Bront Palarae

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan pengacara televisyen Malaysia.[1] Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]

Bront Palarae
Seorang lelaki berpakaian gelap berdiri di sebalik latar belakang dinding berwarna merah.
KelahiranNasrul Suhaimin bin Saifuddin
27 September 1978 (umur 40)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Tahun aktif2000–kini
PasanganRozi Izma (k. 2013)
AnakAdeena Imani

Kehidupan awal

Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau berketurunan Melayu, Punjabi/Pakistan (bapa) dan Siam (ibu). Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali. Beliau tinggal melebihi tempoh dan melawat negara itu dalam tempoh empat bulan akan datang.

Kerjaya

2003–2008: Kerjaya awal dan kejayaan

Biarpun beliau telah memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran Astro Prima. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007)[3] dan pembunuh upahan psiko Setem (2009).

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Bront juga pernah bergandingan bersama pelakon Dynas pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan. Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.

Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni pada tahun 2009.

2009–2014: Cabaran, hala tuju kerjaya dan Terbaik Dari Langit

Tidak mahu terlalu selesa dengan hala tuju kerjaya lakonannya, Bront mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita di layar perak. Biarpun dikenali sebagai aktor yang kurang mendapat publisiti media namun kemunculannya dalam filem arahan teman baiknya, pelakon Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan (2010) ternyata membuahkan hasil apabila filem tersebut mengaut kutipan pecah panggung lebih daripada RM 4 juta. Menerusi watak Brett dalam filem tersebut, Bront dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23.

Bront&daphnie(belukar)
Ketika membintangi filem Belukar bersama Daphne Iking

Seterusnya Bront muncul dalam filem Belukar arahan Jason Chong.[5] Menerusi watak penyiasat insurans dalam filem tersebut, nasib Bront mula menyinar apabila dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23[6][7] menewaskan nama-nama hebat seperti Esma Daniel, Farid Kamil dan Zul Huzaimy. Bront juga mengulangi kejayaan sama di Anugerah Skrin 2010 dengan menewaskan pemenang FFM 22, Afdlin Shauki yang cemerlang menerusi filem Papadom.[8]

Bront muncul dalam filem Hanyut arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Saari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly.[9][10] Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama di FFM 23 iaitu Lisa Surihani dalam filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront ialah Bunga Lalang arahan Dain Iskandar Said dan Jiwa Taiko (Osman Ali).

Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem dan melalui syarikat itu, beliau mengarah, menulis dan mengarahkan bersama filem Kolumpo,[11] sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2013. Beliau juga pernah berkhidmat di Camwerk Studios sebagai Perunding Kreatif untuk membantu membangunkan Penculikan Ammar Affendi dan terjamin bersama tawaran penerbitan dengan RexMedia (US) di Marche Du Film di Festival De Cannes pada tahun yang sama. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Duta Jenama untuk Edwin Denim Malaysia[12] dan juga wajah pereka fesyen tempatan Fairuz Ramdhan.[13]

2015–kini: Halfworlds dan melangkah serantau

Pada Januari 2016, Bront membintangi filem drama sukan Ola Bola,[14] arahan Chiu Keng Guan selepas memecah rekod yang dipegang oleh The Journey. Bukan itu sahaja filem yang mengutip RM15.85 juta dan menjadi filem Malaysia dengan kutipan tertinggi kelima sepanjang masa, Bront juga memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik Kuala Lumpur 2016[15] dalam kategori Penyokong, kerana peranannya dalam filem itu.[16]

Selepas memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk Terbaik Dari Langit di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015),[17][18] beliau turut membantu dalam siri bertajuk Halfworlds[19][20] di HBO Asia diarahkan oleh pembikin filem Indonesia, Joko Anwar.[21] Beliau kemudiannya menyertai Mo Brothers pada filem terkini Headshot, yang dibintangi oleh Iko Uwais.[22] Bront menyertai barisan pelakon filem komedi My Stupid Boss lakonan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian sebagai kerjasama dengan lain pembikin filem Indonesia, Upi Avianto.[23]

Pada Februari 2016, Bront dijangka merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam. Filem bertajuk Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play. Skrip bagi filem itu ditulis oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah.[24][25][26]'[27]

Di Anugerah Televisyen Asia 2016, Bront telah dicalonkan untuk peranannya dalam telefilem Eropah, Here I Am menerusi kategori "Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama".[28][29][30]

Bront membintangi filem Pengabdi Setan arahan Joko,[31] sebuah pembikinan semula filem seram Indonesia 1980 dengan judul sama arahan Sisworo Gautama Putra.[32] Ia menjadi kolaborasi keduanya bersama Joko selepas siri Halfworlds di HBO Asia.[33] Pada 21 Disember 2017, Bront bersama pelakon jelita Fazura membintangi filem drama keagamaan Indonesia, Ayat-Ayat Cinta 2 arahan Guntur Soerhardjanto. Dalam filem ini yang merupakan kesinambungan filem pertama yang ditayangkan pada 2008, Bront memegang watak Baruch, seorang bekas tentera Yahudi yang panas baran, merawat ibu tirinya.[34] Filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Januari 2018.[35]

Bront bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]

Bront bersiap untuk menjayakan peranannya dalam projek filem terbarunya bertajuk What Comes Around, yang diarahkan oleh Zahir Omar. Beliau juga sedang menyiapkan filem terbaru arahannya bertajuk The Intern.[36] Bront memegang watak sebagai Ponthaliwat dalam filem Bikers Kental 2 yang ditayangkan pada 14 Mac 2019.[37]

Aktiviti kemanusiaan

Pada tahun 2012, Bront menyertai percutian Bantuan Kecemasan AQSA2Gaza11 untuk Gaza[38] yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada membantu rakyat Palestin yang terjejas oleh konflik Gaza-Israel yang berlaku pada tahun itu.

Beliau merupakan duta muhibah untuk kempen My Promise To Children anjuran UNICEF[39] bagi memperjuangkan hak-hak kanak-kanak di Malaysia.

Kehidupan peribadi

Bront dan kenalan lamanya, Rozi Izma sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Ogos 2013, iaitu bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Bront dan isteri berkenalan pada tahun 1999 dan mula menjalinkan hubungan pada tahun 2003. Beliau yang membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan lama, berkata:[40][41]

"Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami. Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran."

Bront juga berkongsi rasa bahagianya apabila kini sudah bergelar bapa kepada cahayamata pertamanya, Adeena Imani.[42]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2000 Lips to Lips Amir Muhammad Pengurus produksi
2003 Lang Buana Mamat Khalid
2006 Man Laksa Mat Topoi
Castello Abang Calita Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
Bilut Rosli
Tipah Tertipu The Movie Penjahat Ahmad Idham Juga sebagai penulis lakonlayar bersama Mamat Khalid
2007 1957: Hati Malaya Muzaffar Datin Paduka Shuhaimi Baba
Anak Halal Danny Osman Ali
Apa Khabar Orang Kampung Pelakon Radio
2008 Akhirat Ramon Syed Mohammed Kemunculan khas
Kala Malam Bulan Mengambang Mahinder Singh Mamat Khalid
Antoo Fighter: Amukan Drakulat Rambo Azizi ‘Chunk’ Adnan
2009 Setem Abu Bakar/'Burn' Kabir Bhatia
15Malaysia Lelaki Pedofilia Namron Episod: "Lolipop", antologi filem pendek
2010 V3 Samseng Jalanan Brett Dato' Farid Kamil
Belukar Nik Jason Chong
2011 Kongsi Kempedu Dato' Farid Kamil
Sekali Lagi Haris Hashim Rejab
Ombak Rindu Ismail Osman Ali
Sirap Bandung Cap Ibu Jari Kaki Dirinya sendiri Juga sebagai penulis skrip
2012 Bunohan Deng Dain Iskandar Said
Jiwa Taiko Pinto Osman Ali
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Hisyam Sharad Sharan
2013 Juvana Warden Encik Raja Faisal Ishak Penampilan kameo
Bikers Kental Ponthaliwat Helmi Yusof
Psiko: Pencuri Hati O. Sidi Namron
Kolumpo Dirinya sendiri Juga sebagai penulis skrip dan penerbit
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Jo Osman Ali
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Hisyam Sharad Sharan
Anak Jantan Somchai Faizul A. Rashid
Dollah Superstar Dirinya sendiri Kabir Bhatia Penampilan kameo
Terbaik dari Langit Berg Nik Amir Mustapha
2015 Redemption Night Rahman Takatoi Hosoi Filem Jepun
Jwanita Farhan Osman Ali
Girlfriend Kontrak Zain Virginia Kennedy
2016 Ola Bola Rahman Chiu Keng Guan
Headshot Ali Kimo Stamboel, Timo Tjahjanto Filem Indonesia
My Stupid Boss Adrian Upi Avianto
Hanyut Sayed Rashid U-Wei Hj Saari
2017 Kau Takdirku Harris Jason Chong
Pengabdi Setan Bahri Suwono Joko Anwar Filem Indonesia
Ayat-Ayat Cinta 2 Baruch Guntur Soehardjanto
2018 Dukun Shah Dain Iskandar Said
Crossroads: One, Two, Jaga Inspektor Rayyan Nam Ron Penerbit, dan watak pembantu
2019 Bikers Kental 2 Ponthaliwat Helmi Yusof
Fly By Night Inspektor Kamal Zahir Omar
Gundala Pengkor Joko Anwar Filem Indonesia
Proksi Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Sam Zulkarnain Azhar Pos-produksi
Mawas Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Krishna Roy Pos-produksi
TBA Sabotage Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Dirinya sendiri Pos-produksi
Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen[43] Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi; juga sebagai penerbit[44][45]
Safari Mall Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
The Intern Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
What Comes Around Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2003 Dengan Nama Cinta NTV7
2004 Rumah itu Duniaku TV1 Husni
Garisan Takdir Mediacorp Suria
Cinta Tsunami TV3 Rangsit
2007 Cinta Secangkir Kopi TV9 Ammar
2008 Sindarela TV3 Tengku Hussein@ Sein
Rona Roni Makaroni Astro Ria Roni
2009 Tower 13 TV3 Johan Ariff
Tangkai Besi Astro Citra
Ibn Battuta: The Animated Series TV2
2011 Juvana TV3 Warden Encik Raja
Hajar Aswad TV9 Asrul Aswad
2012 Pulau TV9 Azri
Projek Pop 8TV Kemunculan khas
I Eat KL HyppTV
2015 Halfworlds HBO Asia Gusti
2018 Doors: A Philippines Horror Anthology Boo Filem Filipina: Daddy's Home
Folklore HBO Asia Episod: "Toyol"
The Bridge NTV7 Megat

Telefilem

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2000 Mat Nor Kusyairi and the Velveboys NTV7
2003 Neon Astro Ria Kawan Ringgo III
2009 Senandung Malam Astro Prima
2010 Bunga Rampai Musim Tengkujuh TV1 Jamal
2012 Kasih Bumi TV9 Bumi
Darah Daging Astro Prima
2013 NY Cinta Astro First Eksklusif Seth
2014 Sebenarnya TV3 Khaliff
2015 3 Nota Astro Maya HD Atoi
2016 Eropah, Here I AM Astro Citra Bukhari
2017 Kekasih Elektrik Astro Citra
2018 Janji Zehan Astro First Eksklusif Faizal

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2003 Beat TV Astro Ria Beliau mengacarakannya bersama Dynas

Iklan

Tahun Iklan Catatan
2006 Hotlink bersama Sari Yanti
2008 Visit Singapore

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2017 "Kembali" Kaka Azraff

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010 Anugerah Skrin ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Belukar Menang
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik V3: Samseng Jalanan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Skrin ke-16 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Jiwa Taiko Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Dicalonkan
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular Dicalonkan
2013 Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Watak Penjahat Terhebat Jiwa Taiko Dicalonkan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Bront Palarae Dicalonkan
Selebriti Lelaki Paling Seksi Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sejoli Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Psiko Pencuri Hati Dicalonkan
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2 Bintang Filem MeleTOP Bront Palarae Dicalonkan
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Pelakon Lelaki Terbaik Terbaik dari Langit Menang
2016 Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ola Bola Menang
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Filem Melodi Bront Palarae Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Kau Takdirku Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Chua, Dennis (22 September 2013). "Man for all roles". Diarkibkan daripada asal pada 2 February 2014. Dicapai 26 January 2014.
  2. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai 30 Jun 2018.
  3. ^ "FIlem Kita". Dicapai 17 September 2016.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017.
  5. ^ "Belukar movie website". Diarkibkan daripada asal pada 2 February 2011.
  6. ^ "Festival Filem Malaysia". SinemaMalaysia. 18 March 2012. Diarkibkan daripada asal pada 18 March 2012.
  7. ^ Lee, Joe (28 October 2010). "A film fest that lets everyone down". The Malay Mail. Diarkibkan daripada asal pada 22 June 2011. Meanwhile, questionable choices abound on the main awards night of FFM 23 - with only Bront Palarae's win, one that was noteworthy and much overdue for the low-profile, talented actor.
  8. ^ SHAMALA VELU (25 December 2010). "Mualaf bags double in Anugerah Skrin". The Star Online. Dicapai 22 June 2012.
  9. ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani (dalam bahasa Malay). Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai 21 October 2016.
  10. ^ Roy Lim Jian-Min (2009). "Visualising 'Hanyut The Movie'". Photo shoot. Kuala Lipis, Pekan: Cinema Online. Dicapai 18 February 2011.
  11. ^ "Kolumpo Facebook Page". Dicapai 13 June 2016.
  12. ^ "Edwin Malaysia Facebook page". Dicapai 13 June 2016.
  13. ^ Kee, William K. C. (28 March 2013). "Men who dare to bare". The Star Online. Dicapai 13 June 2016.
  14. ^ Shackleton, Liz (19 May 2015). "'Journey' director kicks off football drama". Screendaily.com. Dicapai 13 June 2016.
  15. ^ Amzar Anizam (7 October 2016). "Jagat Wins Big at the Kuala Lumpur Critics' Choice Award 2016". Kr8tif Express. Dicapai 2 February 2017.
  16. ^ Chua, Dennis (11 April 2016). "Boboiboy beats Ola Bola for fourth spot in box office list after hitting RM16 million mark". NST Online. Dicapai 13 June 2016.
  17. ^ Mohamed, Nurjehan (6 October 2014). "2 Malaysian films at this year's Tokyo International Film Festival". The Rakyat Post. Dicapai 13 June 2016.
  18. ^ Yu, Ji (12 April 2015). "'Terbaik Dari Langit' wins Best Movie at Aiffa". The Star Online. Dicapai 13 June 2016.
  19. ^ Mumtaj Begum (May 27, 2015). "Bront Palarae to star in HBO Asia original series, Halfworlds". Star2. Dicapai June 1, 2015.
  20. ^ "Bront Palarae bintangi drama bersiri HBO 'Halfworlds'". Astro Awani. 27 Mei 2015. Dicapai 1 Jun 2015.
  21. ^ "Malaysian actor Bront Palarae to star in HBO's 'Halfworlds'". The Malay Mail Online. 27 May 2015. Dicapai 13 June 2016.
  22. ^ Brown, Todd (23 October 2015). "THE RAID Star Iko Uwais Teams With The Mo Brothers For HEADSHOT". TwitchFilm. Dicapai 13 June 2016.
  23. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (23 October 2015). "Bront Palarae breaks into Indonesia's movie market with 'My Stupid Boss'". NST Online. Dicapai 13 June 2016.
  24. ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai 17 March 2017.
  25. ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Dicapai 17 March 2017.
  26. ^ Adam Abu Bakar (16 February 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Dicapai 17 March 2017.
  27. ^ Zaidi Aziz (17 Februari 2016). "Bront Palarae Bakal Berlakon Sebagai Khalid Ibrahim Dalam Filem Baru 'Dawn Raid'". Says. Dicapai 17 Mac 2016.
  28. ^ "The 21st Asian Television Awards (ATA) Winners List (Year 2016)". Asian Television Awards. Dicapai 2 February 2017.
  29. ^ "Bront Palarae Dicalon Pelakon Terbaik Asian Television Awards 2016". Berita RTM. 18 November 2016. Dicapai 29 Mac 2017.
  30. ^ "BRONT PALARAE CALON PELAKON TERBAIK ASIAN TELEVISION AWARDS 2016". Media Hiburan. 17 November 2016. Dicapai 29 Mac 2017.
  31. ^ "Pengabdi Setan".
  32. ^ KC Yap (9 Oktober 2017). "Bront Palarae Goes Regional With New Indonesian Horror". Augustman. Dicapai 17 Januari 2018.
  33. ^ Dennis Chua (29 Jun 2017). "Bront gets spooky in 2 regional films". New Straits Times. Dicapai 17 Januari 2018.
  34. ^ Syahirah Mokhtazar (10 January 2018). "Bront: I enjoyed working abroad". New Straits Times. Dicapai 24 Januari 2018.
  35. ^ "Yang Berbeda dari Film Ayat Ayat Cinta 2 | Republika Online". Republika Online. Dicapai 2017-10-20.
  36. ^ "Interview: Nam Ron, Bront Palarae and Asmara Abigail talk Crossroads: One Two Jaga". FilmDoo (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-03. Dicapai 2018-08-16.
  37. ^ Budiey (7 Februari 2019). Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  38. ^ "Aqsa Syarif salurkan RM2.1 juta untuk A2G-ER fasa 1". Aqsa Syarif. 23 December 2012. Dicapai 13 June 2016.
  39. ^ Fong, Fernando (20 November 2014). "Making a promise to children". The Rakyat Post. Dicapai 13 June 2016.
  40. ^ "Kahwin Senyap, Bront Palarae Sudah Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama". Rotikaya. 7 September 2013. Dicapai 29 Mac 2014.
  41. ^ Noor Ashreen Ismail (4 September 2013). "Teka-teki pernikahan Bront". Kosmo!. Dicapai 29 Mac 2014.
  42. ^ Siti Athirah Dzulkifly (26 Jun 2016). "Bront Palarae bicara isteri dan anak". Utusan Malaysia. Dicapai 26 Jun 2016.
  43. ^ Adam Abu Bakar (16 February 2016). "Bront Palarae bakal filemkan 'Dawn Raid'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada asal pada 17 February 2016. Dicapai 17 March 2017.
  44. ^ "Khalid Ibrahim's historic 'dawn raid' to make it to silver screen". Malaysiakini. 16 February 2016. Dicapai 17 March 2017.
  45. ^ Shackleton, Liz (15 February 2016). "Malaysia's Bront Palarae developing 'Dawn Raid'". ScreenDaily. Diarkibkan daripada asal pada 2017-03-17. Dicapai 17 March 2017.

Pautan luar

Anak Jantan

Anak Jantan merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2014 arahan Faizul A. Rashid terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Filem ini ditayangkan pada 30 Oktober 2014.

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 ialah penganjuran kedua bagi Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang diadakan pada 9 hingga 11 April 2015 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Buat pertama kalinya, penganjuran AIFFA buat kali kedua menerima penyertaan daripada kesemua 10 negara anggota ASEAN. Malaysia telah memenangi dua anugerah di AIFFA 2015, yang terdiri daripada Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Bront Palarae, manakala Filem Terbaik dimenangi oleh Terbaik dari Langit.

Astro Shaw

Astro Shaw ialah syarikat penerbitan filem Malaysia, ditubuhkan pada 2005 sebagai pembahagian kepada Tayangan Unggul. Syarikat ini mengkhususkan kepada filem bergenre drama, romantik, seram, aksi dan cereka sains.

Belukar (filem)

Belukar ialah sebuah filem arahan Jason Chong juga filem pertama arahanya. Belukar merupakan filem yang berunsur cinta, drama dan ada juga aksi yang diselitkan. Filem Belukar masuk ke pawagam pada 6 Mei 2010.

Filem Malaysia tahun 2010

Filem Malaysia pada tahun 2010 dilihat lebih banyak dari segi kuantiti berbanding tahun 2009 dengan 29 judul filem. Seperti biasa, syarikat penerbitan paling aktif dalam Malaysia, MIG Production mendahului senarai pengeluar filem paling banyak pada tahun ini.

Filem Pintu Neraka

Filem Pintu Neraka merupakan sebuah filem Seram yang diarahkan oleh Ckw dan dibintangi oleh Raffi Khan, Jefri Jefrizal, Sherie Merlis, Bront Palarae, Sahronizam Noor, Namron. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Seram. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 April 2014.Filem ini mula ditayangkan pada 17 April 2014 dan pengedarannya diuruskan oleh Cahaya Karya Warna. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Jiwa Taiko

Jiwa Taiko merupakan sebuah filem genre aksi dan cinta yang ditayangkan pada 14 Jun 2012 di Malaysia.

Juvana

Juvana (digayakan sebagai JUVANA) ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin di TV3, bermula dari 25 April 2011 dan berakhir pada 18 Julai 2011. Drama ini diarahkan oleh Faisal Ishak, lakonan Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan Johan As'ari. Ia berkisarkan tentang Daim (lakonan Zahiril Adzim) yang berusia 17 tahun dihantar ke Sekolah Juvana Wira Bakti di Hulu Langat, Selangor atas tuduhan membunuh ibunya sendiri, sedangkan beliau tidak bersalah.

Jwanita

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Kau Takdirku

Kau Takdirku ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2017 arahan Jason Chong lakonan Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Aisya Hasnaa dan Bront Palarae. Filem ini ditayangkan pada 7 September 2017.

Kolumpo (filem)

Kolumpo adalah sebuah filem antologi Malaysia yang ditayangkan pada 5 Disember 2013. Ia adalah koleksi tiga cerpen berbilang bahasa diarahkan oleh Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma. Filem ini dihasilkan oleh para pengarah bersama penerbit bersekutu James Wong di bawah syarikat penerbitan Otto Film Sdn. Bhd.

Terletak di Kuala Lumpur, cerita menyusuri bersama-sama tema biasa dalam kehidupan, harapan dan impian. Pelakon termasuk Sharifah Amani, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzendy, Radhi Khalid dan Emely Poon.

One Two Jaga

One Two Jaga (juga dikenali sebagai Crossroads: One, Two, Jaga untuk pasaran antarabangsa) merupakan sebuah filem drama aksi jenayah Malaysia 2018 arahan Nam Ron terbitan bersama Jazzy Pictures, KL POST dan Pixel Play. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae, dan Azman Hassan. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.

Sindarela

Sindarela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One Sdn Bhd untuk disiarkan dalam slot Lestary TV3, dibintangi Sharifah Amani, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani.

Terbaik dari Langit

Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت; Bahasa Inggeris: Nova) merupakan sebuah filem kembara fantasi cereka sains dan komedi drama Malaysia 2014 arahan Nik Amir Mustapha terbitan bersama Astro Shaw dan Playground Films. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Datuk Aziz Satar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014. Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015. Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

V3 Samseng Jalanan

V3 Samseng Jalanan (judul asal Remp-it V3) ialah sebuah filem aksi Malaysia 2010 arahan Farid Kamil di dalam pengarahan sulungnya dan diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production. Ia dibintangi oleh Farid sendiri, Bront Palarae, Aqasha, Intan Ladyana dan Lisa Surihani. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Remp-It yang ditayangkan pada 2006 dan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Mac 2010.

Zack Kapcai

Zack Kapcai merupakan sebuah filem aksi, komedi yang diarahkan oleh Rosli Mohd Taib dan dibintangi oleh Bunga Cinta Lestari, Reza Rahadian, Bront Palarae, Atikah Suhaime, Chew Kinwah. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak aksi, komedi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Jul 2016.

Filem ini mula ditayangkan pada 19 Mei 2016 dan pengedarannya diuruskan oleh METROWEALTH. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Zahiril Adzim

Mohd Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar (lahir 22 Januari 1984) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, TV dan teater. Beliau bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

1980an
1990an
2000an
2010an

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.