Britain

Perkataan Britain merupakan sepatah istilah tidak formal yang dipergunakan sebagai singkatan atau kemudahan ketika merujuk kepada:

Flag of the United Kingdom
15 September

15 September merupakan hari ke-258 (hari ke-259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 107 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Costa Rica, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua (1821);

Hari Pertempuran Britain di United Kingdom;

Hari Antarabangsa untuk Demokrasi.

7 Mac

7 Mac merupakan hari ke-66 (hari ke-67 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 299 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Guru di Albania;

Hari Buku Dunia di Kepulauan Britain.

Bandar Al-Muktafi Billah Shah

.

Bandar Al-Muktafi Billah Shah adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Pada awal 1970-an, bandar ini adalah hutan. Ia adalah sebuah bandar yang dirancang dalam tahun 1980-an oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan kawasan pedalaman Terengganu Tengah.

Dahulu dikenali sebagai Durian Mas, ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Bandar Al Muktafi Billah Shah pada tahun 1980-an. Ia adalah ibu pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Bandar ini dimodelkan mengikut plan pembangunan Bandar Baru di Britain, bagaimanapun disebabkan kepada ekonomi pertanian, ia tidak boleh mengikuti apa yang telah diamalkan di Britain. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah adalah pentadbir bandar ini.

Bandar ini terletak berhampiran jalan utama Lebuhraya Jerangau Jabor. Bandar ini boleh dilihat apabila perjalanan melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor. Ia mempunyai kemudahan awam seperti bank, hospital, balai polis, balai bomba, masjid, dewan, sekolah, kedai, taman reakreasi dan kawasan kediaman. Pekerjaan utama penduduk adalah datang dari sektor awam di mana kebanyakan daripada mereka adalah penjawat awam yang bekerja di hospital-hospital, sekolah, dan pejabat-pejabat kerajaan.

Bandar ini juga adalah pintu masuk utama ke Pasir Raja, sebuah kampung pedalaman yang bersempadan dengan negeri Pahang. Pasir Raja adalah sebuah kawasan penempatan di luar bandar yang sangat terpencil dan mempunyai beberapa homestay untuk pelancong menikmati kekayaan biodiversiti di Hutan Lipur Chemerung yang mempunyai sebuah air terjun yang cantik.

Empayar British

Empayar British (atau Empayar Inggeris) merupakan empayar terbesar yang pernah didirikan dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil daripada Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad ke-15 kepada era penjajahan kuasa Eropah.

Menjelang tahun 1921, Empayar British meluaskan pengaruhnya terhadap lebih 458 juta orang, iaitu kira-kira 23% daripada populasi dunia. Empayar ini meliputi lebih kurang 33 juta km², juga kira-kira ¼ daripada jumlah keluasan tanah di Bumi. Kesannya, peninggalan Empayar British meluas di merata dunia, dalam sistem perundangan dan kerajaan, amalan ekonomi, ketenteraan, pendidikan, sukan (seperti kriket, ragbi dan bola sepak), dan juga peluasan penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia. Pada zaman kemuncak kuasanya, sering dikatakan bahawa "Matahari tidak akan terbenam di Empayar British" kerana empayarnya yang merentasi dunia memastikan bahawa matahari senantiasa bersinar pada sekurang-kurangnya salah satu daripada jajahan atau naungannya yang luas.Selama lima dekad selepas Perang Dunia II, kebanyakan jajahan empayar menjadi merdeka. Kebanyakannya terus menyertai Negara-negara Komanwel, sebuah pertubuhan bebas yang terdiri daripada negara-negara yang merdeka yang pernah dijajah British.

England

England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.

England dinamakan sempena nama Angles, sebuah puak Jerman. England bersama-sama dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

Gibraltar

Gibraltar merupakan wilayah luar negeri Britain yang terletak di selatan Sepanyol. Namanya berasal daripada nama bahasa Arab جبل طارق (Jabal Tāriq) yang merujuk kepada Batu Gibraltar semasa pemerintahan Bani Umayyah. Sepanyol mendakwa bahawa Gibraltar merupakan wilayah jajahannya dan status Gibraltar merupakan antara isu utama hubungan antara United Kingdom dan Sepanyol.

Great Britain

Great Britain adalah sebuah pulau di utara Lautan Atlantik, di luar pesisir barat laut benua Eropah. Dengan keluasan 209,331 kilometer persegi (80,823 bt2), ia merupakan pulau terbesar dalam Kepulauan British, pulau Eropah yang terbesar dan juga pulau kesembilan terbesar di dunia. Pada tahun 2011, Great Britain mempunyai jumlah penduduk kira-kira 61 juta orang, menjadikannya pulau ketiga paling ramai penduduk di dunia, selepas pulau Jawa di Indonesia dan Honshu di Jepun. Pulau Ireland yang terletak di sebelah barat Great Britain, bersama-sama dengan pulau ini dan 1,000 pulau-pulau kecil di sekelilingnya membentuk Kepulauan British.

Great Britain di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Great Britain akan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, pada 5 hingga 21 Ogos 2016.

Kerajaan Great Britain

.

}}

Kerajaan Great Britain, merupakan sebuah negara yang terletak di barat laut Eropah, yang wujud pada tahun 1707 sehingga 1801. Ia tertubuh disebabkan penggabungan Kerajaan Scotland dan Kerajaan England, di bawah Akta Kesatuan 1707, bagi mewujudkan sebuah kerajaan tunggal yang merangkumi kesemua kerajaan di kepulauan Great Britain. Sebuah parlimen dan kerajaan tunggal, yang berpusat di Westminster, dikawal oleh kerajaan baru. Kerajaan-kerajaan ini telah berkongsi monarki yang sama sejak James VI, Raja Scotland menjadi Raja England pada tahun 1603 berikutan kematian Ratu Elizabeth I.

Kerajaan Great Britain kemudian telah digantikan oleh Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland pada tahun 1801, apabila Kerajaan Ireland digabungkan dengan enakmen Akta Kesatuan 1800 berikutan tumpasnya Pemberontakan Ireland 1798.

Kerajaan beraja England

Kerajaan beraja England merupakan sebuah negara yang terletak di barat laut Eropah. Kewujudannya bermula pada tahun 927 sehingga 1707. Kerajaan beraja England merangkumi 2/3 daripada bahagian kepulauan Great Britain dan pulau-pulau kecil yang kini dikenali sebagai England dan Wales. Penyatuan kerajaan beraja England boleh bermula pada kurun ke-9 dan ke-10. Penaklukan Norman ke atas Wales pada 1067-1283 (dirasmikan dengan Undang-undang Rhuddlan pada tahun 1284) telah meletakkan Wales di dalam kawalan England, dan Wales berada di bawah undang-undang England dengan Undang-undang di dalam Akta-akta Wales 1535–1542. England bersatu dengan jirannya iaitu Kerajaan Scotland dan mewujudkan Kerajaan Great Britain di bawah terma-terma di dalam Akta Penyatuan 1707.

Longitud

Longitud, disimbolkan dengan aksara Greek lambda (λ), ialah garisan menegak pada sebuah glob / bumi. Terdapat 360 garisan longitud. Longitud digunakan untuk menentukan zon waktu piawai. Terdapat 24 zon waktu di muka bumi. Setiap zon berbeza 15 darjah dari zon sebelumnya. Setiap zon mewakili 1 jam. Dalam menentukan kedudukan / koordinat, nombor latitud disebut dahulu, kemudian nombor longitud.

Longitud 0° merupakan Garisan Meridian Pangkal yang terletak di sebuah pekan kecil Greenwich, London, Britain. Lawan bagi Garisan Meridian Pangkal (GMP) ialah Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA), pada 180° Barat dan 180° Timur. Longitud 180° Barat dan longitud 180° Timur terletak pada garisan yang sama. Garisan Tarikh Antarabangsa bengkang-bengkok bagi mengelakkan terkena kawasan daratan atau pulau.

Semua 360 longitud sama besar. Sedangkan latitud tidak sama besar.

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918.

Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November.

Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Perang Revolusi Amerika

Perang Revolusi Amerika (1775–1783), juga dikenal sebagai Perang Kemerdekaan Amerika, adalah satu peperangan antara Kerajaan Great Britain dan para pendukung revolusi dari 13 koloni Amerika Utara jajahan Britain. Perang ini terjadi apabila 13 koloni mengusir pegawai diraja Britain pada 1775, menubuhkan Kongres Kebenuaan Kedua, membentuk pasukan tentera dan mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1776. Perang tersebut yang merupakan kemuncak Revolusi Amerika, kemudian meluas ke luar Amerika Utara Britain (British North America), mengakhiri kekuasaan Britain terhadap ketiga belas koloni tersebut, serta membentuk Amerika Syarikat.

Scotland

Scotland [skot-land / skot-lan / skot-len ] atau Skotlandia merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau Arran, Pulau Orkney, Pulau Skye dan lain-lain.

Bandar-bandar bertaraf bandaraya (city) di Scotland (disusun mengikut bilangan penduduk) termasuk:

Glasgow, bandaraya terbesar Scotland

Edinburgh, ibu negeri Scotland

Aberdeen

Dundee

Inverness

StirlingSebelum ini, Kerajaan Scotland merupakan sebuah negeri yang merdeka sehingga 1 Mei 1707 apabila Kerajaan Scotland disatukan dengan Kerajaan England secara politik membentuk Kerajaan Great Britain melalui Akta Kesatuan 1707 (Acts of Union 1707).

Tentera Darat British

Tentera Darat British (Tentera British) (Bahasa Inggeris : British Army) adalah satu cabang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera British. berlainan dengan Tentera Laut Diraja British dan Tentera Udara Diraja British yang menggunakan gelaran "DiRaja", Tentera Darat British tidak menggunakan gelaran "DiRaja". Sebaliknya gelaran tersebut digunakan oleh kor dan rejimen yang berkhidmat dengan Tentera British.

Tentera British telah berkhidmat diseluruh pelusuk dunia, mengembangkan Empayar British. Kini Tentera British tidaklah sebesar pasukan semasa di zaman kegemilangannya, sebaliknya telah bertukar bentuk menjadi satu pasukan yang perkasa dan dilengkapkan dengan senjata dan peralatan moden. Tentera British adalah antara pasukan paling maju dalam penggunaan teknologi. Tahap disiplinnya tinggi kerana anggota-anggotanya terdiri dari sukarelawan dan bukannya tenaga kerahan. Anggota Tentera British adalah antara anggota tentera paling terlatih di dunia.

Tentera Udara Diraja British

Tentera Udara Diraja (Inggeris: Royal Air Force atau RAF) merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British. Ditubuhkan pada 1 April 1918 RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalam sejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalam Perang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat 31 Mac 2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap. Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan di Britain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya di Iraq dan Afghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya di Kepulauan Falkland dan Cyprus).

RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukan lintas hormat oleh pasukan Red Arrows dan 4 buah pesawat Typhoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada 1 April 2008.[2].

United Kingdom

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland Utara), atau lebih dikenali sebagai United Kingdom, UK, dan Britain, ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah. UK merupakan sebuah bangsa kepulauan yang terbentuk daripada sebuah kepulauan yang terdiri daripada Great Britain, bahagian timur laut pulau Ireland, dan sebilangan besar pulau-pulau kecil termasuklah Isle of Man dan Channel Islands serta British Overseas Territories. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah UK yang bersempadan darat dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland. Selain sempadan darat ini, UK dikelilingi oleh Lautan Atlantik, Laut Utara, Selat Inggeris, dan Laut Ireland.

United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales. UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya, dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh. UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam. Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.

UK ialah sebuah negara maju yang mencatat ekonomi keenam terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan pariti kuasa beli. Ia merupakan negara berindustri yang pertama di dunia dan juga kuasa terbesar di dunia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, tetapi pengorbanan ekonomi dan sosial akibat dua perang dunia serta kejatuhan empayarnya pada separuh akhir abad ke-20 mengurangkan peranannya sebagai peneraju dalam hal-ehwal dunia. Walaupun begitu, UK kekal masih sebuah kuasa besar yang unggul dalam pengaruh ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, sains dan politik. UK diiktiraf sebagai sebuah negara bersenjata nuklear, sementara perbelanjaan ketenteraannya adalah yang ketiga atau keempat terbanyak di dunia, bergantung pada kaedah pengiraannya. UK merupakan sebuah Negara Anggota Kesatuan Eropah, anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai Negara-Negara Komanwel, G8, G20, NATO, OECD, Majlis Eropah dan WTO.

Winston Churchill

Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan Perdana Menteri bagi kerajaan United Kingdom bagi dua penggal iaitu 1940 hingga 1945 serta dari 1950 hingga 1955. Beliau dianggap sebagai salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20 atas kecekapan pemerintahannya saat Britain berada dalam kegawatan ketika Perang Dunia Kedua.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.