Bahasa Arab Hijaz

Bahasa Arab Hijaz (Bahasa Arab: حجازيḥijāzī), juga dikenali sebagai Bahasa Arab Barat Arabia ialah sebuah dialek bahasa Arab yang ditutur di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Kendatipun sebenarnya terdapat dua dialek yang ditutur di wilayah Hijaz, satu oleh kaum badwi dan penduduk pedalaman dan satu yang ditutur penduduk bandar, istilah ini lazimnya merujuk kepada jenis bandar, yang ditutur di bandar-bandar seperti Jeddah, Makkah, Yanbu, Ta'if, dan Madinah.

Dialek Hijaz bandar kelihatan amat berkait dengan dialek-dialek bahasa Arab di Sudan Utara dan Upper Egypt. Bahasa Arab Hijaz mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa Arab Mesir.[1] Dialek ini juga ditutur oleh kaum orang Rasyaida di Eritrea dan Sudan. Dialek ini digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Piawai Moden digunakan dalam urusan rasmi, terutamnya di Eritrea di mana bahasa Arab tidak merupakan lingua franca.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ "Dialect, Culture, and Society in Eastern Arabia: Glossary". Clive Holes. 2001.
Bahasa Arab Hijaz
Asli diWilayah Hijaz, Arab Saudi
Penutur asli6 juta  (1996)e17
Keluarga bahasa
Afro-Asiatik
  • Semitik
    • Semitik Tengah
      • Bahasa Arab
        • Semenanjung
          • Bahasa Arab Hijaz
Sistem penulisanAbjad Arab
Kod bahasa
ISO 639-3acw
Bahasa Arab

Bahasa Arab (Tulisan Jawi: بهاس عرب; Arab: العربية السعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai al-‘Arabīyyah), atau secara mudahnya Arab (Arab: عربي سعودي‎ ​ ditransliterasikan sebagai ‘Arabī), merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah negara Arab Saudi. Bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aramia. Bahasa Arab Moden telah dikelaskan sebagai satu makrobahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 639-3. Bahasa-bahasa ini dituturkan di seluruh Dunia Arab, manakala Bahasa Arab Piawai diketahui di seluruh Dunia Islam.

Bahasa Arab Moden berasal daripada Bahasa Arab Klasik yang telah menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak sekitar abad ke-6. Skrip Arab ditulis dari kanan ke kiri.

Bahasa Arab telah memberi banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Zaman Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata daripadanya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.