelilingnya, suatu konsep yang terus wujud sehingga Dinasti Qing, sekalipun sewaktu keluasannya ia menelan pengaruh asing yang dijumpainya.

Zhongguo dengan serta merta merujuk kepada kawasan yang lebih selatan, semasa unit budaya dan politik yang belum lagi menjadi "negara" dalam maksud modennya, dan menelan kawasan sungai Yangtze dan sungai Mutiara dan bila tibanya waktu Dinasti Tang ia juga merangkumi rejim-rejim "negara bawahan" seperti Xianbei dan Xiongnu. Mongolia Dalam, wilayah Xinjiang dan wilayah Xizang (Tibet) dan pulau Taiwan pengaruh China amat kuat dan kerajaannya mula secara langsung memerintah tempat-tempat ini. Perkataan Zhongguo pada hari ini pula dipertikaikan pengunaannya yang betul terutama apabila ia merujuk kepada kerajaan PRC di tanah besar China.

Sebelum dan semasa Dinasti Han, Zhongguo mempunyai tiga maksud berbeza:

  1. Kawasan dipersekitaran ibu negara dan kawasan jajahan. Buku Pantun memberikan maksud ini secara khusus dan terang. .
  2. Kawasan yang didalam gengaman pemerintah "pusat". Rekod Sejarah mengatakan: "Lapan gunung adalah terkenal dalam empayar ini, tiga daripadanya merupakan milik orang bawahan Man dan Yi, manakala lima berada di dalam Zhongguo."
  3. Kawasan yang kini dipanggil Kawasan Datar China Utara. Buku Sanguo Zhi merekodkan monolog berikut: "Jika kita mahu memujuk hos Wu dan Yue (kawasan di selatan wilayah Jiangsu dan utara wilayah Zhejiang) untuk menentang Zhongguo, kita mestilah memutuskan hubungan dengan mereka pada masa terdekat." Dalam maksud ini, perkataan ini sama dengan maksud Hua (華) dan Xia (夏).

Semasa waktu divisi selapas ketajatuhan Dinasti Han, panggilan Zhongguo ditukar maksudnya disebabkan kemasukan beramai-ramai pengembara nomad daripada sempadan utara dan kehilangan lembah Sungai Kuning, iaitu asal tamadun China. Sebagai contoh, golongan Xianbei memanggil rejim Wei Utara mereka Zhongguo dan membandingkan ia dengan dinasti-dinasi selatan yang mereka panggil Yi (夷), yang bermaksud "orang bawahan". Dinasti-dinasti selatan pula mengelar rejim utara tadi Lu (虏), yang bermaksud "banduan" atau "pesalah". Dalam ini, Zhongguo merupakan suatu cara pengesahan kewujudan politik. Gelaran ini digunapakai sebegini daripada abad ke 10 keatas daripada dinasti-dinasi yang berlawanan Liao, Jin dan Song. Gelaran Zhongguo merujuk kepada kedudukan geografi, budaya dan identiti politik dan tidak kepada bangsa etnik asal.

Pada pemerintahan tanah besar China oleh Republik China dan kemudiannya, Republik Rakyat China kesemuanya telah menggunakan Zhongguo sebagai entiti yang secara teori merujuk kepada semua kawasan negara China yang berada dibawah kekuasaan mereka disamping kawasan diluar pemerintahan mereka. Dengan ini, kesemua 56 bangsa etnik dikenali sebagai Zhongguo ren (中国人), atau orang Zhongguo. Sejarah kolektif mereka dikenali sebagai sejarah bersama Zhongguo.

"China"

XiAn CityWall DiLou
Bandar Xi'an yang pada sebelumnya dikenali sebagai Chang'an,merupakan ibu negara 13 dinasi berasingan termasuk Dinasti Han dan Dinasti Tang di negara China.

Bahasa Melayu dan beberapa bahasa lain yang menggunakan nama China (dan prefiks Sino-) dipercayai mendapat nama ini daripada gelaran Dinasti Qin yang menyatukan negara ini walaupun teori ini masih belum diterima secara keseluruhan. Walaupun Dinasti Qin dianggap kejam dan tidak tahan lama, ia telah menstandardisasikan bahasa bertulis China dan memberikan gelaran "Maharaja" kepada pemerintah tertinggi China dan para pedagang Jalan Sutera menggunakan nama itu. Teori alternatif kewujudan nama "China" wujud.

Dalam apa hal sekalipun, perkataan China telah memasuki pelbagai bahasa diseberangan lautan sebelum memasuki kepulauan Nusantara dan memasuki tanah Melayu. Orang Jepun menggunakan nama Shina (支那) semenjak kurun ke 19, dan kini ia merupakan perkataan yang mempunyai maksud tidak sopan dalam bahasa mereka.

Perkataan "China" boleh bermaksud kawasan China ataupun kawasan China dan Manchuria, Mongolia Dalam, Xizang (Tibet) dan Xinjiang yang menurut peta politik negara ini pada hari ini. Akan tetapi, sempadan kawasan-kawasan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai menurut sempadan politik. Dalam konteks hari ini, perkataan "China" bererti negara tanah besar China atau Republik Rakyat China, manakala "Taiwan" digunakan untuk merujuk Republik China. Secara tidak rasmi, seperti dalam konteks ekonomi atau perniagaan, "kawasan besar China" (大中华地区) merujuk tanah besar China, Hong Kong, Makau, dan pulau Taiwan.

Ahli Sinologi mengunakan nama "China" dalam maksud yang lebih konservatif, seakan-akan pengunaan klasik Zhongguo, atau merujuk kepada Bangsa Han Cina, yang merupakan majoriti penduduk China.

Dalam sesetengah keadaan ia merupakan lebih sesuai mengunakan "tanah besar China" (中国大陆,zhōngguó dàlù dalam bahasa Mandarin), terutama apabila membandingkan antara ia dan kawasan pentadbiran politik lain seperti Hong Kong, Makau, dan kawasan yang diperintah Republik China di Taiwan.

Sejarah

Rencana Utama: Sejarah China, Sejarah Republik China (1912–1949; 1949–Sekarang di Taiwan)
Qinshihuang
Maharaja pertama China, Qin Shi Huang.

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China.

Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya, dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar. Sumber-sumber ini tidak dilihat sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran, meskipun itulah salah-satu kegunaan mereka. Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada tahun 207 SM, muncul pula Dinasti Han, yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi (M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang Cina memangil diri mereka, iaitu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti Dinasti Tang dan Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke 7 M sehinggalah kurun ke 14 M, China merupakan salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan seni lukis. Dinasti Songtumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. Para Mongol dibawah Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan, satu dinasti yang tidak disukai dan dianggap asing oleh orang Cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap negara China. Akan tetapi, China sekali lagi dijajah oleh orang asing dibawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti Qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran maharaja terakhir mereka, Puyi daripada tahkta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China kedalam tangan mereka.

Proses penukaran permerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adalah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. Oleh sebab ini, para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu, disebabkan rasa sangsi mereka terhadap bangsa Han, mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubugan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan-tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para Manchu lupa bahasa dan budaya mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daripada para musuhnya di kawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun China terjatuh dibelakan Eropah daripada segi kemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada kurun ke 19, dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan Barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia tengah. Lihat Penjajahan di Asia.

Akan tetapi, sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah disebabkan pengaruh Barat seperti didakwa para sejarahwan Barat yang sengaja memutar-belitkan fakta. Secara benarnya, penurunan tamadun ini disebabkan masalah politik dalaman. Paling utama adalah Pemberontakan Taiping yang bermula pada tahun 1851 sehingga ke tahun 1862. Perang saudara ini telah dimulai oleh pelampau ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa A.S. atau Jesus Christ, dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. Walaupun kerajaan menang dalam pentempuran ini, ia dianggap sebagai sebagai salah satu perang saudara yang paling ganas dalam sejarah manusia, dan mengorbankan sebanyak 20 juta nyawa (lebih daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1). Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia tengah. Satu lagi pemberontakan adalah Pemberontakan Boxer yang timbul akibat kebencian terhadap Barat yang suka menjajah. Maharatu Ci Xi pada masa itu secara terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia secara senyap menyokongnya.

Pada tahun 1912, selepas penurunan standard yang lama berlaku, empayar China akhirnya roboh dan Republik China, satu negara mengikuti definasi moden sesuatu negara, muncul. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara dan tidak aman, dan pembahagian wujud disebabkan kewujudan panglima perang, Perang China-Jepun (1937-1945) dan Perang Saudara China. Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China, negara komunis yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik baru ini mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. Republik yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai kerajaan sah seluruh China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga dekad 1970-an. Selepas dekad itu, kebanyakan negara memilih untuk mengiktiraf Republik Rakyat China pula.

Negara Britain dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Makau kepada China pada tahun 1997 dan 1999. Nama China dalam konteks moden bermaksud kawasan tanah besar China dan tidak termasuk dua bandar yang disebut diatas dan Taiwan.

Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC) kerana mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan 'penggantian'nya oleh PRC. PRC menuntuk hak perintah kesemua China termasuk Taiwan. ROC pula secara rasmi masih menuntuk hak perintah tanah besar termasuk Mongolia dan wilayah Xizang (Tibet), akan tetapi, gerak-gerinya yang terbaru menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan kecenderungan terhadap menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan. PRC membantah tindakan-tindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Isu-isu ini diterangkan secara lebih lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan, Penyatuan semula dengan China dan Status Politik Taiwan. Lihat juga Sejarah Taiwan, Sejarah Makau dan Sejarah Hong Kong.

Sejarah Politik

Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin di tahun 221 SM, "China" tidak wujud sebagai entiti yang satu. Tamadun China adalah tamadun yang beberapa negeri yang diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China (王), (公), (侯), atau (伯). Walaupun terdapat satu raja pusat yang berkuasa, sesetengah bangsawan tempatan mempunyai penguruh yang kuat keatas kawasan tugasan mereka. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. Pejabat maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Selepas dinasti Qin, China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan. Kawasan jajajan bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah, dengan perluasan dan kuranganya tersendiri. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China. Maharaja juga mempunyai jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan martial, termasuk Perdana Menterinya. Ada masanya kuasa politik jatuh ketangan beberapa pegawai kerajaan, terutama apabila maharaja pada ketika itu lemah dan masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Kedudukan maharaja yang jauh tersorok dalam istana dan terlindung daripada dunia luar sehinggakan maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya bagi muslihat juga tidak membantu keadaan, terutama apabila umur pemerintahan tiada had bawahan dan pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar "kepercayaan".

Perhubugan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan perkahwinan antarabangsa, pertolongan ketenteraan, perjanjian dan hadiah. Antara negara naungan yang diperoleh dengan cara ini adalah negara Melaka di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Malaysia.

Bandar-bandar Luoyang, Chang'an (hari ini dikenali sebagai Xi'an dan ada kalanya [[[Xijing]] (Ibu negara barat)) Beijing (Ibu negara utara) dan Nanjing (Ibu negara selatan) merupakan empat bandar yang paling banyak mendapat status sebagai ibu negara China pada sepanjang sejarahnnya. Bahasa China merupakan bahasa rasmi, meskipun pada waktu pemerintahan dinasti asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu) bahasa-bahasa mereka ini dijadikan bahasa rasmi.

Pada tarikh 1hb Januari 1912, Republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-sen seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang (KMT atau Parti Negara), telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China.

Selepas kematian Yuan, China terbelah dari segi politiknya, dengan satu kerajaan yang lemah, meskipun diiktiraf Barat. Kerajaan ini berpusat di Beijing, akan tetapi, panglima perang mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka.

National People's Congress
Dewan Besar Rakyat dimana Kongres Nasional Rakyat (NPC) bersidang.

Pada penghujung kurun 1920-an, parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek sedikit-sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat di bandar Nanjing. Beliau melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun Yat-sen untuk menjadikan China satu negara demokratik yang moden. Rancangan ini adalah berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi Lenin. Yang menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan Parti Komunis China (CCP) pada masa sekarang. Pada tahun 1947, pemerintahan berasaskan perlembagaan diwujudkan akan tetapi disebabkan perang saudara China yang meletus, ramai provisyen perlembagaan ini tidak terlaksana di tanah besar China.

Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China.

Sementara ini, Mao Zedong, pemimpin Komunis China, mengistiharkan republik baru bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'. Pada mulanya, PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah Parti Komunis. Namun, sejak perlaksaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad ke 1970-an, China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China, dan setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya, memerhati gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar, filem dan media massa. Gerakan-gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan, dan satu demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian'anmen pada tahun 1989 dimusnahkan kerajaan. Badan Falun Gong, satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba dihapuskan. Ahli Falun Gong bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan berfikir dan propaganda semakin berkurangan. Templat:Lihatjuga5

Wilayah

Sejarah ringkas

Dinasti Zhou, yang memerintah negara China sebelum penyatuan negara China oleh Maharaja Shi Huangdi, asalnya meliputi rantau di sekeliling Huang He. Semenjak itu, wilayahnya telah diluaskan ke semua arah, dan mencapai liputan terbesar dalam sejarahnya pada dinasti-dinasti Tang, Yuan dan Qing. Dinasti Qing meliputi sebahagian Rusia Timur Jauh dan Asia Tengah (di barat wilayah Xinjiang).

Bersama pentadbir wilayah, terdapat sebilangan raja negara luar yang menghantar wakil mereka untuk memberi Maharaja China. Orang China lantas menganggap bahawa raja-raja ini "kagum" dengan "kehebatan" maharaja mereka itu, walaupun kerajaan negara-negara lain menafikan ini. Sejak pengakhiran kurun ke 19, negara China cuba memberikan maksud lain kepada perhubungan ini sebagai satu naungan, akan tetapi definasi teori politik moden tiada definasi sedemikian rupa.

Empayar Qing telah menghampuskan tujuan Tembok Besar China sebagai pertahanan kawasan China betul apabila tanah air mereka, Manchuria di utara tembok digabungkan dengan China di selatannya. Pada tahun 1683 selepas kejatuhan Negara Tungning yang ditubuhkan Koxinga, Taiwan termasuk kepulauan Pescadores menjadi sebahagian empayar Qing, pada mulanya sebagai satu daerah, kemudiannya pula dua dan akhirnya sebagai satu wilayah. Taiwan diberikan kepada Jepun apabila ia mengalami kekalahan di Perang Sino-Jepun 1 pada tahun 1895. Selepas Perang Sino-Jepun 2 pada tahun 1945, Jepun telah memulangkan Taiwan kepada Republik China dibawah Perjanjian Damai San Francisco. Status Politik Taiwan kini dibawah satu pertikaian di antara PRC, ROC dan penyokong kemerdekaan Taiwan. Lihat juga Republik China dan Xizang (Tibet)

Divisi Politik Duluan

Dari segi sejarah, divisi politik China berubah apabila pentadbirannya berubah. Tingkat tertinggi divisi politik termasuk bulatan pentadbiran dan wilayah-wilayah. Di peringkat bawahan, terdapat daerah-daerah dan pelbagai jabatan-jabatan disamping beberapa pentadbiran bandar.

Sebahagian besar pentadbiran dinasti-dinasti bersumberkan kawasan-kawasan asal China, dikenali dengan gelaran politik betul sebagai China patut (kerana tidak termasuk kawasan-kawasan yang tidak ditahluki kerajaan China seperti Mongolia dan pulau Taiwan). Banyak dinasti-dinasti ini menunjukkan sifat ingin memperluaskan kawasan jajahan mereka dengan melancarkan serangan-serangan ketenteraan dalam kawasan-kawasan lebih dalam seperti Mongolia Dalam, Manchuria, Xinjiang dan wilayah Xizang atau Tibet. Dinasti Qing dan kerajaan pemerintah selepasnya, Republik China dan Republik Rakyat China telah melekatkan kawasan-kawasan ini kedalam China. Kawasan-kawasan ini pada kendatinya juga mempunyai sempadan yang tidak begitu jelas dan tidak bertepatan dengan divisi politik pada masa kini juga. China patut difikirkan terbatas pada Tembok Besar China dan tepi Plateau Tibet; Manchuria dan Mongolia Dalam adalah di utara Tembok Besar China dan sempadan diantara mereka boleh dianggap sempadan kini antara Mongolia Dalam dan wilayah-wilayah timur laut atau sempadan bersejarah kerajaan boneka Manchukuo era Perang Dunia II-an. Sempadan Xinjiang sama dengan sempadannya pada masa kini, sama seperti Xizang, juga dikenali sebagai Tibet. China juga terbahagi secara arah dengan arah utara China (北方) dan arah selatan China (南方) dengan Sungai Huai (淮河) dan Pergunugan Qinling (秦岭) sebagai pengantaranya.

Geografi dan iklim

China mempunyai pelbagai landskap dengan banyak plateu dan gunung di bahagian barat, dan kawasan tanah rendah di timur. Dengan sebab ini, kebanyakan sungai mengalir dari bahagian barat ke timur, termasuk Sungai Yangtze (kawasan tengah) dan Sungai Huang He (kawasan tengah di timur) dan Sungai Amur (bahagian timur laut) dan adakalanya menuju ke selatan (termasuk Sungai Mutiara, Sungai Mekong dan Brahmaputra. Meskipun begini, kebanyakan sungai melepas ke Lautan Pasifik.

Kawasan tanah subur di China rata-ratanya hanyalah di persisiran sungai-sungai Yangtze dan Huang He, dan tempat-tempat inilah kawasan asal tamadun China yang agong.

Di sepanjang pantai Laut Kuning di timur dan Laut China Timur dijumpai kawasan rata alluvial yang ekstensif, dengan penempatan penduduk yang padat. Persisiran pantai kawasan Laut China Selatan bergunung-ganang dan berlembah.

Di barat, kawasan utara mempunyai kawasan rata alluvial yang luas, dan selatannya berbukit-bukau dengan Pergunungan Himayala dengan puncaknya yang tertinggi Puncak Everest. Kawasan barat laut mempunyai kawasan plateu yang tinggi dan kawasan gurun yang padat seperti Takla-Makan dan Gurun Gobi yang semakin membesar. Disebabkan musim kemarau yang belanjutan dan praktis pertanian yang tidak seimbang, ribut pasir amat biasa berlaku di China pada musim bunga. Pasir terus menuju ke selatan China, pulau Taiwan dan juga persisiran pantai barat Amerika Syarikat.

Semasa pemerintahan pelbagai dinasti, sempadan barat daya China adalah gunung-gunung tinggi dan lembah-lembah Yunnan yang bersempadankan Burma, Laos dan Vietnam pada masa kini.

Iklim China tertahluk kepada kawasannya. Kawasan utara (termasuk bandar Beijing) mempunyai iklim musim sejuk Artik. Kawasan tengah (termasuk Shanghai) mempunyai iklim yang lebih sederhana. Zon selatan (termasuk bandar Guangzhou) mempunyai iklim lebih panas subtropika.

Demografi

Crowded Nanjing Road in Shanghai.jpeg
Jalan Nanjing yang sesak di Shanghai.

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik, dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga.

Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu sama sendiri mereka, dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasa-bahasa berlainan, tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik" oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" (白话)yang dipakai semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku, iaitu bahasa bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. Satu lagi standard tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. Cara ini tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an, kendatipun, ia masih merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China, jadi ia masih difahami oleh sesetengah individu China. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin, dialek lain biasanya tidak ditulis, satu pengecualian adalah dialek Kantonis, yang ada masa dituliskan dalam keadaan tidak formal.

Confuciustempleapricotplatform
Dataran Apricot di tengah taman di tokong Confucius, Qufu, Shandong.

Budaya

Agama dan Kepercayaan

Agama-agama utama di China adalah:

  • Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui
  • Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]
  • Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%)
  • Islam - 1% ke 2%
  • Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan kerohanian, jumlah mengikut Falun Dafa yang dihebohkan turut dianggap tidak boleh dipercayai)

Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak beragama) namun kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat.

Kebelakangan ini, Falun Gong, satu amalan kerohanian yang menggabungkan amalan agama Buddha dan Taoisme, telah menctuskan kontroversi besar setelah kerajaan Republik Rakyat China melabelkannya sebagai ajaran sesat yang jahat dan memulakan cubaan menghapuskannya. Falun Gong sendiri menafikan bahawa dirinya merupakan ajaran sesat atau agama. Falun Gong mengakui mempunyai kira-kira 70-100 juta orang pengikut, bilangan yang lebih tinggi sedikit daripada anggaran pihak luar, namun jumlah yang setepatnya masih tidak diketahui. Pengikut kumpulan ini lazimnya memprotes untuk menentang penindasan yang dikenakan terhadap mereka, di dalam dan luar negara.

Seni, pendidikan dan kesusasteraan

Porcelain Workshop, Jingdezhen, Jiangxi, China
A porcelain workshop in Jingdezhen city, Jiangxi Province.

Kesusasteraan Cina mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan, sebahagiannya kesan perkembangan teknologi pencetakan sewaktu Dinasti Song. Sebelum itu, manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius, Taoisme, dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan berus dakwat (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata. Akademi para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil-hasil ini dalam kedua-dua bentuk dicetak dan ditulis. Ahli kerabat diraja kerap menyertai perbahasan sebegini. Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan lama hingga masa kini dan lebih lagi, daripada tetulang hingga fatwa Dinasti Qing, yang ditemui setiap hari, secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina.

Pekingoper2
Topeng opera Peking.

Sejak berabad lama, peluang untuk kemajuan ekonomi dan sosial di China boleh disediakan oleh prestasi tinggi dalam peperiksaan diraja, maka tercetusnya konsep meritokrasi, namun dalam amalannya sistem ini hanya menyebelahi orang lelaki sahaja dan tidak terlalu miskin agar mampu membuat persediaan peperiksaan, kerana pembelajaran masih diperlukan untuk mencapai keputusan terbaik. Walau bagaimanapun, sistem ini ketara bezanya daripada sistem Eropah yang mementingkan kebesaran keluarga. Peperiksaan diraja mewajibkan para calon menulis esei dan mendemonstrasi penguasaan mereka dalam falsafah Confucius. Calon yang lulus tahap tertinggi peperiksaan ini dialntik sebagai pegawai cendekiawan elit atau jinshi, kedudukan sosio-ekonomi yang disanjung tinggi.

Ahli falsafah, pengarang dan penyair Cina sejak sekian lama menjadi ahli masyarakat yang disanjung tinggi dalam pelbagai segi, dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memupuk budaya empayar ini. Akan tetapi tindakan sesetengah ilmuwan melakarkan cara hidup para rakyat China yang biasa dalam gambaran yang tidak disukai menimbulkan kemarahan kerajaannya. (Lihat Senarai penulis China dan Senarai sasterawan China)

Para orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti zheng, xiao dan erhu, yang telah berkembang penggunaan mereka di sebanjang Asia Timur dan tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik "free-reed" Barat.

Tulisan China mempunyai pelbagai variasi dan cara penulisan sepanjang sejarah China, dan telah "diringkaskan" pada pertengahan abad ke 20 an. Kaligrafi China merupakan seni yang tinggi statusnya di China, lebih tinggi daripada melukis gambar dan muzik sekalipun. Disebabkan kaligrafi disamakan pengunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar, ia menjadi komersial dan para tulisan mereka menjadi barang berharga.

Variasi dan keindahan landskap China merupakan sumber inspirasi lukisan-lukisan China yang agong. Lihat Lukisan China untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kaligrafi, sushi dan bonsai adalah seni warisan lama di China dan berkenbang ke Jepun dan Korea.

Sains dan teknologi

Yang Liwei space suit
Suit angkasa lepas yang dipakai oleh Yang Liwei, angasawan Shenzhou 5. China merupakan negara ketiga untuk melancarkan manusia ke orbit.

Selain daripada inovasi budaya yang dipercakapkan di atas, alatan yang dicipta daripada China termasuk:


Kajian lain:

  • Aplikasi matematik di China tradisional adalah dalam seni bina dan geografi. Pi(π) telah dikira oleh ahli matematik Zu Chongzhi sehingga angka ketujuh. Sistem decimal telah digunakan di China seawal abad ke 14 M. Segitiga "Pascal" telah ditemui oleh ahli matematik Liu Ju-Hsieh lebih awal daripada kelahiran Pascal.
  • Kajian dalam cabang sains biologi amat ekstensif, dan rekod sejarah masih digunapakai sehingga ke hari ini, terutama dalam ubatan pokok tradisional.
  • Ubatan Tradisional dan pembedahan amat tinggi pencapaiannya semasa beberapa waktu dalam sejarah, dan dilihat sebagai innovatif dalam sesetengah bidang. Mereka terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti perubatan antarabangsa, dan telah diiktiraf dalam beberapa abad kebelakangan ini sebagai terapi alternatif. Satu contoh adalah akupuntur, sekapipun ia dipertikai sesetengah pihak. Akan tetapi, bedah siasat tidak diterima kerana kepercayaan bahawa satu mayat tidak boleh dicabuli. Namun, terdapat ramai doktor yang telah meningkatkan pemahaman am tentang anatomi dengan melanggar peraturan berkenaan pencabulan ini.
  • Alkimia merupakan kimia Taoisme, berlainan dengan kimia moden.
  • Astrologi Cina dan buruj Cina selalu digunakan untuk ramalan.
  • Inovasi ketenteraan termasuk panah dan rakapnya, gas beracun (asap dari biji sawi terbakar), gas pemedih mata daripada serbuk air limau, peta perlindungan untuk merancang pertempuran, layang-layang yang boleh dinaiki, tombak berbakar, roket, ubat bedil, grenad ubat bedil, proto-pistol, pelbagai jenis senapang berkaitan peluru dan meriam.

Lihat juga

Pautan luar

Bahasa Cina

Bahasa Cina atau Bahasa Han (Cina Tradisional: 漢語, Cina Ringkas: 汉语, pinyin: Hànyǔ; Cina Tradisional: 華語, Cina Ringkas: 华语, pinyin: Huáyǔ; atau 中文, pinyin: Zhōngwén) merupakan bahasa bangsa Han yang membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.

Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau dialek yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.

Sebutan Bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau (bersama bahasa Portugal).

Bahasa Korea

Bahasa Korea (한국어/조선말, lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina.

Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.

Bahasa Mandarin

Artikel ini berkenaan semua dialek bahasa Cina utara. Untuk merujuk kepada bahasa Cina piawai yang rasmi (Putonghua/Guoyu), lihat Bahasa Mandarin Baku.Mandarin atau Guanhua (Cina Tradisional: 官話, Cina Ringkas: 官话, pinyin: Guānhuà "pertuturan pegawai"), atau Beifanghua (北方方言; Pinyin: Běifāngfāngyán; "dialek utara") merupakan golongan dialek Cina saling berkaitan, yang ditutur di kebanyakan kawasan China utara dan barat daya. Jika dipandang sebagai bahasa tunggal, seperti yang sering dilakukan dalam kegunaan akademik, dialek-dialek Mandarin lebih ramai penutur asalnya berbanding mana-mana bahasa lain.

Perkataan Mandarin boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan sama ada kepada semua dialek Mandarin atau cuma Bahasa Mandarin Baku, yang berasaskan dialek Beijing. Bahasa Mandarin Baku berfungsi sebagai bahasa pertuturan rasmi Republik Rakyat China, Republik China di Taiwan dan Singapura. "Bahasa Cina" — secara tepatnya, Bahasa Mandarin — merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling difahami daripada yang lain. Penggolongan ini didekatkan dan digunakan oleh pakar bahasa, dan tidak kerap digunakan di luar konteks akademik sebagai deskripsi tersendiri. Sebaliknya, apabila ditanya untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang dituturnya, seorang Cina itu yang bertutur dalam sebentuk bahasa Mandarin akan mengenal pasti variasi yang dituturnya, contohnya dialek Sichuan atau China utara, dan menganggapnya berbeza daripada "Bahasa Mandarin [Baku]"; mereka mungkin tidak menganggap bahawa bahasa itu sebenarnya digolongkan oleh pakar bahasa sebagai sebentuk bahasa "Mandarin" dalam erti yang lebih luas. Malah tiada juga identiti "Mandarin" umum berdasarkan bahasa; sebaliknya, terdapat identiti kawasan tersendiri yang kukuh, bertengahkan dialek Mandarin individu, disebabkan pengedaran geographi penuturnya yang amat meluas.

Beijing

Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; sebutan ), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai, dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar, dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni . Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya. Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara. Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia", dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

Hong Kong

Hong Kong (Cina: 香港) secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (Cina: 香港特别行政区),, adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem", dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang merupakan tanggungjawab Kerajaan PRC. Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka, yang mana adalah banyak berlainan daripada Tanah Besar China.Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997. Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya. Jumlah penduduk bandar raya ialah 95% etnik Han dan 5% lain. Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong ialah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.Templat:Toclimit

Kawasan Autonomi Tibet

Kawasan Autonomi Tibet (TAR), atau juga Xizang (Bahasa Tibet: བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས་; Wylie: Bod-rang-skyong-ljongs; Cina Ringkas: 西藏自治区; Cina Tradisional: 西藏自治區; pinyin: Xīzàng Zìzhìqū), ialah sebuah kawasan autonomi berperingkat wilayah di Republik Rakyat China (PRC).

Dalam lingkungan Republik Rakyat China, nama Tibet memaksudkan Wilayah Autonomi yang merangkumi separuh kawasan Tibet bersejarah, termasuk daerah-daerah Ü-Tsang dan Kham (separuh barat) yang asal. Sempadannya lebih kurang bersamaan kawasan penguasaan sebenar kerajaan Tibet sebelum tahun 1959. Tibet ialah wilayah kedua terbesar di China dari segi keluasan (meliputi 470,000 bt2 atau 1,200,000 km2) mengekori Xinjiang.

Tidak seperti kawasan-kawasan autonomi lain, kebanyakan besar penduduknya merupakan suku etnik tempatan. Oleh yang demikian, wujudnya pertikaian mengenai tahap autonomi sebenar kawasan ini. Kerajaan China mendakwa bahawa Tibet cukup autonominya, seperti yang dijamin oleh Perkara-perkara 112-122 dalam Perlembagaan Republik Rakyat China dan juga Undang-undang Autonomi Etnik Setempat Republik Rakyat China, tetapi pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seluruh dunia mendakwa kerajaan China tengah menganiaya dan menindas penduduk setempatnya.Tibet terletak di bawah pentadbiran Republik Rakyat China. Satu "Pentadbiran Pusat Tibet", atau dikenali sebagai "Kerajaan Tibet Dalam Buangan" yang diketuai Dalai Lama, menyifatkan situasi ini sebagai pendudukan tentera yang tidak sah, apatah lagi mendakwa bahawa Tibet ialah sebuah negara berdaulat tersendiri yang panjang sejarah kemerdekaannya, namun Dalai Lama itu sendiri tidak memburu impian memerdekakan Tibet, sebaliknya sedia menerima taraf berautonomi yang serupa seperti Hong Kong.

Laut China Selatan

Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik, meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3.500.000 km ².

Ia terletak di:

Selatan Tanah Besar China dan pulau Taiwan,

Barat Filipina,

Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei,

Utara Indonesia,

Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura, serta

Timur Vietnam.Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal laut China, Arab dan Belanda turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar laut.

Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu.

Makau

Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau dimiliki Republik Rakyat China (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區; Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; tulisan pendek Makau, Macau atau Macao (澳門, Pinyin: Àomén; secara tidak formal juga dikenali sebagai 馬交); lihat Nama) merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas selain Hong Kong. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Makau telah dipindah-milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Penduduk Makau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.

Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainan Pai Gow yang dimain dengan domino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dari Hong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatan feri daripada syarikat hidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.

Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Republik China di Taiwan

Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)

"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949

Republik China atau dikenali sebagai Taiwan (Cina Tradisional: 中華民國, Cina Ringkas: 中华民国, pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) adalah satu negara daulat yang mula memerintah pulau Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 berikutan Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar sebelumnya. Negara ini juga memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada negara ini dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal negara ini, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.

Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)

Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.

Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.

Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.

Republik Rakyat China

Republik Rakyat China (RRC, Cina: 中华人民共和国), lebih dikenali dengan nama China (Cina: 中国) sahaja, ialah sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti, dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi (Hong Kong dan Makau). Ibu negara RRC ialah Beijing.Pada keluasan kira-kira 9.6 juta kilometer persegi (3.7 juta batu persegi), RRC ialah negara ketiga atau keempat terluas di dunia dari segi keluasan keseluruhan, dan negara kedua terbesar dari segi keluasan daratan. Lanskapnya dipelbagaikan dari tanah hutan steppe dan gurun (Gobi dan Taklamakan) di bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan Siberia di Rusia, hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan yang lembap bersebelahan dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan Myanmar. Rupa bumi di bahagian baratnya tinggi dan berceranggah, dengan banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan semula jadi China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan pinggiran laut timur tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai sepanjang 14,500 kilometer (9,010 mi) di tepi Laut China Selatan di tenggara dan Laut China Timur di timur yang juga terletaknya Taiwan, Korea, dan Jepun.

Tamadun Cina purba—antara tamadun-tamadun terawal di dunia—menjadi makmur di lembangan subur Sungai Kuning yang mengalir merentasi Dataran China Utara. Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai dinasti). Dinasti pertamanya ialah Xia (kira-kira 2000 SM), tetapi pada zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara China yang bersatu pada 221 SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir pada tahun 1911 dengan penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis Kuomintang (KMT). Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah belah dan perang saudara yang membahagikan negara kepada dua paksi politik, iaitu Kuomintang dan komunis. Pada 1949, pertempuran besar-besaran berakhir dengan kemenangan dalam perang saudara oleh pihak komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar China. Kerajaan Republik China pimpinan Kuomintang berundur ke Taipei, dengan bidang kuasanya kini terhad kepada Taiwan dan beberapa pulau terpencil. Semenjak itu, RRC sentiasa berbalah dengan RC mengenai perihal kedaulatan dan taraf politik Taiwan.

Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran diperkenalkan pada tahun 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia, pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53% pada tahun 1981 kepada 8% pada tahun 2001. Namun demikian, RRC kini berdepan dengan sebilangan masalah lain termasuk kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal, jurang pendapatan yang makin besar antara penduduk bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam sekitar. Lebih-lebih lagi, China turut dikecam atas pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan-kerajaan negara lain mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di samping sering kali mengganggu kebebasan akhbar.China ialah sebuah kuasa utama, ekonomi kedua terbesar di dunia secara nominal (atau terbesar di dunia mengikut pariti kuasa beli) dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai pertubuhan-pertubuhan berbilang pihak termasuk WTO, APEC, G-20 dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. China ialah sebuah negara bersenjata nuklear yang teriktiraf dan juga bala tentera tetap terbesar di dunia dengan belanjawan pertahanan kedua termahal. China disifatkan berpotensi menjadi kuasa terbesar oleh sesetengah ahli akademik, serta para penganalisa ketenteraan, dasar awam dan ekonomi.

Shanghai

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas ambil alih komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasi Shenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini.

Taipei Cina

Taipei China (Cina Tradisional: 中華臺北, Cina Ringkas: 中华台北, pinyin: Zhōnghuá Táibĕi) ialah nama yang digunakan oleh Taiwan, Republik China di Taiwan (ROC) untuk menyertai sukan antarabangsa. Oleh sebab Republik Rakyat China (PRC) menentang pengiktirafan Taiwan sebagai sebuah negara di bawah Dasar Satu Chinanya, ROC dipaksa melepaskan nama "Republik China" atau "Taiwan" agar tidak menyampaikan sebarang maksud tersirat akan kedaulatannya apabila menyertai kegiatan sukan antarabangsa (sila lihat Status politik Taiwan).

Terdapat dua versi terjemahan China untuk nama "Taipei China", iaitu:

Zhōnghuá Táibĕi (中華臺北) yang digunakan oleh Republik China (ROC) dan dalam semua dokumen rasmi;

Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) yang digunakan oleh Republik Rakyat China (PRC).Oleh sebab Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) juga boleh bermaksud "Taipei, China", kerajaan ROC melihatkan nama tersebut sebagai menghina kerana ia meletakkan Taiwan pada taraf yang sama dengan Hong Kong, China, dan Macau, China.

Tibet

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."

Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini, dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.

Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.

Tulisan Cina Ringkas

Tulisan Cina Ringkas (Cina Ringkas: 简体字/简化字; Cina Tradisional: 簡體字/簡化字; pinyin: jiǎntǐzì/jiǎnhuàzì) adalah satu daripada dua cara penulisan yang digunakan dalam Bahasa Cina. Cara yang bertentangan adalah tulisan cara tradisional. Tulisan Cina Ringkas merupakan Hanzi (perkataan-perkataan Cina) yang telah dipermudahkan cara penulisannya oleh kerajaan China dengan matlamat untuk mempromosikan kebolehan membaca dan menulis di kalangan rakyatnya, kerana adalah dikatakan bahawa para penduduk miskin seperti petani menghadapi kesukaran mempelajari tulisan tradisional.

Tulisan Cina Tradisional

Tulisan Cina Tradisional (Cina Tradisional: 正體字/繁體字, Cina Ringkas: 正体字/繁体字, pinyin: zhèngtǐ zì/fántǐ zì) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai aksara Cina bercetak. Bentuk aksara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set aksara tradisional daripada set aksara Cina ringkas yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Makau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.

Waktu Piawai China

Waktu Piawai China atau Waktu Beijing ialah zon waktu yang digunakan di Republik Rakyat China (RRC). Perbezaan waktunya adalah 8 jam lebih cepat berbanding UTC.

Beberapa wilayah di Asia juga menggunakan zon waktu yang sama (UTC+8), namun menggunakan nama yang berbeza, seperti Waktu Piawai Malaysia, Waktu Piawai Filipina, Waktu Piawai Singapura dan Waktu Indonesia Tengah (WITA).

Republik Rakyat China menggunakan waktu musim panas pada tahun 1986 hingga 1991, namun saat ini tidak.

Zon waktu

Zon waktu (Bahasa Inggeris: Time zone) merupakan kawasan di bumi yang telah menggunakan waktu masa yang sama, yang dikatakan waktu tempatan. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon waktu bersebelahan berbeza satu jam, atau 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah wajib, and seperti yang dapat dilihat dari peta di bawah, bentuk zon waktu adalah agak tidak tetap kerana ia biasanya mengikut bentuk negara-negara yang dilaluinya.

Semua zon waktu ditakrifkan mengikut UTC (dulu GMT) di longitud 0° di Greenwich, London. Waktu Malaysia ialah UTC + 8. Negara lain dalam zon waktu ini ialah barat Australia, Brunei, Filipina, Indonesia (WITA), Mongolia, seluruh Republik Rakyat China dan Singapura.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.