Bahasa Sepanyol

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:

Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.

Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.

Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.

Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai Castilian, dinamakan sempena Castile, satu kawasan di Sepanyol.

Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".

Bahasa Sepanyol
español, castellano
WilayahSesetengah dari Eropah, kebanyakan dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, sesetengah bahagian dari Amerika Utara dan Caribbean; dan enklaf dan kumpulan immigran pada semua benua
Penutur asli550 juta, 500 juta dimana adalah penutur asli  (tiada tarikh)
Keluarga bahasa
Bahasa Indo-Eropah
  • Italik
    • Romawi
      • Italo-Barat
        • Gallo-Iberia
          • Ibero-Romawi
            • Iberia Barat
              • Bahasa Sepanyol
Status rasmi
Bahasa rasmi diArgentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Kesatuan Eropah, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Sepanyol, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uruguay, dan Venezuela.
Dikawal olehAsociación de Academias de la Lengua Española (Real Academia Española dan 21 lain kebangsaan akademi bahasa Sepanyol)
Kod bahasa
ISO 639-1es
ISO 639-2spa
[[File:
Peta dunia Hispanofon,
dengan negara atau kawasan penutur-Sepanyol major ke minor.
|300px]]

Bilangan penutur mengikut negara

Berikut adalah senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol yang dianggarkan di pelbagai rantau di dunia di mana bahasa ini sedang atau pernah kuat berpengaruh.

Negara Bilangan penutur asli menurut Ethnologue[1],
tahun 1995 melainkan dinyatakan
1 Flag of Mexico.svg Mexico 86,211,000
2 Flag of Spain.svg Sepanyol 28,173,600 (1986)
3 Flag of Colombia.svg Colombia 34,000,000
4 Flag of Argentina.svg Argentina 33,000,000
5 Flag of Venezuela.svg Venezuela 21,480,000
6 Flag of Peru.svg Peru 20,000,000
7 Flag of Chile.svg Chile 13,800,000
8 Flag of Cuba.svg Cuba 10,000,000
9 Flag of Ecuador.svg Ecuador 9,500,000
10 Flag of the Dominican Republic.svg Republik Dominica 6,886,000
11 Flag of Guatemala.svg Guatemala 4,673,000
12 Flag of Honduras.svg Honduras 5,600,000
13 Flag of Bolivia.svg Bolivia 3,483,700
14 Flag of El Salvador.svg El Salvador 5,900,000
15 Flag of Nicaragua.svg Nicaragua 4,347,000
16 Flag of Paraguay.svg Paraguay 186,880
17 Flag of Costa Rica.svg Costa Rica 3,300,000
18 Flag of Puerto Rico.svg Puerto Rico 3,437,120 (1996)
19 Flag of Uruguay.svg Uruguay 3,000,000
20 Flag of Panama.svg Panama 2,100,000
21 Flag of Equatorial Guinea.svg Guinea Khatulistiwa 11,500 (1993)
22 Flag of the Philippines.svg Filipina 2,658 [2]

Berikut merupakan senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol di tempat-tempat di dunia di mana bahasa ini merupakan bahasa minoriti.

Negara Bilangan penutur
1 Flag of the United States.svg Amerika Syarikat 32,200,000(b)
2 Flag of Canada.svg Kanada 245,000[3]
3 Flag of Belize.svg Belize 206,404[4]
4 Flag of Russia.svg Rusia 34,678[5]
5 Flag of Morocco.svg Maghribi 57,132 (c)
6 Flag of Gibraltar.svg Gibraltar 24,000 (d)
(b) hanya melibatkan penduduk berumur 5 tahun atau lebih. Selain itu, sesiapa yang menutur bahasa ini sewaktu kerja atau dalam persekitaran lain tetapi bukan di rumah tidak termasuk di sini[6]
(c) Meskipun dijadikan sebahagian empayar Sepanyol, bahasa dan budaya Arab masih merupakan hasil kebudayaan yang dominan di Sahara Barat. Bahasa Sepanyol hanya ditutur oleh expatriat berbahasa Sepanyol dan orang berketurunan Sepanyol.
(d) Kebanyakan orang Gibraltar dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol kerana kedekatan wilayah British Gibraltar kepada negara Sepanyol. Meskipun kedua-dua bahasa ini paling banyak ditutur penduduk wilayah berkenaan (bersama-sama bahasa gabungannya Llanito), bahasa Inggeris masih merupakan satu-satunya bahasa rasmi di Gibraltar.

Sistem tulisan

Bahasa Sepanyol ditulis menggunakan huruf rumi, dengan penambahan aksara "ñ" (eñe) yang melambangkan fonem /ɲ/ (bersamaan bunyi hanya dalam bahasa Melayu) dan dianggap sebagai huruf yang berbeza daripada "n", meskipun dihuraikan secara tipografikal sebagai "n" dengan tanda tilde. Dwihuruf "ch" ([che] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dan "ll" ([elle] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) juga dianggap sebagai huruf tunggal dengan nama dan kedudukan sendirinya dalam susunan huruf, kerana setiap satunya mewakili satu fonem tunggal (masing-masing /tʃ/ dan /ʎ/). Sungguhpun begitu, dwihuruf "rr" ([erre doble] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "r" ganda, atau [erre] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) yang dibandingkan dengan [ere] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) /r/, tidak dianggap sebagai huruf tunggal. Maka, susunan abjad Sepanyol tradisi mempunyai 28 huruf (29 jika mengambil kira "w" yang hanya didapati dalam kata pinjaman dan nama asing):

a, b, c, ch, d, e, f, g, h, i, j, k, l, ll, m, n, ñ, o, p, q, r, s, t, u, v, (w), x, y, z.

Sejak tahun 1994, kedua-dua dwihuruf tersebut dianggap sebagai pasangan huruf bagi tujuan pengumpulsemakan. Mana-mama perkataan yang mengandungi "ch" kini diisih dalam susunan huruf di antara perkataan yang mengandungi "ce" dan "ci", dan bukannya menyusuli "cz" sebelum ini; begitu juga untuk "ll". Namun begitu, nama-nama che dan elle masih digunakan secara tidak formal.

Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti México. Sesuatu perkataan Sepanyol yang biasa menekankan suku kata kedua terakhir (maksdunya, suku kata terlibat ditinggikan intonasinya) jika berakhir dengan huruf vokal (tidak termasuk y) atau dengan huruf konsonan n atau s; jika tidak maka suku kata terakhirlah yang ditekankan. Pengecualian kepada hukum ini ditandai dengan membubuh tanda akut pada huruf vokal yang ditekankan.

Tanda akut juga digunakan untuk membezakan antara homofon tertentu, terutamanya apabila salah satunya ditekan dan yang lain bukan: bandingkan [el] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata sandang tentu jantan) dengan [él] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("ia"), ataupun [te] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("kamu", kata ganti nama objek), [de] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata depan "dari"), dan [se] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata ganti refleksif) dengan [] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("teh"), [] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("beri") dan [] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("Saya tahu", atau kata imperatif "ialah").

Kata-kata ganti tanya ([qué] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [cuál] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [dónde] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [quién] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) juga menerima tanda bunyi sedemikian dalam soalan-soalan langsung dna tidak langsung; lebih-lebih lagi sebilangan kata penunjuk ([ése] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [éste] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [aquél] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) boleh ditanda apabila digunakan sebagai kata ganti nama. Kata penghubung [o] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("atau") ditulis dengan tanda akut antara angka-angka agar tidak dikelirukan dengan angka sifar: cth., [10 ó 20] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) sepatutnya disebut [diez o veinte] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) dan bukannya [diez mil veinte] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("10, 020"). Tanda akut sering digugurkan dalam huruf besar (melalui amalan yang berleluasa pada zaman awal komputer apabila cuma huruf vokal kecil mempunyai tanda berkenaan), meskipun ditegah oleh pihak RAE.

Dalam kes-kes yang jarang, "u" ditulis dengan tanda diaeresis ("ü") apabila ditulis di antara "g" dan satu huruf vokal hadapan ("e" atau "i"), untuk menandakan bahawa huruf "u" itu mesti disebut, dan bukannya bisu seperti biasa (cth., cigüeña, "stork", disebut /θ̟iˈɰweɲa/; jika ditulis sebagai cigueña, maka sebutannya /θ̟iˈɰeɲa/).

Klausa pertanyaan dan seruan dimulakan dengan tanda soal (¿) dan seru (¡) yang songsang, lalu diakhiri dengan tanda soal (?) dan seru (!) yang biasa.

Rujukan

  1. ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=spa
  2. ^ 2,658 penutur asli, mengikut Banci 1990. Instituto Cervantes de Manila, Majlis Pendidikan dan Kedutaan Sepanyol di Manila (Consejería de Educación de la Embajada de España en Manila) pada tahun 2006 dan Akademi Bahasa Sepanyol Filipina (Academia Filipina de Lengua Española) pada tahun 2006 menganggarkan lebih 3 juta. Namun begitu, tiadanya statistik banci yang mendukung kenyataan sebegini.
  3. ^ "Population by mother tongue". Statistics Canada.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Belizecen tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Russian tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan US Spanish tidak disediakan

Pautan luar

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Sepanyol, ensiklopedia bebas
Andalusia

Andalusia (Bahasa Sepanyol: Andalucía) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Ia merupakan komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling banyak. Wilayah anda Almería, Cádiz, Córdoba, Granada, Huelva, Jaén, Málaga dan Seville.

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Córdoba dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.

Castile-León

Castile-León (bahasa Sepanyol: Castilla y León) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Wilayah anda Ávila, Burgos, León, Palencia, Salamanca, Segovia, Soria, Valladolid dan Segovia.

Ejea de los Caballeros

Ejea de los Caballeros merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di wilayah Zaragoza, Aragon, Sepanyol

El Bruc

El Bruc (sebutan Catalan: [əl ˈβɾuk]; Bahasa Sepanyol: Bruch) merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Sepanyol dalam daerah Anoia, wilayah Catalonia.

Honduras

Honduras (Bahasa Sepanyol: República de Honduras, Sebutan Sepanyol: [reˈpuβlika ðe onˈduɾas]) ialah sebuah negara republik di Amerika Tengah.

Horcajo Medianero

Horcajo Medianero merupakan sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol di Salamanca, di komuniti autonomi Castile dan León.

La Sierpe, Sepanyol

La Sierpe merupakan sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol di Salamanca, di komuniti autonomi Castile dan León.

Mexico

Negeri-negeri Mexico Bersatu atau Mexico (Bahasa Sepanyol: Estados Unidos Mexicanos atau México) adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat di utara, Guatemala dan Belize di tenggara dan Lautan Pasifik di barat serta Teluk Mexico dan Laut Caribbean di sebelah timur. Ia merupakan negara ketiga terbesar di Amerika Latin dan juga negara yang paling ramai sekali berbahasa Sepanyol.

Panama

Republik Panama (Bahasa Sepanyol: República de Panamá; IPA: [re'puβlika ðe pana'ma]) adalah negara paling selatan di Amerika Tengah dan merupakan negara yang terletak di dua benua, ia menghubungkan benua Amerika Utara dengan Amerika Selatan. Panama bersempadan dengan Costa Rica di sebelah barat dan Colombia di timur.

Peru

Republik Peru (Bahasa Sepanyol: Perú; Quechua, Aymara: Piruw) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi, dan dikenali sebagai tempat lahir Empayar Inca yang beribu kota di Macchu Piccu.

Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.

Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.

Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.

Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.

Venezuela

Venezuela, sejak 1999 dikenali sebagai Republik Bolivar Venezuela (bahasa Sepanyol: República Bolivariana de Venezuela) ialah sebuah negara di bahagian utara Amerika Selatan yang kaya dengan petroleum. Negara ini merupakan jiran negara Guyana di timur, Brazil di selatan, Colombia di barat Laut Karibbean dan Lautan Atlantik di sebelah utara. Oleh kerana kedudukannya adalah berdekatan dengan Garisan Khatulistiwa di Hemisfera Utara, Venezuela mengalami iklim tropikal. Bermula daripada 1970-an, minyak di negara ini mula berkurang.

Presidennya ialah Hugo Chávez Frias, yang telah memulakan jawatannya sebagai presiden pada tahun 1998 dan sejak itu, beliau telah menjalankan jawatan sebagai presiden di negara ini.

Venezuela merupakan antara negara Amerika Latin yang mengalami urbanisasi yang pesat. Bandar-bandar penting termasuklah Caracas, Maracay, Maracaibo, Barquisimeto, Valencia dan Ciudad Guyana. Hutan di negara ini juga merupakan habitat semula jadi kepada berbagai-bagai hidupan liar. Kebanyakannya dijadikan hutan simpanan atau taman negara.

Wilayah Almeidas

Wilayah Almeidas (Bahasa Sepanyol: Provincia de Almeidas) merupakan antara salah satu daripada 15 buah wilayah di Pentadbiran Cundinamarca, Colombia.

Almeidas mempunyai tujuh buah jabatan; Chocontá, Machetá, Manta, Sesquilé, Suesca, Tibiritá dan Villapinzón.

Wilayah Cuenca

Wilayah Cuenca merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian tengah di negara itu. Tempatnya di wilayahCastile-La Mancha. Pada tahun 2010, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 217,716 orang dan memiliki keluasan wilayah 17,141 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 12.70 orang/km². Ibukotanya di Cuenca.

Wilayah Granada

Wilayah Granada merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian selatan di negara itu. Tempatnya di wilayah Granada. Pada tahun 2010, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 918,072 orang dan memiliki luas wilayah 12.531 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 73.3 orang/km². Ibukotanya di Granada.

Wilayah Huesca

Wilayah Huesca merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian timur di negara tersebut. Tempatnya di kawasan Aragon. Pada tahun 2010, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 228,566 orang dan memiliki luas wilayah 15,626 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 14.6 orang/km². Ibukotanya di Huesca.

Wilayah Savanna Barat

Wilayah Savanna Barat (Bahasa Sepanyol: Provincia de Sabana Occidente) merupakan antara salah satu daripada 15 buah wilayah di Pentadbiran Cundinamarca, Colombia.

Wilayah Soria

Wilayah Soria merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian tengah di negara itu. Tempatnya di wilayah Castile-Leon. Pada tahun 2009, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 95,101 orang dan memiliki luas wilayah 10,303 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 9.23 orang/km². Ibukotanya di Soria.

Wilayah Valladolid

Wilayah Valladolid merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian tengah di negara itu. Tempatnya di wilayah Castile-Leon. Pada tahun 2010, wilayah ini memiliki jumlah penduduk seramai 533,640 orang dan memiliki luas wilayah 8,110 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 65.80 orang/km². Ibukotanya di Valladolid.

Wilayah Ávila

Wilayah Ávila merupakan sebuah wilayah di Sepanyol. Wilayah ini terletak di bahagian barat di negara itu. Tempatnya di wilayah Castile-Leon. Pada tahun 2011, wilayah ini memiliki jumlah penduduk sebesar 72.704 orang dan memiliki luas wilayah 8,048 km².

Wilayah ini memiliki angka kepadatan penduduk 21.26 orang/km². Ibukotanya di Ávila.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.