Barat

Barat ialah arah dalam bidang geografi. Ia merupakan salah satu daripada empat arah kardinal atau mata angin (titik kardinal kompas) yang bertentangan dengan timur dan bersudut tegak dengan utara dan selatan. Barat biasanya berada di bahagian sebelah kiri peta. Matahari dan Bulan tenggelam di sebelah barat. Barat berlawanan arah dengan Timur.

Compass Rose English East
Ros kompas

Lihat juga

Algeria

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat. Nama Algeria di ambil dari nama ibunegaranya Algiers yang bermaksud kepulauan (al-jazā’ir, dalam bahasa Arab). Ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan Algiers. Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.

Azerbaijan

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Azerbaijan Barat

Azarbaijan Barat atau Azerbaijan Barat (Bahasa Parsi:

آذربایجان غربی Āzarbāijān-e Gharbī; Bahasa Kurdish: Azerbaycanî Rojawa; Bahasa Azeri: Qərbi Azərbaycan) merupakan sebuah wilayah Iran.

Keluasan wilayah ini ialah 39,487 km² atau 43,660 km² jika dimasukkan keluasan Tasik Urmia. Pusat pentadbirannya ialah Urmia.

Banten

Banten adalah sebuah negeri yang berada dihujung barat pulau Jawa, Indonesia. Negeri ini dahulunya merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Jawa Barat sebelum akhirnya dinaiktaraf sebagai Negeri berdiri sendiri pada tahun 2000.

Daerah Prague-Barat

Daerah Prague-Barat (Okres Praha-západ) merupakan sebuah daerah (okres) yang terletak di Wilayah Bohemia Tengah (Středočeský kraj), Republik Czech. Ibu kotanya adalah Prague.

Eropah

Eropah (Tulisan Jawi: ايروڤه; bahasa Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10, 400, 000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666, 498, 000 (iaitu satu pertujuh populasi dunia). Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Finland

Republik Finland atau dalam bahasa tempatan Suomi (bahasa Finland) dan Finland (bahasa Sweden) ialah sebuah negara Nordik yang bersempadankan Laut Baltik di barat daya, Teluk Finland di tenggara, Teluk Bothnia di barat, Sweden di barat laut, Norway di utara dan Rusia di timur. Finland juga mempunyai sempadan laut dengan Estonia. Pulau Åland di barat daya berada di bawah Finland tetapi mendapat kuasa memerintah sendiri.

Jawa Barat

Jawa Barat adalah sebuah provinsi yang terletak di Pulau Jawa. Provinsi ini terletak di sebelah DKI Jakarta sehingga banyak pendatang yang menetap di provinsi ini. Ibu kotanya ialah Bandung. Provinsi ini bersempadan dengan:

Provinsi Banten dan DKI Jakarta di sebelah barat;

Lautan Hindi di sebelah selatan;

Provinsi Jawa Tengah di sebelah timur; dan

Laut Jawa serta DKI Jakarta di sebelah utara.

Oman

Oman ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Arab atau Jazirah Arab di bahagian tenggara, Asia bahagian barat daya. Oman bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang terletak di sebelah barat laut, Arab Saudi di barat, dan Yaman di barat daya. Ibu negaranya adalah Muscat, Oman.

Sekitar 98,8% penduduk Oman adalah beragama Islam. Sultannya sekarang ialah Qaboos bin Said Al Said yang menggulingkan ayahandanya sendiri, Said bin Taimur, yang berkuasa pada 1932 hingga 23 Julai 1970. Luas wilayah Oman adalah lebih kurang separuh keluasan Pulau Sumatera, Indonesia.

Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia, Malaysia Barat atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan 11 buah negeri (ketika itu) yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Semenanjung Malaysia kini, terdiri daripada 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia bersempadanan dengan Thailand di bahagian utara dan Selat Johor di bahagian selatan. Manakala di sebelah baratnya,yang merentasi Selat Melaka, ialah pulau Sumatera, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.

Kesemua negeri di Semenanjung Malaysia diketuai oleh sultan atau raja kecuali Wilayah Persekutuan, Melaka, dan Pulau Pinang.

Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada tiga zon iaitu Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya), Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) dan Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Pahang ialah negeri terbesar di Semenanjung diikuti Perak, Johor kemudian Kelantan. Negeri-negeri pantai timur berhadapan dengan Laut China Selatan manakala negeri-negeri pantai barat berhadapan dengan Selat Melaka. Kelantan bersempadan dengan wilayah Narathiwat di Thailand manakala Perlis, Kedah dan Perak juga bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dengan wilayah-wilayah Satun, Yala dan Songkhla.

Senarai kabupaten dan kota di Indonesia

Senarai (bahasa Indonesia: daftar) ini menyenaraikan Daerah Tingkat II Indonesia; iaitu kota dan kabupaten yang dibahagi kepada provinsi. Semua provinsi diletakkan di bawah pulau atau daerah.

Senarai wilayah Indonesia

Indonesia terdiri daripada 34 buah wilayah atau provinsi, dengan empatnya memiliki status khusus, iaitu:

Aceh

Daerah Khusus Ibukota Jakarta

Daerah Istimewa Yogyakarta

Papua.

Sik

Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan Negeri Kedah. Daerah ini ialah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini, daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

Sumatera Barat

Sumatera Barat adalah satu provinsi di Indonesia yang terletak di pulau Sumatera dengan Padang sebagai ibu bandarnya. Semakna dengan namanya, wilayah provinsi ini menempati sepanjang tepi barat Sumatera bahagian tengah, tanah tinggi Bukit Barisan di sebelah timur, dan sejumlah pulau di lepas pantainya seperti Kepulauan Mentawai. Dari utara ke selatan, provinsi dengan wilayah seluas 42.297,30 km² ini berbatas dengan empat provinsi, yakni Sumatera Utara, Riau, Jambi, dan Bengkulu.

Sumatera Barat adalah rumah bagi etnik Minangkabau, walaupun wilayah adat Minangkabau sendiri lebih luas dari wilayah administratif Provinsi Sumatera Barat saat ini. Provinsi ini berpenduduk sebanyak 4.846.909 jiwa dengan majoriti beragama Islam. Provinsi ini terdiri dari 12 kabupaten dan 7 bandar (Indonesia: Kota) dengan pembahagian wilayah administratif sesudah kecamatan di semua kabupaten (kecuali kabupaten Kepulauan Mentawai) dinamakan sebagai nagari.

Waktu Afrika Barat

Waktu Afrika Barat merupakan zon waktu yang digunakan dalam barat di Afrika, kecuali di negara-negara barat Benin, menggunakan GMT. Seluruh wilayah yang cepat satu jam sehubungan dengan Waktu Semesta Berkoordinat (UTC+1), yang membuatnya memiliki waktu yang sama seperti CET.

Seperti semua negara di zon waktu ini berada di kawasan khatulistiwa, mereka tidak memiliki waktu musim panas, kecuali Namibia, yang menggunakan UTC+2 dari September sehingga April.

Wilayah negara adalah:

Algeria

Angola

Benin

Chad

Cameroon

Republik Afrika Tengah

Republik Demokratik Congo (barat)

Guinea Khatulistiwa

Gabon

Namibia

Niger

Nigeria

Congo

Waktu Eropah Barat

Templat:Zon waktu Eropa

Waktu Eropah Barat (Western European Time, disingkat WET) adalah nama zon waktu yang digunakan oleh kebanyakan negara-negara Eropah dan Afrika bahagian utara dan memiliki perbezaan waktu 0 terhadap UTC.

Negara-negara termasuk pada zon waktu ini antara lain:

Maghribi

Iceland

Mauritania

Mali

Senegal

Gambia

Guinea-Bissau

Guinea

Sierra Leone

Liberia

Ivory Coast

Ghana

Togo

Burkina Faso

Sao Tome dan PrincipeNegara-negara yang menggunakan Waktu Eropah Barat pada musim dingin, bermula pada jam 01:00 pada hari Minggu di akhir Oktober dan selesai pada jam 01:00 pada hari Minggu di akhir Maret:

United Kingdom, sejak 1847

Kepulauan Canary, sejak 1946

Republik Ireland, sejak 1916

Portugal, sejak 1911

Kepulauan Faroe, sejak 1908

Templat:Waktu-stub

Wilayah Kazakhstan Barat

Wilayah Kazakhstan Barat merupakan sebuah wilayah di Kazakhstan. Ibukotanya ialah Oral.

Wilayah Yozgat

Yozgat merupakan sebuah wilayah di Turki tengah. Wilayah ini bersempadan dengan Wilayah-wilayah Corum di barat laut, Kirikkale di barat, Kirsehir di barat daya, Nevsehir di selatan, Kayseri di tenggara, Sivas di timur, Tokat di timur laut, dan Amasya di utara. Ibu kota wilayah ialah Yozgat.

Zon waktu

Zon waktu (Bahasa Inggeris: Time zone) merupakan kawasan di bumi yang telah menggunakan waktu masa yang sama, yang dikatakan waktu tempatan. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian sesuatu longitud. Jadi zon waktu bersebelahan berbeza satu jam, atau 15°. Walau bagaimanapun, perbezaan satu jam tersebut bukanlah wajib, and seperti yang dapat dilihat dari peta di bawah, bentuk zon waktu adalah agak tidak tetap kerana ia biasanya mengikut bentuk negara-negara yang dilaluinya.

Semua zon waktu ditakrifkan mengikut UTC (dulu GMT) di longitud 0° di Greenwich, London. Waktu Malaysia ialah UTC + 8. Negara lain dalam zon waktu ini ialah barat Australia, Brunei, Filipina, Indonesia (WITA), Mongolia, seluruh Republik Rakyat China dan Singapura.

Arah mata angin
Lapan angin utama

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.