Belanda

Belanda atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden (bermaksud "Kerajaan Tanah-Tanah Rendah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat. Nama "Belanda" berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda.

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan dike (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai The Hague sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan The Hague pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.

Kerajaan Belanda
كراجان بلندا

Koninkrijk der Nederlanden
Flag of Belanda
Jata negara of Belanda
Bendera Jata negara
Cogan kata: "Je Maintiendrai"  
"Ik zal handhaven"  (Belanda)
"Aku akan berdiri teguh"
Location of Belanda
Ibu kotaWapen van Amsterdam bewerkt.PNG Amsterdam3
52°22′N 4°53′E / 52.367°N 4.883°E
Bahasa rasmiBahasa Belanda2
PemerintahanDemokrasi berparlimen
(Raja berperlembagaan)
• Raja
Willem-Alexander
Mark Rutte
Keluasan
• Jumlah
41,543 km2 (16,040 bt2) (ke-131)
• Air (%)
18.41
Populasi
• Anggaran 2018
17,200,671 [1] (ke-66)
• Kepadatan
(ke-30)
KDNK (PPP)Anggaran 2017 
• Total
$907.619 bilion[2] (ke-28)
• Per kapita
$53,139 (ke-13)
KDNK (nominal)Anggaran 2018 
• Jumlah
$846 bilion[2] (ke-17)
• Per kapita
$44,654 (ke-13)
Gini (2016)negative increase 26.9[3]
low · ke-15
HDI (2015) 0.924[4]
sangat tinggi · ke-7
MatawangEuro (€)5 (EUR)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan31
Internet TLD.nl 6

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Belanda

Di bawah pemerintahan Charles V (maharaja Rom dan raja Sepanyol) kawasan ini (iaitu Belanda hari ini) merupakan salah satu daripada 17 daerah Belanda, iaitu daerah yang meliputi sebahagian besar kawasan yang dikenali hari ini sebagai Belgium, Luxembourg dan Utara Perancis. Selepas mendapat kemerdekaan daripada Phillip II (anak lelaki Charles V) pada 1648, Belanda menjadi sebuah negara republik yang dinamakan Republik Tujuh Daerah Belanda Bersatu (Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden/Provinciën, Republic of the Seven United Netherlands/Provinces). Republik ini menjadi kuasa ekonomi dan penjelajah laut yang mahir pada abad ke-17. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Antara syarikat-syarikat perdagangan antarabangsa yang bermula disini termasuklah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.

Belanda diserap ke dalam empayar Perancis oleh Napoleon, yang kemudiannya dibebaskan selepas kekalahan Napoleon. Selepas itu, kerajaan Belanda ditubuhkan pada 1815 dengan meliputi kawasan yang dikenali pada hari ini sebagai Belgium dan Luxembourg. Belgium mendapat kemerdekaan pada 1830, manakala Luxembourg berpisah selepas kematian Raja William III. Pada abad ke 19, Belanda sudah menjadi sebuah negara industri berbanding negara negara berhampirannya.

Belanda bersifat neutral semasa Perang Dunia I. Di Perang Dunia II Belanda ditakluk oleh Nazi (Jerman) pada Mei 1940, tetapi dibebaskan selepas 1945. Selepas perang, ekonomi Belanda menjadi semakin maju dengan Belanda menjadi ahli anggota ekonomi Benelux dan Komuniti Ekonomi Eropah. Belanda juga menjadi ahli NATO.

Belanda merupakan negara perintis Kesatuan Eropah semasa penubuhan organisasi itu pada 1992.

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Belanda

Belanda dibahagi kepada 12 kawasan pentadbiran yang dinamakan daerah (provinsi - provincies).

Setiap daerah dibahagikan kepada perbandaran (gemeenten). Ada beberapa pulau di Caribbean berada di bawah pemerintahan Belanda iaitu Antillen Belanda, satu kumpulan lima pulau, dan Aruba yang dahulunya berada di dalam Antilles tersebut.

Pembahagian daerah

Map provinces Netherlands-en
Pembahagian kawasan pentadbiran di Belanda
Bendera Wilayah
(provinsi)
Bahasa Belanda Ibu negeri Bandar terbesar Luas Jumlah penduduk Kepadatan
(per km²)
North Brabant-Flag.svg Brabant Utara Noord-Brabant Den Bosch Eindhoven 4,916 2,444,158 497
Flag of Drenthe.svg Drenthe Assen Assen 2,641 490,981 186
Flag of Flevoland.svg Flevoland Lelystad Almere 1,417 387,881 274
Frisian flag.svg Fryslân / Friesland Leeuwarden Leeuwarden 3,341 646,305 193
Flag of Gelderland.svg Gelderland Arnhem Nijmegen 4,971 1,998,936 402
Flag Groningen.svg Groningen Groningen Groningen 2,333 576,668 247
Flag Zuid-Holland.svg Holland Selatan Zuid-Holland Den Haag Rotterdam 2,814 3,505,611 1,246
Flag of North Holland.svg Holland Utara Noord-Holland Haarlem Amsterdam 2,671 2,669,084 999
Flag of Limburg (Netherlands).svg Limburg Maastricht Maastricht 2,150 1,122,701 522
Flag of Overijssel.svg Overijssel Zwolle Enschede 3,325 1,130,345 340
Utrecht (province)-Flag.svg Utrecht Utrecht Utrecht 1,385 1,220,910 882
Flag of Zeeland.svg Zeeland Middelburg Middelburg 1,787 381,409 213

Geografi

Netherlands-CIA WFB Map-10-10-10
Peta negara Belanda

Salah satu bentuk muka yang menarik di Belanda ialah permukaan tanahnya sangat rata. Hampir separuh daripada negara Belanda berada kurang 1 meter di atas paras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Banyak tanah rendah dikawal oleh dike dan dinding laut. Sebahagian kawasan di Belanda, misalnya daerah Flevoland, ditebus daripada laut. Kawasan tebusan sebegini dipanggil polder.

Negara ini dibahagi kepada dua bahagian utama oleh sungai Rhine (Rijn), Waal, dan Meuse (Maas).

Arah angin yang utama di Belanda ialah barat daya, yang menyebabkan iklim kepulauan yang sederhana, dengan musim panas yang dingin dan musim sejuk yang sederhana.

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Belanda

Belanda mempunyai ekonomi yang maju dan terbuka yang mana kerajaan telah mengurangkan peranannya dalam mengawal ekonomi Belanda sejak 1980an. Aktiviti ekonomi utama di Belanda adalah termasuk pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum, dan pembuatan jentera elektrik. Walaupun sektor pertaniannya hanya menyediakan peluang pekerjaan kurang daripada 4% daripada populasi, Belanda mampu menghasilkan lebihan dalam industri makanan untuk dieksport. Belanda menduduki tempat ketiga dalam senarai pengeksport makanan, selepas Amerika Syarikat dan Perancis.

Sebagai negara perintis Euro, Belanda menggantikan mata wang lamanya, guilder (Bahasa Belanda: gulden) pada 1 Januari 1999.

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Belanda

Belanda mempunyai banyak pelukis ternama. Ketika abad ke 17, Belanda melahirkan banyak pelukis handalan seperti Rembrandt van Rijn, Johannes Vermeer, Jan Steen dan lain lain. Pelukis ternama abad ke 19 dan 20 pula ialah Vincent van Gogh dan Piet Mondriaan selain M.C. Escher (ahli seni grafik) dan Han van Meegeren (art forger).

Belanda juga merupakan tanah air kepada Erasmus dan Spinoza. Descartes pula banyak menjalankan kerja kerjanya di Belanda.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Population counter". Centraal Bureau voor de Statistiek. 2017. Dicapai 17 Februari 2018.
  2. ^ a b "Netherlands". Tabung Kewangan Antarabangsa. April 2016.
  3. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income (source: SILC)". Eurostat Data Explorer. Dicapai 4 Disember 2015.
  4. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai 21 Mac 2017.
2 Zulkaedah

2 Zulkaedah merupakan hari ke-302 dalam kalendar Hijriah.

Akhbar

Akhbar, surat khabar (juga Ind. surat kabar) atau koran (Bahasa Belanda: courant atau krant) merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkan berita semasa.

Akhbar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara-acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartun, teka-teki silang-kata dan hiburan lain.

Secara umumnya, akhbar mendapat pendapatan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Tetapi kini terdapat akhbar percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata dari pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada pembaca.

Akhbar bercetak pertama diterbitkan pada 1605, dan masih bertahan hingga kini walaupun mendapat saingan dari teknologi seperti radio, televisyen dan internet.

Amsterdam

Amsterdam, ( audio ) ibu negara Belanda, terletak di perairan IJ, bekas sebuah teluk dan sungai Amstel. Dijumpai pada akhir abad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungai Amstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 799,442; populasi keluasan lebih kurang 2.3 juta.

Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negeri dalam wilayah di mana ia terletak di Noord-Holland, di mana Haarlem menjadi ibu negeri, dan bukan juga bandar pentadbiran. Bandar pentadbiran terletak di The Hague.

Antillen Belanda

Antillen Belanda (Bahasa Belanda: Nederlandse Antillen , Papiamento: Antia Hulandes) merupakan bekas sebuah negara Caribbean berautonomi dalam Negara Beraja Belanda yang terdiri daripada dua gugusan pulau di Kepulauan Antille Kecil,: Aruba, Curaçao dan Bonaire dalam Kepulauan Antille Lindung Angin berdekatan pantai Venezuela; dan Sint Eustatius, Saba dan Sint Maarten dalam Kepulauan Lindung Angin di tenggara Kepulauan Virgin. Pada tahun 1986, Aruba berpecah menjadi negera berasingan dalam bawah naungan Kerajaan Belanda, manakala wilayah-wilayah yang selebihnya dibubarkan pada 10 Oktober 2010, untuk membentuk dua negeri konstituen baru, iaitu Curaçao dan Sint Maarten, manakala pulau-pulau lain menjadi perbandaran khas di Belanda.

Bahasa Belanda

Bahasa Belanda ( Nederlands ) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).

Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.

Belanda di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Belanda akan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 hingga 21 Ogos 2016.

Belgium

Belgium (Bahasa Belanda: België; Bahasa Perancis: Belgique; Bahasa Jerman: Belgien), ataupun nama rasminya Kerajaan Belgium, ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU); ibu pejabat EU terletak di Brussels, ibu negara Belgium. Selain itu, Belgium juga ahli NATO. Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk.

Belgium juga merupakan negara yang berbilang bahasa. Penduduk negara ini menutur kira-kira tiga bahasa iaitu, bahasa Belanda, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Majoriti masyarakat berketurunan Flemish menggunakan bahasa Belanda.

Bhinneka Tunggal Ika

Bhinneka Tunggal Ika ialah moto atau slogan negara Indonesia. Frasa ini bermaksud 'Berbeda-beda tapi Tetap Satu juga' . Bhinneka bermaksud 'beraneka'. Tunggal bermaksud 'satu'. Ika bermaksud 'itu'.

Moto ini mula diperkenalkan semasa Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas berjuang melalui 'buluh runcing' daripada Belanda dan Jepun. Sultan Abdul Hamid II dari Pontianak, Kalimantan memperkenalkannya dan disokong oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno.

Moto ini dicatat pada logo Garuda Pancasila iaitu logo negara Indonesia. Istilah ini digunakan kerana mahu menunjukkan kelainan dan bangsa Indonesia yang rencam dan ratusan pulau tetapi dapat disatukan melalui satu negara yang unik, Indonesia.

Demonim

Demonim, adalah nama bagi pemastautin lokaliti. Demonim biasanya berasal dari nama lokaliti. Demonim lebih digunakan pada Bahasa Inggeris contohnya yang paling biasa didengari seperti pada rakyat Belanda adalah dipanggil "Dutch people" (walaupun perkataan "Netherlands people" juga sering digunakan).

Dunkerque

Dunkirk (Bahasa Perancis: Dunkerque, disebut: [dœ̃kɛʁk]; Bahasa Belanda: Duinkerke(n) [ˈdœynkɛrkə(n)] ( listen); Flemish: [ˈdyŋkarkə] ( listen)) adalah Komune di Jabatan Nord di utara Perancis. Ia terletak 10 kilometer (6 batu) dari sempadan Belgium. Populasi bandar (komune)pada bancian 1999 adalah 70,850 penduduk (71,300 penduduk menurut anggaran Februari 2004). Populasi kawasan bandar metropolitan adalah 265,974 orang menurut bancian1999.

Hindia Belanda

Hindia Belanda (bahasa Belanda: Nederlands-Indië) ialah sebuah wilayah jajahan Belanda yang diakui secara de jure dan de facto. Ketua negara Hindia-Belanda ialah Ratu/Raja Belanda dengan Gabenor Jeneral sebagai wakilnya yang berkuasa penuh.

Sempadan Hindia-Belanda dengan negara-negara berjirannya ditentukan melalui perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Belanda dengan Kerajaan Sarawak (negeri naungan British di bawah Dinasti Brooke), Borneo Utara British (Sabah), Kerajaan Portugis (Timor Portugis), Empayar Jerman (Papua New Guinea Utara), dan United Kingdom (Papua New Guinea Selatan).

Hindia-Belanda juga merupakan wilayah yang tertulis dalam Undang-Undang Kerajaan Belanda tahun 1814 sebagai wilayah berdaulat Kerajaan Belanda yang dipinda pada tahun-tahun 1848, 1872, dan 1922, menurut perkembangan wilayah Hindia-Belanda.

Hindia-Belanda yang dahulu merupakan sebuah wilayah jajahan Belanda sekarang dipanggil Indonesia. Jajahan Belanda ini bermula sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie atau VOC) yang antara lain memiliki Jawa dan Maluku serta beberapa daerah yang lain sejak abad ke-17. Selepas VOC dibubarkan pada tahun 1798, semua hak miliknya dipindah kepada pemerintah Republik Batavia.

Menjelang tahun 1900, hanya pulau Jawa sahaja yang dikuasai oleh Belanda pada keseluruhannya. Kemudian pada tahun-tahun selanjutnya, semua daerah yang lain di Nusantara ditaklukkan atau didamaikan. Pada puncaknya pada tahun 1942, Hindia Belanda memiliki semua daerah Indonesia kini; Timor Timur tidak pernah dikuasai oleh Belanda. Selain itu, Kota Melaka, Taiwan, dan Sri Lanka pernah dikuasai oleh VOC dan pemerintah Belanda.

Pada 17 Ogos 1945, kemerdekaan Indonesia diisytiharkan. Belanda menentang dan memerangi para pejuang kemerdekaan. Hanya pada 27 Disember 1949 bahawa Belanda mengaku kedaulatan Indonesia. Papua Barat (Irian Jaya) masih dikuasai oleh Belanda sehingga tahun 1961.

Hindia Timur Belanda

Hindia Timur Belanda atau Hindia Belanda (Tulisan Jawi: هينديا تيمور بلندا; Bahasa Belanda: Nederlands-Indië) adalah sebuah tanah jajahan Belanda yang menjadi Indonesia yang moden selepas Perang Dunia Kedua. Hindia Timur Belanda terbentuk dari pemiliknegaraan tanah-tanah jajahan bekas Syarikat Hindia Timur Belanda di bawah pentadbiran negara Belanda pada tahun 1800. Sepanjang abad ke-19, segala jajahan dan penguasaan Belanda di kepulauan ini diperluaskan sehingga mencapai takat terluasnya pada awal abad ke-20. Selepas diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, para pejuang kemerdekaan di Hindia Timur ini mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Selepas itu dan sebagai kesan Revolusi Nasional Indonesia, Belanda akhirnya mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada Disember 1948.

Indonesia Raya

Indonesia Raya ialah lagu kebangsaan Indonesia yang dicipta pada tahun 1924 dan diperdengarkan buat pertama kali pada tahun 1928 di hadapan para peserta Sumpah Pemuda. Polisi penjajah Belanda pada masa itu ialah "divide and rule" atau "memisah dan memerintah". Ia merupakan sebuah polisi yang sengaja membesarkan perbezaan bahasa, suku kaum dan agama di antara rakyat Hindia-Belanda (Indonesia).

Lagu Indonesia Raya menandakan kelahiran pergerakan nasionalisme di negara tersebut. Lagu ini diperkenalkan oleh penggubahnya, Wage Rudolf Soepratman, pada 28 Oktober 1928 di sebuah perhimpunan agung belia-belia Indonesia di Batavia (kini Jakarta). Di sana, para pemuda Indonesia daripada pelbagai suku kaum, bahasa dan agama bersumpah untuk mendirikan:Satu tanahair, iaitu Indonesia

Satu bangsa, iaitu bangsa Indonesia

Satu bahasa yang menyatukan, iaitu bahasa IndonesiaLagu yang diperkenalkan di perhimpunan Sumpah Pemuda itu menjadi amat popular dan dinyanyikan di setiap perjumpaan politik di pelosok Hindia-Belanda. Lagu ini memberi semangat kemerdekaan yang mendalam di kalangan rakyat di seluruh kepulauan Indonesia.

Kawasan di Perancis

Perancis dibahagikan kepada 27 buah kawasan (Bahasa Perancis: région; IPA: [/ʁe.ʒjɔ̃/] ( dengar)), dengan 22 daripadanya terletak di Perancis Metropolitan dan 5 lagi terletak di seberang laut.

Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda

Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda ialah pasukan bola sepak yang mewakili Belanda pada pertandingan peringkat antarabangsa. Pencapaian terbaik Belanda ialah memenangi Piala Eropah pada tahun 1988 dan muncul di dua perlawanan akhir Piala Dunia FIFA pada tahun 1974 dan 1978.

Perpustakaan Diraja Belanda

Perpustakaan Diraja Belanda (Belanda): 'Koninklijke Bibliotheek' atau 'KB' ; Perpustakaan Diraja ' di The Hague dan ditubuhkan pada tahun 1798. Misi Royal Library of Belanda, seperti yang dibentangkan di laman web perpustakaan, memberikan "akses kepada pengetahuan dan budaya masa lalu dan sekarang dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk kajian penyelidikan, belajar, dan budaya ".

Inisiatif untuk menemui perpustakaan nasional dicadangkan oleh wakil Albert Jan Verbeek pada 17 Ogos 1798. Koleksi itu akan berdasarkan koleksi buku William V yang dirampas. Perpustakaan ini diasaskan secara rasmi sebagai Nationale Bibliotheek pada 8 November tahun yang sama, selepas sebuah jawatankuasa wakil menasihatkan pewujudan sebuah perpustakaan nasional pada hari yang sama. Perpustakaan Negara pada mulanya hanya terbuka kepada anggota Badan Perwakilan.

Raja Louis Bonaparte memberikan nama perpustakaan nasional nama Perpustakaan Kerajaan pada tahun 1806. Napoleon Bonaparte memindahkan Perpustakaan Diraja ke The Hague sebagai harta benda, sementara juga membenarkan Perpustakaan Imperial di Paris untuk menerbitkan publikasi dari Royal Perpustakaan. Pada tahun 1815 Raja William I dari Belanda mengesahkan nama 'Perpustakaan Kerajaan' (Belanda: Koninklijke Bibliotheek) oleh resolusi diraja (Belanda)]. Ia dikenali sebagai Perpustakaan Negara Belanda sejak 1982, ketika ia membuka tempat baru. Institusi ini menjadi bebas daripada negara pada tahun 1996, walaupun ia dibiayai oleh Jabatan Pendidikan, Budaya dan Sains.

Pada tahun 2004, Perpustakaan Negara Belanda mengandungi 3,300,000 item, bersamaan dengan 67 kilometer rak buku. Kebanyakan barang (2,500,000 buku atau 48 km) dalam koleksi adalah buku. Terdapat juga kepingan "kesusasteraan kelabu, di mana pengarang, penerbit, atau tarikh mungkin tidak jelas tetapi dokumen itu mempunyai makna budaya atau intelektual. Koleksi ini mengandungi hampir keseluruhan kesusasteraan Belanda, dari manuskrip zaman pertengahan hingga penerbitan saintifik moden. Untuk penerbitan yang diterima, ia mestilah dari penerbit Belanda berdaftar. Koleksi ini boleh diakses oleh ahli. Mana-mana orang yang berumur 16 tahun ke atas boleh menjadi ahli. Satu hari pas juga tersedia. Permintaan untuk bahan mengambil masa kira-kira 30 minit. KB mempunyai beberapa laman web akses terbuka, termasuk "Memori Belanda" ( Geheugen van Nederland ).

Senarai wilayah perbandaran di Belanda

Di Belanda, semua wilayah dibahagikan kepada kawasan perbandaran (bahasa Belanda: gemeente). Di bawah ini adalah senarai 380 perbandaran di Belanda setakat awal tahun 2018. Senarai ini disusun mengikut wilayah.

Soeara Berbisa

Soeara Berbisa (Tulisan Jawi: سوارا بربيسا; [suˈara bərˈbisa]; Ejaan yang Disempurnakan: Suara Berbisa) ialah sebuah filem tahun 1941 dari Hindia Timur Belanda. Dihasilkan oleh Ang Hock Liem untuk Union Films dan diarahkan oleh R Hu, filem hitam putih ini dibintangi oleh Raden Soekarno, Ratna Djoewita, Oedjang dan Soehaena. Kisah yang ditulis oleh Djojopranoto ini, menceritakan dua lelaki muda yang bersaing untuk mendapatkan kasih sayang seorang wanita sebelum mengetahui bahawa mereka ialah saudara kandung yang telah lama hilang.

Disiapkan antara September dan Oktober 1941, Soeara Berbisa menampilkan muzik keroncong dan difilemkan sebahagiannya di Jawa Barat. Ia dikeluarkan bertepatan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, dan dinilai untuk semua peringkat umur. Iklannya menekankan bahawa filem ini sesuai ditonton untuk penonton peribumi dan Belanda. Satu ulasan positif diterima oleh filem ini melalui De Indische Courant. Walaupun filem ini merupakan penerbitan praakhir Union - yang ditayangkan selewat-lewatnya tahun 1949, ia kini dianggap hilang.

Negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Eropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.