Barat laut

Barat laut ialah arah mata angin dalam kompas. Ia terletak pada sudut / kedudukan 315 darjah, di antara arah Utara dengan arah Barat. Barat laut berlawan dengan tenggara.

Compass Rose English Northwest
Mawar kompas dengan barat laut ditonjolkan (NW)
Algeria

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat. Nama Algeria di ambil dari nama ibunegaranya Algiers yang bermaksud kepulauan (al-jazā’ir, dalam bahasa Arab). Ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan Algiers. Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.

Bretagne

Bretagne (Bahasa Inggeris: Brittany; Breton: Breizh; Gallo: Bertaèyn) merupakan salah satu daripada 22 daerah dalam negara Perancis yang terletak di sebuah semenanjung di barat laut Perancis, di antara Selat Inggeris di utara dan Teluk Biscay di selatan. Ibu kotanya Rennes.

Campania

Campania merupakan sebuah kawasan (wilayah) di Itali Selatan, berbatasan dengan Lazio di barat laut, Molise di utara, Puglia di timur laut, Basilicata di timur, dan Laut Tyrrhenia di barat. Wilayah ini memiliki keluasan 13,595 km² dan memiliki populasi 5.7 juta. Ibu kotanya adalah Napoli.

Namanya diambil dari Latin, kerana disebut oleh bangsa Romawi Campania felix (desa beruntung), juga sebuah nama wilayah Perancis, Champagne.

Atraksi pariwisata di Campania termasuk Gua Siby di Cumae, sebuah kuil Yunani di Paestum, reruntuhan Romawi di Pompeii dan Herculaneum, gunung berapi Vesuvius dan Solfatara, Pesisir Amalfi (Costiera Amalfitana) dari Sorrento sehingga Salerno, dan kepulauan Capri dan Ischia.

Daerah Žilina

Daerah Žilina (Bahasa Slovak: Okres Žilina) merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian barat-laut Slovakia.

Eropah

Eropah (Tulisan Jawi: ايروڤه; bahasa Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10, 400, 000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666, 498, 000 (iaitu satu pertujuh populasi dunia). Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Gunung Keriang

Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.

Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.

Gunung Mat Chinchang

Gunung Mat Chinchang yang terletak di Langkawi, Kedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi.

Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia terbina dengan batuan yang paling tua di Asia Tenggara, dan di sinilah ditemui kesan fosil tertua berusia 500 juta tahun.Di barat laut pulau utama, tersergam gunung yang mistik ini. Dikatakan mistik kerana banyak kisah-kisah yang diceritakan sejak berzaman lamanya.

Marche

Marche merupakan sebuah daerah di Itali tengah, berbatasan dengan Emilia-Romagna di utara, Tuscany dan republik San Marino di barat laut, Umbria di barat daya, Abruzzo dan Latium di tenggara, dan Laut Adriatik di timur.

Mayenne

Mayenne (Sebutan bahasa Perancis: [majɛn]) merupakan sebuah jabatan di bahagian Pays de la Loire, barat laut Perancis dinamakan bersempena dengan Sungai Mayenne.

Mutiara Rini

Mutiara Rini merupakan sebuah perbandaran baru di Skudai, Johor Bahru, Malaysia. Ia dimiliki oleh Mutiara Rini Sdn Bhd Boustead Group. Perbandaran ini telah dilancarkan pada 1996. Ia juga terletak dalam koridor barat Johor Bahru yang terletak 13km barat laut dari pusat bandar Johor Bahru dan boleh dicapai dengan mudah melalui Lebuh Raya Skudai 2km yang tidak jauh ke timur.

Orne

Orne merupakan sebuah jabatan di bahagian Basse-Normandie, barat laut Perancis dinamakan bersempena dengan Sungai Orne.

Piemonte

Piemonte (Bahasa Itali: Piemonte; Bahasa Inggeris: Piedmont) ialah sebuah regione (kawasan) di barat laut Itali. Piemonte dalam bahasa Itali bererti kaki bukit. Luasnya kira-kira 25,400 km2 dan populasinya sekitar 4.3 juta orang. Ibu daerahnya berada di Torino.

Piemonte dikelilingi oleh tiga sisi banjaran pergunungan Alp. Ia bersempadan dengan Perancis, Switzerland, dan regione Lombardy, Liguria dan Valle d'Aosta.

Ekonomi Piemonte bergantung kepada pertanian. Piemonte adalah salah satu dari daerah penghasilan anggur untuk wain terbesar di Itali. Selain itu, Piemonte juga menghasilkan 10% dari penghasilan beras di Itali.

Bandar-bandar besar di Piemonte adalah ibu kota-ibu kota provinsi (Alessandria, Asti, Biella, Cuneo, Novara, Vercelli, Verbania dan Torino), dan Moncalieri dan Rivoli.

Sachsen Hilir

Sachsen Hilir (Jerman: Niedersachsen;

[ˈniːdɐzaksn̩]) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan keluasan sekitar 47,624 km² dan penduduk berjumlah 7,977,000 orang, ia merupakan negeri kedua terbesar dari segi saiz dan keempat terbesar dari segi jumlah penduduk di Jerman. Negeri ini terletak di bahagian barat laut Jerman dan ibu negerinya ialah Hanover.

Sematan

Sematan (juga dikenali sebagai Simatan) adalah satu kawasan di Lundu yang terletak di Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 67.5 kilometer (42 mi) di barat-utara-barat ibu negeri Kuching. Sematan adalah sebuah kawasan perkampungan Melayu nelayan yang menghadap ke Laut China Selatan dan merupakan pekan terhujung dalam negeri Sarawak. Penginapan di Sematan terdapat di Hotel Sematan.Kawasan kejiran termasuk:

Kampung Tanah Hitam 0 kilometer (0.0 mi) utara

Kampung Sebat 1.9 kilometer (1.2 mi) barat

Kampung Tembaga 2.6 kilometer (1.6 mi) barat daya

Kampung Perigi 4.1 kilometer (2.5 mi) tenggara

Kampung Seru Laut 5.2 kilometer (3.2 mi) barat laut

Kampung Paon 5.9 kilometer (3.7 mi) selatan

Kampung Siru 6.7 kilometer (4.2 mi) barat laut

Kampung Serayan 7.4 kilometer (4.6 mi) selatan

Kampung Selarat 7.6 kilometer (4.7 mi) selatan

Pelaman Siru 8.3 kilometer (5.2 mi) barat laut

Senarai komun di Itali

Di Itali, komun (kata jamak comuni) merupakan sebuah asas pembahagian pentadbiran, dan boleh dianggarkan dalam sebutan biasa dalam perkataan Melayu perbandaran atau kawasan perbandaran.

Sungai Papar

Sungai Papar ialah sungai di Bahagian Pantai Barat, barat laut Sabah Malaysia. Ia mempunyai panjang 60 km (37 mi) dari kawasan pergunungannya di pergunungan barat laut Sabah ke cawangannya di Laut China Selatan, barat laut bandar Papar. Sumbernya berasal dari pegunungan di pedalaman Papar, Penampang dan Distrik Tuaran, yang merupakan bagian dari sistem Banjaran Crocker. Ini termasuk Babagon, Bonobukan, Buayan, Papar Tengah, Gramatoi, Himpangno, Kaiduan, Kalangan, Kawari, Kogopon, Lingan, Mandalipau, Marahang, Padawan, Terian, Tiku dan Ulu Papar.

Veneto

Veneto merupakan sebuah regione yang terletak di bahagian timur laut Itali dengan penduduk seramai 4,577,408 orang yang beribukota di Venesia. Di bahagian barat bersempadan dengan Friuli-Venezia Giulia, bahagian utara bersempadan dengan Austria, bahagian barat laut bersempadan dengan Trentino-Alto Adige, bahagian barat bersempadan dengan Lombardy, bahagian selatan bersempadan dengan Emilia-Romagna dan bahagian timur bersempadan dengan Laut Adriatik.

Bandar-bandar penting yang terletak di regione ini ialah Verona, Padua, Treviso, Belluno, Rovigo dan Vicenza.

Wilayah Eskişehir

Wilayah Eskişehir adalah sebuah wilayah Turki. Wilayah ini terletak di bahagian barat laut Turki. Ibu kota Wilayah ini terletak di Eskişehir.

Pada tahun 2007, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 724,849 orang dan memiliki keluasan wilayah sebesar 13,652 km². Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk kira-kira 53 orang/km².

Wilayah Yozgat

Yozgat merupakan sebuah wilayah di Turki tengah. Wilayah ini bersempadan dengan Wilayah-wilayah Corum di barat laut, Kirikkale di barat, Kirsehir di barat daya, Nevsehir di selatan, Kayseri di tenggara, Sivas di timur, Tokat di timur laut, dan Amasya di utara. Ibu kota wilayah ialah Yozgat.

Wilayah Ústí nad Labem

Ústí nad Labem Region (Bahasa Czech Ústecký kraj) adalah sebuah daerah administratif (Bahasa Czech: kraj) di barat laut Czech. Ibukotanya adalah Ústí nad Labem atau dalam bahasa Jerman: Aussig an der Elbe.

Arah mata angin
Lapan angin utama

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.