Bahasa Arab Piawai Moden

Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM, Inggeris: MSA; Bahasa Arab: اللغة العربية الفصحىal-lughah al-ʻArabīyah al-fuṣḥá 'bahasa Arab yang paling fasih'), Bahasa Arab Piawai, atau Bahasa Arab Sastera ialah jenis bahasa Arab yang piawai dan juga bahasa sastera yang digunakan dalam penulisan dan kebanyakan ucapan formal. Ia dianggap bahasa polisentrik.

Kebanyakan ahli sarjana Barat membezakan dua jenis piawai al-fuṣḥá bahasa Arab(الفصحى): Bahasa Arab Klasik (BAK), yakni اللغة العربية التراثية (al-lughah al-ʻArabīyah al-turāthīyah) Quran dan sastera Islam Arab awal (abad ke-7 hingga ke-9), dan Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM) اللغة العربية المعيارية الحديثة (al-lughah al-ʻArabīyah al-miʻyārīyah al-ḥadīthah), bahasa piawai yang digunakan pada hari ini. Bahasa piawai moden didasarkan atas bahasa Klasik. Kebanyakan penutur bahasa Arab mengganggap kedua-dua jenis sebagai dua daftar bahasa yang satu, walaupun daftar-daftar tersebut dapat dirujuk sebagai فصحى العصر (fuṣḥá al-ʻaṣr}}) (BAPM) dan فصحى التراث (fuṣḥá al-turāth) (BAK)[1]

Bahasa Arab Klasik

Bahasa Arab Klasik, juga dikenali sebagai bahasa Arab Quran, ialah bahasa yang terkandung dalam Quran selain berbilang teks sastera dari zaman Umaiyah dan Abasiyyah (kurun ke-9 hingga ke-9).

Bahasa Arab Piawai Moden

Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM) ialah piawai kesusasteraan di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara, Tanduk Afrika. Bahasa ini juga satu daripada bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebahagian besar bahan cetak dalam bahasa Arab&mmdash; termasuk kebanyakan buku, akhbar, majalah, dokumen rasmi, dan bahan bacaan buat kanak-kanak—ditulis dalam BAPM. Bahasa Arab basahan merujuk kepada jenis-jenis bahasa rantau yang terhasil daripada bahasa pertuturan seharian di seluruh wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Tanduk Afrika, dan dipelajari sebagai bahasa ibunda. Jenis-jenis ini lazimnya tidak tertulis, kendatipun terdapat sejumlah penulisan (khususnya bahan lakon dan puisi) yang dihasilkan dalam jenis-jenis bahasa ini. Bahasa Arab Sastera/PABM merupakan bahasa rasmi dalam kesemua negara Liga Arab dan merupakan satu-satunya ragam bahasa Arab yang diajar di sekolah pada semua peringkat. Lagi pula, sesetengah penutur bahasa Arab yang beragama Kristian melafazkan sembahyang mereka dalam bahasa ini oleh sebab ia dianggap sebagai bahasa sastera.

Nota

  1. ^ Alaa Elgibali and El-Said M. Badawi. Understanding Arabic: Essays in Contemporary Arabic Linguistics in Honor of El-Said M. Badawi, 1996. Page 105.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bahasa Arab

Bahasa Arab (Tulisan Jawi: بهاس عرب; Arab: العربية السعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai al-‘Arabīyyah), atau secara mudahnya Arab (Arab: عربي سعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai ‘Arabī), merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah negara Arab Saudi. Bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aramia. Bahasa Arab Moden telah dikelaskan sebagai satu makrobahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 639-3. Bahasa-bahasa ini dituturkan di seluruh Dunia Arab, manakala Bahasa Arab Piawai diketahui di seluruh Dunia Islam.

Bahasa Arab Moden berasal daripada Bahasa Arab Klasik yang telah menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak sekitar abad ke-6. Skrip Arab ditulis dari kanan ke kiri.

Bahasa Arab telah memberi banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Zaman Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata daripadanya.

Bahasa Arab Hijaz

Bahasa Arab Hijaz (Bahasa Arab: حجازي‎ ḥijāzī), juga dikenali sebagai Bahasa Arab Barat Arabia ialah sebuah dialek bahasa Arab yang ditutur di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Kendatipun sebenarnya terdapat dua dialek yang ditutur di wilayah Hijaz, satu oleh kaum badwi dan penduduk pedalaman dan satu yang ditutur penduduk bandar, istilah ini lazimnya merujuk kepada jenis bandar, yang ditutur di bandar-bandar seperti Jeddah, Makkah, Yanbu, Ta'if, dan Madinah.

Dialek Hijaz bandar kelihatan amat berkait dengan dialek-dialek bahasa Arab di Sudan Utara dan Upper Egypt. Bahasa Arab Hijaz mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa Arab Mesir. Dialek ini juga ditutur oleh kaum orang Rasyaida di Eritrea dan Sudan. Dialek ini digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Piawai Moden digunakan dalam urusan rasmi, terutamnya di Eritrea di mana bahasa Arab tidak merupakan lingua franca.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bahasa Arab Klasik

Bahasa Arab Klasik, juga digelar Bahasa Arab al-Quran, ialah bentuk bahasa Arab yang digunakan dalam teks sastera dari zaman Khilafah Ummayyah dan Abbasiyyah (kurun ke-7 hingga ke-9 M). Ia berasaskan loghat Zaman Pertengahan puak-puak Semenanjung Arab. Bahasa Arab Piawai Moden ialah keturunan langsung yang digunakan hari ini di seluruh Dunia Arab dalam tulisan dan pertuturan rasmi, contohnya, ucapan disediakan, sesetengah siaran radio, dan kandungan bukan hiburan. Sementara leksis dan stilistika bahasa Arab Piawai Moden berbeza daripada bahasa Arab Klasik, morfologi dan sintaks telah kekal secara dasarnya dan tidak berubah (walaupun bahasa Arab Piawai Moden menggunakan subset struktur sintaks yang ada dalam bahasa Arab Klasik). Loghat vernakular, bagaimanapun, telah berubah secara lebih sensasi. Kedua-dua Arab Klasik dan Arab Moden lazimnya dipanggil al-Fuṣ-ḥā (الفصحى‎) dalam bahasa Arab, bermakna 'yang disebut dengan jelas' atau 'bahasa yang fasih'.

Oleh sebab al-Quran ditulis dalam bahasa Arab Klasik, bahasanya dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai suci. Ia merupakan satu-satunya bahasa yang digunakan umat Islam dalam sembahyang mereka, tanpa mengira bahasa apa yang digunakan sehari-harian.

Bahasa Arab Maghreb

Bahasa Arab Maghreb merupakan istilah liputan untuk jenis-jenis Bahasa Arab yang dituturkan di Maghreb, termasuk Maghribi, Tunisia, Algeria, dan Libya. Penutur Bahasa Arab Maghreb menggelar bahasa mereka sebagai Derija atau Darija, yang bermaksud "loghat".

Bahasa ini biasanya digunakan secara lisan lisan; komunikasi bertulis biasanya dilakukan dalam Bahasa Arab Piawai Moden, bersama dengan siaran berita. Derija digunakan bagi kesemua komunikasi lisan, dan juga dalam drama TV serta papan pengiklanan di Maghribi dan Tunisia. Derija mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada bahasa-bahasa penjajah Afrika Utara, termasuk Perancis dan Sepanyol, dan juga perkembangan bebas, sesetengahnya kemungkinan disebabkan oleh substratum bahasa Berber. Loghat Maghrebi kesemuanya menggunakan awalan n- sebagai kata ganti nama diri tunggal pada kata kerja, membezakan dengan loghat Timur Tengah dan Bahasa Arab piawai. Mereka sering meminjam perkataan daripada bahasa Perancis (di Morocco, Algeria dan Tunisia), bahasa Sepanyol (di Morocco), dan bahasa Itali (di Libya dan sesetengah di Tunisia) dan mengubah bentuk kata kerja mengikut peraturan bahasa Arab. Oleh sebab bahasa ini jarang ditulis, tiadanya piawaian dan bahasa ini bebas untuk berubah dengan cepat dan menyerap kosa kata baru daripada bahasa-bahasa jiran. Ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada Bahasa Inggeris Tengah selepas pennaklukan Norman.

Dalam beberapa abad selepas taklukan Islam, Bahasa Arab hanya dituturkan di bandar raya di Maghreb. Selepas beberapa ratus tahun barulah bahasa ini memasuki kawasan luar bandar dan kawasan nomad dengan biaya bahasa-bahasa Berber, namun kedua-dua bahasa ini wujud bersama hingga kini.

Maghribi Perancis

Naungan Perancis di Maghribi (Bahasa Perancis: Protectorat français au Maroc, Bahasa Arab: الحماية الفرنسية في المغرب‎, translit. Ḥimāyat Faransā fi-l-Maḡrib; nama ringkas: Maghribi Perancis (Bahasa Perancis: Maroc Français), merupakan suatu jajahan naungan Perancis berikutan Traktat Fez. Ia wujud sejak penubuhannya pada 1912 sehinggalah kemerdekaan Maghribi pada tahun 1956. Ia bersempadan dengan naungan milik Sepanyol di mana kawasan ia merangkumi "Dataran Taza" dan Sungai Draa. Rabat merupakan ibu negara kawasan ini.

Tanda diakritik bahasa Arab

Skrip bahasa Arab memiliki pelbagai tanda diakritik, termasuk i'jam (إِعْجَام, penunjuk konsonan), dan tashkīl (تَشْكِيل, diakritik tambahan, dalam rencana ini dieja "Tasykil"). Tasykil merangkumi ḥarakāt (حَرَكَات, tanda vokal; tunggal:ḥarakāh (حَرَكَة), dieja "Harakat" dalam rencana ini).

Skrip Arab merupakan abjad tak tulen. Konsonan-konsonan dan vokal-vokal panjang diwakilkan oleh huruf, akan tetapi vokal pendek dan kepanjangan konsonan tidak diberikan dalam tulisan. Tasykil adalah pilihan yang dapat digunakan untuk mewakili vokal yang tidak hadir dan juga kepanjangan konsonan. Bahasa Arab Piawai Moden hampir kesemuanya ditulis dengan penunjuk konsonan, akan tetapi kadang kala teks yang tidak mengandungi penunjuk juga dapat dijumpai. Teks-teks awal seperti yang terkandung dalam kitab Quran pada asalnya ditulis tanda tanda penunjuk dan tanda penunjuk ini ditambah kemudian buat menentukan pembacaan serta pentafsiran yang diharapkan.

Tatabahasa Arab

Tatabahasa bahasa Arab (Bahasa Arab: نحو عربي‎ naḥw ‘arabī atau قواعد اللغة العربية qawā‘id al-lughah al-‘arabīyah) ialah tatabahasa atau nahu buat bahasa Arab. Bahasa Arab ialah sebuah bahasa Semitik dan nahunya memiliki banyak kesamaan dengan tatabahasa bahasa Semitik yang lain.

Rencana ini memberikan tumpuan terhadap tatabahasa bahasa Arab Sastera (yakni Bahasa Arab Klasik dan Bahasa Arab Piawai Moden, yang memiliki tatabahasa yang hampir sama) dan juga bentuk kolokial bahasa Arab yang beraneka ragam.

Tatabahasa kedua-dua jenis ini kebanyakan sama dalam perinciannya. Pada amnya, tatabahasa Bahasa Arab Klasik diperikan terdahulu, diikuti oleh perbezaan antara varian-varian kolokial (perhatikan yang tidak semua varian kolokial sama dari segi tatabahasa). Perbezaan paling ketara antara dua sistem ini adalah kehilangan kasus tatabahasa; kehilangan modus tatabahasa, dan juga evolusi sistem baharu; kehilangan ragam pasif infleksi, mealiankan dalam kes beberapa varian relik; dan hambatan pada penggunaan bilangan duaan.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tatabahasa bahasa Arab

Tatabahasa bahasa Arab (Bahasa Arab: نحو عربي‎ naḥw ʻarabiyy atau قواعد اللغة العربية qawāʻidu l-luġati l-ʻarabiyya) adalah tatabahasa Bahasa Arab Klasik dan Piawai Moden. Bahasa Arab merupakan bahasa Semitik dan tatabahasanya berkongsi banyak kesamaan dengan tatabahasa bahasa Semitik lain.

.Rencana ini tertumpu kepada nahu bahasa Arab Sastera (yakni bahasa Arab Klasik dan Arab Piawai Moden (kedua-dua jenis ini memiliki nahu yang agak sama), dan juga nahu bahasa Arab basahan yang digunakan untuk pertuturan seharian. Pada amnya, nahu Arab Klasik (BAK) akan dibincangkan dahulu, diikuti oleh jenis-jenis bahasa basahan dan kemudiannya dengan bahagian-bahagian yang berbeza antara BAK dan bahasa basahan (bukan semua bahasa basahan mempunyai nahu yang sama). Perbezaan utama adalah kehilangan kasus nahu; kehilangan modus serta pembentukan sistem baharu; kehilangan suara pasif fleksi, dan hambatan penggunaan bilangan duaan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.